Wednesday, April 26, 2017

Persediaan ke Padang Masyar

1. Baca dan Tadabbur alQuran

Bukan sekadar baca dengan tajwid yang betul tapi fahami alQuran.

Jika kereta ada manua operasinya, Al Quran manual operasi kehidupan manusia.

Berapa ramai yang telah tadabbur AlQuran lalu memeluk islam dengan tadabbur AlQuran.

Dr. Miller dari Kanada yang asalnya mahu mengkaji Al-Quran untuk mencari kesalahan dan kelemahan agama islam. Lalu, tidak menemukan satu kesalahan melainkan keajaiban alQuran dan memeluk islam.


2. Teman yang baik.

Jika sahabat baik kita lirik lagu, kita mesti akan minat lagu. Jika sahabat baik kita minat lirik Al Quran, kita juga akan terpengaruhi meminati Al Quran.

Peranan siapa teman baik kita itu menentukan siapa kita.

3. Lazimi dan hadiri majlis ilmu.

Biasakan diri dengan hadir dan mendengar majlis ilmu agama sekurangnya akan ada kebaikan yang masuk ke dalam hati kita untuk memperbaiki diri.

- Dr. Danial Zainal Abidin

7 Amalan Jaminan ke Syurga, (Bi iznillah)



1. Benar-benar beriman kepada Allah dan Nabi Muhammad shalallahu alayhi wasalam
2. Lazimi hafalan/bacaan al Quran
3. Ikhlas
4. Jaga lidah dan kemaluan
5. Taat Suami (taat terhadap perkara yang tak disukai isteri tapi suami suka dan bukan dosa)
6. Mendapatkan Haji dan Umrah yang mabrur
7. Mengembirakan muslim yang lain (Membantu orang muslim)



 -Syeikh Dr.Tawfique Chowdhury
rakaman Twin Of Faith, PICC.

_Berdamai Dengan Diri Sendiri__




Aku bertanggung jawab ke atas diriku

Apa yang aku jalani adalah pilihan diriku sendiri

Penolakan membuatkan diriku sakit
Penerimaan membuatkan diriku bahagia

Aku berbahagia dengan diriku
Aku bersyukur atas diriku
Aku menerima seadanya diriku

Tadbir Allah Taala ke atas diriku
melebihi tadbir aku ke atas diriku

Dan aku berbahagia dengan tadbir Allah ke atas diriku.


#sesimuhasabahGUL