Tuesday, April 21, 2009

~...ExAm MoDe...~


salam alayk~

buat sahabat-sahabat yang sedang menghadapi exam...chaiyok..chaiyok!!!
selamat maju jaya~
yang sudah habis exam jangan duk poya2 pulak...
jom amalkan doa sahih yang diajarkan nabi shalallahu alayhi wasSalam kepada kita...
tidak semestinyer waktu susah jawab exam je...amalkan dalam sepanjang hidup di setiap kesulitan yang dialami...moga dipermudahkan apa juga urusan kalian...
allahumma ameen~

p/s : doakan ana yek...exam 22 April - 5 Mei 2009


43- DOA ORANG YANG MENGALAMI KESULITAN


139- اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزْنَ إِذَا شِئْتَ سَهْلاً.



139. Ya Allah! Tidak ada kemudahan kecuali apa yang Engkau jadikan mudah. Sedang yang susah bisa Engkau jadikan mudah, apabila Engkau menghendakinya.” [157]
---------------------------------[

157] HR. Ibnu Hibban dalam kitab Shahih-nya no. 2427 (Mawaarid), Ibnus Sunni no. 351. Al-Hafizh berkata: Hadits di atas sahih, dan dinyatakan shahih pula oleh Abdul Qadir Al-Arnauth dalam Takhrij Al-Adzkar oleh Imam An-Nawawi, h. 106.


.:.sumber : Said bin Ali Al-Qathani.KITAB HISNUL MUSLIM.Kumpulan Doa dan Dzikir Dari Al Quran dan As Sunnah.:.




Sunday, April 19, 2009

~...NaSiHaT aku PaDa DiRiku???!!!...~




Macam – macam yang aku fikirkan
Segalanya bercampur baur…
Apabila kelemahan datang…
Persoalan keluhan mula menyelubungi…
Kenapa lepas satu datang satu,
Padahal yang mendatangi bukan ada kaitan dengan diriku…
Buat apa aku perlu sibuk peningkan kepada fikirkan hal deme?
Sehingga keje aku tergendala dan tak terurus masa…
Kenapa jadi begitu? Akukah yang bermasalah, cari masalah atau celaru dengan cabaran?
Aku Cuma simpati dan mempunyai prinsip ingin bermanfaat kepada orang lain…
Sejak dulu lagi prinsip aku ini sering dimarahi oleh mak…buat apa nak menyusahkan diri untuk orang lain.mungkin mak melihat aku seakan dibuli oleh mereka yang mengambil kesempatan atas sikap terbuka aku yang tolong je orang walaupun hal itu diluar kemampuan dan seakan membebankan diriku..
Aku tak pasti betulkah apa yang aku buat…tapi aku pasti aku perlu buat kerana aku diberi kelebihan yang cukup…aku tak nak terlalu selesa dengan kehidupan sehingga lupa orang lain yang derita dengan permasalah…aku bukan sempurna dan mencari kesempurnaan sekadar ingin melengkapi kelemahan dan kekurangan orang disekeliling…
Aku tidak mencari kekuatan pada manusia kerana kau tahu manusia itu sendiri lemah.. lihat sahaja setiap persoalan yang aku minta manusia beri jawapan atau kongsi pandangan mereka sendiri akan bertanyakan ku semula beberapa persoalan..nah! manusia mempunyai pelbagai pandangan dan malah tidak pernah sempurna memahami permasalahan…tapi persoalan dan pengaduan kepada YANG MAHA ESA…sungguh DIA MAHA SEMPURNA …MAHA TAHU SEGALA…sedikit pengaduan DIA sudah ada jawapan..DIA MAHA MEMAHAMI derita jiwa yang meminta..DIA MENGUBATI hati yang terluka…DIA MENGUATKAN jiwa yang lemah dan hanya bersandar pada-NYA…DIA MENYAKINKAN pemilik jasad untuk teruskan kehidupan… DIA memberi jalan kepada setiap kekusutan…sungguh kau akan temui jawapan tanpa disedari kunci ada dalam genggaman…
Itulah aku,diriku, jiwaku, dan jasadku… tak lari dari dibelenggu nafsu,
Dijadikan bersama sikap keluh kesah…
Lempiaskan keluhan dan kesahan pada-NYA…malulah dengan nikmat yang telah kau peroleh..

Usah mengeluh pada dunia yang hina ini…
Kau mencari bukan untuk dunia,
Suis untuk berhentinya gelombang keserabutan dalam fikiran dan jiwa ada pada hati sebagai raja dan aqal penguasa…
Tenangkan hati dengan kembalikan jiwa pada hak sebagai hamba…iaitu tunduk dan patuh pada Pencipta..ingat dan syukuri nikmat yang ada…
Uruslah fikiranmu dengan mengemaskini fail-fail sel ingatanmu. asingkan urusan mana yang perlukan rawatan kecemasan dan urusan yang boleh menanti sebagai pesakit luar.
Jangan mengeluh dengan permasalahan…kerana masalah itu rencah kehidupan..
Tak normal seorang manusia yang berada dalam sifar permasalahan…
Kerana pengalaman itu guru…
Ia mengajar dengan kekerasan…
Mendidik dahulu sebelum mengajar…
Kau kena praktikal dahulu baru kau Nampak teori kehidupan…
Dari situ kau kenal erti kematangan…
Kau juga boleh belajar jadi matang melalui buku kehidupan orang lain…
Menilai dan mentafsir variasi pengalaman…
Uniknya manusia yang penuh keajaiban…
Aqal menilai jiwa mentafsir …
Dan natijahnya..benarlah peringatan itu penting buat mereka yang mahu berfikir~


.:.Lembah Tanjung yang mendamaikan.:.
.:.23 Rabiuakhir 1430.:.

Monday, April 13, 2009

~...mesej psikologi...~

Adek remaja : cam ner nie kak…dier tu ade bf, dorg klau setiap kali kuar mst ‘main’..kdg2 member tu kuar mlm dan mak ayah tak taw…sekarang dier da mengandung kak, adik pening kak..dier asyik Tanya adik je cmner nk ilangkn masalah dier tu..adik ade ckp pape pon tanggung sendiri…dier nak marah2 adik plak…adik dgn dier bukan rapat sgt..member2 cmtue jerz..


Kak izzah : kawan tue mengandung mak ayah taw tak?


Adek remaja : mak ayah dier tak taw kak…dier selamba je.


Kak izzah : adik ade bf?


Adek remaja : mestilah ade kak…malu adik..he3..tapi taw adek bukan ade rasa cinta sangat kt dier.


Kak izzah : best ker ade bf nie? Adik rasa kenapa mesti ade bf…couple tue bagus x?


Adek remaja : entah la kak…tak taw cmner.


Kak izzah : adik yang akak sayang, cinta itu tak salah..tapi couple tue yang salah. Jgn mudah percaya kat lelaki. Kalau kita beri peluang lelaki dekati kita, dorg akan fikir kita nie mudah je dipergunakan. Lelaki memang manis mulut jer…kalau da dapat apa yang dorg nak…dorg boleh cari perempuan lain. Berdosa besar zina tue dek.


Adek remaja : tp dorg selalu kata dosa lain kira janji dapat apa yg dorg nak..


Kak izzah : sebab mereka tak nak belajar dan hayati ilmu agama tue sebab mereka jadi begitu…agak2 adik kenapa kita kena belaja agama?


Adek remaja : ilmu agama itu penting cangat2 kak…tp adik xtaw npe kena agama! Npe kak?


Kak izzah : kalau masuk hutan kena bawa apa yang penting?


Adek remaja : bawa pakaian, peralatan mandi, peti ubat kecemasan dan byk lagi…npe kak?


Kak izzah : kalau tak da peta dan kompas boleh selamat tak?


Adek remaja : tentulah sesat kak…


Kak izzah : ha…begitulah ilmu agama sangat penting dalam hidup kita, peta dan kompas ibarat al-quran dan as-sunnah…kalau kita tak jadikan panduan alamat tersesatla…


Adek remaja : tu la kak…adik pun tak pandai sangat dalam ilmu agama nie…lain kali adik Tanya akak je la..kak ade kawan adik tue couple perempuan sama perempuan boleh ke kak?


Kak izzah : erm, tue kira lesbian…tentulah haram. Allah sangat melaknati hubungan sesame jenis..sebab secara fitrahnya..lelaki dijadikan untuk wanita dan wanita untuk lelaki…jika kita lawan fitrah itu tentulah Allah murka…


Adek remaja : tapi kak dorg siap ‘main2’ lagi…kalau akak dengar mesti akak pun geli..


Kak izzah : yer akak faham…akak pernah ade kawan yang lesbian…dalam quran pun ade cerita mengenai kaum nabi lut yang mengamalkan hubungan homoseksual dan Allah menimpakan bala ke atas kaum tersebut.


Adek remaja : subhanaallah…takutnyer kak…


…………………………………………………………………………………..................................................






Demikian sedikit sebanyak mesej perbualan antara ana dengan seorang remaja puteri yang menuntut dalam tingkatan 5 di sebuah sekolah kawasan pedalaman. Kami mula mengenali setelah ana menjadi fasilitator kem remaja pada cuti semester lepas…


Perbualan dengannyer menyebabkan ana kembali muhasabah diri…mengenangkan diri bakaL pendidik yang akan mendepani anak2 pelajar yang pasti tidak lari dari terjebak dengan kes sebegini… kepada bakal2 guru…rupanya bekal kita ke medan ilmu (sekolah) kelak bukan sekadar pointer yang tinggi, sijil yang banyak..malah ilmu pedagogi dan psikologi pendidikan yang kita belajar belum tentu dapat menyempurnakan bekalan untuk kita menghadapi remaja seperti ini…apatah lagi istilah bekalan yang mencukupi…tak Nampak apa yang cukup.


Sebenar kes sebegini sudah tidak asing lagi semasa ana dibangku sekolah…disebabkan berada dalam kelompok remaja bermasalah…disebabkan rasa sayang yang mendalam terhadap mereka ini, ana memilih untuk menjadi guru…kerna mahu mendekati mereka, sebolehnya ana tidak mahu melihat mereka seperti ana…melalui fasa bermasalah…dikelilingi teman2 yang berzina, merempit, hidu gam, dan sebagainya…


Melihat akhbar hari ini yang menunjukkan statistik pesalah juvana (13-19 tahun) antara tempoh januari- februari 2009 adalah 295 orang…iaitu meningkat 62 orang berbanding tahun 2008 dalam tempoh dua bulan yang sama…antara jenayah yang dilakukan bunuh, rogol, curi motor, mencuri, pecah rumah dan mencederakan orang.


Fikiran ku, ligat berfikir….jika masa remaja ku yang tak berapa jauh jaraknya dengan zaman remaja kini , akhlak remaja sudah sangat teruk…apatah lagi zaman kini…malah senario kini semakin parah..tertanyaku pada diri sendiri..apa bekalanku mendepani masalah mereka? Apa peranan yang patut aku mainkan?


Walaupun secara amnya, tugas ini dipikul oleh semua lapisan masyarakat, ibu bapa, sekolah, kerajaan dan NGO…namun, tugas para guru tidak terkecuali dalam memastikan ilmu yang disampaikan berkesan kepada pelajar…alangkah ruginya guru hanya bersikap men’transfer’ ilmu…sedangkan guru juga pendidik yang harus mendidik nilai dan akhlak kepada remaja…tapi adakah setakat memberi ceramah kepada pelajar yang sebahagiannya tidak suka guru membebel panjang…solusi yang paling sesuai,, mendekati…tugas mendepani remaja bermasalah di sekolah bukan hanya tugas kaunselor..semua pendidik harus memainkan peranan tersebut…sebab itulah semasa zaman remaja, ana dan rakan2 seronok menjadi ‘otai’ sekolah kerana jiwa remaja sebegini hendakkan perhatian malah tiada guru2 yang ambil peduli selain dari kaunselor yang menjadi geng kami tapi tak tiada masa mendekati. Mungkin ketika itu sekolah masih kekurangan kaunselor berbanding hari ini. Sekali lagi menangani remaja bermasalah bukan tugas kaunselor sahaja…namun ana bukan mahu mengkritik atau memberi tunjuk ajar… hanya setakat luahan yang mengingatkan diri supaya sentiasa ingat niat asal ana berada di bidang pendidikan…kepada sahabat2 yang terbaca bingkisan emosi ini…suatu hari nanti apabila ana berada di medan sebenar mungkin ana terlupa peranan ini…maka tolong..tolong sangat ingatkan ana…manusia bersifat pelupa…bimbang dengan ujian dunia melalaikan ana dari niat sebenar ke medan ini…kepada bakal pendidik..bakal ibu bapa…kita yang diambang usia dewasa ini suatu hari nanti bergelar ibu bapa (insya Allah..) masa ini bekalilah diri dengan ilmu agama sehingga ke akhir usia…kerana anak2 bangsa yang bakal lahir kelak akan mendepani cabaran dunia yang sangat dahsyat aromanya. Kitalah bakal pencorak lukisan kehidupan…’programming robot berTuhan’…wallahu’alam~


-lembah Bentong-

-16 Rabiu Akhir 1430-

-1430 pm-

Thursday, April 2, 2009

~...“KEMBARA DAKWAH DI BUMI BERSEJARAH”...~

“KEMBARA DAKWAH DI BUMI BERSEJARAH"

Oleh : Ummu Sumayyah a.k.a Azizah binti Jabar


Pada 28-29 mac 2009 yang lalu buat kali kedua Perkim Ampang, Selangor yang diterajui oleh brother Lim Jooi Soon dan dibantu 2 orang pembantu, bro.Azmil Abrar dan bro.Yusry telah berjaya menganjurkan ‘Induktif Dakwah Training’ fasa 3. Jika fasa 1 dan fasa 2 dibuka banyak sesi dalam setahun tetapi fasa 3 hanya sekali setahun. Dan buat julung kalinya IDT 3 ini diadakan di Melaka. Disebabkan antara aktiviti utama program ini ialah melawat gereja dan kuil jadi bilangan peserta terpaksa diminimumkan supaya tidak menganggu rumah ibadat mereka. Peserta kali ini seramai 8 orang (3 lelaki dan 5 wanita). Peserta-peserta terdiri daripada pelajar ipt dan pekerja, iaitu 3 orang lelaki dan 2 orang wanita dari Darul Quran Kuala Kubu Bharu, seorang dari UPSI Tg.Malim, seorang dari Uitm Shah Alam dan seorang lagi wanita merupakan seorang guru sekolah. Malah rombongan kami turut ditemani oleh pegawai Perkim Melaka, Puan Rokiah.


Antara rumah ibadat yang dilawati ialah Gereja St.Peter (Katholik), Gereja City Community (Protestan) dan Kuil Buddha Kuan Yin (yang tertua di Malaysia). Pada hari pertama peserta dibawa melawat Gereja St.Peter (Katholik) dan disambut dengan penuh ramah mesra oleh Paderi gereja tersebut. Kami diberi penerangan mengenai setiap inci gereja tersebut yang dipenuhi pelbagai jenis patung-patung dan arca yang membawa simbolik dan sejarah tersendiri. Pertama kali menjejak kaki ke gereja bermacam perasaan yang sukar ditafsir bukan takut atau gementar kerana bagi penulis tiada apa yang perlu ditakutkan seperti omongan masyarakat melayu iaitu tengok salib pun boleh gugur aqidah, tetapi penulis berasa inilah masanya penulis menyaksikan sendiri rumah ibadat mereka dan menilai semula melalui cerita yang penulis dapati dan dengar dari penceramah seperti bro.Amin Yaakob dan bro.Lim sendiri. Sebenar melalui lawatan sebegini akan membuatkan kita bertambah yakin dengan islam malah bagai ada dorongan untuk memberitahu mereka bahawa agama islam adalah agama yang sepatutnya mereka anuti. Apa yang sungguh dikesalkan ialah cerita mengenai ‘holy water’ yang pernah disebarkan menerusi internet dan cerita-cerita di kalangan masyakat melayu iaitu air suci kristian tersebut boleh memurtadkan seseorang malah lidah kelu untuk bersyahadah. Sungguh tidak logik cerita tersebut kerana jika benar, sebaiknya paderi kristian memasukkan air tersebut ke dalam tangki air besar yang ada di setiap kawasan perumahan atau di loji air supaya semua rumah akan disalurkan air yang bercampur ’holy water’ dan ‘confirm’ mereka akan masak dan minum air tersebut lalu mudah bagi mereka menyebarkan dakyah. Namun sebenarnya cerita ini adalah fitnah masyarakat melayu sendiri kepada kaum kristian, sedangkan mereka sendiri tidak minum air tersebut. Nak tahu apa itu air ‘holy water’? hanyalah air biasa bercampur sedikit titisan minyak zaitun yang diletakkan ke dalam sebuah bekas di pintu masuk gereja, bertujuan sebagai syarat penyucian mereka masuk ke dalam gereja iaitu dengan cara mencelup jari sedikit ke dalam air dan metitipkan ke tiga tempat dahi dan kedua bahu. Itu sahaja yang mereka lakukan dengan ‘holy water’.



















Inilah dua bekas air yang dipanggil ‘holy water’



Pada hari kedua, kami melawat Gereja City Community (Protestan) yang terletak di sebelah hotel penginapan kami (Hotel Straits Meridian). Kami difahamkan gereja kristian protestan sangat sukar untuk menerima kedatangan pelawat berbanding gereja katholik, nasib kami baik kali ini kerana buat pertama kalinya pelawat yang diterima adalah kami. Dari jauh lagi kelihatan ada sekumpulan orang menunggu kedatangan kami dan kami telah disambut dengan ramah oleh paderi dan pembantunya. Melawat gereja yang kali ini membuat penulis tertanya sendiri ‘dimanakah patung-patung seperti gereja semalam?’ kerana tiada satu patung pun yang kelihatan. Sebelum menyertai acara ritual mereka yang sering diadakan setiap hari ahad di dewan khas, kami diperkenalkan dengan paderi dan beliau memberi sedikit penerangan mengenai gereja tersebut. Beberapa minit selepas itu kami dipersilakan untuk ke dewan khas dimana kelihatan pentas dan sebuah band yang bersiap-sedia mengadakan persembahan. Setiap kerusi mula dipenuhi orang dan kami di beri laluan untuk duduk di kerusi bersama mereka. Pada permulaan majlis tersebut, paderi memberi sedikit kata-kata pembukaan dengan memuji Tuhan Jesus mereka. Tidak ketinggalan paderi tersebut mengumumkan kehadiran kami kepada hadirin serta memberi penghormatan kepada kami. Selepas itu beberapa orang pemuda pemudi naik ke pentas mengetuai nyanyian lagu. Lagu-lagu ketuhanan yang mereka nyanyikan dalam bentuk bahasa inggeris dan bahasa melayu. Mereka kelihatan penuh khusyuk dalam menghayati bait-bait lagu yang ditujukan kepada Tuhan Jesus. Kasihan, andai khusyuk ini tepat pada sembahan bukankah tinggi nilai ketaqwaan, penulis sekadar monolog sendirian. Malah terdapat seorang sahabat menitiskan airmatanya semasa berada dalam majlis tersebut. Bukan kerana syahdu menghayati bait-bait lagu ritual mereka tetapi merasakan diri sangat bersalah kerana tidak mendakwahi mereka.





Penulis melihat dua situasi yang berbeza antara umat islam dan kaum kristian, sebenar isu rumah ibadat dan masjid ini sudah lama, tetapi hari tersebut penulis sendiri merasai perbezaan tersebut. Mengapa masjid tidak dibenarkan dimasuki orang bukan islam dengan alasan mereka tidak suci? Padahal firman Allah : (Hai orang-orang yang beriman, Sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis (tidak suci), maka janganlah mereka mendekati Masjidil haram sesudah tahun ini. Dan jika kamu khawatir menjadi miskin maka Allah nanti akan memberimu kekayaan kepadamu dari karuniaNya, jika Dia menghendaki. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.) (At-Taubah 9: 28) merupakan larangan kepada non-Muslim utk masuk ke Al-Masjid Al-Haram di Makkah dan persekitarannya yg suci sahaja. Malahan ada riwayat yang Rasululllah shalallahu alayhi wasalam membenarkan penduduk At-Ta’if utk tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam. Baginda juga menerima kedatangan Orang Kristian dari Najran untuk dalam masjid baginda di Madinah. Apabila masa sembahyang mereka sampai, mereka bersembahyang di masjid mengadap arah timur. Maka Rasululllah shalallahu alayhi wasalam bersabda (kpd Sahabat), “Biarkan mereka (utk menunaikan sembahyang).” Di bawah tajuk ‘Musyrik Masuk Ke Masjid’, Al-Bukhari, dlm Sahih nya menyebut yang Thamamah ibn Athal (sedangkan dia seorang Musyrik) diikat dlm masjid.1




Padahal mereka hanya mahu melihat bagaimana umat islam mengadakan aktiviti ritual dalam masjid namun dihalangan oleh segelintir orang masjid. Bayangkan jika sebenar ‘non-muslim’ tersebut akan mendapat hidayah melalui lawatannya ke masjid tetapi dihalang oleh kita. Malah ada yang menunjukkan adab yang kurang wajar.





Sekali lagi penulis membuat pembandingan yang ada di antara masjid dan gereja yang dilawati, jangan salah sangka bukan sengaja mencari keburukan dan kelemahan tetapi supaya kita sama fikirkan adakah kita sebenar sudah berakhlak seperti islam yang sebenar dan mengikuti sunnah nabi yang dicintai umat. Semasa melawat gereja City Community (Protestan) ini, paderi memberitahu kami di gereja tersebut disediakan ruang dan bilik khas untuk kanak-kanak supaya mereka dapat belajar dan bermain sesama mereka sementara ibu bapa mereka ‘beribadat’. Pembantu khas juga dilantik menjaga kanak-kanak tersebut. Pemandangan berbeza pula penulis melihat di masjid terkenal yang terletak berhampiran tempat penginapan kami dan juga gereja tersebut iaitu papan tanda yang melarang kanak-kanak bawah umur 4 tahun dibawa ke dalam masjid. Penulis akui bahawa alasannya adalah untuk tidak menganggu jemaah bersolat, namun adakah peraturan sebegini pernah diajarkan oleh nabi shalallahu alayhi wasalam? Dalam hadis Nabi shalallahu alayhi wasalam, baginda bersabda: “Aku mendirikan solat (sebagai imam) dan aku berhasrat ingin memanjangkannya. Tiba-tiba aku mendengar tangisan bayi, maka aku mensegerakan solatku kerana aku tidak suka membebankan ibunya” (Riwayat al-Bukhari). Rasulullah amat perihatin dengan jemaah malah memahami tanggjungjawab setiap umatnya, jika baginda merasakan kanak-kanak tidak perlu dibawa ke masjid sudah tentu terdapat dalil atau hadith yang menyebut. 2





Destinasi terakhir kami lawati ialah kuil Buddha tertua di Malaysia. Lawati kami ke kuil ini sekadar lawatan biasa kerana kuil ini sememang dibuka untuk pelancong. Kami melihat begitu banyak patung-patung Buddha dan terdapat beberapa orang sami Buddha yang tinggal di dalam kuil tersebut. Penulis sempat mengambil buku-buku berkaitan agama Buddha yang disediakan di atas sebuah rak untuk diberi secara percuma. Penulis difahamkan agama budhha tidak seperti agama kristian di mana paderi atau penganut mereka terbuka untuk berdialog mengenai agama mereka, namun penganut Buddha lebih bersikap mengelakkan diri dari bercakap dengan mendalam mengenai agama mereka kerana mereka sendiri tidak benar-benar mengetahui asal-usul agama mereka. Wallahu Taala bisawab.





Sekian, serba sedikit pengembaraan mengenali dan mendekati variasi agama dan kepercayaan umat manusia. Alhamdulillah syukurlillah atas kesempatan dalam kesempitan yang ada. Moga dengan sedikit perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada semua pembaca, cukup walau sekelumit cuma.
Wallahu’alam bisawab~


Rujukan tambahan:
1http://soaljawab.wordpress.com/2007/06/30/orang-kafir-masuk-masjid-2/
2
http://drmaza.com/arkib_utusan/?p=11






##laporan sebelum ini : IDT 1 dan IDT 2



~Gambar-gambar sekitar pengembaraan~




















Gambar sebelah kiri ketika tiba di Gereja St.Peter dan di sebelah kanan Gereja City Community.






















Peserta bergambar bersama paderi di dua gereja yang berlainan



















suasana dalam gereja dan kuil buddha Kuan Yin