Monday, January 28, 2008

~...SKETSA MENCARI IMAN : "IKHLAS ITU BEBAS"...~

“Ikhlas itu ‘khalas’ …dalam bahasa Arab ertinya habis, licin-licau, sehabuk pun tak ada.”
“Ertinya, orang yang ikhlas itu tidak ada sesuatu apa pun di dalam hatinya melainkan Allah. Ia berbuat kerana dan untuk Allah semata.” tambah saya lagi.
“Apa kaitanya semua ini dengan masalah saya? Soal Aisya Sofea yang merupakan sahabat karibku sejak kecil.
“Masalahnya saya sangat tertekan dengan teman sebilik. Stress saya dibuatnya. Saya tak tahu kenapa dengan dia, bila bercakap asyik nak marah je. Perempuan ‘datang bulan’ pun masa tertentu je ‘bad mood’. Saya bukan apa kami memang berkawan rapat, lagipun kami sekelas. Cuma sejak akhir-akhir nie layanan dia dingin je. Apa saya buat tak kena. Ada-ada sahaja kerenah dan masalahnya. Padahal saya ikhlas.”
“Maksud awak orang ikhlas akan stress?” jolok saya perlahan.
“Ya, kekadang kita ikhlas memberi, orang lain pula tidak ikhlas menerima. Kalau sama-sama ikhlas kan baik. Tak stress.”

…………………………..

“Awak tau rahsia kegagalan?” Tanya saya seolah-olah mengalih arah perbualan. Dia nampak tersentak. Telah dua kali saya cuba ‘mengeluarkan’nya daripada kotak pemikiran yang lain- Think outside the box, kata orang.
“Pelik selalunya orang lebih tertarik dengan rahsia kejayaan berbanding rahsia kegagalan…”
“Siapa yang tidak tahu rahsia kegagalan tidak akan berjaya,” tegas saya. Dia tersenyum. Tanda setuju.
“Apa dia rahsia kegagalan?”tanyanya . Saya senyum. Pancingan saya mengena. Umpan saya telah ‘dimakan’.
“Cuba menyukakan hati semua orang!” jawab saya.
“Kenapa …salahkah cuba menyukakan hati semua?”
“Tak salah. Tapi sebagai makhluk kita tidak akan mampu. Justeru, siapa yang cuba menyukakan hati semua orang, akan berakhir dengan semua orang tidak akan suka kepadanya.”
“Betul tu…kalau saya cuba menyukakan hati seorang kawan pertama, kekadang menyinggung perasaan kawan kedua. Bila saya cuba pula menyukakan hati kawan kedua, kawan yang lain pula yang tak suka saya rapat dengan kawan kedua. Stres. Mana jalan keluarnya?”
“Awak mesti ikhlas!”
“Ya Rabbi, apa ni? Kejap ke sini, kejap ke sana hala perbualan kita ni.”
“Taklah…kita ke sana untuk ke sini,” balas saya bermain kata-kata.
Aisya Sofea tersenyum. Saya senang sekali dengan senyumannya.

…………………………….

“Apa kaitannya antara ikhlas dan rahsia kegagalan?”
“Orang yang ikhlas akan berjaya. Orang tidak ikhlas akan gagal.”
“Mengapa?”
“Orang yang ikhlas hanya ada satu Tuhan untuk dijaga dalam hidupnya. Manakala orang yang tidak ikhlas punya ramai ‘tuhan’ kecil untuk dijaga.”
“Maksud awak, orang yang ikhlas berbuat sesuatu untuk mendapat keredhaan Allah yang satu. Sedangkan orang yang tidak ikhlas berbuat sesuatu untuk mendapat keredhaan ramai manusia.”
“Jika kita berbuat sesuatu hanya untuk Allah- insya Allah, Tuhan akan redha. Itu rahsia kejayaan…”tambah saya.
“Tetapi sekiranya kita cuba menyukakan hati semua orang, semua orang akan benci dan itulah punca kegagalannya….kan gitu?
Saya mengangguk.
“Saya rasa terbelenggu betul dengan sikap kawan-kawan sejak kebelakangan ini. Hidup saya serba tak kena. Diluah mati emak ditelan mati bapa.”
“Orang ikhlas itu bebas!” kata saya pendek. Mengingatkan diri saya juga.
“Terus-terang…. saya akui, saya tak bebas. Ertinya saya juga tidakikhlas.”

………………………………………

“Jangan mengeluh begitu. Saya pun sama juga. Tidak bebas sepenuhnya. Masih lagi bertatih dan berlatih. Semua orang juga begitu. Yang penting jangan labelkan diri kita dengan label yang negative. Kita hanya ‘fail’ (gagal) tetapi bukan ‘failer’ (orang yang gagal).”
“Bagaimana nak merdeka…ops, nak bebas?”
“Jadi orang yang ikhlas. Jadi hamba Allah. Itulah merdeka sebenarnya.”
“Itu terlalu falsafah. Saya nak yang mudah. Yang boleh diamalkan secara realistik dalam realiti kehidupan kita.”
“Secara mudah apa sahaja yang Allah tetapkan wajib maka kita lakukan walaupun mungkin kawan kita suka, keluarga kita tak suka. Yang haram kita tinggalkan, walaupun kawan kita tak suka, keluarga kita pula yang suka. Yang penting bukan kesukaan manusia, tetapi ‘kesukaan’ Allah.”
“Kalau semuanya tak suka macam mana?” geleceknya licik.
“Insya Allah, ada manusia yang akan suka apabila kita disukai oleh Allah.”
“Tapi tidak semua kan? Itu problemnya.”

……………………………………….

“Hanya manusia yang sukakan Allah akan menyukai manusia lain yang juga sukakan Allah. Cinta yang satu akan menyatukan manusia.”
“Tapi tak semua kan? Ulangnya sekali lagi.
Saya diam.Jelas, penjelasan saya masih tak jelas lagi. Saya terima kelemahan saya. Bukan kerana kelemahannya, tetapi kerana kelemahan saya. Saya diam mencari makna dan kata..
“Jika awak diberi pilihan …. Untuk disukai oleh dua orang manusia. Pertama, manusia yang disukai Allah. Kedua, manusia yang dibenci Allah… yang mana awak pilih?”
Akhirnya saya bersuara.
Jelas kali ini dia pula terdiam. Alhamdulillah. Dia berfikir dalam. Begitu saya mengharapkan. Saya tidak menganggap perbualan satu persaingan tetapi lebih sebagai satu perkongsian.
“Tentu saya memilih untuk dusukai oleh orang yang disukai Allah.” Dia menjawab akhirnya.
“Ya itulah jawapannya. Apa guna disukai oleh orang yang dibenci Allah? Sukanya tidak memberi manfaat. Bencinya tidak memberi mudarat.”
“Ya kita tidak boleh menyukakan hati semua orang. Kita hanya perlu berusaha untuk menyukakan Allah…Insya Allah nanti kita akan disukai Allah juga. Dan itulah rahsia kejayaan kita.”
Demikian terungkainya perbualan kami yang kompleks pada awalnya itu. Mudah-mudahan kami ikhlas dalam perbualan mengenai ikhlas itu!....





...:...sumber : dipetik dan diubahsuai daripada Majalah Anis keluaran Januari ’08 ruangan kemudi hati oleh Ustaz Pahrul Muhamad Juoi...:...

Friday, January 11, 2008

~...MEMAHAMI PENGERTIAN BID'AH...~

sumber dipetik :http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/





Bid’ah:



“Suatu bentuk amalan (dalam beragama)yang baru yang tiada contohnya daripadasumber yang haqq bagi tujuan (denganniat) mendekatkan diri kepada Allah s.w.t..”



Intipatinya:

1 – Suatu amalan/kaedah

2 – yang baru (yang tiada dasar/contoh)

3 – dengan niat beribadah (mendekatkandiri kpd Allah).



Mari kita lihat satu persatu:



Tulisan seterusnya ini di-ambil darikertas kerja Ustaz Rasul bin Dahri.



PENGERTIAN BID'AH MENURUT BAHASA

Definisi bid'ah menurut takrif etimologidiambil dari asal perkataan al-bida'(اَلْبِدَع) yang memberi makna atau maksud:"Mencipta (atau mengada-adakan sesuatupekerjaan, amalan, benda atau perkara)yang sama sekali tiada contoh atau misalsebelumnya". (Lihat: الاعتصام للشاطبيJld. 1. hlm. 36)



Asal Kalimah/Perkataan:



(بَدَعَ - يَبْدَعُ - بِدْعًا)



Atau



(بَدَعَ - بِدَاعَةً - بَدُوْعًا)



Atau



(اَبْدَعَ - اِبْتَدَعَ - تَبَدَّعَ)



Kalimah atau perkataan di atas memberierti: "Mencipta, mereka-reka,mengada-adakan, memulakan atau sesuatuyang baru (pertama-tama diadakan)".



Al-bid'ah (البدعة) juga nama yangdiberikan ke atas perbuatan yang sengajadiada-adakan dan jamaknya bida' (بدع)(Lihat: الاعتصام للشاطبي Jld. 1. hlm.57) atau apa yang dicipta dalam agamadan selainnya (Lihat: العين Jld. 2. Hlm.55.) dan sesiapa yang mengada-adakansesuatu dia dianggap telah melakukanbid'ah. Dalam "Takrifat" pula iaditetapkan sebagai setiap amal yangbertentangan dengan sunnah yang berupasesuatu urusan yang diada-adakan.(Lihat: التعريفات hlm. 43)



Berkata Imam ath-Thurthusi rahimahullah:





اَصْلُ هَذِهِ الْكَلِمَةِ مِنَ اْلاِخْتِرَاعِ ، وَهُوَ الشَّيْءُيُحْدَثُ مِنْ غَيْرِ اَصْلٍ سَبَقَ ، وَلاَ مِثَالٍ احْتُذِيَ وَلاَاُلِفَ مِثْلَهُ"



Kata bid'ah berasal dari kataal-ikhtira' (اَلاِخْتِرَاع) iaitu sesuatuyang baru dicipta tanpa ada contohsebelumnya, tiada misal mendahuluinyadan tidak pernah ada rekaan sepertinya(sebelumnya)". (Lihat: الحوادث والبدعhlm. 40 ath-Thurthusi (Tahqid oleh AliHasan). Diterbitkan oleh Dar Ibn al-Jauzi)



Kalimah bid'ah terdapat di dalamal-Quran yang digunakan denganpenggunaan istilahnya yang paling tepatdan seiringan mengikut maksud sertapengertian yang dikehendaki oleh kalimahtersebut. Kenyataan ini dapat difahamimelalui tiga potong ayat di bawah ini:



بَدِيْعُ السَّمَاوَاتِ وَاْلاَرْضِ"



(Dialah) Pencipta segala langit danbumi". (al-Baqarah, 2:11)



Penggunaan kalimah bid'ah pada ayat diatas adalah yang paling tepatsebagaimana yang dimaksudkan olehpengertian kalimah bid'ah menurut bahasakerana hakikatnya hanya Allah Subhanahuwa Ta'ala sahaja Pencipta (melakukanbid'ah) hingga terciptanya langit, bumidan segala-gala yang ada di alam ghaibatau di alam nyata.



Segala ciptaan Allah Subhanahu wa Ta'alayang sedia ada ini tidak pernahdidahului oleh mana-mana contoh ataupencipta sebelum-Nya, hanya Dialahsahaja Pencipta yang mengadakan danmemulakan seluruh penciptaan yangterdapat di langit, di bumi, di alamdunia atau di alam akhirat yangsebelumnya tidak ada ('adam) kepada ada(mawujud).



Para ahli ilmu yang pakar ataumengetahui kaedah penggunaan tata BahasaArab akan lebih mudah memahami maksuddan pengertian bid'ah yang terdapat padaayat di atas, yang terdapat di dalamhadis-hadis yang begitu banyakbilangannya dan yang banyak digunakandalam pertuturan dan penulisan BahasaArab. Penggunaan bid'ah pada ayat diatas amat tepat baik secara bahasa(termasuk gaya bahasa) atau takrifsyara. Ia ditafsirkan oleh para ahli ilmu:



أبدعت الشيء لا عن مثال"



Aku telah ciptakan (mengadakan) sesuatutanpa ada misal (sebelumnya)." (Lihat:جامع البيان عن تأويل آي القرآن Jld. 1Hlm. 709. Ibn Jarir at-Tabari)



Di ayat yang kedua pula Allah berfirman:



قُلْ مَا كُنْتُ بِدْعًا مِنَ الرُّسُلِ



"Katakanlah (ya Muhammad!): Bukanlah akuseorang Rasul pembawa agama yang barudari agama yang telah dibawa oleh paraRasul yang lalu". (al-Ahqaf, 46:9)



Menurut Ibn Abbas radhiallahu 'anhubid'ah yang dimaksudkan pada ayat diatas ialah "Yang Terawal." (Lihat:الجامع لأحكام القرآن ، القرطبى. Juz. 16.Hlm. 180) Ia ditakdirkan juga sebagaiucapan yang bermaksud: "Bukanlah aku inipembuat bid'ah (sahibul bid'ah)."(Lihat: الجامع لأحكام القرآن ، القرطبى.Juz. 16. Hlm. 180)



Yang paling jelas ayat di atas bermaksuddan bertujuan agar Nabi Muhammadsallallahu 'alaihi wa sallam memberitahu kepada umatnya bahawa bagindabukanlah seorang Rasul yang bid'ah (yangbaru) di dunia ini. Sudah adaRasul-Rasul lain mendahului bagindasebelum baginda diutus menjadi Rasul.Inilah pengertian bid'ah sebagaimanayang dikehendaki oleh ayat (syara’) dandimaksudkan oleh bahasa iaitu:



"Bid'ah: Ialah sesuatu yang baru yangdiada-adakan dan tidak ada contoh ataumisal sebelumnya".Oleh kerana baginda bukan merupakanseorang Rasul yang pertama dan barukepada manusia maka baginda tidakdinamakan Rasul yang bid'ah menurutpengertian istilah bahasa dan syara’kerana sudah ada contoh dan beberapaorang rasul sebagai pendahulu sebelumnya.



Dan di ayat ketiga Allah berfirman:



وَرَهْبَانِيَّةً ابْتَدَعُوْهَا



"Dan mereka sengaja mengada-adakanrahbaniyah". (al-Hadid, 57:27)



Menurut penafsiran al-Hafiz Imamas-Syaukani rahimahullah tentang ayat diatas:



وَرَهْبَانِيَّةً مُبْتَدِعَةً مِنْ عِنْدِ اَنْفُسِهِمْ



"Kerahiban yang mereka sendiri cipta(ada-adakan)". (Lihat: فتح القدير. Jld.5. Hlm. 178)



Maka jika difahami pengertian bid'ahdari ketiga-tiga ayat al-Quran di atasmaka ia memberi makna atau maksud:"Sesuatu yang baru, yang tidak ada misal(contoh) sebelumnya, yang diada-adakandan yang direka cipta".



Bid'ah menurut bahasa (لُغَةً) juga telahdidefinisikan oleh kalangan ulama fiqahyang muktabar:





كُلُّ عَمَلٍ عَلَى غَيْرِ مِثَالٍ سَابِقٍ



"Setiap amalan (perbuatan ataupekerjaan) yang tiada contohsebelumnya". (Lihat: البدعة تحديدهاوموقف الاسلام منها Hlm. 157. 'Izat AliAtiah)



Bila dikatakan: (اِبْتَدَعَ فُلاَنٌ بِدْعَة) "Telahmencipta si Fulan satu cara/jalan"bermakna cara/jalan ciptaan si Fulantidak pernah ada contoh sebelumnya.Menurut Ali Hasan pula bid'ah ialah:



وَهَذَا اْلاِسْمُ (يَعْنِى: اِلْبِدْعَةُ) يَدْخُلُ فِيْمَاتَخْتَرعُهُ الْقُلُوْبُ وَفِيْمَا تَنْطِقُ بِهِ اْلاَلْسِنَةُوَفِيْمَا تَفْعَلُهُ الْجَوَارِح



Dan yang boleh dikategorikan dalambid'ah, termasuklah sesuatu yangdilakukan oleh hati, yang dipertuturkanoleh lisan dan yang dilakukan oleh tubuhbadan". (Lihat: علم اصول البدع hlm 23.Ali Hasan. Daar ar-Rayah. Cetakan kedua)



Takrif yang ringkas ini amat jelas,mudah dihayati dan difahami, oleh itutidak perlu dikupas atau diberipenghuraian dengan panjang lebar.



PENGERTIAN BID'AH MENURUT ISTILAH SYARA’



Kalangan jumhur ulama fiqah (fuqaha)dari kalangan Ahli Sunnah wal-Jamaahtelah memberikan takrif bid'ah mengikutlandasan yang sesuai dengan hukum syara’atau syariyah (شَرْعِيَّةٌ). Antara takrifyang masyhur yang sering digunakan ialah



اِحْدَاثُ مَا لَمْ يَكُنْ لَهُ اَصْل فِى عَهْدِ النَّبِىِّ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اَىْ لاَدَلِيْلَ مِنَ الشَّرْعِ



Mencipta (mengada-adakan ataumereka-reka) sesuatu (amal) yang samasekali tidak ada contohnya pada zamanNabi sallallahu 'alaihi wa sallam atautiada dalilnya dari syara'



كُلُّ مَا عَارَضَ السُّنَّةَ مِنَ الاَقْوَالِ اَوِ الاَفْعَالِاَوِ الْعَقَائِدِ وَلَوْ كَانَتْ عَنْ اِجْتِهَاد



(Bid'ah): Ialah setiap yangbertentangan dengan sunnah dari jenisperkataan (ucapan) perbuatan (amalan)atau akidah (pegangan/kepercayaan)sekalipun melalui usaha ijtihad."(Lihat: احكام الجنائز وبدعها. Hlm. 306.Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani)



فَالبِدْعَةُ اِذَنْ عِبَارَةٌ عَنْ طَرِيْقَةٍ فِى الدِّيْنِمُخْتَرِعَةٌ

تَضَاهِى الشَّرْعِيَّة يَقْصُدُ بِالسُّلُوْكِ عَلَيْهَاالْمُبَالَغَةِ فِى التَّعَبُّدِ للهِ سُبْحَانَهُ



Maka bid'ah pada dasarnya ialahdiibaratkan: Suatu jalan dalam agamayang direka-cipta yang seakan-akansyara’. Ia bermaksud mengadakan suatucara tata-agama yang berlebih-lebihansehingga mencapai ke tahap penyembahan(ibadah) terhadap Allah Subhanahu waTa'ala." (Lihat: الاعتصام للشاطبى Jld.1. Hlm. 27)



اَلْبِدْعَةُ طَرِيْقَةٌ فِى الدِّيْنِ مُخْتَرِعَةٌ تَضَاهِىالشَرْعِيَّة يَقْصُدُ بِالسُّلُوْكِ عَلَيْهَا مَا يَقْصُدُبِالطَّرِيْقَةِ الشَّرْعِيَّةِ. اَوْ قَالَ: يَقْصُدُ بِهَاالتَّقَرُّب الِى اللهِ وَلَمْ يقمْ عَلىَ صِحَّتِهَا دَلِيْلٌشَرْعِيٌّ صَحِيْحٌ اَصْلاً اَوْوَصْفًا



"(Maksudnya): Bid'ah ialah suatu jalan(ciptaan/rekaan) yang disandarkan olehpembuatnya kepada agama sehinggamenyerupai syariah. Ianya dilakukandengan maksud untuk menjadikannyatata-agama sehingga mencapai jalan(cara) yang menyerupai jalan syariah.Atau sebagaimana yang dikatakan:(Amalan) yang bermaksud untukmendekatkan diri kepada Allah yang tidakditegakkan kesahihannya melalui dalilsyarii yang sahih yang bersumber darisumber yang sebenar dan tepat." (Lihat:الاعتصام للشاطبى Jld. 1. Hlm. 37)



Berkata Al-Jauhari rahimahullah:



اَلْبَدِيْعُ وَالْمُبْتَدِعُ اَيْضًا واَلْبِدْعَةٌ: اَلْحَدَثُ فِىالدِّيْنِ بَعْدَ اْلاِكْمَالِ



Al-Badi', al-Mubtadi' dan bid'ah ialah:Mengada-adakan sesuatu dalam agamasetelah agama disempurnakan (dinyatakanlengkap)". (Lihat: مختار الصحاح ar-Razi/ صحاص اللغة Hlm. 44)



Berkata al-Fairus Abadi rahimahullah



اَلْبِدْعَةُ: اَلْحَدَثُ فِى الدِّيْنِ بَعْدَ اْلاِكْمَالِ .وَقِيْلَ: مَااسْتُحْدِثَ بَعْدَهُ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَمِنَ اْلاَقْوَالِ وَاْلاَفْعَال



Bid'ah ialah: Mengada-adakan sesuatudalam agama setelah (agama)disempurnakan. Dan disebut bid'ah apasahaja yang direka-cipta selepas Nabisallallahu 'alaihi wa sallam sama adaberbentuk percakapan atau amalan(perbuatan)". (Lihat: بصائر ذوى التمييزJld. 2. Hlm. 132)



Takrif di atas telah disepakati olehsemua golongan ulama salaf dan khalaf.Ini terbukti dengan keseragaman takrifmereka termasuklah definisi yangdiberikan oleh Imam Syafie, Hambali,Hanafi, Maliki, Sufyian as-Thauri danimam-imam fiqah yang lain. Apa yangdimaksudkan "Mendekatkan diri kepadaAllah" sebagaimana yang terdapat dalamta'rif di atas, tidak termasuk bid'ahyang berbentuk (urusan) keduniaanseperti kereta, pesawat, membukukanal-Quran dan sebagainya. (Lihat: البدعواثرها السىء فى الامة hlm. 6 Salim Hilali)



PERKATAAN DAN PERBUATAN YANG SE-ERTIDENGAN BID'AH



Perbuatan seseorang Muslim boleh dihukumbid'ah apabila perbuatan atau amalantersebut telah ditambah, ubah-suai ataudiubah dari bentuk atau cara asalnyayang telah ditetapkan oleh syara’.Kedudukan sesuatu amal boleh dinilaimelalui makna atau maksud darikalimah-kalimah yang tercatit di bawah ini:



1 - Bid'ah bererti mereka-reka atausesuatu rekaan yang direka-reka(dicipta) (اِخْتِرَاعٌ) . (Lihat: القاموسالمخيط. Hlm. 907. مقاييس اللغة (1/209).لسان العرب.)



2- Bid'ah juga bererti baru(mendatangkan yang baru atau sesuatuyang diada-adakan) .(اِحْدَاثٌ اَوْ زِيَادَة)(Berdasarkan hadis: كل محدثة بدعة"Setiap yang baru (diada-adakan) itubid'ah.")



3 - Bid'ah bererti mengubah(mengubah-suai atau menukar ganti).(تَبْدِيْلٌ) (Lihat: Surah al-Baqarah 2:59."Lalu orang-orang yang zalim menggantiperintah Allah dengan (mengerjakan) yangtidak diperintahkan kepada mereka.)



4 - Bid'ah bererti menambah yang baru (menokok-nambah) .(زِيَادَةٌ) (Nabi Muhammadsalallahu 'alaihi wa-sallam telahmengharamkan penambahan dalam agama,baginda bersabda:اذا حدثتكم حديثا فلاتزيدُنَّ علي "Jika aku katakan kepada kamusuatu kata-kata maka janganlahsekali-kali kamu menokok-nambah ke ataskata-kataku")



5 - Bid'ah bererti menyembunyikan ataumenyorokkan. .(كِتْمَانٌ)



Setiap amal-ibadah yang masih terlibatdengan mana-mana dari lima kalimah diatas sedangkan tidak ada dalil (hujjah)atau keizinan dari syara (al-Quran,al-Hadis, athar yang sahih dan fatwadari ulama muktabar) yang mengharuskanmaka ibadah tersebut dinamakan ibadahyang bid'ah.



Sewajarnya para ulama di Nusantaramencontohi peranan para ulama Salafas-Soleh yang telah berusaha sedayaupaya memerangi bid'ah dan semuaaktivitinya supaya tidak terus membiaksebagaimana sekarang. Dalam usahamembentaras amalan dan aktiviti bid'ahjumhur ulama Ahli Sunnah wal-Jamaah yangberjalan di atas manhaj Salaf as-Solehtelah menerangkan kekejian ataukesesatan bid'ah. Cara merekamenjelaskan pengertian bid'ah sentiasamengikut pengistilahan syarii. Merekamengenegahkan istilah (pengertian)bid'ah dengan penampilan yang amat jelasdan mudah difahami. Walaupun merekamempunyai gaya susunan bahasa dan ayatyang berlainan tetapi prinsip sertaobjektifnya adalah sama dan ke arah yangsama.



Al-Hafiz Ibn Rejab al-Hambalirahimahullah menjelaskan:



"Yang dimaksudkan bid'ah ialah setiapperkara yang diada-adakan di dalam agamasedangkan perkara yang diada-adakan itutidak terdapat sumbernya dari syara’yang membolehkan seseorang melakukannya.Jika sekiranya terdapat dalilnya(contohnya) dari syara hal seperti inibukanlah perbuatan bid'ah walaupun adayang mengatakan bid'ah kerana ituhanyalah bid'ah menurut istilah bahasasahaja (yang bukan termasuk dalamistilah syara)". (Lihat: جامع العلوموالحكم ، ابن رجب الحنبلى Hlm. 160. India)



Menurut Ibn Hajar al-Asqalani rahimahullah:



"Bid'ah pada asalnya setiap yang diciptayang tiada contoh sebelumnya. Menurutsyara’ pula setiap yang bertentangandengan sunnah dan tercela". (Lihat: فتحالبارى Jld. 5 Hlm. 105)

Menurut Ibn Hajar al-Haitamy rahimahullah:"Bid'ah menurut bahasa ialah setiap yangdicipta. Di segi syara’ pula ialah:Setiap pembaharuan yang diada-adakan danbertentangan dengan syara". (Lihat:التبين بشرح الاربعين ، ابن حجر الهيثمىHlm. 221)Menurut Azzarkasy rahimahullah:"Bid'ah menurut syara ialah perkara yangdiada-adakan yang tercela". (Lihat:الابداع فى مضار الابتداع ، علي محفوظ.Hlm. 22)Menurut Imam Syafie rahimahullah:"Bid'ah ialah setiap perkara yangbertentangan dengan Kitab, Sunnah, Ijmaatau Athar. Maka itu semua dinamakanbid'ah yang menyesatkan".Apabila memahami pengertian bid'ah(بِدْعَةٌ) di segi bahasa dan juga syaramelalui kesemua istilah bid'ah yangtelah dikemukakan di atas, tentulah kitaakan memahami bahawa bid'ah itu hanyalahmerupakan perkara-perkara yangdireka-cipta semata-mata dan tidak adacontohnya dari Rasulullah sallallahu'alaihi wa sallam, para sahabat, paraSalaf as-Soleh atau tidak terdapatdalilnya dari agama Islam (syara).Oleh yang demikian, bid'ah itu wajibditolak oleh setiap orang yangbenar-benar beriman dengan kelengkapandan kesempurnaan agama Islam di segenapaspeknya yang telah dijelaskan di dalamal-Quran dan al-Hadis.Setiap mukmin wajib mengimani bahawaagama Islam ini telah sempurna danlengkap. Tidak ada kekurangannya. Tidakada cacat celanya. Terpelihara daripengaruh negatif dan dari segala jenispencemaran atau kerosakan. Tiada suatupun tata cara ibadah sama ada yang wajibatau yang sunnah, yang jamaii atau fardiyang pernah tertinggal dalam agama Islamyang berpandukan kepada al-Quran danal-Hadis dan yang berautoriti sepenuhnyamembentuk hukum-ahkam pada setiap zamandan tempat. Ini semua telah ditegaskanoleh Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalamfirman-Nya:اَلْيَوْمَ اَكْمَلْتُ لَكُمْ دِيْنَكُمْ"Hari ini Aku sudah sempurnakan bagikamu agama kamu (Islam)". (al-Ma’idah, 5:3)Dalam susunan kata (bahasa) ayat initelah menggunakan kalimah (اَكْمَلْ) iaitu(اسم تفضيل) yang bermaksud:"Cukup (amat) sempurna, tiada lagi yangmengatasi kesempurnaannya atau yangtelah disempurnakan secukup-cukupnya".Kesahihan iman seseorang ialah apabilaia mempercayai kesempurnaan firman Allahyang termuat di dalam kitab-Nya yangmenjelaskan bahawa agama yang diturunkankepada Nabi Muhammad sallallahu 'alaihiwa sallam benar-benar telah sempurna(اكمل) sehingga tidak perlu dilakukanapa pun penambahan sama ada di segihuruf, kalimah, ayat, perlaksanaanibadah atau hukum ahkamnya.Seseorang yang beriman wajib membuktikankepercayaannya dengan berpegang teguhkepada kalimah (سَمِعْنَا وَاَطَعْنَا) "Kamimendengar dan mentaati" di dalamal-Quran. Jika ini diabaikan bererti diatidak percaya kepada firman Allah: "Hariini Aku telah sempurnakan bagi kamuagama kamu."Malangnya, mengapakah kalam AllahSubhanahu wa Ta'ala yang khususditujukan kepada manusia ini tidak dapatdifahami atau diterima oleh sebilanganmanusia sehingga dipertikaikan danakhirnya dikufuri? Tentunya perkara itumustahil berlaku kepada manusia jikamereka menerima amanah yang berupaal-Quran dengan ikhlas dan dengan penuhkesedaran.Segala perbuatan Allah Subhanahu waTa'ala amat tepat. Terlalu mustahilAllah menurunkan kitab yang tidak bolehdifahami oleh hamba-Nya. Pastinya yangtidak mahu memahami kitab Allah inihanyalah orang-orang yang fasik terhadapayat-ayat tersebut. Tanda kefasikanmereka ialah apabila tidak mahu menerimaayat-ayat Allah di dalam al-Quran danal-Hadis untuk diimani tanpa ditakwilatau dipertikaikan.Hanya orang-orang fasik atau rosakakidahnya sahaja yang suka mentakwilal-Quran dan al-Hadis mengikut rekacipta otak dan hawa nafsu masing-masingsehingga menyimpang dari syara.Seolah-olah mereka merasakan adakekurangan atau sesuatu yang terlupa didalam al-Quran, sedangkan AllahSubhanahu wa Ta'ala menafikan yangdemikian sebagaimana firman-Nya:مَا فَرَّطْنَا فِى الْكِتَابِ مِنْ شَيْءٍ"Tiadalah Kami lupa (tertinggal) suatuapa pun di dalam al-Kitab (al-Quran)".(al-An’am, 6:38)وَتَمَّتْ كَلِمَتُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلاً لاَّ مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِهِوَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ"Telah sempurna (lengkap) kalimahTuhanmu (al-Quran) sebagai kalimah yangbenar dan adil. Tidak ada yang dapatmerubah kalimah-kalimah-Nya dan Dialahyang Maha Mendengar lagi MahaMengetahui". (al-An’am, 6:115)Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallamwafat setelah baginda selesai menyampaidan mengajarkan segala perbuatan(ibadah) dan petunjuk yang telahdiamalkan oleh baginda dan parasahabatnya sebagaimana penjelasan yangterkandung di dalam nas-nas dari syara.Semua yang telah disempurnakan olehsyara merupakan contoh kepada umat Islamdi segenap perkara sama ada cara untukmelakukan yang baik atau cara untukmeninggalkan yang buruk dan keji supayaumat Islam tidak tercebur ke dalamperbuatan bid'ah. Abu Hurairahradhiallahu 'anhu telah menjelaskantentang kesempurnaan agama ini:عَلَّمَنَا رَسُـوْلُ اللهِ صَـلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَـلَّمَ كُلَّشَـيْءٍ حَتَّى الْخِرَاءَ ةَ"Kami telah diajar oleh Rasulullahsallallahu 'alaihi wa sallam segalaperkara sehinggalah persoalan (bagaimanacara) membuang kotoran (kencing atauberak)." (Hadis Riwayat Bukhari)مَا تَرَكْتُ شَيْئًا مِمَّا اَمَرَكُمُ الله بِهِ اِلاَّ وَقَدْاَمَرْتُكُمْ بِهِ ، وَلاَ شَيْئًا مِمَّا نَهَاكُمْ عَنْهُ اِلاَّوَقَدْ نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ"Tidaklah aku tinggalkan sesuatu tentangapa yang telah Allah perintahkan kepadakamu kecuali telah aku perintahkantentangnya. Tidaklah pula (akutinggalkan) tentang sesuatu yang ditegah(oleh Allah) kecuali telah aku tegahkamu dari (melakukan)nya. (Hadis sahih.Lihat: البدع واثرها السىء فى الامة hlm.7. Salim Hilali)اِنِّيْ قَدْ تَرَكْتُكُمْ عَلَى مِثْلِ الْبَيْضَاء ، لَيْلهَاكَنَهَارِهَا لاَ يَزِيْغُ عَنْهَا بَعْدِيْ اِلاَّ هَلَكَ"Sesungguhnya aku telah tinggalkankepada kamu di atas contoh yang terang(sehingga keadaan) malamnya sepertisiang harinya. Tidak ada yangmenyeleweng darinya selepasku kecualidia akan binasa." (Hadis Riwayat Ahmad,Ibn Majah dan al-Hakim. Disahihkan olehal-Albani dan mentakhrij kitab sunnah:لابن ابي عاصم Jld. 1. Hlm. 26-27)Imam at-Thabrani menyebut riwayat dariAbu Dzar al-Ghifari radiallahu 'anhubeliau berkata:تَرَكَنَا رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَاطَائِرٌ يُقَلِّبُ جَنَاحَيْهِ فِى الْهَوَاءِ اِلاَّ وَهُوَ يَذْكُرُلَنَا مِنْهُ عِلْمًا . قَالَ: فَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِوَسَلَّمَ: مَا بَقِيَ شَيْءٌ يُقَرِّبُ مِنَ الْجَنَّةِ وَيُبَاعِدُ مِنَالنَّارِ اِلاَّ وَقَدْ بَيَّنَ لَكُمْ"Setelah Rasulullah sallallahu 'alaihiwa-sallam meninggalkan kami, tidak adaseekor burung yang mengepakkan keduasayapnya di udara melainkan bagindamenyebutkan kepada kami ilmu tentangnya.Ia berkata: Maka Rasulullah sallallahu'alaihi wa-sallam bersabda: Tidaktertinggal sesuatu pun yang mendekatkanke syurga dan menjauhkan dari nerakamelainkan telah dijelaskan kepada kamu".(Lihat: الرسالة hlm. 93. Imam as-Syafie.Tahqiq Ahmad Syakir. Sanad hadis inisahih. Lihat: علم اصول البدع hlm. 19.Ali Hasan)Seseorang mukmin yang berpegang teguhkepada sunnah Rasulullah sallallahu'alaihi wa sallam yang mempunyai dayapemikiran yang tinggi, minda yang baikdan akal yang sempurna, bijak, rasional,waras dan logik tidak mungkin akanbertindak melakukan sesuatu apa punterhadap perkara-perkara yang ternyatasudah diyakini sempurna, lengkap dankemas, jauh sekali untuk menokok-nambahatau mengubah-suai (modifikasi).Itulah kenyataan yang terdapat padaagama Islam. Ia adalah agama AllahSubhanahu wa Ta'ala yang paling muliadan sempurna sejak di Loh Mahfuzsehinggalah diturunkan ke bumi. Ia telahdilaksanakan dan dicontohkankeseluruhannya oleh Nabi Muhammadsallallahu 'alaihi wa sallam bersertapara sahabat baginda secara iktikadi(اعتقادى), fekli (فعلى)dan qauli (قولى).Penyampaiannya pula tidak pernahtertinggal walaupun satu huruf atau satukalimah, apatah lagi satu ayat, satusurah atau keseluruhan al-Quran yangmenjadi sumber hukum-ahkam kepadasekalian manusia sejak ia diturunkansehinggalah ke Hari Kiamat. Hakikatnya,segala apa yang telah disampaikan olehNabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam tidak pernah salah dan mustahiltersilap atau tertinggal kerana iaadalah didatangkan dari Allah Subhanahuwa Ta'ala. Ia telah dijaminkesempurnaannya oleh Allah sehinggalahke Hari Kiamat. Kenyataan ini dapatdifahami dari ayat-ayat yang telahditampilkan di atas.Persangkaan dan kecetekan ilmupengetahuan adalah punca yangmenyebabkan seseorang itu sanggupmenambah atau melakukan sesuatu yangbertentangan dengan al-Quran yang telahdijamin oleh Allah kesempurnaannya.Allah telah berulang kali menerangkan didalam firman-Nya dan melalui hadis-hadisNabi-Nya tentang kesempurnaan agama ini.Hakikat ini terangkum di dalam al-Quran,hadis-hadis dan athar-athar sahih yangmenjadi pegangan serta rujukan dalammenyelesaikan setiap permasalahan ummah,terutamanya yang berhubung denganhukum-ahkam dalam mengatur urusankehidupan mereka.Lantaran benar-benar sempurnanyaal-Kitab (al-Quran dan al-Hadis), Allahmenjadikan kedua-dua kitab ini sebagaisumber rujukan yang terbaik untuk ummahdi setiap segi atau perkara, dari yangsekecil-kecilnya sehinggalah kepadaperkara-perkara yang besar dan rumit.Allah telah menyeru sekalian manusiaagar menganut agama Islam. Diwajibkanagar berpegang teguh kepada Kitab-Nyayang paling sempurna tanpaditokok-tambah atau diubah-suai disetiap aspeknya demi mentaati suruhandan contoh yang telah ditunjuk ajar olehRasul-Nya termasuklah hukum-ahkamnyayang telah ditetapkan.Islam adalah agama yang sempurna,apabila ditokok-tambah atau diubah-suaimenurut selera kemahuan manusia maka iatidak dapat dinamakan agama Islam lagikerana telah bertukar kepada agamarekaan otak manusia yang dangkal. Denganadanya campur tangan manusia ia lebihsesuai diistilahkan sebagai agama bid'ahyang sesat lagi menyesatkan. Malahan iajuga lebih layak dinamakan agamajahiliah yang berpandukan hawa nafsukesyaitanan manusia yang fasik.Kesempurnaan agama Islam lebih nyataapabila manusia diharamkan daripadamencemarkan agama ini dengan penambahanmelalui perbuatan bid'ah.Larangan dari melakukan bid'ah adalahlarangan dari syara kerana larangantersebut disertakan denganberbagai-bagai ancaman oleh Allah danRasul-Nya. Antara yang paling tegasialah amaran akan berlaku kesesatan danpelanggaran batas hukum (hudud) yangtelah ditetapkan oleh Allah di dalamsyara yang akhirnya boleh membawa kepadakefasikan dan mengkufuri agama sertaayat-ayat Allah. Hal ini telahdijelaskan oleh Nabi Muhammad sallallahu'alaihi wa sallam melalui beberapapotong hadis baginda:اُوْصِيْكُمْ بِتَقْوَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِوَاِنْ كَانَ عَبْدًا حَبَشِيًّا ، فَاِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْيَرَى بَعْدِى اِخْتِلاَفًا كَثِيْرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِىْ وَسُنَّةِالْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِّيْنَ مِنْ بَعْدِىتَمَسَّكُوابِهَا وَعَضُّوْا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَاِيَّاكُمْوَمُحْدَثَاتِ اْلاُمُوْرِ فَاِنَّ كُلَّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَة وَاِنَّ كُلَّبِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ"Aku berwasiat kepada kamu sekaliansupaya bertakwa kepada Allah, mendengardan taat sekalipun diperintah olehseorang hamba Habsyi. Sesungguhnyasesiapa yang hidup (selepas ini) diantara kamu selepasku akan melihatperbalahan yang banyak, maka kembalilah(berpeganglah) kamu kepada sunnahku dansunnah para Khulafa ar-Rasyidin selepaspeninggalanku, berpegang teguhlahdengannya, maka gigitlah dengan gigigeraham, kemudian berjaga-jagalah denganhal yang baru (dicipta dalam agama)sesungguhnya setiap ciptaan yang baruitu adalah bid'ah dan setiap yang bid'ahitu sesat". (Hadis Riwayat Ahmad (1653).At-Tirmizi (2600). Musnad Abu Daud(3991). As-Sunnan Ibn Majah (42))كُلُّ مُحْدَثَةٍ بِدْعَةٌ وَكُلُّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ وَكُلُّ ضَلاَلَةٍفِى النَّارِ"Setiap yang diada-adakan itu bid'ah,setiap yang bid'ah itu sesat dan setiapyang sesat itu adalah ke dalam neraka".(Hadis Riwayat Muslim)فِى خُطْبَةِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ:اَمَّا بَـعْدُ: فَاِنَّ خَيْرَ الْحَدِيْـثِ كِتَابُ اللهِ عَزَّوَجَلَّ ، وَخَيْرَ الْهَدْيِ هَدَْيُ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِوَسَـلَّمَ ، وَشَرَّ اْلاُمُورِ مُحْدَثَاتُهَا ، وَكُلّ مُحْدَثَةٍبِدْعَةٌ ، وَكُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ ، وَكُلَّ ضَلاَلَةٍ فِى النَّارِ"Dalam khutbah Nabi sallallahu 'alaihiwa sallam baginda bersabda: Kemudiandari itu, sesungguhnya sebaik-baikperkataan itu kitab Allah, sebaik-baikpetunjuk adalah petunjuk Muhammadsallallahu 'alaihi wa sallam dansekeji-keji perkara (perbuatan) ialahmengada-adakan yang baru dan setiapbid'ah (yang baru itu) adalah sesat dansetiap yang sesat ke neraka". (HadisRiwayat Muslim, Abu Daud dan Ibn Majah)عَنْ حُذَيْـفَةَ قَالَ: لاَيـقْـبَـلُ اللهُ لِصَاحِبِالْبِدْعَةِ صَلاَةً وَلاَصَوْمًا وَلاَ صَدَقَـةً وَلاَ حَاجًاوَلاَ عُمْرَةً وَلاَ جِهَادًا وَلاَصَـرَفًا وَلاَعَدْلاً ،يَخْـرُجُ مِنَ اْلاِسْلاَمِ كَمَا يَخْرُجُ الشَّـعْرَةَ مِنَالْعَجِيْنِ. رواه ابن ماجه"Dari Huzaifah radhiallahu 'anhu bagindaberkata: Allah tidak akan menerima daripembuat bid'ah puasa, sembahyang, haji,umrah, jihad, kebaikan dan keadilan(yang dikerjakannya). Dia akan keluardari Islam sebagaimana keluarnya rambutdari tepung". (Hadis Riwayat Ibn Majah.Lihat: فتح البارى jld. 17. hlm. 10.Hadis ini lemah dan sebahagian ulamahadis mendapati hadis ini adalah hadismungkar)اَبَى اللهُ اَنْ يَقْبَلَ عَمَلَ صَاحِب بِدْعَةٍ حَتَّى يَدَعَهَا"Allah tidak akan menerima amalan pelaku(pembuat) bid'ah sehinggalahditinggalkan bid'ah tersebut". (HadisRiwayat Ibn Majah (49) Muqaddimah)مَا اَحْدَثَ قَوْمٌ بِدْعَةً اِلاَّ رُفِعَ مِثْلُهَا مِنَ السُّنَّةِفَتَمَسَّكُ بِسُنَّةٍ خَيْرٌ مِنْ اِحْدَاثِ بِدْعَةٍ"Tidak akan (dibiarkan) berlaku bid'ahpada satu-satu kaum, kecuali akandicabut (oleh Allah) satu sunnah darimereka yang sepertinya. Maka berpegangkepada sunnah lebih baik dari melakukan(mencipta) satu bid'ah". (Hadis RiwayatAhmad (16356))مَنْ اَحْدَثَ فِىاَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ"Sesiapa yang mencipta (mengada-adakan)yang baru dalam urusan (agama) Kami ini,maka itu tertolak". (Hadis Riwayat Ahmad(24840). Bukhari (2499) as-Soleh. Muslim(3242) al-Aqdhiah. Abu Daud (3990)as-Sunnan. Ibn Majah (14) Muqaddimah)مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ اَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ"Sesiapa yang melakukan (mengerjakan)satu amal yang bukan dari suruhan Kami,maka (amalan itu) tertolak". (Maksudtertolak ialah bermakna “bid'ah” بالبدعةالمسمى هو "Ia dinamakan bid'ah". Lihat:علم اصول البدع hlm. 29. Ali Hasan)قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ صَنَعَاَمْرًا عَلَىْ غَيْرِ اَمْرِنَا فَهُوَ رَدٌّ"Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihiwa sallam: Barangsiapa yang berbuatsesuatu urusan yang lain dari perintahkami, maka ia tertolak". (Hadis RiwayatIbn Majah)قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: فَمَنْرَغِبَ عَنْ سُنَّتِيْ فَلَيْسَ مِنِّيْ متفق عليه"Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihiwa sallam: Maka barangsiapa yangmenyimpang dari Sunnahku, maka bukanlahdia dari golonganku". Muttafaq 'Alaih.عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ: قَالَ رَسُوْلُاللهِ صَلَّىاللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ وَقَّرَ صَاحِبَ بِدْعَةٍفَقَدْ اَعَانَ عَلَى هَدْمِ اْلاِسْلاَمِ. حديث مرفوع"Dari Aisyah radhiallahu 'anha berkata:Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihiwa sallam: Sesiapa yang memuliakanaktivis bid'ah, maka dia telah menolonguntuk menghancurkan Islam" (HadisRiwayat Ahmad. Lihat: تلبيس ابليس. Hlm.14. Menurut Syeikh Ali Hasan: Hadis iniadalah hadis hasan isnadnya. Lihat:المنتقى النفس hlm. 37. Dikeluarkan olehAl-Lalikaii dalam شرح اصول اهل السنة(1/139)) Hadis Marfu'. (Ibn Asakir dalamتاريخ دمشق: ترجمة "العباس بن يوسفالشكلى. Hlm. 286)اِنَّ لِكُلِّ عَمَلٍ شِرَّةً وَثَمَّ فَتْرَةً فَمَنْ كَانَتْ فَتْرَتُهُاِلَى بِدْعَةٍ فَقَدْ ضَلَّ ، وَمَنْ كَانَتْ فَتْرَتُهُ اِلَى سُنَّةٍفَقَدْ اهْتَدَى"Sesungguhnya pada setiap amal terdapatkegiatan, dan pada amal ada fitrahnya.Barangsiapa yang fitrahnya terlibatdengan bid'ah maka dia telah sesat danbarangsiapa yang fitrahnya terlibatdengan sunnah maka dia telah mendapatpetunjuk". (Hadis Riwayat Ahmad (22376),Musnad. Hadis sahih. Lihat: الاتمام(23521). Lihat: اتباع السنن (8))Imam Abu Syamah al-Muqaddisi berkata:وَقَدْ حَذَّرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اَصْحَابهُوَمَنْ بَعْدَهُمْ اَهْلَ زَمَانِهِمْ الْبِدَعِ وَمُحْدَثَاتِالاُمُوْرِ ، وَاَمَرُوْهُمْ بِالاتِّبَاعِ الَّذِيْ فِيْهِالنَّجَاةُ مِنْ كُلِّ مَحْذُوْرٍ"Nabi Sallallahu 'alaihi wa-sallam telahmemberi peringatan kepada sekalian parasahabatnya, dan orang-orang selepaszaman mereka dari melakukan bid'ah danciptaan-ciptaan yang baru (dalam agama).Mereka sekalian diperintahkan agarittiba' kerana dengannya akan mendapatkejayaan (dan terselamat) dari setiapyang telah diperingatkan (oleh Nabisallallahu 'alaihi wa-sallam)". (Lihat:الباعث على انكار البدع والحوادث hlm. 11)Kesemua nas-nas di atas mengharamkanumat Islam dari melakukan perbuatanbid'ah. Selain amalan yang berbentukbid'ah itu ditolak oleh Allah Subhanahuwa Ta'ala kerana ia menyesatkan,ternyata bid'ah ini juga amat ditakutioleh orang-orang beriman yang berilmu.Ini disebabkan setiap amalan bid'ahterutama yang melibatkan akidah, pastiakan menyebabkan pembuatnya menjadisesat dan di akhirat kelak akan menjadigolongan yang merugi kerana akandihumban ke neraka. Malah seseorang ituakan dikekalkan di dalam neraka jikasemasa hidupnya ia terlibat dalamperbuatan bid'ah di segi akidah yangmenyebabkan kesyirikan.Setiap orang yang beriman sepatutnyamerasa gerun terhadap ancaman darihadis-hadis di atas sehingga dapatmemberi kesan menakutkan yang mendalamdi hati sanubari atau perasaan mereka.Para sahabat dan jumhur ulama AhliSunnah wal-Jamaah yang berpegang denganmanhaj Salaf as Soleh terlaluberjaga-jaga dari terlibat dengan segalaperbuatan yang berbentuk atau berunsurbid'ah. Ketegasan mereka dalam perkaraini telah dirakamkan melalui kata-katamereka:قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ: عَلَيْكُمْ بِتَقْوَىاللهِ عَزَّ وَجَلَّ وَاْلاِسْتَقَامَةِ اِتَّبِعْ وَلاَ تَبْتَدِعْ"Dari Ibn Abbas beliau berkata:Hendaklah kamu takut (takwa) kepadaAllah dan sentiasa istiqamah (sentiasadalam ketaatan), hendaklah kamu mengikut(al-Quran dan as Sunnah) dan janganlahberbuat bid'ah".قَالَ عُمَربْن الْخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ: كُلُّ بِدْعَةٍضَلاَلَةٌ وَاِنْ رَآهَا النَّاسُ حَسَنَةٌ"Setiap bid'ah itu sesat, walaupun(semua) manusia telah berpendapatsatu-satu bid'ah (yang mereka lakukanitu) hasanah (baik)". (Diriwayatkan olehAl-Lalikaii (162). Ibn Battah (205).Baihaqi dalam المدخل الى السنن (191) danIbn Nasr dalam السنة (70) sanadnya sahih)قَالَ ابْنُ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ: اَلاِقْتِصَادُ فِىالسُّنَّةِ اَحْسَنُ مِنَ اْلاِجْتِهَادِ فِى الْبِدْعَةِ"Berpada-pada dalam mengerjakan sunnahlebih baik dari bersungguh-sungguh dalammengerjakan bid'ah". (Lihat: شرح اصولاعتقاد اهل السنة (114-115). As-Sunnah,hlm. 27-28 Ibn Nasr. Al-Ibanah (1/230)Ibn Battah)Di riwayat yang lain pula:وَاِنَّ اِقْتِصَادًا فِى سَبِيْلٍ وَسُنَّةٍ خَيْرٌ مِنْ اِجْتِهَادٍفِى خِلاَفِ سَبِيْلِ سُنَّةٍ فَانْظُرُوْا اَنْ يَكُوْنَ عَمَلُكُمْاِنْ كَانَ اِجْتِهَادًا اَوْ اِقْتِصَادًا اَنْ يَكُوْنَ ذَلِكَعَلَى مِنْهَاجِ اْلاَنْبِيَاءِ وَسُـنَّتِهِمْ صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْهِمْ"Berpada-pada dalam mengikuti jalansunnah lebih baik daribersungguh-sungguh dalam melakukanperkara yang boleh bertentangan denganjalan sunnah. Lihatlah apa yang akankamu lakukan, jika ia termasuk yangbersungguh-sungguh atau yangberpada-pada hendaklah mengikut panduanmanhaj para nabi dan sunnah merekasallallahu 'alaihi wa sallam".(Diriwayatkan oleh Al-Lalikaii (11). IbnMubarak dalam Az-Zuhud. Jld. 2. hlm. 12.dan Abu Na'im dalam Al-Hilyah. Jld. 1.Hlm. 252)Al-Hafiz Fudhail bin 'Iyad rahimahullahmenyatakan:عَمَلٌ قَلِيْلٌ فِى سُنَّةٍ خَيْرٌ مِنْ عَمَلٍ كَثِيْرٍ فِى بِدْعَةٍ"Amal yang sedikit (tetapi) dalamperkara sunnah lebih baik daripadaamalan yang banyak (tetapi dalam perkarayang) bid'ah." (Lihat: الابانة عن شريعةالدينية Jld. 1. hlm. 395. (249))Imam Malik rahimallahu ‘anhu seorangimam Ahli Sunnah wal-Jamaah darikalangan Salaf as-Soleh amat tegasterhadap bid'ah. Beliau menganggapaktivis bid'ah sebagai orang yangmengkhianati kesempurnaan risalah(al-Quran dan al-Hadis) yang telahdisampaikan oleh Nabi Muhammadsallallahu 'alaihi wa sallam kepadaummahnya. Beliau pernah mengeluarkanucapannya yang tegas terhadap pembuatbid'ah:مَنِ ابْتَدَعَ فِى اْلاِسْلاَمِ بِدْعَةٌ وَيَرَاهَا حَسَنَةٌ فَقَدْزَعَمَ اَنَّ مُحَمَّدٌ قَدْ خَانَ الرِّسَالَةَِلاَنَّ اللهَ يَقُوْلُ:"اَلْيَوْمَ اَكْمَلْتُ لَكُمْ دِيْنَاكُمْ وَاَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْنِعْمَتِيْ وَرَضِيْتُ لَكُمُ اْلاِسْلاَمَ دِيْنًا" فَمَالَمْ يَكُنْيَوْمَئِذٍ دِيْنًا فَلاَ يَكُوْنُ الْيَوْمَ دِيْنًا"Sesiapa yang melakukan bid'ah di dalamIslam kemudian disangkanya baik, makadia telah menganggap bahawa Muhammadtelah mengkhianati al-Risalah keranatelah jelas Allah berfirman: (Hari iniAku telah sempurnakan agama kamu dan Akucukupkan nikmat kamu dan Aku hanyameredai Islam sebagai agamamu). Apa yangtidak dapat dianggap sebagai agama padamasa itu (masa Nabi), maka pada masa iniia juga tidak boleh dianggap sebagaiagama." (Hadis Riwayat Malik)قَالَ فَـيْصَلُ بْـنُ عِـيَاضٍ رَحِمَ هُ اللهُ: مَنْ اَحَبَّصَاحِبَ بِـدْعَةٍ اَحْـبَـطَ اللهُ عَمَلَهُ وَاخْرَجَ نُـوْرَاْلاِسْلاَمِ مِنْ قَلْبِهِ"Berkata Faisal bin 'Eyadz: Sesiapa yangmenyukai pembuat bid'ah, Allahmelenyapkan (menggugurkan) amalannya danakan dicabut cahaya Islam dari hatinya".(Lihat: تلبيس ابليس Ibn Qaiyim, hlm 84.Dan lihat: شرح السنة hlm. 138.Dikeluarkan juga oleh Al-Lalikaii dalamشرح اصول الاعتقاد اهل السنة. Jld. 1.Hlm. 139)وَقَالَ: مَنْ جَلَسَ اِلَى صَاحِبِ بِدْعَةٍ اَحْبَطَ اللهعَمَلَهُ وَاَخْرَجَ نُوْرَ اْلاِيْمَان - اَوْ قَالَ الاِسْلاَمِ- مِنْ قَلْبِهِ"Beliau juga pernah berkata: Sesiapayang duduk di majlis orang bid'ah Allahmelenyapkan (menggugurkan) amalannya danmengeluarkan nur (cahaya) iman - atau iaberkata - keluar nur Islam darihatinya." (Dikeluarkan oleh Al-Lalikaiidalam شرح اصول اعتقاد اهل السنة (1/132).Dan Ali bin al-J'ad. dalam "Musnad" (1885))اَنَّ صَاحِبَ الْبِدْعَةِ يَزْدَادُ مِنَ اللهِ بُعْدًا كُلَّمَابَالَغَ فِى الطَّاعَةِ والْعِبَادَةِ"Pembuat bid'ah akan bertambah-tambahjauh dari Allah sekalipun bersangatanketaatan dan kuat ibadahnya". (Lihat:Fathul al-Qadir, jld. 1, hlm. 10)اِنَّ اللهَ حَجَبَ التَّوْبَةَ عَنْ كُلِّ صَاحِبِ بِدْعَةٍ حَتَّىيَدَعَ بَدْعَتَهُ"Sesungguhnya Allah menghijab (tidakmenerima) taubat setiap pembuat bid'ahsehinggalah ia meninggalkan bid'ahnya".(Hadis Riwayat at-Thabrani dengan sanadyang sahih. Dan dihasankan olehal-Munziri. Lihat: مدارج السالكين (1/84)Ibn Qaiyim)Imam Ibn Rajab rahimahullah pernahditanya, apakah boleh menyebut keburukanaktivis bid'ah (مبتدع) dalam usahamenyedarkan ummah agar menjauhi mereka?Beliau menjawab:"Adapun Ahli Bid'ah itu sesat begitujuga orang-orang yang bersertanya yangseakan-akan ulama. Maka bolehmenjelaskan kejahilan, kecacatan ataukejahatan mereka dalam rangkamemperingatkan ummah agar tidakmengikuti mereka".

(Lihat: شرح السنة ,al-Barbahari, hlm. 138. Tahqiq Abu Yasirar-Rodadi)



Penjelasan Imam Ibn Rejab di atasmenunjukkan bahawa menyebut danmembongkar perbuatan bid'ah yang diserudan dilakukan oleh para penyeru bid'ahtidak boleh dianggap sebagai suatukesalahan. Malah wajib didedahkan kepadaumum jika tujuan dan niat seseorang yangbertindak sedemikian demi untukmenjauhkan atau menyelamatkan ummah agartidak terlibat dan tidak terpengaruhdengan perbuatan dan hasutan ahli bid'ah.

Tuesday, January 8, 2008

~...PEREMPUAN TIDAK BERASAL DARIPADA TULANG RUSUK ...~

asSalamua'laykum warahmatullah...
setelah sekian lama ana tak post entry kat blog ini...
di permulaan tahun baru masihi 2008 dan menjelangnya tahun baru hijrah 1429 kurang lagi dua hari, sedikit perkongsian mengenai wanita dan tulang rusuk...
sebenarnya ana sebelum ini tidak mengambil kisah atau terlalu memikirkan mengenai hadis yang berkaitan dengan wanita ini. tetapi setelah mendapat persoalan mengenai hadis ini ana sendiri tertanya status hadis ini yang sebenar...insya Allah ia SAHIH tetapi kenalah fahami hadis ini secara kiasan bukan secara literal yang membuat ia bercanggah dengan akal...insya Allah sama-sama mengkaji...
oleh: Muhammad Hanief bin Awang Yahaya

Kita sering mendengar cerita bahawa Hawa diciptakan daripada tulang rusuk Adam. Sehingga terdapat ungkapan yang mengatakan wanita dijadikan daripada tulang rusuk supaya yang dekat dengan hati dan supaya sering didampingi serta diingati dan bermacam-macam lagi. Begitu juga, hampir semua kitab-kitab tafsir menyebutkan kisah penciptaan Hawa dan menjadi asas kepada ulama tafsir ketika menjelaskan maksud ayat pertama surah al-Nisa’. (Sila lihat Tafsir at-Tabari, Tafsir al-Baidhawi, al-Kahzin dan lain-lain)

Kenyataannya ialah tidak ada satupun ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. yang jelas menyebutkan hakikat kejadian Hawa. Al-Quran tidak menyebutkan Hawa dicipta daripada Adam tetapi manusia itu dicipta daripada jiwa yang satu. Apa yang disebutkan di dalam al-Quran ialah manusia itu diciptakan daripada jenis yang sama dengannya juga. Seorang manusia tentunya ibu bapanya manusia juga bukan makhluk yang lain.

Abu A`la al-Mawdudi menulis komentar bagi ayat pertama surah al-Nisa’ ini: “Umumnya para pentafsir al-Quran menyebutkan Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam dan Bible juga menyebutkan perkara yang sama. Kitab Talmud pula menambah bahawa Hawa diciptakan daripada tulung rusuk Adam yang ketiga belas. Tetapi al-Quran tidak menyentuh langsung perkara ini dan hadis-hadis yang dipetik untuk menyokong pandangan ini mempunyai makna yang berbeza dari yang sering difahami. Oleh itu, perkara yang terbaik ialah membiarkan perkara yang tidak dijelaskan seperti yang terdapat dalam al-Quran dan tidak perlu membuang masa bagi menentukan perinciannya.” ( The Meaning of The Quran, jil. 2 hal. 94)

Menurut al-Mawdudi, hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tidak menyatakan perkara yang sebagaimana yang tersebar dalam masyarakat Islam iaitu sebenarnya tidak ada satupun hadis baginda s.a.w yang menerangkan asal- usul kejadian Hawa.

Kaedah yang sebenar ialah tidak perlu memberatkan diri dalam menentukan perkara yang Allah s.w.t. tidak menyatakan dengan terang dan jelas. Contohnya, apabila Allah s.w.t. menyebutkan cerita tentang bahtera Nabi Nuh tidak perlu bagi kita untuk menentukan apakah saiz dan kapasitinya atau bahan buatannya. Perincian itu bukan menjadi maksud penurunan al-Quran. Apa yang penting ialah menjadikan peristiwa tersebut sebagai iktibar dab pengajaran. Dengan kata lain, al-Quran bukan kitab sejarah atau sains tetapi kitab yang memberi panduan hidup kepada manusia supaya selamat di dunia dan akhirat.

Dalam hal ini Shah Waliyullah menyebutkan dengan jelasnya. Kata beliau ketika mengulas kisah-kisah yang diceritakan oleh al-Quran: “Bukanlah maksud cerita-cerita di dalam al-Quran untuk mengetahui cerita itu sendiri. Maksud sebenarnya ialah supaya pembaca memikirkan betapa bahayanya syirik dan kemaksiatan serta hukuman Allah hasil dari perbuatan syirik itu di samping menenangkan hati orang-orang yang ikhlas dengan tibanya pertolongan dan perhatian Allah kepada mereka” (al-`Fawz al-Kabir Fi Usul al-Tafsir, hal. 138)

Mengapa Berlaku Kekeliruan Tentang Kejadian Hawa Ini?
Ada beberapa faktor mengapa berlaku kekeliruan dalam memahami makna sebenar ayat ini:
1. Berpegang Dengan Riwayat Israiliyyat
Fasal yang kedua di dalam Sifr al-Takwin menyebutkan Hawa diciptakan daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam ketika baginda sedang tidur. (Tafsir al-Manar, jil. 4, hal. 268.) Disebabkan ada riwayat dalam kitab-kitab yang dahulu, ahli-ahli tafsir terus menganggap ia sebagai sokongan atau pentafsiran kepada al-Quran. Bagaimana mungkin ayat al-Quran ditafsirkan dengan riwayat Israiliyyat walhal penurunan kitab-kitab nabi terdahulu lebih awal lagi daripada al-Quran. Sepatutnya, kitab yang turun kemudianlah yang menjelaskan kitab-kitab yang terdahulu.
Hadis berkenaan perkara ini mempunyai beberapa versi.
Antaranya ialah;
1. Perempuan itu diciptakan daripada tulang rusuk
2. Perempuan seperti tulang rusuk.
3. Perempuan adalah tulang rusuk.
2. Mengkhususkan Keumuman Hadis Tanpa Nas Yang Jelas
Antara kesilapan dan kekeliruan ialah mengkhususkan lafaz hadis yang menyebut perempuan kepada Hawa. Hadis-hadis yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w. semuanya dengan jelas menyatakan perempuan dalam bentuk tunggal atau jamak dan tidak ada yang menyebutkan Hawa secara khusus. Jelasnya, para pentafsir menyangka wanita dalam hadis tersebut adalah Hawa tanpa berdasarkan kepada nas yang lain yang menentukan makna yang dikehendaki oleh Rasulullah s.a.w. itu.
3. Kesilapan Memahami Kata Sendi Nama Min من
Walaupun perkataan min itu memberi erti “daripada”, “punca sesuatu perkara” atau “sebahagian”, kata sendi nama min juga mempunyai makna lain seperti “untuk menyatakan sebab” dan “menyatakan jenis sesuatu perkara”. Oleh itu, pemakaian huruf ini dalam bahasa Arab adalah luas dan tidak semestinya terikat dengan satu makna sahaja. (lihat, Ibn Hisyam, Mughni al-Labib, jil. 1, hal. 319)
Abu Muslim al-Asfahani mengatakan, maksud menciptakan daripadanya pasangannya ialah menciptakannya dari jenisnya. (lihat Hasyiah Zadah `Ala al-Baidhawi) Ini seperti ayat-ayat al-Quran berikut:

وَمِنْ آَيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Surah al-Rum: 21)

فَاطِرُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَمِنَ الْأَنْعَامِ أَزْوَاجًا يَذْرَؤُكُمْ فِيهِ لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ

Dialah yang menciptakan langit dan bumi; Dia menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan dari jenis binatang-binatang ternak pasangan-pasangan (bagi bintang-binatang itu); dengan jalan yang demikian dikembangkanNya (zuriat keturunan) kamu semua. Tiada sesuatupun yang sebanding dengan (ZatNya, sifat-sifatNya dan pentadbiranNya) dan Dialah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat. (Surah al-Syura: 11)

وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا وَجَعَلَ لَكُمْ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ بَنِينَ وَحَفَدَةً وَرَزَقَكُمْ مِنَ الطَّيِّبَاتِ

Dan Allah telah menjadikan bagi kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagi kamu daripada pasangan-pasangan kamu anak-anak dan cucu dan memberikan rezki kepada kamu daripada benda-benda yang baik. (Surah al-Nahl: 72)
Ayat-ayat ini tidak boleh difahami sebagai isteri-isteri kita itu diciptakan daripada diri atau jasad kita tetapi mestilah difahami sebagai “mereka itu dari jenis yang sama dengan kita”.

لَقَدْ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مِنْ أَنْفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُمْ بِالْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ

Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang rasul dari jenis kamu, yang amat berat baginya kesusahan kamu, sangat berharap akan keimanan kamu dan sangat kasih serta menyayangi kepada orang-orang yang beriman. (Surah al-Taubah:128)

لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آَيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلَالٍ مُبِينٍ

Sesungguhnya Allah s.w.t. telah memberikan kurniaan yang besar kepada orang-orang yang beriman ketika Dia mengutuskan seorang rasul kepada mereka dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan ayat-ayat-Nya kepada mereka, menyucikan mereka dan mengajarkan Kitab dan Hikmah. Sesungguhnya mereka sebelum itu berada di dalam kesesatan yang nyata. (Surah Ali Imran: 164.)
Kedua-dua ayat ini dengan jelasnya menyebutkan Rasulullah s.a.w. yang diutuskan kepada kita adalah dari kalangan manusia yang sama seperti kita bukan dari kalangan makhluk yang lain seperti malaikat.
Dengan itu, hadis ini ditafsirkan sebagai sifat dan perasaan perempuan itu daripada jenis yang mudah bengkok.

عن أبي هريرة عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: (من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يؤذي جاره واستوصوا بالنساء خيرا، فإنهن خلقن من ضلع، وإن أعوج شيء في الضلع أعلاه، فإن ذهبت تقيمه كسرته، وأن تركته لم يزل أعوج، فاستوصوا بالنساء خيرا).

Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)

عن أبي هريرة: أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: (المرأة كالضلع، إن أقمتها كسرتها.

Perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya. (Hadis riwayat al-Bukhari4889).

Hadis ini telah dikemukakan oleh Imam al-Bukhari di dalam kitab al-Nikah bab berlembut dengan wanita. Tujuan al-Bukhari mengemukakan hadis ini ialah untuk menyatakan sifat fitrah wanita bukannya hakikat kejadian mereka. Apakah tubuh atau jasad wanita akan mudah patah apabila dikasari oleh orang lain? Tentu sekali tidak.

عن أبي هريرة. قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: إن المرأة كالضلع. إذا ذهبت تقيمها كسرتها.

Sesungguhnya perempuan itu seperti tulang rusuk. Jika kamu ingin memperbetulkannya kamu akan mematahkannya. (Hadis riwayat Muslim no: 1468.)
Hadis ini lebih jelas lagi menyatakan sifat perempuan itu seperti tulang rusuk bukan diciptakan daripada tulang rusuk. Penggunakan partikel kaf ك ini bagi menyatakan persamaan antara perempuan dan tulang rusuk. Sementara ayat yang kedua merupakan sudut persamaan antara kedua-duanya.

Kecenderungan Imam al-Bukhari ketika membuat Tarjamatul Bab di dalam Sahihnya, iaitu:

باب: المداراة مع النساء، وقول النبي صلى الله عليه وسلم: (إنما المرأة كالضلع).

Bab berlembut dengan wanita dan Sabda Nabi s.a.w.: Sebenarnya perempuan itu seperti tulang rusuk.

Dengan membuat tajuk begini Imam al-Bukhari tidaklah berpendapat bahawa Hawa itu dijadikan daripada tulang rusuk kiri Nabi Adam.

Begitu juga di dalam al-Adab al-Mufrad, Imam al-Bukhari mengemukakan riwayat:

إن المرأة ضلع , وإنك إن تريد أن تقيمها تكسرها

Sesungguhnya perempuan itu tulang rusuk. Jika kamu mahu untuk meluruskannya maka kamu akan mematahkannya. (al-Adab al-Mufrad, no: 747)

Apakah hadis ini menyatakan hakikat perempuan itu sebenarnya tulang rusuk? Tentu sekali tidak. Hadis ini merupakah satu bentuk tasybih atau perumpamaan yang mempunyai nilai balaghah atau retorik yang tinggi di mana perkataan yang menyatakan persamaan tidak digunakan begitu juga sudut keserupaan tidak disertakan. Ayat yang kedua boleh juga dikatakan sebagai bukti bahawa perkataan tulang rusuk tidak difahami secara harfiah.

Sokongan Kepada Penafsiran Ini

Penafsiran min bukan dengan makna punca atau asal-usul sesuatu adalah sesuai hadis berikut:

عن أبي قلابة، عن أنس رضي الله عنه: أن النبي صلى الله عليه وسلم كان في سفر، وكان غلام يحدو بهن يقال له أنجشة، فقال النبي صلى الله عليه وسلم: (رويدك يا أنجشة سوقك بالقوارير). قال أبو قلابة: يعني النساء.

Daripada Abu Qilabah daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w. berada dalam satu perjalanan. Ada seorang budak yang dikenali dengan Anjisyah menarik unta yang ditunggangi oleh wanita-wanita. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Wahai Anjisyah! Perlahankanlah kerana yang kamu tarik itu ialah botol-botol kaca. Perawi, Abu Qilabah, berkata: Maksudnya ialah wanita-wanita. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 5857.)

Rasulullah s.a.w. menggambarkan wanita sebagai golongan yang lembut dari segi perwatakan dan cukup sensitif. Baginda menyebutkan wanita seperti botol-botol kaca yang mudah pecah jika tidak dijaga dan diberi perhatian.
Kesimpulan
Hadis ini perlu difahami secara balaghah iaitu berdasarkan retorik bahasa Arab. Rasulullah s.a.w. menyampaikan pesanan ini dalam bentuk tasybih (perumpamaan) supaya maksud pesanan difahami dengan lebih mendalam. Tegasnya, supaya pendengar lebih peka dan prihatin bukan memberi perhatian kepada makna harfiah. Rasulullah s.a.w. membuat perumpamaan wanita seperti tulang rusuk bukan bermaksud untuk merendahkan kedudukan mereka tetapi sebagai peringatan kepada kaum lelaki supaya memberi perhatian kepada mereka, melayani mereka dengan baik, mendidik dan menjaga hati mereka. Sama seperti lelaki, wanita sama-sama berperanan untuk menegakkan agama dan menguruskan hal ehwal kehidupan.

Dengan pemahaman yang betul tentang hadis-hadis ini maka tertolaklah anggapan bahawa wanita adalah dari kelas kedua kerana kononnya dijadikan daripada orang lelaki iaitu Adam!
...sumber: dipetik dari al-ahkam.net...