Saturday, March 27, 2010

~...kepercayaan...~


bismillah...


Kali ini bukan nak cerita isu kepercayaan manusia terhadap sesuatu amalan.

Tetapi masih dalam iklim yang sama berpraktikum =p...


Alhamdulillah setelah 3 bulan ana di sekolah. Ana mula diberi peluang untuk menyumbang sesuatu.


Pada hari rabu yang lepas bersama 24 Mac 2010, telah berlangsungnya majlis sambutan Maulidur Rasul. Agenda ini telah dirancang sebelum cuti sekolah lagi. Apa yang ana rasa bangga adalah kepercayaan yang telah diberikan oleh seorang ustazah sekolah ini kepada ana untuk mencari penceramah jemputan. Walaupun sebenar tiada apa-apa pun yang nak dibangga. Tetapi sekurangnya ana berpeluang menjemput penceramah pilihan sendiri. Siapakah yang bertuah untuk menyampaikan ilmu beliau di sekolah 4S ini? Oleh kerana ustazah pesan supaya cari penceramah yang terdekat dengan sekolah kerana bajet kos untuk penceramah sedikit. Jadi ana telah menjemput Ustaz Emran Ahmad untuk memberi pengisian dalam program ini, memandangkan beliau lebih dekat kerana tinggal di rawang.


Seterusnya seorang ustaz sekolah ini juga telah meminta bantuan ana untuk membimbing pelajar-pelajar perempuan dalam sudut tarbiyyah mereka. Bagai orang mengantuk yang disorong bantal. Sebenar telah lama ana menyimpan hasrat untuk berjumpa pengetua atau Guru Pentadbir meminta izin mengadakan halaqah atau usrah untuk remaja-remaja puteri. Apabila ustaz mengutarakan agenda persatuan pelajar Islam sekolah dan meminta ana mengurus dan merancang untuk pelajar perempuan, hati berasa seronok kerana diberi peluang untuk berbuat sesuatu sebelum menamatkan praktikum di sini. Apa yanglebih penting kepercayaan itu adalah amanah. Hakikatnya amanah itu bukan terpikul apabila manusia yang menyuruh, kerana amanah mentarbiyyah para syabab Islam sememang tugas para muallim. Dan sebagai muslim, dakwah adalah tanggungjawab, apatah lagi apabila berhadapan dengan para syabab islam di sekolah hari ini, sangat menyedihkan...


Cumanya, berkata itu mudah..malah mengungkapkan madah-madah yang indah juga lebih mudah tapi berbuat dan bertindak seperti yang dirancang tidaklah mudah. Cabaran dan dugaan pasti menanti. Baik dari dalam diri atau pun dari luar. Apa yang sentiasa bermain di fikiran adalah solusi pendekatan. Bagaimana untuk mendekati remaja yang mempunyai perangai sebegini, macam mana nak fahamkan mereka yang sebegitu...


Pernah berfikir tak mengapa kebanyakkan remaja puteri hari ini macam kawan-kawan ana masa zaman sekolah dulu. Namun, ternyata zaman dulu tidak sama dengan zaman kini. Lebih rumit lebih sukar nak ikut rentak mereka. Bagai main layang-layang...ada masa perlu ditarik ke bawah agar tidak menjulang tinggi kerana bimbang terputus tali, tapi ada masa perlu dibiar gah terbang bebas ke sana ke mari agar mereka menyedari kehidupan untuk dinikmati tetapi punya landasan untuk berdiri.


Rasulullah shalallahu'alayhi wasallam bersabda;

"Manusia bermacam-macam potensinya, sebaik-baik mereka pada masa Jahiliyyah adalah sebaik-baik mereka pada masa Islam jika mereka mengerti (agama)."

diriwayatkan oleh Bukhari (3383), Muslim (2638).



~Allahu'alam~


Thursday, March 11, 2010

~...OBSERVE...~


bismillah~


Masih dalam iklim praktikum...
Minggu ini adalah minggu yang mencemaskan...
Isnin, guru pembimbing observe dan hari khamis telah diobserve oleh pensyarah.
Guru pembimbing observe tingkatan 2 Amanah (kelas pertama) jadi memang tak banyak masalah dan tak merisaukan cuma agak cuak sebab yelah biasa mengajar melibatkan kita dengan pelajar ja, nie tiba-tiba ada guru berpengalaman nak tengok...kelas pertama pulak tuh. akhirnya alhamdulillah berjalan lancar walaupun terdapat kelemahan dari aspek pengurusan semasa aktiviti pengajaran.


Semasa dapat mesej dari pensyarah akan kedatangannya pada hari khamis jam 1125...ana terus tengok jadual..huh, alamak! kelas 2 Iltizam (kelas kedua akhir)...habislah kelas budak-budak yang buas nie...
Ana membalas mesej pensyarah memberitahu situasi kelas tersebut...tapi ana berjanji akan buat yang terbaik...pensyarah hanya membalas 'tak mengapa'...

Oleh sebab kerisauan yang mendebarkan...(mungkin sebab pertama kali akan di'observe' sebab melibatkan markah pointer)...ana merancang untuk mengunakan tips seperti yang dilakukan semasa sesi mikroteaching di UPSI dulu..sebelum pengajaran dan pembelajaran(P n P) bermula kami telah memberikan jawapan kepada beberapa pelajar tertentu supaya semasa sesi soal jawab pelajar terus dapat beri kerjasama. kebiasaan pelajar kelas 2 Iltizam ini memang buas, bising, suka keluar kelas sesuka hati, kena marah pun tak makan saman, dan buat 'dono' ketika guru mengajar...malah ana telah berpesan kepada mereka mengenai kedatangan pensyarah pada hari khamis ini, dan meminta mereka beri kerjasama. kumpulan budak cina yang terkenal dengan 'sikap cerdik' mereka memberitahu awal-awal tak mahu datang sekolah...



Tiba hari yang dijanjikan...kumpulan pelajar cina tersebut memang tak hadir ke sekolah, kecuali 2 orang sahaja yang datang...tak mengapa lagi aman.

sesi PnP kali ini hanya 1 masa iaitu 35 minit jadi tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan, malah aku meringkaskan induksi set kepada pengajaran terus.

Erm, macam tidak percaya...2 Iltizam berjaya 'berlakon' dengan baik sekali...mereka semua baik-baik belaka sepanjang sesi PnP kali ini. Bavan diam membatu, tak macam biasa, selalunya dia suka buli ana, merenung mataku atau mengajuk cakapku..huh! kurang asam budak nieh.. begitu juga Sathianwary yang sering buat muka selamba denganku..dan beberapa orang lagi yang akan keluar kelas sesuka hati bila ada member melangok di luar kelas..mereka kali ini memberi tumpuan terhadapa PnP malah jawapan yang diberikan sungguh 'skema' sebab menghafal jawapan yang telah aku beri..bagus..bagus..

memang tidak sangka mereka berjaya mengalahkan 2 Amanah sebab kelas sungguh sunyi semasa ana mengajar. maka kesimpulan PnP yang diobserve pensyarah telah berjalan dengan baik..alhamdulillah...

cuma memang tak seronok sebab bukan real punya iklim PnP (tak de cabaran mengawal kelas)...malah pensyarah pun menyedari nampak sangat mereka jadi baik sebab ada orang luar dalam kelas.


Antara komen pensyarah : kena buat aktiviti dalam bentuk permainan untuk kelas-kelas hujung nie. kena tunggu pelajar bertenang dan bersedia sebelum PnP bermula.. tidak boleh pilih pelajar tertentu sahaja untuk menjawab soalan, kena bagi soalan secara rawak. kena hafal dan sebut nama pelajar supaya mereka merasa diri dihargai.. (nama pelajar India memang payah nak hafal/sebut...aduss masih belajar)...tulisan kena lebih besar...(sebab ana guna cad board)..kena sentiasa bersemangat mengajar kelas hujung macam nie..kena usaha lebih untuk menjadikan PnP lebih menarik...


Pensyarah ku ini memang terkenal dengan nasihat yang membina, seperti sesi tutorial di UPSI dulu tidak pernah lupa dia mengingatkan kami agar menjaga hubungan baik dengan pihak pentadbiran sekolah, etika dan akhlak seorang guru dan sebagainya...jadi lagi sekali ana dipesan agar sentiasa berhubung baik dengan pihak pentadbir.


alhamdulillah, selesai observe pertama pensyarah dan guru pembimbing..,masih berbaki 3kali untuk diobserve guru pembimbing...dan 1 kali oleh pensyarah...moga akan datang PnP lebih baik...


p/s; pengalaman dan cabaran sebagai guru pelatih tidak sama dengan guru baru yang tetap. sebab guru pelatih da ada 'mindsetting' -aku hanya satu semester ja di sini, apa pun yang berlaku sabar ja, sebab sekejap ja nieh-...dan bagi guru-guru lama -masa inilah kita nak suruh guru pelatih buat kerja, maka kita kasi mereka belajar-....apapun pengalaman itulah ilmu yang sukar didapati di dalam mana-mana buku teori.dan setiap insan corak kehidupan berbeza, berkongsi dan belajar dari pengalaman orang lain terkadang sangat berguna. apapun selagi masih bernyawa terus berusaha mencari bekalan ke 'sana'...bukan Sana'a (Yaman) tuh..=p tapi tempat tinggal yang abadi..negeri akhirat.


"Jika kita bercita-cita menjadi seorang jutawan di dunia, guru bukanlah jalannya...

kerana 74% jutawan di dunia ini adalah ahli perniagaan...

Jika bercita-cita menjadi seorang yang berkuasa, guru bukan medannya...

Jika bercita-cita menjadi jutawan akhirat, jalannya terbentang luas....

Kita telah berada di landasan yang betul.."


-dipetik dari buku motivasi PTS 'Guru Jutawan Akhirat'..-





Allahu'alam~




Monday, March 8, 2010

~...kerana Le Tour de Langkawi...~







bismillaH~

kerana Le Tour de Langkawi...
kesian pak polis trafik yang mengawal di sepanjang jalan...
kerana Le Tour de Langkawi...
satu jam di tengah kesesakan...
kerana Le Tour de Langkawi...
kaya peniaga aiskrim...
kesian alam sekitar tercemar dengan sampah plastik aiskrim...
lewat sampai ke tempat kerja...
lewat mengajar...
kesian anak-anak pelajar ku lewat pulang =p

ana bukan peminat sukan basikal Le Tour da Langkawi,
walaupun masa sekolah dulu semangat tengok konvoi mereka mendarat di dataran Bentong kerana 3 tahun berturut-turut Bentong menjadi destinasi penamat check-point.
namun kali ini macam geram...tapi tak mengapalah qadar Allah Taala meletakkan setiap insan di situasi-situasi yang tidak di duga...

hari ahad lepas ana terpaksa pulang awal dari sebuah majlis ilmu yang sangat mantap kupasan pengisiannya...
sebenar semester ini ana berkerja 7 hari seminggu.
5 hari mengajar di sekolah menengah (praktikum) dan 2 hari di Pusat Tuisyen.
agak terkilan juga bila tidak dapat menyambung semester 2 di Apium, dan tidak dapat menghadiri banyak majlis ilmu.
Alhamdulillah Allah izin meneruskan watak sebagai penuntut ilmu..
sebenar masa kat MRR2 lagi da perasan kat papan elektronik bahawa banyak jalan akan ditutup untuk memberi laluan kepada Le Tour de Langkawi ini...
tengok nama-nama jalan yang disenaraikan relaks ja sebab mungkin jalan yang dilalui tak terlibat....
tapi sudah perasan sepanjang jalan dari Kepong ke Sungai Buloh penuh polis trafik di sepanjang jalan...
akhirnya,,,kenderaan bercantum menjadi kereta api yang panjang...
jam pukul 11.30 ana mula gelisah..sebab nak kejar kelas pukul 12.15 tengah hari...bajet bertolak awal dari Ampang ingat boleh sampai awal..sebab K.L - Kuala Selangor lebih kurang sejam...
habis lah bos marah...hari sabtu ponteng sebab tak larat nak memandu plak. (alasan nak teruskan program, tapi memang agak tidak sihat)..adakah patut cikgu ponteng? kesian kelas tingkatan 3... mujur sahabatku tolong gantikan..alhamdulillah.


selama sejam menunggu...
kenderaan pengiring pelumba ja yang banyak lalu...
kelihatan peniaga aiskrim bermotor yang sangat bijak mengambil peluang menjual kepada pengguna jalan raya yang tersangkut di tengah kesesakan tersebut.
fenomena yang paling menyakitkan hatiku...ialah orang membuat sampah sesuka hati..
sebagai seorang muslim dan pencinta alam (ahli Geografi) ana amat elergik melihat sikap sesetengah orang yang membuang sampah dari kenderaan...
macam dia ada upah tukang sapu untuk mengutip sampahnya..kekurangan nilai sivik betul. huh!
plastik aiskrim dibuang di atas jalan raya...lebih menjengkelkan depan mata ana seorang lelaki muslim selamba menyelitkan sampahnya di celah ruang longkang..
golongan sebegini kena belajar dengan Cikgu Zambri di sekolah Teknik dulu nieh,
bila tak jumpa tong sampah, simpan dulu sampah tu jangan dibuang merata-rata, nanti jumpa tong sampah baru buang...

Apa yang lebih mencemaskan adalah amanah masa sebagai pekerja makan gaji...
teringat pesan seorang pegawai di Kementerian Pendidikan Malaysia, yang juga merupakan seorang wanita yang menyambung Phd di UPSI, sejam berborak dengannya semasa melepak di surau UPSI membuka pelbagai ruang dimensi pandangan ana terhadap kerjaya guru.
katanya, sesetengah cikgu-cikgu kat sekolah selalu lewat masuk kelas sebab leka berborak/bergosip/ meniaga atau sebagainya..mungkin itu sebenar biasa di kalangan kelompok manusia.
apa yang perlu diketengahkan dan dikongsi di sini,
2 minit cikgu lewat masuk kelas, jika dibuat setiap hari, dalam tempoh setahun bermakna ibarat 2 bulan makan gaji buta (haram)...wah takut dengar nieh..


sebenar isu begini telah pun ustaz zaharrudin kupas iaitu mengenai risiko pekerja makan gaji perlu berhati-hati terhadap sumber pendapatan yang haram...
bayangkan jika ramai ibu bapa tidak menyedari sumber pendapatan yang mereka perolehi dicampuri sumber haram akibat perbuatan sambil lewanya terhadap amanah masa, harta syarikat, dan sebagainya. hasil titik peluh itu menjadi santapan anak-anak...
lalu mengeluh kenapa anak-anak sekarang sukar dididik dan menerima nasihat...
tidakkah kita menyedari bahawa makanan dari sumber yang haram turut mempengaruhi akhlak dan pembentukkan sahsiah anak-anak?
jam 1.15 petang baru sampai Kuala Selangor.
pelajar sedang menunggu...
pelajar form 1 yang sepatutnya kelas jam 12.15 ditunda kelas jam 2.30 petang..
termengah juga mengajar 3 kelas direct tanpa henti nie...
cari wang saku nyer pasal..=p
p/s: kerana Le Tour de Langkawi jugalah celoteh ini tercipta...=p

~4 orang pelumba terawal ~



~ini dia penjual aiskrim yang bijak mencari lubang =p~



~bestnyer dapat bawa motor besar macam pak polis nie,ada sesiapa berangan macamku?=p ~

Allahu'alam~

Thursday, March 4, 2010

~...GURU WANITA PERTAMA DALAM ISLAM ...~


bismillah~




Pernahkah kita terfikir siapakah guru dari kaum wanita yang pertama di dalam islam?


ASY-SYIFA' BINTI AL-HARITS(GURU WANITA PERTAMA DALAM ISLAM)


Beliau adalah asy-Syifa' binti Abdullah bin Abdi Syams bin Khalaf bin Sadad bin Abdullah bin Qirath bin Razah bin Adi bin Ka'ab al-Qurasyiyyah al-Adawiyah.

Asy-Syifa' ra masuk Islam sebelum hijrahnya Nabi saw dan beliau termasuk muhajirin angkatan pertama dan termasuk wanita yang berba'iat kepada Rasulullah saw. Beliaulah yang disebutkan dalam firman Allah SWT:

"Hai Nabi, apabila datang kepadamu perempuan-perempuan yang beriman untuk mengadakan janji setia bahwa mereka tidak akan mempersekutukan Allah dengan sesuatu apa pun, tidak akan mencuri, tidak akan berzina, tidak akan membunuh anak-anaknya, tidak akan berbuat dusta yang mereka ada-adakan antara tangan dan kaki mereka dan tidak akan mendurhakaimu dalam urusan yang baik, maka terimalah janji setia mereka dan mohonkanlah ampunan kepada Allah untuk mereka. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al-Mumtahanah: 12)

Asy-Syifa' termasuk wanita yang cerdas dan utama, beliau seorang ulama di antara ulama dalam Islam dan tanah yang subur bagi ilmu dan iman.Asy-Syifa' ra menikah dengan Abu Hatsmah bin Hudzaifah bin Adi dan Allah mengaruniakan seorang anak kepada beliau yang bernama Sulaiman bin Abi Hatsmah.
Asy-Syifa' dikenal sebagai guru dalam membaca dan menulis sebelum datangnya Islam, sehingga tatkala beliau masuk Islam beliau tetap memberikan pengajaran kepada wanita-wanita muslimah dengan mengharapkan ganjaran dan pahala. Oleh karena itulah, beliau disebut sebagai 'guru wanita pertama dalam Islam'.Di antara wanita yang dididik oleh asy-Syifa' adalah Hafshah binti Umar bin Khatthab ra isteri Rasulullah saw .

Telah diriwayatkan dalam sebuah hadis bahwa Rasulullah saw meminta kepada asy-Syifa' untuk mengajarkan kepada Hafshah ra tentang menulis dan sebagian Ruqyah (pengobatan dengan doa-doa). Asy-Syifa' berkata, "Suatu ketika Rasulullah saw masuk sedangkan saya berada di samping Hafshah, beliau bersabda: 'Mengapa tidak engkau ajarkan kepadanya ruqyah sebagaimana engkau ajarkan kepadanya menulis'." (HR Abu Daud).

Sebagaimana telah dimaklumi bahwa asy-Syifa' adalah ahli ruqyah di masa Jahiliyah, maka tatkala beliau masuk Islam dan berhijrah beliau berkata kepada Rasulullah saw, "Aku adalah ahli ruqyah di masa Jahliliyah dan aku ingin memperlihatkannya kepada Anda." Lalu Nabi saw bersabda, "Perlihatkanlah kepadaku." Asy-Syifa' berkata, "Maka, aku perlihatkan cara meruqyah kepada beliau yakni meruqyah penyakit bisul." Kemudian, Rasulullah saw bersabda, "Meruqyalah dengan cara tersebut dan ajarkanlah hal itu kepada Hafshah."Di antara yang termasuk ruqyah adalah do'a:"Ya Allah Tuhan manusia, Yang Maha menghilangkan penyakit, sembuhkanlah, karena Engkau Maha Penyembuh, tiada yang dapat menyembuhkan selain Engkau, sembuh yang tidak terjangkiti penyakit lagi." (HR Abu Daud).

Inilah, asy-Syifa' telah mendapatkan bimbingan yang banyak dari Rasulullah saw . Sungguh asy-Syifa' sangat mencintai Rasulullah saw sebagaimana kaum mukminin dan mukminat yang lain, beliau belajar dari hadis-hadis Rasulullah saw yang banyak tentang urusan dien (agama) dan dunia. Beliau juga turut menyebarkan Islam dan memberikan nasihat kepada umat dan tidak kenal lelah untuk menjelaskan kesalahan-kesalahan.

Di antara yang meriwayatkan hadis dari beliau adalah putranya yaitu Sulaiman dan cucu-cucunya, hamba sahayanya yaitu Ishak dan Hafshah Ummul Mukminin serta yang lain-lain.Umar bin Khatthab sangat mendahulukan pendapat beliau, menjaganya dan mengutamakannya dan terkadang beliau mempercayakan kepadanya dalam urusan pasar.Begitu pula sebaliknya, asy-syifa' juga menghormarti Umar, beliau memandangnya sebagai seorang muslim yang shadiq (jujur), memiliki suri teladan yang baik dan memperbaiki, bertakwa dan berbuat adil.

Suatu ketika asy-Syifa' melihat ada rombongan pemuda yang sedang berjalan lamban dan berbicara dengan suara lirih, beliau bertanya, "Apa ini?" Mereka menjawab, "Itu adalah ahli ibadah." Beliau berkata: "Demi Allah, Umar adalah orang yang apabila berbicara suaranya terdengar jelas, bila berjalan melangkah dengan cepat, dan bila memukul mematikan."Asy-Syifa' menjalani sisa-sisa hidupnya setelah wafatnya Rasulullah saw dengan menghormati dan menghargai pemerintahan Islam hingga beliau wafat pada tahun 20 Hijriyah.

Semoga Allah merahmati asy-syifa' binti Abdullah, sungguh beliau telah mendahului umatnya dengan segala macam kebaikan dengan ilmu dan dien yang telah dikaruniakan kepada beliau agar beliau menjadi uswah hasanah (panutan yang baik) bagi setiap gadis di dalam Islam, sehingga beliau tidak kikir untuk mencurahkan segala yang dimilikinya, baik ilmu ataupun yang lainnya demi membela akidahnya dan mengharap ridha Allah SWT.



Sumber: Nisaa' Haular Rasuuli, Mahmud Mahdi al-Istanbuli dan Mushthafa Abu an-Nashr asy-Syalabi