Saturday, October 15, 2022

Fasa PKP ini adalah masa terbaik ibu ayah memperkukuhkan pendidikan tauhid kepada anak-anak.
.
.
Dr Sholihah Kaswari sarankan method alAqsam dan Alamthal dalam alQuran adalah method terbaik daripada alQuran dengan elemen tafakkur alam untuk disampaikan kepada anak-anak.
.
.
Kadang ummi sampaikan semula intipati method ini dalam siri tafakkur alam dengan anak-anak. Dan sebenarnya lagi bagus anak-anak dapat pelajari bersama-sama ummi.
.
.
Selepas kelas terus ummi tunjukkan beberapa video di Youtube mengenai angin yang berperanan mengerakkan alam dalam rangka ketaatan kepada Allah Al-Khaliq lagi Maha Menghidupkan.
.
.
Betapa angin yang tidak kelihatan tapi hanya dirasai itu sering diabaikan kepentingan & peranannya. Namun, malam ini surah Az-Dzariyat ayat 1-14 menyedarkan kami betapa angin itu besar peranannya, besar pula tuntutan kesyukuran dan ketaatan yang perlu manusia tunaikan.
.
.
Angin mengerakkan awan,
angin juga memberi batasan penerimaan hujan,
angin menggerakkan kapal yang berlayar di lautan,
angin merebakkan debunga untuk proses pendebungaan,
angin mengeringkan pakaian,
angin membolehkan lautan terus berombak,
angin membawa udara sejuk,
angin mencorakkan bayu laut bayu darat,
dan banyak sangat peranan angin kepada alam.
.
.
Namun, angin juga menjadi makhluk pemberi peringatan kepada manusia apabila angin bertukar menjadi ribut taufan dan gempa bumi hanyalah bertujuan untuk memanggil manusia agar kembali bertaubat kepada Pemilik angin, langit, bumi dan alam semesta.
.
.
Teringat kajian tugasan ummi ketika universiti dahulu mengenai Taufan. Negara yang mempunyai penduduk majoriti bukan islam paling banyak menerima peringatan melalui Taufan Tornado. Dan kini makin banyak juga fenomena Puting Beliung (Tornado) ini menimpa negara islam. Apatah fenomena gempa bumi (angin yang masuk ke dalam bumi) juga bukan sekadar fenomena alam tapi peringatan Allah untuk manusia kembali pergantungan jiwa hanya kepada Allah. HasbunaAllah wanekmal wakeel~
.
.
Jazakumullahu khayra buat Dr. Sholihah Kaswari dan ustaz Abu Ilkiya Ashajj yang membawakan kami subjek pengajian peringkat master tapi terbuka untuk orang awam dalam bentuk laras bahasa mudah buat orang awam macam kami. Malahan juga, menjadi method & idea agar dapat pula difahami & disampaikan kepada anak-anak.
Barakallahufikum.
.
.

#notaummuuwaisazizah
#tadabburtafakkur
#ibrahalAqsam
#DSK



No comments: