~**dakwat tinta semakin laju, mengikut rentak irama kehidupan, bukan penghukum tetapi penyeru sekadar mencari hakikat kebenaran, kerana Al-Quran dan As-Sunnah itu seiringan(12:108)**~
Saturday, October 15, 2022
Bertahun-tahun
mempelajari subjek Sains sejak usia kanak-kanak termasuk Fizik &
Kimia ketika sekolah menengah. Dan melanjutkan pelajaran dalam bidang
Geografi 4 tahun disambung dengan mengajarinya pula beberapa tahun.
Kenapa subjek berkaitan tidak menyedarkanku itu semua adalah kajian
bukti adanya Hari Kebangkitan?
.
.
Kerna aku belum membekali diri dengan ilmu kitab panduan utama ummat Nabi Muhammad shalallahu alayhi wasalam yakni alQuran.
.
.
Sedangkan
dalam alQuran segala unsur Sains, Kimia, Fizik, Geografi, Astronomi,
Perubatan, dan Bahasa, telah pun disebutkan dalam alQuran. Tinggal lagi
bagaimana manusia jadikan ianya panduan untuk menghubungkan kehidupan
dunia dengan alam akhirat.
.
.
Kerna aku belum benar-benar
mengenali Allah lalu tidak pula tahu tugasku juga adalah mencari
keBesaran dan KeEsaan Allah sebagai Rabb sekalian alam melalui alam
ciptaan-Nya.
.
.
Menyelami tadabbur ayat sumpah Allah mengenai
Langit, Bumi dan kejadian manusia dalam surah Adz-Dzariyat ayat 20-23
menyedarkanku bahawa Langit yang menjadi atap, Bumi sebagai tempat
didiami dan struktur anatomi diri mengandungi tanda kesempurnaan
pengaturan-Nya dan peringatan akan adanya Hari Kebangkitan.
.
.
Betapa
Allah Al-Hakim meletakkan peringatan itu selalu dekat dengan manusia.
Walhal, dirinya sendiri yang paling dekat untuk difikirkan akan fungsi
kesempurnaan anggota tubuh badan. Terlalu banyak ayat-ayat Allah pada
tubuh badan manusia.
.
.
Keluarlah dari bumbung rumah kediaman,
perhatikan langit. Renung perhatikan kejadian langit tanpa bertiang,
tanpa retak dan teruskan renungan sehingga pandangan jadi letih.
.
.
Kalimat
"sama' " yakni langit Allah sebut sebanyak 310 kali dalam alQuran. Dan
sebanyak 6 kali Allah jadikan langit sebagai objek sumpahan. Betapa
pasti penciptaan Langit adalah suatu fenomena alam yang dahsyat untuk
manusia renungkan dan ambil pengajaran.
.
.
Beberapa hari
lepas anak sulung bertanyakan apakah Satelit. Terusku bercerita sambil
menunjukkan beberapa gambar di Internet dengan menunjukkan satelit di
angkasa lepas, dan berada di lapisan langit dunia yang ke berapa. Bulan
juga satelit bumi. Tapi fokusku waktu itu ingin anak-anak tahu langit
dunia ini sahaja terdiri daripada pelbagai lapisan berketinggian berbeza
dan fungsi yang berbeza. Masha Allah. Baru langit dunia belum langit
tingkatan langit dalam peristiwa Isra' dan Mikraj Nabi shalallahu alayhi
wasalam yang mana para Saintis masih belum dapat mencari bukti. Namun,
disinilah letaknya peranan keyakinan keimanan terhadap perkara ghaib.
.
.
Dalam AlQuran Allah membicarakan langit mempunyai 7 tingkat lapisan.
Namun,
para ulama tafsir mengatร kan Langit dunia yang termasuk matahari dan
bintang itu masih lagi salah satu daripada 7 lapisan langit yang Allah
sebutkan. Dan 6 lagi lapisan langit hanya Allah sahaja Maha Mengetahui.
.
.
Menyoroti
lapisan langit dunia sahaja sebenarnya ahli Astronomi mendapati alam
angkasa lepas sentiasa berkembang (akan sentiasa ada penemuan
terbaharu). Sebagaimana bumi sentiasa mengalami perubahan dan
berubah-ubah apa yang ada di dalam dan di atasnya. Begitu juga alam
cakerawala di langit.
.
.
Lapisan langit dunia mempunyai
lapisan udara (Atmosfera) dan medan magnet yang disebut (magnetosfer)
yang melindungi permukaan bumi daripada angin, matahari, sinar ultraungu
dan radiasi dari luar angkasa. Lapisan udara ini dibagi kepada beberapa
lapisan Troposfer, Stratosfer, Mesosfer, Termosfer dan Eksosfer.
.
.
Sebagaimana
Allah mengatur bintang, matahari dan planet-planet mengikut garis
edarannya. Begitulah fungsi lapisan Atmosfera yang Allah jadikan untuk
setiap lapisan punyai fungsi manfaat yang berbeza kepada keseimbangan
alam kehidupan manusia.
.
.
Lapisan paling hampir dengan bumi
adalah lapisan Troposfera yang mana disinilah proses perubahan cuaca dan
iklim berlalu. Di mana semakin tinggi kedudukan dari aras bumi semakin
rendah suhu atau semakin sejuk. Pada ruangan lapisan inilah kitar
hidrologi pembentukan hujan berlaku. Masha Allah, kitar hidrologi sahaja
satu penjelasan ilmu yang sangat sistematik dan merupakan tunjang utama
kewujudan simbiosis ekosistem.
.
.
Seterusnya, lapisan kedua
Stratosfera di mana terdapat lapisan gas Ozon yang bertindak melindungi
bumi daripada bahaya sinaran Ultra Violet daripada matahari. Allah
Al-Muqit Al-Hakim menyusun atur alam cakerawala sesuai dengan manfaat
alam sejagat.
.
.
Lapisan ketiga iaitu Mesosfera di mana ini
merupakan lapisan berlakunya pembakaran terhadap Meteor supaya tidak
sampai menghentam bumi. Masha Allah, Allah Al-Muhaimin Al-Jabbar
mengatur lapisan ruang khas untuk bintang @ Meteor ini terbakar (sebagai
alat pelempar syaitan yang mencuri berita langit) tanpa menganggu
kehidupan manusia di bumi.
.
.
Lapisan keempat iaitu Termosfera
merupakan lapisan udara yang menjadi ruang gelombang radio dan satelit
komunikasi. Stesyen Angkasa Antarabangsa (IIS) juga berada pada ruangan
ini. Fenomena Aurora borealis dan australis juga kerap berlaku pada
waktu malam khususnya di kawasan kutub utara dan kutub selatan yang
berasal dari ruangan lapisan ini. Masha Allah, Allah Al-Azhim
Al-Mutakabbir
.
.
Lapisan kelima iaitu Eksosfera merupakan
lapisan paling atas permukaan bumi bergabung dengan sistem solar. Masha
Allah, maka benarlah pada urusan langit terdapatnya tanda bukti Allah
Al-A'liyy Al-Haq.
.
.
Sebenarnya apabila Allah bersumpah
mengenai Langit dalam beberapa surah yang berbeza Allah minta manusia
renungkan kehebatan ciptaan Allah yang telah dikhabarkan penciptaannya
dalam alQuran sebelum kajian Astronomi itu sendiri wujud. Maka disitulah
Allah nak kita sedari kehebatan AlQuran yang menjadi bukti Allah
Al-Malik Al-Haq.
.
.
Pada kelas sumpahan Adz-Dzariyyat 20-23 Dr. Sholihah Kaswari
memperincikan juga proses penciptaan manusia di alam janin yang mana
jarang manusia fikirkan kebesaran Allah melalui proses masuk dan
keluarnya janin dalam rahim ibu. Moga ada kesempatan lain saya
kongsikan. Insha Allah.
Alhamdulillah Jazakumullahu khayra ustazah dan ustaz Abu Ilkiya Ashajj
atas ruang dan peluang untuk kami mengikuti pengajian alAqsam alAmthal
sebagai proses mengenal Allah, diri sendiri dan alam semesta.
.
.
#ibrahalAqsam
#tafazkkuralam
#tadabburalAqsam
#DSK
Fasa PKP ini adalah masa terbaik ibu ayah memperkukuhkan pendidikan tauhid kepada anak-anak.
.
.
Dr Sholihah Kaswari sarankan method alAqsam dan Alamthal dalam alQuran adalah method terbaik daripada alQuran dengan elemen tafakkur alam untuk disampaikan kepada anak-anak.
.
.
Kadang
ummi sampaikan semula intipati method ini dalam siri tafakkur alam
dengan anak-anak. Dan sebenarnya lagi bagus anak-anak dapat pelajari
bersama-sama ummi.
.
.
Selepas kelas terus ummi tunjukkan
beberapa video di Youtube mengenai angin yang berperanan mengerakkan
alam dalam rangka ketaatan kepada Allah Al-Khaliq lagi Maha
Menghidupkan.
.
.
Betapa angin yang tidak kelihatan tapi hanya
dirasai itu sering diabaikan kepentingan & peranannya. Namun, malam
ini surah Az-Dzariyat ayat 1-14 menyedarkan kami betapa angin itu besar
peranannya, besar pula tuntutan kesyukuran dan ketaatan yang perlu
manusia tunaikan.
.
.
Angin mengerakkan awan,
angin juga memberi batasan penerimaan hujan,
angin menggerakkan kapal yang berlayar di lautan,
angin merebakkan debunga untuk proses pendebungaan,
angin mengeringkan pakaian,
angin membolehkan lautan terus berombak,
angin membawa udara sejuk,
angin mencorakkan bayu laut bayu darat,
dan banyak sangat peranan angin kepada alam.
.
.
Namun,
angin juga menjadi makhluk pemberi peringatan kepada manusia apabila
angin bertukar menjadi ribut taufan dan gempa bumi hanyalah bertujuan
untuk memanggil manusia agar kembali bertaubat kepada Pemilik angin,
langit, bumi dan alam semesta.
.
.
Teringat kajian tugasan
ummi ketika universiti dahulu mengenai Taufan. Negara yang mempunyai
penduduk majoriti bukan islam paling banyak menerima peringatan melalui
Taufan Tornado. Dan kini makin banyak juga fenomena Puting Beliung
(Tornado) ini menimpa negara islam. Apatah fenomena gempa bumi (angin
yang masuk ke dalam bumi) juga bukan sekadar fenomena alam tapi
peringatan Allah untuk manusia kembali pergantungan jiwa hanya kepada
Allah. HasbunaAllah wanekmal wakeel~
.
.
Jazakumullahu khayra buat Dr. Sholihah Kaswari dan ustaz Abu Ilkiya Ashajj
yang membawakan kami subjek pengajian peringkat master tapi terbuka
untuk orang awam dalam bentuk laras bahasa mudah buat orang awam macam
kami. Malahan juga, menjadi method & idea agar dapat pula difahami
& disampaikan kepada anak-anak.
Barakallahufikum.
.
.
#notaummuuwaisazizah
#tadabburtafakkur
#ibrahalAqsam
#DSK
Alhamdulillah terlalu banyak hikmah diperolehi disebalik ujian Covid 2020.
.
.
Hikmah
yang mencurah-curah apabila cuba mengubah persepsi hati dan perspektif
fikiran dengan memanfaatkan ruang peluang yang diberi.
.
.
Jika dulu bermusafir banyaknya untuk puaskan nafsu (kesukaan, minat, kepuasan).
.
.
Selepas direzekikan mengikuti kelas al-Amthal al-Aqsam jiwa musafirku terasa berbeza ketika melihat fenomena alam.
.
.
Memerhatikan pergerakan awan terasa melihat barisan Malaikat yang sedang patuh mengerakkan awan.
.
.
Merasai
hembusan bayu laut terasa seakan bahasa ketaatan para malaikat yang
patuh menyempurnakan simbiosis alam ciptaan Allah Azza waJalla.
.
.
Melihat matahari yang patuh memunculkan diri pada arah Timur dan membenamkan diri pada arah Barat. Bagai menanyakan kepatuhanku.
.
.
Menyaksikan bulan bersinar terang dan bintang berkelipan menghiasi malam.
Sungguh sempurna dan tiada sia-sia.
.
.
Kerna yang lebih utama mereka hanyalah Duta Kalam Tuhan.
Ketinggian langit,
Keindahan lanskap lautan,
Kecantikan lanskap hamparan sawah padi berlatarkan gunungan,
Semuanya melengkapkan kesempurnaan alam.
Sebagai bukti Allah Al-A'la, Al-Azim, As-Shomad, Al-Ghaniy, Al-Musawwir, dan terlalu banyak bukti kekuasaan-Nya pada alam.
Warna-warni pepasir di pantai mengingatkan warna-warni tabiat insan.
Cahaya Merah pada waktu terbenam matahari membenarkan adanya hari Akhirat.
.
.
Lantas
setelah alam mengingatkan ku betapa semua keindahan ini akan berakhir
tepat pada masa yang ditetapkan-Nya menyentapkan jiwa kemana mahu lari?
.
.
Ketika
sampai pada Sumpah Allah dalam surah al-Mursalaat seperti menambah
benih keimanan terhadap Rukun Iman Kedua yakni memahami tugasan para
Malaikat.
Namun, Sumpah Allah dalam surah An-Nazia'aat
mengerunkan jiwa saat membayangkan kekerasan & kekasaran yang akan
digunakan oleh Malaikul Maut ketika mencabut nyawa orang yang Kafir.
Diketuk setiap anggota tubuh dengan keras untuk mengeluarkan roh yang
tidak mahu berpisah dengan jasad.
Benar-benar menumpahkan
keegoan diri terhadap ayat alQuran betapa kematian itu semakin dekat.
Lantas apa lagi yang nak dikejar? Apa yang nak dibanggakan dengan dunia?
Malaikul Maut yang bagaimanakan akan mendatangiku?
Sekalipun dikhabarkan juga akan kelembutan dan kesantunan Malaikul Maut yang mencabut nyawa orang beriman.
Namun, cemas & galau juga memikirkan khabaran Iman ummat akhir
zaman melalui sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ,
ุจَุงุฏِุฑُูุง
ุจِุงูุฃَุนْู
َุงِู ِูุชًَูุง َِููุทَุนِ ุงَِّْูููู ุงْูู
ُุธِْูู
ِ ُูุตْุจِุญُ ุงูุฑَّุฌُُู
ู
ُุคْู
ًِูุง َُููู
ْุณِู َูุงِูุฑًุง ุฃَْู ُูู
ْุณِู ู
ُุคْู
ًِูุง َُููุตْุจِุญُ َูุงِูุฑًุง
َูุจِูุนُ ุฏَُِููู ุจِุนَุฑَุถٍ ู
َِู ุงูุฏَُّْููุง
“Bersegeralah melakukan
amalan shalih sebelum datang fitnah (musibah) seperti potong malam yang
gelap. Iaitu seseorang pada waktu pagi dalam keadaan beriman dan di
petang hari dalam keadaan kafir. Ada pula yang petang hari dalam keadaan
beriman dan di pagi hari dalam keadaan kafir. Ia menjual agamanya
karena sedikit dari keuntungan dunia”
[HR. Muslim]
.
.
#refleksi2020
.
Malam tadi kelas Al-Aqsam menemani perjalanan Perlis ke Taiping.
.
Pagi ini buat ulangkaji semula dengan buku ini. Akhirnya, MashaAllah Allah telah tambah keyakinan ku semula terhadap ilmu yang ku pelajari selama 4 tahun di Universiti & 5 tahun ku diamanahkan mengajar subjek yang sama dan topik yang ku ajar dulu jugalah ustazah bincangkan dalam kelas alAqsam malam tadi.
.
Allahu Akbar!
Ku U-turn semula apa yang ku ragui sebelum ini. Dan kini Ku dah temui dalil yang menguatkan semula apa yang telah ku pelajari.
.
Betapa subjek Geografi ini terdapatnya Tauhid Rububiyyah, Uluhiyyah & Asma wa Sifat Allah.
.
Insha Allah akan ku kongsikan kupasan alAqsam malam tadi.
Ku sedia di unfriend oleh rakan-rakan yang tak setuju. Kerna jika dulu ku pun hampir terperdaya akan bumi ini pegun kerna ada buku berdasarkan dalil juga.
.
Kini ku jumpa dalil yang lebih menyakinkan. Kerna alQuran tidak boleh ditafsir secara literal. Perlunya kupasan saintifik sebagaimana Sains membawa method saintifik sekalipun sains tidak dapat membuktikan perkara ghaib dan inilah kelebihan alQuran dan perlunya beriman dengan ilmu alQuran.
#relearn
#unlearn
#tadabbur
#tazakkur
#tafakkur
#taammul
#padaalamkukenaliMu
Kitar
Hidrologi antara topik yang ummi suka ceritakan kepada anak-anak kerana
ianya melibatkan sumber alam yang sering kita lihat. Semalam sekali
ummi sentuh cerita kitar air ini tapi ummi kongsikan tafsiran surah
At-Tariq yang ustazah sampaikan dalam kelas Al-Aqsam kelmarin.
.
.
Selain
faktor buku 'Water Droplet' yang jadi buku kegemaran anak-anak ketika
sesi 'story telling'. Ummi sendiri tertarik pada subjek Geografi masa
tingkatan 6 dahulu kerna ditakdirkan Allah malam sebelumnya ummi bertemu
berkaitan kitaran air (Ar-Raj') dalam surah At-Thariq sampaikan ketika
subjek alat diajarkan ummi boleh terdetik dalam hati perkataan
SubhanaAllah! Allah dah sebut dalam Qur'an topik ini!
.
.
Jadi
dari situ ummi menyedari memperkenalkan subjek alat melalui alQuran
kepada anak-anak penting agar anak dapat membina jalan pemikiran ilmu
alat berteraskan ilmu wahyu (alQuran). Kita usahakan sahaja kelak Allah
juga yang fahamkan anak-anak.
.
.
Malam kelmarin kelas Al-Aqsam kami bertemu dengan Sumpah Allah dalam surah al-Tahriq mengenai Bintang yang bersinar tajam.
Memandang bintang di langit mengingat akan setiap manusia ada penjaganya.
.
.
Sumpah seterusnya dalam surah ini adalah
َููฑูุณَّู
َุงุٓกِ ุฐَุงุชِ ูฑูุฑَّุฌْุนِ
Demi langit yang mengandungi hujan
*Ar-Raj'
bermaksud berputar atau kitaran air daripada hujan turun ke bumi dan
naik semula ke udara dalam bentuk wap air dan jadi awan kemudian turun
semula ke bumi dan begitulah seterusnya.
.
.
Apabila Allah dah
rakamkan proses kitaran hidrologi dalam alQuran bererti ilmu Geografi
& Sains Fizikal ini telah pun Allah minta manusia fikirkan akan
kebesaran Allah.
.
.
Pandangan & fikiran manusia terbatas
dan terkadang disibukkan dengan urusan-urusan harian masing-masing.
Lalu, memandang alam dengan hati yang kosong.
.
.
Kadang-kala manusia rasa sempitnya hidup, tiada siapa yang peduli akan perasaan & masalah yang dihadapi.
Lalu, datang bisikan jahat untuk rasa Allah tak pedulikan dirinya yang sedang gundah gulana, perit di jiwa & sesak di dada.
.
.
Pandanglah alam,
Luas
terbentang, sedang urusan kitaran angin ini Allah tak pernah abaikan.
Ada malaikat yang diutuskan untuk membawa angin agar proses pembentukkan
awan terus berlaku.
.
.
Begitu jugalah diri manusia ada
malaikat yang menjaga mencatat segala amal perilaku. Urusan manusia
sebagai khalifah di muka bumi haruslah lebih lagi Allah beri perhatian.
.
.
Melalui
kitaran air @ kitar Hidrologi sahaja manusia menyedari sedangkan air
boleh berubah-ubah bentuk mengikut aturan Allah. Terusan air itu melalui
proses di langit dan ke bumi semula.
.
.
Betapa melalui tanah
juga manusia boleh mengambil ibrah akan beza jenis tanah &
peranannya. Ada tanah yang mampu serap/ telap air. Ada tanah yang tidak
mampu serap ada. Namun kedua-duanya ada kelebihan. Sebagaimana yang
serap air dapat menyampaikan air kepada akar dan jadi simpanan air ke
bumi.
.
.
Begitu juga lapisan tanah tak serap air jadi dasar takungan air bawah tanah (akuifer).
.
.
Cantik susunan Allah terhadap biodiversiti alam. MashaAllah Tabarakallah.
Lalu, teringat hadis mengenai hujan, tanah & ilmu ini ;
Dari Abu Musa, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
ู
َุซَُู
ู
َุง ุจَุนَุซَِูู ุงَُّููู ุจِِู ู
َِู ุงُْููุฏَู َูุงْูุนِْูู
ِ َูู
َุซَِู ุงْูุบَْูุซِ
ุงَْููุซِูุฑِ ุฃَุตَุงุจَ ุฃَุฑْุถًุง ، ََููุงَู ู
َِْููุง ََِّูููุฉٌ َูุจَِูุชِ
ุงْูู
َุงุกَ ، َูุฃَْูุจَุชَุชِ ุงَْูููุฃَ َูุงْูุนُุดْุจَ ุงَْููุซِูุฑَ ، ََููุงَูุชْ
ู
َِْููุง ุฃَุฌَุงุฏِุจُ ุฃَู
ْุณََูุชِ ุงْูู
َุงุกَ ، َََูููุนَ ุงَُّููู ุจَِูุง ุงَّููุงุณَ ،
َูุดَุฑِุจُูุง َูุณََْููุง َูุฒَุฑَุนُูุง ، َูุฃَุตَุงุจَุชْ ู
َِْููุง ุทَุงุฆَِูุฉً ุฃُุฎْุฑَู
، ุฅَِّูู
َุง َِูู ِููุนَุงٌู ูุงَ ุชُู
ْุณُِู ู
َุงุกً ، َููุงَ ุชُْูุจِุชُ َููุฃً ،
َูุฐََِูู ู
َุซَُู ู
َْู ََِููู ِูู ุฏِِูู ุงَِّููู َََูููุนَُู ู
َุง ุจَุนَุซَِูู
ุงَُّููู ุจِِู ، َูุนَِูู
َ َูุนََّูู
َ ، َูู
َุซَُู ู
َْู َูู
ْ َูุฑَْูุนْ ุจِุฐََِูู
ุฑَุฃْุณًุง ، ََููู
ْ َْููุจَْู ُูุฏَู ุงَِّููู ุงَّูุฐِู ุฃُุฑْุณِْูุชُ ุจِِู
“Permisalan petunjuk dan ilmu yang Allah mengutusku dengannya adalah bagai ghaits (hujan yang bermanfaat) yang mengenai tanah.
Maka ada tanah yang baik, yang boleh menyerap air sehingga menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rerumputan yang banyak.
Di
antaranya juga ada tanah yang ajadib (tanah yang boleh menampung air,
namun tidak boleh menyerap ke dalamnya), maka dengan genangan air
tersebut Allah memberi manfaat untuk banyak orang, sehingga manusia
dapat mengambil air minum dari tanah ini. Lalu manusia dapat memberi
minum untuk haiwan ternaknya, dan manusia dapat mengairi tanah
pertaniannya.
Jenis tanah ketiga adalah tanah qi’an (tanah yang tidak boleh menampung dan tidak bisa menyerap air).
Inilah permisalan orang yang memahami agama Allah, bermanfaat baginya
ajaran yang Allah mengutusku untuk membawanya. Dia mengetahui ajaran
Allah dan dia mengajarkan kepada orang lain. Dan demikianlah orang yang
tidak mengangkat kepalanya terhadap wahyu, dia tidak mau menerima
petunjuk yang Allah mengutusku untuk membawanya.”
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
.
.
Tak akan habis nak tulis pasal kitar Hidrologi ni. Terlalu banyak ilmu yang boleh dikupas melalui proses ini.
Antara proses menegak ;
Sejatan
Sejat peluhan
Pemelupan
Kerpasan (Hujan / Salji)
Pintasan
Pepeluhan
Resapan
Antara proses mendatar pula ;
Air larian permukaan
Aliran air bawah tanah
Aliran lintang atmosfera (angin yang mengerakkan awan).
.
.
MashaAllah Tabarakallah Kan.
Seronok belajar tentang ilmu alam ni.
Lagi
menjiwai jiwa kita tahu semua ilmu yang kita ambil tahu dan belajar ini
tuntutan sebenarnya hanya untuk menTauhidkan Allah dengan
sebenar-benarnya.
.
.
Jika jadi pakar Geologi, Hidrologi,
Oceanology, Geography tapi tidak bertambah keimanan dan ketaatan kepada
Allah tidaklah menjadikan kita bijak pandai di sisi Allah.
Kerna yang bijak pandai itu hanya orang yang beriman dan menyakini Hari Akhirat lalu bersedia menyiapkan bekalan ke Sana.
Jazakumullahu khayra buat Dr. Sholihah Kaswari & ustaz Abu Ilkiya Ashajj yang mengenalkan saya konsep 'Alam Takambang Menjadi Guru' ini. Barakallahufikum
.
.
#UmmuUwaisAzizah
#ibrahalaqsam
#perspektifalQuranmengenaiGeografi
#DSK
Antara cara mendamaikan emosi adalah Tadabbur alQuran.
Kita terkadang tenggelam dalam kesedihan kita sehingga terlupa kesedihan yang dialami para Nabi terdahulu, Nabi Muhammad shalallahu alayhi wasalam dan para sahabat radiallahu anhum .
Bagaimana dari sudut luaran fizikal kelihatan menderita kehidupan mereka tapi jiwa mereka tenang bahagia beriman.
Pada surah Al-Balad ini sendiri Allah dah bagitahu memang sejak lahir kita mengalami kepayahan demi kepayahan. Semakin meningkat usia semakin bertambah kepayahan. Kerna sudah sememangnya kita diciptakan untuk alami kepayahan.
Penat uruskan anak memang itulah pakej kehidupan yang setiap ibu bapa akan lalui.
Jika tidak berpenat kerna anak-anak Allah beri kepenatan dengan amanah yang lain.
Jika tidak memilih kepenatan dalam beramal, kita terjebak kepenatan dalam bermaksiat.
Kerna Kafir atau mukmin itu adalah manusia yang diciptakan untuk berada dalam susah payah. (90:4)
Kabad = letih, susah payah.
Kata Syeikh Badiuzzaman, keletihan dan sakit pada badan bermakna dirimu tidak kekal. Akan kembali kepada Allah.
Letih, penat dan lemah itulah tanda kita insan.
Itulah cara Allah Al-Aziz untuk menyedarkan kita agar bersandarkan harapan dan kehidupan hanya kepada-Nya.
Imam Ahmad berkata orang beriman tidak akan berehat daripada kepenatan sehingga kakinya melangkah ke Syurga, dan orang kafir itu tidak akan berehat daripada kepenatan sehingga kakinya masuk ke Neraka yang dalam.
.
.
*aku yang banyak mengeluh penat dengan anak-anak ni tersentap malam ini.
#ummuUwaisAzizah
#ibrahalAqsam
#SurahalBalaq
#DSK
~Allah Tak Pernah Meninggalkan mu.~
.
.
Semasa kelas al-Amthal malam tadi buat pertama kalinya dalam kelas ini ku menitiskan air mata.
.
.
Topik
malam tadi tiba kepada surah Ad-Dhuha yang memang pernah membekas di
jiwaku. Suatu masa dahulu ketika siri-siri pengislahanku.
.
.
Secara
terjemahan pun kita boleh terkesan pada ayat ke-4 yang bermaksud "Dan
sungguh yang kemudian (akhirat) itu lebih baik daripada awalnya
(dunia)."
.
.
Buat yang rasa penat dengan dunia inilah ayat
motivasi di mana jika dunia tiada pengadilan buatmu, kat akhirat pasti
dan sungguh ada.
.
.
Setiap orang mesti ada sisi-sisi masa
silam. Dan terkadang kita terperangkap dengan masa silam. Sama ada lemah
kerna masa silam, menyesal lalu berputus asa. Ataupun menyalahkan masa
silam.
.
.
Ada masa kita mahu sangat nak jadi lebih baik. Tapi kita buntu dan keliru. Tidak nampak arah kebaikan mana mahu dituju.
.
.
Arah mana lagi kita nak cari jika bukan akhirat yang lebih kekal abadi.
.
.
Motivasi mana lagi kita nak ikut jika tidak alQuran dan Assunnah.
Sungguh dalam alQuran tiada pujian buat dunia melainkan peringatan demi peringatan untuk waspada akan tipu daya dunia.
.
.
Sebaliknya, alQuran sebagai kedamaian hati dengan menyuburkan harapan akan negeri akhirat yang lebih kekal dan pasti.
.
.
Dr.Sholihah
membawakan tafsir ayat Perumpamaan ini dengan indah sekali. Betapa
alQuran selalu meluaskan jalan fikir yang sempit dan mencerah jiwa yang
kelam sebelumnya menjadi berseri kembali.
.
.
Bayangkan ibarat
tersesat di sebuah tempat yang gelap gelita, tiada sumber cahaya. Kita
buntu dan hilang panduan. Lalu datang cahaya menjelaskan semula
pandangan mata. Menyakinkan semula langkah perjalanan.
.
.
Sebagaimana Allah bersumpah dengan permulaan waktu pagi yakni waktu Dhuha. Dan mengiringi sumpah waktu malam.
.
.
Imam
Ibnu Qayyim rahimullah dalam tafsirnya yang disampaikan oleh
Dr.Sholihah mengatakan cahaya di waktu Dhuha yang timbul setelah
gelapnya malam adalah cahaya Wahyu (alQuran ) setelah berhenti seketika
penurunan wahyu sebelumnya. Sampaikan Nabi shalallahu alayhi wasalam
sedih seketika apabila musuh Islam berkata "Muhammad ditinggalkan
Tuhannya".
.
.
Disamping itu waktu Dhuha itu sendiri adalah
waktu tubuh & fikiran manusia aktif bergerak. Dan dari sudut
kesihatan juga waktu terbaik untuk perolehi vitamin D secara percuma melalui sinaran mentari pagi.
.
.
Apatah
suasana alam yang segar, berkabus, dan cahaya mentari dhuha
membangkitkan semangat juga emosi setiap insan yang kesedihan atau
kegelisahan.
Bahawa sesungguhnya masih bernafas pagi ini bererti masih ada harapan yang lebih baik.
.
.
Surah
Ad-Dhuha ini juga bukti sifat Allah ar-Rahman dan Ar-Rahim yang mahukan
kebaikan dunia & akhirat buat hamba-Nya. Kerna itu Allah Azza
waJalla tidak sesekali meninggalkan hamba-Nya dalam kegelapan.
.
.
Allah tidak bosan dengan kita walaupun berkali-kali kita terdetik bosan baca kalam-Nya lama-lama.
Allah tidak benci kita walaupun mungkin pernah terdetik rasa benci dengan makhluk ciptaan-Nya dan takdir ke atas diri kita.
Allah tidak pernah abaikan kita walaupun kita berkali-kali abaikan alQuran dengan meninggalkan hak-haknya.
Walaupun kita berkali-kali abaikan panggilan kasih Allah untuk buktikan Syukur dengan banyakkan sujud.
.
.
Buktinya Allah utuskan Nabi shalallahu alayhi wasalam untuk kita ikut cara ibadah baginda.
Buktinya Allah minta kita pegang risalah kenabian (alQuran & Assunnah ) betul-betul hingga kematian atau Kiamat datang.
Buktinya
kerna Nabi shalallahu alayhi wasalam susah hati jika ummatnya masuk
Neraka, maka Allah menentukan Nabi shalallahu alayhi wasalam memberikan
syafa'at (pertolongan) kepada umatnya (dengan izin-Nya).
.
.
Dan ayat seterusnya (6, 7 &
Allah mengingatkan Nabi shalallahu alayhi wasalam akan bukti Allah tak
meninggalkan Nabi sebagai menyangkal dakwaan musuh Islam yang cuba
mengoyahkan emosi Nabi ketika itu.
.
.
Diikuti pula ayat
(9,10&11) Allah memerintahkan untuk seimbangkan nikmat Allah kepada
Nabi shalallahu alayhi juga sebenarnya Allah suruh kita renungkan
nikmat-Nya kepada kita selama ini.
.
.
Lalu Allah bagitahu
bagaimana nak bersyukur dengan nikmat-nikmat tersebut yakni memberi
perhatian dan hak kepada anak-anak yatim.
.
.
Melayani dengan
baik orang yang meminta makanan atau pertolongan sekalipun kita sendiri
dalam keadaan kekurangan. Ada pendapat lain meminta bimbingan atau
perkongsian ilmu.
.
.
Dan nikmat Allah (menurut Imam Mujahid nikmat terbesar adalah alQuran) hendaklah kita sebut-sebutkan dengan menyebarkan.
.
.
#ibrahAlAqsam
#surahAddhuha
#DSK
Malam tadi berlangsung kelas ketiga al-Aqsam oleh Dr.Sholihah Kaswari.
.
.
Surah al-Adiyat.
Allahu Akbar!
.
Melalui Kuda yang gagah Perkasa & hebat dalam menjayakan peperangan sahaja Allah tunjukkan bukti kekuasaan-Nya.
5 sifat Kuda tersebut menunjukkan bukti
Allah Al Kabir (Kebenaran Allah)
Allah Al-Aliy (Ketinggian Allah)
Allah Al-Adzhim (Keagungan Allah)
Allah Al-Jabbar (Keperkasaan Allah)
Allah Al-Rahim (Kemurahan Allah)
Kuda dikenali sebagai alat pembawa kejayaan dalam peperangan dan mengalahkan musuh.
Allah
ciptakan Kuda untuk beri pertolongan kepada manusia dalam peperangan,
maka dari situlah manusia perlu fikirkan zat kebesaran Pencipta Kuda
yang menjadikan Kuda binatang yang hebat.
Malulah manusia dengan kuda.
Kerna
dalam surah yang Allah ceritakan kehebatan Kuda perang yang berlari
kencang ini Allah ceritakan juga dua sifat manusia yang merugikan.
.
.
َُูููุฏٌ .1
Ibnu Abbas mengatakan maksud َُูููุฏٌ
ialah kufur atau kikir. Yang tidak mahu memberikan pertolongan atau bantuan kepada orang lain yang memerlukan.
Al
Kanuud juga adalah orang yang mengingkari kenikmatan Allah kepadanya
atau dia orang yang sentiasa hanya menyebut musibah dan melupakan nikmat
sebagaimana yang dikatakan oleh Hasan Al-Basri.
.
.
ุดَุฏِูุฏٌ .2
Ibnu Abbas juga mengatakan maksud Asy-Syadid ialah kikir kerna cintanya kepada harta.
.
.
Allah juga telah mencela dua akhlak
yang rosak ini dalam ayat lain.
.
.
"Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang
yang lalai dari solatnya, orang-orang yang berbuat riak, dan enggan
(menolong dengan) barang berguna."
(Surah al-Maun ayat 4-7)
.
.
"Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji, yang mengumpulkan harta dan berulang-ulang menghitung kekayaannya."
(Al-Humazah : 1-2)
.
.
.
Saat dunia sedang diuji Covid yang memberikan kesan skala besar kepada sebahagian masyarakat.
.
.
Di
saat ini juga kita boleh melihat sejauh mana tahap jiwa & Iman kita
adakah masih terus menghitungkan harta dan merungut dengan sedikit
musibah dunia atau bertindak menyucikan jiwa dengan jalan infak &
mengubah cara pandang dengan menghitung nikmat Allah yang dikecapi
selama ini.
Sungguh nikmat terbesar dan tiada tandingan adalah Iman & Islam.
Nota ke-2 surah al-Adiyat di sini ;
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3504829819607897&id=100002427397712
Sumber gambar : Google.com
#ibrahalAqsam
Baiki Tauhid supaya dengannya kita tak mudah goncang mahupun rebah dengan angin taufan & badai kehidupan. Ibarat akar pokok yang teguh berbeza dengan akar pokok yang mereput.
Kenali ubat jiwa yang kita perlukan. Ubat yang paling ampuh / mujarab bagi penyakit Hati ialah alQuran. Kerna lapisan hati yang pertama iaitu Sadru itulah wilayah ujian. Lalu yang sempit atau lapangnya jiwa bergantung kepada amal ketaatan yang dilakukan.
#objektifAlAqsam
#DSK
Malam tadi kelas kedua Al-Aqsam yang bermaksud Sumpah dalam Al-Quran.
.
.
Jika
sebut pasal Sumpah pastilah ianya perkara penting. Kerna manusia yang
waras sendiri tidak akan sesuka hati bersumpah jika bukan melibatkan
urusan penting.
.
.
Sumpah pertama yang Dr. Sholihah huraikan kepada kami malam ini mengenai surah Al-Asr.
.
.
Jika
sebelum ini kefahamanku berkaitan masa ini adalah bermaksud masa setiap
detik & saat. Rupanya masa yang dimaksudkan Allah itu lebih
mendalam lagi melibatkan antara Siang dan Malam. Iaitu waktu penghubung
siang dan malam ialah waktu solat Asar.
.
.
Dan segala ukuran waktu yang menjadi tanda adanya kuasa yang bijaksana menetapkan waktu untuk manusia.
Menjadi ukuran waktu umur manusia.
.
.
Dan
pergantian Siang dan Malam itu juga berdasarkan ketentuan kekuasaan
Yang Maha Perkasa (Allah Al-Aziz ), lagi Maha Mengetahui (Allah
Al-Alim) dalam Mengatur Kemaslahatan (Allah Al-Mutakkabir) jagat raya
ini menurut cara pengurusan yang sangat sempurna.
.
.
Masa juga ibarat sebuah bekas untuk menampung amal. Dan amal inilah menjadi modal perniagaan manusia dengan Allah. (Dr.Nabulsi)
.
.
Perniagaan apakab yang tidak akan pernah merugi dan sentiasa untung dan untung? Pastilah berniaga dengan Allah
.
.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
“Ketahuilah, bahwa sesungguhnya barang dagangan Allah sangat mahal, dan ketahuilah bahwa barang dagangan Allah adalah Syurga.”
(HR. at-Tirmidzi (no. 2450) dan al-Hakim (4/343), dinyatakan shahih oleh Imam al-Hakim
.
.
Ustazah
membawakan kami pertautan antara Sumpah Allah dalam surah At-Tin
dengan surah al-Ashr iaitu dalam surah At-Tin Allah menjanjikan orang
yang beriman dan beramal soleh dengan pahala dan nikmat yang tidak
putus-putus yakni Syurga.
.
.
Dan dalam surah Al-Ashr pula
selepas beriman dan beramal soleh untuk diri sendiri, Allah suruh
manusia saling berpesan-pesan dalam kebenaran (yakni sebarkan &
sampaikan ilmu agama yang sahih) dan saling berpesan-pesan dalam
kesabaran (yakni sabar dalam mematuhi syariat agama). Dan itulah syarat
nak jadi golongan yang beruntung.
.
.
Sebut bab sabar ini, sangat mudah dilafazkan. Tapi nak laksanakan berdasarkan syariat memang menuntut keazaman tanpa henti.
.
.
Memang
termuhasabah sangat sebagai ibu ni, nak hasil segera nak anak patuh
sahaja arahan diri. Padahal diri sendiri pun tak segera sahut perintah
Allah. Dan masih kurang bersabar dalam mengekang nafsu amarah.
.
.
Sabar ini terbahagi dua jenis.
Sabar dalam menerima takdir (orang beriman terima takdir dapat pahala).
Sabar dalam menjalani syariat yakni menjalankan apa yang Allah perintahkan dan menahan diri terhadap perkara yang Allah larang.
.
.
Sabar juga sering dizahirkan dengan keadaan dan reaksi yang tenang kan.
Tapi
nak dapat tenang perlu bina keyakinan yang teguh dan mendalam. Dan nak
dapatkan keyakinan itu hanya dengan jalan menuntut / dalami ilmu agama
yang sahih.
.
.
Dengan keyakinan akan memudahkan jalan
kesabaran dan muncul ketenangan. Inilah jiwa mukmin yang tenang walaupun
dirempuh ribut taufan kehidupan. Kerna yakin akan kehidupan yang lebih
kekal di akhirat.
.
.
Berbeza pula jika sedikit keyakinan maka
sedikit pula kesabaran, dan orang yang sedikit sabar akan selalu gelisah
dan mengelisahkan orang lain.
.
Allah berfirman ;
" Maka
bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah adalah benar dan sekali-kali
janganlah orang-orang yang tidak menyakini (kebenaran ayat-ayat Allah)
itu mengelisahkanmu."
(Surah Ar-Rum ayat 60)
.
.
.
Moga Allah masukkan kita dalam golongan orang2 yang beruntung di akhirat kelak. Allahuma Ameen.
.:. Nota kelas ke-2 Al-Aqsam