Saturday, October 15, 2022

Bertahun-tahun mempelajari subjek Sains sejak usia kanak-kanak termasuk Fizik & Kimia ketika sekolah menengah. Dan melanjutkan pelajaran dalam bidang Geografi 4 tahun disambung dengan mengajarinya pula beberapa tahun. Kenapa subjek berkaitan tidak menyedarkanku itu semua adalah kajian bukti adanya Hari Kebangkitan?
.
.
Kerna aku belum membekali diri dengan ilmu kitab panduan utama ummat Nabi Muhammad shalallahu alayhi wasalam yakni alQuran.
.
.
Sedangkan dalam alQuran segala unsur Sains, Kimia, Fizik, Geografi, Astronomi, Perubatan, dan Bahasa, telah pun disebutkan dalam alQuran. Tinggal lagi bagaimana manusia jadikan ianya panduan untuk menghubungkan kehidupan dunia dengan alam akhirat.
.
.
Kerna aku belum benar-benar mengenali Allah lalu tidak pula tahu tugasku juga adalah mencari keBesaran dan KeEsaan Allah sebagai Rabb sekalian alam melalui alam ciptaan-Nya.
.
.
Menyelami tadabbur ayat sumpah Allah mengenai Langit, Bumi dan kejadian manusia dalam surah Adz-Dzariyat ayat 20-23 menyedarkanku bahawa Langit yang menjadi atap, Bumi sebagai tempat didiami dan struktur anatomi diri mengandungi tanda kesempurnaan pengaturan-Nya dan peringatan akan adanya Hari Kebangkitan.
.
.
Betapa Allah Al-Hakim meletakkan peringatan itu selalu dekat dengan manusia. Walhal, dirinya sendiri yang paling dekat untuk difikirkan akan fungsi kesempurnaan anggota tubuh badan. Terlalu banyak ayat-ayat Allah pada tubuh badan manusia.
.
.
Keluarlah dari bumbung rumah kediaman, perhatikan langit. Renung perhatikan kejadian langit tanpa bertiang, tanpa retak dan teruskan renungan sehingga pandangan jadi letih.
.
.
Kalimat "sama' " yakni langit Allah sebut sebanyak 310 kali dalam alQuran. Dan sebanyak 6 kali Allah jadikan langit sebagai objek sumpahan. Betapa pasti penciptaan Langit adalah suatu fenomena alam yang dahsyat untuk manusia renungkan dan ambil pengajaran.
.
.
Beberapa hari lepas anak sulung bertanyakan apakah Satelit. Terusku bercerita sambil menunjukkan beberapa gambar di Internet dengan menunjukkan satelit di angkasa lepas, dan berada di lapisan langit dunia yang ke berapa. Bulan juga satelit bumi. Tapi fokusku waktu itu ingin anak-anak tahu langit dunia ini sahaja terdiri daripada pelbagai lapisan berketinggian berbeza dan fungsi yang berbeza. Masha Allah. Baru langit dunia belum langit tingkatan langit dalam peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi shalallahu alayhi wasalam yang mana para Saintis masih belum dapat mencari bukti. Namun, disinilah letaknya peranan keyakinan keimanan terhadap perkara ghaib.
.
.
Dalam AlQuran Allah membicarakan langit mempunyai 7 tingkat lapisan.
Namun, para ulama tafsir mengatàkan Langit dunia yang termasuk matahari dan bintang itu masih lagi salah satu daripada 7 lapisan langit yang Allah sebutkan. Dan 6 lagi lapisan langit hanya Allah sahaja Maha Mengetahui.
.
.
Menyoroti lapisan langit dunia sahaja sebenarnya ahli Astronomi mendapati alam angkasa lepas sentiasa berkembang (akan sentiasa ada penemuan terbaharu). Sebagaimana bumi sentiasa mengalami perubahan dan berubah-ubah apa yang ada di dalam dan di atasnya. Begitu juga alam cakerawala di langit.
.
.
Lapisan langit dunia mempunyai lapisan udara (Atmosfera) dan medan magnet yang disebut (magnetosfer) yang melindungi permukaan bumi daripada angin, matahari, sinar ultraungu dan radiasi dari luar angkasa. Lapisan udara ini dibagi kepada beberapa lapisan Troposfer, Stratosfer, Mesosfer, Termosfer dan Eksosfer.
.
.
Sebagaimana Allah mengatur bintang, matahari dan planet-planet mengikut garis edarannya. Begitulah fungsi lapisan Atmosfera yang Allah jadikan untuk setiap lapisan punyai fungsi manfaat yang berbeza kepada keseimbangan alam kehidupan manusia.
.
.
Lapisan paling hampir dengan bumi adalah lapisan Troposfera yang mana disinilah proses perubahan cuaca dan iklim berlalu. Di mana semakin tinggi kedudukan dari aras bumi semakin rendah suhu atau semakin sejuk. Pada ruangan lapisan inilah kitar hidrologi pembentukan hujan berlaku. Masha Allah, kitar hidrologi sahaja satu penjelasan ilmu yang sangat sistematik dan merupakan tunjang utama kewujudan simbiosis ekosistem.
.
.
Seterusnya, lapisan kedua Stratosfera di mana terdapat lapisan gas Ozon yang bertindak melindungi bumi daripada bahaya sinaran Ultra Violet daripada matahari. Allah Al-Muqit Al-Hakim menyusun atur alam cakerawala sesuai dengan manfaat alam sejagat.
.
.
Lapisan ketiga iaitu Mesosfera di mana ini merupakan lapisan berlakunya pembakaran terhadap Meteor supaya tidak sampai menghentam bumi. Masha Allah, Allah Al-Muhaimin Al-Jabbar mengatur lapisan ruang khas untuk bintang @ Meteor ini terbakar (sebagai alat pelempar syaitan yang mencuri berita langit) tanpa menganggu kehidupan manusia di bumi.
.
.
Lapisan keempat iaitu Termosfera merupakan lapisan udara yang menjadi ruang gelombang radio dan satelit komunikasi. Stesyen Angkasa Antarabangsa (IIS) juga berada pada ruangan ini. Fenomena Aurora borealis dan australis juga kerap berlaku pada waktu malam khususnya di kawasan kutub utara dan kutub selatan yang berasal dari ruangan lapisan ini. Masha Allah, Allah Al-Azhim Al-Mutakabbir
.
.
Lapisan kelima iaitu Eksosfera merupakan lapisan paling atas permukaan bumi bergabung dengan sistem solar. Masha Allah, maka benarlah pada urusan langit terdapatnya tanda bukti Allah Al-A'liyy Al-Haq.
.
.
Sebenarnya apabila Allah bersumpah mengenai Langit dalam beberapa surah yang berbeza Allah minta manusia renungkan kehebatan ciptaan Allah yang telah dikhabarkan penciptaannya dalam alQuran sebelum kajian Astronomi itu sendiri wujud. Maka disitulah Allah nak kita sedari kehebatan AlQuran yang menjadi bukti Allah Al-Malik Al-Haq.
.
.
Pada kelas sumpahan Adz-Dzariyyat 20-23 Dr. Sholihah Kaswari memperincikan juga proses penciptaan manusia di alam janin yang mana jarang manusia fikirkan kebesaran Allah melalui proses masuk dan keluarnya janin dalam rahim ibu. Moga ada kesempatan lain saya kongsikan. Insha Allah.

Alhamdulillah Jazakumullahu khayra ustazah dan ustaz Abu Ilkiya Ashajj atas ruang dan peluang untuk kami mengikuti pengajian alAqsam alAmthal sebagai proses mengenal Allah, diri sendiri dan alam semesta.

.
.

#ibrahalAqsam
#tafazkkuralam
#tadabburalAqsam
#DSK 



No comments: