Friday, April 25, 2008

~...KITA YANG TERLALU SIBUK...~

“Tuhan,terlalu hinakah diriku untuk menjadi tetamu “rumah” Mu?”

سَيَقُولُ لَكَ الْمُخَلَّفُونَ مِنَ الْأَعْرَابِ شَغَلَتْنَا أَمْوَالُنَا وَأَهْلُونَا فَاسْتَغْفِرْ لَنَا ۚ يَقُولُونَ بِأَلْسِنَتِهِمْ مَا لَيْسَ فِي قُلُوبِهِمْ ۚ قُلْ فَمَنْ يَمْلِكُ لَكُمْ مِنَ اللَّهِ شَيْئًا إِنْ أَرَادَ بِكُمْ ضَرًّا أَوْ أَرَادَ بِكُمْ نَفْعًا ۚ بَلْ كَانَ اللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا

“Orang-orang "A'raab" (kaum Arab Badwi) yang ketinggalan tidak turut (bersama-sama denganmu ke Hudaibiyah), akan berkata kepadamu (wahai Muhammad): Kami telah dihalangi oleh urusan menjaga keselamatan harta benda dan anak isteri kami; oleh itu, pohonkanlah ampun kepada Allah untuk kami. Mereka berkata dengan lidahnya apa yang tidak ada dalam hatinya. Katakanlah (wahai Muhammad: Jika demikian sebab ketinggalan kamu) maka adakah sesiapa yang berkuasa mempertahankan kamu daripada terkena atau menerima sesuatu ketetapan dari Allah jika Dia tetapkan kamu ditimpa bahaya atau beroleh manfaat? (Tidak ada sesiapapun dan apa yang kamu katakan itu bukanlah menjadi sebab) bahkan Allah adalah Maha Mendalam pengetahuanNya tentang sebab ketinggalan yang kamu lakukan itu (dan Dia akan membalasnya).” (Surah al-Fath [48]:11)

Perkataan شَغَلَتْنَا menurut terjemahan yang saya ambil daripada website guidedways.com di atas, ialah dihalangi. Di dalam lain-lain al-Quran terjemahan, ia turut diterjemahkan sebagai rintangi, iaitu harta dan anak-anak telah merintangi orang-orang ini daripada turut serta di dalam perjuangan membela Islam. Di dalam kamus Marbawi, perkataan شَغَلَ ini turut bererti “pekerjaan-pekerjaan” atau dalam istilah mudahnya, “sibuk”.

Ertinya –berdasarkan kaedah tafsir “al-ibrah bi umumil lafaz la bi khushushil asbab” pelajaran itu diambil secara umum/untuk semua kes, bukan untuk kes-kes tertentu sahaja (iaitu waktu turunnya ayat sahaja)- ALLAH telah menggambarkan betapa di masa hadapan, seperti perkataan “sa” yang disebutkannya di awal ayat ini (lain-lain perkataan seumpamanya ialah “saufa”) bahawa kelak orang-orang yang tidak turut sama berjuang, tidak turut sama mempertahankan islam, tidak turut sama menyumbang kepada perjuangan Islam, akan memberikan alasan bahawa kesibukan kerjaya (harta) menyebabkan punca ia tidak bisa menyumbang di hari kerja, dan kesibukan menguruskan keluarga (anak-anak) menjadi sebab ia tidak bisa turut sama di hari minggu/cuti.

Ertinya ALLAH SWT sudah sedia maklum, betapa mereka yang mengaku kononnya ia Islam, kononnya ia sayangkan Islam, kononnya ia ingin Islam didaulatkan, akan mengeluarkan alasan “saya sibuk” atau “saya ada kerja lain(ada hal lain)” dan sebagainya, setiap kali Islam memerlukan khidmat dan peranan daripadanya. Persoalannya, benarkah kita terlalu sibuk? Mari kita lihat seketika contoh teladan kita Nabi Muhammad SAW yang mulia.

Menurut sesetengah riwayat, sepanjang hayat baginda Nabi SAW, telah terjadi peperangan (jihad) melibatkan umat Islam sebanyak 68 kali. Daripada bilangan itu, 28 peperangan disertai bahkan dipimpin langsung oleh Nabi SAW.

Satu hal yang harus diingat, peperangan di dalam sejarah Islam hanya terjadi pada period Madinah, bererti 10 tahun terakhir kenabian. Ertinya, jika diambil secara purata, 28 peperangan sepanjang tempoh 10 tahun bererti dalam setahun, 3 kali Nabi SAW berangkat berperang, atau 4 bulan sekali.

Harus juga diingat, di zaman itu, tidak ada kereta kebal, tidak ada jet pejuang, tidak ada lori tentera, dan sebagainya. Bahkan, masa perjalan pun untuk pergi balik ke medan peperangan bisa memakan masa seminggu. Maka bayangkanlah, waktu bila para sahabat ini bekerja untuk mencari rezeki?

Bukankah nabi SAW juga seorang suami yang ada hak untuk ditunaikan kepada isterinya? Bukankah nabi SAW juga seorang ayah yang ada hak untuk ditunaikan kepada anak-anaknya? Bukankah nabi SAW juga seorang “wakil rakyat” (pemimpin yang ada hak untuk ditunaikan kepada rakyat dan orang bawahannya? Bukankah nabi SAW juga seorang ustaz/daie yang ada hak untuk ditunaikan kepada umatnya?

Tapi, dengan segenap kesibukan itu, bahkan Michael J. Heart sendiri terpaksa akur betapa Muhammad SAW adalah the most influential person, mengatasi jesus yang dianggap oleh heart sebagai Tuhannya. Ertinya, bagaimana Nabi kita yang mulia menguruskan kesibukan-kesibukannya?

Tuan-tuan yang mulia,

Kita ada saudara baru bersama kita (cleaner kita), tidak bolehkah setiap daripada kita luangkan dalam 2 minit untuk menceritakan Islam kepadanya? Kita ada sahabat non-Muslim disekeliling kita, tidak bolehkah kita usahakan dan fikirkan bagaimana strategi terbaik mahu memperkenalkan Islam kepada mereka? Kita tahu bahawa Islam difitnah lewat filem “Fitna”, tidak bolehkah kita usahakan menjawab segala tuduhan itu?

Jangan sampai ALLAH menempelak kita lantaran alasan sibuk kita, setelah nikmat dunia itu sendiri tidak hanya diperoleh melalui hasil usaha kita, tetapi juga dengan izin dan belas kasih daripada-Nya. Bersyukurlah dengan cara menyumbang kepada Islam, moga ALLAH tambahkan nikmat-Nya buat kita.

Thank you.

"The believers, in their love, mercy, and kindness to one another are like a body: if any part of it is ill, the whole body shares its sleeplessness and fever" -Prophet Muhammad (P.B.U.H.)


~sumber:

Email: faridul@jimahev.com

visit http://www.harunyahya.com

Best Regards,

Faridul Farhan Abd Wahab

Senior Engineer

JIMAH O&M SDN. BHD.


Wednesday, April 23, 2008

~...SEKALUNG DOA...~



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Engkaulah Yang Maha Pengasih,
Engkaulah Yang Maha Penyayang,
Kepada Mu aku merayu kepada Mu aku mengadu,
Betapa ku mengaku terlalu luas rezeki yang Engkau curahkan,
Terlalu banyak nikmat yang Engkau limpahkan,
Mataku, telinga ku,mulut dan lidahku,
Sepasang tanganku, sepasang kakiku, nyawaku, nafasku, hati dan perasaanku,
Malah setiap helaian rambutku adalah nikmat dari Mu Tuhanku,
Lantas keagungan dan kemurahan Mu kelembutan dan kecintaan Mu,
Menuntut syukur yang tiada bertepi dariku...

Namun aku mengaku juga Tuhan ku,
Betapa gersang hatiku daripada mensyukuri Mu,
Betapa kontang lidahku daripada menyebut nama Mu,
Betapa angkuh tubuhku melanggar hukum Mu,
Betapa sombong jiwaku melupakan Mu,
Betapa lemasnya aku dihanyutkan ombak maksiat terhadap Mu,
Maka disinilah kini aku sebagai hamba Mu,
Melutut merayu keampunan Mu,
Melutut merayu kasih sayang Mu,

Ku tadahkan kedua tapak tangan ku ini buat Mu Ya Allah,
Biarpun ku sedar betapa telah ku cemarkan ia dengan kemurkaan Mu,
Ku tundukkan wajahku ini di hadapan kebesaran Mu,
Biarpun ku tahu betapa telah ku kotorkan ia dengan pandangan yang mengundang
kebencian Mu tetapi tiada tempat lain untuk ku mengadu,
Tiada siapa untuk ku mohonkan pengampunan,
Tiada siapa untuk ku harapkan kecintaan melainkan pada Mu,

Ya Allah aku telah banyak menzalimi diriku sendiri,
Andaikata dosa-dosaku tidak Engkau ampuni,
Andaikata aku tidak Engkau rahmati dan kasihani,
Nescaya termasuklah aku di dalam golongan hamba-hamba Mu yang rugi,

Jadikanlah cinta kepada Mu itu cinta yang paling agung di dalam hati ini,
Janganlah Engkau biarkan jiwa ini terus keras dikuasai nafsu syahwani,
Lantaran terlalu takutnya aku akan kemurkaan Mu,
Terlalu gerunnya aku terhadap azab Mu,
Jadikanlah rindu kepada Mu itu hiasan utama dalam hidupku,
Agar dapatku rasakan manis menghambakan diri kepada Mu,

Bagaimana dapat ku susuri hidup yang singkat ini,
Andai Engkau biarkan ku tercampak jauh dari cinta Mu yang suci,
Aku ini hamba Mu yang lemah Ya Allah,
Tiada daya dan tiada upayaku kecuali dengan bantuan Mu,
Tiada pedoman untukku hidup di dunia ini kecuali hanya dengan hidayah dan petunjuk Mu,
Anugerahkanlah aku jalan Mu yang lurus Tuhan ku,
Janganlah Engkau pesongkan hatiku setelah, Engkau kurniaan hidayah Mu padaku,

Jadikanlah aku hamba Mu yang berkejaran mendapatkan redha Mu,
Jadikanlah aku hamba Mu yang istiqamah menyusuri sunnah rasul Mu,
Jadikanlah aku hamba Mu yang soleh melaksanakan perintah Mu,
Jadikanlah aku hamba Mu yang dinaungi pelindungan Mu,
Jadikanlah aku hamba Mu yang merendah diri dihadapan ketinggian Mu,

Berkati lah rezeki ku yang telah Engkau curahkan,
Agar dapat ku rasa cukup dengan apa yang telah Engkau tetapkan,
Berkatilah ilmu ku yang telah Engkau anugerahkan,
Agar dapat ku mengamalkannya,
Dalam melaksanakan ketaatan,
Berkatilah usiaku dan umurku yang telah Engkau peruntukkan,
Agar dapat ku siapkan diriku untuk bekalan di hari pembalasan,
Ya Allah berkatilah seluruh keluargaku
Agar dapat ku rasakan ketenangan, kasih dan sayang,
Hidup di atas muka bumi Mu,

Ya Allah hidup dan matiku adalah kerana Mu dan hanya untuk Mu,
Nyawaku nafasku,jiwaku degupan jantungku aliran darahku,
Segala yang Engkau titipkan padaku, ku serahkan hanya untuk Mu,
Engkau Yang Maha Mengetahui segala rahsia diriku zahir dan batinku,

Ampunkanlah kesalahan-kesalahanku hapuskanlah dosa-dosaku,
Padamkanlah kotoran-kotoran yang masih ada pada diriku ini,
Sucikanlah hatiku lembutkanlah jiwaku tinggikanlah darjatku,
Kurniakanlah kepadaku segala kebaikan di dunia segala kebaikan di akhirat,
Lindungilah aku dari seksa api neraka Mu,
Tuhan ku aku pasrah kepada Mu...

Sunday, April 6, 2008

~...siapa yang tahu, siapa yang mahu...~


Jika tahu jalannya begini...
Jika tahu sukarnya mendaki...
Jika tahu penatnya menanti...
Jika tahu payahnya melalui...
Jika tahu peritnya menelusuri...
Jika tahu deritanya meneruskan kehidupan ini...

Maka sudah tentu ramai yang MAHU berebut-rebut menjadi pemenang dalam pengembaraan ini...
Kerana yang MAHU adalah mereka yang kenal diri, kenal ILLAHI...
Mereka tahu ujian, kesukaran, derita adalah buah tangan dalam perjuangan lambang kasihnya TUHAN...

Bukanlah perjuangan tanpa pahit,sukar,perit, dan derita...
Bukanlah kehidupan seorang mukmin jika jiwanya hanya untuk kesenangan dan kemewahan duniawi semata...

Kerana yang TAK MAHU adalah mereka yang beralasan untuk meneruskan perjalanan...
Manja untuk tegar berdiri, cerewet dalam menerima ketentuan ILLAHI...

Ibarat arnab dengan kura-kura...arnab tertidur dalam perlumbaan kerana menyangka masa dapat menunggu dirinya., berehatla seketika untuk menikmati nikmat yang sememangya untuk seketika...sang kura-kura pula tahu bahawa biar lambat dan sukar jalan yang dilalui, tetap perlu terus meneruskan perjalanan...maka siapakah pemenang dalam perlumbaan mereka???
Sang Arnab yang hidup mahu berehat dalam perlumbaan atau sang kura-kura yang tahu dalam perlumbaan tiada erti untuk berehat?

-buat ukhti fillah teruskan perjuangan
-buat sahabat2/teman2 jangan bersikap lemah dan mengaku kalah
...kerana ketegaran dan keteguhan semangat, keimanan & ketaqwaan kalian menyebabkan diri ini masih mahu teruskan perlumbaan...kerana hidup bukan sekadar pengembara...

Wallahu ‘alam
~RatuMujahadah_ezzah~
~tg.malim,Perak~