Friday, January 30, 2009

~...SaLaH KiTa???...~

ALOR STAR: Akibat tertekan dengan cemuhan segelintir masyarakat Islam kerana memiliki tatu, seorang mualaf mengelar lengan kanannya untuk menghilangkan tatu warisan keluarganya itu lebih lima kali dengan menggunakan pisau cukur, semalam.

Perbuatan Anas Phoon Abdulllah, 30, mengelar lengannya nyaris membawa maut apabila dia kehilangan banyak darah.

Difahamkan, tatu terbabit dimilikinya lebih 10 tahun lalu sebelum dia memeluk Islam.Apa yang menyedihkan Anas, kehadirannya untuk menghayati ajaran Islam bukan saja kurang disenangi segelintir masyarakat, malah turut disisih keluarganya sendiri.

Dalam kejadian jam 12.30 tengah malam itu, Anas, seorang peniaga minyak wangi nekad mengelar lengannya di belakang tandas sebuah masjid di Telok Kechai, Kuala Kedah, selepas berputus asa dengan penghinaan masyarakat serta nasib menimpa dirinya.

Menurut rakannya, Mohd Firdaus Razali, 22, Anas pernah beberapa kali mengelar lengannya untuk membuang tatu itu yang menjadi punca tindakan segelintir masyarakat menghinanya.

“Malah, dia sering menangis setiap kali menceritakan pengalamannya kepada saya yang dicerca masyarakat.

“Tidak cukup dengan itu, Anas sedih apabila kembali daripada menziarahi keluarganya di Pulau Pinang sempena Tahun Baru Cina, empat hari lalu. Ini disebabkan dia tidak disenangi anggota keluarganya,” katanya yang mula mengenali Anas sejak setahun lalu.

Mohd Firdaus berkata, tindakan Anas pada malam kejadian menggambarkan kekecewaannya memuncak akibat memendam perasaan sejak sekian lama menanggung masalah menimpa dirinya.

Bagaimanapun, keprihatinan Mohd Firdaus menyelamatkan Anas apabila menyedari dia tidak muncul di gerai mereka seperti biasa.

Katanya, dia menghubungi Anas beberapa kali dan sebaik panggilannya dijawab, rakannya itu memohon maaf seolah-olah sudah melakukan kesilapan besar.

“Dia (Anas) berulang kali mendakwa melakukan kesalahan dalam nada terputus-putus seperti seorang sedang menahan kesakitan.

Selepas didesak, Anas kemudian memberitahu saya tempat dia berada sebelum mematikan talian telefon.

“Saya segera bergegas ke sana dan mendapati Anas sudah terkulai layu di belakang tandas masjid itu selain lengan dan pakaiannya dipenuhi darah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Desa Chengai, dekat sini, semalam.

Dia segera menghubungi rakan lain sebelum berlari memasuki bilik Anas bagi mendapatkan kain.Sekembali semula kepada Anas, dia mendapati mangsa seperti nyawa ikan dan mulutnya tidak putus-putus menyebut Allah.

“Saya segera membalut tangannya bagi menghentikan pendarahan itu sebelum rakan lain datang dan mengusung Anas masuk ke bilik,” katanya.

Anas segera dibawa dengan ambulans ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akibat mengalami pendarahan dan luka serius.

Mohd Firdaus berkata, Anas pernah memberitahunya bahawa tatu pada lengan kanannya itu dibuat ketika dia berumur belasan tahun yang menjadi tradisi keluarganya.

Mangsa memeluk Islam ketika berusia 20 tahun selepas tertarik dengan cara hidup Islam.Dia hairan simbol tatu itu menjadi isu besar sehingga memberi tekanan kepada kehidupan harian Anas.

“Sepatutnya masyarakat memberi panduan kepadanya yang memilih Islam sebagai jalan hidupnya. Memang ada orang memberi sumbangan kepada Anas yang menerimanya sebagai rakan baru dalam Islam,” katanya.

Menurutnya, pihak pengurusan masjid turut membantu Anas dengan memberi sebuah bilik tidur selepas melihat kesungguhan Anas mendalami cara hidup Islam.Justeru, dia berharap tiada pihak lagi mencemuh Anas hanya kerana tatu itu, sebaliknya memberi sokongan serta bimbingan untuk menghayati ajaran Islam sebenar.

sumber : http://www.hmetro.com.my/Friday/BeritaUtama/20090130083721/Article

ULASAN ; Apabila terpandang sahaja tajuk berita ini di muka hadapan harian metro 30 Januari 2009, ana terus membeli...sangat mengejutkan dan menghibakan hati, namun kecewa sangat-sangat....mungkin sebuah cerita ini mewakili seribu satu kepayahan dan cabaran para muallaf...
apa yang dikesali inilah gambaran dan hakikat sebenar segelintir masyarakat islam Malaysia lebih mudah mengkritik, mencela dan menghukum daripada memberi sokongan, bimbingan dan nasihat...

begitu juga buat mereka yang bergelar dae' dan mengaku dae' (umat islam)...kadang-kala, ilmu dan hujah yang mantap dan tinggi tidak bermakna jika ilmu hanya untuk menghukum dan menyatakan kesalahan orang...kenapa tidak tunjukan jalan alternatif untuk seseorang itu buat perubahan? bukan mematikan semangatnya...

semakin mempelajari ilmu kemahiran mengajar...semakin pula ana terasa akan cabarannya kelak apabila berada di medan pendidikan (sekolah)...apa yang menarik teori yang dipelajari sangat penting juga para dae' mempraktikkan iaitu....dalam mendidik masyarakat, didiklah mereka dengan cara mereka pelajari...analoginya bagi seorang guru, untuk mengajar kanak-kanak, beliau perlu mengajar mengunakan cara kanak-kanak tersebut belajar kerana pemikiran kanak-kanak tidak sama dengan pemikiran dewasa...namun, masyarakat terdiri dari variasi tahap pemikiran, jadi terpulanglah para dae' untuk memahami dan mendidik mengikut gaya pemahaman mereka...

wallahu'alam bisawab~

Thursday, January 29, 2009

~…mengubah yang biasa dan membiasakan diri dengan perkara tak biasa-versi lefthanded=p…~


Bismillah~

Alhamdulillah… yes! Hari ini ana telah Berjaya menguasai diri mengunakan tangan kanan untuk memberus gigi…ha3…bunyi macam lawak tapi itulah hakikat bagi orang tangan kiri macam ana.

Sejak dari kecil lagi bila ana menulis mesti akan akan ada kawan-kawan yang menegur…”eh, awak tulis guna tangan kiri yerk?”….hati kecil ana pula sering nakal berkata “ler…da nampak guna tangan kiri tak akan guna kaki pulak…he3”…namun mulut ana pula hormat menjawab “ yer memang tangan kiri, eh baru perasan yerk”…erm, pastu ramai ler yang hairan bin ajaib tengok cara ana menulis yang lain dari pada orang lain…pada ana ia perkara biasa kerana itu yang terbentuk atau terbiasa dari kecil. Mungkin faktor genetik kerana memang mak juga menulis tangan kiri…mujur ana bukan jenis orang yang bertangan kiri sampaikan makan pun guna tangan kiri…huh!...Cuma sedang belajar guna sudu dengan tangan kanan kerana ana memang pegang alat guna tangan kiri kerana tangan kiri lebih kuat dari tangan kanan.setelah menyedari sunnah Nabi mendahului kanan, malah haram makan guna tangan kiri ana…berusaha juga membiasakan diri….erm,mungkin sebab tangan kiri jugalah membentuk cara pemikiran ana, bukan bermakna cara ana bagus, tak…kerana memang tak bagus…ingat lagi sewaktu sekolah dulu setiap kali disoal cikgu mesti ana akan memberi jawapan versi yang sukar difahami cikgu, sampaikan ana pun putus asa nak jawab soalan cikgu kerana pasti jawapan ana tak diterima kerana beliau kena berfikir dulu sebelum menerima. Ana yakin jawapan tersebut betul dan sama je dengan jawapan yang cikgu beri kerana bagi ana tembikai bulat dan tembikai bujur , isinya tetap tembikai…ha3..ana da start merepek.

Walaupun mungkin waktu sekolah dulu ada yang memandang pelik tapi bukan asing,jadi wajar dan normal je.sekarang bila kenal ilmu pemikiran, ana jadi bangga dengan ‘lefthanded’ kerana ana sentiasa dapat mengaktifkan kedua-dua otak kanan dan kiri ana. Sebagai umat islam yang mengikuti sunnah nabi banyak perkara yang dilakukan dengan tangan kanan maka automatik otak kiri sentiasa berkerja, apabila menulis pula ana menggunakan tangan kiri dan otak kanan ana tak boleh berehat kena bekerja juga…jadi moga-moga seimbanglah peranan otak kita…he3

Bercerita panjang lebar isu ‘lefthanded’ nie apa ibrahnyer??? Left handed hanya sebagai analogi yang ana bawa kerana apabila kita mahukan sesuatu perubahan sememangnya kita tak lari dari kena berubah…iaitu membiasakan diri dengan perkara tak biasa dan menyahkan dari perkara yang biasa. Jika seseorang perokok tak nak merokok, dia kena membuang rokok dan membiasakan diri dengan perkara yang boleh menjauhkan diri dengan rokok…jika seorang pelajar nakal nak berubah jadi baik dan cemerlang, dia kena tinggalkan kawan-kawan yang nakal, rajin datang sekolah, tumpu perhatian dalam pelajaran dan sebagainya,…jika seorang hamba Allah, nak jadi baik dan mencintai Tuhannya, dia kena patuh segala suruhan dan tinggalkan segala larangan…

Kita sering lupa bahawa waktu kita mula-mula kenal dunia, kita bukan terus boleh berlari dan berjalan, kita juga lupa kita tidak terus dapat bercakap dan makan….jadi macam mana kita pandai bercakap,berjalan, berlari dan makan tanpa makanan jatuh??? Kerana kita mempraktikkan amalan tak biase kepada biasa…jadi kenapa kita sering menghalang diri dengan menegatifkan diri mengatakan nak berubah itu sukar???sebab kita lupa….

Seperti yang sahabat-sahabat terdekat sedia maklum ana bukan membesar dalam bi’ah islami, ana juga bukan dari sekolah agama malah sekolah budak-budak nakal…dan terlalu banyak kes ‘budak nakal’ yang telah menjadi rekod ana semasa di sekolah menengah. Ana pasti ramai juga sahabat diluar sana mengalami fasa awal remaja dengan pengalaman yang nakal…dan kemuncak kesedaran menjadikan diri dewasa mengenal kehidupan…memang sukar dan menuntut mujahadah yang tinggi…tapi satu je Tips yang penting untuk dikongsi Positifkan mindamu, biasakan diri dengan perkara tak biasa…

Tujuan ana menulis tajuk ini kerana ana sedih terdapat ramai rakan-rakan kita kat luar sana…mengekslusifkan orang-orang baik dan menegatifkan diri untuk jadi baik…padahal hakikat sebenar kita semua sama sedang diperhati dan diuji. Bertambah sedih jika kelompok orang yang baik ini mengasingkan diri dari mendakwahi kelompok yang rasa diri tak baik…jika ada yang segan dengan lelaki yang berserban, berkopiah atau bersongkok…muslimin boleh bertukar penampilan untuk lebih mudah didekati dengan tidak berserban, berkopiah atau bersongkok kerana ia sunnah bukan wajib…tapi bagi muslimah yang bertudung labuh dan berpakaian menutup aurat? Tak akan mahu meninggalkan yang wajib semata-mata mendekati mereka? Tentulah akhlak juga solusinya…Cuma bagi rakan-rakan yang mahu berubah, bukanlah pakaian nilai utama perubahan…kerana yang utama adalah keyakinan kita dalam hidup…iaitu aqidah…periksa semula jika benar kita yakin adanya Allah, Malaikat, Kitab, Rasul, Qada’ dan Qadar serta Hari Kiamat adakah tindakan dan amalan kita selari dengan keyakinan kita kepada Allah…jika benar kita yakin akan Allah, Tuhan kita dan mengakui kalimah ‘La illaha ilallah Muhammadur Rasulullah’ maka adakah kita mematuhi perintah Allah dan mengikuti Sunnah Rasulullah???


Sering kali, apabila mahu mendekati dan memotivasikan mereka ana tarpaksa ‘membuka pekung didada’, it’s mean menceritakan kisah silam ana, walaupun menyedari bahawa Allah tidak suka hambanya menceritakan dosa-dosanya atau perbuatan jahatnya setelah Allah menutupkannya…ana hanya mengharapkan moga ada semangat untuk mereka berubah…supaya mereka tahu, pokok pangkal untuk berubah adalah “NAK ATAU TAK NAK”….buat mereka yang berazam untuk baiki diri teruskan usaha walaupun sedikit kerana yakinlah kalian bahawa Allah sedang membawa kalian ke jalan yang terang…jangan jadikan nafsu sebagai alas an, kerana bezanya “MAHU ATAU TAK MAHU”…jangan pula menyangka Allah beri nafsu sedikit je kepada orang yang baik maka diaorang senang jadi baik dan aku nie susah betul nak lawan nafsu, tu sebab aku jadi jahat…wah, alasan yang sungguh unik untuk difahamkan…apa yang pasti perbezaannya lelaki satu nafsu/emosi dan Sembilan aqal…manakala wanita satu aqal dan Sembilan emosi/nafsu…maka kita semua sama…Cuma beza “NAK ATAU TAK NAK”…

Kesimpulannya, ana bukanlah yang baik jauh lagi terbaik untuk berkata sebegini…malah ana bukan pakar motivasi…Cuma mahukan orang lain memotivasi diri kerana motivasi dalaman itu juga mengerakan kalian untuk membuat sesuatu pembaharuan atau kebaikan…di mana juga kita diletakkan yakinlah bahawa itulah yang terbaik untuk kita Cuma beza mata hati kita terang,kelam, suram atau hitam dalam menilai Tarbiyah dan kasih sayang dari Tuhan…salam mujadahah dan selamat beramal~

.:.30 Muharram 1430
0130
BENTONG.PAHANG.:.


~...Sunnah VS Bid'ah: Tidak akan berdamai antara keduanya!...~

QO’IDAH BID’IYYAH

1. Ta’rif (Definisi) Bid’ah.

Bid’ah menurut bahasa/etimologi bermakna إختراع(ikhtira’) yaitu sesuatu yang diciptakan tanpa ada contoh sebelumnya, misalnya perkataan orang Arab : أبدع الله الخلق (ertinya: Allah telah mengadakan makhluk dari tidak ada menjadi ada tanpa ada contoh sebelumnya, atau disingkat Allah telah menciptakan makhluk). Atau sebagaimana pula dalam firman Allah : بديع السموات والأرض (البقرة : 117) ertinya : Allah menciptakan langit dan bumi tanpa ada contoh sebelumnya (Al-Baqarah : 117).



Bid’ah menurut istilah/terminologi adalah : عبارة عن طريقة في الدين مخترعة تضاهي الشرعية يقصد بالسلوك عليها المبالغة في التعبد لله سبحانه ertinya : “Cara baru dalam agama yang dibuat menyerupai syari’at dengan maksud untuk melebihkan dalam beribadah kepada Allah”9. Hal ini mengacu kepada sabda Nabi r yang diriwayatkan oleh Ummul Mu’minin ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha, bersabda Nabi r: من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو ردّ ertinya : “Barangsiapa yang mengada-adakan di dalam urusan (agama) ini suatu perkara yang tidak ada perintahnya maka ia tertolak.” (Muttafaq ‘alaihi), dalam riwayat Muslim, bersabda Nabi r : من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو ردّ ertinya : “Barangsiapa yang mengamalkan suatu amalan yang tiada perintahnya dariku dari perkara ini (agama) maka ia tertolak. (HR Muslim)10


2. Dalil haramnya bid’ah dan semua bid’ah adalah sesat.11

Dalil dari Al-Qur’an :
وأن هذا صراطي مستقيما فاتبعوه ولا تتبعوا السبل فتفرق بكم عن سبيله ذلكم وصاكم به لعلكم تتقون

“Dan bahawa (yang Kami perintahkan) ini adalah jalan-Ku yang lurus, maka ikutilah dia; dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan (yang lain), kerana jalan-jalan itu mencerai-beraikan kamu dari jalan-Nya. Yang demikian itu diperintahkan Allah kepadamu agar kamu bertakwa.”12

Diriwayatkan dari Abul Hujjaj bin Jubair Al-Makky13, menafsirkan ولا تتبعوا السبل (dan janganlah kamu mengikuti jalan-jalan yang lain), beliau berkata yang dimaksud dengan السبل (jalan-jalan yang lain) adalah bid’ah dan syubuhat.

Dalil dari hadits Rasulullah r
عن أم المؤمنين عائشة رضي الله عنها, قال رسول الله : من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو ردّ (متفق عليه) و في رواية لمسلم, , قال رسول الله : من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو ردّ (رواه مسلم)
Dari Ummul Mu’minin ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha bersabda Rasulullah r “Barangsiapa yang mengada-adakan di dalam urusan (agama) ini suatu perkara yang tidak ada perintahnya maka ia tertolak.” (Muttafaq ‘alaihi), dalam riwayat Muslim, bersabda Nabi r : “Barangsiapa yang mengamalkan suatu amalan yang tiada perintahnya dariku dari perkara ini (agama) maka ia tertolak.” (HR Muslim)

, قال رسول الله : أما بعد، فإن أصدق الحديث كلام الله وخير الهدي هدي محمد rوشر الأمور محدثاتها وكلّ محدثة بدعة ، وكل بدعة ضلالة ، وكل ضلالة في النار (متفق عليه)
Bersabda Rasulullah r : “Adapun setelah itu, sesungguhnya sebenar-benar kalam adalah Kalam Allah I dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad r. Sedangkan seburuk-buruk suatu perkara adalah perkara yang baru (muhdats) dan setiap muhdats itu Bid’ah dan setiap kebid’ahan itu neraka tempatnya.” (Muttafaq ‘alaihi)

عن عرباض بن سرية, , قال رسول الله : من يعش منكم فسيرى إخنلافا كثيرا, فعليكم بستتي و سنة1.

الخلفاء الزاشدين المهدين, تمسكوا بها و عضوا عليها باالنواجذ, وإياكم ومحدثات الأمور فإن كل محدثة بدعة و كل بدعة ضلالة (رواه مسلم)

Dari ‘Irbadh bin Sariyah, bersabda Rasulullah r : “Barangsiapa yang hidup sepeninggalku nanti, akan melihat perselisihan yang banyak, maka peganglah sunnahku dan sunnah Khalifah yang lurus dan mendapatkan petunjuk, genggamlah dengan kuat dan gigitlah dengan gerahammu, jauhilah olehmu perkara yang muhdats (baru), kerana setiap muhdats itu bid’ah dan setiap bid’ah itu sesat.” (HR Muslim)

Dari hadits di atas, dinyatakan bahawa كل بدعة ضلالة (Setiap bid’ah itu sesat), yakni hal ini menunjukkan secara terang dan nyata bahawa tidak ada bid’ah hasanah, kerana Rasulullah r telah menjelaskan secara jelas bahawa كل بدعة ضلالة (Setiap bid’ah itu sesat). Para ulama’ sepakat bahawa kata كل (Kullu) yang diikuti oleh اسم ناقرة ism naaqirah (objek umum) bukan اسم معرفة ‘ism ma’rifat (objek khas) tanpa adanya استثناء istitsna’ (pengecualian), maka ia terkena keumuman dari kata كل (Kullu) tersebut. Sehingga bermakna, bahawa semua bid’ah tanpa terkecuali adalah sesat!!! Maka batallah pernyataan sebagian kaum muslimin yang menyatakan bahawa bid’ah itu ada yang hasanah.

Imam Malik, sebagaimana dinukil oleh Imam Syathibi dalam I’tisham14, menyatakan secara tegas bantahan terhadap orang-orang yang menyatakan kewujudan bid’ah hasanah, beliau rahimahullah berkata :

من ابتدع في الإسلام بدعة و يراها حسنة فقد زعم أن النبي صلّى الله عليه و سلّم خان رسالة, لأنّ الله تعالى يقول : اليوم أكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتي ورضيت لكم الإسلام دينا (المائدة : 3) فما لم يكن يومئذ دينا فلا يكون اليوم دينا.

“Barangsiapa yang mengada-adakan bid’ah di dalam Islam dan menganggapnya sebagai suatu hal yang hasanah, sungguh dia telah menuduh Rasulullah r mengkhianati risalahnya, kerana Allah I telah berfirman : Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu ni`mat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka apa-apa yang bukan bagian agama pada hari itu (ayat ini diturunkan) maka bukanlah pula termasuk agama pada hari ini.”15


3. Ibadah itu tauqifiyyah dan tak perlu tambahan lagi.

Tauqifiyyah maksudnya adalah لا يثبت و لا يعمل إلا بدليل من القرآن و السنة (Tidaklah ditetapkan dan diamalkan kecuali jika berdasarkan dalil dari Al-Qur’an dan As-Sunnah)16

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah dalam Al-Ubudiyah17 menjelaskan tentang dua tiang dasar dalam ibadah, yakni :

Tidak boleh beribadah kecuali hanya kepada Allah ta’ala semata (ikhlash)
Tidak boleh beribadah kecuali dengan apa-apa yang disyariatkan-Nya dan haram beribadah dengan berbagai jenis bid’ah.
Ibnul Qayyim Al-Jauziyyah dalam I’lamul Muwaqqi’in18 berkata : “Bahawa asal di dalam ibadah adalah batal dan haram sampai tegak dalil yang memerintahkannya.”

Ibnu Katsir di dalam tafsirnya19, mengatakan : “Bahawa di dalam masalah ibadah hanya terbatas pada nash, tidak boleh dipalingkan dengan berbagai macam qiyas (analogi) dan ra’yu (akal fikiran). “

Dari sini para ulama’ fiqh beristinbath (menggali hukum dan membuat kesimpulan) kaedah ushul fiqh yang berbunyi : الأصل في العبادة الممنع والمحرم أم الأصل في العبادة الإتباع yang ertinya, “Hukum asal dalam masalah ibadah adalah terlarang dan haram atau hukum asal di dalam ibadah adalah ittiba’”, sehingga datang nash, dalil atau hujjah yang memalingkannya. Maksudnya adalah terlarang dan haram beribadah hingga telah terang dan jelas bagi kita akan dalilnya dari Kitabullah atau hadits Rasulullah r. Sehingga dengan kaedah ini, syari’at Islam akan senantiasa murni dan terjaga daripada hawa nafsu dan apa-apa yang bukan dari Islam, akan terjaga daripada penyelewengan para munharifin (kaum yang menyimpang), dan Islam tetap menjadi agama yang berbeza dari agama selainnya yang dengan segala kesempurnaannya tak memerlukan penambahan dan pengurangan. Kerana jika kita menambahkan sesuatu dalam agama ini padahal agama ini telah sempurna, ataupun menguranginya, bererti pada hakikatnya kita menganggap sesuatu itu kurang, sehingga perlu kita tambahkan dan kita kurangi.20


4. Pembagian Ibadah dan dhowabithnya

Ibadah menurut Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah adalah : إسم جامع لكل ما يحبه الله ويرضه من الأقوال والأفعال ظاهزا وباطنا ertinya : “Suatu nama yang mencakupi apa-apa yang dicintai Allah I dan diredhai-Nya daripada ucapan dan perbuatan, baik yang zahir mahupun bathin”.

Syaikh ‘Utsaimin di dalam kitab Al-Ibtida’ fi kamal Asy-Syar’i menjelaskan syarat yang mesti dipenuhi dalam ibadah, bahawa sebagaimana ketika Fudhail bin Iyadh menerangkan ayat الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا “ Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya”21. Beliau menerangkan bahawa أَحْسَنُ عَمَلًا (yang lebih baik amalnya) adalah أخلصه وأصوابه “yang paling ikhlash dan paling benar (ittiba’ Rasul)”. Jadi syarat mutlak dalam ibadah adalah :

Ikhlash lillahi (ikhlas kerana Allah) I dan menjauhkan diri dari syirik baik syirik asghar22 maupun syirik akbar23.
Mutaba’ah li Rasulillah (mengikuti Rasulullah) dan menjauhkan diri daripada bid’ah dan muhdats.
Syaikh ‘Utsaimin melanjutkan, “Perlu diketahui bahawa mutaba’ah tidak akan dapat tercapai kecuali apabila amal yang dikerjakan sesuai dengan syari’at dalam enam perkara:

Sebab, yakni jika seseorang melakukan ibadah kepada Allah dengan sebab yang tidak disyari’atkan, maka ibadah tersebut adalah bid’ah dan mardud (tertolak). Contoh : seseorang yang melakukan sholat tahajjud pada malam 27 Rajab, dengan alasan bahawa malam tersebut adalah malam mi’raj Rasulullah r, adalah bid’ah, kerana sholat tahajjudnya dikaitkan dengan sebab yang tidak ditetapkan dengan syari’at, walaupun sholat tahajjud itu sendiri adalah sunnah. Namun kerana dikaitkan dengan sebab yang tidak syar’i, sholatnya menjadi bid’ah.
Jenis, yakni ibadah mesti sesuai dengan syari’at dalam jenisnya, jika tidak maka termasuk bid’ah. Contoh : seseorang menyembelih kuda untuk korban adalah tidak sah, kerana menyelisihi syari’at dalam ketentuan jenis haiwan korban, yang disyari’atkan hanyalah unta, sapi dan kambing.
Kadar (bilangan), yakni ibadah mesti sesuai dengan bilangan/kadarnya, jika menyelisihinya maka termasuk bid’ah. Contoh : seseorang sholat zuhur 5 rakaat, dengan menambah bilangan sholat tersebut, hal ini tidak syak lagi termasuk bid’ah yang nyata.
Kaifiyat (cara), seandainya seseorang berwudhu dengan cara membasuh kaki terlebih dahulu kemudian tangan, maka tidak sah wudhunya, kerana menyelisihi kaifiyat wudhu’.
Waktu, yaitu seandainya ada orang yang menyembelih binatang korban pada hari pertama bulan Dzulhijjah, maka tidak sah, kerana waktunya tidak sebagaimana yang diperintahkan.
Tempat, seandainya seseorang beri’tikaf bukan di Masjid, maka tidak sah I’tikafnya, kerana I’tikaf hanyalah disyari’atkan di masjid, tidak pada selainnya.
Al-Ustadz Abdul Hakim Abdat, dalam Risalah Bid’ahnya menukil pembagian ibadah menjadi dua jenis, yakni :

Ibadah Mutlak, yaitu suatu ibadah yang tidak ditentukan secara khusus oleh Rasulullah kaifiyatnya, jumlahnya, waktu, tempat maupun sifatnya secara khusus dan terperinci. Biasanya ibadah mutlak berbentuk suatu perintah dan berita umum dari Rasulullah tanpa ada qoyyid (pembatas) jumlah, waktu, tempat maupun sifatnya. Contohnya adalah, mengucapkan salam, Rasulullah r bersabda, افشوا السلام بينكم “Tebarkan salam di antara kalian”, lafaz hadits ini adalah umum, tidak diterangkan beliau r akan batasan waktunya, bilangannya, dan tempatnya.
Ibadah Muqoyyad, yaitu ibadah yang terikat dengan jumlah, bilangan, waktu, tempat mahupun sifatnya, yang diterangkan secara tafshil (terperinci) oleh Rasulullah r. Contohnya adalah sholat, di mana banyak hadits yang datang menerangkan tentang sifatnya, bilangannya, waktunya, dan tempatnya.

5. Ta’rif Sunnah dan sunnah adalah lawan bid’ah.

Sunnah menurut bahasa adalah طريق (jalan/cara), سبيل (jalan), dan منهج(manhaj/method). Adapun menurut istilah adalah ما أضيف إلى النبي صلى الله عليه و سلم من فعل أو قول أو تقرير أو صفة خلقية و خلوقية “Apa-apa yang disandarkan kepada Nabi r daripada perbuatan atau perkataan atau persetujuan ataupun sifat akhlak dan penampilan beliau r”. Sunnah ditinjau daripada pemahamannya ada dua, yakni :

Sunnah menurut fuqoha’ (ahli fiqh), adalah bermakna mandub/hukum. Maksudnya adalah jika diamalkan mendapatkan pahala namun jika ditinggalkan tidaklah mengapa dan tidak disiksa.
Sunnah menurut muhadditsin (ahli hadits), adalah bermakna hadits, sebagaimana definisi sunnah menurut istilah di atas, sehingga ada sunnah yang berhukum wajib dan ada yang sunat.
Adapun ditinjau dari pelaksanaannya, sunnah dibagi menjadi dua, yaitu :

Sunnah Fi’liyah, yakni Apa-apa yang disandarkan kepada Nabi r daripada perbuatan atau perkataan atau persetujuan ataupun sifat akhlak dan penampilan beliau r. Hukumnya ada yang wajib dan ada yang sunat.
Sunnah Tarkiyah, yakni apa-apa yang disangka sebagai suatu sunnah dan dinisbatkan kepada Rasulullah r, padahal beliau tidak pernah menunjukkannya, meninggalkannya adalah wajib dan melaksanakannya adalah bid’ah.
Jadi jelas bahawa meninggalkan sunnah adalah suatu bid’ah dan meninggalkan bid’ah adalah sunnah, kedua-duanya tak dapat dipersatukan untuk selama-lamanya, kerana ia bagaikan air dan minyak, ia bagaikan langit dan bumi. Sebagaimana dalam kalimat tauhid لا إله إلا الله terkandung nafyu (penafian/peniadaan) dan itsbat (penetapan), yakni nafyu terhadap segala bentuk kesyirikan dan itsbat terhadap tauhid ibadah lillah. Demikian pula bid’ah dan sunnah, mengetahui bid’ah adalah suatu keperluan agar terhindar daripadanya dan lebih memahami akan hakikat sunnah itu sendiri, sebagaimana ucapan seorang penyair :

عرفت الشرّ لا للشرّ ولكن لتوقيه و من لم يعرف الخير من الشرّ يقع فيه

“Aku mengetahui keburukan bukan untuk mengamalkan keburukan, tetapi untuk menghindarinya

dan barang siapa yang tidak mengetahui antara kebaikan dan keburukan, nescaya dia terjerumus ke dalamnya”

Bahkan mengetahui sesuatu dengan cara mengetahui lawannya adalah selaras dengan firman Allah :

فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لَا انْفِصَامَ لَهَا وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ(256)

“Barangsiapa yang ingkar kepada Thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”24. Sebagaimana tauhid tidaklah diketahui kecuali dengan menjauhi lawannya, yakni syirik, dan iman takkan terealisasi kecuali dengan menjauhi lawannya, yaitu kufur. Demikian pula, sunnah takkan jelas dan tanda-tandanya tidak akan terang, kecuali dengan mengenal lawannya, yaitu bid’ah.

Sungguh indah perkataan Ibnu Qutaibah :

و لن تكمل الحكمة والقدرة إلا بخلق الشيء وضده, ليعرف كل منهما بصاحبه, فالنور يعرف بالظلم, والعلم يعرف بالجهل, والخير يعرف بالشّرّ, والنفع يعرف بالضرّ, والحلو يعرف بالمرّ.

“Hikmah dan qudrah takkan sempurna melainkan dengan menciptakan lawannya agar masing-masing diketahui dari pasangannya. Cahaya diketahui dengan adanya kegelapan, ilmu diketahui dengan adanya kebodohan, kebaikan diketahui dengan adanya keburukan, kemanfaatan diketahui dengan adnaya kemudharatan, dan rasa manis diketahui dengan adanya rasa pahit.”25


6. Pembagian Bid’ah dan bahaya serta kerosakannya terhadap ummat.

Telah dijelaskan bahawa bid’ah seluruhnya adalah sesat, dan adalah tidak benar menganggap bid’ah ada yang hasanah, dengan hujjah dan alasan yang telah disebutkan. Para ulama’ membagi bid’ah menjadi dua26, yakni :

Bid’ah Haqiqiyah : Suatu macam bid’ah yang tidak ditunjukkan sedikitpun suatu dalil syar’i dari segala sisi, baik secara ijmal (umum), apalagi secara tafshil (terperinci). Contoh : Peringatan Maulid Nabi27, Isra’ Mi’raj, Nuzulul Qur’an, Tahlilan28, Demonstrasi29, dan lain-lain.
Bid’ah Idhafiyah : Suatu macam bid’ah yang jika ditinjau dari satu sisi ia memiliki dalil/hujjah, namun jika ditinjau dari sisi lain, tidak ada tuntunan syariatnya dari Rasulullah r. Dengan cara, memutlakkan ibadah muqoyyad ataupun sebaliknya, memuqoyyadkan ibadah mutlak, tanpa ada keterangannya dari Rasulullah. Contoh : Dzikir jama’i30, membasuh kaki hingga lutut ketika berwudhu’, membaca yasin setiap malam jumaat31, dan lain-lain.
Termasuk dalam kerangka cemburu kepada Allah, Rasul-Nya dan agama-Nya, adalah menafikan hal baru yang disandarkan kepada agama, menjauhinya dan mentahdzirnya (memperingatkan ummat daripada bahayanya). Ini kerana perlakuan bid’ah akan menimbulkan beberapa kerosakan sebagai berikut:

Orang-orang awam akan menganggap dan meyakininya sebagai suatu yang benar atau baik.
Menimbulkan kesesatan bagi ummat dan menolong mereka untuk mengerjakan yang salah.
Jika yang melakukan bid’ah itu orang yang alim, ia dapat menjadikan masyarakat mendustakan Rasulullah r. Kerana mereka menganggap ini sunnah dari Rasulullah r padahal beliau r tak pernah mengajarkannya.
Sunnah menjadi samar dengan bid’ah, akibatnya seluruh sendi agama menjadi samar pula, sehingga kesyirikan, khurafat dan tahyul menjadi samar.
Padamnya cahaya agama Allah, kerana kebid’ahan merupakan sumber perpecahan dan penghalang turunnya pertolongan Allah, akibatnya ummat Islam selalu terlingkupi kehinaan dan kekalahan.

7. Kaedah dalam menyatakan suatu amalan sebagai bid’ah

Imam Al-Muhaddits Al-Ashr Al-Allaamah Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah dalam kitabnya Ahkamul Jana-iz wa bid’uha32 menjelaskan lapan perkara yang dapat dikategorikan sebagai bid’ah :

Setiap perkara yang menyelisihi sunnah baik ucapan, amalan, I’tiqod maupun dari hasil ijtihad.
Setiap sarana yang dijadikan wasilah untuk bertaqarrub kepada Allah, namun Rasulullah r melarangnya atau tidak mengajarkannya.
Setiap perkara yang tidak mungkin di syariatkan kecuali dengan nash (tauqifiyah) namun tak ada nashnya, maka ia adalah bid’ah, kecuali amalan sahabat.
Sesuatu yang dimasukkan dalam ibadah dari adat-adat dan tradisi orang kafir.
Apa-apa yang dinyatakan ulama’ kontemporari sebagai amalan mustahab tanpa ada dalil yang mendukungnya.
Setiap tata cara ibadah yang dijelaskan melalui hadits dho’if atau maudhu’
Berlebihan (ghuluw) dalam beribadah.
Setiap peribadatan yang dimutlakkan syari’at, kemudian dibatasi oleh manusia seperti tempat, waktu, kaifiyat dan bilangan tanpa ada dalil khususnya.
Dari penjelasan di atas, jelaslah bahawa segala hal yang diada-adakan dalam permasalahan agama adalah tercela dan jelek sekali. Kerana sebagaimana perkataan Imam Fudhail bin Iyadh, bahawa إن البدعة أحب إلى ألشيطان من للمعصية “Sesungguhnya bid’ah itu lebih dicintai syaithan berbanding maksiat”, kerana pelaku maksiat sedar akan kesalahannya, kerana dia mengetahui bahawa maksiat itu adalah keharaman yang nyata, sedangkan pelaku bid’ah yang mengamalkan suatu bid’ah menganggapnya sebagai suatu sunnah.

Ibnu ”’Umar Radhiallahu ‘anhu juga berkata : كل بدعة ضلالة وإن رآها الناس حسنة “Setiap bid’ah adalah sesat meskipun manusia menganggapnya baik”33. Maka janganlah tertipu dengan banyaknya bid’ah di hadapan mata dan manusia menganggapnya sebagai kebajikan, kerana sesungguhnya Ibnu Mas’ud Radhiallahu ‘anhu berkata : اتبعوا ولا تبتدعوا فقد كفيتكم “Ittiba’lah jangan berbuat bid’ah kerana kau telah dicukupi.”34

Nota kaki:

10 Disarikan dari ‘Ilmu Ushulil Bida’ hal. 23-26

11 Disarikan dari ‘Ilmu Ushulil Bida’ hal. 91-105

12 QS Al-An’am (6) : 153

13 Beliau adalah Sa’id bin Jubair, ulama’ Tabi’in yang ahli tafsir dan pakar di zamannya

14 Al-I’tisham (I/49)

15 ‘Ilmu Ushulil Bida’ hal. 20

16 Lihat Kitabut Tauhid ‘Aliy Lishshoffil awwal Syaikh Sholih Fauzan Al Fauzan hal. 11.

17 Ubudiyah, hal. 127

18 I’lamul Muwaqqi’in juz I hal. 334

19 Tafsir Al-Qur’anil Adhim (IV/258)

20 Disarikan dari ‘Ilmu Ushulil Bida’ hal. 69-73

21 QS Al-Mulk (67) : 2

22 Syirik yang tidak sampai menyebabkan pelakunya keluar dari Islam, dan membatalkan amalan yang disertainya saja, seperti riya’, sum’ah, dan lain-lain.

23 Syirik yang membatalkan keislaman pelakunya dan mengeluarkannya dari Islam serta menghapus seluruh amalnya, seperti menyembah berhala atau wali-wali selain Allah, tabaruk (mengambil berkah) pada mayat, dan lain-lain.

24 QS Al-Baqarah (2) : 256. Kalimat فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ (barang siapa yang ingkar dengan thaghut) menunjukkan nafyu (penafian) terhadap thaghut dan segala bentuk kesyirikan sedangkan وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ (barangsiapa yang iman kepada Allah) menunjukkan itsbat (penetapan) terhadap Allah sebagai ilah Al-Haq (satu-satunya sesembahan yang benar).

25 Ta’wil Mukhalafil Hadits hal. 14, disarikan dari ‘Ilmu Ushulil Bida’ hal. 37-41.

26 ‘Ilmu Ushulil Bida’ hal. 147-148

27 Masalah ini tidak syak lagi termasuk bid’ah yang nyata, dan tidak khilaf para ulama’ Salaf tentangnya. Telah banyak pula bantahan para ulama’ baik Salaf dan kholaf tentang peringatan Maulid Nabi yang bid’ah ini. Syaikhul Islam menerangkan bahawa bid’ah ini pertama kali dihembuskan oleh para zanadiqah (munafiqin) Syi’ah ketika mereka berkuasa pada era bani Fathimiyyah. Syi’ah dan Shufi merupakan penyebab utama tersebarnya bid’ah, syirik dan khurafat di tengah-tengah ummat Islam. Namun, sangat menyedihkan, ketika sebahagian harakah da’wah yang merebak saat ini, mereka terjebak dengan bid’ah semacam ini. Termasuk juga peringatan-peringatan hari besar Islam lainnya.

28 Tahlilan atau peringatan kematian telah banyak dijelaskan oleh para ulama’ akan bid’ah dan bahayanya. Budaya di Indonesia dengan 40 hari, 100 hari, 1000 hari, dan seterusnya adalah adat yang berakar daripada keyakinan syirik dan khurafat bid’ah, peninggalan dari sisa-sisa I’tiqad agama Hindhu yang paganis dan berhalais.

29 Tidak syak lagi, demonstrasi atau Mudhoharoh, yang seolah-olah telah menjadi wasilah dalam amar ma’ruf nahi munkar terutama terhadap penguasa dan memperjuangkan penegakan syari’at Islam, adalah bid’ah baru yang berasal dari sistem kufur yang tidak dikenal di dalam Islam, yaitu Demokrasi. Menegakkan demonstrasi pada hakikatnya adalah tasyabbuh ‘alal kuffar (meniru golongan kafir) dalam method dan cara. Padanya terdapat kerosakan-kerosakan seperti ikhtilat, keluarnya wanita-wanita ke jalan, khuruj terhadap pemerintah, dan lain-lain.

30 Dzikir Jama’i yang sekarang lagi dilakukan masyarakat, dan laku bak kacang goreng, adalah method ibadah yang bid’ah. Kerana Islam tidak pernah mengajarkan berdzikir secara jama’ah dan dipimpin oleh seorang Imam adalah metode ibadah yang bid’ah. Dikatakan bid’ah, kerana pada satu sisi, memang ada dalil yang menunjukkan anjuran berdzikir, namun pada sisi kaifiyat pelaksanaan, sesungguhnya tidak ada satupun dalil yang warid dari Rasulullah r menerangkan akan metode berdzikir demikian. Sehingga dikatakan termasuk sebagai bid’ah idhafi.

31 Pada hakikatnya, membaca Al-Qur’an adalah termasuk sunnah Rasulullah r, namun yang menjadi permasalahan adalah jika kita mengkhusukan suatu surat atau ayat dari Al-Qur’an, dan juga mengkhusukan waktu tertentu, seperti membaca surat Yasin setiap malam Jum’at, tanpa didasarkan dari dalil, atau tidak berdiri dari hujjah. Maka amalan ibadah ini, disebabkan oleh pengkhususan waktu dan jenis ayat yang tak pernah diajarkan oleh Nabi, maka amalam tersebut menjadi amalan bid’ah.

32 Ahkamul Jana-iz wa Bid’uha hal. 241-242.

33 Diriwayatkan oleh Al-Lalikai (no 126), Ibnu bathah (205), Baihaqi dalam Al-Madkhal ila sunan (191), Ibnu Nashir dalam As-Sunnah (no 70) dengan tahqiqnya. Sanadnya shahih. Dinukil dari ‘Ilmu Ushulil Bida’ hal. 92.

34 Diriwayatkan oleh Ibnu Khaitsamah dalam Al-Ilmu (no 14) dari jalan An-Nakha’i. Sanadnya shahih. Dinukil dari ‘Ilmu Ushulil Bida’ hal. 20.

http://abusalma.wordpress.com/2007/01/12/adabul-majelis-dan-kesalahan-kesalahannya/

sumber ; Abu Usamah Mohd Masri bin Mohd Ramli,
http://the-authenthic.blogspot.com/

Thursday, January 22, 2009

~...Laporan “INTERACTIVE DAKWAH TRAINING”...~

Bismillah~

Alhamdulillah….setelah sekian lama menunggu peluang, pada 17-18hb lalu ana berkesempatan menyertai kursus perbandingan agama fasa 1. Sebenarnya sudah lama mendengar program sebegini, jeles sangat bila dapat tahu kursus ini ditawarkan di IPT-IPT lain.

Jika sebelum ini ana sering mendengar kes murtad di kalangan umat islam di Malaysia dan yang paling sedih dari kisah benar yang pernah diceritakan oleh seorang sahabat kepada ana (artikel; ‘Dakwah kita Dakyah mereka’)…

ana sangat sedih dan tak tahu apakan tindakan yang wajar untuk kita mainkan peranan. Sehinggakan sahabat tersebut telah membuat satu program khas sebagai usaha mengumpulkan penggerak anti-murtad. Namun kesudahan agenda tersebut tidak pasti bagaimana. Alhamdulillah banyak kesedaran yang diperoleh sepanjang kursus tersebut jika selama ini kita rasa kita telah buat dakwah, benar ker? Berapa orang non-muslim yang telah kita sampaikan kepadanya kebenaran islam??? Hakikatnya kita bukan berdakwah tapi mengislahkan(memperbaiki masyarakat islam SAHAJA).

Menurut Brother Lim Jooi Soon statistik menunjukkan selepas merdeka, kurang 57 000 orang yg memeluk islam, manakala 1.5million orang memeluk Kristian. Kenapa jadi begitu? Sedangkan kita tahu agama yang diredhai Allah hanyalah agama islam…tapi agama lain yang tidak Nampak hakikat kebenarannya Berjaya menarik ramai pengikut, apa yang kita buat? Kenapa dakyah mereka lebih laju sedangkan kebenaran yang mereka bawa boleh dipertikaikan.

Kenapa bangsa lain (Cina, India) prefer Christianity compared to Islam? Kristian bukanlah agama yg benar. Kristian bukanlah agama yg baik. Tapi pendakwah2 Kristian berjaya menarik ramai orang untuk menerima agama yg penuh dengan kesalahan, percanggahan, dan kekeliruan itu. Berbanding dengan Islam, kita katakan Islam adalah satu agama yg benar, satu agama yg cukup indah. Tiada sebarang kesalahan dan percanggahan dlm kitab suci umat Islam. Islam adalah kebenaran. Jadi kenapakah umat Islam takut untuk menyampaikan kebenaran??

Memperlajari asas usul agama Kristian yang disampaikan oleh UsTaz Muhammed Amin Yaakob, yang merupakan seorang pengkaji ilmu pembandingan agama Islam-Kristian membuatkan ana bertambah-tambah yakin akan kebenaran Islam, kerana dalam Bible juga terdapat beratus-ratus bukti mengatakan islam itu benar. Cumanya kefahaman penganut Kristian telah dipesongkan oleh Paderi besar meraka,St.Paul.


Seterusnya pembentangan oleh UsTaz Kamaruzzaman seorang india-muslim mengenai asal usul agama Hindu, bukan bahan jenaka tapi itulah hakikat apabila kami didedahkan bagaimana asal kepercayaan agama Hindu, kami geli-hati dan ketawa kerana ibarat sebuah cerita mitos yang memang tak masuk aqal, maaf. Mungkin tidak sepatutnya ana ceritakan di sini panjang lebar tapi itulah hakikat yang diceritakan oleh seorang bekas penganut agama Hindu. Membandingkan agama Hindu membuatkan ana menitis airmata kerana merasai nikmatnya dilahirkan dalam agama islam. Ana amat simpati dengan mereka yang bukan islam. Ana tidak perlu mencari-cari lagi kebenaran agama di dunia ini, tidak perlu menghadapi cabaran untuk menukar agama kerana inilah agama yang haq dan benar. Tapi ana mesti terus mengkaji dan mendalami islam, supaya ana tak nak jadi pewaris pengikut semata-mata.

Seterusnya Brother Lim, pula membentangkan tentang asal usul agama Buddha. Rupanya asal agama Buddda dicedok dari agama Hindu maka, lebih kurang jer ceritanyer Cuma terdapat beberapa perbezaan dari sudut amalan.

Masih ada dua fasa yang perlu ana lalu…di mana fasa ketiga nanti ana berpeluang memasuki gereja dan berdialog dengan paderi…erm, menarik walaupun bunyi macam mencabar. Tapi tak pe kami akan dibimbing bagaimana situasi tersebut. Mungkin bukan mencari pasal Cuma persediaan menghadapi kemungkinan yang selama ini ana sebagai umat islam ‘tidur’ dari isu ini.

…tak salah menambah ilmu, sekalipun takut nak berdakwah sekurangnya ilmu ini mengukuhkan lagi aqidah kita, bimbang-bimbang suatu hari nanti kita ditanya soalan-soalan cepumas oleh non-muslim…
contoh;


1. Kamu islam percaya Allah Maha Adil, orang Islam mati masuk Syurga dan orang bukan Islam mati masuk neraka…adilkan itu?

2. Kenapa Allah tidak jadikan semua manusia beragama islam dan ujilah tengok siapa yang lebih baik untuk masuk syurga atau neraka..

3. Kenapa Islam menindas wanita? Lelaki boleh tunjuk kecantikannya tak perlu tutup tubuh banyak-banyak, tapi wanita kena tutup seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan. maka golongan wanita tidak dapat kebebasan seperti lelaki dapat?

4.Nabi Muhammad SAW nabi yang terakhir, tapi akhir zaman nanti umat islam turut beriman yang nabi Isa a.s akan muncul, jadi nabi Isa a.s juga nabi yang terakhir.

Dan banyak lagi…soalan-soalan yang mungkin kita tak dapat jawab secara langsung…tapi jangan risau tips jawapan yang berhikmah akan diajar…semasa Bro.Lim mengajukan pertanyaan yang sering diajukan oleh non-muslim secara bertalu-talu kepada kami, semua peserta mendiamkan diri. Mungkin pening nak jawab dan bimbang tersalah jawab, tapi setelah skema jawapan yang berhikmah diberikan, baru rasa macam mudah jer nak berhujah pasal agama dengan non-muslim…namun hakikatnya diriku ini masih jahil dan dhaif dalam agama.

Sekian dulu laporan fasa 1, bagi mereka yang berminat…berikut adalah maklumat mengenai kursus ini;

“INTERACTIVE DAKWAH TRAINING”

ANJURAN PERKIM AMPANG

OBJEKTIF PROGRAM:

1. MENANGKIS SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM
2. MELATIH DA’I MENYAMPAIKAN MESEJ ISLAM TERHADAP ORANG BUKAN ISLAM
3. MELATIH DA’I YANG PAKAR MEMBIMBING MUALLAF

TAJUK-TAJUK CERAMAH:

-KEWAJIPAN BERDAKWAH-SEJARAH AGAMA KRISTIAN
-ASAS KEPERCAYAAN AGAMA KRISTIAN-KEPERCAYAAN ORANG CINA
-KEPERCAYAAN ORANG HINDU
-SALAH TANGGAPAN TERHADAP AGAMA ISLAM
-QURAN, BIBLE DAN SAINS-PENGALAMAN BERSAMA PADERI DAN MUBALIGH KRISTIANMEMAHAMI MUALLAF

PENCERAMAH
-Lim Jooi Soon
-Muhammad Amin Yaacob
-Kamarul Zaman Noor Mohamed

Program 2009:

Fasa Satu
17-18 Jan
14-15 Feb
7-8 Mac
11-12 Apr
9-10 Mei
13-14 Jun
11-12 Jul
8-9 Ogos
17-18 Okt
21-22 Nov
12-13 Dis

Fasa Dua
21-22 Feb
23-24 Mei
19-20 Dis

Fasa Tiga
28-29 Mac

Tempat:
Masjid Darul Ehsan,Taman TAR,68000 AmpangSelangor

Masa:
8.30 pagi hingga 5.30 petang

Yuran :
RM100 untuk pelajar, RM120 untuk yg bekerja
(makan,buku, dan bahan2 dakwah. Tiada unsur bisnes /mengambil untung.)

Hubungi:
Bro Lim Jooi Soon
012-3661121
abdlim


sekian terima kasih =p...

~wallahu'alam bisawab~

~...Perkataan 4 Imam Dalam Mengikuti Sunnah...~

bismillah~

Kiranya sangat bermanfaat untuk disajikan di sini sedikit atau sebagian perkataan imam-imam mazhab yang EMPAT, dengan harapan, semoga di dalamnya terdapat pelajaran dan peringatan bagi orang yang mengikuti mereka, bahkan bagi orang yang mengikuti selain mereka yang lebih rendah darjatnya dari taqlid buta, dan bagi orang yang berpegang teguh kepada mazhab-mazhab dan perkataan-perkataan mereka, sebagaimana kalau madzab-madzab dan perkataan-perkataan itu turun dari langit.
`
Allah Subhanahu Wa Taala, berfirman: "Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhan-mu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selainnya. Amat sedikitlah kamu mengambil pelajaran (dari padanya)". (QS. Al-Araf :3)


I. ABU HANIFAH
Yang pertama-tama di antara mereka adalah Imam Abu Hanifah An-Numan bin Tsabit. Para sahabatnya telah meriwayatkan banyak perkataan dan ungkapan darinya, yang semuanya melahirkan satu kesimpulan, iaitu kewajiban untuk berpegang teguh kepada hadith dan meninggalkan pendapat para imam yang bertentangan dengannya.

1. "Apabila hadits itu sahih, maka hadith itu adalah madzhabku." (Ibnu Abidin di dalam Al-Hasyiyah 1/63)
2. "Tidak dihalalkan bagi seseorang untuk berpegang pada perkataan kami, selagi ia tidak mengetahui dari mana kami mengambilnya". (Ibnu Abdil Barr di dalam Al-Intiqau fi Fadha ilits Tsalatsatil Aimmatil FuqahaI, hal. 145)
3. Dalam sebuah riwayat dikatakan: "Adalah haram bagi orang yang tidak mengetahui alasanku untuk memberikan fatwa dengan perkataanku".
4. Di dalam sebuah riwayat ditambahkan: "Sesungguhnya kami adalah manusia yang mengatakan perkataan pada hari ini dan meralatnya di esok hari".
5. "Jika aku mengatakan suatu perkataan yang bertentangan dengan kitab Allah dan khabar Rasulullah salallahu alaihi Wa Sallam, maka tinggalkanlah perkataanku". (Al-Fulani di dalam Al-Iqazh, hal. 50)

II. MALIK BIN ANAS
Imam Malik berkata:
1. "Sesungguhnya aku ini hanyalah seorang manusia yang salah dan benar. Maka perhatikanlah pendapatku. Setiap pendapat yang sesuai dengan kitab dan sunnah, ambillah dan setiap yang tidak sesuai dengan Al Kitab dan sunnah, tinggalkanlah". (Ibnu Abdil Barr di dalam Al-Jami, 2/32)

2. "Tidak ada seorang pun setelah Nabi Shallallahu Alaihi Wa Sallam, kecuali dari perkataannya itu ada yang diambil dan yang ditinggalkan, kecuali Nabi Salallhu Alaihi Wasallam". (Ibnu Abdil Hadi di dalam Irsyadus Salik, 1/227)
3. Ibnu Wahab berkata, "Aku mendengar bahwa Malik ditanya tentang menyelang-nyelangi jari di dalam berwudhu, lalu dia berkata, "Tidak ada hal itu pada manusia. Dia berkata. Maka aku meninggalkannya hingga manusia berkurang, kemudian aku berkata kepadanya.
Kami mempunyai sebuah sunnah di dalam hal itu, maka dia berkata:
Apakah itu?
Aku berkata:
Al-Laits bin Saad dan Ibnu Lahiah dan Amr bin Al-Harits dari Yazid bin Amr Al-Maafiri dari Abi Abdirrahman Al-Habli dari Al Mustaurid bin Syidad Al-Qirasyi telah memberikan hadith kepada kami, ia berkata,
"Aku melihat Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam menunjukkan kepadaku dengan kelingkingnya apa yang ada diantara jari-jari kedua kakinya.
Maka dia berkata,
"Sesungguhnya hadith ini adalah Hasan, Aku mendengarnya hanya satu jam. Kemudian aku mendengarnya, setelah itu ditanya, lalu ia memerintahkan untuk menyelang-nyelangi jari-jari. (Mukaddimah Al-Jarhu wat Tadil, karya Ibnu Abi Hatim, hal. 32-33)

III. ASY-SYAFII
Adapun perkataan-perkataan yang diambil dari Imam Syafii di dalam hal ini lebih banyak dan lebih baik, dan para pengikutnya pun lebih banyak mengamalkannya. Di antaranya:

1. "Tidak ada seorangpun, kecuali dia harus bermadzab dengan Sunnah Rasulullah dan menyendiri dengannya. Walaupun aku mengucapkan satu ucapan dan mengasalkan kepada suatu asal di dalamnya dari Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam yang bertentangan dengan ucapanku. Maka peganglah sabda Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam. Inilah ucapanku." (Tarikhu Damsyiq karya Ibnu Asakir, 15/1/3)
2. "Kaum muslimin telah sepakat bahwa barang siapa yang telah terang baginya Sunnah Rasulullah Shallallahu Alaihi Wa Sallam, maka tidak halal baginya untuk meninggalkannya kerana untuk mengikuti perkataan seseorang." (Ibnul Qayyim, 2/361, dan Al-Fulani, hal. 68)
3. "Apabila kamu mendapatkan di dalam kitabku apa yang bertentangan dengan Sunnah Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam, maka berkatalah dengan sunnah Rasulullah Salallahu alaihi Wa sallam, dan tinggalkanlah apa yang aku katakan." (Al-Harawi di dalam Dzammul Kalam, 3/47/1)
4. "Apabila Hadist itu Shahih, maka dia adalah madzhabku." (An-Nawawi di dalam Al-Majmu, Asy-Syarani, 10/57)
5. "Kamu (Imam Ahmad) lebih tahu dari padaku tentang hadisth dan orang-orangnya (Rijalu l-Hadits). Apabila hadith itu shahih, maka ajarkanlah ia kepadaku apapun ia adanya, baik ia dari kufah, Bashrah maupun dari Syam, sehingga apabila ia shahih, akan bermadzhab dengannya." ( Al-Khathib di dalam Al-Ihtijaj bisy- SyafiI, 8/1)
6. "Setiap masalah yang didalamnya kabar dari Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam adalah shahih bagi ahli naqli dan bertentangan dengan apa yang aku katakan, maka aku meralatnya di dalam hidupku dan setelah aku mati." (Al-Harawi, 47/1)
7. "Apabila kamu melihat aku mengatakan suatu perkataan, sedangkan hadith Nabi yang bertentangan dengannya shahih, maka ketahuilah, sesungguhnya akalku telah bermadzhab dengannya." (Al-Mutaqa, 234/1 karya Abu Hafash Al-Muaddab)
8. "Setiap apa yang aku katakan, sedangkan dari nabi salallahu alaihi wa sallam terdapat hadith sahih yang bertentangan dengan perkataanku, maka hadith nabi adalah lebih utama. Oleh kerana itu, janganlah kamu mengikutiku." (Aibnu Asakir, 15/9/2)

IV. AHMAD BIN HAMBAL
Imam Ahmad adalah salah seorang imam yang paling banyak mengumpulkan sunnah dan paling berpegang teguh kepadanya. Sehingga ia membenci penulisan buku-buku yang memuat cabang-cabang (furu') dan pendapat. Oleh karena itu ia berkata:

1. "Janganlah engkau mengikuti aku dan jangan pula engkau mengikuti Malik, Syafii, Auzai dan Tsauri, tapi ambillah dari mana mereka mengambil." (Al-Fulani, 113 dan Ibnul Qayyim di dalam Al-Ilam, 2/302)
2. "Pendapat AuzaI, pendapat Malik, dan pendapat Abu Hanifah semuanya adalah pendapat, dan ia bagiku adalah sama, sedangkan alasan hanyalah terdapat di dalam atsar-atsar." (Ibnul Abdl Barr di dalam Al-Jami, 2/149)
3. "Barang siapa yang menolak hadith Rasulullah Salallahu alaihi wa sallam, maka sesungguhnya ia telah berada di tepi kehancuran." (Ibnul Jauzi, 182).

Allah berfirman: "Maka demi Tuhanmu, mereka (pada hakikatnya) tidak beriman hingga mereka menjadikan kamu hakim terhadap perkara yang mereka perselisihkan, kemudian mereka tidak merasa dalam hati mereka sesuatu keberatan terhadap keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerima dengan sepenuhnya" (An- Nisa:65),
dan firman-Nya:
"Maka hendaklah orang-orang yang menyalahi perintah-Nya takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa azab yang pedih." (An-Nur:63).

Al-Hafizh Ibnu Rajab berkata: "Adalah menjadi kewajiban bagi setiap orang yang telah sampai kepadanya perintah Rasulullah Salallahu Alaihi Wa Sallam dan mengetahuinya untuk menerangkannya kepada umat, menasihati mereka dan memerintahkan kepada mereka untuk mengikuti perintahnya. Dan apabila hal itu bertentangan dengan pendapat orang besar di antara umat, maka sesungguhnya perintah Rasulullah salallahu alaihi wa Sallam itu lebih berhak untuk disebarkan dan diikuti dibanding pendapat orang besar manapun yang telah bertentangan dengan perintahnya di dalam sebagian perkara secara salah. Dan dari sini, para sahabat dan orang-orang setelah mereka telah menolak setiap orang yang menentang sunnah yang sahih, dan barangkali mereka telah berlaku keras dalam penolakan ini. Namun demikian, mereka tidak membencinya, bahkan dia dicintai dan diagungkan di dalam hati mereka. Akan tetapi, Rasulullah Salallahu alaihi wa Sallam adalah lebih dicintai oleh mereka dan perintahnya melebihi setiap makhluk lainnya.

Oleh karena itu, apabila perintah rasul itu bertentangan dengan perintah selainnya, maka perintah rasul adalah lebih utama untuk didahulukan dan diikuti. Hal ini tidak dihalang-halangi oleh pengagungan terhadap orang yang bertentangan dengan perintahnya, walaupun orang itu mendapat ampunan. Orang yang bertentangan itu tidak membenci apabila perintahnya itu diingkari apabila memang ternyata perintah Rasulullah itu bertentangan dengannya. Bagaimana mungkin mereka akan membenci hal itu, sedangkan mereka telah memerintahkan kepada para pengikutnya, dan mereka telah mewajibkan mereka untuk meninggalkan perkataan-perkataan yang bertentangan dengan sunnah."

* (Saduran daripada Mukaddimah Kitab Shifatu Shalatiin Nabii SAW, karya Al-Imam Al-Muhaddith Muhammad Nashiruddin Al-Albani -rahimahullah)
`
Semoga ada manfaatnya buat diri penulis terutamanya, InsyaAllah...

Artikel daripada:
http://opalotus99.blogspot.com/2008/12/perkataan-empat-4-imam-madzhab-dalam.html

~...Kajian bawa Michael kepada Islam...~

DALAM pelbagai keunikan yang terdapat pada Presiden baru Amerika Syarikat (AS), Barack Hussein Obama, persoalan mengenai anutan agamanya turut menjadi perhatian ramai!

Menerusi laman Ensiklopedia Wikipedia, Obama dikatakan seorang penganut Kristian Protestan, pegangan yang terhasil di usia dewasa setelah melewati pelbagai evolusi agama dalam hidupnya sebelum ini. (Beliau dibaptiskan di Trinity United Church of Christ pada tahun 1988 dan sejak itu selama hampir dua dekad lamanya, Obama merupakan ahli gereja yang aktif).
Walaupun mempercayai dan seterusnya memeluk Kristian secara rasmi, namun kedudukan Obama itu adalah jauh lebih baik berbanding ibu bapanya sendiri.


Ini apabila bapanya, Barack Obama Sr yang asalnya beragama Islam bertukar menjadi ateis (namun jenazahnya sempurna dikebumikan secara Islam ketika meninggal dunia pada 1982) apabila berkahwin dengan ibu Obama, Ann Dunham yang dipercayai juga seorang yang ateis.
Menyebut mengenai ibunya itu yang turut banyak memberikan pengaruh besar dalam hidupnya walaupun Presiden AS ini lebih dibesarkan oleh neneknya, Medelyn Dunham, Obama berkata, beliau mendapat inspirasi dalam hal ehwal agama daripadanya ibunya yang menganggap agama sebagai ekspresi manusia.


Ibunya meletakkan agama dan identiti agama itu hanya sebuah fenomena dan apa yang penting dalam agama serta identiti agama adalah mengejar hakikatnya.
“Perbahasan yang rasional dan kritikal jauh lebih penting daripada sekadar mematuhi ajaran dan perintah suci agama.


“Islam, Kristian, Buddha dan agama-agama lainnya hanyalah dianggap sebagai satu jalan menuju hakikat kebenaran,” katanya.
Mujur tanggapan si ibu hanya memberikan satu pengetahuan kepada Obama dari langsung menyebabkan si anak dari turut mengikut jejak langkah si ibu itu.


Namun mari kita bandingkan dengan seorang anak muda dari Pasadena, AS, Micheal David Shapiro. Beliau mungkin turut mempercayai ateis tetapi tidak seperti ibu Obama, dia berjaya membuktikan bahawa agama tidak sekadar mematuhi ajaran dan segala perintah-perintah yang suci.

“Saya mula bertanya pada diri sendiri mengenai jumlah tuhan yang perlu saya percaya. Namun saya tidak mampu untuk mempercayai lebih dari satu tuhan. Tuhan yang dibahagikan kepada dua atau lebih lazimnya lemah berbanding tuhan yang satu.

“Jika ‘seorang’ tuhan tidak setuju dengan tuhan yang lain, tentu akan membangkitkan pergaduhan di antara tuhan-tuhan ini. Jadi saya percaya manusia hanya boleh percaya kepada satu tuhan sahaja,” katanya.

Begitu pun bagi bertindak adil, Michael memberi peluang kepada dirinya untuk mencari kelebihan apabila menjadi seorang yang ateis.
“Tetapi saya menyedari sepenuhnya setiap penciptaan mesti ada yang menciptanya. Jika tuhan itu tidak wujud, mustahil bumi, alam semesta dan segala yang terkandung di dalamnya wujud. Jadi, benarlah tuhan itu mesti wujud.
“Namun percaya sahaja tidak cukup kerana saya perlu mengenali tuhan tetapi di mana saya harus bermula kerana terdapat ‘beribu-ribu’ tuhan yang wujud seperti yang didakwa oleh pelbagai pengikut,” katanya.


Oleh kerana Michael mempercayai Tuhan Yang Satu, lalu beliau menyenarai pendek kepada agama yang percaya hanya pada satu tuhan atau monotheistic.
“Ini menjadi usaha saya lebih mudah,” katanya.


Micheal tidak perlu untuk mengkaji agama Buddha dan Hindu disebabkan kedua-dua agama ini merupakan kepercayaan polytheistic atau berbilang tuhan yang dinampakkan dalam bentuk berhala.

Maka agama yang percaya kepada ketuhanan yang satu yang perlu dikaji oleh Micheal ialah Yahudi, Kristian dan Islam. Lalu beliau bermula dengan agama Yahudi sementelah beliau sendiri dilahirkan sebagai Yahudi, iaitu percaya kepada satu tuhan, beberapa orang nabi dan 10 Rukun (Commandments), Kitab Taurat dan Jiwa Yahudi.

“Jiwa yang Yahudi? Apabila saya mengkaji frasa ini, saya menemukan ayat yang menyebut; ‘Jika anda dilahirkan sebagai Yahudi maka anda mesti mempunyai jiwa seorang Yahudi dan mesti mematuhi segala keyahudian (Judaism) yang ada’.

“Kenyataan ini membuatkan saya sangat terkejut, tidakkah ini satu diskriminasi?! Agama ini tidak bersifat universal. Jadi tuhan ciptakan Jiwa Yahudi, Jiwa Kristian dan Jiwa Islam? Setahu saya tuhan ciptakan manusia sama rata tanpa ada sebarang darjat yang memisahkan antara satu sama lain. Oleh kerana dia dilahirkan dalam sesuatu agama, maka tuhan meletakkan dekri yang dia mesti kekal pada sesuatu agama itu walaupun si penganut itu tahu ada sesuatu yang palsu mengenai agamanya itu, adakah itu maksudnya,” soalnya.

Ini menyebabkan Micheal tidak dapat bersetuju dengan agama itu walaupun telah dilahirkan sebagai Yahudi.
“Seperkara lagi persoalan mengenai neraka juga tidak dibincangkan secara serius dalam agama Yahudi. Jadi apa perlunya melakukan kebaikan, dan apa salahnya melakukan kejahatan? Jika saya tidak ditakutkan dengan hukuman yang tegas jadi apa perlunya saya mempunyai sikap dan moral yang baik,” kata Micheal.


Setelah sanggup meninggalkan Yahudi, Micheal mencari pula mengenai Kristian.
“Pada mulanya, saya tidak bermasalah, tetapi apabila diulang kali membacanya, satu tuhan yang terdiri bapa tuhan, anak tuhan dan Ruhul Kudus, bagaimana ini dapat dijelaskan secara logik. Bagaimana ketiga-tiga unsur ini merupakan Tuhan yang Satu. 1+1+1=3, betul?


“Saya masih memberi peluang dengan mendapatkan sebanyak mungkin penerangan mengenai konsep Triniti ini, namun setelah banyak melakukan analogi sekali pun, konsep ini tidak dapat saya terima, akal saya tidak mampu untuk menerimanya,” katanya.

Begitupun Micheal mengharapkan logik pada doktrin Kristian yang lain. Ini termasuklah Nabi Isa a.s mati kerana dosa-dosa kesemua pengikutnya.

“Baginda melakukan ini disebabkan kita semua diselubungi Dosa Warisan (Original Sin). Oleh kerana Nabi Isa merupakan anak tuhan, jadi dia sanggup mati disalib bagi menyelamatkan orang lain dari neraka dan menyelamatkan dari dosa yang ditinggalkan oleh Nabi Adam.
“Jadi, kita semua ini dilahirkan sebagai seorang yang berdosa termasuklah bayi yang baru berusia setahun sudah menanggung dosa dalam usia semuda itu. Ini pelik, dek kerana perbuatan seorang manusia, seluruh manusia yang lain perlu menanggungnya,” kata Micheal.


Tetapi Nabi Isa wafat disebabkan baginda ‘menyeru kepada kasih sayang sesama umat’.
“Tetapi mengapa di dalam kitab Injil diceritakan baginda merintih ketika hendak disalib sambil berkata; Bapa, tidakkah Kau mengampuniku?
“Jadi adakah ini bermakna Nabi Isa tidak memahami mengapa baginda hendak dibunuh dengan kejam tetapi doktrin mengatakan Nabi Isa secara sukarela dirinya dibunuh,” katanya.
Ini membuatkan Kristian juga tidak ada tempat di hati Micheal. Lalu apakah ajaran yang seterusnya untuk anak muda ini percaya dengan segala kebenaran-kebenaran yang kuat atau sekurang-kurangnya dapat diterima oleh akal yang logik?!


“Saya tidak menghadapi masalah untuk memahami Islam. Tidak ada pada agama itu yang boleh menimbulkan konflik pada logik akal saya. Kitab suci al-Quran itu sendiri sangat menakjubkan dan begitu bersesuaian untuk semua zaman dan masa, seolah-olah seperti baru dikarang (diwahyukan). Banyak bukti saintifik ditemui dari kitab itu sedangkan kitab itu ditemui sejak 1,400 tahun dahulu.

“Tetapi adakah agama ini bersifat sejagat, agama untuk semua tetapi yang lebih menghairankan Islam dinyatakan untuk semua tanpa memilih kaum, bangsa, warna kulit, bahasa dan asal usul manusia. Namun lebih menghairankan nama agama itu sendiri, iaitu Islam dinyatakan dengan banyak kali dalam al-Quran. Jadi benarlah Islam satu agama,” tambahnya.

Kata Mishael, dia tidak menemui sebarang perkataan agama Yahudi ada disebutkan dalam kitab Taurat mahupun agama Kristian dalam kitab Injil sekalipun dalam Kitab Perjanjian Lama kecuali manusia itu sendiri yang memberikan nama-nama itu, bukan tuhan.

Tidak perlu lama bagi Micheal untuk mempercayai agama mana yang layak untuk dianuti. Setelah terjawab segala persoalan maka tanpa ragu anak muda ini memeluk Islam dan selamanya beliau tetap yakin pada Islam setelah ‘berkenalan’ dengan apa juga yang didakwa sebagai agama!


.;.sumber ; http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0122&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_02.htm .:.

Wednesday, January 21, 2009

~...Ujian adalah TarbiyYah dari Allah...~



Bismillah…

Buat mereka yang sering diuji…berbanggalah kalian, kerana kalian memang seorang mukmin…setiap kita tidak dapat lari dari ujian kerana ujian itu sebagai neraca untuk meningkatkan / menurunkan darjat kita disisi Tuhan yang mana ia berpaksikan keimanan.


Teringat kata-kata seorang sahabiah ‘nak memulakan hidup baru yang bermula dari zero’. Kekecewaan yang mendalam beliau alami membuatkan apa yang ada tidak lagi beerti.


Analoginyer ana telah menghantar laptop ke kedai untuk di’format’ apa yang menarik kebiasaan technican akan bertanya sama ada ana telah backup file atau pun tidak, tidak berlaku dan ana mengandaikan bahawa depa akan tolong backup kan…mungkin kelalaian ana juga….jadi segala isi perut yang ada dalam laptop ini licin sama sekali kerana ana memang tak buat back-up file-file tersebut…maka pandan la muka dengan ana…oleh itu laptop ana telah pun memulakan fasa baru kehidupannya dengan bermula dari zero…hu3…apa kaitannyer????mungkin tiada kaitan sebenarnyer,


Cuma…minda manusia lebih hebat dari computer, sel memori yang berbillion-billion itu tidak dapat menandingi kehebatan memori computer…tapi pengurusan menyimpan dan mengemaskini memori ingatan, akal fikiran manusia sering lebih lemah dari computer…


Software sudah ada dalam diri tapi mungkin tidak diaktifkan untuk berfungsi. Rupanya seronok dapat belajar pemikiran sistemik iaitu pemikiran yang berada diluar konsep sistematik…bunyi sama tapi teori dan praktikalnya berbeza….


p/s; ana sayang kalian berdua kerana Allah, tapi ana turut kecewa dengan kekecewaan kalian...ana tak mahu kehilangan kalian...ana rindu Elya Khadijah~ ana rindu Imtisal~


ana tersepit dengan konflik kalian...Ya Allah satukanlah hati-hati kami sebagaimana bersatunya hati para sahabat Nabi dalam perjuangan... mereka juga sering berbeza pandangan tapi cintakan iman dan islam itu menyatukan hati mereka...Ya Allah berikanlah petunjuk, kekuatan dan semangat kepada dua orang sahabat kesayanganku...ameen~ =(

Wallahu’alam...

Monday, January 19, 2009

~...JoM BuaT Baik!!! Baik tue ApA?...~

Assalamu’alaikum wr. wb.Saudaraku...,Teruslah berbuat kebaikan, selagi kesempatan untuk itu masih ada. Mungkin tulisanku berikut ini dapat menjadi bahan renungan bersama. Semoga bermanfaat. Maaf, jika kurang berkenan...!

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

BERBUAT BAIKLAH SELAGI ADA KESEMPATAN

Assalamu’alaikum wr. wb.Saudaraku…,

Bagi kita yang tinggal di Blitar ataupun di Surabaya dan belum pernah sekalipun ke luar negeri, mungkin kita akan menyangka bahwa Jepang itu adalah suatu negeri yang sangat jauh. Apalagi Inggris atau Perancis.Sekali-kali tidaklah demikian wahai saudaraku. Karena sejauh-jauhnya negeri Jepang, Inggris maupun Perancis, toh dengan mudah bisa kita tempuh dengan menggunakan pesawat terbang, bahkan hanya memakan waktu sekian jam perjalanan saja.

Saudaraku…,
Mungkin kita menyangka bahwa bulan itu adalah sangat jauh. Karena jauhnya, hingga dalam penglihatan mata kita, nampaklah bahwa bulan tersebut terlihat sangat kecil, bahkan nampak hanya sebesar piring saja. Padahal kita semua sama-sama mengetahui, bahwa pada kenyataan yang sebenarnya bulan tersebut adalah teramat besar, bahkan milyaran kali lebih besar dibandingkan dengan sebuah piring.Sekali-kali tidaklah demikian wahai saudaraku. Karena sejauh-jauhnya bulan, toh dengan mudah bisa ditempuh dengan menggunakan pesawat ruang angkasa. Bahkan perjalanan tersebut hanya memakan waktu beberapa hari saja.

Saudaraku…,
Mungkin kita menyangka bahwa matahari itu adalah teramat jauh. Karena jauhnya, hingga dalam penglihatan mata kita, nampaklah bahwa matahari tersebut terlihat sangat kecil, bahkan nampak sama dengan bulan. Padahal kita semua sama-sama mengetahui, bahwa pada kenyataan yang sebenarnya matahari tersebut adalah teramat besar, bahkan ratusan ribu kali lebih besar dibandingkan dengan bumi kita, apalagi jika dibandingkan dengan bulan.Sekali-kali tidaklah demikian wahai saudaraku. Karena sejauh-jauhnya matahari, toh dengan mudah bisa ditempuh dengan menggunakan pesawat ruang angkasa. Bahkan perjalanan tersebut mungkin hanya memakan waktu beberapa bulan saja.

Saudaraku…,
Mungkin kita menyangka bahwa bintang-bintanglah yang sungguh-sungguh teramat jauh. Karena jauhnya, hingga dalam penglihatan mata kita, nampaklah bahwa bintang-bintang tersebut terlihat sangat kecil, bahkan nampak seperti titik saja, jauh lebih kecil dibandingkan matahari. Padahal kita semua juga sama-sama mengetahui, bahwa pada kenyataan yang sebenarnya bintang-bintang tersebut adalah teramat besar, bahkan begitu banyak yang jauh lebih besar dari matahari.Sekali-kali tidaklah demikian wahai saudaraku. Karena sejauh-jauhnya bintang, toh dengan berjalannya waktu, suatu saat (entah kapan) ketika teknologi sudah memungkinkan – meski dengan menggunakan pesawat tak berawak – tetap saja pada akhirnya akan sampai juga ke sana. Artinya, secara logika perjalanan ke sana bukanlah sesuatu yang tidak mungkin.

Saudaraku…,
Lalu apakah gerangan yang lebih jauh dari semuanya itu?
Hingga karena teramat jauhnya, maka dengan teknologi secanggih apapun, secara logika kita tidak akan mungkin bisa ke sana?
Sampai kapanpun?

Saudaraku…,
Ketahuilah, bahwa yang lebih jauh dari semuanya itu, hingga karena teramat jauhnya, maka dengan teknologi secanggih apapun, secara logika kita tidak akan mungkin bisa ke sana, sampai kapanpun, ternyata adalah: kesempatan.

Yah....,
ternyata yang dimaksud adalah kesempatan.
Karena jika kesempatan itu sudah berlalu meninggalkan kita (meski hanya sedetik), maka kita tidak mungkin bisa ke sana lagi.
Bahkan dengan teknologi secanggih apapun, dan sampai kapanpun.

Saudaraku…,
Masih jelas dalam ingatan kita, betapa masa-masa ketika kita masih SMA dahulu.
Masa ketika hari-hari indah kita lalui bersama. Masa ketika hari-hari kita lalui dengan penuh canda dan tawa. Namun, ternyata masa SMA itu telah lama berlalu dan tak mungkin kembali lagi.

Yah..., kita tidak mungkin ke sana lagi, kembali ke masa SMA lagi. Bahkan dengan teknologi secanggih apapun, dan sampai kapanpun. Dan bersamaan dengan berlalunya masa SMA itu, berlalu pula semua kesempatan yang ada di dalamnya. Dan kita tidak mungkin mendapatkannya lagi, selamanya.

Demikian juga dengan masa-masa ketika kita kuliah dahulu (bagi kita yang melanjutkan hingga pendidikan tinggi). Sama seperti masa-masa ketika kita masih SMA dahulu, ternyata masa kuliah itu juga telah berlalu dan tak mungkin kembali lagi.

Yah...,
kita tidak mungkin ke sana lagi, kembali ke masa kuliah lagi. Bahkan dengan teknologi secanggih apapun, dan sampai kapanpun. Dan bersamaan dengan berlalunya masa kuliah itu, berlalu pula semua kesempatan yang ada di dalamnya. Dan kita tidak mungkin mendapatkannya lagi, untuk selama-lamanya.

Saudaraku…,
Begitulah seterusnya.
Jika kesempatan itu sudah berlalu meninggalkan kita, maka kita tidak mungkin bisa ke sana lagi. Bahkan dengan teknologi secanggih apapun, dan sampai kapanpun.Oleh karena itu, berbuat baiklah selagi ada kesempatan. Karena sesungguhnya nikmat kesempatan itu adalah suatu nikmat pemberian Allah Yang Maha Pemurah yang begitu tinggi nilainya, tetapi seringkali kita lupakan.Belanjakanlah di jalan Allah, sebagian dari rezki yang telah Allah berikan kepada kita, sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafa`at.

“Hai orang-orang yang beriman, belanjakanlah (di jalan Allah) sebagian dari rezki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang hari yang pada hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafa`at.” (QS. 2. 254).

Saudaraku…,
Belanjakanlah di jalan Allah, sebagian dari rezki yang telah Allah berikan kepada kita, sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kita. Karena jika masa itu telah tiba – yaitu masa ketika kita tutup usia – maka kita dapat menangguhkannya walau hanya sesaat. Dan itu artinya kesempatan kita untuk berbuat baik telah berlalu dan tak mungkin bisa kembali lagi.

“Dan belanjakanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datang kematian kepada salah seorang di antara kamu; lalu ia berkata: "Ya Tuhanku, mengapa Engkau tidak menangguhkan (kematian) ku sampai waktu yang dekat, yang menyebabkan aku dapat bersedekah dan aku termasuk orang-orang yang saleh?" (QS. Al Munaafiquun. 10).

Saudaraku…,
Saling tolong-menolonglah kepada sesama, kepada saudara-saudara kita yang lain selagi kesempatan itu masih ada. Karena jika kesempatan itu telah berlalu, pergi meninggalkan kita, maka kita tidak mungkin mendapatkannya lagi. Apalagi, jika maut sudah terlanjur menjemput kita, maka masing-masing diantara kita sudah tidak bisa saling menolong lagi. Bahkan terhadap diri kita sendiripun kita tidak bisa menolong lagi, kecuali amal saleh yang telah kita kerjakan, kecuali kebaikan yang telah kita usahakan.

”Hai manusia, bertakwalah kepada Tuhanmu dan takutilah suatu hari yang (pada hari itu) seorang bapak tidak dapat menolong anaknya dan seorang anak tidak dapat (pula) menolong bapaknya sedikitpun. Sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan (pula) penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam (mentaati) Allah”. (QS. Luqman. 33).

”Sesungguhnya Al Qur'an ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang-orang Mu'min yang mengerjakan amal saleh bahwa bagi mereka ada pahala yang besar”, (QS. Al Israa’. 9).

“Yang mereka nanti-nanti tidak lain hanyalah kedatangan malaikat kepada mereka (untuk mencabut nyawa mereka), atau kedatangan Tuhanmu atau kedatangan sebagian tanda-tanda Tuhanmu. Pada hari datangnya sebagian tanda-tanda Tuhanmu tidaklah bermanfa`at lagi iman seseorang bagi dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya.

Katakanlah: "Tunggulah olehmu sesungguhnya kamipun menunggu (pula)". (QS. Al An’aam. 158).

{Tulisan ini diambilkan dari: www.imronkuswandi.blogspot.com }.

~p/s; Syukran JaziLan wa JazakaLLahu KhaiR Ya Akh ImronKuswandi atas artikel yang amat bermanfat nie...~

Saturday, January 10, 2009

~...JoM BeRQuNuT DaLaM SeTiaP SoLaT FarDhu...~

Qunut Nazilah ialah doa yg dibaca pada rakaat terakhir solat fardhu selepas i'tidal selepas membaca sami'Allahu liman hamidah, sebelum kita sujud. Qunut Nazilah dilakukan oleh NABI SAW untuk mendoakan kebinasaan kaum musyrikin dan mendoakan kebaikan bagi kaum muslimin.

Tiada lafaz doa yg tertentu, boleh baca apa2 saja doa yang ditujukan kepada maksud, di dalam bahasa Arab. Tapi, pastikan kita faham maksud doa yg kita baca, yer!

Jadi, mari kita sama2 lakukan untuk mendoakan kebinasaan bagi kaum Yahudi yg membunuh umat Islam di Palestin dan negara Islam yg lain, dan juga mendokan kesejahteraan umat Islam seluruhnya.

Amalkan satu sunnah, terhapuslah satu bid'ah. Amalkan satu bid'ah, hilanglah satu sunnah! pilihlah mana yang anda suka!

Hadith2 sahih tentang Qunut Nazilah;
http://www.almanhaj.or.id/content/1479/slash/0

Dari Ibnu Abbas, beliau berkata: Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah qunut selama satu bulan secara terus-menerus pada shalat Zhuhur, ‘Ashar, Maghrib, Isya dan Shubuh di akhir setiap shalat, (yaitu) apabila baginda mengucap Sami’Allahu liman hamidah di raka’at yang akhir, beliau mendo’akan kebinasaan atas kabilah Ri’lin, Dzakwan dan ‘Ushayyah yang ada di perkampungan Bani Sulaim, dan jemaah di belakang baginda mengucapkan amin.

Hadits ini telah diriwayatkan oleh Abu Dawud(1), Ibnul Jarud(2), Ahmad(3), al-Hakim dan al-Baihaqi(4). Dan Imam al-Hakim menambahkan bahawa Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhuma berkata: Beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah mengutus para da’i agar mereka (kabilah-kabilah itu) masuk Islam, tetapi mereka membunuh para da’i itu. ‘Ikrimah berkata: Inilah pertama kali qunut diadakan. (Lihat Irwaa-ul Ghalil II/163)


Dari Anas, dia berkata: “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah qunut selama satu bulan setelah bangkit dari ruku’, yakni mendo’a kebinasaan untuk satu kabilah dari kabilah-kabilah Arab, kemudian beliau meninggal-kannya (tidak melakukannya lagi).”


Diriwayatkan oleh Ahmad(5), Bukhari(6), Muslim(7), an-Nasaa-i(8), ath-Thahawi(9).

Dalam hadits Ibnu Abbas dan hadits Anas dan beberapa hadits yang lainnya menunjukkan bahawa pertama kali qunut dilakukan ialah ketika Bani Sulaim yang terdiri dari Kabilah Ri’lin, Hayyan, Dzakwan dan ‘Ushayyah meminta kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam agar mau mengajarkan mereka tentang Islam.

Maka, kemudian Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam mengutus kepada mereka tujuh puluh orang qurra’ (para penghafal al-Qur’an), sesampainya mereka di sumur Ma’unah, mereka (para qurra’) itu dibunuh semuanya. Pada saat itu, tidak ada kesedihan yang lebih menyedihkan yang menimpa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam selain kejadian itu. Maka kemudian Baginda Shallallahu ‘alaihi wa sallam qunut selama satu bulan, yang kemudian beliau tinggalkan.

Di antaranya adalah hadits Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah di bawah ini:

Dari Ibnu Umar, “Sesungguhnya dia pernah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika beliau mengangkat kepalanya dari ruku’ di raka’at yang terakhir ketika shalat Shubuh, baginda membaca: “Allahummal ‘an fulanan wa fulanan wa fulanan (Ya Allah laknatlah si fulan dan si fulan dan si fulan) sesudah ia membaca Sami’allaahu liman hamidahu. Kemudian Allah menurunkan ayat (yang ertinya): ‘Sama sekali soal (mereka) itu bukan menjadi urusanmu, sama ada Allah akan menyeksa mereka atau akan mengampuni mereka. Maka sesungguhnya mereka itu adalah orang-orang zhalim.’” (Ali ‘Imraan: 128)

Hadits shahih riwayat Ahmad (II/147)

Dari Abu Hurairah, “Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, apabila hendak mendo’akan kecelakaan atas seseorang atau mendo’akan kebaikan untuk seseorang, beliau mengerjakan qunut sesudah ruku’, dan apabila baginda (selesai) membaca: Sami’allahu liman hamidah, (lalu) baginda membaca, ‘Allahumma… dan seterusnya (yang ertinya: Ya Allah, selamatkanlah Walid bin Walid dan Salamah bin Hisyam dan ‘Ayyasy bin Abi Rabi’ah dan orang-orang yang tertindas dari orang-orang Mukmin. Ya Allah, keraskanlah seksa-Mu atas (kaum) Mudhar, Ya Allah, jadikanlah atas mereka musim kemarau seperti musim kemarau (yang terjadi pada zaman) Yusuf.’”

Abu Hurairah berkata, “Nabi keraskan bacaannya itu dan baginda membaca dalam akhir shalatnya dalam shalat Shubuh: Allahummal ‘an fulanan… dan seterusnya (Ya Allah, laknatlah si fulan dan si fulan) yaitu (dua orang) dari dua kabilah bangsa Arab, sehingga Allah menurunkan ayat: ‘Sama sekali urusan mereka itu bukan menjadi urusanmu… (dan seterusnya).’”

Hadits shahih riwayat Ahmad ii/255 dan al-Bukhari No 4560

Di dalam hadits shahih riwayat Imam al-Bukhari dalam kitab Shahih-nya no. 1004 disebutkan bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah qunut pada shalat Shubuh dan Maghrib.

Lafazhnya adalah sebagai berikut:

Dari Anas, ia berkata, “Qunut itu ada dalam shalat Maghrib dan Shubuh.”

Dan dalam hadits yang shahih pula disebutkan bahawa Abu Hurairah pernah qunut pada shalat Zhuhur dan ‘Isya sesudah mengucapkan Sami’allahu liman hamidahu (setelah bangkit dari ruku’ (di saat sedang i’tidal).), ia berdo’a untuk kebaikan/kemenangan kaum Mukminin dan melaknat orang-orang kafir. Kemudian Abu Hurairah berkata: “Shalatku ini menyerupai shalatnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam.”

Lafazh haditsnya secara lengkap adalah sebagai berikut:

Dan dari Abu Hurairah, ia berkata, “Sungguh aku akan mendekatkan kamu dengan shalat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Maka, Abu Hurairah kemudian qunut dalam raka’at yang akhir dari shalat Zuhur, ‘Isya dan shalat Shubuh, sesudah dia membaca: ‘Sami’allahu liman hamidah.’ Lalu dia mendo’akan kebaikan untuk orang-orang Mukmin dan melaknat orang-orang kafir.”

Hadits shahih riwayat Ahmad (II/255), al-Bukhari (no. 797) dan Muslim (no.676 (296), ad-Daraquthni (II/37 atau II/165) cet. Darul Ma’rifah.

Memang Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah qunut pada shalat Shubuh, begitu juga Abu Hurairah, akan tetapi ingat, bahawa hal itu bukan semata-mata dilakukan pada shalat Shubuh saja! Sebab apabila dibatasi pada shalat Shubuh saja, maka hal ini akan bertentangan dengan riwayat yang sangat banyak sekali yang menyebutkan bahawa beliau Shallallahu ‘alaihi wa sallam melakukan qunut pada lima waktu shalat yang wajib. Menurut hadits yang keenam bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam tidak qunut melainkan apabila beliau hendak mendo’akan kebaikan atau mendo’akan kebinasaan atas suatu kaum. Maka apabila beliau qunut itu menunjukkan ada musibah yang menimpa ummat Islam dan dilakukan selama satu bulan(10)

(Disalin dari kitab Ar-Rasaail Jilid-1, Penulis Yazid bin Abdul Qadir Jawas, Penerbit Pustaka Abdullah, Cetakan Pertama Ramadhan 1425H/Oktober 2004M)
_________
Foot Note
(1). Dalam kitab al-Musnad (I/301-302).
(2). Dalam kitab Mustadrak-nya (I/225-226).
(3). Dalam kitab Sunanul Kubra (II/200 & II/212).
(4). Dalam kitab al-Musnad III/115, 180, 217, 261 & III/191, 249.
(5). Di dalam kitab Shahih-nya no. 4089.
(6). Dalam kitab Shahih-nya no.677 (304), tanpa lafazh “ba’dar ruku’.”
(7). Dalam kitab Sunan-nya II/203-204.
(8). Dalam kitab Syarah Ma’anil Atsar (I/245).
(9). Dan hadits ini telah diriwayatkan pula oleh Abu Dawud ath-Thayalisi dalam Musnad-nya no.1989, Abu Dawud no.1445, sebagaimana juga telah disebutkan oleh al-Hafizh Ibnu Hajar dalam kitab Bulughul Maram no.287, lihat juga kitab Irwaa-ul Ghalil II/163.
(10). Sebelum ini telah disebutkan hadits-hadits yang menunjukkan adanya qunut pada shalat Shubuh, Zhuhur, ‘Ashar, dan ‘Isya, adapun yang menerangkan adanya qunut pada shalat Maghrib, adalah hadits Bara’ bin ‘Azib:
Dari Baraa’ bin ‘Azib, “Sesungguhnya Rasulullah shallalllahu ‘alaihi wa sallam pernah qunut dalam shalat Shubuh dan Maghrib.”
Hadits shahih riwayat Ahmad IV/285, Muslim no.678 (306), Abu Dawud no.1441, at-Tirmidzi no.401, an-Nasaa-i II/202, ad-Dara-quthni II/36, al-Baihaqi II/198, ath-Thahawi II/242, Abu Dawud ath-Thayalisi dalam Musnad-nya no.737, lafazh ini milik Muslim.

.:.sumber dipetik ;http://cahaya-kemuliaanku.blogspot.com/ .:.

Wednesday, January 7, 2009

~...Palestin: Tanggungjawab Persaudaraan Dan Kemanusiaan ...~


Pembunuhan ganas yang dilakukan oleh Yahudi Israel di Gaza, Palestin amat memilukan. Ia bukan sahaja mencabar perasaan persaudaraan Islam atau ukhuwwah islamiyyah kita, bahkan ia mencemar dan mengotori nilai kemanusiaan sejagat.Ketika artikel ini ditulis sudah hampir 400 rakyat Gaza yang dibunuh kejam.


Di mana Amerika yang kononnya berjuang memerangi pengganas? Pelindung Israel tersebut pantang ada kegiatan yang dianggap ganas yang dilakukan mereka yang mendakwa muslim terus sahaja dia akan besar-besarkan dan tindakan memeranginya secara membabi buta akan dilancarkannya.


Namun setiap kali Israel melakukan keganasan, dialah yang akan mempertahankannya. Tidak jika Amerika itu digelar syaitan. Bahkan ketika Gaza diserang ganas oleh Israel ketika ini, Bush mengistiharkan HAMAS itulah pengganas.


Malanglah umat Islam jika masih ingin mengharapkan dari Amerika. Demokrasi yang kononnya hendak dijuarai oleh Amerika di dunia Arab hanyalah permainan politik semata. Umpamanya Mesir, sekalipun tampuk kuasa yang ada pada hari ini meminggirkan demokrasi dan mengkhianatinya, namun tampuk tersebut terus dipertahankan oleh Amerika disebabkan berbagai kepentingannya.


Antaranya, Mesirlah pada hari ini yang menghalang kemasukan bantuan melalui sempadannya dengan Palestin. Sukar bagi syaitan berwatak malaikat. Saya tidak pasti dengan lobi Yahudi yang kuat dalam politik Amerika, apakah Obama akan mampu berbuat sesuatu?Beberapa hari saya menyertai demontrasi membantah kekejaman Israel di hadapan Kedutaan Israel di London.


Bersama saya Saudara Maszlee Malik yang sedang menyiapkan Ph.D di sini. Beliau banyak menulis dan membabitkan diri dalam isu-isu Palestin. Juga Saudara Wan Saiful Wan Jan, orang melayu yang aktif dalam politik British dan menjadi calon Parti Liberal Konservatif di UK ini.Ramai yang menyertainya. Bukan sahaja orang Islam dan Arab, turut sertai juga mereka yang bukan muslim yang terdiri daripada ‘orang putih dan tidak putih’ UK ini.


Dato’ Seri Shahidan Kassim yang sekali lagi datang ke London juga turut hadir.Selama seminggu demonstasi berjalan di London. Bukan sahaja di hadapan Kedutaan Israel, orang ramai turut berdemontrasi di hadapan Kedutaan Mesir kerana negara tersebut menutup sempadannya untuk bekalan makanan dan ubatan disalurkan kepada rakyat Palestin.


Hari Sabtu (hari artikel ini ditulis) demontrasi besar di seluruh London akan diadakan. Bantahan dibuat untuk menyelamatkan rakyat Palestin. Ia melepasi batasan kepuakan atau kepartian yang sempit. Jika sesiapa yang hendak membantah Israel pun masih nak kempen parti, ternyata otaknya sama dengan Israel.


Demonstrasi sebegini, mempunyai peranannya yang tersendiri. Saya juga mengharapkan umat Islam dan masyarakat dunia mengadakannya. Ya, bagi umat Islam sepatutnya tugasan kita lebih besar daripada sekadar tunjuk perasaan. Kita diwajibkan membantu saudara seislam kita yang ditindas atau dikejami dengan harta dan nyawa kita.


Firman Allah: (maksudnya)
“Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas yang terdiri daripada kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! keluarkanlah kami dari negeri ini, yang penduduknya zalim, dan jadikanlah bagi kami daripada pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh). Orang-orang yang beriman, berperang pada jalan Allah; dan orang-orang yang kafir pula berperang pada jalan taghut (pelampau). Oleh sebab itu, perangilah kamu akan pengikut-pengikut syaitan itu, kerana sesungguhnya tipu daya Syaitan itu adalah lemah”. (Surah al-Nisa, ayat 75-76).


Berdasarkan ini, kata al-Imam al-Jasas (wafat 370H):

“Adalah sesuatu yang diketahui umum bahawa telah menjadi iktikad seluruh kaum muslimin; apabila penduduk sesuatu negeri (kaum muslimin) dalam ketakutan dari serangan musuh, dan mereka tidak mampu menghadapinya merasa terancam negeri, nyawa dan kaum mereka, maka ketika itu wajib ke atas seluruh umat untuk keluar mempertahankan kaum muslimin dari serangan musuh. Ini adalah perkara yang tiada khilaf lagi di kalangan umat. Tiada sesiapa pun yang menyatakan harus dibiarkan ditumpahkan darah kaum muslimin”

(Abu Bakr al-Jasas, Ahkam al-Quran, 4/312, Beirut: Dar Ihya al-Turath al-`Arabi).


Namun atas kekangan keadaan yang ada. Ramai para pemimpin umat Islam yang tunduk kepada kehendak Amerika, lalu mereka menjadi pelindung secara langsung atau tidak langsung kepada Israel. Lihat sahaja Mesir yang sanggup menutup sempadannya sehingga bantuan makanan dan ubatan tidak dapat sampai kepada rakyat Palestin, sehingga rakyat Palestin tidak dapat melepaskan diri kekejaman Israel.


Kita umat Islam menjadi umat yang tidak terdaya. Bukan sahaja bertindak, bahkan bersuara pun ramai yang takut. Tidak ramai pemimpin seperti Tun Mahathir Mohamad yang lantang dan berani untuk mengkritik dan berusaha membantah Amerika dan Israel. Ramai yang lain bergantung rahmat kepada Amerika. Bahkan bukan sedikit yang sedang ‘mengidam kerusi kuasa’ bertawakal harap dari Amerika.


Maka, di saat ini, sekurang-kurangnya demontrasi, atau apa sahaja bantahan yang tidak bercanggahan dengan Islam hendaklah dilakukan oleh umat Islam yang tidak berkemampuan. Demikian juga bantuan kewangan. Di Malaysia, sepatutnya mereka yang memegang tampuk-tampuk pentadbiran agama, sama ada yang berada di atas kerusi politik, atau istana perlu menjadi kelompok yang paling lantang membantah dan menghulurkan bantuan.


Saya terharu ketika berjumpa dengan sekumpulan wanita British yang tidak beragama Islam, mengikat serban Palestin di tengkok mereka dan memberitahu kami mereka akan mengambil cuti seminggu untuk menyertai bantahan terhadap Israel. Mereka mengedarkan risalah tentang kekejaman Israel.


Malanglah, jika yang mereka yang seperti ini membantah Israel, tetapi golongan yang diberikan amanah menjaga agama tenggelam dalam keempukan takhta dan membisu seribu bahasa. Di mana pula Majlis Fatwa Kebangsaan ketika ini? Tidak adakah fatwa tentang apakah kewajiban umat Islam dalam isu Palestin? Setelah berletihan dengan isu yoga dan pengkid, tidakkah mahu difikirkan isu Palestin pula?


Jika tidak, malanglah bagi umat Islam yang terdedah kepada dunia berita dan maklumat, tiba-tiba tidak mengambil endah tentang apa yang berlaku di Palestin dan tanggungjawab muslim membela saudara-mara kita kaum muslimin.


Sabda Nabi s.a.w:
“Bandingan orang-orang mukmin dalam kasih-sayang, kesian dan simpati sama seperti satu jasad. Apabila satu anggota merasa sakit, maka seluruh angota lain turut berjaga malam dan demam” (Riwayat Muslim)


Islam bersikap adil. Islam tidak pernah menyatakan setiap mereka yang tidak menganut Islam itu adalah musuh Islam. Demonstrasi di seluruh dunia pada hari ini turut dilakukan oleh mereka yang bukan Islam. Islam hanya bermusuh dengan mereka yang melancarkan permusuhan dan kezaliman kepada umat Islam. Samada permusuhan itu atas kebencian kepada agama ini, atau atas sikap yang ingin menzalimi orang lain.


Kemudian, Islam tidak menerima dan membantah kezaliman di mana sahaja ia dilakukan. Samada ke atas muslim atau bukan muslim, samada kepada insan atau binatang dan alam. Kita membantah kekejaman ke atas saudara seakidah kita di Palestin atas nama Islam dan kemanusiaan. Orang lain membantah atas dasar kemanusiaan.


Jika mereka yang bukan Islam dizalimi, kita tetap akan membantah atas dasar Islam dan kemanusiaan. Ini kerana prinsip Islam merangkumi prinsip kemanusiaan sejagat. Namun jika ada yang langsung tidak membantah, maka dia tiada prinsip Islam dan prinsip kemanusiaan.


Oleh: Dr. Muhammad Asri Zainul Abidin