Thursday, July 26, 2007

~...Sifat al-Bukhari dalam Kajian Hadis ...~

Oleh: Muhammad Fathi bin Ali
e-mail: fathi_ali1427h@yahoo.com

Pengenalan Ringkas kepada Imam Bukhari

Imam al-Bukhari atau nama sebenarnya Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin al-Mughirah bin Bardazabah atau dikatakan bin Yazdabah. Sesetengah orang menggelarnya Ibnul Ahnaf, Abu Abdullah bin Abil Hasan al-Bukhari al-Hafiz. Imam al-Bukhari termasuk salah seorang daripada enam pengumpul dan penyusun kitab-kitab hadis yang terkenal dalam dunia Islam iaitu Muslim,Ibn Majah,Tirmizi,Abu Daud dan Nasaie, yang mana kitab-kitab mereka dikenali sebagai Kutub as-Sitttah[2]. Beliau dilahirkan pada hari jumaat 13 hari bulan Syawal 194H. Bapanya meninggal dunia semasa beliau masih kecil dan Imam Bukhari membesar dan tumbuh di bawah asuhan ibunya. Beliau meninggal pada hari Sabtu, 1 hari bulan Syawal 256H iaitu ketika beliau berumur 62 tahun setelah meninggalkan jasa yang cukup besar kepada Islam dan umat Islam yang berguna sehingga hari kiamat.
Imam al-Bukhari adalah seorang yang telah terkenal akan kehebatannnya dalam hadis, sehinggakan apabila sesebuah hadis itu disebut sebagai "riwayat al-Bukhari"[3] maka ia memberi tanda kekuatan seolah-olah hadis itu tidak perlu disemak lagi akan kesahihannya. Bukanlah kita mengatakan bahawa al-Bukhari maksum, akan tetapi setelah dikaji zaman-berzaman, sejak kitab sahih Bukhari ini ditunjukkan kepada guru-guru Imam Bukhari seperti Yahya ibn Mai'n, Imam Ahmad ibn Hanbal dan imam-imam lainnya, mereka telah menyokong penuh akan kesahihan hadis-hadis dalam kitab sahihnya kecuali beberapa hadis yang tidak sepakati akan darjatnya. Ini bermakna majoriti hadis-hadis dalam kitab Sahih Bukhari[4] telah diakui kesahihannya sejak zaman ia ditulis sehingga Imam Bukhari meninggal, malah telah cuba dibincang semula setelah Imam Bukhari meninggal.
Contohnya, Imam ad-Daruquthni pernah cuba membincang dan menyemak semula kesahihan hadis-hadis dalam kitab Sahih Bukhari, walaupun terdapat beberapa[5] hadis dalam Sahih Bukhari yang dibincangkan dan diragui akan darjat kesahihanya, namun setelah dilihat dari segi hujah, didapati hujah-hujah Imam Bukhari dalam mensahihkan hadis-hadis dalam kitab sahihnya adalah lebih kuat. Secara ringkasnya, semua hadis-hadis dalam kitab Sahih Bukhari telah diakui akan kesahihannya oleh para muhaddith sezaman dengannya, ataupun setelah al-Bukhari meninggal dunia. Selain itu, beliau hanya memasukkan hadis-hadis yang diriwayatkan oleh golongan yang pertama sahaja dan meninggalkan riwayat golongan yang lain, serta meletakkan syarat-syarat yang ketat untuk mensahihkan hadis-hadis dalam kitab sahihnya. Oleh sebab ketelitian beliau inilah, maka kitab Sahih Bukhari ini menjadi rujukan utama dalam senarai kitab-kitab hadis dalam dunia Islam.
Imam Bukhari adalah seorang yang bukan berbangsa Arab, malah jika diteliti dari segi tempat lahir akan keenam-enam Imam penyusun Kutub al-Sittah akan didapati mereka semua adalah bukan berketurunan Arab, kecuali Imam Muslim yang mempunyai asal-usul talian dengan bangsa Quraish Arab. Tetapi secara ringkasnya, mereka semua adalah bukan berketurunan Arab, dan ini semua memberikan petanda kepada kita bahawa Agama Islam ini dipelihara oleh bangsa Arab dan bukan Arab. Oleh itu, adalah tidak mustahil untuk sesiapa sahaja samada Arab atau tidak untuk mendalami dan menguasai bidang hadis,asal mempunyai minat dan usaha yang bersungguh-sungguh.
Bukan menjadi tujuan dalam penulisan ini untuk menyanjung Imam Bukhari semata-mata, ini adalah kerana beliau tidak memerlukan apa-apa sanjungan lagi daripada kita. Malah, sebarang pujian atau kritikan terhadap beliau tidak akan menjejaskan sedikitpun kedudukan Imam Bukhari pada mata dunia Islam, yang pasti beliau telah meninggal dunia dan meninggalkan kepada kita bukti keilmuan yang hebat, pujian-pujian para ulama, hasil karya yang bermutu tinggi dan disanjung para ulama dulu sehingga kini. Apa yang perlu dan lebih penting untuk dilakukan oleh kita adalah bukan mengkagumi dan menyanjung beliau semata-mata, akan tetapi adalah menjadi kewajipan kita melihat dan mengambil contoh akhlak dan sifat beliau untuk kita praktikkan pada diri kita dan umat Islam. Ramai antara kita di Malaysia suka memuji dan menyanjung kehebatan ulama-ulama silam, akan tetapi malangnya amat sedikit yang berusaha mengambil langkah lebih kehadapan dengan mengikuti jejak langkah mereka, sehingga pujian hanya tinggal pujian tanpa hasil kepada umat.Akhirnya, kita hanya menyanjung ulama-lama silam tanpa melahirkan pengganti mereka. Tujuan penulisan ini dibuat adalah untuk kita melihat kepada sifat Imam al-Bukhari, dan yang lebih penting adalah melihat apakah sifat-sifat dan ciri-ciri al-Bukhari yg dapat kita contohi dan praktikkan dalam hidup kita, terutamanya kepada mereka-mereka yang ingin mendalami ilmu-ilmu Islam. Walaubagaimanapun, kita akan lebih menfokuskan kepada akhlak dan sifat Imam Bukhari dalam kajian Hadis.
Para ulama bersepakat bahawa Imam Bukhari adalah salah seorang ahli fiqh dan pakar ijtihad. Ahmad bin Sayar berkata dalam kitab Tarikh al-Marwi: "Muhammad bin Ismail adalah seorang yang suka mencari ilmu, mempergauli orang ramai, berkelana mencari hadis, memiliki ingatan yang kuat, dan seorang pakar fiqh". Sehinggakan Muhammad al-Masandi berkata: "Muhammad bin Ismail adalah seorang imam atau ikutan, maka barang siapa yang tidak menjadikannya imam tercelalah orang tersebut". Selain itu beliau juga merupakan seorang yang zuhud, tawadduk, waraq dan seorang yang soleh.

Akhlaq dan Sifat Imam Bukhari dalam Kajian Hadis
1. Kesungguhan yang tinggi dalam menghafaz hadis

Imam Bukhari banyak menuntut ilmu daripada para Muhaddith di beberapa Negara yang terkenal dengan ulama hadisnya. Beliau juga suka bergaul dengan orang lain demi mencapai cita-citanya dalam ilmu hadis. Beliau adalah seorang yang cerdas dan kuat hafazannya. Imam Bukhari telah mengembara dan mencari hadis dan menghafaznya sejak beliau berumur 10 tahun. Pada umur 16 tahun, beliau menghafaz kitab Ibnul Mubarak dan Wakik sehingga beliau dapat menguasai kedua kitab terebut. Menurut al-Firabri, iaitu salah seorang murid kepada Imam Bukhari, beliau telah bertanya dan berbual bersama Imam Bukhari tentang bagaimana permulaan Imam Bukhari menghafaz dan menceburi dalam bidang hadis, beliau Imam Bukhari berkata: "aku mula menghafaz hadis pada lebih kurang umur aku 10 tahun atau kurang sedikit", kemudian Imam Bukhari menambah "kemudian aku keluar daripada halaqah yang meghafal hadis itu, keluar pergi ke rumah para ulama-untuk menuntut hadis-". Antara ulama yang dikunjungi Imam Bukhari untuk menuntut hadis adalah kepada gurunya al-Dakhili,iaitu seorang ulama hadis yang terkenal pada zamannya ketika itu.
Pada suatu hari, ketika Imam Bukhari berumur 10 tahun atau lebih sedikit, beliau menghadiri majlis Hadis al-Dakhili dan menegur kesalahan sanad yang disebutkan al-Dakhili[6] dengan teguran yang penuh hikmah, iaitu ketika gurunya al-Dakhili menyebutkan sanad, "Sufyan dari Abi Zubair, dari Ibrahim", mendengar akan sanad itu, dengan spontan Imam Bukhari menyebut "sesungguhnya Abu Zubair tidak pernah meriwayatkan sesuatupun daripada Ibrahim", mendengarkan kata-kata Imam Bukhari itu, lantas al-Dakhili memarahi dan menyergah al-Bukhari dengan berkata "diam!!". Kemudian Imam Bukhari menegur gurunya dengan penuh hikmah dengan berkata "wahai guru, baliklah dah lihatlah pada cacatanmu sekiranya ada..", ini memandangkan al-Dakhili menyebutkan sanad itu berdasarkan hafalannya dan Imam Bukhari pasti yang gurunya tersilap, kerana al-Bukhari juga turut menghafal sanad tersebut. Maka al-Dakhili kemudiannya pergi masuk mengambil buku cacatannya, setelah al-Dakhili melihat akan buku cacatannya, al-Dakhili bertanya kepada al-Bukhari "wahai anak kecil, bagaimanakah sanad yang sebenarnya..", Imam Bukhari menjawab " bukan Abu Zubair, akan tetapi hanya Zubair iaitu Ibn Adiy..", mendengarkan jawapan Imam Bukhari itu, al-Dakhili berkata kepada Imam Bukhari "wahai anak kecil, betul kamu benar", dan selepas itu al-Dakhili mengakui dan membetulkan kesilapannya.
Diberitakan juga dari rakan al-Bukhari, Muhammad ibn al-Azhar al-Sajistani. Pada suatu ketika aku (iaitu al-Sajistani) bersama al-Bukhari dalam majlis ilmu Sulaiman ibn Harb, seorang Qadhi dari negeri Basrah sedang mengajar hadis. Berkata al-Sajistani "sesungguhnya Bukhari bersama kami dalam majlis ilmu itu, dia mendengar tetapi dia tidak menulis..". Kemudian bertanya salah seorang yang turut menghadiri majlis itu "kenapa dia tidak mahu menulis?" maka jawab seorang yang mengenali al-Bukhari "sesungguhnya dia mendengar disini dan pulang ke rumahnya di Bukhara kemudian dia menulis berdasarkan ingatannya..", ini menunjukkan kekuatan hafazan Imam Bukhari.
Selain itu, diceritakan az-Zahabi dalam Siyar A'lam Nubala, berkata Abu Ahmad bin Adiy: "aku mendengar sesetengah ulama yang menceritakan bahawa Muhammad bin Ismail al-Bukhari suatu hari datang ke Baghdad, kemudian para ulama hadis berkumpul bersama beliau untuk mendengarkan sebuah hadis". Kemudian ulama-ulama hadis tersebut sengaja memutarbelit dan menterbalikkan kesahihan matan dan sanad hadis untuk menguji kecekapan Imam Bukhari. Setelah ditanyakan kepada Imam Bukhari, beliau dapat menjawab bahawa sanad dan matan hadis tersebut salah. Juga diberitakan oleh Ahyat bin Abi Ja'far, "Muhammad bin Ismail berkata: "apabila aku telah mendengarkan hadis di Basrah, aku akan menulisnya di Syam, dan apabila hadis tersebut aku dengar di Syam maka akau akan menulisnya di Mesir". Imam Ahmad bin Hanbal berkata: "para penghafaz hadis dari penduduk Khurasan iaitu Abu Zar'ah ar-Razi,Muhammad bin Ismail al-Bukhari, Abdullah bin Abdur Rahman as-Samarkandi dan Hasan bin Syujak al-Balkhi". Juga berkata Imam Ahmad:"aku tidak akan dapati seorang di negeri Khurasan seperti Muhammad bin Ismail al-Bukhari". Ini semua menunjukkan betapa kuatnya hafazan al-Bukhari sehingga para ulama hadis yang lainnya mengkaguminya.
Juga diceritakan oleh Jamaluddin al-Qasimi, pernah seorang yang kagum dengan kekuatan hafazan Imam Bukhari bertanya kepada beliau "apakah ubat untuk mudah dan kuat menghafal", jawab al-Bukhari "tiada perkara lebih bermanfaat tentang hafazan yang aku tahu melainkan dua perkara: kecintaan dan kemahuan yang tinggi terhadap sesuatu (nahmatul rajl) dan sentiasa mengulangi dan melihat berulang-ulang kali (mudawamatin Nadzar)". Nah!! lihatlah petua yang diberikan Imam Bukhari ini sangat logik, rasional dan praktikal, tiada apa-apa petua yang pelik, tidak perlu makan atau minum ramuan-ramuan tertentu atau jampi-jampian tertentu, tetapi yang perlu hanyalah kemahuan dan kecintaan yang kuat dan pengulangan yang kerap!!.

2. Bersabar dalam menjelajah ke merata tempat demi mencari Hadis

Ini adalah satu sifat yang menunjukkan kesungguhan Imam Bukhari dalam menuntut ilmu Hadis. Berkata al-Bukhari: "aku memasuki Syam, Mesir dan Jazirah dua kali, aku memasuki Basrah empat kali, Hijaz enam tahun, dan aku tidak dapat menghitung berapa kali aku masuk dan keluar dari Baghdad dan Kufah bersama para Muhaddith lainnya.."
Imam Bukhari juga pernah bermusafir ke Makkah bersama ibu dan saudara lelakinya. Ketika sesampainya di Makkah, mereka melakukan ibadah haji kemudian ibu dan saudara lelakinya meninggalkan Imam Bukhari dalam mencari Hadis. Antara negeri-negeri yang telah dilaluinya adalah seperti Khurasan, Iraq, Hijaz, Syam, Basrah dan Mesir. Ini semua menunjukkan kesungguhan dan kesabaran Imam Bukhari dalam menjelajah mencari ilmu Hadis.

3. Tidak sombong dalam mengambil ilmu daripada orang lain

Berkata Imam Bukhari: "seorang Muhaddith itu tidak akan menjadi sempurna sehinggalah dia belajar dan menulis hadis daripada mereka yang lebih tinggi ilmu daripadanya, daripada mereka yang sama tahap ilmu dengannya, dan juga daripada mereka yang lebih rendah ilmunya…", ini menunjukkan sifat tidak sombong al-Bukhari dalam mempelajari Hadis, beliau mengambil hadis daripada semua lapisan, tidak mengira samada gurunya, kawan-kawan yang setaraf dan juga daripada anak-anak muridnya sendiri. Sebagai contoh, Imam Bukhari pernah mengambil dan belajar hadis daripada anak muridnya sendiri iaitu Imam Tirmizi. Juga diberitakan oleh Ibn Hajar bahawa Imam Bukhari tidak malu mengambil dan belajar hadis daripada anak-anak muridnya dan rakan-rakan yang setarafnya adalah untuk mencari faedah, manfaat dan perkara-perkara baru daripada mereka. Mungkin sesetengah perkara yang diketahui anak murid al-Bukhari tidak diketahui Imam Bukhari, oleh itu Imam Bukhari tidak sombong dan tidak segan silu belajar daripada mereka, walaupun mereka lebih rendah tahap ilmunya daripada beliau, al-Bukhari menyedari akan hal bahawa pasti ada orang yang tahu akan perkara yang dia tidak tahu, ini kerana tiada antara kita yang sempurna.




4. Berkongsi Ilmu bersama orang lain

Imam Bukhari juga terkenal dengan sifatnya yang suka berkongsi ilmu dengan orang lain, tidak mengira siapa jua walaupun seseorang itu lebih tinggi ilmu daripadanya, sama atau lebih rendah ilmu daripadanya.Antara murid-murid al-Bukhari yang terkenal yang belajar darinya dan mengambil ilmu darinya ialah seperti at-Tirmizi, Abu Zur'ah, an-Nasaie, Ibn Khuzaimah dan lain-lain. Malah, guru-guru Imam Bukhari sendiri seperti Ahmad bin Hanbal, Ishaq bin Rahuyah turut mengambil manfaat dari Imam Bukhari. Al-Bukhari juga tidak pernah lokek dan kedekut dalam berkongsi ilmu bersama orang lain,sehingga diberitakan jika dibilang jumlah semua mereka yang pernah belajar dan mengambil hadis daripada Imam Bukhari ianya akan mencecah beribu-ribu nama. Imam Bukhari juga tidak pernah menghadkan masanya untuk menyampaikan ilmu, bahkan akan cuba menyampaikan sebaik mungkin dan tidak akan menyembunyikan ilmu yang dapat beliau kongsi bersama anak-anak muridnya. Imam az-Zahabi dalam kitabnya Siyar A'lam Nubala' menyebutkan bahawa Imam Bukhari pernah berkata: "aku tidak akan menyembunyikan ilmu sesuai dengan sabda Nabi yang bermaksud: "sesiapa yang ditanya tentang ilmu kemudian dia menyembunyikannya maka dia akan diseksa dengan api neraka".

5. Gigih dalam menghasilkan Penulisan Ilmiah

Imam Bukhari tidak berhenti dan berpuas hati setakat mencari, menghafaz dan menyampaikan Hadis sahaja, akan tetapi beliau juga turut menghasilkan penulisan-penulisan ilmiah yang kebanyakannya berkaitan hadis dan terdapat juga penulisan beliau dalam bidang-bidang lain. Imam Bukhari mula mengarang beberapa buah kitab ketika umur beliau mencecah 18 tahun, antaranya ialah Fadhail as-Sahabah wa at-Tabiin iaitu pada masa Ubaidullah bin Musa. Beliau juga mengarang kitab at-Tarikh ketika berada di kubur Rasulullah SAW. Dan kitabnya yang monumental dan terpenting ialah kitab al-Jami' al-Sahih atau lebih dikenali dengan timangan Sahih Bukhari. Beliau memerlukan waktu 16 tahun untuk menyiapkan kitab Sahihnya ini.
Secara lengkapnya dibawah ini disenaraikan antara tajuk-tajuk kitab yang ditulis oleh Imam Bukhari:
1- Qadaya al-Sahabah wa al-Tabiin.
2- Raf al-Adyan
3- Qiraat Khaf al-Iman
4- Khalq Af'al al-Ibad
5- al-Tafsir al-Kabir
6- al-Musnad al-Kabir
7- Tarikh Shaghir
8- Tarikh Ausat
9- Tarikh Kabir
10- al-Adab al-Mufrad
11- Birr al- wa Lidaini
12- al-Dhuafa'
13- al-Jami' al-Kabir
14- al-Asyribah
15- al-Hibah
16- as-Samik as-Sahabah
17- al-Wuhdan
18- al-Mabsuth
19- al-Ilal
20- al-Kuna
21- al-Fawaid
22- al-Jami' al-Sahih li Musnad min Hadis Rasulallah wa Ayyamihi atau lebih dikenali dengan Sahih Bukhari


6. Tidak semata-mata bergantung kepada Hafazan

Imam Bukhari berkata: "aku tidak akan duduk menulis dan mengajar hadis, sehinggalah aku dapat kemampuan membezakan hadis yang Sahih dan yang Dhaif". Ini menunjukkan satu disiplin yang ditetapkan dan dibina beliau untuk dirinya sendiri, bagi mengelakkan kesilapan beliau dalam menyampaikan dan mengajarkan hadis. Imam Bukhari sangat berhati-hati dalam menyampaikan hadis, beliau akan memastikan sesuatu hadis itu tsabit[7] dari Nabi SAW sebelum menyampaikannya kepada orang lain. Ini sesuai dengan sabda Nabi SAW "barangsiapa yang berdusta kepadaku dengan sengaja, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka". Dan juga al-Bukhari pernah berkata: "aku tidak akan tinggalkan satupun hadis di Basrah (apabila beliau pergi kesana) kecuali aku akan menulis kembali kesemuanya (walaupun hadis-hadis tersebut beliau telah hafal)..". Ini juga membuktikan bahawa Imam Bukhari tidak semata-mata bergantung kepada ingatan, tetapi turut menulis dan mencatat segala hadis-hadis yang diketahuinya dan yang dihafaznya.


7. Berhati-hati dalam menilai periwayat Hadis

Imam Bukhari terkenal sebagai ulama Jarh wa Ta'dil[8], beliau sangat berhati-berhati dalam menilai periwayat hadis. Maka dalam menulis buku, Imam Bukhari sangat berhati-hati dalam Hadis dan sebarang pendapat yang akan beliau tulis atau keluarkan. Berkata Ibn Hajar al-Asqalani dalam kitabnya Fathul Baari : "terdapat sikap berhati-hati yang lebih pada Imam Bukhari dalam Jarh wa Ta'dil, dan juga pemilihan Imam Bukhari (dalam hadis) adalah sangat ketat..". Disebabkan ketelitian dan syarat-syarat yang ketat dalam menilai periwayat inilah yang menyebabkan para ulama berasa susah hendak menolak hadis-hadis yang disahihkan al-Bukhari dan berasa susah untuk menerima hadis-hadis yang didhaifkan al-Bukhari.






8. Berhati-hati dalam Memilih Hadis

al-Bukhari sangat berhati-hati memilih hadis ketika menyampaikannya ataupun ketika menulis. Sehingga beliau mengambil masa yang lama iaitu 16 tahun untuk menyempurnakan kitab Sahihnya. Ketelitian beliau juga dapat dilihat sebagaimana yang dikatakan beliau sendiri dalam kitab tersebut: "Aku tidak akan memasukkan hadis-hadis dalam al-Jami al-Sahih kecuali yang sahih sahaja, dan aku tidak akan meletakkan sebuah hadis dalam kitab tersebut kecuali apabila aku telah mandi dan melaksanakan solat dua rakaat". Dalam menulis kitab sahihnya, Imam Bukhari berpegang kepada dua prinsip utama iaitu memelihara Sanad dan Matan sesebuah Hadis yang akan ditulisnya. Ini bagi memastikan setiap Sanad hadisnya Marfuk sehingga kepada Nabi SAW dan memenuhi segala syarat tertentu untuk dikira sahih.
Dalam hal Sanad, Imam Bukhari tetap berpegang kepada prinsip bahawa setiap perawi mestilah Tsiqah iaitu memiliki sifat Adil dan Dhobit (dipercayai dan tepat dalam menggarap sesuatu perkara). Beliaulah orang yang telah mempopularkan syarat-syarat untuk menentukan kesahihan sesuatu periwayatan hadis. Yang mana jika kesempurnaan syarat-syarat itu dipenuhi, sesuatu hadis itu dapat diterima olehnya dan dimasukkan dalam kitab sahihnya. Begitu juga dari segi Matan hadis, Imam Bukhari sangat menekankan tentang kebenaran matan hadis tersebut iaitu terpelihara daripada apa yang dikatakan hadis palsu dan kecacatan yang tersembunyi. Walaupun sanad sesebuah Hadis tersebut dikatakan telah sahih dan diterima, maka secara ringkasnya dan sepatutnya hadis itu diterima, tetapi bagi Imam Bukhari, beliau tetap meneliti setiap matan hadis yang akan dimasukkan dalam kitab sahihnya. Oleh sebab ketelitian beliau yang melampau inilah, maka kitab Sahih Bukhari menjadi rujukan utama dalam senarai kitab-kitab hadis seluruh dunia.
Imam Bukhari meneliti setiap matan yang disebut sebagai Hadis kerana Rasulullah SAW bukanlah manusia biasa,tetapi manusia yang dikurniakan wahyu. Oleh itu tidak mungkin sesuatu Hadis yang disampaikan oleh Baginda SAW dianggap aneh atau pelik yang memungkin hadis itu dianggap palsu kerana kemungkinan maksud sesuatu Hadis yang agak aneh tersebut masih belum dapat difahami oleh manusia biasa. Oleh sebab itu Imam Bukhari meneliti setiap matan sesebuah Hadis walaupun dari segi sanadnya sudah cukup untuk menentukan sahih atau tidaknya sesebuah Hadis.


9. Mesra dan Pemurah kepada Pelajar

Sifat ini adalah satu sifat yang sangat terpuji dan patut dicontohi oleh kita. Imam Bukhari merupakan seorang yang sangat mesra dan pemurah terhadap para pelajarnya. Beliau tidak pernah mempunyai rasa hati dirinya lebih hebat dari orang lain atau lebih pandai daripada orang lain, dan tidak pernah mempunyai perasaan dirinya sahaja yang betul dan orang lain salah. Disebutkan oleh Jamaluddin al-Qasimi: "sesungguhnya al-Bukhari adalah seorang yang makannya sangat sedikit,dia banyak berbuat ihsan terhadap para pelajarnya,dia seorang yang baik dan terlalu pemurah.." . al-Bukhari tidak pernah berasa berat sebelah terhadap semua anak-anak muridnya, akan tetapi memberi layanan yang adil dan saksama.







10. Meminta Pandangan Ulama lain berkaitan Hasil Kajian

Ini adalah satu lagi sifat al-Bukhari yang patut diikuti oleh kita, terutamanya bagi mereka yang mendalami ilmu-ilmu Hadis atau lainnya[9]. Imam Bukhari tidak mempunyai perasaan bahawa dia seorang sahaja yang tahu, akan tetapi sentiasa menyedari bahawa di luar sana pasti akan ada perkara yang dia tidak tahu tetapi diketahui oleh orang lain. Imam Bukhari sentiasa merujuk dan meminta pandangan ulama lain terhadap hasil kajiannya dalam hadis, dengan harapan moga-moga akan ada pembetulan, tambahan perkara baru dan sebagainya.
Berkata Abu Ja'far al-U'qaili:"apabila al-Bukhari telah menyiapkan kitab Sahihnya, beliau merujuk dan menunjukkannya kepada (guru-gurunya seperti) Ahmad bin Hanbal, Yahya ibn Main, Ali ibn Madini dan juga kepada orang-orang lain.." Maka mereka (guru-gurunya) semua berkata: "ianya amat baik, (mereka setuju dengan semuanya) kecuali empat hadis..." Walaubagaimanapun, setelah al-U'qaili mengkaji semula empat hadis yang diperselisihkan itu, beliau mendapati hujah-hujah al-Bukhari adalah lebih kuat dan beliau tetap bersetuju dengan penilaian al-Bukhari bahawa ianya adalah hadis-hadis yang sahih


11. Kesabaran dalam menghadapi gangguan Fitnah orang yang Iri Hati

Ini adalah satu lagi sifat Imam Bukhari yang terpuji. Walaupun, pada masa hayatnya Imam Bukhari menghadapi pelbagai ujian dan fitnah, namun beliau tetap bersabar dengan ujian fitnah tersebut. Kerana apa berlaku fitnah? Kerana kehebatan Imam Bukhari dan kerana sifat dengki ulama-ulama lain yang tercabar dengan beliau. Ini sepertimana juga yang berlaku kepada ulama-ulama Ahlus Sunnah yang lainnya zaman berzaman seperti Ibn Taimiyyah, Ibn Hibban, as-Syafie, Ahmad ibn Hanbal, Muhammad Abdul Wahhab dan lain-lain.
Kisah yang terkenal dalam hal ini adalah kisah fitnah Imam Muhammad bin Yahya al-Zohli yang merupakan guru Imam Bukhari sendiri. Kisah ini berlaku ketika Imam Bukhari pergi ke negeri Naisabur untuk mencari dan menyampaikan hadis. Imam al-Zohli merupakan seorang yang amat terkenal dengan kehebatnnya dalam hadis di negeri Naisabur, dan antara anak murid al-Zohli yang terkenal adalah Imam Muslim.[10] Apabila Imam al-Zohli mendapat tahu bahawa Imam Bukhari akan dating dan mengajar di Naisabur, al-Zohli takut akan kedudukannya akan terjejas sebagai ulama yang terhebat di Naisabur. Maka Imam al-Zohli telah merancang dan telah berjaya menfitnah Imam Bukhari berkenaan perselisihan adakah al-Quran itu makhluk atau Kalam Allah. Pada masa itu, khalifah yang memerintah ialah Makmun bin Harun ar-Rashid yang berfahaman dan berpegang kepada aqidah Muktazilah. Aliran Muktazilah berfahaman bahawa al-Quran itu adalah makhluk dan sesiapa yang menentang fahaman tersebut akan dibunuh, sedangkan Imam Bukhari berpegang kepada aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah bahawa al-Quran itu adalah Kalam Allah sepertimana yang diberitakan dalam al-Quran.



Imam al-Zohli telah berjaya menghasut anak-anak muridnya supaya bertanya kepada Imam Bukhari berkenaan hal tersebut. Apabila anak-anak murid Imam al-Zohli bertanya kepada Imam Bukhari "apakah pendapat kamu tentang al-Quran? Adakah ia makhluk atau Kalam Allah?", Imam Bukhari menjawab bahawa al-Quran itu adalah Kalam Allah sesuai dengan fahaman aqidah Ahlus Sunnah wal Jamaah sepertimana yang diberitakan dalam al-Quran sendiri. Mendengarkan jawapan al-Bukhari itu, pihak-pihak yang dengki dan iri hati terhadap Imam Bukhari telah menggunakan jawapannya itu untuk meyesatkan al-Bukhari, apabila berita tersebut sampai kepada khalifah Makmun bin Harun ar-Rashid, khalifah berasa marah dan bertindak menghalau al-Bukhari dari negeri Naisabur,sehinggalah Imam Bukhari dibuang negeri dan hidup mati dalam buangan. Selain Imam Bukhari, Imam Ahmad bin Hanbal termasuk orang yang mementang fahaman tersebut, sehingga Imam Ahmad dipenjarakan, diseksa dan disebat.
Hendak ditunjukkan betapa berjayanya dan hebatnya fitnah terhadap Imam Bukhari ini, berkata al-Hakim: "ketika mana al-Bukhari dan al-Zohli berselisih faham akan hal ini, para manusia meninggalkan dan memulau kelas al-Bukhari, kecuali Muslim ibn Hajjaj dan Ahmad ibn Salamah…", lihatlah pada asalnya beribu-ribu orang pergi mengikuti majlis Hadis al-Bukhari, akan tetapi apabila fitnah ini terjadi, sehebatnya al-Bukhari hanya tinggal dua orang sahaja yang tetap bersama Imam Bukhari. Sehinggakan diberitakan bahawa, Imam Muslim dan Ahmad bin Salamah juga turut dihalau dan dihalang dari mengikuti kelas-kelas hadis lain, sehingga ada yang mengatakan " aku tidak mahu lagi lelaki ini (Bukhari dan sesiapa saja yang belajar dengan al-Bukhari) berada dalam negeri ini…". Sehingga Imam Muslim dan Ahmad ibn Salamah juga terpaksa keluar dari Naisabur dan hidup dalam buangan. Semua fitnah dan gangguan ini berlaku adalah kerana kehebatan al-Bukhari dan bukan kerana sebab-sebab yang lain. Sebagaimana kata-kata Ibn Sayyid al-Andalusi "-ini semua berlaku- kerana al-Bukhari hebat dan mempunyai ilmu yang tinggi -sehingga orang-orang dengki kepadanya-".





[1] Penulis menghasilkan penulisan ini berdasarkan rakaman audio Mp3 kuliah guru penulis iaitu Ustaz Adlan bin Abdul Aziz, bertajuk "Rahsia al-Bukhari" di IIUM Kuantan,Pahang. Selain itu penulis turut menambah beberapa isi dari buku "Biografi Ulamak-Ulamak Hadith" oleh Prof. Madya DR. Ariffin bin Omar dan H.M Yusuf Sinaga L.c, terbitan Jahabersa 2005

[2] Kutub al-Sittah, atau buku-buku yang enam iaitu sunan Tirmizi,sunan Ibn Majah, sunan Nasaie,sunan Abu Daud,sahih Bukhari dan sahih Muslim. Sesetengah memanggil kitab-kitab ini sebagai al-Usul al-Sittah dan as-Sihah al-Sittah. Digelar Usul al-Sittah adalah kerana kitab-kitab ini telah menjadi pokok dalil bagi Umat Islam seluruhnya,biasanya kita tidak akan terlepas daripada enam kitab ini dalam sumber dalil fiqh. Walaubagaimanapun,nama as-Sahih al-Sittah adalah tidak digalakkan kerana ia memberi gambaran yang kurang tepat seolah-olah keenam-enam kitab ini semuanya mengandungi hadis-hadis yang sahih, sedangkan bukan semuanya sahih. Nama kutub al-Sittah adalah nama yang paling popular antara semuanya. Perlu diberi perhatian, sesetengah orang menggelar kitab-kitab ini sebagai Sunan al-Sittah, penamaan kitab-kitab ini sebagai Sunan al-Sittah adalah tidak tepat, kerana kitab Sunan yang popular hanyalah empat (iaitu sunan Ibn Majah, sunan Tirmizi, sunan Abu Daud, sunan Nasaie) dan dikenali sebagai sunan Arba'ah.

[3] Yang dimaksudkan "riwayat Bukhari" disini adalah hadis-hadis yang diriwayatkan Imam al-Bukhari dalam sahihnya, iaitu kitab sahih Bukahri, dan bukan selainnya. Selain kitab sahih Bukhari, Imam al-Bukhari juga menyusun sebuah kitab hadis lain yang terkenal selain sahih Bukhari iaitu kitab "al-Adab al-Mufrad". Dan hadis-hadis dalam kitab al-Adab al-Mufrad ini tidaklah kesemunya sahih, ini bukanlah pelik kerana tujuan Imam Bukhari menyusun kitab al-Adab al-Mufrad ialah untuk mengumpul sebanyak mungkin hadis-hadis berkaitan adab-adab tanpa menapis sahih atau tidak. Kitab al-Adab al-Mufrad ini telah ditahqiq dan ditakhrij hadis-hadisnya oleh al-a'lamah Muhammad Nasiruddin al-Albani

[4] Sebenarnya nama Sahih Bukhari ini adalah ringkasan bagi judul asal karangan Imam Bukhari iaitu kitab "al-Jami' al-Sahih li Musnad min Hadis Rasulallah wa Ayyamihi". Disebabkan judul ini terlalu panjang, kitab ini lebih dikenali dengan judul yang lebih pendek iaitu Sahih Bukhari.Judul tersebut dipilih Imam Bukhari kerana mempunyai maknanya yang tersendiri. "Al-Jami'" bermaksud kumpulan lengkap hadis-hadis Rasulullah yang meliputi semua bidang keperluan hidup Umat Islam. "al-Sahih" pula bermaksud keseluruhan hadis yang terdapat di dalam karangan beliau adalah hadis-hadis yang sahih. Sementara "al-Musnad" pula bererti hadis-hadis beliau mempunyai sanad yang bersambung hingga kepada sahabat yang merawikan sesuatu hadis, ini tidak termasuk hadis-hadis yang diletakkan Imam Bukhari sebagai pendahuluan bab,matabik,pembentangan sahaja dan bukan sebagai asas yang dikehendaki dalam penulisannya, yang dikenali sebagai hadis Muallaq dalam Sahih Bukhari,dan hadis-hadis Muallaq ini telah dikaji akan darjatnya oleh Ibn Hajar dalam kitabnya Taghliq al-Ta'liq. Dan akhir sekali, perkataan "ayyamihi" bermaksud,hadis-hadis tersebut merupakan hadis yang disampaikan oleh Rasulullah SAW sepanjang hidup baginda. Imam Bukhari mengambil masa lebih kurang 16 tahun untuk menyiapkan kitab Sahihnya ini

[5] Menurut Abu Ja'far al-U'qaili, hanya terdapat 4 hadis (daripada 7124 hadis) yang dipertikaikan kesahihannya oleh Imam Ahmad bin Hanbal. Yahya ibn Main dan Ali ibn Madini. Kesalahan yang amat kecil ini menunjukkan kehebatan Imam Bukhari.
[6] Dalam majlis itu gurunya al-Dakhili menyebutkan sanad berdasarkan hafalannya
[7] Tsabit: iaitu samada hadis itu Sahih atau Hasan, samada benar dari Nabi SAW atau tidak

[8] Jarh wa Ta'dil: iaitu ilmu menilai periwayat-periwayat Hadis seperti Dhaif,Maqbul,Tsiqah,Majhul dan lain-lain yang menentukan samada diterima atau tidak sesuatu Hadis itu
[9] Termasuk juga disini ilmu-ilmu akademik lainnya seperti Perubatan, Kejuruteraan, Bahasa, Undang-Undang dan lain-lain

[10] Imam Muslim: namanya Abu al-Husin Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim al-Qusyairi al-Naisaburi, lahir pada 206H dan meninggal pada 261H, juga merupakan salah seorang anak murid kepada Imam Bukhari, merupakan salah seorang daripada Imam Hadis yang terkenal dan salah seorang daripada penyusun Kutub al-Sittah. Kitab beliau yang monumental dan terkenal ialah kitab Sahih Muslim

Thursday, July 19, 2007

~...AMALAN-AMALAN DI BULAN REJAB YANG BERSANDARKAN HADIS MUNGKAR PERLU DITOLAK...~

AMALAN DI BULAN REJAB: ANTARA YANGPALSU DAN TULEN

Allah swt telah mengutuskan para rasuldan menurunkan kitab-kitabnya sertamenyediakan batas-batas arahan danlarangan atau boleh juga disebutsebagai syariat kepada manusia. Inisemua bertujuan tidak lain dan tidakbukan supaya manusia itu mengabdikandiri serta mentauhidkan Allah swt didalam semua keadaan dan tingkahlakunya. Malah, inilah tujuan utamapenciptaan makhluk seperti mana yangditegaskan oleh Allah swt di dalamfirmannya yang bermaksud:"Dan tidak Aku ciptakan jin dammanusia itu kecuali untuk mengabdikandiri kepada-Ku". (Surah al-Zaariyat:ayat 56).Suatu perkara yang penting dan perluuntuk diberikan perhatian bahawa segalabentuk ibadah ini tidak akan diterimaoleh Allah swt melainkan jika ianyadilakukan dengan penuh keikhlasankepada Allah swt serta menepati dengancara yang dilakukan dan diperintahkanoleh Rasulullah saw. Maka sebarangbentuk ibadah yang tidak memenuhi duasyarat ini, ianya tidak akan diterimaoleh Allah swt apatah lagi untukdiberikan ganjaran. Allah swt berfirmanyang bermaksud:"Maka barangsiapa yang percaya danmengharapkan pertemuan dengan Tuhannya,hendaklah ia melakukan amalan soleh danjanganlah mempersekutukan sesiapa pundi dalam ibadah kepada Tuhannya". (Surah al-Kahfi: ayat 110).Al-Imam Ibn Kathir (w 774 H) di dalammenafsirkan ayat ini menyatakan bahawa:((Barangsiapa yang mengharapkanganjaran serta balasan yang baikhendaklah ia melakukan amalan yangbertepatan dengan syariat Allah, danhanya kerana Allah (ikhlas) serta tidakada sekutu bagi-Nya, dan inilah duarukun untuk diterima segala amalan,iaitu mesti dilakukan dengan ikhlaskepada Allah dan menepati dengansyariat yang dibawa oleh Rasulullahsaw)).(Ibn Kathir, Tafsir al-Quran al-‘Azim(Dimashq: Maktabah Dar al-Fiha’,cetakan ke-2, 1998), jilid 3, m/s 147).Hal ini dikuatkan lagi dengan pendapatpara ulamak, antaranya al-Fudhailbin ‘Iyadh r.h dalam kata-katanya:Sesungguhnya amalan yang dilakukandengan penuh keikhlasan tetapi tidakbetul maka ianya tidak akan diterima,dan jika dilakukan dengan betul tetapitidak ikhlas, ianya juga tidakditerima, sehinggalah ianya dilakukandengan penuh keikhlasan dan betul. Danikhlas itu ialah apabila dilakukanhanya kerana Allah ‘Azza wa Jalla, danbetul itu pula ialah apabila dilakukanmenepati sunnah Rasulullah saw.(Ibn Rejab al-Hanbali, Jami’ al-‘Ulumwa al-Hikam, (Beirut: al-Maktabah al-‘Asriyah, cetakan ke-3, 2000), m/s 15).Bulan Rejab dan amalan yang dilakukandi dalamnya.Bulan Rejab adalah antara salah satubulan yang termasuk di dalam bulan-bulan yang suci. Dinamakan dengan Rejabbersempena dengan penghormatanterhadapnya di zaman jahiliyyah dengantidak melakukan sebarang peperangan didalam bulan ini. (Al-Razi, Mukhtar al-Sihah (Bierut: Muassah al-Risalah,2001), m/s 215)Telah menjadi amalan kebanyakan umatIslam untuk menghidupkan bulan inidengan pelbagai amalan. Persoalannya,adakah amalan-amalan tersebut dilakukandengan ikhlas dan menepati sunnahRasulullah saw untuk melayakkan amalantersebut diterima? Menyentuh tentangpersoalan ikhlas, kemungkinan semuaorang memilikinya, tetapi adakah amalantersebut bertepatan dengan syariat dansunnah Rasulullah saw. Justeru, menjadikewajipan ke atas umat Islam untukmenyemak dan memastikan segala amalanyang dilakukannya itu bertepatan dengansyariat dan sama dengan cara yangdilakukan oleh Rasulullah saw.Antara amalan-amalan yang dilakukanoleh umat Islam dalam bulan Rejab iniyang tidak menepati sunnah Rasulullahsaw ialah:1) Menghidupkan malam ke-27, dandinamakan dengan malam al-Isra’ wa al-Mi’raj.Sememangnya tidak dapat dinafikanbahawa peristiwa al-Isra’ wa al-Mi’rajmerupakan salah satu daripada peristiwabesar dan penting di dalam sejarahIslam. Ianya bukti kepada kebesaranAllah swt dan kebenaran Nabi Muhamadsaw serta risalah yang dibawa olehBaginda. Tersebar luas di kalangan umatIslam bahawa peristiwa agung iniberlaku di malam dua puluh tujuh dibulan Rejab. Maka sebahagian besar umatIslam menyambut dan menghidupkan malamini dengan amalan-amalan yang khususdengan mengharapkan fadhilat-fadhilattertentu. Tetapi pendapat ini adalahtidak tepat sepertimana yang disebutoleh Syiekh Abdullah bin Abd al-Azizbin Baz: Dan malam ini yang dikatakanberlaku padanya peristiwa al-Isra’ waal-Mi’raj, tidak ada satu hadith sahihpun yang menyebut tentang tarikhperistiwa ini secara khusus, dan semuapendapat yang menyebut tentang tarikhberlakunya peristiwa ini secara khususadalah tidak thabit daripada Rasulullahsaw di sisi ulamak hadith, dan kepadaAllah jualah diserahkan segala hikmahdisebalik kerahsiaan ini kepadamanusia, dan walau sekiranya terdapathadith sahih yang menjelaskan tentangperkara ini, tetap juga tidakdibenarkan umat Islam untukmenghidupkan malam ini dengan amalan-amalan yang khusus, serta tidak harusuntuk menghidupkannya dengan sebarangperayaan kerana Rasulullah saw dan parasahabat r.a tidak pernah merayakannyadan tidak melakukan sebarang amalanyang khusus. Sekiranya menghidupkanatau merayakan malam ke-27 ini amalanyang disyariatkan, semestinya Nabi sawakan menunjukan panduannya sama adadengan kata-kata atau perbuatannya, dansekiranya amalan ini pernah dilakukanoleh Baginda saw, semestinya akandiketahui dan masyhur serta akandisampaikan oleh para sahabat ra kepadakita.(Abdullah bin Abd al-Aziz bin Baz, al-Tahzir min al-Bida’, cetakan ke-3, Uni.Islam Madinah, m/s 7).2) Solat RaghaibSolat ini dilakukan berdasarkan kepadasatu hadith maudhu’ yang diriwayatkanoleh Anas bin Malik ra, katanya: Telahbersabda Rasulullah saw: Rejab bulanAllah, Sya’ban bulan-ku, dan Ramadhanbulan umatku… dan tidak ada seorang punyang berpuasa pada hari Khamis yangpertama dalam bulan Rejab kemudianmelakukan solat diantara waktu Maghribdan ‘Atamah (waktu sepertiga awalmalam), iaitu dilakukan pada malamJumaat sebanyak dua belas rakaat,dibaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah sekali dan surah al-Qadr tigakali, dan surah al-Ikhlas sebanyak duabelas kali, dan diselangi setiap duarakaat dengan salam, dan apabila telahselesai, ia berselawat ke ataskusebanyak 70 kali, kemudian membaca:(Allahumma salli ‘ala Muhammadin Nabiyal-Ummiy wa ‘ala alihi), kemudian sujuddan membaca: (Subbhuhun Quddusun Rabbual-Malaikatu wa al-Ruh) sebanyak 70kali, kemudian ia angkat kepalanya dankemudian membaca: (Rabbi ighfir warhamwatajawaj ‘amma ta’lamu innaka anta al-‘azizu al-a’dzam) sebanyak 70 kali,kemudian ia sujud kali kedua danmembaca seperti bacaan di sujudpertama, kemudian ia mohon kepada Allahsegala hajatnya, nescaya akanditunaikan. Bersabda Rasulullah sawlagi: Dan demi diriku yang di tangan-Nya, tidak ada seorang hamba pun,lelaki mahupun perempuan yangmengerjakan solat ini melainkan akandiampunkan Allah sekelian dosanya,walau pun seperti buih di lautan dansebanyak dedaun di pohonan, dan ia akandapat memberi syafaat pada hari Qiamatuntuk 700 orang di kalangan kaumkeluarganya…))(Diriwayatkan oleh Ibn al-Jauzi, didalam kitabnya al-Maudhu ‘at, jilid 2,m/s 124-125).Seterusnya Ibn al-Jauzi menyebut:((Hadith ini adalah maudhu’ dan dustake atas Rasulullah saw, di dalam nyaterdapat seorang rawi yang bernama IbnJahdham yang terkenal dengan dusta, danaku mendengar guruku; Abd al-Wahabberkata: Para rawinya majhul (tidakdikenali) dan telah disemak tentangperibadi mereka ini di dalam semuakitab tetapi tidak ku temui tentangmereka).Al-Imam al-Syaukaniy rh juga menyebutdi dalam kitabnya: al-Fawaid al-Majmu ‘ah fi al-Ahadith al-Maudhu‘ah:((Hadith ini adalah maudhu’ danperawinya adalah majhul (tidakdikenali), dan solat Raghaib yangmasyhur ini telah sepakat para ulamakbahawa ia adalah maudhu’)).Setelah kita mengetahui tentangkedudukan hadith yang menyebut tentangsolat Raghaib ini, marilah kita melihatapakah pandangan para ulamak tentanghukum mengerjakan solat tersebut.Imam al-Nawawi (w 676H) berkata:Sesungguhnya ia adalah bid ‘ah yangditegah di antara bid ‘ah-bid ‘ah yangsesat, dan padanya terdapat pelbagaipercanggahan yang jelas, Allahmemerangi mereka yang mencipta danmereka-reka solat ini, dan para imamtelah menulis pelbagai penulisan yangbernilai dan bermutu yang menyebuttentang keburukannya, kesesatan orangyang mengerjakan sembahyang ini, danyang melakukan bid ‘ah ini, serta daliltentang kejelekan, kebatilan sertakesesatan orang yang mengamalkannyaadalah terlalu banyak dan tidakterhitung.(Al-Nawawi, al-Minhaj Syarah SahihMuslim, (Bierut: Dar al-Ma’rifah,cetakan ke-7, 2000), jilid 8, m/s 262.Al-Imam Ibn Taimiyah (w 728 H) jugamenyanggah pendapat tentang kewujudansolat ini dengan berkata: Solat ini(Raghaib) ini tidak dilakukan olehRasulullah saw dan tidak pula olehseorang pun dikalangan para sahabatBaginda, tabi‘in dan para imam kaumMuslimin, dan Nabi saw tidakmenggalakkannya serta tidak terdapatseorang pun dikalangan ulamak salaf danimam-imam yang menggalakannya danmereka tidak pernah menyebut akanadanya keutamaan-keutamaan yang khususbagi malam ini. Hadith-hadith yangmenyebut mengenainya adalah dusta danmaudhu’ dengan sepakat ahli ilmu, makaoleh kerana itu ahli-ahli tahqiqmengatakan bahawa solat tersebut adalahmakruh, bukan sunat)).(Ibn Taimiyah, Majmu’ al-Fatawa, 1/149)Menurut al-Hafiz Ibn Rejab pula: Solatini adalah bid‘ah di sisi jumhur(kebanyakan) ulamak, dan di antaramereka yang menyebut tentang perkaraini adalah di kalangan ulamak yangterkemudian seperti Abu Ismail al-Haruwi, Abu Bakar ibn al-Sam‘aniy, Abual-Fadhl ibn Nasir, Abu al-Farj ibn al-Jawzi dan yang lain lagi, dan perkaraini tidak disebut oleh ulamak yang awaldisebabkan ianya hanya muncul selepasdaripada zaman mereka, dan yang terawaltimbulnya perkara ini ialah selepas 400tahun, maka sebab itulah golonganulamak yang awal dan terdahulu tidakmengetahuinya dan tidakmembincangkannya(Ibn Rejab, Lataif al-Ma ‘arif, m/s228)Terdapat ramai lagi dikalangan ulamakyang membincangkan tentang hukum solatRaghaib ini. Kesimpulan yang dapatdibuat daripada pendapat-pendapatmereka semuanya menafikan kewujudansolat ini dan menganggap ia sebagaisalah satu bid ‘ah (ibadat yang direka-reka) yang amat ditegah dan tidak bolehmengamalkannya kerana ianya tidakthabit daripada Rasulullah saw mahupunpara sahabat ra serta al-tabi’in..3) Berpuasa penuh di bulan Rejab atausebahagiannya dengan menganggap ianyamempunyai fadhilat yang khas.Sesetengah daripada umat Islam akanberpuasa di bulan ini sepenuhnya atausebahagainya dan mereka menganggappuasa ini mempunyai kelebihan danfadhilat yang khusus. Tetapi malangnya,ganjaran atau kelebihan yang khas bagimereka yang melakukan amalan ini tidakbersumberkan daripada al-Quran atauhadith-hadith yang sahih. Bahkan ianyadiambil daripada hadith-hadith yangmaudhu’ (palsu) dan yang lebih malanglagi hadith-hadith ini disebarkan olehgolongan-golongan agama atau ustaz-ustaz kepada masyarakat Islam samada didalam kuliah-kuliah mereka atau melaluipenulisan. Antara hadith-hadith maudhu’yang tersebar luas mengenai fadhilatpuasa di bulan Rejab ini ialah:1. Ibnu al-Jawzi menyebutkan daririwayat Muhamad bin Abdul-Baqi dari AbuBakr Muhamad bin al-Hassan al-Naqqasy,dari Abu Said r.a bahawa Rasulullah sawbersabda:"Rejab adalah bulan Allah, Sya’banbulanku dan Ramadhan bulan umatku, makabarangsiapa yang berpuasa bulan Rejabdengan penuh keimanan dan mengharapkanpahala dari Allah, maka ia wajibmendapat keredhaan Allah Yang MahaAgung dan ditempatkannya di Syurga al-Firdaus yang tertinggi. Sesiapa yangberpuasa dua hari dari bulan Rejab makabaginya pahala dua kali ganda,timbangan tiap-tiap ganda bagaikanbukit-bukit di dunia. Barangsiapa yangberpuasa tiga hari dari bulan Rejabmaka Allah menjadikan antaranya danNeraka sebuah parit yang panjangnyasetahun perjalanan. Barangsiapa yangberpuasa empat hari dari bulan Rejabmaka ia akan diselamatkan dari bala,gila, kusta, sopak, fitnah al-Masih al-Dajjal dan dari azab kubur…."Ibnu al-Jawzi telah menghukum hadithini dengan maudhu’.2. Ibnu Shahin meriwayatkan dari Alir.a dari Harun bin ‘Antarah bahawaRasulullah saw bersabda:"Sesungguhya bulan Rejab adalah bulanyang agung, maka barangsiapa yangberpuasa sehari dari bulan Rejabnescaya Allah menuliskan baginya puasaseribu tahun. Siapa yang berpuasa duahari dari bulan Rejab maka Allahmenuliskan baginya puasa dua ributahun. Siapa yang berpuasa tiga haridari bulan Rejab maka Allah menulisbaginya puasa tiga ribu tahun…"Menurut Ibnu ‘Iraq: Hadith ini adalahmaudhu’ tanpa syak lagi. Harunbin ‘Antarah pula disi Ibnu Hibbanadalah seorang pereka hadith.3. Diriwayatkan daripada Ali bin AbuTalib r.a bahawa Rasulullah sawbersabda:"Aku dibangkitkan sebagai Nabi pada 27Rejab, maka barangsiapa yang berpuasapada hari itu dan ia berdoa sewaktuberbuka puasa, maka puasa itu menjadikifarat baginya selama sepuluh tahun".Hadith ini telah disebut oleh al-HafidzIbnu Hajar dari kitab Fawaid susunanAbu al-Hassan bin Shakhr dengan sanadyang batil.Demikianlah antara contoh sebahagiankecil daripada hadith-hadith palsu yangtersebar dikalangan masyarakat Islammengenai fadhilat puasa di bulan Rejabini. Masih terdapat banyak lagi hadith-hadith palsu lain mengenai fadhilatpuasa di bulan ini yang sesetengahdaripada fadhilat tersebut tidak dapatditerima oleh akal yang sejahtera,apatah lagi ianya bercangggah dengankaedah dan prinsip asas agama.Al-Hafiz Ibn Hajar di dalam menyentuhperkara ini berkata: Tidak terdapathadith-hadith yang boleh dijadikanhujah yang menyebut tentang fadhilatkhusus bulan Rejab, atau fadhilatberpuasa (sepenuhnya) di bulan ini,atau berpuasa sebahagiannya, ataumenghidupkan malamnya yang khusus.(Ibn Hajar, Tabyin al-‘Ajab fi mawarada fi Fadhl Rajab, m/s 23).Sayyidina Omar al-Khattab melarangorang berpuasa dibulan ini dan beliaupernah memukul tangan orang yang tidakmahu makan disebabkan berpuasa di bulanRejab.(al-Suyuti, al-Amr bi al-Ittiba’ wa al-nahyu an al-Ibtida’, (Bierut: Dar al-Kutub al-Ilmiyah, cet.1, 1988), m/s63).Al-Imam Al-Syawkaniy pula menyebut didalam kitabnya al-Fawaid: ((Dalam saturisalahnya Ali bin Ibrahim al-‘Atharberkata: Apa yang diriwayatkanmengenai keutamaan puasa Rejab semuanyamaudhu’ dan dhaif tidak mempunyaisumber. Katanya lagi: Abdullah al-Anshari tidak berpuasa Rejab dan beliaumelarangnya dan berkata: Tidak ada satuhadith pun yang sahih dari Nabi sawmengenainya)).(Al-Syawkaniy, al-Fawaid al-Majmu’ah,m/s 440).Selain daripada amalan yang disebutkanini, terdapat lagi amalan khusus lainyang disebarkan seperti amalan membacaapa yang disebut sebagai ‘IstighfarRejab’. Disebutkan di antarafadhilatnya ialah sesiapa yang menulisatau menggantung atau membawa ataumembaca istighfar Rejab maka ia akanmendapat pahala sebanyak 80, 000 pahalapara Nabi.Terdapat juga sesetengah umat Islamyang menunaikan umrah pada bulan inidengan menganggap ianya mempunyaifadhilat yang khusus jika dilakukanpada bulan Rejab.Demikianlah sebahagian amalan yangbiasa dilakukan oleh umat Islam didalam bulan Rejab ini yang tidakbersumberkan dari Rasulullah saw.Persoalan yang mesti diulang fikirkanlagi adakah amalan-amalan tersebut akanditerima oleh Allah dan mendapatganjarannya?. Atau ianya tidak mendapatapa-apa kecuali penat dan letih sahaja.Semoga Allah swt mengampunkan kesalahanyang dilakukan di atas kejahilan kita.Marilah kita bersama-sama untukmembenteraskan kegiatan penyebaranhadith-hadith palsu di kalangan umatIslam. Pastikan ibadah yang kitalakukan benar-benar menepati sunnahRasulullah saw dan diiringi dengankeikhlasan kepada Allah swt.

Monday, July 16, 2007

~...Siapa kata dalam Islam tak boleh 'couple'?...~

Sebelum saya mula mula coret..kepada sesiapa yang nak baca artikel asal sila ke link ni.Kawan saya letakkan artikel asal di blog nya. .Penulis asal artikel adalah ustaz maszlee malik,pensyarah UIA.

http://ibnuyusofaljohori.blogspot.com/2007/01/nikah-khitbah.html

-rasanya semua kita pastinya bercinta dengan orang yang kita suka,apatah lagi dah nama nya pun menyintai,rata-rata kita tentunya mahu menyintai dan memiliki kan? -maka jika dah memang kita yakin si dia adalah orangnya untuk kita,apa tunggu lagi?’couple’ lah!! Islam tidak pernah menghalang cinta. Cuba fikir logik,jika dah ibadat kita pun lain dengan ibadat agama lain,maka islam yang kita yakini sebagai cara hidup kita pun ada couple cara islam yang sudah tentunya berbeza ngan couple agama lain/fahaman orang yang tak beragama..ye dak?logik kan? - jadi,bagaimanakah couple yang halal dalam islam?nama islamik bagi ‘couple’ halal ialah nikah khitbah,dalam bahasa kita ianya dipanggil nikah gantung (lebih baik guna nama islamik ye dak?bunyi pun sedap sikit) - kat sini saya kuarkan ‘point-point’ yg diutarakan oleh penulis asal artikel berkenaan ‘coupling’ halal atau bahasa islamik nya "nikah khitbah" -antara petikan artikel asal : 1) “Penulis menjawab: “Siapa kata tak boleh coupling? Nak bercouple, bercouplelah, tapi kena dengan cara yang halal…iaitu bernikah!”.” Jika diutarakan persoalan nikah, ramai yang akan memberikan respon yang skeptic. “Mana ada duit!”, “Nak bagi anak orang makan apa?”, “Mak bapak tak kasi!”, “Nak tinggal di mana?”, “Mana ada kerja lagi!”, “Diri sendiri pun tidak terjaga!” dan pelbagai alasan lagi. Mengapa mereka boleh mengemukakan alasan-alasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan untuk melakukan perkara yang haram? Jawapan saya bagi segala persoalan tersebut, mudah sahaja… “Kamu wajib berkhitbah!”. 2)” Apakah “khitbah”? Jika diterjemahkan secara literalnya, ia membawa maksud “bertunang”. Bertunang menurut adat dan pengamalan orang Melayu adalah perjanjian di antara dua orang insan untuk berkahwin melalui proses ritual tertentu. Definisi itu jugalah yang terdapat dalam pengamalan fiqh klasik dan juga di zaman Rasulullah s.a.w. Definisi ini jugalah yang diamalkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia. Malangnya, disebabkan kejahilan masyarakat, hubungan pertunangan yang sekadar perjanjian semata-mata ini, akhirnya dianggap sebagai upacara untuk menghalalkan perhubungan di antara dua pihak yang bertunang. Lebih dahsyat lagi, ada di antara ibu bapa yang menyangkakan bahawa bertunang bermaksud “separuh berkahwin”. Ada pasangan yang bertunang, berpelesiran, berpegangan tangan dan juga bermadu asmara akan cuba menjustifikasikan tindakan tersebut dengan ikatan pertunangan serta mendapat restu ibu bapa kedua-dua belah pihak.” 3) “Khitbah menurut pengamalan orang Arab moden, terutamanya di Jordan pula amat berbeza dengan pengamalan orang bertunang secara klasikal dan juga pengamalan orang Melayu. Ia merupakan “akad nikah” dalam erti kata yang sebenar. Akad khitbah di dalam masyarakat arab pada realitinya merupakan akad nikah. Seperkara yang membezakan di antara akad nikah dan khitbah ialah kedua-dua pasangan khitbah tidak tinggal bersama sehinggalah selesai majlis perkahwinan dijalankan. Pada dasarnya, mereka berdua adalah suami isteri dan halal untuk melakukan apa sahaja yang difikirkan untuk mereka melakukannya.” 4) “Di dalam masyarakat kita, pernikahan tersebut diberikan nama “nikah gantung”. Bukankah bunyinya amat mengerikan? Jika ditukarkan nama “nikah gantung” tersebut kepada “nikah khitbah” tentu konotasi terhadap kontrak tersebut tidaklah mengerikan. Bunyinya pun agak “islamik”. Jika ia dapat diamalkan oleh kebanyakan para siswa dan siswi kampus yang dilanda asmara dan cinta serius berkemungkinan ia boleh menyelesaikan banyak perkara yang mereka hadapi.” - haa..amacam?praktikal tak islam?ke malu dapat status "married" dalam usia muda?adakah malu buat yang halal tapi tak malu berdua-duan secara haram yang memang memungkinkan segala pekara tak senonoh terjadi atau timbul fitnah? - nikah khitbah..bukan sahaja solusi kepada belia islam yang mahu ber’couple’ tapi juga adalah tanda/bukti yang si dia yang menyatakan cinta pada kita tu tak menipu,sanggup bertanggung jawab(bagi perempuan). - lagi satu,kalau isu dapat anak timbul..aik?bukankah kita selalu ‘claim’ yang kita ni dah maju,kan banyak caranya untuk elakkan kehamilan.Ni ada ayat ‘favourite’ – “World,world juga,akhirat jangan lupa!”.Haa..siapa kata bila amal islam maka akan kacau hal dunia?
Ber’couple’ lah sambil mendapat redha ALLAH

Sunday, July 15, 2007

~...STUDY DAN DAKWAH TIDAK SEPERTI JONGKANG-JONGKIT...~

Lia, jomlah pergi usrahLia, jomlah berdakwahLia, ummah semakin koyakLia, jomlah kita bangkit mengubahsegalanyaAku tidak mahuAku kena studyMarkah semester lepas dah cukup terukGara-gara dakwah, tarbiah dan programAku menyesal megikuti semua ituBosan!!Dakwah bukan je plainly ceritarububiyah ketuhanan,tapi banyak lagiskopnyaBukan ke islam tu syumulKalau nak berjaya, kena studyWaktu study, studylahEsok kalau dah berjayaAku buatlah kerja dakwah tuKalau aku buat kerja dakwah, aku gagaldalam pelajarankuKan nanti aku menutup mata orang lainterhadap IslamLia, dakwah dan pelajaran bukan macamjongkang jongkingJongkang jongking?Apa kau merepek ni?Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macamjongkang jongkingBila dakwah di atas, pelajaran di bawahBila pelajaran di atas, dakwah di bawahTu bukan dakwah namanyaDan tu bukan belajar namanyaHabis tu?Hmm, dakwah dan pelajaran kenaberkadar terusTak boleh inversely proportionalApa maksud kau?Orang yang melakukan kerja dakwahdengan ikhlas akan menemukan Allahdalam pelajarannyaAku tidak fahamTak pe, aku terangkanMacam gini, bila dah berdakwah tuRasa senang je nak studyBila belajar tentang mitokondriamisalnyaBoleh bayangkan betapa hebatnya Allahciptakan mitokondriaBila belajar tentang algebra, terasakerdilnya diriBila belajar tentang Hukum Boyle,terasa akrab dengan PenciptaKenapa?Sebab diri tahu bahawa hukum-hukumtersebut adalah hukum AllahIlmu-ilmu tersebut adalah milik AllahRasa senang hati nak terima ilmuKalau orang lain study 1 jamDia hanya perlu study 10 minit sahajaSebab apa?Sebab ada keberkatan masa dalamstudynya ituAku tak pernah rasa semua ituLain tu, selama ni kau nak cakap yangaku ikut program tarbiah dan dakwah tutak ikhlas?Tak, itu bukan maksud akuCuma kena checklah sikit hati tuWaktu buat kerja dakwah tu, ada takberlaku tarik tali dengan AllahApa maksud kau tarik tali dengan Allah?Ok, aku berikan contohMisalnya waktu buat kerja dakwah tu,Terdetik tak kat hati , banyak lagiyang tidak habis belajarTerdetik tak kat hati, assignmentbanyak lagiItulah maksudnya tarik tali denganAllahAda keraguan dalam hatiSeolah-olah tidak yakin dengan janjiAllahSiapa yang menolong agama Allah,nescaya Allah akan menolongnyaKita melakukan jual beli dengan Allah,tapi kita tidak bayar lagiKita berdoa, tapi tak de kesungguhandalam doa kitaKita berdakwah, tapi hati kita tiadadengan AllahLia dah fahamLia kena banyak muhasabahLia dah study dari tadi, tapi takmasuk-masukLia tahu itu maksudnya peringatan dariAllahLia yang tahu hukum berdakwah tidakmengerjakan kerja tersebutLia, sahabatku,Seorang ibu pernah mengatakanAku ingin dakwah terlihat dalam setiapperbuatankuSetiap kali aku bergaul denganjiranku, aku ingin mereka merasakankemanisan iman dan IslamSetiap kali jiranku melihat kebahagianrumahtanggaku, aku ingin merekamerasakan keindahan IslamLia, itulah yang inginku kubentukdalam dirikuAku ingin setiap perbuatanku menjadimanifestasi dakwah itu sendiriPelajaranku, hubunganku dengankeluarga dan sahabat, segalanya adalahdakwahMoga kita bersama dalam usahamerealisasikannyaLia, aku ingin berkongsi dua kisah,Pertama, mengenai kisah Assyahid ImamHassan AlBannaDan kedua kisah sahabatku di IndonesiaMoga kedua-dua kisah ini dapat kitarenungkan bersamaMenjadi motivasi buat kita untuk terusberada dalam mandala ini.Lia, kau pastinya arif mengenaiAssyahid Imam Hassan AlBanna.Dakwahnya menyinari hati umat manusiadi saat itu. Dia berdakwah sehingga kekawasan perkampungan di gunung-gunungyang tinggi. Semua manusiamengenalinya. Tanyakan sahaja dijalanan di saat itu, kenalkah kamudengan Assyahid Imam Hassan Al Banna,pasti semua mengenalinya kerana kerjakerasnya di dalam perjuangan dakwah .Lia, aku akui sememangnya untukberjaya dalam pelajaran, kita kenaberusaha. Itu Sunnatullah. Tapi Lia,kemenangan Islam takkan tertegakdengan kata-kata, dengan mimpi sahaja.Untuk memastikan kejayaan dakwah, kitajuga kena berusaha. Itu juga adalahSunnatullah. Kemenangan Islammemerlukan pengorbanan daripengikutnya.Lia, aku kongsikan pembacaanku dalambuku Detik-detik Hidupku karanganAssyahid Imam Hassan Al Banna:<>Itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin.Seorang sahabat di Indonesia pernahbercerita mengenai pelajarannya.Alhamdulillah, dia memperolehi yangterbaik.Dia ingin mempertahankan prestasiterbaik untuk Allah, agama Allah. Disudut lainnya, dia tidak suka mengejardunia, bersaing untuk berasa hebat.Dia hanya ingin memberikan yangterbaik sebagai hamba Allah.Dahulu dia bukan begitu. Dia pernahkecundang. Dia pernah bertanya kepadaAllah - Ya Allah, kenapa engkaumentakdirkan prestasi yang baik buattemanku? Apakah temanku itu punyaalasan yang kuat sehingga Engkaumenolongnya. Aku mempunyai mimpi yangbesar untuk menegakkan agamaMu melaluipergerakan dakwah. Maka aku mohonbahawa aku harus berjaya.Lalu Allah memberitahu dirinya melaluisuatu kisah sahabat yang dijamin masuksyurga, padahal seharian ibadahnyasama saja seperti sahabat yang lain.Dan ketika ditanya prinsip hidupnya,sahabat itu menjawab "Aku tak sukamembanding-bandingk an apa yang Allahberikan kepada hamba-hambaNya. Akuyakin Allah Maha Baik dan menjaminkebaikan untukku dalam situasi sulitatau lapang. Aku akan tetap redhakepada Allah dalam situasi apapun. Akuakan tetap bersaksi bahawa Allahadalah Robb yang Maha Esa, meskipungunung-gunung harta itu milikku atauaku tak punya harta sedikit pun”.Lia, saya teringat email yang pernahsaya terima dari seorang kawan.Tulisannya benar-benar terkesan dihati saya. Dia bercerita tentangseorang wanita yang terkena penyakitdisebabkan poliovirus semenjak kecil.Kisah ini kisah benar. Saya namakanwanita ini A. A memerlukan tongkatuntuk berjalan. A tidak berapa cantik,tidak slim dan tidak tinggi. Satusahaja keinginan A. A ingin sesiapasahaja yang melihatnya mengucapkanSubhanallah.Keinginan A tercapai. Bila A belajardi sekolah menengah dan berjaya,manusia yang ditemuinya mengucapkanSubahanallah. Bila A berjaya masuk keuniversiti, sekali lagi orang ramaimengucapkan Subhanallah. Bila Amenyudahkan pelajarannya, sekali lagimanusia mengucapkan Subhanallah. Dansekali lagi orang ramai mengucapkanSubhanallah apabila A mengahwiniseorang lelaki yang kacak dan beriman.Orang ramai tertanya-tanya, apa yangmampu A berikan kepada suaminya.Takdir Allah menentukan yangsebaiknya. Allah mengurniakan A dansuaminya 3 orang anak yang comel dansempurna. Sekali lagi orang ramaimengucapkan Subhanallah.Dengan kecacatanya, A masih mampumembuat manusia mengingati Allah.Sejarah menunjukkan kita bahawa rupaparas bukan persoalan utama. Ingatlagi tentang Abdullah bin UmmiMakhtum. Dia sahabat nabi yang buta.Dia mahu membawa panji bendera Islam.Katanya, buta menyebabkan dia tidaktakut kerana dia tidak akan dapatmelihat bilangan musuh. Akhirnya diasyahid. Mereka yang menemui mayatnyatidak dapat mengecamnya kerana terlalubanyak luka parah yang dialaminya.Subhanallah.Pasti Lia ingat lagi Assyahid SheikhAhmad Yassin. Dia cacat. Duduk di ataskerusi roda. Tapi apa yang telah dialakukan? HAMAS berdiri dengan izzah.Musuh menggeruninya.Lia, kita sempurna. Ayuh lakukansesuatu untuk Islam. Ayuh berada dalamsaf perjuangan.

Thursday, July 12, 2007

~...Wajib berjihad melawan pencerobohan...~

Syeikh al-Maraghi berkata, kalam Allahyang terdahulu membincangkan berkenaandengan infak dan membelanjakan hartapada jalan Allah mengikut bahagianorang-orang beriman yang memerlukanbantuan dan pertolongan. Ia bolehmewujudkan ruh ta’awun antara ikhwahdalam iman.Ia sebagai takaful umum dalam sebuahkeluarga Islam yang seluruh anggotanyaseperti sebuah badan, tidak mengadusatu anggota kecuali anggota yang lainmemainkan peranannya.Kemudian selepas itu dinyatakan babpeperangan dengan pengorbanan jiwasemata-mata meninggikan agama Allah.Sebagaimana yang dinyatakan bahawaharta adalah saudara kepada ruh.Justeru, hubungan antara keduanya amatkuat, amat munasabahlah disebut ayatperang selepas menyebut semua hukumsedekah.Allah berfirman:Kamu diwajibkan berperang (untukmenentang pencerobohan) sedangpeperangan itu ialah perkara yang kamubenci; dan boleh jadi kamu bencikepada sesuatu padahal ia baik bagikamu, dan boleh jadi kamu suka kepadasesuatu padahal ia buruk bagi kamu.Dan (ingatlah), Allah jualah Yangmengetahui (semuanya itu), sedang kamutidak mengetahuinya. (al-Baqarah: 216)Dinukilkan hukum jihad menurut paraFuqaha, Hasan al-Banna berkata: Disini ingin saya petik beberapapendapat ulama mazhab termasuk paraulama terkini berhubung hukum jihaddan persediaan berjihad.Menurut pengarang kitab Majma’ al-Anhar Fi Sharh Multaqa al-Abhar yangmenjelaskan hukum jihad dalam mazhabHanafi: Jihad menurut bahasa ialahmemberikan apa yang termampu baikdalam bentuk kata-kata atau tindakan.Menurut syariat pula ialah membunuhorang kafir atau seumpama dengannyadengan cara memukul mereka, merampasharta mereka, menghancurkan tempatibadat dan memecahkan berhala mereka.Tujuannya, mengukuhkan agama dengancara memerangi kafir harbi atau zimmiyang melanggar perjanjian dan jugaorang murtad yang merupakan orangkafir paling keji kerana dia merekamembatalkan pengakuannya. Jika kitayang mulakan peperangan ini ialahfardu kifayah. Maksudnya kita wajibmemulakan peperangan selepas kitasampaikan dakwah Islam. Jika merekatidak memerangi kita, pemerintah wajibmengutus pasukan tentera ke negarasetiap tahun sekali atau dua kali.Rakyat pula perlu menyokongpemerintah. Apabila perkara inidilaksanakan oleh sebahagian, yanglain tidak diwajibkan. Jika kewajipanini tidak terlaksana, penduduk yangberdekatan dan seterusnya yangterdekat wajib melaksanakannya. Jikamasih tidak cukup dan memerlukanpenyertaan semua, ketika itu jihadadalah fardu ain sama sepertisembahyang.Hukum ini wajib berdasarkan firmanAllah yang bermaksud: Maka perangilahorang-orang musyrikin itu. Ia jugaberdasarkan sabda Rasulullah s.a.w:Jihad itu terus hingga hari kiamat.Jika ditinggalkan, semua orang Islamberdosa.Di akhirnya pengarang menyebut: Jikamusuh berjaya menguasai sebahagianbumi Islam atau sebahagian wilayahIslam, hukum ketika itu adalah farduain. Wanita dan hamba boleh keluartanpa izin suami dan tuannya. Begitujuga anak boleh keluar tanpa izin ibubapanya. Pemiutang boleh keluar tanpaizin penghutangnya.Dalam buku al-Bahr dinyatakan, jikaseseorang wanita Islam ditawan disebelah Timur, seluruh penduduk Baratwajib membebaskannya selagi wanita itutidak dibawa pulang ke kota atau kubumereka.Menurut pengarang Bulghah al-MasalikLi Aqrab al-Masalik Fi Mazhab ImamMalik (Mazhab Maliki): Jihad di jalanAllah untuk memartabatkan kalimahAllah pada setiap tahun adalah fardukifayah. Jika telah dilaksanakan olehsebahagian, yang lain tidak diwajibkan.Namun jihad menjadi fardu ain kepadaorang tertentu seperti sembahyang danpuasa apabila dia dipilih olehpemerintah melaksanakan tugas tersebutatau apabila sebuah wilayah Islamdiserang musuh. Ketika itu pendudukitu wajib dan jika tidak mampupenduduk berdekatan juga diwajibkan.Dalam keadaan ini, wanita dan hambajuga diwajibkan walaupun merekadilarang oleh wali, suami, tuan danpeminjam bagi yang berhutang. Jihadjuga wajib jika bernazar. Ibu bapahanya boleh melarang jika jihad adalahfardu kifayah. Membebaskan seorangtawanan perang yang ditawan musuhadalah fardu kifayah jika wangnyatidak mencukupi untuk membebaskandirinya. Walaupun ini bermaknaterpaksa menggunakan semua harta umatIslam untuk membebaskannya.Menurut Matan al-Minhaj karangan ImamNawawi bermazhab Syafie, jihad dizaman Rasulullah s.a.w adalah fardukifayah dan ada yang berpendapat farduain. Selepas zaman Rasulullah s.a.wpula bergantung pada kedudukan orangkafir.Pertama: Jika orang kafir berada dinegara mereka, jihad adalah fardukifayah. Jika jihad ini dapatdilaksanakan oleh sebahagian umatIslam, yang lain tidak tidak wajibmelaksanakannya.Kedua: Jika orang kafir menceroboh kedalam negara kita, penduduknya wajibmempertahankannya dengan segala upayamereka. Jika mereka boleh bersiapsedia untuk berperang, merekadiwajibkan termasuklah orang miskin,anak lelaki, pemiutang dan hambawalaupun tanpa izin.Menurut kitab al-Mughni karangan IbnuQudamah bermazhab Hanbali, jihadadalah fardu kifayah.Namun ia menjadi wajib (fardu ain)dalam tiga keadaan:* Jika dua bala tentera bertembung danbersemuka, sesiapa yang ada ketika inidiharamkan beredar dan masing-masingwajib menyertainya.* Jika orang kafir menceroboh sesebuahwilayah, seluruh penduduk wilayah ituwajib berperang dan bertahan.* Apabila pemerintah mengerah kumpulantertentu, kumpulan itu wajib keluarberjihad.Sekurang-kurangnya jihad ini dilakukansetahun sekali.Menurut Imam Ahmad bin Hanbal, “setahusaya tidak ada amalan fardu yang lebihbaik daripada jihad, manakala perangdi laut lebih baik daripada perang didarat”.Menurut kitab al-Muhalla, karanganIbnu Hazm bermazhab Zahiri, jihadadalah fardu kepada umat Islam. Jikatelah ada orang yang menghadapiserangan musuh, melancarkan seranganke kubu musuh, memelihara sempadanumat Islam, orang lain tidakdiwajibkan. Jika tidak ada, maka jihaddiwajibkan kepada setiap orang Islam.Allah berfirman yang bermaksud,Pergilah kamu beramai-ramai (untukberperang pada jalan Allah), sama adadengan keadaan ringan (dan mudahbergerak) ataupun dengan keadaan berat(disebabkan berbagai-bagaitanggungjawab) dan berjihadlah denganharta benda dan jiwa kamu. (at-Taubah:41)Jihad hanya boleh dilaksanakan jikadiizinkan oleh ibu bapa. Namun jikamusuh menyerang sekumpulan umat Islam,jihad menjadi wajib kepada semua yangmampu menolong mereka sama ada ibubapaizinkan atau tidak. Kecuali jika tanpakehadirannya boleh menyebabkan ibubapanya atau salah seorang daripadamereka akan terbiar.Menurut al-Syaukani dalam kitab Al-Sail Al-Jarrar: Dalil-dalil daripadaal-Quran dan sunah yang menyatakanjihad adalah wajib terlalu panjanguntuk dituliskan di sini. Walaubagaimanapun jihad ini hanya fardukifayah iaitu jika telah dilaksanakanoleh sebahagian umat Islam, maka yanglain tidak diwajibkan. Namun begitu,sebelum sebahagian tadimelaksanakannya, jihad ini adalahfardu ain kepada semua yang mampu.Bagi sesiapa yang dikerah untukberperang oleh pemerintah, dia wajibberperang dan hukum baginya adalahfardu ain.Para ulama, ahli sufi, ahliprofesional dan sebagainya tidakpernah meninggalkan dan mengabaikanjihad. Mereka sentiasa bersiap sedia.Abdullah bin al-Mubarak, seorang ahlifikah yang zuhud sentiasa secarasukarela menyumbangkan banyak masauntuk berjihad. Demikian juga AbdulWahid bin Zaid, seorang ahli sufi yangzuhud. Shaqiq al-Bajkhli, mahagurusufi di zamannya sentiasa membawa diridan anak murid untuk berjihad.Bagi al-Badar al-Aini, penulis huraianhadis al-Bukhari seorang ulama fikahdan hadis, beliau akan membuatgiliran, tahun ini berperang, tahunhadapan mengajar dan tahun berikutnyamenunaikan haji. Al-Qadi Asad bin al-Furat al-Maliki adalah ketua tenteralaut pada zamannya. Al-Imam al-Syafieapabila memanah sepuluh anak panah,tiada satupun yang tersasar.Demikianlah budaya ulama silam.Cubalah bandingkan kita dengan sejarahini.Iktibar Ayat:* Berperang mempunyai matlamat untukmenegakkan kebenaran dan keharmonianummah.* Kadang-kadang apa yang kita tidaksuka mempunyai hikmah yang cukup besardan jauh lebih baik daripada apa yangkita suka.* Mengithbatkan sifat Allah yang MahaMengetahui.


~sumber : BICARA AGAMA_UTUSAN MALAYSIA11/07/07 ~

Sunday, July 8, 2007

~...GERAKAN KRISTIANISASI...~

TA'RIFGerakan Kristianisasi adalah sebuah gerakan keagamaan yang bersifat ‘Politik Penjajahan’. Gerakan ini muncul selepas kekalahan pihak Kristian dalam Perang Salib sebagai usaha menyebarkan agama Kristian ke negara-negara dunia ketiga, terutamanya kepada ummat Islam. Objektifnya ialah untuk menguasai bangsa-bangsa tersebut.SEJARAH PENUBUHAN DAN TOKOH-TOKOHNYARaymond Lull adalah orang Kristian pertama yang memperkenalkan konsep kristianisasi, selepas kegagalan pihak Kristian dalam Peperangan Salib. Dia bersungguh-sungguh belajar bahasa Arab, menjelajah negara-negara Syam sambil berdialog dengan ulama-ulama di sana.Para mubaligh Kristian bermazhab Katholik telah memasuki benua Afrika sejak abad ke 15M ketika Portugal menjumpai negara-negara baru tersebut. Setelah itu mubaligh-mubaligh Kristian bermazhab Protestan pula dihantar oleh orang-orang Inggeris, Jerman dan Perancis.Peter Heling sejak awal lagi sudah masuk ke dalam masyarakat lslam di pantai Negara-negara Afrika.Sedangkan Baron du Betez, sejak tahun 1664, membangkitkan semangat orang-orang Kristian sehingga ia berjaya mendirikan sebuah akademi yang menjadi pusat latihan mubaligh Kristian.Mr. Cary adalah tokoh yang unggul dalam gerakan Kristianisasi mengatasi mereka yang sebelumnya. la muncul menjelang akhir abad 18M dan awal abad 19M.Paderi Henry Martin (meninggal tahun 1812) sangat besar peranannya dalam menyebarkan mubaligh-mubaligh Kristian ke negara-negara Asia Barat. Dia telah menterjemahkan Bibel ke dalam bahasa India, Parsi dan Armenia.Dalam Tahun 1795 M Dewan Gereja Protestan bersatu dengan orang-orang Kopti di Mesir untuk menubuhkan sebuah Misi Kristian yang bertugas menyebarkan ajaran Injil di Afrika.David Livingstone (1813 -1873), seorang pelancong lnggeris, telah menjelajah ke tengah-tengah benua Afrika. Sebelum menjelajah benua itu, dia dikenal sebagai seorang paderi.Pada tahun 1849 M missi-missi Kristian mula dihantar ke negara-negara Syam. Perancangan yang intensif dilakukan untuk menguasai beberapa wilayah di kawasan negara-negara tersebut.Tahun 1855 M Pertubuhan Pemuda Masehi ditubuhkan. Anggotanya terdiri dari pemuda-pemuda berbangsa lnggeris dan Amerika. Tugasnya terbatas pada usaha menanamkan keyakinan Ketuhanan Almasih pada diri mereka sendiri. Tahun 1895 M Persatuan Mahasiswa Kristian Antarabangsa ditubuhkan. Persatuan ini berusaha menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi pelajar-pelajar sekolah di berbagai negara. Seiring dengan itu dilancarkan pula kempen 'cinta kasih' (ajaran Kristian) kepada mereka. Samuel Zwemer, Ketua Misi Kristian untuk negara-negara Arab di Bahrain dan Ketua Persekutuan Kristian di Timur Tengah, bertanggungjawab menerbitkan majalah berbahasa lnggeris berjudul ‘Muslim World’. Majalah ini mula diterbitkan pada tahun 1911 dan masih lagi diterbitkan sehingga hari ini oleh Hartford.Zwemer memasuki Bahrain dalam tahun 1890 M. Sejak tahun 1894 gereja-gereja reformasi Amerika menaja dan membiayainya sepenuhnya kegiatannya. Kejayaan dari aktiviti sosial dan kemanusiaan Zwemer yang paling menonjol antara lain ialah penubuhan misi-misi kedoktoran dan perubatan di negara-negara Teluk. Diikuti dengan pembukaan Pusat-pusat Kebajikan Masyarakat di Bahrain, Kuwait, Musqat dan Amman. Zwemer boleh dianggap sebagai salah seorang tokoh gerakan kristianisasi terbesar di abad moden ini.Kenneth Cragg, pengganti Zwemer untuk mengetuai majalah Muslim World, pernah menjadi pensyarah Universiti Amerika di Kairo dan menjadi Dekan Jurusan Theologi Masehi di Lembaga Misi Kristian Hartford. Bukunya yang terkenal, Panggilan Menara Azan, diterbitkan pada tahun 1956.Louis Massignon, penasihat gerakan kristianisasi di Mesir. Ia adalah salah seorang anggota Lembaga Bahasa Arab di Mesir dan pernah menjadi penasihat Departmen Kolonialisme Perancis untuk Urusan Afrika Selatan. Daniel Bills berkata, "Institut Pengajian Tinggi Robert di lstanbul (sekarang Universiti Amerika) tidak lagi menjadi pusat pengajian tinggi yang ekslusif, baik di segi sukatan pelajaran ataupun fasiliti yang disediakannya. Sekarang telah menjadi institut pengajian tinggi Kristian yang benar-benar terbuka. Pengasasnya adalah seorang mubaligh Kristian. Malah sampai sekarang pimpinannya mestilah seorang pendakwah Kristian."Paderi Syantor pada masa penjajahan Perancis menjadi Ketua Akademi Yesuit di Beirut dalam tempoh yang agak lama. Mr. Nibrouse, Rektor Universiti Beirut Amerika tahun 1948 M berkata: "Sejarah telah membuktikan bahawa pendidikan adalah alat paling berkesan kepada para mubaligh Amerika untuk mengkristiankan Syria dan Lebanon." Don Huk Crey, tokoh terbesar dalam Persidangan Kristian Louzon tahun 1974 M, adalah seorang penganut Kristian bermazhab Protestan. Dia pernah menjadi mubaligh Kristian di Pakistan selama 20 tahun. Pernah menjadi mahasiswa Fuller School of International Mission. Selepas Persidangan Kristian di Colorado pada tahun. 1978 M, dia menjadi pengarah kepada Lembaga Samuel Zwemer. Lembaga ini aktif dalam bidang penerbitan untuk menyebarkan kajian-kajian khusus tentang cara-cara kristianisasi terhadap Ummat Islam. Ibupejabatnya terletak di California. Berbagai latihan dan rekrut dijalankan untuk melahirkan para pendakwah Kristian dalam segala bidang kepakaran.

p/s: amik dari http://www.darulkautsar.com/

~...JIHAD DAN CINTA...~

Mengendalikan Cinta dengan Jihad
Oleh: Vita Sarasi20 Jan 2006 13:19 WIB

Pernahkah Anda merasa bahwa apa yang sedang Anda lakukan itu salah tapi masih juga dilakukan? Pendeknya, sudah tahu keliru tapi terus saja maju.Itulah yang dialami seorang teman saya. Orangnya cerdas dan kini dia mendapat beasiswa untuk belajar di sebuah perguruan tinggi pendidikan agama terkenal di luar negeri. Kepiawaiannya sangat diakui rekan dan para dosennya. Bahkan karya tulisnya mengenai agama menghiasi majalah dan surat kabar. Namun dia mengeluh kepada saya, bahwa saat ini dia tak bisa konsentrasi belajar karena memikirkan hubungan cinta jarak jauhnya. Ya, dia tengah menjalin cinta dengan seseorang yang sedang studi juga di negara lain sejak beberapa bulan ini. Benang-benang asmara terajut lewat email, chatting, dan SMS, nyaris setiap hari. Ada saja hal-hal yang saling dicurhatkan dan dilaporkan. Masya Allah!Namun, konflik batin terus menggelayuti hati dan pikiran teman saya itu. Betapa tidak, dia tahu bahwa semua itu mengganggu konsentrasi belajarnya, apalagi saat ini dia sedang mempersiapkan ujian akhirnya. Terbayang jika gagal, maka orang tua yang siang malam mendoakannya pasti akan kecewa. Lebih-lebih lagi, dia juga paham bahwa apa yang mereka lakukan selama ini adalah dosa yang bisa dikategorikan sebagai zina hati. Dia juga mengerti bahwa itu semua bisa terjadi karena godaan syaithan la’natullah, yang makin menggila kala imannya sedang lemah. Namun apa daya, dia merasa tidak sanggup melawan arus deras godaan cinta itu. Dia merasa terus terhanyut oleh buaian syaithan yang kali ini seakan berwajah manis. Bayangan sang kekasih sungguh sulit untuk dihapuskan. Pikirannya yang cerdas dan pengetahuan yang luas mengenai syariat Islam seakan berubah menjadi tumpul kala digunakan untuk mengatasi konflik batin ini.****Alhamdulillah, suatu saat dia mendatangi majelis taklim dan mendengar lantunan firman Allah SWT: “Sesungguhnya syaithan itu adalah musuh bagimu, maka jadikanlah ia sebagai musuh, karena sesungguhnya syaithan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala.” (QS Fathir: 6). Suara hafidz yang tartil itu sungguh merasuk dalam qalbunya dan menjadi media penghantar Nur Hidayah-Nya.“Jihad...!!!” teriaknya tanpa sadar.Benar sekali, jihadun nafs (jihad melawan hawa nafsu diri-sendiri) dan jihadusy syaithan (jihad melawan syaithan). Dua istilah yang intinya satu yakni jihad ini menggetarkan hati dan pikirannya. Teringat tausyiah salah seorang gurunya: “Kata Al-Jihad di-kasrah huruf jim secara bahasa bermakna kesulitan, kesukaran, kepayahan. Sedangkan secara syar’i bermakna mencurahkan segala kemampuan dalam memerangi musuh, khususnya orang-orang kafir.”Kuncinya adalah “Mengerahkan segala kemampuan, baik materi atau bahkan nyawa kita, untuk membela agama Allah dan melawan musuh Allah dan Rasul-Nya”. Jadi, jika usaha kita biasa-biasa saja atau sambil lalu belumlah dikatakan sebagai jihad.Menurut Ibnul Qayyim ra., jihadun nafs adalah jihad seorang hamba untuk menundukkan dirinya dalam ketaatan kepada Allah SWT, dengan melakukan apa yang diperintahkan Allah dan menjauhi apa yang dilarang-Nya, serta memerangi diri sendiri di jalan Allah. Sedangkan jihadusy syaithan ada dua tingkatan, pertama berjihad untuk menghalau segala sesuatu yang dilontarkan syaithan pada manusia berupa syubhat dan keraguan yang dapat membahayakan perkara iman. Orang yang mampu mengerjakannya akan membuahkan keyakinan. Kedua, berjihad untuk menghalau segala apa yang dilemparkan syaithan berupa kehendak buruk dan syahwat. Orang yang mampu melakukannya akan membuahkan kesabaran. Sabar akan menolak syahwat dan kehendak buruk, keyakinan akan menolak keraguan dan syubhat.Dua jenis jihad inilah yang perlu kita lakukan terlebih dahulu sebelum jihadul kuffar (jihad melawan orang kafir yang menyerang aqidah Islam) dan jihadul munafiqin (jihad melawan orang munafiq yang yang menyerang aqidah Islam).****“Jadi... tunggu apa lagi”, pikir teman saya itu, “Musuh sudah jelas walaupun tidak tampak, yaitu syaithan. Jalan sudah ada, yaitu jihad. Saya akan mulai dengan berniat lilLaahi Ta’ala, sebab amal perbuatan akan sia-sia di mata Allah jika tidak dilandasi dengan niat yang benar, Innamal a’malu bin niyyaat”. Beberapa program jihadun nafs dan jihadusy syaithan dia canangkan dan dia jalankan dengan penuh kesungguhan dan keyakinan. Genderang perang melawan hawa nafsu dan syaithan ditabuhnya dengan menggelegar. Hatinya ikhlas, jika memang sang kekasihnya itu adalah jodohnya, Insya Allah akan dipertemukan dengannya dalam pernikahan yang syar’i.Untuk mewujudkannya, tidak perlu komunikasi hotline 24 jam sehari dengan sang kekasih seperti yang sudah-sudah. Yang penting, amanah belajar harus dituntaskan dulu. Namun dalam masa belajar ini, adalah rugi di mata Allah jika hanya mempelajari pengetahuan duniawi tanpa mendasarinya dengan pengetahuan ukhrawi. Oleh sebab itu, jika suatu saat dia akan mengajak kekasihnya untuk menikah maka diniatkan sebagai ajakan untuk beribadah.Jika godaan nafsu datang, dia hadapi dengan memperbanyak puasa, istighfar, dan zikir. Untuk meneguhkan hati dan fisiknya, dia perbanyak tilawatil Qur’an dan Qiyamul Lail. Jika ada perkara meragukan, apakah tergolong kebaikan atau justru keburukan, dia ingat sabda Rasulullah SAW: “Kebaikan itu adalah akhlaq yang baik. Dan dosa adalah apa-apa yang meragukan jiwamu dan engkau tidak suka dilihat orang lain dalam melakukan hal itu.” (HR Muslim).Teman saya itu senyum-senyum kecut jika ingat apa saja yang pernah dia lakukan selama ini. Kebodohan atau kekurang pengetahuannya memang berbuah kejahilan; menjahili apa-apa yang menjadi ketentuan Allah SWT, yaitu: apa yang disuruh-Nya dilalaikan, apa yang dilarang-Nya justru dijalankan sebaik-baiknya. Astaghfirullah...Kini teman saya sangat bahagia karena merasa tidak dibiarkan oleh Allah SWT bergelimang dalam kesesatan dan maksiat. Ia merasa sangat bersyukur karena telah mendapat taufiq dan hidayah-Nya dalam mengendalikan cintanya dengan jihad.

Frankfurt am Main, 11 Januari 2006 Vita Sarasi vitasarasi at yahoo.com