Friday, October 16, 2009

~…ADA APA DENGAN NIQOB/PURDAH?..~




Bismillah…



Sana-sini isu niqob atau purdah ini hangat diperkatakan baik bloggers mahupun laman web. Lantaran setelah Syeikh Tantawi mengeluarkan kenyataan yang mendapat perhatian umum. Sebenar ana melihat isu niqob sebelum ini juga telah hangat kerana perbezaan yang wujud baik pendapat mahupun pegangan. Walau bagaimana pun ana juga mempunyai pendirian sendiri terhadap isu ini.


Tulisan kali ini bukanlah untuk menambah komen atau ulasan yang sedia banyaknya terhadap kenyataan Syeikh al-Azhar tersebut apatah lagi mahu menghujahkan hukum dan pandapat seperti buku karangan Syeikh Albani bertajuk Jilbab al-Mar’atil Muslimah fii Kitabi wa as-Sunnah (Edisi Terjemahan oleh Media Hidayah) dan karya Syeikh Muhammad bin Shalih Al-'Utsaimin bertajuk Risalah Al-Hijab penerbit Darul Qasim yang merupakan antara buku yang dapat menjelaskan kepada kalian niqob/purdah ini dengan islam. Dalam masalah ini, para ulama berbeza pendapat. Sebahagian mengatakan wajib, yang lain menyatakan tidak wajib, namun merupakan keutamaan. Walau apapun perbezaan pandangan asalkan berhujahkan dalil yang sahih, itu terpulang pada pegangan, kerana yang pasti beramalah menurut apa yang anda yakini.


Memang jelas niqob/purdah ini tidak sama hukumnya dengan tudung. Namun jangan kita menyamakan orang berniqob ini mesti istiqamah sebagaimana orang bertudung. Misalnya seseorang yang kejap pakai tudung kejap buka tudung sering akan dilabel tidak ada pendirian. Yang jelas mereka mungkin sebenar tidak merasai dan menjiwai kepentingan menjaga aurat. Bagi yang berniqob bagi tempat tertentu dan buka tentu tidak sama dengan situasi orang bertudung tadi kerana berniqob itu lebih kepada mustahab (sunnah yang dituntut) dan setengah tempat langsung mewajibkan dan tidak terkecuali banyaknya melarang. Apapun terpulang pada kekuatan dan keperluan si pemakai.


Apalah nak dihairankan dengan akhir zaman ini, yang berpakaian menutup lebih dipandang asing berbanding terdedah sana sini. Walhal wanita yang memilih berpakaian jubah atau baju kurung pun semakin berkurangan(kecuali masa hari raya dan pergi kuliah kot) berbanding pakaian baju kebaya(kira baik lagi), fesyen tali pinggan di perut dan sebagainya (maaf agak ketinggalan dengan fesyen terbaru) dan segala bentuk pakaian yang tidak menampakkan ciri-ciri orang islam sampai terkadang ana sendiri konfius terhadap seorang wanita yang berkulit putih, rambut perang dan baju sendat, (nih amoi ka aminah?). Apatah lagi bertudung labuh dan berniqob. Sahabat muslimahku yang masih istiqamah bertudung labuh(sama ada 60inci/bulat) ku merayu agar kalian terus istiqamah dan jangan terpengaruh dengan warna-warninya pelbagai fesyen tudung sekarang, mahal je lebih tapi nipis dan tidak menepati tutup aurat yang sebenar. Aku berkata begini kerana tidak terkurangnya muslimah-muslimah yang asalnya bertudung labuh terus meninggalkan kelabuhan hijabnya lalu memilih tudung yang menampakkan susuk dada. Aku bukanlah insan terbaik untuk menasihati kalian tetapi sekadar luahan untuk meningkatkan semangat diri sendiri dan jika bermanfaat juga untuk kalian saudara muslimahku.


Kembali kepada niqob/purdah, ana ingin berkongsi dari satu sudut yang mungkin orang lain tidak perasan kelebihan berniqob ini. Sebagai wanita sifat ingin kelihatan cantik memang tidak dapat dinafikan. Tidak hairanlah jika kalian memperhatikan iklan semasa baik di media massa atau di media cetak hampir keseluruhannya mempromosikan produk kecantikan. Sebab mereka tahu golongan wanita cepat teruja dengan produk kecantikan dan sanggup menghabiskan beribu ringgit demi memastikan diri sentiasa cantik. Belum lagi masuk bab yang keluar dari agama seperti memakai susuk dan sebagainya. Apa yang pasti kecantikan wanita itu seharusnya untuk tontonan suami sendiri bukan lelaki lain…jadi apa kelebihan niqob nie? Sebab orang berniqob tak perlu bermekap atau bergincu. Jika mereka nak pakai pun terpulang kerana mungkin untuk suami mereka. Teringat ana semasa musim orang memakai ‘mask’ bulan lepas, seorang muslimat yang biasa bermekap ini tak teruja nak bergincu dan bermekap kerana telah memakai ‘mask’ jadi orang tak nampak jika dia bermekap(katanya). Nah di sini apakah niat anda bermekap? Untuk bertabaruj?


Selain kulit anda terpelihara dari debu kotoran di udara, muslimat berniqob juga dapat melindungi kulit muka mereka dari pancaran cahaya matahari.
Dari sudut lain pula jimat wang. Cuba anda ‘survey’ kepada wanita-wanita di luar sana dalam sebulan berapakah jumlah wang yang mereka habiskan untuk membeli barangan penjagaan wajah (pencuci muka,toner, gincu, bedak kompak, ‘eye shadow’ dll)…jangan tak percaya ada yang berhabis duit beratus-ratus ringgit hanya untuk barangan kecantikan sahaja. Erm pemikiran kolot ana waktu kecil-kecil dulu pun tidak suka jadi wanita kerana kos hidup lebih mahal dari lelaki. Huh! Sebenarnya kebanyakkan barangan tersebut bukan keperluan sangat tapi lebih kepada kemahuan…


Allahu’alam…



Sekadar pandangan
-biar Iman menilai-
25 Syawal 1430 H
Al-faqir ilallah
Ummu Sumayyah Azizah Jabar