Saturday, October 15, 2022

Masha Allah, Tabarakallah! Another puzzle!
AlAqsam malam tadi tentang surah As-Saffat ayat 1-15.
.
.
Baca terjemahan je selama ini sekadar memahami perihal malaikat dan tugas-tugasnya. Dan syaitan yang cuba mencuri berita-berita dari langit lalu dilempari bintang bercahaya (meteor) sebagai bukti kukuhnya pengawasan malaikat di langit.
.
.
Kenapaku kata puzzle?
Kerna dahulu pernah mengikuti dan menghadapi beberapa kali proses ruqyah as-syariyyah terhadap hamba-hamba Allah yang alami gangguan jin/sihir. Ustaz tempatku bekerja (madrasah) memang sering diminta untuk meruqyah walaupun seboleh mungkin beliau tidak suka menjadikan tugas ruqyah itu keutamaan apatah mempromosikan.
.
.
Qadarullah dua orang pelajar perempuan madrasah tersebut juga mengalami gangguan jin. Maka, memang dalam beberapa bulan dan mungkin hampir setahun kami staff perlu bersedia untuk bersama-sama bacakan ayat-ayat ruqyah ketika pelajar tersebut mengalami gangguan.
.
.
Kebiasaan pesakit wanita akan dikelilingi pelajar yang punyai hafazan paling baik dan banyak serta diurusi guru wanita. Ustaz sekadar memberi arahan surah sekian-sekian dan apa perlu kami buat. Dan kebiasaan nasihat yang akan dititipkan adalah menjauhi muzik kerna syaitan suka kita lalai, tidak gantung gambar dalam rumah kerna malaikat rahmat tak masuk rumah yang ada gambar makhluk, jaga aurat dan solat.
.
.
Salah satu surah dalam rawatan ruqyah adalah surah as-Saffat ini ayat 1-10. Memang ada pesakit ketika dibacakan ayat ini ketara tindak balas agresif. Maka, kami disuruh ulang banyak kali pada ayat yang pesakit menunjukkan sikap agresif. Mengingati semula pengalaman tersebut menguatkan keyakinanku penting untuk mengikat diri dengan zikir pagi petang. Ujian gangguan begitu pun sebenarnya jalan untuk hamba Allah menjadi lebih akrab dengan zikir dan solat. Lalu, menguatkan ketauhidan jika benar jalan rawatan dan pergantungan jiwa.
.
.
Rupanya besar pemaknaan dalam 1-15 ayat pertama dalam surah ini.Masha Allah!
🗝️Surah ini ada kaitan dengan kerja iblis syaitan dan tukang ramal (bomoh) yang mana syaitan mencuri berita dari langit untuk disampaikan kepada bomoh. Dan jika tidak dapat pun memang tugasnya untuk menipu agar mewujudkan prasangka syak wa sangka sesama manusia agar berlaku permusuhan. Astaghfirullahal azim
.
🗝️Sungguh surah ini perihal pemikiran, perenungan akan fakta alam semesta yang adanya SATU SAHAJA Kuasa yang mengatur dan mengawal alam semesta. Penyaksian ini memerlukan fikir dan seterusnya memandu zikir untuk mentauhidkan Allah melalui Tauhid Rububiyyah (mengenal Allah sebagai Pencipta segala isi langit dan bumi).
.
🗝️Maka, disinilah sebenarnya sesiapa yang punyai gangguan (sememangnya kerja Iblis syaitan juga sentiasa menganggu lapisan Sadru iaitu lapisan hati pertama dengan hembusan keraguan / was-was dan hembusan kecenderungan hawa nafsu. Dan gangguan syaitan tidak terkecuali terhadap semua orang beriman) perlu sangat kembali memurnikan ketauhidan. Maka, pentingnya peranan tauhid Uluhiyyah (beribadat semata-mata kerna Allah) selepas mewujudkan tauhid Rububiyyah. Tauhid Uluhiyyah inilah yang sering cemari dek penangan syahwat & syubhat.
A'uzubillahi minasyaiton nirrojim. Astaghfirullahal azim.
.
🗝️Syaitan sentiasa cuba untuk menguasai Qalbu manusia. Terutama jika manusia itu sedang lalai kerna dikuasai hawa nafsu & syubhat (keraguan terhadap ilmu agama yang dipelajari dan akhirat).
.
🗝️Lapisan Qolbu adalah ruang untuk dimasukki cahaya berlapis-lapis daripada alQuran. Amalan Qalbu itu juga zikr. Zikir benteng daripada dimasuki syitan. Penting jaga zikir pagi petang dengan tadabbur (renungan makna) untuk elakkan gangguan jin, iblis & sihir. Zikir yang utama adalah solat. Solat yang benar-benar memfungsikan Qalbu.
.
🗝️Gangguan jin, iblis syaitan hanyalah untuk melemahkan fungsi Qalbu. Maka, setiap insan tak terkecuali daripada godaan ini. Dan akan terus perlu berjuang memelihara Qalbu daripada dikuasai iblis syaitan sehingga nafas terakhir.
.
🗝️ Iman bersifat turun dan naik. Maka, pentingnya menjaga iman dan melakukan amal yang dapat meningkatkan iman seperti berzikir dan tadabbur alQuran.
.
Moga ketika iman menurun tetap bersabar dalam beribadah dan mencari solusi memperbaiki iman kita.

 

No comments: