~.:.PERSPEKTIF KEHIDUPAN.:.~
~**dakwat tinta semakin laju, mengikut rentak irama kehidupan, bukan penghukum tetapi penyeru sekadar mencari hakikat kebenaran, kerana Al-Quran dan As-Sunnah itu seiringan(12:108)**~
Saturday, October 15, 2022
Bertahun-tahun
mempelajari subjek Sains sejak usia kanak-kanak termasuk Fizik &
Kimia ketika sekolah menengah. Dan melanjutkan pelajaran dalam bidang
Geografi 4 tahun disambung dengan mengajarinya pula beberapa tahun.
Kenapa subjek berkaitan tidak menyedarkanku itu semua adalah kajian
bukti adanya Hari Kebangkitan?
.
.
Kerna aku belum membekali diri dengan ilmu kitab panduan utama ummat Nabi Muhammad shalallahu alayhi wasalam yakni alQuran.
.
.
Sedangkan
dalam alQuran segala unsur Sains, Kimia, Fizik, Geografi, Astronomi,
Perubatan, dan Bahasa, telah pun disebutkan dalam alQuran. Tinggal lagi
bagaimana manusia jadikan ianya panduan untuk menghubungkan kehidupan
dunia dengan alam akhirat.
.
.
Kerna aku belum benar-benar
mengenali Allah lalu tidak pula tahu tugasku juga adalah mencari
keBesaran dan KeEsaan Allah sebagai Rabb sekalian alam melalui alam
ciptaan-Nya.
.
.
Menyelami tadabbur ayat sumpah Allah mengenai
Langit, Bumi dan kejadian manusia dalam surah Adz-Dzariyat ayat 20-23
menyedarkanku bahawa Langit yang menjadi atap, Bumi sebagai tempat
didiami dan struktur anatomi diri mengandungi tanda kesempurnaan
pengaturan-Nya dan peringatan akan adanya Hari Kebangkitan.
.
.
Betapa
Allah Al-Hakim meletakkan peringatan itu selalu dekat dengan manusia.
Walhal, dirinya sendiri yang paling dekat untuk difikirkan akan fungsi
kesempurnaan anggota tubuh badan. Terlalu banyak ayat-ayat Allah pada
tubuh badan manusia.
.
.
Keluarlah dari bumbung rumah kediaman,
perhatikan langit. Renung perhatikan kejadian langit tanpa bertiang,
tanpa retak dan teruskan renungan sehingga pandangan jadi letih.
.
.
Kalimat
"sama' " yakni langit Allah sebut sebanyak 310 kali dalam alQuran. Dan
sebanyak 6 kali Allah jadikan langit sebagai objek sumpahan. Betapa
pasti penciptaan Langit adalah suatu fenomena alam yang dahsyat untuk
manusia renungkan dan ambil pengajaran.
.
.
Beberapa hari
lepas anak sulung bertanyakan apakah Satelit. Terusku bercerita sambil
menunjukkan beberapa gambar di Internet dengan menunjukkan satelit di
angkasa lepas, dan berada di lapisan langit dunia yang ke berapa. Bulan
juga satelit bumi. Tapi fokusku waktu itu ingin anak-anak tahu langit
dunia ini sahaja terdiri daripada pelbagai lapisan berketinggian berbeza
dan fungsi yang berbeza. Masha Allah. Baru langit dunia belum langit
tingkatan langit dalam peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi shalallahu alayhi
wasalam yang mana para Saintis masih belum dapat mencari bukti. Namun,
disinilah letaknya peranan keyakinan keimanan terhadap perkara ghaib.
.
.
Dalam AlQuran Allah membicarakan langit mempunyai 7 tingkat lapisan.
Namun,
para ulama tafsir mengatร kan Langit dunia yang termasuk matahari dan
bintang itu masih lagi salah satu daripada 7 lapisan langit yang Allah
sebutkan. Dan 6 lagi lapisan langit hanya Allah sahaja Maha Mengetahui.
.
.
Menyoroti
lapisan langit dunia sahaja sebenarnya ahli Astronomi mendapati alam
angkasa lepas sentiasa berkembang (akan sentiasa ada penemuan
terbaharu). Sebagaimana bumi sentiasa mengalami perubahan dan
berubah-ubah apa yang ada di dalam dan di atasnya. Begitu juga alam
cakerawala di langit.
.
.
Lapisan langit dunia mempunyai
lapisan udara (Atmosfera) dan medan magnet yang disebut (magnetosfer)
yang melindungi permukaan bumi daripada angin, matahari, sinar ultraungu
dan radiasi dari luar angkasa. Lapisan udara ini dibagi kepada beberapa
lapisan Troposfer, Stratosfer, Mesosfer, Termosfer dan Eksosfer.
.
.
Sebagaimana
Allah mengatur bintang, matahari dan planet-planet mengikut garis
edarannya. Begitulah fungsi lapisan Atmosfera yang Allah jadikan untuk
setiap lapisan punyai fungsi manfaat yang berbeza kepada keseimbangan
alam kehidupan manusia.
.
.
Lapisan paling hampir dengan bumi
adalah lapisan Troposfera yang mana disinilah proses perubahan cuaca dan
iklim berlalu. Di mana semakin tinggi kedudukan dari aras bumi semakin
rendah suhu atau semakin sejuk. Pada ruangan lapisan inilah kitar
hidrologi pembentukan hujan berlaku. Masha Allah, kitar hidrologi sahaja
satu penjelasan ilmu yang sangat sistematik dan merupakan tunjang utama
kewujudan simbiosis ekosistem.
.
.
Seterusnya, lapisan kedua
Stratosfera di mana terdapat lapisan gas Ozon yang bertindak melindungi
bumi daripada bahaya sinaran Ultra Violet daripada matahari. Allah
Al-Muqit Al-Hakim menyusun atur alam cakerawala sesuai dengan manfaat
alam sejagat.
.
.
Lapisan ketiga iaitu Mesosfera di mana ini
merupakan lapisan berlakunya pembakaran terhadap Meteor supaya tidak
sampai menghentam bumi. Masha Allah, Allah Al-Muhaimin Al-Jabbar
mengatur lapisan ruang khas untuk bintang @ Meteor ini terbakar (sebagai
alat pelempar syaitan yang mencuri berita langit) tanpa menganggu
kehidupan manusia di bumi.
.
.
Lapisan keempat iaitu Termosfera
merupakan lapisan udara yang menjadi ruang gelombang radio dan satelit
komunikasi. Stesyen Angkasa Antarabangsa (IIS) juga berada pada ruangan
ini. Fenomena Aurora borealis dan australis juga kerap berlaku pada
waktu malam khususnya di kawasan kutub utara dan kutub selatan yang
berasal dari ruangan lapisan ini. Masha Allah, Allah Al-Azhim
Al-Mutakabbir
.
.
Lapisan kelima iaitu Eksosfera merupakan
lapisan paling atas permukaan bumi bergabung dengan sistem solar. Masha
Allah, maka benarlah pada urusan langit terdapatnya tanda bukti Allah
Al-A'liyy Al-Haq.
.
.
Sebenarnya apabila Allah bersumpah
mengenai Langit dalam beberapa surah yang berbeza Allah minta manusia
renungkan kehebatan ciptaan Allah yang telah dikhabarkan penciptaannya
dalam alQuran sebelum kajian Astronomi itu sendiri wujud. Maka disitulah
Allah nak kita sedari kehebatan AlQuran yang menjadi bukti Allah
Al-Malik Al-Haq.
.
.
Pada kelas sumpahan Adz-Dzariyyat 20-23 Dr. Sholihah Kaswari
memperincikan juga proses penciptaan manusia di alam janin yang mana
jarang manusia fikirkan kebesaran Allah melalui proses masuk dan
keluarnya janin dalam rahim ibu. Moga ada kesempatan lain saya
kongsikan. Insha Allah.
Alhamdulillah Jazakumullahu khayra ustazah dan ustaz Abu Ilkiya Ashajj
atas ruang dan peluang untuk kami mengikuti pengajian alAqsam alAmthal
sebagai proses mengenal Allah, diri sendiri dan alam semesta.
.
.
#ibrahalAqsam
#tafazkkuralam
#tadabburalAqsam
#DSK
Fasa PKP ini adalah masa terbaik ibu ayah memperkukuhkan pendidikan tauhid kepada anak-anak.
.
.
Dr Sholihah Kaswari sarankan method alAqsam dan Alamthal dalam alQuran adalah method terbaik daripada alQuran dengan elemen tafakkur alam untuk disampaikan kepada anak-anak.
.
.
Kadang
ummi sampaikan semula intipati method ini dalam siri tafakkur alam
dengan anak-anak. Dan sebenarnya lagi bagus anak-anak dapat pelajari
bersama-sama ummi.
.
.
Selepas kelas terus ummi tunjukkan
beberapa video di Youtube mengenai angin yang berperanan mengerakkan
alam dalam rangka ketaatan kepada Allah Al-Khaliq lagi Maha
Menghidupkan.
.
.
Betapa angin yang tidak kelihatan tapi hanya
dirasai itu sering diabaikan kepentingan & peranannya. Namun, malam
ini surah Az-Dzariyat ayat 1-14 menyedarkan kami betapa angin itu besar
peranannya, besar pula tuntutan kesyukuran dan ketaatan yang perlu
manusia tunaikan.
.
.
Angin mengerakkan awan,
angin juga memberi batasan penerimaan hujan,
angin menggerakkan kapal yang berlayar di lautan,
angin merebakkan debunga untuk proses pendebungaan,
angin mengeringkan pakaian,
angin membolehkan lautan terus berombak,
angin membawa udara sejuk,
angin mencorakkan bayu laut bayu darat,
dan banyak sangat peranan angin kepada alam.
.
.
Namun,
angin juga menjadi makhluk pemberi peringatan kepada manusia apabila
angin bertukar menjadi ribut taufan dan gempa bumi hanyalah bertujuan
untuk memanggil manusia agar kembali bertaubat kepada Pemilik angin,
langit, bumi dan alam semesta.
.
.
Teringat kajian tugasan
ummi ketika universiti dahulu mengenai Taufan. Negara yang mempunyai
penduduk majoriti bukan islam paling banyak menerima peringatan melalui
Taufan Tornado. Dan kini makin banyak juga fenomena Puting Beliung
(Tornado) ini menimpa negara islam. Apatah fenomena gempa bumi (angin
yang masuk ke dalam bumi) juga bukan sekadar fenomena alam tapi
peringatan Allah untuk manusia kembali pergantungan jiwa hanya kepada
Allah. HasbunaAllah wanekmal wakeel~
.
.
Jazakumullahu khayra buat Dr. Sholihah Kaswari dan ustaz Abu Ilkiya Ashajj
yang membawakan kami subjek pengajian peringkat master tapi terbuka
untuk orang awam dalam bentuk laras bahasa mudah buat orang awam macam
kami. Malahan juga, menjadi method & idea agar dapat pula difahami
& disampaikan kepada anak-anak.
Barakallahufikum.
.
.
#notaummuuwaisazizah
#tadabburtafakkur
#ibrahalAqsam
#DSK
Alhamdulillah terlalu banyak hikmah diperolehi disebalik ujian Covid 2020.
.
.
Hikmah
yang mencurah-curah apabila cuba mengubah persepsi hati dan perspektif
fikiran dengan memanfaatkan ruang peluang yang diberi.
.
.
Jika dulu bermusafir banyaknya untuk puaskan nafsu (kesukaan, minat, kepuasan).
.
.
Selepas direzekikan mengikuti kelas al-Amthal al-Aqsam jiwa musafirku terasa berbeza ketika melihat fenomena alam.
.
.
Memerhatikan pergerakan awan terasa melihat barisan Malaikat yang sedang patuh mengerakkan awan.
.
.
Merasai
hembusan bayu laut terasa seakan bahasa ketaatan para malaikat yang
patuh menyempurnakan simbiosis alam ciptaan Allah Azza waJalla.
.
.
Melihat matahari yang patuh memunculkan diri pada arah Timur dan membenamkan diri pada arah Barat. Bagai menanyakan kepatuhanku.
.
.
Menyaksikan bulan bersinar terang dan bintang berkelipan menghiasi malam.
Sungguh sempurna dan tiada sia-sia.
.
.
Kerna yang lebih utama mereka hanyalah Duta Kalam Tuhan.
Ketinggian langit,
Keindahan lanskap lautan,
Kecantikan lanskap hamparan sawah padi berlatarkan gunungan,
Semuanya melengkapkan kesempurnaan alam.
Sebagai bukti Allah Al-A'la, Al-Azim, As-Shomad, Al-Ghaniy, Al-Musawwir, dan terlalu banyak bukti kekuasaan-Nya pada alam.
Warna-warni pepasir di pantai mengingatkan warna-warni tabiat insan.
Cahaya Merah pada waktu terbenam matahari membenarkan adanya hari Akhirat.
.
.
Lantas
setelah alam mengingatkan ku betapa semua keindahan ini akan berakhir
tepat pada masa yang ditetapkan-Nya menyentapkan jiwa kemana mahu lari?
.
.
Ketika
sampai pada Sumpah Allah dalam surah al-Mursalaat seperti menambah
benih keimanan terhadap Rukun Iman Kedua yakni memahami tugasan para
Malaikat.
Namun, Sumpah Allah dalam surah An-Nazia'aat
mengerunkan jiwa saat membayangkan kekerasan & kekasaran yang akan
digunakan oleh Malaikul Maut ketika mencabut nyawa orang yang Kafir.
Diketuk setiap anggota tubuh dengan keras untuk mengeluarkan roh yang
tidak mahu berpisah dengan jasad.
Benar-benar menumpahkan
keegoan diri terhadap ayat alQuran betapa kematian itu semakin dekat.
Lantas apa lagi yang nak dikejar? Apa yang nak dibanggakan dengan dunia?
Malaikul Maut yang bagaimanakan akan mendatangiku?
Sekalipun dikhabarkan juga akan kelembutan dan kesantunan Malaikul Maut yang mencabut nyawa orang beriman.
Namun, cemas & galau juga memikirkan khabaran Iman ummat akhir
zaman melalui sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ,
ุจَุงุฏِุฑُูุง
ุจِุงูุฃَุนْู
َุงِู ِูุชًَูุง َِููุทَุนِ ุงَِّْูููู ุงْูู
ُุธِْูู
ِ ُูุตْุจِุญُ ุงูุฑَّุฌُُู
ู
ُุคْู
ًِูุง َُููู
ْุณِู َูุงِูุฑًุง ุฃَْู ُูู
ْุณِู ู
ُุคْู
ًِูุง َُููุตْุจِุญُ َูุงِูุฑًุง
َูุจِูุนُ ุฏَُِููู ุจِุนَุฑَุถٍ ู
َِู ุงูุฏَُّْููุง
“Bersegeralah melakukan
amalan shalih sebelum datang fitnah (musibah) seperti potong malam yang
gelap. Iaitu seseorang pada waktu pagi dalam keadaan beriman dan di
petang hari dalam keadaan kafir. Ada pula yang petang hari dalam keadaan
beriman dan di pagi hari dalam keadaan kafir. Ia menjual agamanya
karena sedikit dari keuntungan dunia”
[HR. Muslim]
.
.
#refleksi2020
.
Malam tadi kelas Al-Aqsam menemani perjalanan Perlis ke Taiping.
.
Pagi ini buat ulangkaji semula dengan buku ini. Akhirnya, MashaAllah Allah telah tambah keyakinan ku semula terhadap ilmu yang ku pelajari selama 4 tahun di Universiti & 5 tahun ku diamanahkan mengajar subjek yang sama dan topik yang ku ajar dulu jugalah ustazah bincangkan dalam kelas alAqsam malam tadi.
.
Allahu Akbar!
Ku U-turn semula apa yang ku ragui sebelum ini. Dan kini Ku dah temui dalil yang menguatkan semula apa yang telah ku pelajari.
.
Betapa subjek Geografi ini terdapatnya Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah & Asma wa Sifat Allah.
.
Insha Allah akan ku kongsikan kupasan alAqsam malam tadi.
Ku sedia di unfriend oleh rakan-rakan yang tak setuju. Kerna jika dulu ku pun hampir terperdaya akan bumi ini pegun kerna ada buku berdasarkan dalil juga.
.
Kini ku jumpa dalil yang lebih menyakinkan. Kerna alQuran tidak boleh ditafsir secara literal. Perlunya kupasan saintifik sebagaimana Sains membawa method saintifik sekalipun sains tidak dapat membuktikan perkara ghaib dan inilah kelebihan alQuran dan perlunya beriman dengan ilmu alQuran.
#relearn
#unlearn
#tadabbur
#tazakkur
#tafakkur
#taammul
#padaalamkukenaliMu