Wednesday, September 26, 2007

~...CERPEN EDISI RAMADHAN...~

Najwa melangkah longlai menuju ke kampus. Bukan kerana penat tubuhnya, tetapi terasa jiwanya ada sesuatu yang tidak kena. Najwa terasakan dirinya ibarat belon yang tak cukup udara, tekanan atmosfera luar yang lebih tinggi memenyekkan belon itu. Ramadhan telah berlalu, separuh daripadanya. Najwa mengkontemplasi saat-saat lepas di dalam Ramadhannya kali ini, apakah yang telah dicapainya. Ditakdirkan Allah, assignments di universiti sangatlah banyak, yang kadang-kadang dia tidak mampu untuk iltizam dengan tilawah Al Quran 1 juzuk sehari. Mahupun ingin berlama-lama di atas sejadah, kerana discussion di sana sini. MP3 player berisi bacaan ayat-ayat Al Quran oleh Sheikh Mishari al Efasy menjadi peneman jiwanya yang terasa kosong.

“Ya Allah, jangan jadikan aku orang yang mensia-siakan bulan barakah ini..” Najwa mengeluh sendirian.
Penat juga dia mengenangkan, kenapa pula kelopak matanya tersangat kering. Dia juga letih mengenangkan, kenapa apabila dia membaca kalamullah tidak tersentuh jiwanya. Najwa teringat surah Al Anfal ayat 2:
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah apabila disebut nama Allah, bergementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakal”

Najwa mengulangi doa yang diajarkan Rasulallah SAW.
“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan. Jangan tinggalkan aku sendirian walau dengan kadar sekelip mata. Perbetulkan segala urusanku. Laa ilaha illa anta (Tiada Tuhan selain engkau)” Riwayat Abu Dawud, Ahmad.
Najwa singgah duduk di satu “bench” di bawah pokok. Musim bunga kali ini dirasakan tidak membunga-bungakan iman di dalam hatinya.
“Ya Allah, hanya rahmatMu yang aku harapkan”. Dalam Najwa mengulangi doanya itu, tiba-tiba terdetik di dalam hatinya:
Benar-benarkah hanya rahmat Allah yang dia harapkan?
Benarkah hanya kepada Allah dia berharap, benarkah dia berharap Allah mengiringinya di dalam setiap urusannya.

Najwa teringat suatu peristiwa, semasa Najwa mengajak beberapa juniornya untuk mengikuti halaqah mingguan. Dia terasa sangat “excited” kerana nampak wajah-wajah baru yang ingin mendekatkan diri kepada Allah. Pada hari tersebut, Najwa dipertanggungjawabkan untuk menyampaikan tazkirah. Usai tazkirah tersebut, Siti, salah seorang juniornya berkata kepadanya, “Best la tazkirah kak Najwa…”
Najwa terasakan dadanya kembang keseronokan.

Najwa tersentak… Kelopak bunga spesis Rhododendron berterbangan ditiup angin.
“Oh.. di situlah silapnya… Benarkah aku hanya mengharapkan rahmat Allah dari amal yang aku perbuatkan? Rupa-rupanya, aku masih seronok dengan pujian. Sedangkan aku tak tahu, sama ada amal itu masih diterima Allah atau tidak…. Ya Allah, benar-benar kali ini… Hanya rahmat Engkau sahaja yang aku harapkan… Lebih baik sekiranya manusia benci aku atas usaha aku, asalkan Engkau tidak marah kepadaku”
Najwa mengenangkan, rahmat Allah sudah semestinya tersangat besar. Allah, Dialah Tuhan yang telah menyelamatkan Najwa daripada lemas di dalam paya busuk jahiliyah. Allah, Dialah Tuhan yang telah melahirkan perasaan malu dalam dirinya, lalu perasaan malu itu menyelematkan Najwa dari ikhtilat (percampuran bebas lelaki dan perempuann), lalu dengan perasaan malu itu, pakaiannya semakin sopan menepati ciri-ciri muslimah. Allah, Dialah Tuhan yang telah memilihkan teman-teman seperjuangan yang saling memperingatkan kepada kesabaran, keimanan dan mengajak kepada amalan soleh.

Najwa teringat lagi, apabila dia sibuk mengendalikan program-program islami semasa cuti musim bunga. Masya-Allah, Allah telah beri dia keizinan untuk berlari ke sana ke mari, kelam kabut, berpenat-penatan untuk memikul tugasan dakwah. Allah telah beri peluang untuk dia mujahadah. Tapi, dia kelam kabut dalam solatnya kerana ingin mengejar urusan “dakwah”nya. Dia tidak dapat iltizam dengan tilawah Al Qurannya. Dia tidak sempat berhenti seketika untuk muhasabah amalan-amalannya. Tiba-tiba Najwa tersentak lagi..
“Mengapakah kamu suruh orang lain mengerjakan amal kebaikan, sedang kamu melupakan diri sendiri, padahal kamu membaca Al Kitab? Maka tidakkah kamu berfikir?”

Najwa teringat Surah Al Baqarah ayat 44, ya benar… Dia telah melupakan dirinya sendiri. “Ya Allah, benar-benar kali ini.. aku mengharapkan Mu jangan tinggalkan aku bersendirian bersama urusan-urusanku.. walau pada kadar sekelip mata,” Najwa berharap.

Sesungguhnya manusia itu pelupa sifatnya. Manusia zalim terhadap dirinya. Hanya atas rahmat Tuhan Yang Maha Penyayang yang mampu menghindarkan manusia daripada menzalimi diri mereka sendiri.
Manusia jua mudah terasa dirinya serba cukup. Mudah sahaja terasa bahawa dia tidak perlukan sesiapa untuk membantu urusannya. Kerana dia mempunyai kepandaian, kekuatan fizikal dan kelebihan untuk mengendalikan urusan hariannya. Tetapi, manusia lupa.. Di belakang sesuatu urusan, Allah, Tuhan yang Maha Mengetahui sedang memerhatikan apa yang manusia perlakukan. Malah, Dia mengetahui apa yang berada di benak fikiran dan lubuk jiwa insan.
Najwa terkedu.

“Hah! Termenung apa tu!” Najwa disentakkan oleh temannya, Hayati.
“Awak ni, terkejut saya tau!” Najwa mencebik.
“Alah.. maaflah.. Assalamualaikum” Hayati tersengih sambil beri salam.
“Awak dah sampai ke negeri China ke tadi Najwa? Maaflah ganggu kembara angan-angan awak” Hayati memang terkenal dengan sifat suka menyakat. Walaupun begitu Hayati memang seorang yang sangat tajam pemerhatiannya.

Najwa sengih sahaja. Najwa bertanya kepada Hayati, “Kaifa imanuki? (Apa khabar iman kamu?).
Hayati senyum, “Alhamdulillah.. Alhamdulillah… I hope to stay in Ramadhan all the time!”
Najwa sambung lagi, “Kongsi la tips. How to benefit this Ramadhan!”
Hayati melarikan anak matanya ke kiri dan ke kanan. “Err… Saya tak pandai la bab-bab kasi tips ni. Tapi, saya nak share something. Tazkirah yang saya dengar from Sheikh masa solat tarawikh kat musollah”
“Surah Al Ma’un ayat 4-5.”
“Dalam ayat 4.. Allah cela orang yang bersolat. Pelik ye, kenapa pula bila kita bersolat, yakni beribadah tetapi kita masih dicela oleh Tuhan kita. Awak rasa-rasanya kenapa, Najwa?” Hayati buat soalan KBKK pula.
“Alah, mana la saya tau… Awak citer je la” Najwa malas nak fikir.
“Okey lah, kalau kita tengok ayat 5, Allah cakap “iaitu orang-orang yang lalai di sekitar solat mereka”.. “Kalau tengok perkataan Arab ‘an solaatihim, bukannay fi solaatihim. Maksudnya, Allah cela orang-orang yang lalai di sekitar solatnya, iaitu di luar solatnya dia lalai. Bukan referring to orang yang lalai within his/her solat. As if, orang tu dah defeat the purpose of solatnya kerana solatnya masih tidak dapat melindungi dirinya daripada berbuat maksiat apabila dia selesai solatnya. Itu sebab Allah cela”
“Macam kita lah, kalau dok dalam halaqah, kita asyik cerita pasal kena amar ma’ruf nahi mungkar… Tapi kalau di luar halaqah, kita tak buat pun apa yang kita perkatakan tu.. What is the purpose of the halaqah to begin with?” Hayati berkata.

Najwa tertunduk. “Jazakillah ukhti…”
Hayati berkata, “Awak ni cam ade problem je……”
Najwa melarikan pandangannya, “Hmm.. Biasalah, hati kurang sihat.”
Hayati berkata lagi, “Alhamdulillah.. Awak masih dapat rasakan sama ada hati awak baik ke tidak. Rasulallah pernah cakap, sapa yang dalam saat imannya rendah, tapi masih berpegang kepad Sunnah baginda, sesungguhnya dia telah mendapat petunjuk”
“Iman kita memang ada up-s and –down-s. Tapi di saat down ni, sebenarnya Allah nak kasi clue kepada kita. Betapa sebenarnya seronok dan indah apabila iman kita baik. Allah nak beritahu kita bila kita tengah down ni, bahawa Allah rindu dengar kita merintih dan mengadu kepadanya..
..Sepertimana ada satu Hadith Qudsi, Allah berfirman “wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu”
You know what, Najwa…Asalnya , kita tak perlu pun mengadu kat Allah dosa-dosa yang kita buat atau kejahilan yang kita buat.. Sebab Allah memang dah tau pun. Tapi Allah suruh kita doa dan mengharap kepadaNya, supaya kita lebih akrab kepada Allah” Hayati mengusap-usap kepala Najwa.
Najwa menyeka air mata. Ah! Akhirnya basah juga kelopak matanya!

Benarlah, bertafakur lebih baik daripada solat 1000 rakaat. Kini, Najwa terasa qalbunya lebih ringan. Mudah-mudahan langkahnya selepas ini mengharungi saat-saat terakhir Ramadhan, diterima oleh Allah.

Monday, September 24, 2007

~...Jalan pulang ke pangkuan Tuhan terlalu luas...~

Oleh: DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN
ANTARA keistimewaan Islam yang agung ini adalah jalan pulang ke pangkuanagama ini amat luas terbuka dan tidakmembebankan. Peluang seorang insankembali ke pangkuan keampunan dankeredaan Allah tidak pernah disekatoleh sebarang jarak waktu, latar diri,keturunan, atau harta.
Sesiapa yang ingin pulang ke pangkuanAllah tidak pernah dihalang oleh agamaini disebabkan jenis dosanya atauketurunan, usianya yang lanjut, atauapa sahaja.Seseorang yang ingin kembali kepadaAllah diterima oleh kerahmatan-Nyadengan syarat insan tersebut menyesalikesilapannya, benar-benar memohonkeampunan dan berazam tidak mengulangikesalahan lalu. Jika kesalahan itusesama insan lain, dia memohon maafdari yang dizalimi. Jika tidak mampu,bimbang mudarat yang lebih besar jikapermohonan maaf dibuat, serahkansahaja urusannya itu kepada Allah danAllah Maha Mengetahui kadar kemampuanhamba-hamba-Nya.
Firman Allah dalam surah Ali 'Imran135-136: (maksudnya) Dan mereka yangapabila melakukan perbuatan keji, ataumenganiaya diri sendiri, mereka ingatkepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka - dan sememangnya tidakada yang mengampunkan dosa-dosamelainkan Allah - dan mereka jugatidak meneruskan (perbuatan buruk)yang mereka telah lakukan itu, sedangmereka mengetahui (akan salahnya danakibatnya). Orang- orang yang demikiansifatnya, balasannya adalah keampunandari Tuhan mereka, dan syurga-syurgayang mengalir di bawahnya beberapasungai, mereka kekal di dalamnya; danyang demikian itulah sebaik-baikbalasan (bagi) orang-orang yangberamal
.Islam bukan seperti sesetengah ajaranyang menyuruh seseorang yang berdosamembuat pengakuan di hadapan orangagama, atau melakukan upacara yangmenyeksa diri demi penghapusan dosaseperti melukakan diri atau berjalanatas bara api atau membuat bayaranpenebusan.
Demikian perbuatan sesetengah pihakmencari rezeki dengan mengambil upahuntuk pelupusan dosa solat atau puasaatau ibadah yang lain, bukan dariajaran Islam. Islam tidak pernahmengenal itu semua. Seperti Islamtidak pernah menerima sama sekalipunperbuatan sesetengah agama lain yangmengeluarkan surat berbayar untukpenghapusan dosa, demikian Islam tidakdapat menerima perbuatan penganutnyajika melakukan hal yang sama denganmengeluarkan borang pahala yang dijualsempena Ramadan atau selainnya.
Keampunan dan rahmat Allah bukandijual di jalanan. Ia sangat berkaitandengan keluhuran jiwa yang ikhlasingin kembali kepada Allah Yang MahaPengampun. Jika keampunan hanyalahbayaran yang dibayar kepada pihaktertentu, tentulah semua orang kayatempatnya di syurga.Sementara si miskin yang tidak mampumembayar kepada golongan agamatiadalah habuan keampunan untuknya.Maka tidaklah perlu lagi seseorangberpegang dengan agama, cukuplahdengan membanyakkan ongkos, makaselamatlah dia di sisi Tuhan. Aduhai,tentu tidak demikian.
Firman Allah (maksudnya) Hari yangpadanya harta benda dan anak-pinaktidak dapat memberikan manfaat sesuatuapapun. Kecuali orang yang datangmenghadap Allah dengan hati yangsejahtera. Dan (pada hari itu)didekatkan syurga bagi orang- orangyang bertakwa. Dan diperlihatkanneraka jelas nyata kepada orang-orangyang sesat. (surah al-Syuara 88-91).
Seseorang yang berdosa pula, tidakdisuruh mendedahkan dosanya kepadaorang lain sekalipun di hadapan ulamaatau siapapun di kalangan manusia.Bahkan dia disuruh bertaubat antaradia dengan Allah dan menutup keburukandirinya daripada orang lain.
Nabis.a.w. bersabda: Sesiapa yang menutup(keburukan) seorang Muslim, Allahtutup (keburukannya) di dunia danakhirat. (Riwayat Muslim).Termasuk dalam perkataan Muslim itudiri insan yang berdosa itu sendiri,dia juga tentu seorang Muslim. Makadia wajib menutup keaiban dirinya.Maka dalam Islam tidak ada pengakuandosa di hadapan paderi. Sesiapasahaja yang berasa berdosa dan inginkembali kepada Allah, maka diabertaubat di mana sahaja dia berada.
Sabda Nabi: Sesungguhnya Allahmenerima taubat seorang hamba selaginyawa belum sampai ke halkumnya.(Riwayat al- Tirmizi, dinilai hasanoleh al-Albani). Aduhai luasnya rahmatAllah dalam agama ini. Bahkan dalamsebuah hadis kudsi, Allah berfirman:Wahai anak-anak Adam, selagi manaengkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapundosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai kepuncak langit, lalu engkau pohonkeampunan dari-Ku, Aku ampunkanengkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhibumi, namun engkau menemui-Ku tanpamensyirikkan Daku dengan sesuatu,nescaya aku datang kepadamu denganpenuh keampunan. (Riwayat al-Tirmizi,dinilai hasan oleh al-Albani).
Bahkan kita dilarang kecewa denganhidup disebabkan dosa yang lalu.Sebaliknya, disuruh agar sentiasamemohon keampunan daripada Allah danjangan kecewa dari rahmat-Nya.
FirmanAllah dengan penuh syahdu dalam surahal-Zumar ayat 53: (maksudnya),Katakanlah: Wahai hamba- hamba-Ku yangtelah melampaui batas terhadap dirimereka sendiri (dengan perbuatanmaksiat), janganlah kamu berputus asadari rahmat Allah, kerana sesungguhnyaAllah mengampunkan segala dosa;sesungguhnya Dialah jua Yang MahaPengampun, lagi Maha Mengasihani.Al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H)ketika mentafsirkan ayat inimenyebut: Ayat yang mulia ini adalahpanggilan untuk semua pembuat dosadari kalangan yang kufur dan selainmereka agar bertaubat dan kembalikepada Allah. Ayat ini juga adalahpemberitahuan Allah Yang Maha BerkatLagi Maha Tinggi bahawa Diamengampunkan segala dosa untuk sesiapayang bertaubat dan meninggalkannya,walau bagaimana besar dan banyaksekalipun dosa tersebut. Sekalipunbagaikan buih di lautan. (Tafsir al-Quran al-Azim, 4/74, Beirut: Mussasahal-Rayyan).Maka tidak ada kecewa bagi insan yangberdosa.
Sekalipun kadangkala ada dosayang tidak dapat dimaafkan olehperasaan insan lain, namun Allah tidakpernah menutup pintunya selagi insanyang berdosa itu insaf, benar-benarkembali kepada-Nya.Saya bicarakan tajuk ini, sesuaidengan suasana puasa. Juga agarperbincangan agama, janganlahmenyebabkan manusia ini kecewa dengandiri mereka dalam mencari jalan pulangke pangkuan Tuhan.Agama ini begitu lunak. Pintu untukmendekati Tuhan tidak pernah hanyadikhususkan untuk orang tertentusemata. Bahkan sesiapa sahaja yangmenerima Islam ini dan berusahamendekatkan diri dengan jalanRasulullah maka dia akan sampai kedalam rahmat Allah.Tiada perbezaan antara mufti, ustaz,imam dan orang biasa. Tuhan tidakpernah menilai insan dengan gelaran-gelaran yang diberikan oleh sesamamanusia. Dia melihat keluhuran jiwadan kesahihan amalan.
Entah beraparamai orang biasa lebih mulia di sisiTuhan dibandingkan mereka yangbersandar dengan berbagai-bagaigelaran dan pangkat. Jalan pulang kepangkuan Tuhan tidak pernahmendiskriminasikan manusia.Kadangkala amat menakutkan kitamendengar ucapan sesetengah orang.Saya pernah mendengar seseorangmenyebut dosa- dosa si polan tidakakan diampunkan Allah. Ringanperkataan itu di lidah kita, amatberat kesalahannya di sisi Allah.Sejak bilakah pula kita menjadikanwakil Tuhan dalam memutuskan rahmatatau kelaknatan di kalangan hamba-hamba-Nya. Kita menolak manusia inginkembali dataran keampunan Allah hanyakerana emosi kita, sedangkan Allahsendiri mengisytiharkan keluasanrahmat-Nya untuk semua.Marilah kita berkempen untuk manusiamendapatkan rahmat keampunan Allahini. Bukan untuk orang masjid dansurau sahaja, tetapi juga semua muda-mudi di jalanan, artis di pentas,pemimpin di gelanggang politik danseterusnya.
Jangan menghukum seseorangitu sebagai tidak berpeluang menerimarahmat Allah sedangkan roh masih dijasadnya dan hukuman Allah belum punkita tahu.Nabi bersabda: Jika seseorang berkata:Binasalah manusia, maka dialah yangpaling binasa. (Riwayat Muslim). Hadisini bermaksud apabila seseorangberkata dengan tujuan merendahkanorang lain dan membanggakan dirinyaseakan orang lain tidak mendapatkerahmatan, maka dialah akandibinasakan Allah.
Dakwah agamahendaklah merentasi sempadan-sempadanyang dibikin oleh kita. Rahmat Allahmestilah disebarkan ke semua daerahhidup yang pelbagai. Sama ada yangberada di gelanggang sukan, di pentasfilem, di medan politik atau apasahaja.Janganlah perbincangan agama hanyamenggambarkan seakan semua manusiaakan memasuki neraka semata, lalu kitalupa Allah ialah Tuhan Yang MahaRahmat. Ungkapan-ungkapan agama iniadalah ungkapan memberikan harapan,bukan menimbulkan kekecewaan.Sehingga dalam hadis Nabi bersabda:Seorang telah melakukan satu dosa,lalu dia berkata: Wahai Tuhankuampunilah dosaku.
Lalu Allah azza wajalla berfirman: Hamba-Ku melakukandosa dan dia mengetahui bahawa baginyaTuhan yang boleh mengampun danmenghukumnya dalam riwayat yang lainditambah: Aku ampunkan dosanya.Kemudian dia kembali melakukan dosayang lain, dia berkata: Wahai Tuhankuaku telah melakukan dosa ampunilahdosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Kumelakukan dan dia mengetahui bahawabaginya Tuhan yang boleh mengampun danmenghukumnya-dalam riwayat yang lainditambah: Aku ampunkan dosanya. Laludia melakukan dosa sekali lagi, diaberkata: Wahai Tuhanku aku telahmelakukan dosa ampunilah dosaku. LaluAllah berfirman: Hamba-Ku melakukandan dia mengetahui bahawa baginyatuhan yang boleh mengampun danmenghukumnya, maka aku ampunkan hamba-Ku in, buatlah apa yang kau mahu Akuampunkan engkau. (Riwayat al-Bukharidan Muslim).
Hadis ini bukanlah menggalakkanmanusia melakukan dosa, tetapimenceritakan hal seorang hamba yangbertaubat bersungguh-sungguh namungagal mengawal dirinya lalu tetapterjatuh ke dalam dosa. Setiap kaliberdosa, dia ikhlas memohon keampunandan dia tetap diampun oleh Allahs.w.t.Hadis ini memberikan semangat kepadamereka yang telah bersalah berulangkali untuk terus bertaubat bukanberputus asa dan terus mengikut jejaklangkah syaitan. Walaupun barangkaliorang lain akan menyebutkepadanya tidak guna kau bertaubat,sudah berapa kali kau tetap gagalkekal atas taubatmu, namun Allahtidak berkata demikian. Dia Yang MahaPengampun tetap membuka pintu selagihamba-Nya itu jujur dan ikhlasmerintih kepada-Nya.Jika Allah menutup pintu, makakekecewaan akan meliputi jiwa hambayang seperti ini dan akhirnya dia akanterus tenggelam dalam kejahatan. Namundengan dibuka seperti ini, insan akanterus berusaha kembali kepada Allahsetiap kali tergelincir.
Saya amat hairan, ada agama tertentuyang dikatakan mempengaruhi emosisesetengah anak-anak muda kitadisebabkan unsur kasih sayang danrahmat berkenaan yang ditonjolkandalam agama. Seakan anak-anak mudakita tidak pernah mendengar tentangkeluasan rahmat dan keampunan Allahdalam Islam ini. Lalu mereka pun kagumdengan agama lain dan melupai agamasendiri yang diturunkan Allah ini.Adakah kerana mereka tidak mempelajariajaran Islam yang betul? Ataupunkempen kita kepada Islam kurangmenonjolkan unsur-unsur kerahmatanagama ini?Hendaklah kita sedar, dalam dakwahbaginda Nabi bukan hanya diceritakanbalasan neraka, namun diceritakan jugakenikmatan syurga. Bukan hanya tentangkemurkaan Allah kepada yangmenderhakai-Nya tetapi juga rahmat-Nyabagi yang kembali kepada kepada-Nya.
Firman Allah dalam surah al-Hijr 49-50: (maksudnya) Khabarkanlah kepadahamba-hamba-Ku (Wahai Muhammad),bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagiMaha Mengasihani (bagi mereka yangbertaubat dan beramal soleh). Danbahawa azab-Ku, adalah azab yang tidakterperi sakitnya, (bagi mereka yangtetap dalam kederhakaan).Di suasana Ramadan ini, semoga taubatmempunyai ruang yang besar dalam hidupkita. Manusia disuruh takut melakukandosa. Namun jangan kecewa jikatersilap. Di samping insan jugahendaklah selalu beringat, bahawa dosayang terlampau setelah diberiperingatan, boleh menghilangkaningatan insan untuk kembali kepadaTuhan.
Firman Allah dalam surah al-Baqarahayat 6-7: (maksudnya) Sesungguhnyaorang-orang yang ingkar itu, samasahaja kepada mereka: Sama ada engkauberi amaran kepadanya atau engkautidak beri amaran, mereka tidak akanberiman. (Dengan sebab keingkaranmereka), Allah mematerikan atas hatimereka, pendengaran mereka, dan padapenglihatan mereka ada penutupnya; danbagi mereka pula disediakan azab seksayang amat besar.
- DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN ialahMufti Kerajaan Negeri Perlis.E-mel: moasriza@yahoo.com

~...Keutamaan Amalan Hati Ke Atas Amalan Badan...~


(Fiqh al-Awlawiyyat, Dr. Yusuf al-Qaradhawi)
DI ANTARA amalan yang sangat dianjurkan menurut pertimbangan agama ialah amalan batiniah yang dilakukan oleh hati manusia. Ia lebih diutamakan daripada amalan lahiriah yang dilakukan oleh anggota badan, dengan beberapa alasan:
Pertama: Kerana sesungguhnya amalan yang lahiriah itu tidak akan diterima oleh Allah SWT selama tidak disertai dengan amalan batin yang merupakan dasar bagi diterimanya amalan lahiriah itu, yaitu niat; sebagaimana disabdakan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam:
"Sesungguhnya amal perbuatan itu harus disertai dengan niat." [32]
Erti niat ini ialah niat yang terlepas dari cinta diri dan dunia. Niat yang murni untuk Allah SWT.
Dia tidak akan menerima amalan seseorang kecuali amalan itu murni untuk-Nya; sebagaimana difirmankan-Nya:
"Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus..." (al-Bayyinah: 5)
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, "Sesungguhnya Allah tidak menerima amalan kecuali yang murni, yang dilakukan hanya untuk-Nya." [33]
Dalam sebuah hadith qudsi diriwayatkan, Allah SWT berfirman, "Aku adalah sekutu yang paling tidak memerlukan persekutuan. Barangsiapa melakukan suatu amalan kemudian dia mempersekutukan diri-Ku dengan yang lain, maka Aku akan meninggalkannya dan meninggalkan sekutunya." Dalam riwayat yang lain disebutkan:
"Maka dia akan menjadi milik sekutunya dan Aku berlepas diri darinya." [34]
Kedua: Kerana hati merupakan hakikat manusia, sekaligus menjadi punca kebaikan dan kerosakannya. Dalam Shahih Bukhari dan Muslim disebutkan bahawasanya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda,
"Ketahuilah sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal darah, apabila dia baik maka baiklah seluruh tubuhnya, dan apabila dia rosak, maka rosaklah seluruh tubuhnya. Ketahuilah bahwa segumpal darah itu ialah hati." [35]
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjelaskan bahawasanya hati merupakan titik pusat pandangan Allah, dan perbuatan yang dilakukan oleh hatilah yang diakui (dihargai/dinilai) oleh-Nya. Kerananya, Allah hanya melihat hati seseorang, bila bersih niatnya, maka Allah akan menerima amalnya: dan bila kotor hatinya (niatnya tidak benar), maka automatik amalnya akan ditolak Allah, sebagaimana disabdakan oleh baginda,
"Sesungguhnya Allah SWT tidak melihat kepada tubuh dan bentuk kamu, tetapi Dia melihat kepada hati-hati kamu." [36]
Yang dimaksudkan di sini ialah diterima dan diperhatikannya amalan tersebut. Al-Qur'an menjelaskan bahawasanya keselamatan di akhirat kelak, dan perolehan syurga di sana, hanya dapat dicapai oleh orang yang hatinya bersih dari kemusyrikan, kemunafikan dan penyakit-penyakit hati yang menghancurkan. Yaitu orang yang hanya menggantungkan diri kepada Allah SWT, sebagaimana yang Dia firmankan melalui lidah nabi-Nya, Ibrahim al-Khalil a.s.
"Dan janganlah Engkau hinakan aku pada hari mereka dibangkitkan. (Yaitu) di hari harta dan anak-anak tidak berguna. Kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih." (as-Syu'ara': 87-89)
"Dan didekatlah syurga itu kepada orang-orang yang bertaqwa pada tempat yang tiada jauh (dari mereka). Inilah yang dijanjikan kepadamu, (yaitu) kepada setiap hamba yang selalu kembali (kepada Allah) lagi memelihara (semua peraturan-peraturan-Nya). (Yaitu) orang yang takut kepada tuhan Yang Maha Pemurah sedang Dia tidak kelihatan (olehnya) dan dia datang dengan hati yang bertaubat." (Qaf: 31-33)
Keselamatan dari kehinaan pada hari kiamat kelak hanya diberikan kepada orang yang datang kepada Allah SWT dengan hati yang bersih. Dan surga hanya diberikan kepada orang yang datang kepada Tuhannya dengan hati yang pasrah.
Taqwa kepada Allah - yang merupakan wasiat bagi orang-orang terdahulu dan yang terkemudian, merupakan dasar perbuatan yang utama, kebajikan, kebaikan di dunia dan akhirat - pada hakikat dan intinya merupakan persoalan hati. Oleh karena itu Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda; "Taqwa itu ada di sini," sambil menunjuk ke dadanya sebanyak tiga kali. Beliau mengatakannya sebanyak tiga kali sambil memberikan isyarat dengan tangannya ke dadanya agar dapat dipahami oleh akal dan jiwa manusia. Sehubungan dengan hal ini, al-Qur'an memberi isyarat bahwa ketaqwaan itu dilakukan oleh hati manusia:
"Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan syiar-syiar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketaqwaan hati." (al-Hajj: 32) Semua tingkah laku dan perbuatan yang mulia, serta tingkatan amalan rabbaniyah yang menjadi perhatian para ahli suluk dan tasawuf, serta para penganjur pendidikan ruhaniah, merupakan perkara-perkara yang berkaitan dengan hati; seperti menjauhi dunia, memberi perhatian yang lebih kepada akhirat, keikhlasan kepada Allah, kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya, tawakkal kepada Allah, mengharapkan rahmat-Nya, takut kepada siksaan-Nya, mensyukuri nikmatNya, bersabar atas bencana, redha terhadap ketentuan-Nya, selalu mengingat-Nya, mengawasi diri sendiri dan lain-lain. Perkara-perkara ini merupakan inti dan ruh agama, sehingga barangsiapa yang tidak memiliki perhatian sama sekali terhadapnya maka dia akan merugi sendiri, dan juga rugi dari segi agamanya.
Sesiapa yang mensia-siakan umurnya, maka dia tidak akan mendapatkan apa-apapun.
Anas meriwayatkan dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam,
"Tiga hal yang bila siapapun berada di dalamnya, maka dia dapat menemukan manisnya rasa iman. Hendaknya Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai daripada yang lain; hendaknya ia mencintai seseorang yang ia tidak mencintainya kecuali karena Allah; dan hendaknya ia benci untuk kembali kepada kekafiran sebagaimana dia benci untuk dilemparkan ke dalam api neraka." [37] "Tidak beriman salah seorang di antara kamu sehingga aku lebih dicintainya daripada ibubapa dan anaknya, serta manusia seluruhnya." [38]
Diriwayatkan dari Anas bahwa ada seorang lelaki yang bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, "bilakah kiamat terjadi wahai Rasulullah?" Beliau balik bertanya: "Apakah yang telah engkau persiapkan?" Dia menjawab, "Aku tidak mempersiapkan banyak solat dan puasa, serta sedekah, tetapi aku mencintai Allah dan Rasul-Nya." Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kemudian bersabda, "Engkau akan bersama orang yang engkau cintai." [39]
Hadith ini dikuatkan oleh hadith Abu Musa: Bahawa ada seseorang berkata kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam, "Ada seseorang yang mencintai kaum Muslimin, tetapi dia tidak termasuk mereka."Nabi shallallahu‘alaihi wasallam menjawab, "Seseorang akan bersama dengan orang yang diacintai." [40]
Hadith-hadith tersebut menunjukkan bahwa cinta kepada Allah SWT dan Rasulullah, serta cinta kepada hamba-hamba-Nya yang soleh merupakan cara pendekatan yang paling baik kepada Allah SWT; walaupun tidak disertai dengan tambahan solat, puasa dan sedekah.
Hal ini tidak lain adalah karena cinta yang murni merupakan salah satu amalan hati, yang memiliki kedudukan tinggi di sisi Allah SWT. Atas dasar itulah beberapa ulama besar berkata,
"Aku cinta kepada orang-orang soleh walaupun aku tidak termasuk golongan mereka”. “Aku berharap bahawa aku akan mendapatkan syafaat (ilmu, dan kebaikan) dari mereka”.
“Aku tidak suka terhadap barang-barang maksiat, walaupun aku sama maksiatnya dengan barang-barang itu".
Cinta kepada Allah, benci kerana Allah merupakan salah satu bagian dari iman, dan keduanya merupakan amalan hati manusia.
Dalam sebuah hadith disebutkan,
"Barangsiapa mencintai kerana Allah, marah kerana Allah, memberi kerana Allah, menahan pemberian kerana Allah, maka dia termasuk orang yang sempurna imannya." [41]
"Ikatan iman yang paling kuat ialah berwala' kerana Allah, bermusuhan kerana Allah, mencintai kerana Allah, dan membenci kerana Allah SWT." [42]
Oleh sebab itu, kami sangat hairan terhadap tumpuan yang diberikan oleh sebagian pemeluk agama, khususnya para daie' yang menganjurkan amalan dan adab sopan santun yang berkaitan dengan perkara-perkara lahiriah lebih banyak daripada perkara-perkara batiniah; yang memperhatikan bentuk luar lebih banyak daripada intinya; misalnya memendekkan pakaian, memotong kumis dan memanjangkan janggut, bentuk hijab wanita, hitungan anak tangga mimbar, cara meletakkan kedua tangan atau kaki ketika solat, dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan bentuk luar lebih banyak daripada yang berkaitan dengan inti dan ruhnya. Perkara-perkara ini, bagaimanapun, tidak begitu diberi keutamaan dalam agama ini.
Saya sendiri memperhatikan - dengan amat menyayangkan - bahawa banyak sekali orang-orang yang menekankan kepada bentuk lahiriah ini dan hal-hal yang serupa dengannya - Saya tidak berkata mereka kesemuanya - mereka begitu mementingkan hal tersebut dan melupakan hal-hal lain yang jauh lebih penting dan lebih dahsyat pengaruhnya. Seperti berbuat baik kepada kedua ibubapa, silaturrahim, menyampaikan amanat, memelihara hak orang lain, bekerja yang baik, dan memberikan hak kepada orang yang harus memilikinya, kasih-sayang terhadap makhluk Allah SWT, apalagi terhadap yang lemah, menjauhi hal-hal yang jelas diharamkan dan lain-lain sebagaimana dijelaskan oleh Allah SWT kepada orang-orang yang beriman di dalam kitab-Nya; di awal surah al-Anfal, awal surah al-Mu'minun, akhir surah al-Furqan, dan lain-lain.
S
aya tertarik dengan perkataan yang diucapkan oleh saudara kita, seorang daie' Muslim, Dr.Hassan Hathout yang tinggal di Amerika, yang sangat tidak suka kepada sebahagian saudara kita yang begitu ketat dan kaku dalam menerapkan hukum Islam yang berkaitan dengan daging halal yang telah disembelih menurut aturan syariat. Mereka begitu ketat meneliti daging-daging tersebut apakah ada kemungkinan bahawa daging tersebut tercampur dengan daging atau lemak babi, walaupun kemungkinan itu hanya benar 1% sahaja tetapi dalam masa yang sama dia tidak memperhatikan bahwa dia memakan bangkai saudaranya setiap hari beberapa kali (dengan fitnah dan mengumpat/ghibah), sehingga saudaranya dapat menjadi sasaran syubhat dan tuduhan, atau dia sendiri yang menciptakan tuduhan-tuduhan tersebut.
Allahu a’lam..
Catatan kaki:
32- Diriwayatkan dari 'Umar bin Al-Khaththab r.a.: Rasulullah SAW pernah bersabda, "Pahala untuk semua perbuatan bergantung kepada niatnya dan akan diberi pahala sesuai dengan tujuan dari perbuatannya. hadith dimuat dalam permulaan Shahih al-Bukhari
33- Diriwayatkan oleh Nasai dari Abu Umamah, dan dihasankan olehnya dalam Shahih al-Jami' as-Shaghir (1856) 34- Muslim meriwayatkannya dari Abu Hurairah r.a. dengan lafaz hadith yang pertama, sedangkan lafaz yang lainnya diriwayatkan oleh Ibn Majah.
35- Muttafaq 'Alaih, dari Nu'man bin Basyir, yang merupakan bagian daripada hadith, "Yang halal itu jelas, dan yang haram itu juga jelas" (Lihat al-Lu'lu' wa al-Marjan, 1028)
36- Diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah r.a. (2564)
37- Muttafaq 'Alaih dari Anas (al-Lu'lu'wa al-Marjan, 26)
38- Muttafaq 'Alaih dari Anas (al-Lu'lu' wa al-Marjan, 27)
39- Muttafaq 'Alaih dari Anas (al-Lu'lu' wa al-Marjan, 1693)
40- Muttafaq 'Alaih dari Anas (al-Lu'lu' wa al- Marjan, 1694)
41- Diriwayatkan oleh Abu Dawud dalam kitab al-Sunnah dari Abu Umamah (4681), dan dalam al-Jami' as-Shaghir riwayat ini dinisbatkan kepada Dhiya' (Shahih al-Jami' as-Shaghir, 5965)
42- Diriwayatkan oleh al-Thayalisi, Hakim, dan Thabrani dalam al-Kabir, dan al-Awsath dari Ibn Mas'ud, Ahmad, dan Ibn Abi Syaibah dari Barra" dan juga diriwayatkan oleh Thabrani dari Ibn Abbas (Shahih al-Jami' as-Shaghir, 2539)

Friday, September 21, 2007

~...TEMASYA KE SURGA...~

(Ringkasan Hadil Arwaah Ila BiladilAfraah, Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah)

"Penghuni surga juga memilikikendaraan berupa kuda dari mutiarayakut atau apa saja yangdiinginkannya. Mereka salingberkunjung (Ash-Shafat: 50-57),penduduk surga kelas atas berkunjungke surga kelas bawah. Tapi penduduksurga kelas bawah tidak dapatberkunjung ke surga kelas atas,kecuali mereka yang saling mencintaikarena Allah. Jika mereka salingrindu, mendekatlah ranjang-ranjangmereka dan bertemu bernostalgia.Bahasa mereka adalah bahasa Arab.Setiap hari Jum’at diselenggarakanpasar gratis, mereka pulang kerumahnya masing-masing membawa apasaja yang diinginkannya. "

Kewujudan SurgaSurga itu ada. Diterangkan dengan sangat jelas dalam beberapa keteranganAl-Qur’an dan hadits Nabi yangsemuanya harus kita imani. GolonganQadariyah dan kalangan Mu’tazilahberanggapan bahwa surga barudiciptakan kelak di hari akhirat. Iniadalah pendapat yang nyeleneh. MenurutAhlu Sunnah surga itu telah diciptakanoleh Allah dengan alasan-alasanberikut ini:Dalam perjalanan mi’raj Nabi melihatsurga (QS. An-Najm: 13-15)Dalam beberapa hadits disebutkan bahwaAllah memperlihatkan tempat duduk ahlisurga atau ahli neraka saat di alambarzah; ruh orang mu’min dimasukkan kedalam surga berwujud burung yangbertengger di pohon surga; Jibrildisuruh melihat surga, dll.Pintu SurgaKeberadaan pintu gerbang surgadisebutkan oleh Allah dalam surat Az-Zumar ayat 73. Sedangkan dalam haditsdisebutkan bahwa luas pintu surga itubaina Makkata wa Hajaro au Hajaro waMakkata, seperti jauhnya Makkah keHajar (kurang lebih 1160 km). Namunkelak akan berdesak-desakan manusiadidepannya. Kunci pembuka pintu surgaadalah kalimat syahadah. Jalan menujupadanya hanya satu yakni Islam (QS. Al-An’am: 153).

Walid bin Muslim dari Khalid dariHasan menyampaikan bahwa pintu-pintudi surga itu transparan bagiandalamnya terlihat luar dan bagianluarnya terlihat dari dalam (lihat QS.Shaad: 50). Ia bisa diajak bicara,artinya bisa menutup dan membukasesuai keinginan penghuninya.Dimanakah Surga?Di dalam hadits disebutkan bahwa surgaitu berada di langit, tempat yangsangat tinggi. Terdiri dari 100tingkat, setiap 2 tingkat jauhnyaseperti langit dan bumi. Dan surgayang tertinggi adalah surga Firdaus.Tapi ada satu tempat yang lebih tinggidan diperuntukkan bagi satu orangsaja, tempat itu disebut Al-Wasilah.Nabi sangat berharap bahwa beliaulahyang akan menempatinya.Nama-nama SurgaSurga itu bermacam-macam, nama-namanyadisebutkan dalam Al-Qur’an diantaranyaadalah: Al-Jannah, Darussalam (negerisejahtera), Darul Khuldi (negerikekal), Darul Muqamah (tempatkediaman), Jannatul Ma’wa (tempattinggal), Adn, dll.

Orang yang pertama mengetuk pintuSurgaMuhammad saw adalah orang yang pertamakali mengetuk pintu surga, dan umatbeliaulah yang akan pertama kalimemasukinya. Ada 70.000 orang yangakan memasukinya tanpa hisab, wajahnyabagaikan rembulan, mereka masuk denganbergandeng tangan. Siapakah mereka?Mereka adalah orang-orang yang murniketauhidannya dan senantiasabertawakkal kepada Allah.Allah melimpahkan keistimewaan kepadamereka, bahwa setiap 1000 orang darimereka dapat menyelamatkan 70.000orang dari neraka, ditambah tigacidukan Allah azza wa jalla.Subhanallah wallahu akbar.Gambaran SurgaTanah dan lumpur surga terbuat darizafaran, berupa tepung putih beraromakesturi dan sangat bersih. Cahayasurga itu berwarna putih, bersinarterang, aromanya semerbak. Disanaterdapat gedung megah dan sungai-sungai yang mengalir. Ada istri-istriyang cantik jelita, perhiasan-perhiasan yang banyak, tanaman-tanaman, berbagai macam kesenangan dankenikmatan di tempat yang tinggi.Siapkah Anda memasukinya?Katakan: “Insya Allah”.Di surga terdapat Ghuraf yaknibangunan transfaran yang tinggi,diberikan bagi mereka yang baikucapannya, suka memberi makan,berpuasa dan shalat malam. Jugadiberikan kepada orang-orang yangmembangun masjid dan tabah menghadapiujian dan kesedihan.Setiap mu’min mengenal tempattinggalnya di surga walaupun ia belumpernah melihat sebelumnya. Kondisifisik orang mu’min ketika memasukisurga itu mirip Adam, tingginya 60hasta, berambut pendek, belumberjenggot, dan matanya bercelak.Tampilannya bagaikan orang berusiasekitar 30 tahun. Allah menjadikannyaseperti itu walaupun ia mati dalamkeadaan anak-anak atau pun tua renta.Hidangan pertama penduduk surga adalahsekerat daging dari hati ikan paus danminumannya adalah salsabila. Setelahitu mereka makan daging sapi jantan.

Menurut riwayat dari Nabi, aroma surgabisa dicium dari jarak 100 tahun. Tapibagi orang-orang yang membunuh ahlidzimmah, anak-anak durhaka, pemutushubungan, dan mereka yang menasabkandirinya pada orang lain, tertutupbaginya dari mencium aroma surgatersebut. Naudzubillah…Di surga terdapat pohon Thalhu, bidarayang durinya diganti dengan munculnyabuah-buahan yang 1 butirnya memiliki70 rasa yang berbeda. Ada juga pohonThuba (QS. Waqi’ah: 31) yangnaungannya sejauh perjalanan selama100 tahun. Dari kelopak bunga pohoninilah pakaian ahli surga berasal.Buah-buahan surga itu beraneka ragamlayaknya buah-buahan di dunia (QS. Al-Baqarah: 25). Bahkan sabda Nabimenyebutkan bahwa buah-buahan duniasebenarnya berasal dari surga, hanyasaja ia berubah sedangkan buah-buahandi surga tidak berubah sama sekali.Penduduk surga minum dari sungai-sungai di surga yang hulunya adalahdari surga Firdaus. Buah-buahannyadekat tersaji, mereka mendapatkan apasaja yang diinginkannya. Jika merekamelihat ke arah burung surga dentertarik kepadanya, maka dengan segeraburung itu jatuh ke hadapannya dalamkondisi masak dan siap dimakan.Sementara itu 70 piring beragam corakyang berbeda antara satu dengan yanglainnya telah disiapkan. Mereka jugaminum dari sungai al-kautsar yangairnya lebih putih dari susu dan lebihmanis dari madu. Ia adalah minumancampuran jahe.Tapi, meskipun makan dan minumpenduduk surga itu tidak buang kotoranatau kencing. Makanan dan minumannyadikeluarkan melalui keringat dansendawanya yang harum.Pakaian ahli surga adalah sundus danistabraq (sutra bulu halus dan tebal),keluar dari kelopak bunga pohon Thubadan warnanya bermacam-macam, putih,merah, hijau, kuning, dan hitam.Mereka memakai gelang emas dan perak,mahkota intan berlian yang mutiaranyaadalah yakut. Jika manusia di duniaini melihat pakaian-pakaian tersebut,tentu mereka pingsan karena tidaktahan melihatnya.Kasur mereka tebal dan empuk. Tempatmereka tinggal berhamparkan permadaniyang sangat indah. Ada kemah yangtingginya hingga 60 mil dan setiapsudutnya terdapat istri-istrinya, adaranjang berderetan yang berhias, bisamerendah ataupun menaik. Tapi ranjangini bukanlah untuk tidur, karena disurga itu tidak ada tidur sebagaimanadikatakan Nabi: “Tidur itu adalahsaudara kematian. Ahli surga tidaklahtidur”. Bagi mereka disediakan sofa al-arikah, yakni sofa pengantin yangdipaduakan dengan ranjang yangberhias. Di dalamnya mereka dilayanioleh pelayan-pelayan yang senantiasamuda.Isteri-isteri penghuni surga itumuthahharah, yakni bersih dari haid,ingus, ludah, najis, dan tinja. Merekadisebut al-hur karena senantiasa muda,cantik, kulitnya mulus, bagian hitammatanya sangat hitam dan bagianputihnya sangat putih. Mereka tidakpernah digauli oleh siapapunsebelumnya, dipingit dan selaluperawan. Mereka disebut uruban karenaselain cantik juga amat pandaiberkomunikasi dan pandai memberikankepuasan seksual kepada suaminya.Mereka disebut kawaaiba karena—maaf—amat montok payudaranya.

Demikiandisebutkan Nabi. Dan disebut huuruniin karena putih kulitnya bagaimutiara. Badan mereka transparanbagaikan yakut. Kamar mereka darimutiara yakut dan ranjangnya dihiasdengan mutiara lu’lu. Mereka tidakpernah bosan melakukan jima’. Lelakisurga tak pernah ‘loyo’ dan wanitasurga tak pernah ‘sakit’. Kekuatanmereka dalam berjima’ adalah 100 kalilipat. Disebutkan oleh Nabi bahwa laki-laki penghuni surga itu dapat berjima’dengan 100 perawan dalam satu petang.Mereka tidak pernah lemas, syahwatnyatidak padam dan farji wanita surgatidak pernah tertutup. Di surga bisajuga terjadi kehamilan jika merekamenghendakinya. Tapi kehamilan,menyusui dan tumbuh berkembangnya ituterjadi dalam sesaat.Ahli surga diberi 2 orang istri dariwanita dunia dan 70 orang istri dariwanita surga. Tapi wanita dunia itulebih baik dari wanita surgadisebabkan ibadahnya ketika di dunia.Di akhirat nanti wanita yang ketika didunia pernah memiliki lebih dari 1suami, boleh memilih mana yangmenurutnya terbaik.Di surga itu ada nyanyian (QS. Rum:15).

Menurut Yahya bin Abu Katsir al-habrah dalam ayat tersebut berartipaduan suara yang merdu. Bukan hanyaitu, pohon-pohonan dan gesekan ranting-rantingnya pun menimbulkan suara-suarayang indah. Juga nyanyian bidadariuntuk suaminya. Ada pula suara tasbihpara malaikat yang demikian merdu.Penghuni surga juga memiliki kendaraanberupa kuda dari mutiara yakut atauapa saja yang diinginkannya. Merekasaling berkunjung (Ash-Shafat: 50-57),penduduk surga kelas atas berkunjungke surga kelas bawah. Tapi penduduksurga kelas bawah tidak dapatberkunjung ke surga kelas atas,kecuali mereka yang saling mencintaikarena Allah. Jika mereka salingrindu, mendekatlah ranjang-ranjangmereka dan bertemu bernostalgia.Bahasa mereka adalah bahasa Arab.Setiap hari Jum’at diselenggarakanpasar gratis, mereka pulang kerumahnya masing-masing membawa apasaja yang diinginkannya.Di surga ada juga kenaikan tingkat,yakni bagi mereka yang didoakan olehanak-anaknya ketika di dunia. Merekadipertemukan dan dikumpulkan olehAllah (QS. At-Thur: 21) walaupun tidaksama derajatnya.

Begitulah gambaran sekilas tentangsurga berdasarkan kabar yangdisampaikan Nabi Muhammad saw.Untuk siapakah kabar gembira ini?

1. Orang yang beriman dan beramalshalih (QS. 2: 25)
2. Wali-wali Allah, orang-orangyang beriman dan bertakwa (QS.Yunus:62-64)
3. Orang yang istiqamah dalammenghamba (QS. Fushilat: 30)
4. Pengikut kebaikan (QS. Az-Zumar: 17-18)
5. Orang yang beriman, berhijrahdan berjihad (QS. At-Taubah: 20-21)
6. Orang yang mengindahkanperingatan Allah (QS. Yasin: 11)
7. Mu’min (QS. Al-Ahzab: 45-47)
8. Syuhada (Ali Imran: 169)
9. Orang yang berjual beli denganAllah (QS. At-Taubah: 111)
10. Orang yang sabar (QS. Al-Baqarah:155-157)
11. Orang yang khusyu dalam shalat,menjauhi hal yang sia-sia, muzaki,menjaga farji, amanah (QS. Al-Mu’minun: 1-11)
12. Muslim-muslimah yang taat, jujur,sabar, khusyu, bershadaqah, berpuasa,menjaga farj, rajin berdzikir (QS. Al-Ahzab: 35)
13. Orang yang bertaubat, memujiAllah, melawat, sujud, amar ma’rufnahi munkar, memelihara hokum-hukumAllah (QS. At-Taubah: 112)
14. Orang yang berinfaq saatlapang/sempit, menahan amarah, pemaaf,istighfar (QS. Ali Imran: 133-136).
15. Beriman dan berjihad (QS. Ash-Shaf: 10-13)
16. Orang yang takut kepada Allah(QS. Ar-Rahman: 46)
17. Orang yang menahan hawa nafsu(QS. An-Naziat: 40-41)Kesimpulannya, kabar gembira iniadalah bagi mereka yang beriman,bertakwa, dan beramal ikhlas sesuaipetunjuk Rasulullah saw.Allaahumma innaa nas’aluka ridhookawal jannah, wa na’uudzubika minsakhootika wa-nnaar…Yaa Allah kamimemohon keridhoan-Mu dan surga, dankami berlindung dari murka-Mu danneraka…Amin.

(Diringkas dan disajikan oleh M. IndraKurniawan, S. Ag)

.:.sumber: al-ahkam.net.:.

Tuesday, September 11, 2007

~...JADILAH SEORANG PEJUANG YANG MENANG...~

Setiap pejuang tentunya mengharapkan kejayaan. Tapi sayang ada pejuang-pejuang Islam yang tertipu dengan erti kemenangan. Kadang-kadang terjadi, mereka tertipu dengan wasilah atau alat perjuangan. Mereka menyangka mereka sudah mendapat kemenangan, sedangkan mereka baru berjaya mendapatkan alatnya sahaja. Mereka lupa kepada matlamat sebenar perjuangan.Contohnya ada yang menganggap pembangunan ekonomi adalah langkah asas dalam membangunkan Islam.
Kononnya dengan utuhnya ekonomi umat Islam maka utuhlah Islam itu sendiri. Malangnya, setelah berjaya dalam bidang ekonomi, yang terbangun dalam diri mereka hanyalah material, tapi Islam tidak juga terbangun. Syariat Islam tidak juga dapat ditegakkan, bukan saja dalam masyarakat bahkan dalam diri. Ada juga pejuang yang menganggap apabila sudah mendapat kuasa, mereka sudah menang. Mereka terlupa matlamat perjuangan yang sebenarnya. Walaupun dunia ini jatuh dalam genggaman mereka, tetapi jika masyarakatnya tidak dapat diubah kepada pengamalan Islam yang sempurna, maka sebenarnya mereka masih kalah.
Sejarah menceritakan para pengikut Thalut lupa pada perjuangan setelah terjumpa sungai. Walaupun dipesan-pesan oleh Thalut agar jangan berlengah-lengah di tebing sungai, namun ramai juga yang enggan meneruskan perjalanan dan ingin memulakan penghidupan baru di tebing sungai itu. Sebenarnya perkara ini berpunca daripada beberapa kesilapan para pejuang itu sendiri antaranya :
Tugas sebenar seorang pejuang.
· Kurang memahami matlamat perjuangan.
Tiadanya keikhlasan dalam perjuangan.
Dalam hati mereka masih ada cinta dunia, ada tujuan-tujuan peribadi dalam perjuangan, ingin kedudukan, pengaruh dan sebagainya.

Bila ramai individu begini dalam perjuangan, perjuangan itu akan hanyut seperti hanyutnya pondok buruk dilanda air bah besar. Malanglah jika ini terjadi, di dunia terhina manakala di Akhirat terseksa. Seseorang pejuang itu mesti tahu bahawa dia mempunyai dua tugas. Pertamanya membaiki diri dan kedua membaiki masyarakat. Matlamat perjuangan Islam ialah menegakkan kalimah Allah di muka bumi. Oleh itu perlu ditegakkan kalimah Allah dalam diri dahulu. Inilah perjuangan pertama yang perlu ditempuhnya. Peribadi pejuang adalah lambang kepada perjuangan.
Sikap dan perlakuannya merupakan lisanul hal yang menjadi contoh kepada orang-orang yang didakwahnya. Seorang pejuang yang mengajak orang kepada Islam tetapi dirinya sendiri tidak menggambarkan peribadi mukmin yang sejati, samalah seperti bapak ketam yang mengajar anaknya berjalan betul. Juga penting dalam perjuangan ialah bantuan Allah. Ia penentu kepada kejayaan itu sendiri. Syarat untuk mendapat anugerah rahmat dan pertolongan-Nya ialah taqwa sepertimana firman-Nya yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah penolong orang yang bertaqwa.” ( Al Jathiyah : 19 )
Untuk menjadi pejuang yang bertaqwa, seseorang itu perlu menempuh jalan yang rumit. Secara ringkasnya ada lapan syarat menuju taqwa:

1. Perlu ada kesedaran Islam. Berlapang dada menerima syariat Islam. Hasil daripada kesedaran itu, mendorongnya mencari ilmu untuk melengkapkan diri sebagai hamba Allah yang diredhai-Nya.

2. Memahami Islam itu sendiri. Kefahaman lahir daripada ilmu yang dicari tadi. Ilmu yang terbaik terhasil daripada gabungan teori dan pengalaman. Kefahaman dalam perjuangan adalah penting agar tidak tersilap langkah. Kefahaman boleh ditanam melalui pembacaan, menghadiri kelas-kelas pengajian dan juga pengalaman.

3. Yakin dengan apa yang telah difahami itu. Contohnya, setelah faham dan yakin hanya Islamlah agama yang benar sebagaiman firman-Nya:
“Agama yang benar disisi Allah ialah Islam.”

Maka berlandaskan keyakinan inilah muncul peribadi yang kental jiwanya, hatta nyawa pun sanggup dijadikan galang ganti untuk mempertahankan Islam yang dicintai. Hasil daripada keyakinanlah maka para sahabat sanggup berhabisan harta, menanggung penderitaan dan berjuang hingga ke titisan darah yang terakhir. Inilah pentingnya keyakinan dalam membina taqwa.

4. Sanggup melaksanakan apa yang diyakini itu. Jika kita yakin hanya Islam agama yang benar, yang boleh menyelesaikan segala persoalan hidup maka kita mesti sanggup untuk melaksanakan hukum-hakam Islam serta sanggup pula memperjuangkannya. Misalnya kita sudah yakin menutup aurat itu wajib, maka kita mesti sanggup menunaikannya. Kesanggupan ini tanda perubahan pada diri. Perubahan pada pengamalan adalah titik tolak menuju taqwa.

5. Mujahadatunnafsi. Namun inilah yang paling sukar ditempuhi, kerana nafsu ialah musuh manusia yang paling jahat. Ia tidak berbatang tubuh yang boleh dikeronyok sampai mati, sebaliknya ia ada dalam diri. Allah telah memberi amaran tentang tipuan nafsu yang jahat ini sepertimana firman-Nya yanng bermaksud :
“Sesungguhnya nafsu itu sangat mengajak kepada kejahatan.” (Yusuf : 53)

Nafsu umpama daki yang melekat di badan, namun menghilangkannya tidak semudah mencuci daki. Ia perlu digosok, dibersihkan dan disental setiap masa. Mujahadatunnafsi adalah jihad yang paling besar dan berterusan.

6. Istiqamah beramal. Ada tiga perkara yang perlu diberi perhatian iaitu :
Mengekalkan amalan walaupun sedikit.
Memilih amalan yang berterusan untuk diri.
Mempelbagaikan amal walaupun sedikit.

Amalan yang istiqamah akan memberikan kesan umpama air yang dititiskan ke batu yang keras; sekeras-keras batu pun akan lekuk juga akhirnya. Maka amalan yang istiqamah akhirnya akan membuahkan iman dan akhlak serta akan menjadi benteng daripada godaan nafsu dan syaitan yang tidak pernah rehat.

7. Ada jemaah

8. Di samping semua syarat di atas, kita hendaklah senantiasa berdoa kepada Allah semoga Allah memelihara dan memberi taufiq kepada kita.

Seorang pejuang yang sudah berjaya mendapat taqwa, ertinya dia sudah mendapat kejayaan yang tidak ternilai. Taqwa adalah syarat utama untuk berjaya dalam membaiki masyarakat dan yang paling penting untuk mendapat kemenangan hakiki iaitu kemenangan di Akhirat sepertimana firman Allah yang bermaksud :
“(Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai dan memasukkan kamu ke tempat tinggal yang baik di dalam Syurga Adnin. Itulah keuntungan (kejayaan) yang besar.”
(Surah As Shoff : 11-12)