Monday, March 24, 2008

~usia mu bukan muda untuk mati~

Beberapa minggu yang lepas genaplah usia seorang mujahidah yang cukup ku kenali peribadinya.
orang biase-biase tetapi suka sangat berfikiran dan bertindak luar biasa dari orang lain. mungkin jika dinilai dari kaca mata biasa dia seorang yang pelik dan suka membangkang atau ikut kepala sendiri, tapi aku percaya dia seorang istimewa.
aku teringat kisah yang dia ceritakan kepada aku mengenai hidup dan mati. suatu hari seorang pak tua menegur seorang pemuda yang dirasakan perlu menerima teguran, namun teguran pak tua dibalas dengan maki dan mengatakan 'aku masih muda untuk bertaubat'...pak tua membalas ' tetapi usia mu tidak muda untuk mati'...lalu sejurus selepas pemuda tersebut pergi meninggalkan pak tua dengan nasihat yang tak berbalas...tiba di jalan sebatang jalan raya pemuda tadi dilanggar kereta dan mati di tmepat kejadian...apa yang membuat sahabat ku ini terkesan dengan cerita tersebut ialah dia tidak lagi seronok setiap kali menjelang hari ulang tahun kelahirannya kerana baginya usia hanyalah angka apa yang penting adalah peringatan bahawa usia mati kita semakin hampir...bukankah semakin meningkat usia semakin hampir kita kepada tarikh kematian??? kerana tarikh tersebut telah terpatri di lauh mahfuz...
aku memuji Allah kerana mengurniakan seorang sahabat yang dapat mengingatkan aku tentang kematian...alhamdulillah.
kenapa aku cakap dia seorang istimewa? kerana dia seorang yang bertuah kerana dapat merasai dua alam...alam? bukan alam halimunan atau alam fantasi tapi alam yang aku maksudkan di sini ialah alam ketika berada dalam kelompok yang 'rosak' dan kelompok yang 'soleh'...

Sunday, March 9, 2008

~...BELAJAR BERSYUKUR SEPERTI BURUNG...~

.:.Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang.:.

Segala puji hanya layak untuk Allah Tuhan sekalian alam semesta.
Kenapa burung ? bukan semut atau cicak ker…sebenarnya ana sahaja guna binatang kerana mungkin binatang lebih tahu bersyukur berbanding kita manusia. Tak kisah la nak kata bersyukur seperti harimau ker gajah ker semua boleh. Asalkan kita dapat menilai dengan pandangan keimanan…insya-Allah.

Apa pun isu yang ana ingin kupas di sini bukanlah menceritakan setiap inci kehidupan burung…sekadar kiasan. Yang lebih utama kita renungi kehidupan kita berapa kalikah setiap nikmat yang kita kecapi kita syukuri??? Pertanyaan ini juga untuk diri ana yang serba dhaif ini, kerana orang yang berkata terlebih dahulu akan diuji dengan apa yang dikata.

Alhamdulillah atas nikmat yang Allah beri kepada ana kerana sering dapat menumpang IPT-IPT orang lain…menumpang? Maksudnya di sini ana berpeluang ‘ceroboh’ atau masuk dengan izin ke IPT atas urusan yang tak rasmi (hadiri kuliah/program, cari bahan kat perpustakaan, cari orang/kawan). Syukur juga kerana dapat melihat fenomena di IPT orang lain dengan neraca agama.

Ana bersyukur sangat, Alhamdulillah kerana dapat belajar di tempat ana belajar sekarang Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kerana persekitaran atau bahasa arabnya ‘bi’ah’ kat Tanjung Malim tak mencabar/menyedihkan seperti di kawasan lain. Mungkin disebabkan sebagai bakal guru maka kebanyakan pelajar lebih menjaga adab dan akhlak. Dari sudut berpakaian pun turut dipuji orang luar kerana pelajar lelakinya sering berkemeja dan bertali leher dan perempuannya berbaju kurung dan sewaktu dengannya. Skema! Mungkin boleh didakwa begitu. Tak kisahlah tapi yang penting diingatkan kelak jadi guru di sekolah pakaian begitulah yang perlu dipatuhi dalam etika perguruan. Malahan juga pakaian kaum hawa alhamdulillah tak begitu mencabar iman kaum Adam. Apatah lagi budaya pelajar di sini, erm mungkin disebabkan kesedaran yang ada, kelak diri nak jadi pendidik yang bakal berdepan dengan pelajar zaman globalisasi maka terlebih dahulu diri perlu dididiki untuk menjadi ‘Qudwah Hasanah’.

Bukan membangga diri, kerana IPT lain adalah lebih baik. Namun cerita di atas sekadar contoh, kita memperhati, mengupas, meneliti, menilai dan mempelajari. Agar diri dapat jadi hamba bersyukur di sisi Illahi atas segala nikmat yang diberi. Kebetulan semalam ana berpeluang untuk ‘jaulah’atau melancong/melawat sebuah IPTA tujuan cari bahan kat perpustakaan dan IPTS jumpa sahabat lama. Pemandangan yang biasa melihat pelajar IPT gigih meramu ilmu. Sesekali cubalah memandangan dari sudut nilai akhlak islami. Pakaian pelajar muslim amat menyedihkan, mungkin di kuliah lebih bersopan. Apalah maknanya jika malunya hanya di kuliah. Lebih menyedihkan auratnya tertutup rapi apabila bersolat kerana memakai telekung. Auratnya hanya ketika dalam solat kerana mengadap Allah, jadi ketika luar solat auratnya dah bertukar sempadan dan Allah tak lihat dia dah lepas solat yer. Huh! Mazhab mana tu?

IPTA yang ana pergi lebih baik berbanding IPTS yang ana pergi. Maaf bukan membanding dari sudut nilai atau kualiti pendidikan tapi hanya satu iaitu sudut nilaian islami. Sekali lagi dijelaskan iaitu sudut akhlak seorang muslim. Ketika berada di stesen komuter terdapat seorang pelajar ‘mat saleh’ dengan kawan-kawannya pelajar tempatan. Ana cuba membandingkan pelajar ‘mat saleh’ tersebut dengan pelajar muslim di sebelahnya, erm tak ada beza dari sudut pakaiannya. Kenapa yerk? Bukankah perintah Allah supaya kita menutup aurat agar lebih dikenali (iaitu sebagai seorang muslim). Namun jika kita terlalu inginkan ‘up to date’ sehingga batasan aurat pun ter ‘up’ maka tentulah orang keliru sama ada kita orang islam atau tidak. Alangkah ruginya jika kita tak berbangga dengan nikmat pakaian yang Allah ciptakan untuk kita. “semulia-mulia pakaian adalah Taqwa”.

Tak adil jika ana menyamakan semua orang di IPT tersebut mempunyai sikap yang sama dan membuat kesimpulan di atas segelintir pelajar padahal yang lain tak sebegitu. Memang betul tak adil. Namun, kembali ke tajuk asal ana sekadar mengajak orang lain mencari kelebihan di tempat sendiri, mencari kelebihan diri, keluarga, kawan-kawan seperjuangan, dan segala anugerah Allah Taala kepada kita semua kerana sering kali kita melihat pelangi di atas kepala orang lain dan memuji sehingga terlupa memuji Pencipta pelangi yang mencipta pelangi indah yang ada di atas kepala kita sendiri.

Maka sekadar sedikit misalan yang ana bawakan di mana ana bersyukur kerana berpeluang belajar dalam kondisi masyarakat pelajar yang lebih bersopan. Mungkin kalian rasa tak puas hati ana hanya memuji tempat ana. Jadi carilah kelebihan tempat sendiri dan puji…tapi ingat bukan puji diri tapi pujilah Illahi atas nikmat yang diberi. Adalah lebih baik kita memperhatikan pula segala nikmat yang diberi kepada diri sendiri. Nikmat mata untuk memandang kebaikan dan keindahan alam ciptaan Nya, nikmat telinga untuk mendengar zikir pujian untuk Nya, nikmat mulut untuk melafaz kalimah indah kalam dari Nya, nikmat anggota untuk beribadah kepada Nya, nikmat hati untuk bernaluri mencintai Nya, serta nikmat yang teragung nikmat Iman dan Islam…SubhanaAllah~

Burung pula macam mane? Ibu burung mencari makanan untuk diberi kepada anak-anaknya. Gigih tabah meneruskan kehidupan tanpa melanggar etika seekor burung. Aik! tak akan burung pun ada etika, tentu ada. Bukankah Allah ciptakan alam ini dengan aturan tersendiri. Jika bumi kita tak beredar mengelilingi matahari mengikut orbitnya tentulah planet ini akan berlanggar dengan planet-planet yang lain. Maka jika burung tiba-tiba teringin jadi ikan berenang di laut tentu burung akan mati kelemasan. SubhanaAllah…begitu patuh makhluk -Mu mengikuti aturan –Mu…Namun bagaimana pula kita sebagai manusia, makhluk yang diangkat darjatnya melebihi makhluk yang lain??? Tepuk dada tanya amal dan iman~

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal.”
“iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), ‘Ya Tuhan kami tidaklah Engkau ciptakan semua ini sia-sia; Maha suci Engkau lindungilah kami dari azab neraka.” -(QS Ali Imran 3: 190-191)

Wallahu Taala Bisawab~

~RatuMujahadah_ezzah~
~tg.malim,Perak~

Monday, March 3, 2008

~...sUaRa DaRi GaZa 2nd...~




Berikut Adalah Surat daripada Setiausaha Gerakan al-Ikhwan al-Muslimun di Mesir untuk umat Islam di seluruh dunia. Surat ini telah dikirimkan kepada pertubuhan-pertubuhan Islam dan kemanusiaan di seluruh dunia. Saya telah diminta untuk menterjemahkannya kepada seluruh rakyat Malaysia yang peduli terhadap isu Palestin. Beberapa perubahan kecil dari teks asalnya sewaktu proses penterjemahan demi menyesuaikannya dengan budaya, mentaliti dan realiti rakyat Malaysia.Diharapkan agar para pembaca dapat menyebarkan surat ini kepada para pembaca bahasa Melayu yang alin demi menyemarakkan usaha menyelamatkan rakyat Gaza yang sedang menderita akibat kepungan Rejim ZIonis yang zalim dengan bantuan Amerika Syarikat.


“Dan Janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman” (Ali-Imran 139).


Seruan daripada Allah s.w.t kepada sekelian orang yang beriman…. Kamu sekali-kali tidak akan ditimpa ketakutan, tidak akan diselubungi kesedihan dan hati kamu sekali-kali tidak akan dirundungi kekecewaan. Kekecewaan tidak sekali-kali akan dapat diharmonikan dengan keimanan. Kamu berada pada darjat yang paling tinggi selagi mana kamu beriman dan sentiasa mempunyai talian yang kuat dengan Allah yang Maha Mulia lagi Berkuasa.


Keadaan di Gaza memerlukan sikap pro-aktif umat Islam sedunia. Adalah menjadi satu kezaliman bagi kaum Muslimin membiarkan saudara mereka di Palestin berterusan dizalimi oleh rejim Zionis Israel dan sekutunya. Kita boleh melakukan banyak perkara demi untuk saudara-saudara kita di Gaza….


Dengan ini, saya menyeru setiap pihak agar:


1- Qunut Nazilah – Membaca qunut nazilah pada setiap kali solat dan ajarkan makna qunut dan cara melakukannya kepada orang-orang yang masih belum mengetahui hakikat qunut.


2- Tinggalkan makanan, minuman dan kerehatan yang berlebihan dan salurkannya kepada saudara-saudara kita di Palestin. Salurkan wang anda kepada pertubuhan-pertubuhan kebajikan tempatan yang terlibat menguruskan sumbangan untuk membantu rakyat Palestin.


3- Mendermalah untuk pembelian ubat-ubatan yang diperlukan. Menyumbang secara terus sama ada sumbangan yang berbentuk material ataupun kewangan. Hospital-hospital dan klinik-klinik di Gaza sedang kehabisan ubat-ubatan untuk merawat para pesakit.


4- Bagi sesiapa yang mempunyai kemampuan dan kesempatan, sertailah misi-misi kemanusiaan untuk membantu rakyat Gaza (untuk menyalurkan kelengkapan pakaian, makanan dan bahan api)


5- Mobilisasi rakyat untuk bangkit melahirkan solidariti bersama rakyat Gaza yang dizalimi dan sedang menghadapi krisis kemanusiaan yang semakin meruncing. Demo, bantahan, memorandum dan juga segala wasilah yang sesuai mestilah digunakan untuk tujuan tersebut.


6- Sebarkan maklumat kesengsaraan rakyat Gaza kepada seluruh rakyat dan penduduk dunia melalui teknologi yang ada seperti poster, banner, penulisan artikel di akhbar-akhbar, majalah-majalah, e-mail, laman web, sms, Ym dan lain-lain lagi.


7- Wujudkan Tabung Palestin di setiap rumah (Didiklah anak-anak agar mula menabung dari duit perbelanjaan mereka untuk rakyat Palestin). Sikap ini akan mewujudkan perasaan kebersamaan mereka dengan rakyat Palestin yang ditindas.


8- Bagi para pemudi dan wanita yang beriman, mereka hendaklah berderma dengan barang-barang perhiasan berharga yang mereka miliki.


9- Kepada seluruh warga yang bekerja, gunakanlah kedudukan kamu untuk menyelamatkan Palestin. Sebagai contoh :-


a. Para Pendakwah : Bangunkan Ummah untuk membantu Palestin dan serulah pihak-pihak berkuasa dengan kebenaran.


b. Ahli-ahli Parlimen : Gunakan segala jentera pemantauan supaya Kerajaan melaksanakan tanggungjawabnya secepat mungkin.


c. Para aktivis Politik dan Parti : Himpunkan rakyat untuk isu ini, berlumba-lumbalah sekarang untuk menyelamatkan ummah.


d. Para Pengamal Undang-undang : Berusahalah di peringkat nasional dan antarabangsa untuk mengutuk perang dan penyembelihan secara beramai-ramai ini.


e. Para Wartawan : Gunakan kedudukan anda untuk membentuk pendapat umum rakyat samada melalui media bercetak mahupun media audio visual. Sebarkan kesedaran mengenai usaha ummah untuk menyelamatkan Palestin. Dedahkan pekung musuh, berilah peringatan kepada mereka yang masih bersikap alpa dan leka, serulah ummah dan bangunkan orang-orang yang lalai.


Gerakerja secara kolektif


Ikhwan Muslimin, seluruh parti politik dan pertubuhan-pertubuhan NGO, sekarang ini sedang berhimpun untuk menyusun usaha secara kolektif menuntut supaya pintu masuk di setiap sempadan di Palestin untuk dibuka. Dengan izin Allah, semua pertubuhan ini dengan kerjasama daripada bangsa Arab, umat Islam dan seluruh rakyat di dunia akan melakukan apa yang tidak dilakukan oleh negara-negara dan institusi-institusi antarabangsa.


“Dan katakanlah, “ Bekerjalah kamu, maka Allah akan melihat pekerjaanmu, begitu juga RasulNya dan orang-orang Mukmin..” (At-Taubah : 105)



Note: Dr. Mahmoud Ezzat,Setiausaha Agung,Jamaah Ikhwan Muslimin.Terjemahan : Maszlee Malik


~sumber: palestinkini.info~