Wednesday, May 30, 2007

~jihad kami~

.:.dengan nama ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PENYAYANG.:.

JIHAD?!
huh! ape ke bende tuh?
mungkin adalah jawapan bagi mereka yang belum mengerti atau buat2 xmgerti...
sayang sungguh jika itu adalah kata-kata dari seorang muslim yang berpendidikan tinggi...
ana baru mendengar dari radio ikim, seorang profesor berkata mengenai pemikiran masyarakat kita yang hanya mahu menerima apa yg telah mereka fahami tanpa mahu mengkaji asal usul maklumat yang diterima, lebih tepat lagi sindrom tidak mahu bertanya yg lebih jelas menunjukkan tidak mahu berfikir dikalangan masyarakat...apa yang mengecewakan itulah yang berlaku dikalangan pelajar IPT...
ana pun mengakui kelemahan diri yang kaku lidah untuk btanya ketika pengajaran dalam kuliah...memang kita perlu percaya terhadap apa yang disampaikan oleh pensyarah...namun kita akan terbawa-bawa kepercayaan tersebut 100% terhadap segala ceramah yang kita dengar sehingga lupa untuk mengkaji semula kesahihan maklumat tersebut...
berbalik semula kepada JIHAD...
sebenarnya apabila seseorang mengakui diri seorang mukmin...hamba kepada ALLAH AZZA WAJALA....dia telah pun memasuki medan jihad...
jihad bermaksud bersungguh-sungguh...
sebelum nie pun ana memahami jihad itu adalah berperang sahaja...
sayang sungguh jika masih terdapat golongan yang menyempitkan erti jihad...
Dalam tajuk yang lain di Risalah Jihad, Imam Hassan menyebutkan mengenai
satu atsar yang diriwayatkan, iaitu:

"Kita telah kembali daripada jihad kecil bagi menuju ke jihad yang
besar. Mereka mengatakan: Apakah dia jihad yang besar itu. Katanya:
Jihad hati ataupun jihad nafsu."

Imam al-Banna mengatakan, atsar itu sebenarnya bukanlah hadis. Kata orang ia adalah kata-kata Ibrahim bin Abalah.

kita semua sentiasa dalam jihad iaitu berjihad menentang hawa nafsu yang sentiasa cenderung kepada kejahatan dan kemaksiatan...malas beribadah dan lemah iman itulah tanda kurang jihad kita dan kekenyangan nafsu kita yang menyebabkan rohani kita pula yang kelaparan...
gambaran untuk nafsu dan hati adalah suatu yang berbeza antara 1 sama lain iaitu kesukaan atau makanannya...nafsu menyukai perkara kejahatan namun hati/jiwa menyukai perkara kebaikan...negatif dan positif jika dicampur dalam 1 jasad maka tunggang langganglah IMAN yang suci...tetapi siapalah yang dapat menyangkal bahawa manusia tidak dapat lari dari dosa..
disinilah, kita perlu melihat pentingnya hubungan manusia dengan pencipta..kerana ALLAH TAALA MAHA PENGAMPUN...

mesej sebenar yang ingin ana kongsi disini ialah jihad bagi mereka yang memahami erti jihad...serta kondisi umat islam kita sekarang yang sedang lena asyik sedangkan serangan dari pihak musuh sedang hebat berlangsung (perang pemikiran)...

KATA-KATA IMAM HASSAN AL BANNA.

Berhubung dengan hukum berjihad dalam Islam, Imam Hassan al-Banna
mengatakan dalam Risalah Jihadnya:

Ahli-ahli ilmuan yang terdiri dari mujtahidin, muqallidin, salaf dah
khalaf telah sepakat (ijmak) mengatakan, bahawa jihad itu adalah fardu
kifayah kepada umat Islam untuk mengembangkan dakwah. Jihad adalah fardu
ain untuk menangkis serangan orang-orang kafir terhadap umat Islam.

Seterusaya al-Imam mengatakan:

Seperti yang saudara maklum, umat Islam masa kini telah diperhinakan
oleh orang lain. Mereka telah dikuasai oleh orang-orang kafir. Tanah air
mereka telah ditakluki. Kehormatan-kehormatan mereka telah dicerobohi.
Hal ehwal mereka telah dikuasai oleh musuh mereka. Syiar-syiar agama
mereka yang ada di tanah air mereka sendiri telahpun rosak, ditambah
pula dengan kelemahan mereka menyebarkan dakwah. Jadi adalah fardu ain
berjihad dan setiap Muslim tidak boleh melepaskan diri darinya. Ia mesti
bersiap sedia dan berniat untuk berjihad. Ia juga mestilah menyediakan
kelengkapan untuk berjihad dan menunggu hingga masanya tiba dan Allah
melaksanakan perkara yang telah ditentukannya, iaitu kemenangan kaum
Mukminin.

'Allah matlamat kami,
Rasul pemimpin kami,
Al-Qur'an perlembagaan kami,
Jihad jalan kami, dan mati di jalan Allah cita-cita kami yang tertinggi.'

laungan yang popular dikalangan ahli ikhwanul muslimin...
alangkah bertuahnya islam diakhir zaman ini jika masih terdapat belia islam yang bersemangat seperti ikhwanul muslimin...inyaAllah tentu ada,namun mereka xperlukan publisiti...cuma setakat mana perkembangan dakwah mereka yerk...
mungkin perlu diselidiki pula iman dan semangat jihad mereka
dakwah dan tarbiyyah itu beriringan
tarbiyyahkan diri...jihad seterusnya berdakwah...

wallahualam~

Wednesday, May 23, 2007

.:.dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Maha Penyayang.:.

alhamdulillah...segala puji hanya layak bagi Mu Ya Allah...berkesempatan juga buat blog nie...
insyaAllah bolg nie akan diisi dangan bahan2 bbentuk ilmiah sahaja...sekadar penkongsian yg tak seberapa...mudah-mudahan jika ada kesilapan terhadap pemahaman ana ada lah yang sudi menegur dan berkongsi ilmu...insyaAllah~