Wednesday, December 24, 2008

~...Bolehkah Umat Islam Turut Meraikan Krismas?...~

Jawapan dari al-Imam al-Walid `Abdul `Aziz bin `Abdullah b.Baz:

Tidak boleh bagi setiap muslimin dan muslimat berkongsi perayaan Yahudi,atau Nasrani(kristian),atau perayaan dari agama-agama lain.Bahkan wajib meninggalkannya,hal ini kerana sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka ia termasuk dikalangan kaum itu,Rasul sallallahu`alaihiwasallam telah mengancam kita daripada menyerupai mereka(kaum kafir) dan berperangai dengan perangai mereka.

Maka menjadi kewajipan ke atas muslimin dan muslimat berjaga-jaga daripada perkara tersebut, dan hendaklah kita tidak turut sama membantu menyambut perayaan-perayaan tersebut dengan apa-apa cara sekalipun kerana ianya merupakan perayaan-perayaan yang menyalahi syariat Allah,dan yang menyambutnya ialah musuh-musuh Allah,maka tidak boleh berkongsi dalam menyambutnya, dan jangan saling tolong menolong membantu orang-orang yang menyambutnya, dan jangan membantu mereka dengan apa-apa cara sekalipun. tidak dengan teh, kopi dan tidak dengan memberi hadiah dan yang selain darinya.

Allah juga berfirman bermaksud:

Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya. [al-Maaidah[5]:2]

Perkongsian bersama orang-orang kafir dalam menyambut& membesarkan perayaaan-perayaan mereka salah satu bentuk saling membantu dalam berbuat dosa dan pelanggaran.Maka wajib bagi muslim dan muslimah meninggalkan perkara tersebut.

Menjadi kewajipan bagi kita juga melihat perkara ini mengikut syariat Islam dan apa yang datang darinya, bukan dengan melihat urusan majoriti manusia kerana sesungguhnya sangat ramai manusia yang tidak mempedulikan dengan apa yang disyari`atkan oleh Allah swt

sepertimana firman Allah swt:

Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).
[al-An`aam[ [6]:116]


Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman, walaupun kamu sangat menginginkannya. [Yusuf[12]; 103]

Maka perayaan-perayaan yang menyalahi syari`at Islam tidak boleh kita menyambutnya,membesarkannya walaupun ianya dilakukan ramai manusia sekarang(termasuk umat Islam),dan seorang mukmin hendaklah menilai perbuatan-perbuatannya dan ucapan-ucapannya serta perbuatan orang ramai dengan al-Quran & As-Sunnah.

Dengan keduanyalah apa yang menepati kedua-duanya maka ianya adalah diterima,walaupun ianya ditinggalkan ramai manusia,dan apa yang menyalahi kedua-duanya atau salah satu darinya maka ianya adalah tertolak walaupun ianya dilakukan oleh ramai manusia.

Moga Allah mengurniakan taufik dan hidayah kepada kita semua.

Diterjemah oleh Abu Ayyub
sumber:
http://www.sahab.net/home/index.php?threads_id=142
dipetik ;
http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=137909

~...Task DMC'08 ; DaLiL dan HuJaH???...~


Bismillah~


.:.Tak sangka akan kontraversi yang berlaku disebalik kehadiranku ke DMC ’08… sedih dan kecewa dengan sangkaan manusia…tapi ku akui silapku kerana tamak dengan peranan…kini ku sedari hak dan tanggungjawab sebenar…tak perlu kesali apa yang berlaku kerana yakin ku ianya rahsia dari Tuhan…


~Syukur berkesempatan ke DMC ’08…walaupun terpaksa korbankan program yang lebih penting, rupanya ia titik tolak untuk ana mengorbankan diri dari ‘saf hadapan’…apa pun yang telah berlaku perancangan Allah Terbaik untuk ana…biarlah terpaksa memandu sendirian asalkan yakin dengan arah tujuan, daripada memandu secara jama’e sedangkan signboard tak menentu lampu isyarat rosak dan destinasi yang ana sendiri tak yakini…sahabiah2 maafkan ana kerana menarik diri, teruskan perjalanan mengikut keyakinan, kerana amal itu atas apa yang kita yakini…


Setelah diperingatkan izzati untuk menulis artikel seperti yang dijanji, dan pesanan mas’ul DMC’08 untuk berkongsi hasil pencarian atas task yang diberi…insya Allah sekadar apa yang termampu difahami..salah dan silap sila tunjukkan…



~Tajuk : Mengapa pentingnya Dalil dan Hujah~


Dalil menurut bahasa membawa maksud keterangan (yang menjadi bukti sesuatu kebenaran, terutama yang berdasarkan ayat-ayat Quran), bukti, dan alasan(bagi sesuatu kebenaran).

Manakala,


Hujah pula memberi maksud pendapat berserta alasan yang diberikan sebagai menyokong atau menentang sesuatu pendirian.


Secara sekularnya, setiap sesuatu yang ingin mendapat keyakinan masyarakat mesti harus menunjukkan bukti. Misalnya seorang peguam bela yang mahu membuktikan anak guamnya tidak bersalah pasti terus membuat kajian kes berdasarkan petunjuk yang ada, lalu berhujah untuk menegakkan keadilan.

Seterusnya, seorang ahli kimia yang mahu membuktikan bahawa sesuatu bahan tersebut mempunyai tindak balas elektron pasti akan membuat eksperimen berdasarkan teori dan kesimpulan…dan seorang ahli geografi yang mahu membuat kajian lapangan mengenai pencemaran pasti mencari bahan sebagai ‘sample’ kajian, berdasarkan data-data yang ada serta pemerhatian, kesimpulan dan keputusan dapat dibuktikan…itu semua ilmu duniawi dalam pengurusan alam. Di sini juga kita telah nampak bahawa setiap disiplin ilmu memang tak lari dari bukti atau dalil dan hujah untuk menyampaikan ilmu.


Maka dalam beragama, dalil dan hujah merupakan saluran untuk menyampaikan kebenaran dan hukum dari Tuhan. Walhal semua agama berpegang kepada kepercayaan masing-masing. Lalu dibuktikan dengan hujah tersendiri. Namun istimewanya Islam tiada tandingan kerana dalil aqal tidak dapat menembusi tingginya martabat dalil dari wahyu ILLAHI…

jika sekadar mengunakan dalil aqal semata-mata, batas pemikiran manusia yang berbeza tentulah menemui banyak pertentangan tanpa penyelesaian. Natijahnya, wahyu Tuhan sebagai penyelesaian neraca perselisihan iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.


Wajib bagi setiap muslim menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan dalam beragama, baik sunnah itu secara mutawatir sehingga menjadi suatu kesepakatan umat, maupun secara ahad ( yang hanya diriwayatkan oleh beberapa orang), dengan syarat periwayatannya tsiqah, yang diriwayatkan sampai kepada Nabi SAW.


Mengembalikan masalah-masalah yang dipertikaikan kepada Kitab dan Sunnah, berdasarkan firman Allah;


“maka jika kamu berselisih terhadap sesuatu perkara kembalikan kepada Allah dan Rasul!”

(An-Nisa’ : 59)


“dan apa-apa yang kamu perselisihkan tentang sesuatu, maka hukumnya kepada Allah” (As-Syura :10)


Demikian itu ialah kerana soal-soal keagamaan telah dibentangkan dalam kitan suci Al-Quran, sebagai firman Allah Ta’ala;


“dan Kami menurunkan Kitab Suci Al-Quran untuk menerangkan segala sesuatu.” (An-Nahl : 89)


Dan firman-Nya lagi ;


“tidak satu yang Kami lewatkan dalam Kitab” (Al-An’am :38)


Disamping Kitab Sunnah ‘amaliyah(berupa perbuatan) menjelaskan pula.


Firman Allah Taala;


“dan Kami turunkan padamu Al-Quran agar kau dapat menerangkan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka ” (An-Nahl: 44)


Dan Firman Allah-Nya pula;


“sungguh telah Kami turunkan kepadamu Al-Quran membawa kebenaran agar engkau dapat mengariskan hukum bagi manusia dengan petunjuk yang telah diberikan Allah.” (An-Nisa : 105)

Dengan demikian selesailah urusan dan ternyatalah tujuannya.


Firman Allah Ta’ala;


“Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu.” (Al-Maidah : 3)


Sedikit sebanyak firman Allah dalam Kitab Suci Al-Quran telah menjadi bukti betapa pentingnya dalil wahyu sebagai hujahan…


Al-Quran dan As-Sunnah kompas penting bagi setiap manusia, jika semua manusia hidup berlandaskan dalil aqal masing-masing maka pasti kucar-kacir sistem kehidupan.
Sememang manusia dicipta dengan pelbagai variasi rupa kejadian maka wajar cara pandangan dan pemikiran juga berbeza, maka disinilah ‘main point’ untuk mengunakan dalil dan hujah…kerana segala penyelesaian kepada perbezaan pendapat hanya perlu kembali kepada satu arah dua rujukan Al-Quran dan As-Sunnah.

Walau bagaimanapun, kita tidak boleh mentafsir mengikut aqal sahaja dalam menghujahkan dalil Al-Quran dan As-Sunnah kerana sering kali berlaku disebabkan apabila mengunakan dalil Al-Quran dan As-Sunnah manusia akan terus percaya dan akur maka sesetengah golongan mengambil kesempatan menyalahgunakannya untuk kepentingan diri semata-mata.


Kesimpulannya, tiada yang dapat dinafikan lagi akan peri pentingnya dalil dan hujah bagi mengelakkan masyarakat daripada berTaqlid semata-mata.


“maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tidak mengetahui.” (Al-Anbiya’ 21 : 7)


Wallahu’Taala Bisawab~


Rujukan : Kamus dewan (edisi ketiga) Dewan Bahasa dan Pustaka 1997
Feqh Sunnah (Syeikh Syed sabiq) jilid 1
Ilmu Ushul Al-Fiqh (Syaikh Muhammad Shalih al-‘Utsaimin)


~ezzahmusleh~
~25 Zulhijjah 1429~

Tuesday, December 23, 2008

~...cikgu saya? = pengalaman saya...~

Bismillah~

Alhamdulillah masih dikurniakan kesihatan yang baik, walaupun stamina agak tak stabil kerana belum pernah hayat mencatat rekod diari hijau =p, attend 3 program berturut-turut selama 10 hari (12-21 disember ’08)… bermula dengan menjadi peserta ‘taman syurga’, fasilitator kem belia zakat Selangor (untuk anak2 golongan asnaf) dan urusetia kem sekolah (driver van hu3)…tanpa rehat…

Apa pun pengalaman dalam 3 program tersebut sukar dicari…
Ana respek kat kerajaan negeri Selangor terutama Dr.Halimah Ali yang merupakan Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan yang berusaha sedaya upaya memajukan modal insan remaja negeri Selangor dengan berlangsungnya kem bina insan untuk remaja negeri Selangor …sebelum kem di Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS), 3 kem Spiritual, Physical,Intelektual,Emotion ana Social (SPIES) telah diadakan di beberapa kem kerajaan sekitar Selangor.


Apa yang ingin dikongsi di sini ialah mengenai kem belia untuk adik2 dari golongan asnaf…kebanyakkan peserta terdiri daripada pelajar tingkatan 4. Mereka berasal dari golongan keluarga yang susah. Semasa menjadi fasi untuk 2 program sebelumnya cabaran tak berapa terasa kerana kebanyakkan mereka datang memang kerana nak join…tapi adik2 kali ini sangat memeningkan kepala ana bukan kerana keaktifan mereka tapi kepasifan…ana dan kak gee mula meramal2 hipotesis psikologi kami adakah faktor berasal dari golongan susah or masyarakat persekitaran menjadikan mereka begini…hari pertama hampir semua fasi ‘down’ kerana setiap aktiviti dalam ldk mereka tak beri respons..yang hairan hampir semua peserta begitu…membuat ana terus berfikir dan membayangkan situasi ketika ana posting nanti…pelajar2 macam2 ragam, if situasi macam nie ana da tak boleh sabar macam mana nak hadapi cabaran sebagai seorang muallimah nanti…hu3…

Syukur hari seterusnya mereka mula menunjukkan respons, walaupun tak semua tapi ana mula seronok berceloteh bila ada respons…ternyata setelah diselidiki kbanyakkan mereka memang keluarga susah, tiada ibu or ayah, tak bersekolah, bekerja untuk tolong sara keluarga. Ana mula sayang akan masa depan mereka walaupun sedikit kecewa bila mereka tak tahu cita2 nak jadi apa..mungkin sikap merendah diri membuatkan mereka tidak semangat untuk berusaha. Bab agama usah dikata sangat menyedihkan terutama adik2 perempuan. Mujur kak Gee dan kak Hajar ada dapat lah sedikit sebanyak menjadi ustazah kepada mereka. Tak mengapa2 adik2 masih ada waktu, semoga usaha pihak zakat negeri Selangor diberkati Allah dalam membantu belia golongan asnaf ini untuk terus maju dan menjadi insan yang berguna…

Bab menjadi driver van nie…memang satu pengalaman yang sukar dilupakan, actually ana da biasa bawa van (walaupun yang dibiasakan tue pun masa jadi driver utk program juge)…pengalaman drive sorang2 dari manjung ke ipoh sangat menarik…kerana kegopohan sendiri sepatutnya isi minyak petrol boleh terisi diesel…rm50..penuh 1 tank…hu3 sampai simpang ‘traffic light’ apa lagi berasap2 la van macam ekzos bas semput…waktu da menjelang maghrib ana mula mengelabah dan nak nangis, nak tak nak kena bertindak sendiri, stop enjin,tekan butang kecemasan, kuar n kunci van..cari orang terdekat mujur ada pak cik yang sudi tolong mencari kawan nyer ‘pomen’, walaupun pak cik tersebut pada awalnyer tak menyangka perempuan berjubah berpurdah yang menghampirinya ini rupanya pemandu van tersebut…kata pomen esok pagi baru siap, ana kata tak boleh ana kena sampai KL malam nie juga esok ada program…hu3 kerisauan bukan stakat van tapi kawan ana, Fatimah yang dari petang menunggu di Medan Gopeng, Ipoh…tak kan nak biar dia sorang2 da lah perempuan…(tak sedar diri juga perempuan)…alhamdulillah berkat doa semua(sempat lagi ana mengadu kpd kawan2 terdekat) dalam masa 1 jam servis dapat disiapkan, paling terasa pertolongan Allah bila ana yang tak tenang menunggu di bengkel yang kesemuanya lelaki, tiba2 didatangi seorang peniaga wanita, kak zie yang kasihan kat ana sorang2, lalu mempelawa ke rumahnya untuk bersolat dan berehat sementara van siap…”Ya Allah aku tahu Engkau Uji aku kerana Engkau Sayang kat aku”, sebab tue ana rasa terlalu banyak bantuan yang ana terima bermula dengan perjalanan menaiki bas dari sabak bernam-teluk intan-manjung, ketika tiba di manjung ana lapar sangat tak sempat jumpe cikgu su(pemilik van yang dipinjam) tiba2 kawan ajak singgah umah dan pelawa makan. Sehinggalah ana menghadapi masalah atas kecuaian diri sendiri semasa di Bandar seri iskandar. Melayang lagi rm50 setelah selesai membuang diesel, mencuci karburator n meneutralkan petrol dalam tank…hu3 tue kira murah berbanding kedai cina rm150..kasih sayang Allah lagi sekali terasa bila pomen tak sanggup letak harga kerana kasihan kat ana, ana main sebut je rm50, kerana itu je bajet yang ada.
Mak maafkan kite kerana tak abes2 buat mak risau jer…ibu mana tak risau dengar citer anak nyer yang drive sorang2 waktu malam naik van plak tue…hu3
Alhamdulillah, dengan tips try n error plus tawaqal,ana sampai juga ke masjid ukm dalam pukul 2.45 pagi..mujur tak sesat, terasa smooth je perjalanan, walaupun drive ketika tahap mengantuk yang kritikal..esk paginyer kul 8 terus bergerak ke sg.congkak…prgram tersebut untuk pelajar perempuan that why kami komiti semuanya perempuan...best juga drive sorang2 membelah kebanjiran kenderaan di kota metropolitan, nak ke pudu mengambil peserta masa sepatutnya sejam jadi 3 jam...hu3


Demikian sedikit sebanyak perkongsian mengenai cuti ana, yang tak boleh duk diam kat umah pasti ade aja program yang nak disertai…

Tiada apa yang dibanggakan, Cuma mencari pengalaman kerana percaya “experience is the great Teacher”…

Sedikit sebanyak yang baik(macam tak de jer) jadi panduan yang buruk(tak elok sebenarnyer muslimah musafir sorang2) jadi sempadan…

~ana yang semakin menghampiri titik tolak~
25 Zulhijjah 1429
Al-bentongi

~...mengapa harus SaLaFi???...~


Oleh: Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani


MUQADIMAH


Masih banyak di antara kita yang mempertanyakan apa itu Salafi, dan mengapa harus Salafi ? Sebagian kaum muslimin malahan menilai bahwa kata-kata Salafi menunjukkan sikap fanatik, bahkan lebih jauh lagi dikatakan sebagai sikap ta’assub terhadap kelompok tertentu serta mengecilkan orang lain, dan yang lebih parah lagi adalah ; mereka mengatakan bahwa Salafi merupakan istilah baru dalam Islam.


Benarkah persangkaan tersebut…?! Di bawah ini kami nukilkan jawaban dari Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah di majalah Al-Ashalah edisi 9/Th.II/15 Sya’ban 1414H dan dimuat di majalah As-Sunnah edisi 09/th.III/1419H-1999. Mengenai pertanyaan yang ditujukan kepada beliau, tidak jauh berbeda dengan permasalahan di atas.


MENGAPA HARUS SALAFI..?


Pertanyaan yang ditujukan kepada Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah, adalah sebagai berikut:


“Mengapa perlu menamakan diri dengan Salafiyah, apakah itu termasuk dakwah Hizbiyyah, golongan, madzhab atau kelompok baru dalam Islam ..?”


Jawaban beliau adalah sebagai berikut :


Sesungguhnya kata “As-Salaf” sudah lazim dalam terminologi bahasa Arab maupun syariat Islam. Adapun yang menjadi bahasan kita kali ini adalah aspek syari’atnya.

Dalam riwayat yang shahih, ketika menjelang wafat, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada Sayidah Fatimah radyillahu ‘anha :


“Artinya : Bertakwalah kepada Allah dan bersabarlah, sebaik-baik “As-Salaf” bagimu adalah Aku”.


Dalam kenyataannya di kalangan para ulama sering menggunakan istilah “As-Salaf”. Satu contoh penggunaan “As-Salaf” yang biasa mereka pakai dalam bentuk syair untuk menumpas bid’ah :


“Dan setiap kebaikan itu terdapat dalam mengikuti orang-orang Salaf”.“Dan setiap kejelekan itu terdapat dalam perkara baru yang diada-adakan orang Khalaf”.


Namun ada sebagian orang yang mengaku berilmu, mengingkari nisbat (penyandaran diri) pada istillah SALAF karena mereka menyangka bahwa hal tersebut tidak ada asalnya. Mereka berkata :


“Seorang muslim tidak boleh mengatakan “saya seorang salafi”. Secara tidak langsung mereka beranggapan bahwa seorang muslim tidak boleh mengikuti Salafus Shalih baik dalam hal aqidah, ibadah ataupun ahlaq”.


Tidak diragukan lagi bahwa pengingkaran mereka ini, (kalau begitu maksudnya) membawa konsekwensi untuk berlepas diri dari Islam yang benar yang dipegang para Salafus Shalih yang dipimpin Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam,

sebagaimana sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam :


“Artinya : Sebaik-baik generasi adalah generasiku, kemudian sesudahnya, kemudian sesudahnya”.

(Hadits Shahih Riwayat Bukhari, Muslim).


Maka tidak boleh seorang muslim berlepas diri (bara’) dari penyandaran kepada Salafus Shalih. Sedangkan kalau seorang muslim melepaskan diri dari penyandaran apapun selain Salafus Shalih, tidak akan mungkin seorang ahli ilmupun menisbatkannya kepada kekafiran atau kefasikan.Orang yang mengingkari istilah ini, bukankah dia juga menyandarkan diri pada suatu madzhab, baik secara akidah atau fikih ..?


Bisa jadi ia seorang Asy’ari, Maturidi, Ahli Hadits, Hanafi, Syafi’i, Maliki atau Hambali semata yang masih masuk dalam sebutan Ahlu Sunnah wal Jama’ah.Padahal orang-orang yang bersandar kepada madzhab Asy’ari dan pengikut madzhab yang empat adalah bersandar kepada pribadi-pribadi yang tidak maksum.


Walau ada juga ulama di kalangan mereka yang benar. Mengapa penisbatan-penisbatan kepada pribadi-pribadi yang tidak maksum ini tidak diingkari ..?


Adapun orang yang berintisab kepada Salafus Shalih, dia menyandarkan diri kepada ISHMAH (kemaksuman/terjaga dari kesalahan) secara umum. Rasul telah mendiskripsikan tanda-tanda Firqah Najiah yaitu komitmennya dalam memegang sunnah Nabi dan para sahabatnya. Dengan demikian siapa yang berpegang dengan manhaj Salafus Shalih maka yakinlah dia berada atas petunjuk Allah ‘Azza wa Jalla.


Salafiyah merupakan predikat yang akan memuliakan dan memudahkan jalan menuju “Firqah Najiyah”. Dan hal itu tidak akan didapatkan bagi orang yang menisbatkan kepada nisbat apapun selainnya.


Sebab nisbat kepada selain Salafiyah tidak akan terlepas dari dua perkara :

* Pertama, menisbatkan diri kepada pribadi yang tidak maksum.

* Kedua, menisbatkan diri kepada orang-orang yang mengikuti manhaj pribadi yang tidak maksum.


Jadi tidak terjaga dari kesalahan, dan ini berbeda dengan ISHMAH para shahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, yang mana Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memerintahkan supaya kita berpegang teguh terhadap sunnahnya dan sunnah para sahabat setelahnya.

Kita tetap terus dan senantiasa menyerukan agar pemahaman kita terhadap Al-Kitab dan As-Sunnah selaras dengan manhaj para sahabat, sehingga tetap dalam naungan ISHMAH ( terjaga dari kesalahan) dan tidak melenceng maupun menyimpang dengan pemahaman tertentu yang tanpa pondasi dari Al-Kitab dan As-Sunnah.


Mengapa sandaran terhadap Al-Kitab dan As-Sunnah belum cukup ..?Sebabnya kembali kepada dua hal, yaitu hubungannya dengan dalil syar’i dan fenomena Jama’ah Islamiyah yang ada.


Berkenan dengan sebab pertama.


Kita dapati dalam nash-nash yang berupa perintah untuk menta’ati hal lain disamping Al-Kitab dan As-Sunnah sebagaimana dalam firman Allah :


“Artinya : Dan taatilah Allah, taatilah Rasul dan Ulil Amri diantara kalian”.(An-Nisaa : 59).


Jika ada Waliyul Amri yang dibaiat kaum Muslimin maka menjadi wajib ditaati seperti keharusan taat terhadap Al-Kitab dan As-Sunnah. Walau terkadang muncul kesalahan dari dirinya dan bawahannya. Taat kepadanya tetap wajib untuk menepis akibat buruk dari perbedaan pendapat dengan menjunjung tinggi syarat yang sudah dikenal yaitu :


“Artinya : Tidak ada ketaatan kepada mahluk di dalam bemaksiat kepada Al-Khalik”. (Lihat As-Shahihah No. 179).


“Artinya : Dan barang siapa yang menentang Rasul sesudah jelas kebenaran baginya, dan mengikuti jalan yang bukan jalan orang-orang mukmin. Kami biarkan mereka berkuasa terhadap kesesatan yang telah dikuasainya itu, dan Kami masukkan dia ke dalam Jahannam dan Jahannam itu seburuk-buruk tempat kembali”. (An-Nisaa : 115).


Allah Maha Tinggi dan jauh dari main-main. Tidak disangkal lagi, penyebutan SABIILIL MU’MINIIN (Jalan kaum mukminin) pasti mengandung hikmah dan manfa’at yang besar. Ayat itu membuktikan adanya kewajiban penting yaitu agar ittiba’ kita terhadap Al-Kitab dan As-Sunnah harus sesuai dengan pemahaman generasi Islam yang pertama (generasi sahabat).


Inilah yang diserukan dan ditekankan oleh dakwah Salafiyah di dalam inti dakwah dan manhaj tarbiyahnya.Sesungguhnya Dakwah Salafiyah benar-benar akan menyatukan umat. Sedangkan dakwah lainnya hanya akan mencabik-cabiknya. Allah berfirman :


“Artinya : Dan hendaklah kamu bersama-sama orang-orang yang benar”. (At-Taubah : 119).


Siapa saja yang memisahkan antara Al-Kitab dan As-Sunnah dengan As-Salafus Shalih bukanlah seorang yang benar selama-lamanya.


Adapun berkenan dengan sebab kedua.


Bahwa kelompok-kelompok dan golongan-golongan (umat Islam) sekarang ini sama sekali tidak memperhatikan untuk mengikuti jalan kaum mukminin yang telah disinggung ayat di atas dan dipertegas oleh beberapa hadits.


Diantaranya hadits tentang firqah yang berjumlah tujuh puluh tiga golongan, semua masuk neraka kecuali satu. Rasul mendeskripsikannya sebagai :


“Dia (golongan itu) adalah yang berada di atas pijakanku dan para sahabatku hari ini”.


Hadits ini senada dengan ayat yang menyitir tentang jalan kaum mukminin. Di antara hadits yang juga senada maknanya adalah, hadits Irbadl bin Sariyah, yang di dalamnya memuat :


“Artinya : Pegangilah sunnahku dan sunnah Khulafair Rasyidin sepeninggalku”.


Jadi di sana ada dua sunnah yang harus di ikuti : sunnah Rasul dan sunnah Khulafaur Rasyidin.Menjadi keharusan atas kita -generasi mutaakhirin- untuk merujuk kepada Al-Kitab dan As-Sunnah dan jalan kaum mukminin.


Kita tidak boleh berkata :


“Kami mandiri dalam memahami Al-Kitab dan As-Sunnah tanpa petunjuk Salafus As-Shalih”.


Demikian juga kita harus memiliki nama yang membedakan antara yang haq dan batil di jaman ini.

Belum cukup kalau kita hanya mengucapkan :


“Saya seorang muslim (saja) atau bermadzhab Islam. Sebab semua firqah juga mengaku demikian, baik Syiah, Ibadhiyyah (salah satu firqah dalam Khawarij), Ahmadiyyah dan yang lainnya.


Apa yang membedakan kita dengan mereka ..?

Kalau kita berkata :

Saya seorang muslim yang memegangi Al-Kitab dan As-Sunnah. ini juga belum memadai. Karena firqah-firqah sesat juga mengklaim ittiba’ terhadap keduanya.


Tidak syak lagi, nama yang jelas, terang dan membedakan dari kelompok sempalan adalah ungkapan : “Saya seorang muslim yang konsisten dengan Al-Kitab dan As-Sunnah serta bermanhaj Salaf”, atau disingkat “Saya Salafi”.


Kita harus yakin, bersandar kepada Al-Kitab dan As-Sunnah saja, tanpa manhaj Salaf yang berperan sebagai penjelas dalam masalah metode pemahaman, pemikiran, ilmu, amal, dakwah, dan jihad, belumlah cukup.Kita paham para sahabat tidak berta’ashub terhadap madzhab atau individu tertentu. Tidak ada dari mereka yang disebut-sebut sebagai Bakri, Umari, Utsmani atau Alawi (pengikut Abu Bakar, Umar, Utsman, Ali). Bahkan bila seorang di antara mereka bisa bertanya kepada Abu Bakar, Umar atau Abu Hurairah maka bertanyalah ia. Sebab mereka meyakini bahwa tidak boleh memurnikan ittiba’ kecuali kepada satu orang saja yaitu Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, yang tidak berkata dengan kemauan nafsunya, ucapannya tiada lain wahyu yang diwahyukan.Taruhlah misalnya kita terima bantahan para pengkritik itu, yaitu kita hanya menyebut diri sebagai muslimin saja tanpa penyandaran kepada manhaj Salaf ; padahal manhaj Salaf merupakan nisbat yang mulia dan benar. Lalu apakah mereka (pengkritik) akan terbebas dari penamaan diri dengan nama-nama golongan madzhab atau nama-nama tarekat mereka .?

Padahal sebutan itu tidak syar’i dan salah ..!?.


Allah adalah Dzat Maha pemberi petunjuk menuju jalan lurus. Wallahu al-Musta’in.


Demikianlah jawaban kami. Istilah Salaf bukan menunjukkan sikap fanatik atau ta’assub pada kelompok tertentu, tetapi menunjukkan pada komitmennya untuk mengikuti Manhaj Salafus Shalih dalam memahami Al-Qur’an dan As-Sunnah.


Thursday, December 11, 2008

~...anTara PenyaPu Lidi denGan VacUum cLeaneRs...~



“Amin! Boleh tak sebatang lidi menyapu habuk di atas permaidani?” tanya Syukri penuh semangat kepada rakan sekuliahnya, Muhammad Amin.


“Ha? Mana boleh? Sudah tentu tidak.”


“Ahaa! Tepat sekali. Bagaimana jika beberapa batang lidi diikat bersama menjadi sebatang penyapu lidi?”


“Ya! Kali ini boleh. Ehh! Engkau nak buka perniagaan sambilan menjual penyapu ke Syukri?” tanya Muhammad Amin, kehairanan mendengar soalan rakannya itu. Mereka berdua ialah pelajar tahun pertama dalam subjek ekonomi di Universiti Muamalat Malaysia.


“Subjek ekonomi yang engkau pelajari sekarang ini pun macam nyawa-nyawa ikan. Takkan nak buat bisnes pulak?” lanjut Muhammad Amin.


“Bukan buat bisnes. Saja nak bagi engkau satu perumpamaan.”


“Teruskan…”


“Kita umat Islam dituntut berusaha untuk agama dan umat. Akan tetapi jika kita berusaha secara berseorangan, hasilnya amat minimum…macam sebatang lidi yang digunakan untuk menyapu habuk di atas permaidani. Entah-entah takde hasil langsung!”


“Owh! Menarik ni…teruskan…” jawab Muhammad Amin sambil menyedut jus Carrot susu di depannya. Jus tembikai Syukri kelihatan masih belum disentuh.


“Akan tetapi kalau kita berusaha dalam dalam satu jamaah, hasilnya jauh lebih baik. Satu jamaah umpama beberapa batang lidi yang diikat menjadi sebatang penyapu lidi, ia lebih berhasil untuk menyapu habuk di atas permaidani” jelas Syukri.




Jus tembikai mula disedutnya, kepuasan terserlah di air muka setelah melihat Muhammad Amin mengangguk-angguk.




“Nanti dulu, ada lagi!”


“Apa dia? Teruskan…” jawab Muhammad Amin dengan wajah yang berseri-seri.


“Di antara sebatang lidi dan sebatang penyapu lidi, yang mana satu mudah dipatahkan?”


“Sudah tentu sebatang lidi. Ahaa! Engkau nak cuba buat perumpamaan yang kalau kita berseorang, kita mudah gagal berbanding kalau kita berjamaah, kita sukar gagal atau patah semangat?”


“Bijak sungguh engkau ni Min. Aku belum cakap engkau dah tangkap!”Muhammad Amin membalas sederhana:


“Takdelah bijak mana, setakat itu aku tahulah”


“Owh! Jadi engkau dah tahulah tentang jamaah yang aku nak jemput engkau ni? Kalau gitu tunggu apa lagi?”


“Hmm…adalah, susah sikit aku nak cakap. Bukan semua orang boleh terima.”


“Belum cuba belum tahu. Try me, I’m open, I’m cool man” balas Syukri sambil mula menconcongkan diri kepada Muhammad Amin.


“Bukan apa…perumpamaan penyapu lidi itu memang baik. Tetapi…tetapi setakat yang aku amati, habuk di atas permaidani tak disapu. Masing-masing jamaah hanya sibuk untuk mengetatkan ikatan penyapu lidi masing-masing.”


“Maksud engkau?”


“Masing-masing jamaah banyak memberi tumpuan kepada mengkader ahli yang baru dan memagar ahli yang sedia ada. Aktiviti demi agama dan umat amat minimum. Mungkin ada tetapi aku tak nampak pun.”


“Aku rasa engkau tak nampak kut…” balas Syukri sambil mula ke belakang, bersandar di kerusi plastik warung tepi jalan itu.“Ada lagi yang aku nampak…engkau nak dengar ke?”


“Err…apa lagi?”


“Kalau pun penyapu lidi dah berjaya diikat ketat, aktiviti seterusnya ialah berlawan pedang antara sesama jamaah. Penyapu lidi umpama pedang.”


“Isyy! Mana ada kita main pedang?”


“Ada, itu hanya kiasan. Perhatikan antara berbilang jamaah, berlaku fenomena saling mendengki, saling memfitnah dan saling bersaing secara negatif. Aktiviti ini lebih diberi tumpuan berbanding menyapu habuk di atas permaidani.”


“Ahaa! Itu aku tak setuju. Jamaah yang aku join semuanya OK. Semuanya baik, semuanya teratur lagi kemas. Yang engkau cakap itu mesti jamaah-jamaah yang lain. Mereka itu memang berterabur…samseng pun ada!”


“Inilah yang aku maksudkan. Engkau menganggap jamaah engkau yang terbaik, orang lain menganggap jamaah dia yang terbaik dan begitulah seterusnya. Akhirnya berlawan pedang siapa yang terbaik, habuk masih belum disapu.”


“Habis engkau apa beza? Engkau tidak menyertai mana-mana jamaah, engkau hanya sebatang lidi yang tidak menyapu apa-apa habuk juga!” tegas Syukri, nadanya sudah berubah sikit, lebih tinggi daripada sebelumnya.




Ketulan ais dalam jus tembikainya sudah mula cair.




“Islam ini luas, Islam ini lapang, ada pelbagai sarana dan jalan. Seseorang itu bebas memilih cara yang efektif untuk dia berusaha demi kebaikan agama dan umat. Jangan memenjarakan diri dengan satu sarana aje.”


“Habis engkau guna cara apa?” tanya Syukri tidak sabar.


“Aku guna vacuum cleaner. Penyapu lidi dah ketinggalan zaman daaa…!”


balas Muhammad Amin tersenyum lebar sambil menepuk-nepuk bahu Syukri.






komen~artikel nie da lama,saje post semula... maksud yg tersirat tak lapuk dek zaman kerana pusing2 isu nie macam tue juga...tue sebab apabila nak buat biskut cipscoklat jangan ikut resepi kek cipscoklat bunyi lebih kurang sama tapi cara 'confirm' berbeza...camner tue?


sama2 renungkan~

Sunday, December 7, 2008

~...musafir...~


bismillah~


Alhamdulillah atas segala kurniaan-Nya...pujian ini tak sebanding limpahan cinta kasih-Nya buat hamba yang sentiasa menagih belas kasih sayang dari-Nya...

menyoroti dan mentadabbur semula pengalaman sekitar pemusafiran menjadikan diri sedikit keliru dalam cemburu, teruja mencari hakikat maknawi kalam insani...


Dua,tiga minggu lepas di saat kawan-kawan tidak sabar pulang bercuti ke rumah, ana pula merangka-rangka agenda di dalam kepala. Antara kewajaran turut serta dan kemampuan menyertai setiap program yang bakal ditelusuri sepanjang cuti. Setiap langkah pasti terlebih dahulu memberitahu ibonda tercinta moga redha ibonda memudahkan lagi perjalanan musafir sendirian kerana itulah kunci redha Tuhan.


Antara amanah, peranan, dan tuntutan...semuanya memerlukan kesungguhan dalam keikhlasan. amanah diri yang mengaku dae', peranan diri yang inginkan pengislahan dan apa yang utama tuntutan kepada mereka yang mengaku beriman. Percaturan hidup setiap manusia bercorakkan variasi kehidupan walaupun motif, dasar dan keperluan menyamaratakan namun

bicara dan amal yang membezakan menunjukkan infinitinya kemahuan.


Kadang timbul rasa cemburu bersulam kecewa dengan kaum yang berjantina bertentangan kerana kebolehcapaian mereka dalam meraih sebanyak-banyaknya ilmu dari para ilmuan yang semestinya sama gen. Kebatasan diri sebagai muslimah yang mempunyai had dalam mendampingi para ulama, ditambah lagi dengan kemampuan akal dalam mengadun ilmu, namun keghairahan untuk terus mencari walau merangkak mentafsiri tetap tegar bersemi disanubari.

Wahai kaum Adam dan Hawa, bangkitlah dari lena yang panjang...aku kecewa dengan kalian yang tak merebut masa muda sebelum tua, aku kesali dengan sikap kalian yang tak menyedari masa lapang sebelum sempit, aku juga kasiankan kalian yang lupa akan masa senang sebelum sakit kerana aku juga khuatiri masa hidup sebelum mati pasti terjadi...


Musafir ini bicara lagi...

Tentang perjalanannya, walau tiada apa yang dapat dibanggakan tapi perjalanan ini penuh penghargaan hadiah dari Tuhan...

Mungkin buat mereka dapat dijadikan panduan yang hanya sedikit berbanding tauladan.


Sunnah itu acuan...

jika benar kuih yang mahu dimasak berbentuk bintang,

kenapa beracukan bulatan?

jika benar mahukan masakan yang dimasak sama dengan resepi Chef yang menciptakan,

kenapa perlu perisa tambahan...

kerana aslinya resepi sudah bertukar rasa..

sekalipun sedap lidah sendiri yang merasakan namun tetap tidak sama dengan asalnya ia dicipta...


buat musafir kasih...

teruskan pengislahan..tapi jangan sesekali alpa dari talian dan landasan...

talian itu penghubung cinta iLLahi,

landasan itu jalan untuk engkau telusuri,

carilah makna dalam setiap hentian,

kerana kadang 'traffic jam' yang engkau hadapi bukan untuk melewatkan engkau ke destinasi, tapi untuk engkau memerhati jika ada bekalan yang tercicir di perjalanan...


korban itu sebahagian dari pengislahan...

korbankan cinta duniawi demi cinta kasih iLLahi,

korbankan masa dan jiwa demi meraih redha-Nya,

sememang sifir kehidupan begitu,

tolak api tambah air...


buat mereka yang mengerti,

sama-samalah istiqamah dan istimrar dalam memburu cinta iLLahi,

tetapi AwAs ya Ukhti wa Akhi...

kita bukan sekadar pewarisi tapi pengkaji warisan...

hidupkan "arus Tajdid" moga Tsunami yang melanda

bukan tanda korban petaka tapi tanda korban kasih sayangnya Sang Pencipta...


~ana yang cuba mengerti~

.:ez_musleh

10 Zulhijjah 1429:.