Saturday, October 15, 2022

Masha Allah, Tabarakallah! Another puzzle!
AlAqsam malam tadi tentang surah As-Saffat ayat 1-15.
.
.
Baca terjemahan je selama ini sekadar memahami perihal malaikat dan tugas-tugasnya. Dan syaitan yang cuba mencuri berita-berita dari langit lalu dilempari bintang bercahaya (meteor) sebagai bukti kukuhnya pengawasan malaikat di langit.
.
.
Kenapaku kata puzzle?
Kerna dahulu pernah mengikuti dan menghadapi beberapa kali proses ruqyah as-syariyyah terhadap hamba-hamba Allah yang alami gangguan jin/sihir. Ustaz tempatku bekerja (madrasah) memang sering diminta untuk meruqyah walaupun seboleh mungkin beliau tidak suka menjadikan tugas ruqyah itu keutamaan apatah mempromosikan.
.
.
Qadarullah dua orang pelajar perempuan madrasah tersebut juga mengalami gangguan jin. Maka, memang dalam beberapa bulan dan mungkin hampir setahun kami staff perlu bersedia untuk bersama-sama bacakan ayat-ayat ruqyah ketika pelajar tersebut mengalami gangguan.
.
.
Kebiasaan pesakit wanita akan dikelilingi pelajar yang punyai hafazan paling baik dan banyak serta diurusi guru wanita. Ustaz sekadar memberi arahan surah sekian-sekian dan apa perlu kami buat. Dan kebiasaan nasihat yang akan dititipkan adalah menjauhi muzik kerna syaitan suka kita lalai, tidak gantung gambar dalam rumah kerna malaikat rahmat tak masuk rumah yang ada gambar makhluk, jaga aurat dan solat.
.
.
Salah satu surah dalam rawatan ruqyah adalah surah as-Saffat ini ayat 1-10. Memang ada pesakit ketika dibacakan ayat ini ketara tindak balas agresif. Maka, kami disuruh ulang banyak kali pada ayat yang pesakit menunjukkan sikap agresif. Mengingati semula pengalaman tersebut menguatkan keyakinanku penting untuk mengikat diri dengan zikir pagi petang. Ujian gangguan begitu pun sebenarnya jalan untuk hamba Allah menjadi lebih akrab dengan zikir dan solat. Lalu, menguatkan ketauhidan jika benar jalan rawatan dan pergantungan jiwa.
.
.
Rupanya besar pemaknaan dalam 1-15 ayat pertama dalam surah ini.Masha Allah!
๐Ÿ—️Surah ini ada kaitan dengan kerja iblis syaitan dan tukang ramal (bomoh) yang mana syaitan mencuri berita dari langit untuk disampaikan kepada bomoh. Dan jika tidak dapat pun memang tugasnya untuk menipu agar mewujudkan prasangka syak wa sangka sesama manusia agar berlaku permusuhan. Astaghfirullahal azim
.
๐Ÿ—️Sungguh surah ini perihal pemikiran, perenungan akan fakta alam semesta yang adanya SATU SAHAJA Kuasa yang mengatur dan mengawal alam semesta. Penyaksian ini memerlukan fikir dan seterusnya memandu zikir untuk mentauhidkan Allah melalui Tauhid Rububiyyah (mengenal Allah sebagai Pencipta segala isi langit dan bumi).
.
๐Ÿ—️Maka, disinilah sebenarnya sesiapa yang punyai gangguan (sememangnya kerja Iblis syaitan juga sentiasa menganggu lapisan Sadru iaitu lapisan hati pertama dengan hembusan keraguan / was-was dan hembusan kecenderungan hawa nafsu. Dan gangguan syaitan tidak terkecuali terhadap semua orang beriman) perlu sangat kembali memurnikan ketauhidan. Maka, pentingnya peranan tauhid Uluhiyyah (beribadat semata-mata kerna Allah) selepas mewujudkan tauhid Rububiyyah. Tauhid Uluhiyyah inilah yang sering cemari dek penangan syahwat & syubhat.
A'uzubillahi minasyaiton nirrojim. Astaghfirullahal azim.
.
๐Ÿ—️Syaitan sentiasa cuba untuk menguasai Qalbu manusia. Terutama jika manusia itu sedang lalai kerna dikuasai hawa nafsu & syubhat (keraguan terhadap ilmu agama yang dipelajari dan akhirat).
.
๐Ÿ—️Lapisan Qolbu adalah ruang untuk dimasukki cahaya berlapis-lapis daripada alQuran. Amalan Qalbu itu juga zikr. Zikir benteng daripada dimasuki syitan. Penting jaga zikir pagi petang dengan tadabbur (renungan makna) untuk elakkan gangguan jin, iblis & sihir. Zikir yang utama adalah solat. Solat yang benar-benar memfungsikan Qalbu.
.
๐Ÿ—️Gangguan jin, iblis syaitan hanyalah untuk melemahkan fungsi Qalbu. Maka, setiap insan tak terkecuali daripada godaan ini. Dan akan terus perlu berjuang memelihara Qalbu daripada dikuasai iblis syaitan sehingga nafas terakhir.
.
๐Ÿ—️ Iman bersifat turun dan naik. Maka, pentingnya menjaga iman dan melakukan amal yang dapat meningkatkan iman seperti berzikir dan tadabbur alQuran.
.
Moga ketika iman menurun tetap bersabar dalam beribadah dan mencari solusi memperbaiki iman kita.

 

Bertahun-tahun mempelajari subjek Sains sejak usia kanak-kanak termasuk Fizik & Kimia ketika sekolah menengah. Dan melanjutkan pelajaran dalam bidang Geografi 4 tahun disambung dengan mengajarinya pula beberapa tahun. Kenapa subjek berkaitan tidak menyedarkanku itu semua adalah kajian bukti adanya Hari Kebangkitan?
.
.
Kerna aku belum membekali diri dengan ilmu kitab panduan utama ummat Nabi Muhammad shalallahu alayhi wasalam yakni alQuran.
.
.
Sedangkan dalam alQuran segala unsur Sains, Kimia, Fizik, Geografi, Astronomi, Perubatan, dan Bahasa, telah pun disebutkan dalam alQuran. Tinggal lagi bagaimana manusia jadikan ianya panduan untuk menghubungkan kehidupan dunia dengan alam akhirat.
.
.
Kerna aku belum benar-benar mengenali Allah lalu tidak pula tahu tugasku juga adalah mencari keBesaran dan KeEsaan Allah sebagai Rabb sekalian alam melalui alam ciptaan-Nya.
.
.
Menyelami tadabbur ayat sumpah Allah mengenai Langit, Bumi dan kejadian manusia dalam surah Adz-Dzariyat ayat 20-23 menyedarkanku bahawa Langit yang menjadi atap, Bumi sebagai tempat didiami dan struktur anatomi diri mengandungi tanda kesempurnaan pengaturan-Nya dan peringatan akan adanya Hari Kebangkitan.
.
.
Betapa Allah Al-Hakim meletakkan peringatan itu selalu dekat dengan manusia. Walhal, dirinya sendiri yang paling dekat untuk difikirkan akan fungsi kesempurnaan anggota tubuh badan. Terlalu banyak ayat-ayat Allah pada tubuh badan manusia.
.
.
Keluarlah dari bumbung rumah kediaman, perhatikan langit. Renung perhatikan kejadian langit tanpa bertiang, tanpa retak dan teruskan renungan sehingga pandangan jadi letih.
.
.
Kalimat "sama' " yakni langit Allah sebut sebanyak 310 kali dalam alQuran. Dan sebanyak 6 kali Allah jadikan langit sebagai objek sumpahan. Betapa pasti penciptaan Langit adalah suatu fenomena alam yang dahsyat untuk manusia renungkan dan ambil pengajaran.
.
.
Beberapa hari lepas anak sulung bertanyakan apakah Satelit. Terusku bercerita sambil menunjukkan beberapa gambar di Internet dengan menunjukkan satelit di angkasa lepas, dan berada di lapisan langit dunia yang ke berapa. Bulan juga satelit bumi. Tapi fokusku waktu itu ingin anak-anak tahu langit dunia ini sahaja terdiri daripada pelbagai lapisan berketinggian berbeza dan fungsi yang berbeza. Masha Allah. Baru langit dunia belum langit tingkatan langit dalam peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi shalallahu alayhi wasalam yang mana para Saintis masih belum dapat mencari bukti. Namun, disinilah letaknya peranan keyakinan keimanan terhadap perkara ghaib.
.
.
Dalam AlQuran Allah membicarakan langit mempunyai 7 tingkat lapisan.
Namun, para ulama tafsir mengatร kan Langit dunia yang termasuk matahari dan bintang itu masih lagi salah satu daripada 7 lapisan langit yang Allah sebutkan. Dan 6 lagi lapisan langit hanya Allah sahaja Maha Mengetahui.
.
.
Menyoroti lapisan langit dunia sahaja sebenarnya ahli Astronomi mendapati alam angkasa lepas sentiasa berkembang (akan sentiasa ada penemuan terbaharu). Sebagaimana bumi sentiasa mengalami perubahan dan berubah-ubah apa yang ada di dalam dan di atasnya. Begitu juga alam cakerawala di langit.
.
.
Lapisan langit dunia mempunyai lapisan udara (Atmosfera) dan medan magnet yang disebut (magnetosfer) yang melindungi permukaan bumi daripada angin, matahari, sinar ultraungu dan radiasi dari luar angkasa. Lapisan udara ini dibagi kepada beberapa lapisan Troposfer, Stratosfer, Mesosfer, Termosfer dan Eksosfer.
.
.
Sebagaimana Allah mengatur bintang, matahari dan planet-planet mengikut garis edarannya. Begitulah fungsi lapisan Atmosfera yang Allah jadikan untuk setiap lapisan punyai fungsi manfaat yang berbeza kepada keseimbangan alam kehidupan manusia.
.
.
Lapisan paling hampir dengan bumi adalah lapisan Troposfera yang mana disinilah proses perubahan cuaca dan iklim berlalu. Di mana semakin tinggi kedudukan dari aras bumi semakin rendah suhu atau semakin sejuk. Pada ruangan lapisan inilah kitar hidrologi pembentukan hujan berlaku. Masha Allah, kitar hidrologi sahaja satu penjelasan ilmu yang sangat sistematik dan merupakan tunjang utama kewujudan simbiosis ekosistem.
.
.
Seterusnya, lapisan kedua Stratosfera di mana terdapat lapisan gas Ozon yang bertindak melindungi bumi daripada bahaya sinaran Ultra Violet daripada matahari. Allah Al-Muqit Al-Hakim menyusun atur alam cakerawala sesuai dengan manfaat alam sejagat.
.
.
Lapisan ketiga iaitu Mesosfera di mana ini merupakan lapisan berlakunya pembakaran terhadap Meteor supaya tidak sampai menghentam bumi. Masha Allah, Allah Al-Muhaimin Al-Jabbar mengatur lapisan ruang khas untuk bintang @ Meteor ini terbakar (sebagai alat pelempar syaitan yang mencuri berita langit) tanpa menganggu kehidupan manusia di bumi.
.
.
Lapisan keempat iaitu Termosfera merupakan lapisan udara yang menjadi ruang gelombang radio dan satelit komunikasi. Stesyen Angkasa Antarabangsa (IIS) juga berada pada ruangan ini. Fenomena Aurora borealis dan australis juga kerap berlaku pada waktu malam khususnya di kawasan kutub utara dan kutub selatan yang berasal dari ruangan lapisan ini. Masha Allah, Allah Al-Azhim Al-Mutakabbir
.
.
Lapisan kelima iaitu Eksosfera merupakan lapisan paling atas permukaan bumi bergabung dengan sistem solar. Masha Allah, maka benarlah pada urusan langit terdapatnya tanda bukti Allah Al-A'liyy Al-Haq.
.
.
Sebenarnya apabila Allah bersumpah mengenai Langit dalam beberapa surah yang berbeza Allah minta manusia renungkan kehebatan ciptaan Allah yang telah dikhabarkan penciptaannya dalam alQuran sebelum kajian Astronomi itu sendiri wujud. Maka disitulah Allah nak kita sedari kehebatan AlQuran yang menjadi bukti Allah Al-Malik Al-Haq.
.
.
Pada kelas sumpahan Adz-Dzariyyat 20-23 Dr. Sholihah Kaswari memperincikan juga proses penciptaan manusia di alam janin yang mana jarang manusia fikirkan kebesaran Allah melalui proses masuk dan keluarnya janin dalam rahim ibu. Moga ada kesempatan lain saya kongsikan. Insha Allah.

Alhamdulillah Jazakumullahu khayra ustazah dan ustaz Abu Ilkiya Ashajj atas ruang dan peluang untuk kami mengikuti pengajian alAqsam alAmthal sebagai proses mengenal Allah, diri sendiri dan alam semesta.

.
.

#ibrahalAqsam
#tafazkkuralam
#tadabburalAqsam
#DSK 



Ketika ustazah Dr.Sholihah mengatakan tugas kita hanya mencari kesempurnaan Allah melalui alam semesta ciptaan-Nya terus ku tersentap.
.
.
Teringat akan pengisian seminar Pengajaran Akidah melalui subjek Sains (PAKSI) yang ku sertai anjuran APIUM zaman belajar dahulu. Walaupun sebenarnya Dr.Arif Kosmo yang menyampaikan pengisian seminar membentangkan elemen tauhid dalam subjek Sains tapi beliau menekankan pentingnya semua guru yang mengajar pelbagai subjek alat seperti Sains, Geografi, Matematik, Bahasa, Seni dan seumpamanya membawakan elemen pendidikan akidah melalui subjek yang diajar. Kerna kesemua ilmu tersebut berasal daripada alQuran.
.
.
Ku sangat setuju terutama di kalangan sekolah sekular akibat kesan penjajahan yang berjaya menjadikan subjek agama sekadar matapelajaran dalam kelas bukan cara hidup & manhaj kehidupan. Tak perlu cari salah sesiapa tapi cukup muhasabah diri kerna ku juga produk sekolah sekular. Maka, apa & bagaimana peranan kita pula terhadap zuriat keturunan & anak bangsa akan datang?
.
.
Makanya itulah antara permulaan juga untuk ku jadikan Pengajaran & Pembelajaran Geografi selama 5 tahun yang ku diamanahkan dahulu sebagai ruang untuk menyuntik elemen Tauhid Rububiyyah dalam kelas. Tapi masa tu ku tiada banyak ilmu al-Quran atau data albab untuk bantu penyampaian. Malah sekadar mengajak pelajar perhatikan alam sebagai bukti adanya Allah dan kekuasaan-Nya sahaja.
.
.
Tidak pula ku tahu seperinci ini telah Allah bagitahu dalam alQuran. MashaAllah kelas Al-Aqsam malam kelmarin mengenai surah Al-Insyiqaq. Apabila Allah bersumpah satu persatu bermula Cahaya Merah pada waktu senja, malam dan apa yang diselubunginya, dan bulan apabila jadi purnama.
.
.
Ianya berkaitan objek alam yang menjadi penanda aras perubahan waktu, cuaca & iklim, aras ukur usia dan yang paling penting penentuan waktu masuk & tamat solat.
.
.
Jawapan Sumpah pula selepas Allah nyatakan objek alam sebagai sumpahan ialah "Sesungguhnya kamu melalui tingkat demi tingkat (dalam kehidupan)". Yang menurut ustazah apabila Allah bersumpah dengan bukti kejadian siang malam itulah peringatan mengenai umur kita.
.
.
Perihal ini juga Allah suruh perhatikan mengenai kejadian panjang pendek bayang-bayang, sebagai bukti pergerakan matahari & putaran bumi pada paksinya. Kerna jika bumi tidak berputar maka tidaklah wujud perubahan bayang-bayang sebagaimana Allah sebut dalam surah al-Furqan 25: ayat 45.
.
.
Disinilah ada peranan pergerakan & putaran bumi yang bergerak pada garisannya dan matahari juga bergerak seiring dengan aturan Allah.
.
.
Bayangkan apabila alQuran telah pun mengungkapkan fenomena yang menyebabkan pertukaran malam Siang dalam 24 jam tetapi berbeza mengikut kedudukan negara.
.
.
Dari sini juga terungkapnya bagaimana perbezaan waktu setiap negara menjadikan berbeza juga waktu solat bergantung kepada kedudukan longitud di atas bumi. Longitud adalah garisan menegak dari titik tengah utara ke titik tengah selatan. Jarak satu longitud membawa kepada perbezaan 1 jam.
.
.
Maka, apakah perkaitan waktu dan usia manusia? Pastilah yang dituntut adalah membesarkan Allah dengan selayaknya dalam setiap waktu. Ketika melihat fenomena kebesaran Allah teringat Allah Maha Besar lalu sediakan hati yang sedar apabila masuk waktu solat segera solat membesarkan Allah.
.
.
Kedudukan Latitud yakni garisan melintang atas permukaan bumi pula menjadi penanda Aras kawasan Khatulistiwa, Sartan, Jadi, Hemisfera Utara & Hemisfera Selatan. Lalu perbezaan Latitud ini menjadi faktor jarak penerimaan cahaya matahari membentuk perbezaan cuaca & iklim,MashaAllah Tabarakallah!
.
.
Allah dah ungkap semua ini dengan sempurna dalam alQuran. Dalam surah Al-Insyiqaq Sumpah Allah mengenai Cahaya waktu senja bukan fenomena biasa tapi perisai bumi yang kukuh menurut buku "40 Sumpah Terdahsyat".
Bagaimana bumi ini Allah lindung daripada segala gangguan dari luar angkasa seperti petir dan radiasi berbahaya dari matahari.
.
.
Malahan sinaran cahaya yang kelihatan seakan menari-nari atau namanya Aurora yang sering muncul di kawasan Hemisfera Utara & Hemisfera Selatan itulah juga As-Syafaq yang berperanan penting mempertahankan bumi melawan badai matahari. Kesan daripada Medan magnet bumi yang menghalang kemasukan partikel bebas di angkasa. MashaAllah Tabarakallah alQuran sangat lengkap Sains Astronomi mengungkapkan penemuan yang telah Allah beritakan perihal dalam alQuran.
.
.
Tak habis nak tulis kesemuanya. Kerna alQuran mengungkapkan mukjizat Allah Yang Maha Besar lagi Maha Perkasa. Benarlah kata ustazah ketika melihat fenomena alam tapi rasa biasa-biasa je sebenarnya hati kita belum difungsikan untuk mendengar, melihat dan berfikir. Namun memang tidak mampu terfikir tanpa mempelajari dahulu data albab (ilmu al-Quran).
Jazakumullahu khayra buat Dr. Sholihah Kaswari dan ustaz Abu Ilkiya Ashajj yang membawakan kami membedah perihal mukjizat alQuran yang selama ini kami abaikan.
.
.
.

 

Teringat sebuah pandangan seorang sahabat dalam diskusi tadabbur alQuran beberapa tahun lepas, apabila topik perbincangan mengenai Sains & AlQuran.
.
.
Sahabat ini memberi pandangan seharusnya seorang muslim pelajari ilmu alQuran dahulu barulah Sains supaya kepercayaan ilmu alQuran menunjangi iktikad dalam diri apabila bertembung kajian Sains dengan tafsiran alQuran. Kerna ada perkara melibatkan hal ghaib yang AlQuran khabarkan tidak dapat dibuktikan dengan kajian saintifik.
.
.
Minggu lepas perbincangan kelas AlAqsam (Sumpah Allah dalam AlQuran) bertemu lagi topik Bintang dalam surah An-Najm. Bintang yang menghiasi malam bukan sekadar penghias malam. Bukan sekadar objek langit yang menjadi tunjuk arah. Tapi alQuran membahaskan perbincangan yang sangat spesifik bagi setiap sifat-sifat bintang.
.
.
Apabila Allah bersumpah dengan sesuatu objek yang dijadikannya bermakna Allah nak ceritakan kekuasaan-Nya.
Allah berfirman ;
ูˆَุงู„ู†َّุฌู…ِ ุฅِุฐุง ู‡َูˆู‰ٰ
"Demi bintang semasa ia menjunam (jatuh),"
ู‡َูˆู‰ٰ
Bintang yang meluncur, menjunam & jatuh.
Menurut tafsiran Ibnu Qayyim bintang yang meluncur dalam keadaan bersinar, menjunam & jatuh.
Juga disebut Meteor ini kerna adanya para Malaikat yang melempar Iblis Syaitan yang mencuri dengar ketetapan-ketetapan takdir untuk penduduk bumi.
.
.
Masa kecil dahulu pernah juga dengar jika melihat meteor melintas kira kita orang bertuah dan masa itu mustajab untuk berdoa sesuatu hajat. Betapa kepercayaan itu boleh jatuh syirik.
.
.
Belum lagi zaman remaja dahulu semangat dan bangga berbintang Zodiak Pieces. Setiap bulan baca surat khabar dan majalah yang ada ramalan Zodiak ni. Lepas tu berangan-angan dengan ramalan tersebut rasa bahagia dan macam betullah. Astagfirullahal azim. Dah pasca remaja dewasa barulah ku belajar semula ilmu agama betul-betul dan dapati amalan membaca ramalan zodiak ini bahaya kepada akidah dan boleh jadi syirik. Walaupun saja-saja baca dengan rasa tak nak percaya sangat. Sama jugalah situasi tersebut dengan mendatangi peramal.
.
.
Daripada Abu Hurairah radiallahu anha berkaitan perkara ini, bahawa Rasulullah shalallahu alayhi wasallam bersabda:
Ketika Allah SWT menetapkan suatu urusan di langit, malaikat lantas meletakkan sayapnya dalam rangka tunduk pada perintah Allah SWT yang seolah-olah seperti suara gemercingan rantai di atas batu. Apabila rasa takut telah dihilangkan dari hati mereka, mereka mengucapkan, “Apa yang telah difirmankan oleh Rabb kalian?” Mereka menjawab, “Perkataan yang benar. Dia Maha Tinggi lagi Maha Besar.”
Maka syaitan-syaitan pengintip berita itu pun mendengarkan berita itu. Mereka berada dalam posisi yang saling bersesak-sesakan -Sufyan RA menggambarkannya dengan mengiringkan telapak tangannya dan merenggangkan jari-jemarinya. Jika syaitan yang di atas mendengar berita itu, maka segera disampaikan kepada syaitan yang berada di bawahnya. Kemudian yang lain juga menyampaikan kepada syaitan yang berada di bawahnya hingga sampai kepada tukang sihir dan dukun.
Terkadang syaitan pengintip berita itu terkena api sebelum sempat menyampaikan berita itu. Terkadang pula setan itu sempat menyampaikan berita itu sebelum terkena api. Lalu dengan berita yang didengarnya itulah tukang sihir atau dukun membuat seratus kedustaan. Orang-orang yang mendatangi tukang sihir atau dukun pun mengatakan, “Bukankah pada hari ini dan itu, dia telah mengabarkan kepada kita bahawa akan terjadi demikian dan demikian?” Akibatnya, tukang sihir dan dukun itu pun dipercayai karena satu kalimat yang telah didengarnya dari langit.
[Hadith riwayat al-Bukhari: 4800]
.
.
Diriku juga pernah mempunyai pengalaman masa remaja dahulu mengikuti beberapa orang yang berhajat dengan mendatangi seorang yang digelar ustaz berbangsa arab yang tinggal di Malaysia. Masa tersebut diriku tak tahu apa yang ustaz buat itu menepati ruqyah syariyyah atau tidak. Selepas pasca remaja dewasa barulah Allah rezekikanku mempelajari kriteria dan kaedah yang menyalahi agama malah boleh jatuh kepada syirik dalam perubatan islam. Barulah teringat antara kaedah ustaz berbangsa arab tersebut yang diragui ; Tulis ร yat-ayat yang tidak difahami pada satu kertas dan diminta letak / sembunyikan dalam bantal, minta baju terpakai orang yang mahu dilindungi, mintak gambar dan ada beberapa perkara lain.
.
.
Malahan ada juga orang ku kenali (Si H) menemani kawannya bertemu dengan seorang perawat penyakit misteri yang bergelar ustaz, baru melangkah masuk ke rumah. Mudah sahaja ustaz tersebut memberitahu kepada si H ustaz scan kat badan dia ada 4-5 ekor jin.
.
.
Cerita mengenai kebatilan dalam perubatan Islam ini tak akan habis kerna terlalu banyak yang menyalahi sunnah ruqyah cara Nabi. Apatah bomoh moden tidak guna nama bomoh tapi ustaz, ustazah, tok ayah, mร k chik sekian2.
Moga Allah pelihara kita semua daripada mudah meletakkan pergantungan kepada makhluk. Apatah melalui ikhtiar yang dilarang dalam agama.
.
.
Dan sungguh, mempelajari semula ilmu alQuran membawa kita mengenali batasan dalam beramal dan menjalani kehidupan. Kerna tujuan kita dijadikan hanyalah untuk beribadah kepada Allah dengan mengEsakan-Nya, mengAgungkan-Nya, memBesarkan-Nya tanpa saingan dan tandingan.
.

 

Fasa PKP ini adalah masa terbaik ibu ayah memperkukuhkan pendidikan tauhid kepada anak-anak.
.
.
Dr Sholihah Kaswari sarankan method alAqsam dan Alamthal dalam alQuran adalah method terbaik daripada alQuran dengan elemen tafakkur alam untuk disampaikan kepada anak-anak.
.
.
Kadang ummi sampaikan semula intipati method ini dalam siri tafakkur alam dengan anak-anak. Dan sebenarnya lagi bagus anak-anak dapat pelajari bersama-sama ummi.
.
.
Selepas kelas terus ummi tunjukkan beberapa video di Youtube mengenai angin yang berperanan mengerakkan alam dalam rangka ketaatan kepada Allah Al-Khaliq lagi Maha Menghidupkan.
.
.
Betapa angin yang tidak kelihatan tapi hanya dirasai itu sering diabaikan kepentingan & peranannya. Namun, malam ini surah Az-Dzariyat ayat 1-14 menyedarkan kami betapa angin itu besar peranannya, besar pula tuntutan kesyukuran dan ketaatan yang perlu manusia tunaikan.
.
.
Angin mengerakkan awan,
angin juga memberi batasan penerimaan hujan,
angin menggerakkan kapal yang berlayar di lautan,
angin merebakkan debunga untuk proses pendebungaan,
angin mengeringkan pakaian,
angin membolehkan lautan terus berombak,
angin membawa udara sejuk,
angin mencorakkan bayu laut bayu darat,
dan banyak sangat peranan angin kepada alam.
.
.
Namun, angin juga menjadi makhluk pemberi peringatan kepada manusia apabila angin bertukar menjadi ribut taufan dan gempa bumi hanyalah bertujuan untuk memanggil manusia agar kembali bertaubat kepada Pemilik angin, langit, bumi dan alam semesta.
.
.
Teringat kajian tugasan ummi ketika universiti dahulu mengenai Taufan. Negara yang mempunyai penduduk majoriti bukan islam paling banyak menerima peringatan melalui Taufan Tornado. Dan kini makin banyak juga fenomena Puting Beliung (Tornado) ini menimpa negara islam. Apatah fenomena gempa bumi (angin yang masuk ke dalam bumi) juga bukan sekadar fenomena alam tapi peringatan Allah untuk manusia kembali pergantungan jiwa hanya kepada Allah. HasbunaAllah wanekmal wakeel~
.
.
Jazakumullahu khayra buat Dr. Sholihah Kaswari dan ustaz Abu Ilkiya Ashajj yang membawakan kami subjek pengajian peringkat master tapi terbuka untuk orang awam dalam bentuk laras bahasa mudah buat orang awam macam kami. Malahan juga, menjadi method & idea agar dapat pula difahami & disampaikan kepada anak-anak.
Barakallahufikum.
.
.

#notaummuuwaisazizah
#tadabburtafakkur
#ibrahalAqsam
#DSK



Alhamdulillah terlalu banyak hikmah diperolehi disebalik ujian Covid 2020.
.
.
Hikmah yang mencurah-curah apabila cuba mengubah persepsi hati dan perspektif fikiran dengan memanfaatkan ruang peluang yang diberi.
.
.
Jika dulu bermusafir banyaknya untuk puaskan nafsu (kesukaan, minat, kepuasan).
.
.
Selepas direzekikan mengikuti kelas al-Amthal al-Aqsam jiwa musafirku terasa berbeza ketika melihat fenomena alam.
.
.
Memerhatikan pergerakan awan terasa melihat barisan Malaikat yang sedang patuh mengerakkan awan.
.
.
Merasai hembusan bayu laut terasa seakan bahasa ketaatan para malaikat yang patuh menyempurnakan simbiosis alam ciptaan Allah Azza waJalla.
.
.
Melihat matahari yang patuh memunculkan diri pada arah Timur dan membenamkan diri pada arah Barat. Bagai menanyakan kepatuhanku.
.
.
Menyaksikan bulan bersinar terang dan bintang berkelipan menghiasi malam.
Sungguh sempurna dan tiada sia-sia.
.
.
Kerna yang lebih utama mereka hanyalah Duta Kalam Tuhan.

Ketinggian langit,
Keindahan lanskap lautan,
Kecantikan lanskap hamparan sawah padi berlatarkan gunungan,
Semuanya melengkapkan kesempurnaan alam.
Sebagai bukti Allah Al-A'la, Al-Azim, As-Shomad, Al-Ghaniy, Al-Musawwir, dan terlalu banyak bukti kekuasaan-Nya pada alam.

Warna-warni pepasir di pantai mengingatkan warna-warni tabiat insan.

Cahaya Merah pada waktu terbenam matahari membenarkan adanya hari Akhirat.
.
.
Lantas setelah alam mengingatkan ku betapa semua keindahan ini akan berakhir tepat pada masa yang ditetapkan-Nya menyentapkan jiwa kemana mahu lari?
.
.
Ketika sampai pada Sumpah Allah dalam surah al-Mursalaat seperti menambah benih keimanan terhadap Rukun Iman Kedua yakni memahami tugasan para Malaikat.

Namun, Sumpah Allah dalam surah An-Nazia'aat mengerunkan jiwa saat membayangkan kekerasan & kekasaran yang akan digunakan oleh Malaikul Maut ketika mencabut nyawa orang yang Kafir. Diketuk setiap anggota tubuh dengan keras untuk mengeluarkan roh yang tidak mahu berpisah dengan jasad.

Benar-benar menumpahkan keegoan diri terhadap ayat alQuran betapa kematian itu semakin dekat. Lantas apa lagi yang nak dikejar? Apa yang nak dibanggakan dengan dunia?

Malaikul Maut yang bagaimanakan akan mendatangiku?

Sekalipun dikhabarkan juga akan kelembutan dan kesantunan Malaikul Maut yang mencabut nyawa orang beriman.

Namun, cemas & galau juga memikirkan khabaran Iman ummat akhir zaman melalui sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ,

ุจَุงุฏِุฑُูˆุง ุจِุงู„ุฃَุนْู…َุงู„ِ ูِุชَู†ًุง ูƒَู‚ِุทَุนِ ุงู„ู„َّูŠْู„ِ ุงู„ْู…ُุธْู„ِู…ِ ูŠُุตْุจِุญُ ุงู„ุฑَّุฌُู„ُ ู…ُุคْู…ِู†ًุง ูˆَูŠُู…ْุณِู‰ ูƒَุงูِุฑًุง ุฃَูˆْ ูŠُู…ْุณِู‰ ู…ُุคْู…ِู†ًุง ูˆَูŠُุตْุจِุญُ ูƒَุงูِุฑًุง ูŠَุจِูŠุนُ ุฏِูŠู†َู‡ُ ุจِุนَุฑَุถٍ ู…ِู†َ ุงู„ุฏُّู†ْูŠَุง

“Bersegeralah melakukan amalan shalih sebelum datang fitnah (musibah) seperti potong malam yang gelap. Iaitu seseorang pada waktu pagi dalam keadaan beriman dan di petang hari dalam keadaan kafir. Ada pula yang petang hari dalam keadaan beriman dan di pagi hari dalam keadaan kafir. Ia menjual agamanya karena sedikit dari keuntungan dunia”
[HR. Muslim]

.
.

#refleksi2020



 



 

Kitar Hidrologi antara topik yang ummi suka ceritakan kepada anak-anak kerana ianya melibatkan sumber alam yang sering kita lihat. Semalam sekali ummi sentuh cerita kitar air ini tapi ummi kongsikan tafsiran surah At-Tariq yang ustazah sampaikan dalam kelas Al-Aqsam kelmarin.
.
.
Selain faktor buku 'Water Droplet' yang jadi buku kegemaran anak-anak ketika sesi 'story telling'. Ummi sendiri tertarik pada subjek Geografi masa tingkatan 6 dahulu kerna ditakdirkan Allah malam sebelumnya ummi bertemu berkaitan kitaran air (Ar-Raj') dalam surah At-Thariq sampaikan ketika subjek alat diajarkan ummi boleh terdetik dalam hati perkataan SubhanaAllah! Allah dah sebut dalam Qur'an topik ini!
.
.
Jadi dari situ ummi menyedari memperkenalkan subjek alat melalui alQuran kepada anak-anak penting agar anak dapat membina jalan pemikiran ilmu alat berteraskan ilmu wahyu (alQuran). Kita usahakan sahaja kelak Allah juga yang fahamkan anak-anak.
.
.
Malam kelmarin kelas Al-Aqsam kami bertemu dengan Sumpah Allah dalam surah al-Tahriq mengenai Bintang yang bersinar tajam.
Memandang bintang di langit mengingat akan setiap manusia ada penjaganya.
.
.
Sumpah seterusnya dalam surah ini adalah
ูˆَูฑู„ุณَّู…َุงุٓกِ ุฐَุงุชِ ูฑู„ุฑَّุฌْุนِ

Demi langit yang mengandungi hujan

*Ar-Raj' bermaksud berputar atau kitaran air daripada hujan turun ke bumi dan naik semula ke udara dalam bentuk wap air dan jadi awan kemudian turun semula ke bumi dan begitulah seterusnya.
.
.
Apabila Allah dah rakamkan proses kitaran hidrologi dalam alQuran bererti ilmu Geografi & Sains Fizikal ini telah pun Allah minta manusia fikirkan akan kebesaran Allah.
.
.
Pandangan & fikiran manusia terbatas dan terkadang disibukkan dengan urusan-urusan harian masing-masing. Lalu, memandang alam dengan hati yang kosong.
.
.
Kadang-kala manusia rasa sempitnya hidup, tiada siapa yang peduli akan perasaan & masalah yang dihadapi.
Lalu, datang bisikan jahat untuk rasa Allah tak pedulikan dirinya yang sedang gundah gulana, perit di jiwa & sesak di dada.
.
.
Pandanglah alam,
Luas terbentang, sedang urusan kitaran angin ini Allah tak pernah abaikan. Ada malaikat yang diutuskan untuk membawa angin agar proses pembentukkan awan terus berlaku.
.
.
Begitu jugalah diri manusia ada malaikat yang menjaga mencatat segala amal perilaku. Urusan manusia sebagai khalifah di muka bumi haruslah lebih lagi Allah beri perhatian.
.
.
Melalui kitaran air @ kitar Hidrologi sahaja manusia menyedari sedangkan air boleh berubah-ubah bentuk mengikut aturan Allah. Terusan air itu melalui proses di langit dan ke bumi semula.
.
.
Betapa melalui tanah juga manusia boleh mengambil ibrah akan beza jenis tanah & peranannya. Ada tanah yang mampu serap/ telap air. Ada tanah yang tidak mampu serap ada. Namun kedua-duanya ada kelebihan. Sebagaimana yang serap air dapat menyampaikan air kepada akar dan jadi simpanan air ke bumi.
.
.
Begitu juga lapisan tanah tak serap air jadi dasar takungan air bawah tanah (akuifer).
.
.
Cantik susunan Allah terhadap biodiversiti alam. MashaAllah Tabarakallah.

Lalu, teringat hadis mengenai hujan, tanah & ilmu ini ;

Dari Abu Musa, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

ู…َุซَู„ُ ู…َุง ุจَุนَุซَู†ِู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุจِู‡ِ ู…ِู†َ ุงู„ْู‡ُุฏَู‰ ูˆَุงู„ْุนِู„ْู…ِ ูƒَู…َุซَู„ِ ุงู„ْุบَูŠْุซِ ุงู„ْูƒَุซِูŠุฑِ ุฃَุตَุงุจَ ุฃَุฑْุถًุง ، ูَูƒَุงู†َ ู…ِู†ْู‡َุง ู†َู‚ِูŠَّุฉٌ ู‚َุจِู„َุชِ ุงู„ْู…َุงุกَ ، ูَุฃَู†ْุจَุชَุชِ ุงู„ْูƒَู„ุฃَ ูˆَุงู„ْุนُุดْุจَ ุงู„ْูƒَุซِูŠุฑَ ، ูˆَูƒَุงู†َุชْ ู…ِู†ْู‡َุง ุฃَุฌَุงุฏِุจُ ุฃَู…ْุณَูƒَุชِ ุงู„ْู…َุงุกَ ، ูَู†َูَุนَ ุงู„ู„َّู‡ُ ุจِู‡َุง ุงู„ู†َّุงุณَ ، ูَุดَุฑِุจُูˆุง ูˆَุณَู‚َูˆْุง ูˆَุฒَุฑَุนُูˆุง ، ูˆَุฃَุตَุงุจَุชْ ู…ِู†ْู‡َุง ุทَุงุฆِูَุฉً ุฃُุฎْุฑَู‰ ، ุฅِู†َّู…َุง ู‡ِู‰َ ู‚ِูŠุนَุงู†ٌ ู„ุงَ ุชُู…ْุณِูƒُ ู…َุงุกً ، ูˆَู„ุงَ ุชُู†ْุจِุชُ ูƒَู„ุฃً ، ูَุฐَู„ِูƒَ ู…َุซَู„ُ ู…َู†ْ ูَู‚ِู‡َ ูِู‰ ุฏِูŠู†ِ ุงู„ู„َّู‡ِ ูˆَู†َูَุนَู‡ُ ู…َุง ุจَุนَุซَู†ِู‰ ุงู„ู„َّู‡ُ ุจِู‡ِ ، ูَุนَู„ِู…َ ูˆَุนَู„َّู…َ ، ูˆَู…َุซَู„ُ ู…َู†ْ ู„َู…ْ ูŠَุฑْูَุนْ ุจِุฐَู„ِูƒَ ุฑَุฃْุณًุง ، ูˆَู„َู…ْ ูŠَู‚ْุจَู„ْ ู‡ُุฏَู‰ ุงู„ู„َّู‡ِ ุงู„َّุฐِู‰ ุฃُุฑْุณِู„ْุชُ ุจِู‡ِ

“Permisalan petunjuk dan ilmu yang Allah mengutusku dengannya adalah bagai ghaits (hujan yang bermanfaat) yang mengenai tanah.

Maka ada tanah yang baik, yang boleh menyerap air sehingga menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rerumputan yang banyak.

Di antaranya juga ada tanah yang ajadib (tanah yang boleh menampung air, namun tidak boleh menyerap ke dalamnya), maka dengan genangan air tersebut Allah memberi manfaat untuk banyak orang, sehingga manusia dapat mengambil air minum dari tanah ini. Lalu manusia dapat memberi minum untuk haiwan ternaknya, dan manusia dapat mengairi tanah pertaniannya.

Jenis tanah ketiga adalah tanah qi’an (tanah yang tidak boleh menampung dan tidak bisa menyerap air).

Inilah permisalan orang yang memahami agama Allah, bermanfaat baginya ajaran yang Allah mengutusku untuk membawanya. Dia mengetahui ajaran Allah dan dia mengajarkan kepada orang lain. Dan demikianlah orang yang tidak mengangkat kepalanya terhadap wahyu, dia tidak mau menerima petunjuk yang Allah mengutusku untuk membawanya.”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

.
.
Tak akan habis nak tulis pasal kitar Hidrologi ni. Terlalu banyak ilmu yang boleh dikupas melalui proses ini.

Antara proses menegak ;
Sejatan
Sejat peluhan
Pemelupan
Kerpasan (Hujan / Salji)
Pintasan
Pepeluhan
Resapan

Antara proses mendatar pula ;
Air larian permukaan
Aliran air bawah tanah
Aliran lintang atmosfera (angin yang mengerakkan awan).

.
.
MashaAllah Tabarakallah Kan.
Seronok belajar tentang ilmu alam ni.
Lagi menjiwai jiwa kita tahu semua ilmu yang kita ambil tahu dan belajar ini tuntutan sebenarnya hanya untuk menTauhidkan Allah dengan sebenar-benarnya.
.
.
Jika jadi pakar Geologi, Hidrologi, Oceanology, Geography tapi tidak bertambah keimanan dan ketaatan kepada Allah tidaklah menjadikan kita bijak pandai di sisi Allah.

Kerna yang bijak pandai itu hanya orang yang beriman dan menyakini Hari Akhirat lalu bersedia menyiapkan bekalan ke Sana.

Jazakumullahu khayra buat Dr. Sholihah Kaswari & ustaz Abu Ilkiya Ashajj yang mengenalkan saya konsep 'Alam Takambang Menjadi Guru' ini. Barakallahufikum

.
.
#UmmuUwaisAzizah
#ibrahalaqsam
#perspektifalQuranmengenaiGeografi
#DSK 



Malam ni kami tiba pada Sumpah Allah dalam surah Al-Balad.

Antara cara mendamaikan emosi adalah Tadabbur alQuran.

Kita terkadang tenggelam dalam kesedihan kita sehingga terlupa kesedihan yang dialami para Nabi terdahulu, Nabi Muhammad shalallahu alayhi wasalam dan para sahabat radiallahu anhum .

Bagaimana dari sudut luaran fizikal kelihatan menderita kehidupan mereka tapi jiwa mereka tenang bahagia beriman.

Pada surah Al-Balad ini sendiri Allah dah bagitahu memang sejak lahir kita mengalami kepayahan demi kepayahan. Semakin meningkat usia semakin bertambah kepayahan. Kerna sudah sememangnya kita diciptakan untuk alami kepayahan.

Penat uruskan anak memang itulah pakej kehidupan yang setiap ibu bapa akan lalui.
Jika tidak berpenat kerna anak-anak Allah beri kepenatan dengan amanah yang lain.

Jika tidak memilih kepenatan dalam beramal, kita terjebak kepenatan dalam bermaksiat.

Kerna Kafir atau mukmin itu adalah manusia yang diciptakan untuk berada dalam susah payah. (90:4)

Kabad = letih, susah payah.

Kata Syeikh Badiuzzaman, keletihan dan sakit pada badan bermakna dirimu tidak kekal. Akan kembali kepada Allah.

Letih, penat dan lemah itulah tanda kita insan.
Itulah cara Allah Al-Aziz untuk menyedarkan kita agar bersandarkan harapan dan kehidupan hanya kepada-Nya.

Imam Ahmad berkata orang beriman tidak akan berehat daripada kepenatan sehingga kakinya melangkah ke Syurga, dan orang kafir itu tidak akan berehat daripada kepenatan sehingga kakinya masuk ke Neraka yang dalam.

.
.

*aku yang banyak mengeluh penat dengan anak-anak ni tersentap malam ini.

#ummuUwaisAzizah

#ibrahalAqsam
#SurahalBalaq
#DSK

 

~Allah Tak Pernah Meninggalkan mu.~
.
.
Semasa kelas al-Amthal malam tadi buat pertama kalinya dalam kelas ini ku menitiskan air mata.
.
.
Topik malam tadi tiba kepada surah Ad-Dhuha yang memang pernah membekas di jiwaku. Suatu masa dahulu ketika siri-siri pengislahanku.
.
.
Secara terjemahan pun kita boleh terkesan pada ayat ke-4 yang bermaksud "Dan sungguh yang kemudian (akhirat) itu lebih baik daripada awalnya (dunia)."
.
.
Buat yang rasa penat dengan dunia inilah ayat motivasi di mana jika dunia tiada pengadilan buatmu, kat akhirat pasti dan sungguh ada.
.
.
Setiap orang mesti ada sisi-sisi masa silam. Dan terkadang kita terperangkap dengan masa silam. Sama ada lemah kerna masa silam, menyesal lalu berputus asa. Ataupun menyalahkan masa silam.
.
.
Ada masa kita mahu sangat nak jadi lebih baik. Tapi kita buntu dan keliru. Tidak nampak arah kebaikan mana mahu dituju.
.
.
Arah mana lagi kita nak cari jika bukan akhirat yang lebih kekal abadi.
.
.
Motivasi mana lagi kita nak ikut jika tidak alQuran dan Assunnah.
Sungguh dalam alQuran tiada pujian buat dunia melainkan peringatan demi peringatan untuk waspada akan tipu daya dunia.
.
.
Sebaliknya, alQuran sebagai kedamaian hati dengan menyuburkan harapan akan negeri akhirat yang lebih kekal dan pasti.
.
.
Dr.Sholihah membawakan tafsir ayat Perumpamaan ini dengan indah sekali. Betapa alQuran selalu meluaskan jalan fikir yang sempit dan mencerah jiwa yang kelam sebelumnya menjadi berseri kembali.
.
.
Bayangkan ibarat tersesat di sebuah tempat yang gelap gelita, tiada sumber cahaya. Kita buntu dan hilang panduan. Lalu datang cahaya menjelaskan semula pandangan mata. Menyakinkan semula langkah perjalanan.
.
.
Sebagaimana Allah bersumpah dengan permulaan waktu pagi yakni waktu Dhuha. Dan mengiringi sumpah waktu malam.
.
.
Imam Ibnu Qayyim rahimullah dalam tafsirnya yang disampaikan oleh Dr.Sholihah mengatakan cahaya di waktu Dhuha yang timbul setelah gelapnya malam adalah cahaya Wahyu (alQuran ) setelah berhenti seketika penurunan wahyu sebelumnya. Sampaikan Nabi shalallahu alayhi wasalam sedih seketika apabila musuh Islam berkata "Muhammad ditinggalkan Tuhannya".
.
.
Disamping itu waktu Dhuha itu sendiri adalah waktu tubuh & fikiran manusia aktif bergerak. Dan dari sudut kesihatan juga waktu terbaik untuk perolehi vitamin D secara percuma melalui sinaran mentari pagi.
.
.
Apatah suasana alam yang segar, berkabus, dan cahaya mentari dhuha membangkitkan semangat juga emosi setiap insan yang kesedihan atau kegelisahan.
Bahawa sesungguhnya masih bernafas pagi ini bererti masih ada harapan yang lebih baik.
.
.
Surah Ad-Dhuha ini juga bukti sifat Allah ar-Rahman dan Ar-Rahim yang mahukan kebaikan dunia & akhirat buat hamba-Nya. Kerna itu Allah Azza waJalla tidak sesekali meninggalkan hamba-Nya dalam kegelapan.
.
.
Allah tidak bosan dengan kita walaupun berkali-kali kita terdetik bosan baca kalam-Nya lama-lama.
Allah tidak benci kita walaupun mungkin pernah terdetik rasa benci dengan makhluk ciptaan-Nya dan takdir ke atas diri kita.
Allah tidak pernah abaikan kita walaupun kita berkali-kali abaikan alQuran dengan meninggalkan hak-haknya.
Walaupun kita berkali-kali abaikan panggilan kasih Allah untuk buktikan Syukur dengan banyakkan sujud.๐Ÿ˜ญ
.
.
Buktinya Allah utuskan Nabi shalallahu alayhi wasalam untuk kita ikut cara ibadah baginda.
Buktinya Allah minta kita pegang risalah kenabian (alQuran & Assunnah ) betul-betul hingga kematian atau Kiamat datang.
Buktinya kerna Nabi shalallahu alayhi wasalam susah hati jika ummatnya masuk Neraka, maka Allah menentukan Nabi shalallahu alayhi wasalam memberikan syafa'at (pertolongan) kepada umatnya (dengan izin-Nya).
.
.
Dan ayat seterusnya (6, 7 & ๐Ÿ˜Ž Allah mengingatkan Nabi shalallahu alayhi wasalam akan bukti Allah tak meninggalkan Nabi sebagai menyangkal dakwaan musuh Islam yang cuba mengoyahkan emosi Nabi ketika itu.
.
.
Diikuti pula ayat (9,10&11) Allah memerintahkan untuk seimbangkan nikmat Allah kepada Nabi shalallahu alayhi juga sebenarnya Allah suruh kita renungkan nikmat-Nya kepada kita selama ini.
.
.
Lalu Allah bagitahu bagaimana nak bersyukur dengan nikmat-nikmat tersebut yakni memberi perhatian dan hak kepada anak-anak yatim.
.
.
Melayani dengan baik orang yang meminta makanan atau pertolongan sekalipun kita sendiri dalam keadaan kekurangan. Ada pendapat lain meminta bimbingan atau perkongsian ilmu.
.
.
Dan nikmat Allah (menurut Imam Mujahid nikmat terbesar adalah alQuran) hendaklah kita sebut-sebutkan dengan menyebarkan.
.
.

#ibrahAlAqsam
#surahAddhuha
#DSK




Malam tadi berlangsung kelas ketiga al-Aqsam oleh Dr.Sholihah Kaswari.
.
.
Surah al-Adiyat.
Allahu Akbar!
.

Melalui Kuda yang gagah Perkasa & hebat dalam menjayakan peperangan sahaja Allah tunjukkan bukti kekuasaan-Nya.

5 sifat Kuda tersebut menunjukkan bukti
Allah Al Kabir (Kebenaran Allah)
Allah Al-Aliy (Ketinggian Allah)
Allah Al-Adzhim (Keagungan Allah)
Allah Al-Jabbar (Keperkasaan Allah)
Allah Al-Rahim (Kemurahan Allah)

Kuda dikenali sebagai alat pembawa kejayaan dalam peperangan dan mengalahkan musuh.

Allah ciptakan Kuda untuk beri pertolongan kepada manusia dalam peperangan, maka dari situlah manusia perlu fikirkan zat kebesaran Pencipta Kuda yang menjadikan Kuda binatang yang hebat.

Malulah manusia dengan kuda.
Kerna dalam surah yang Allah ceritakan kehebatan Kuda perang yang berlari kencang ini Allah ceritakan juga dua sifat manusia yang merugikan.
.
.
ูƒَู†ُูˆุฏٌ .1
Ibnu Abbas mengatakan maksud ูƒَู†ُูˆุฏٌ
ialah kufur atau kikir. Yang tidak mahu memberikan pertolongan atau bantuan kepada orang lain yang memerlukan.

Al Kanuud juga adalah orang yang mengingkari kenikmatan Allah kepadanya atau dia orang yang sentiasa hanya menyebut musibah dan melupakan nikmat sebagaimana yang dikatakan oleh Hasan Al-Basri.
.
.
ุดَุฏِูŠุฏٌ .2
Ibnu Abbas juga mengatakan maksud Asy-Syadid ialah kikir kerna cintanya kepada harta.
.
.

Allah juga telah mencela dua akhlak
yang rosak ini dalam ayat lain.
.
.
"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya, orang-orang yang berbuat riak, dan enggan (menolong dengan) barang berguna."
(Surah al-Maun ayat 4-7)
.
.
"Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya."
(Al-Humazah : 1-2)
.
.
.
Saat dunia sedang diuji Covid yang memberikan kesan skala besar kepada sebahagian masyarakat.
.
.
Di saat ini juga kita boleh melihat sejauh mana tahap jiwa & Iman kita adakah masih terus menghitungkan harta dan merungut dengan sedikit musibah dunia atau bertindak menyucikan jiwa dengan jalan infak & mengubah cara pandang dengan menghitung nikmat Allah yang dikecapi selama ini.

Sungguh nikmat terbesar dan tiada tandingan adalah Iman & Islam.

Nota ke-2 surah al-Adiyat di sini ;
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3504829819607897&id=100002427397712

Sumber gambar : Google.com

#ibrahalAqsam



๐ŸŒฟ Kenali jenis-jenis peringatan penting dalam alQuran ibarat kita wajib kenal simbol objek di jalan raya(ketika memandu untuk lancar perjalanan).

๐ŸŒฟ Baiki Tauhid supaya dengannya kita tak mudah goncang mahupun rebah dengan angin taufan & badai kehidupan. Ibarat akar pokok yang teguh berbeza dengan akar pokok yang mereput.

๐ŸŒฟ Kenali ubat jiwa yang kita perlukan. Ubat yang paling ampuh / mujarab bagi penyakit Hati ialah alQuran. Kerna lapisan hati yang pertama iaitu Sadru itulah wilayah ujian. Lalu yang sempit atau lapangnya jiwa bergantung kepada amal ketaatan yang dilakukan.

#objektifAlAqsam
#DSK
Lihat Sedikit

 

Malam tadi kelas kedua Al-Aqsam yang bermaksud Sumpah dalam Al-Quran.
.
.
Jika sebut pasal Sumpah pastilah ianya perkara penting. Kerna manusia yang waras sendiri tidak akan sesuka hati bersumpah jika bukan melibatkan urusan penting.
.
.
Sumpah pertama yang Dr. Sholihah huraikan kepada kami malam ini mengenai surah Al-Asr.
.
.
Jika sebelum ini kefahamanku berkaitan masa ini adalah bermaksud masa setiap detik & saat. Rupanya masa yang dimaksudkan Allah itu lebih mendalam lagi melibatkan antara Siang dan Malam. Iaitu waktu penghubung siang dan malam ialah waktu solat Asar.
.
.
Dan segala ukuran waktu yang menjadi tanda adanya kuasa yang bijaksana menetapkan waktu untuk manusia.
Menjadi ukuran waktu umur manusia.
.
.
Dan pergantian Siang dan Malam itu juga berdasarkan ketentuan kekuasaan Yang Maha Perkasa (Allah Al-Aziz ), lagi Maha Mengetahui (Allah Al-Alim) dalam Mengatur Kemaslahatan (Allah Al-Mutakkabir) jagat raya ini menurut cara pengurusan yang sangat sempurna.
.
.
Masa juga ibarat sebuah bekas untuk menampung amal. Dan amal inilah menjadi modal perniagaan manusia dengan Allah. (Dr.Nabulsi)
.
.
Perniagaan apakab yang tidak akan pernah merugi dan sentiasa untung dan untung? Pastilah berniaga dengan Allah
.
.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Ketahuilah, bahwa sesungguhnya barang dagangan Allah sangat mahal, dan ketahuilah bahwa barang dagangan Allah adalah Syurga.”
(HR. at-Tirmidzi (no. 2450) dan al-Hakim (4/343), dinyatakan shahih oleh Imam al-Hakim
.
.
Ustazah membawakan kami pertautan antara Sumpah Allah dalam surah At-Tin dengan surah al-Ashr iaitu dalam surah At-Tin Allah menjanjikan orang yang beriman dan beramal soleh dengan pahala dan nikmat yang tidak putus-putus yakni Syurga.
.
.
Dan dalam surah Al-Ashr pula selepas beriman dan beramal soleh untuk diri sendiri, Allah suruh manusia saling berpesan-pesan dalam kebenaran (yakni sebarkan & sampaikan ilmu agama yang sahih) dan saling berpesan-pesan dalam kesabaran (yakni sabar dalam mematuhi syariat agama). Dan itulah syarat nak jadi golongan yang beruntung.
.
.
Sebut bab sabar ini, sangat mudah dilafazkan. Tapi nak laksanakan berdasarkan syariat memang menuntut keazaman tanpa henti.
.
.
Memang termuhasabah sangat sebagai ibu ni, nak hasil segera nak anak patuh sahaja arahan diri. Padahal diri sendiri pun tak segera sahut perintah Allah. Dan masih kurang bersabar dalam mengekang nafsu amarah.
.
.
Sabar ini terbahagi dua jenis.
Sabar dalam menerima takdir (orang beriman terima takdir dapat pahala).
Sabar dalam menjalani syariat yakni menjalankan apa yang Allah perintahkan dan menahan diri terhadap perkara yang Allah larang.
.
.
Sabar juga sering dizahirkan dengan keadaan dan reaksi yang tenang kan.
Tapi nak dapat tenang perlu bina keyakinan yang teguh dan mendalam. Dan nak dapatkan keyakinan itu hanya dengan jalan menuntut / dalami ilmu agama yang sahih.
.
.
Dengan keyakinan akan memudahkan jalan kesabaran dan muncul ketenangan. Inilah jiwa mukmin yang tenang walaupun dirempuh ribut taufan kehidupan. Kerna yakin akan kehidupan yang lebih kekal di akhirat.
.
.
Berbeza pula jika sedikit keyakinan maka sedikit pula kesabaran, dan orang yang sedikit sabar akan selalu gelisah dan mengelisahkan orang lain.
.

Allah berfirman ;
" Maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah adalah benar dan sekali-kali janganlah orang-orang yang tidak menyakini (kebenaran ayat-ayat Allah) itu mengelisahkanmu."
(Surah Ar-Rum ayat 60)
.
.
.
Moga Allah masukkan kita dalam golongan orang2 yang beruntung di akhirat kelak. Allahuma Ameen.

.:. Nota kelas ke-2 Al-Aqsam