Thursday, January 28, 2010

~...Edisi JuRNaL PrakTikum : Suara owh Suara ...~



bismillah~


28/1/2010

-pagi nie aku 'observe' Cikgu Azira mengajar Bahasa Melayu kelas 2 Cekal, sengaja aku nak tengok cara Cikgu Azira mengajar dan sekurangnya aku bersedia mengambil alih tugasnya minggu depan dengan mengenali 'peel' pelajar 2 Cekal nie. Ermm..3 orang pelajar Cina kelas nie buat 'dono' ja Cikgu mengajar di depan...Cikgu Azira marah pun diorang takda perasaan. aku da lama perasan dari sekolah menengah lagi setengah pelajar Cina nie (yang jenis malas belajar) memandang rendah pada Cikgu-cikgu Melayu, yelah kebanyakkan mereka boleh pergi tuisyen jadi apa nak heran. Teringat pulak masa mikro dan makro teaching masa study dulu 'pelajar-pelajar' semua baik2...sebab memang da terpelajar (kawan2 kelas juga) malah boleh lagi pakat bekerjasama bila pensyarah nilai markah. dan hari nie realitinya pelajar macam2 ragam. kebolehan guru untuk mengawal kelas memang teruji..dengan nak kejar silibus, nak fahamkan pelajar yang berminat nak belajar dan nak diamkan pelajar yang kurang minat.


-hari ini aku ambik 1 masa untuk mengajar Geografi bagi memenuhi ROS II, semalam dan masuk mengajar pun ganti Cikgu Nur'ul Akhmal..tapi semalam bagi nota ja kat kelas 2 Gigih..mereka boleh ikut cakap aku walaupun ketua kelas nyer banyak ngelat...
hari ini pulak 2 Iltizam...memang guru pembimbing aku Cikgu Kalimah da cakap siap-siap kelas hujung-hujung nie bermasalah...
-erm, aku masuk sekali dengan Cikgu Kalimah...kali ni sesi buat latihan bagi bab 1, mula-mula Cikgu Kalimah bercakap dan beri penerangan...wah, Cikgu Kalimah nie badan kecik dan bila bercakap lembut ja..sekali bersuara dalam kelas haaa...semua jelas...
-tiba turn aku pulak...alamak bajet suara da kuat rupanya tak kuat lagi...ditambah pulak memang pelajar kelas nie Cikgu cakap dorg bercakap..cikgu diam diorang bercakap juga...adoiii..
aku da mengelabah sikit bila pelajar-pelajar cakap 'cikgu suara tak dengar'...

-aku teringat masa semester 1 di UPSI dulu aku masuk Palapes...tiba turn aku beri 'command' suara aku tak kuat...lalu Sarjan (lupa nama dia) suruh aku berdiri tengah padang dan menjerit sampai dia dengar suara aku..hu3 itulah saat2 yang memalukan.tapi itu jugalah asam garam tentera untuk uji ketahanan mental..cuma aku tak mampu teruskan sebab kehidupan ala tentera bukan 'method' untuk capai matlamat ku...ilmu yang ku dapat salah satunya nak suara kuat kena keluarkan suara dari perut, if cakap macam biasa itu suara dari tekak. tapi kena latih selalu maa...

-Cikgu Kalimah pesan minggu depan bawa rotan...adoiii aku paling tak suka mendidik guna rotan nie..nanti diorang ikut arahan sebab takut dengan rotan...tapi memang pelajar-pelajar sek.men nie (rasanya kebanyakkan sek.macam tu) agak nakal...merayau tak masuk kelas, menyorok dalam tandas..bila tengok GPK HEM perambat mereka dengan rotan macam 'jaga lembu dan kambing pula' owhhh..bukan maksud ku menyamakan mereka..tapi sejauh mana 'rotan' itu berkesan walaupun bukan digunakan untuk memukul tapi menakutkan mereka.
-sebenar satu cabaran guru-guru di sekolah nie, ialah para pelajar dari kaum india yang tidak fasih berbahasa melayu lagikan tak faham bahasa melayu. Kebanyakkan mereka dari s.k.Tamil...bayangkan nak suruh mereka diam..mereka tanya balik 'cikhgu diam tu apa cikhgu?...belum lagi suruh mereka bezakan sesuatu perkataan yang sama bunyi.
-esok 29 Januari Hari Merentas Desa...ya,inilah kali pertama aku lihat acara merentas desa yang sebenar...sebab sepanjang aku sekolah nama aja merentas desa tapi yang direntasi kawasan perumahan dan bangunan...kali nie mereka merentas ladang kelapa sawit bertemankan lembu-lembu dan anjing-anjing yang berkeliaran di setiap penjuru jalan.
......bersambung.....

Tuesday, January 26, 2010

~…Edisi Jurnal Praktikum: 2nd week ROSII…’Memanusiakan manusia’...~




Bismillah~


Isnin 25/1
- hari ini macam biasa kena relief kelas, 5 Budi mempunyai pelajar Melayu yang lebih ramai berbanding kelas-kelas lain, tapi pelajar india tetap majoriti. Melangkah masuk ke kelas aku cuba memberi eksperesi wajah yang garang (seperti yang dipesan semasa seminar praktikum) tapi dalam hati aku sangat geli hati nak ketawa, aiyoo serius la cikhgu..=p


-pelajar lelaki india kelas ini lebih mendengar cakap berbanding pelajar Melayu. Adoiii sepatah aku bertanya berpatah-patah kata mereka menjawab. Aku suruh mereka buat kerja sendiri dan salin nota yang telah guru mereka tinggalkan. Pelajar lelaki di belakang tetap berborak dan mengacau orang. Aku kesian tengok diorang nie buang masa, aku pergi dekat mereka dan menyuruh mereka keluarkan buku, mengelabah baru nak cari buku. Aku marah boleh pula mereka buat lawak, adoiii tak jadi nak marah(mungkin tak cukup tegas) aku pun ter’join’ gelak dengan mereka. Baru sebut mengenai kesedaran supaya jangan buang masa dan tanggungjawab mereka sebagai pelajar yang akan hadapi SPM dan mereka kata ha, da kena ceramah. Melihat wajah-wajah mereka tiba-tiba hiba hati, alangkah bertuahnya Islam dan negara jika para syabab ini menjadi pejuang agama berguna untuk bangsa. Hanya doaku titipkan…..




26/1 (selasa)
-pagi nie dapat relief class lagi. Kelas 2 Gigih untuk dua masa. Mulanya cadang nak buat kuiz Geografi sebab aku memang akan mengajar tingkatan dua.kebanyakkan pelajar terdiri dari kaum india, cina tiada langsung dalam kelas ini. Kelas Gigih ini kelas ke 5 mereka kelihatan merendah diri dan tidak punyai semangat.


-Tanya mereka subjek apa waktu nie, rupanya subjek Sivik. Alamak tak bawa buku teks Sivik. Memang aku juga kena mengajar subjek Sivik. Okies tidak mengapa aku pinjam buku mereka dan mencari soalan yang sesuai untuk mereka. Terlebih dahulu aku menyoal setiap orang apa cita-cita mereka. Aku suruh diorang sedar apa tujuan ke sekolah dan menghargai jasa ibu bapa mereka yang berkorban menghantar mereka ke sekolah. Aku tertarik pada topik faktor kecemerlangan diri, aku suruh mereka buat kumpulan yang terdiri daripada 4-6 orang. Memang diorang (terutama pelajar india) susah nak ‘pick-up’ arahan. Xpa aku dengan seronok mengulangi setiap arahan kepada setiap kumpulan.


-Selesai setiap wakil kumpulan menulis di white-board jawapan mereka. Aku suruh setiap orang keluarkan kertas dan buat dua bahagian mengenai perkara negatif dan positif dalam diri. Arahan ini juga terpaksa aku terangkan berkali-kali kepada setiap kumpulan, Alhamdulillah aku seronok menerangkan kepada mereka kerana menyedari tahap IQ mereka yang rendah. Perkataan positif/baik dan negatif/buruk pun mereka tidak faham. Akhirnya semua dapat menyenaraikan kebaikan dan keburukan dalam diri. Aku suruh mereka tulis semula besar-besar keburukan tersebut, koyak dan buang kertas tersebut ke dalam tong sampah dan pastikan sikap itu kamu telah buang sekali dalam tong sampah jangan biarkan melekat dalam diri kamu.


-Mereka semua semangat buat sampah sampai ada yang baling kepada kawan-kawan aiyooo…tapi aku kagumlah kepada sorang pelajar lelaki melayu nie, dia mengaku dia pernah curi basikal, buli, merokok, ponteng kelas dan sekolah, bergaduh, merempit dan banyak lagi. Senarai dia sampai tiada sikap positf/baik dalam dirinya. Aku suruh dia berazam dan berjanji untuk baiki diri. Erm, tak tahulah dia mahu berubah atau tidak. Masa rehat pun sampai, mereka apa lagi semua nak berlari keluar kelas. Aku tutup pintu dan suruh mereka beratur sebelum keluar. Alhamdulillah semua dengar cakap. Seronok pulak =)…tidak ku sangka masa mereka mahu melangkah keluar beberapa pelajar perempuan India dan Melayu menyalami aku dan mencium tanganku…huh! Terharu…



...bersambung...




p/s: minggu ROS nie agak santai lagi, boleh la 'update' blog...mulai minggu depan tak tahulah.

~...Bicara Mujahidah...~


Jalan mujahadah itu jalan orang yang mengenal diri dan mengenal Tuhan,
Jalan mujahadah itu jalan orang yang ada matlamat dalam kehidupan,
Jalan mujahadah itu bukan jalan orang yang sedia baik dan sedia cemerlang
tapi jalan orang yang berkali jatuh dan berani gagal,
Jalan mujahadah jalan perubahan dan pembaikan,
Jalan mujahadah itu jalan para anbiya' dan para solihin,
Jalan mujahadah itu jalan para pencinta Tuhan...Pejuang Ad-Deen,
Mujahadah menjadi mukhlisah, solehah muslehah,
istiqamah demi cita-cita agung mencari Redha Allah,
Mujahadah bukan kerja mudah,
Namun, ada natijah ketenangan dan keindahan...
~umm Sumayyah~

Monday, January 25, 2010

~...Edisi JuRNaL PrakTikum : I'M BacK To The SchOoL...~








bismillah~



Hampir 4 tahun meninggalkan zaman persekolahan akhirnya kembali semula aku ke sekolah. Tapi kali ini bukan lagi memakai seragam kurung putih berkain biru muda. Terasa baru kelmarin aku ke sekolah untuk belajar kali ini giliran aku jadi pendidik dan pengajar(namun aku tetap pelajar dalam Universiti Kehidupan).


Aku ditempatkan bersama 6 orang lagi pelajar UPSI di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Shah atau lebih dikenali sebagai Sekolah ‘Four S’ (4S) di Bestari Jaya, dulunya pekan ini dikenali sebagai Batang Berjuntai. Walaupun pekan Bestari Jaya ini dikelilingi ladang kelapa sawit bagai pekan ‘Koboi’ kaum India, Alhamdulillah kami selesa di sini. Apatah lagi bila mendengar cerita dari kawan-kawan yang berpraktikal di pedalaman seperti Sg.Lembing Pahang dan juga Kota Metropolitan bertambah bersyukur kami tapi aku juga sedikit 'jeles' kat mereka sebab cabaran kesukaran itulah ‘cerita best’ yang sepatutnya dirasai oleh semua orang. Apapun di mana sahaja kita diletakkan di situlah tempat terbaik untuk kita.


Dua minggu pertama ini kami kena menjalani Rancangan Orientasi Sekolah (ROS II). Sepatutnya ROS II ini kami telah selesaikan semasa semester 6 dulu tapi disebabkan rombakan silibus UPSI, ROS 1 dimansuhkan. Kami yang telah menjalani ROS1 ini kena jugalah lalui ROSII tapi digabungkan dengan praktikum. Jadi tempoh praktikum kami di sekolah ialah 4 bulan/16minggu.


Sekolah bertuah yang kami praktikum ini menempatkan 70% pelajar India iaitu mendapat ranking ke-2 dalam senarai pelajar sekolah menengah kebangsaan di Malaysia yang teramai pelajar India. Tapi majoriti guru di sini Melayu. Pengetua juga seorang wanita melayu yang pernah mendapat anugerah pengetua cemerlang negeri Selangor.


Mula-mula mendengar cerita tentang sekolah ini, macam-macam andaian di fikiranku. Mesti sekolah ini teruk, banyak masalah disiplin dan lain-lain. Rupanya sangkaanku meleset sekali, ulasan yang kudengar dari guru kaunselor ialah pelajar sekolah ini paling tinggi pun kes rokok dan ponteng, itu pun ponteng kelas. Kira sangat baik berbanding sekolah lamanya yang majoriti pelajar melayu tapi kes-kes disiplin mereka melibatkan kes polis. Ermmm, lagi antara komen yang dapat disimpulkan kebanyakkan salah laku di sekolah / jenayah juvana dan sebagainya adalah dimenangi oleh kaum Melayu dengan lebih sinonim lagi anak-anak orang beragama ISLAM.






Minggu pertama ini sekolah mula sibuk dengan aktiviti latihan merentas desa, latihan sukan dan mesyuarat PIBG. Erm, macam biasa bab menconteng dinding (Mural) nie memang sangat aku minati... ROS 1 dulu pun aku telah berjaya meninggalkan karya di dinding Sekolah Kebangsaan Sungai Marong,Bentong.Terlebih rajin bantu Cikgu conteng dinding, terus diberikan 'asingment' kepada ku untuk menconteng dinding-dinding sekolah yang lain sepanjang tempoh kami di sini.hu3 padan muka, tapi best! =p

-bersambung-

....23 Januari 2010

....Taman Pancaran,BesTaRi Jaya

Wednesday, January 6, 2010

~...IkLaN ; Pengajian Agama unTuk Orang Awam...~


AKADEMIK PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA (APIUM)

menawarkan ;
1. SIJIL PENGAJIAN AL-QURAN
2. SIJIL PENGAJIAN HADITH
3. SIJIL BAHASA ARAB

1. SIJIL PENGAJIAN AL-QURAN

OBJEKTIF

Kursus ini diperkenalkan kepada masyarakat awam bertujuan untuk menyebarkan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan kitab suci al-Qur'an kepada mereka. Antara objektif utama kursus ini :

  • Membimbing masyarakat awam membaca

    al-Qur'an dengan betul (tartil).

  • Mendedahkan mereka kepada kefahaman sebenar tentang isi-isi kandungan al-Qur'an khususnya hukum-hakam yang terkandung di dalamnya.
  • Mengajar dan membimbing mereka bagaimana mempraktikkan segala perintah terkandung di dalam al-Qur'an.
  • Menjadikan mereka cintakan al-Qur'an serta meletakkannya sebagai dustur (perlembagaan) hidup sepanjang hayat.

ANJURAN

Kursus ini dianjurkan oleh Unit Pembangunan Sosial Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur

TEMPAT DAN PERJALANAN KURSUS

Kelas diadakan di Bilik Seminar dan Dewan Kuliah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur. Kursus ini dijalankan secara kuliah yang disampaikan oleh pensyarah.

TEMPOH KURSUS DAN WAKTU PEMBELAJARAN

Kursus ini mengandungi 4 modul dan setiap modul dijalankan selama 4 bulan. Kuliah diadakan setiap hari Sabtu dari 9.00 pagi - 11.00 pagi.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

  • Warganegara Malaysia.
  • Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya.

STRUKTUR PROGRAM

  • Sijil Penyertaan – Peserta perlu menghadiri kelas sebanyak 80% untuk melayakkan diri untuk mendapatkan sijil penyertaan.
  • Sijil Kelulusan – Peserta perlu lulus (markah lulus 40) dalam peperiksaan bagi kesemua subjek yang ditawarkan. 80% kehadiran perlu untuk melayakkan diri untuk menduduki peperiksaan.

BAHASA PENGANTAR

Bahasa Melayu

TENAGA PENGAJAR
Kelas dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berkelayakan dan berpengalaman dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

KEMUDAHAN

Peserta dibekalkan dengan beberapa kertas kerja yang berkaitan dengan mata pelajaran kursus yang ditawarkan.

YURAN

Yuran kursus bagi setiap modul ialah RM 300.00 sahaja. Yuran yang dibayar tidak akan dikembalikan jika peserta gagal mengikuti kursus atau apa jua sebab kecuali kursus dibatalkan oleh pihak penganjur.

SUBJEK YANG DITAWARKAN

Modul I

Ulum al-Qur'an I

Membincangkan pengertian al-Qur'an, ciri-cirinya, nama-nama Qira'at, kemukjizatan, sebab-sebab nuzulnya, hikmah penurunan secara beransur-ansur, ayat-ayat muhkamat, mutasyabihat, makkiyyah, madaniyyah, sejarah pengumpulan al-Qur'an serta perkara-perkara yang berkaitan.

Tajwid dan Tilawah al-Qur'an I

Membincangkan bentuk-bentuk huruf al-Qur'an. Pengenalan ilmu Tajwid dan hukum mempelajarinya, makhraj-makhraj huruf, sifat-sifat huruf dan kaedah pembacaan secara bertajwid.

Bahasa Al-Qur'an I

Bertujuan untuk mempelajari pengertian kalimah, ayat dan gaya bahasa al-Qur'an serta tatabahasa Arab yang berkaitan dengannya secara mudah, ringkas dan praktikal.

Wirid al-Qur'an

Membincangkan doa-doa terbaik yang boleh diamalkan oleh seseorang muslim merangkumi pengertian doa ma'thurat, kepentingannya, adab, tempat dan masa berdoa.

MODUL II

Ulum al-Qur'an II

Membincangkan pengertian ilmu tafsir dan pembahagiannya seperti Tafsir bi al-Riwayah, Tafsir bi-al-Dirayah (AI-Ra'yi) dan Tafsir al-lsyari.

Tajwid dan Tilawah al-Qur'an II

Merupakan lanjutan dari kursus Tajwid dan Tilawah al-Qur'an I. Membincangkan tentang hukum nun mati dan tanwin, hukum mim mati, hukum mim dan nun bertasydid mad dan qasar, basmalah dan hukumnya.

Bahasa al-Qur'an II

Membincangkan jenis-jenis ayat di dalam al-Qur'an dan sistem pembentukannya, sistem perubahan kalimah di dalam ayat menurut tatabahasa Arab dan praktikaliti terhadap ayat-ayat al-Qur'an, adawat dan fungsinya di dalam ayat, jenis-jenis gaya bahasa al-Qur'an dan sistem maknanya.

Al-Qur'an Dan Pembinaan Syakhsiah

Menghuraikan keperibadian muslim berdasarkan al-Qur'an dan al-Sunnah. Penekanan diberikan kepada Rasulullah s.a.w. sebagai model keperibadian muslim, peranan ibadat dalam membina sifat-sifat peribadi muslim, adab dan budaya hidup muslim serta nilai-nilai murni dalam Islam.

MODUL III

Tafsir Ayat al-Ahkam I

Membincangkan ayat-ayat terpilih yang berkaitan dengan hukum-hakam.

Tajwid dan Tilawah al-Qur'an III

Lanjutan dan pelengkap kepada Tajwid dan Tiiawah al-Qur’an I dan II. Membincangkan tentang waqaf dan bahagian-bahagian tanda waqaf yang terdapat dalam al-Qur'an, hamzah wasal, hukum lam, isti'azah serta adab-adab membaca al-Qur'an.

Bahasa al-Qur'an III

Merupakan lanjutan dari kursus Bahasa al-Qur’an II. Membincangkan mengenai cara penyusunan jumlah ayat dalam al-Qur'an, pembahagian asas kalimah serta keperluan dalam pembentukan ayat mengikut peraturanperaturan bahasa Arab.

Al-Qur'an Dan Pembinaan Masyarakat

Menghuraikan tentang hubungan Islam dan masyarakat, pengabdian kepada Allah dan masyarakat, keadilan di dalam al-Qur'an, kepentingan pimpinan dalam pembinaan masyarakat dan amanah dalam kehidupan masyarakat.

Your browser may not support display of this image.

MODUL IV

Aqidah al-Qur'an

Menghuraikan tentang aqidah ahl al-sunnah wa al jama'ah yang merangkumi perkara-perkara pokok bagi pegangan setiap muslim.

Bahasa al-Qur'an IV

Lanjutan dari pelajaran yang lepas dan membincangkan al-nakirah, al-ma'rifah, al-mudhakkar dan al-mu'annas.

Praktikal al-Qur'an 1

Merupakan lanjutan dari pelajaran Tajwid &Tilawah Al-Qur’an. Pelajar didedahkan dengan bacaan al-Qur’an yang betul dan menghafal al-Qur’an.

Praktikal al-Qur'an 2

Merupakan kesinambungan dari Praktikal al-Qur’an 1. Pelajar didedahkan dengan bacaan al-Qur’an yang betul dan menghafal al-Qur'an.

MODUL V (pilihan)

Bahasa al-Qur’an V

Lanjutan dari pelajaran yang lepas, membincangkan tentang bahasa Arab menerusi teks al-Qur’an, ibadah, nasab, jazam dan sebagainya.

Taranum al-Qur’an

Pelajar didedahkan dengan bentuk lagu yang sering digunakan dalam pembacaan al-Qur’an seperti Bayati, Misri, Shika, Ras dan sebagainya.

Kaedah Penghafalan Al-Qur’an

Membincangkan kaedah penghafalan al Qur’an merangkumi teknik-teknik penghafalan ayat-ayat pendek dan ayat-ayat panjang, memelihara dan mengekalkan penghafalan, adab-adab seorang hafiz dan sebagainya.

Tafsir Ayat AI-Ahkam II

Merupakan lanjutan dari Tafsir Ayat AI-Ahkam I. la lebih memfokus Kepada tafsir Mawdui' dan tafsir tahlili terhadap beberapa ayat dari surah-surah yang terpilih seperti al Baqarah (282-283), al-Mujadalah (1-4) al-Talaq (1-3), al- Nisa' (92-93) dan lain-lain.

KELAS TALAQQI & QIRAAT AL-QURAN

Merupakan kelas membaca al-Quran yang dijalankan secara talaqqi oleh pensyarah. Kelas ini adalah terhad dan pelajar perlu diuji terlebih dahulu sebelum layak untuk mengikuti kelas ini.

Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi :

Tel : 03-79676167 (Cik Ummu Barirah)

Faks : 03-79676030


2. SIJIL PENGAJIAN HADITH

LATARBELAKANG

Pengetahuan berkaitan hadith penting dalam meningkatkan pengetahuan masyarakat mengenai ilmu-ilmu Islam. Menyedari kedudukan hadith sebagai sumber kedua syariat Islam selain peranannya sebagai penjelas kepada al-Quran, Unit Pembangunan Sosial Akademi Pengajian Islam bercadang untuk menawarkan kursus jangka pendek kedua iaitu kursus pengajian hadith.

OBJEKTIF

Antara objektif utama kursus ini ialah:

  1. Mendedahkan kepada masyarakat Islam mengenai kaedah memahami hadith-hadith nabi s.a.w.
  2. Membiasakan masyarakat Islam dengan kitab-kitab hadith muktabar.
  3. Meningkatkan kefahaman masyarakat Islam terhadap hadith-hadith nabi seterusnya mempraktikkannya dalam kehidupan mereka seharian.

ANJURAN

Kursus ini dianjurkan oleh Unit Pembangunan Sosial Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur

TEMPAT DAN PERJALANAN KURSUS

Kelas diadakan di Bilik Seminar dan Dewan Kuliah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur. Kursus ini dijalankan secara kuliah yang disampaikan oleh pensyarah.

TEMPOH KURSUS DAN WAKTU PEMBELAJARAN

Program ini dijalankan pada hujung minggu iaitu pada setiap hari Sabtu dari 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Program ini mempunyai 4 modul dan setiap modul dijalankan selama 4 bulan.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

  • Warganegara Malaysia.
  • Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya.

STRUKTUR PROGRAM

  • Sijil Penyertaan – Peserta perlu menghadiri kelas sebanyak 80% untuk melayakkan diri untuk mendapatkan sijil penyertaan.

  • Sijil Kelulusan – Peserta perlu lulus (markah lulus 40) dalam peperiksaan bagi kesemua subjek yang ditawarkan. 80% kehadiran perlu untuk melayakkan diri untuk menduduki peperiksaan.

BAHASA PENGANTAR

Bahasa Melayu

TENAGA PENGAJAR

Kelas dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berkelayakan dan berpengalaman dari Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

KEMUDAHAN

Peserta dibekalkan dengan beberapa kertas kerja yang berkaitan dengan mata pelajaran kursus yang ditawarkan.

YURAN

Yuran kursus bagi setiap modul ialah RM 350.00 sahaja. Yuran yang dibayar tidak akan dikembalikan jika peserta gagal mengikuti kursus atau apa jua sebab kecuali kursus dibatalkan oleh pihak penganjur.

SUBJEK YANG DITAWARKAN

Modul I

  • Autoriti Hadith
  • Pengantar Ulum al-Hadith
  • Kaedah Memahami Hadith
  • Karya-karya Utama Dalam Pengajian Hadith

MODUL II

  • Hadith-hadith Hukum : Taharah & Solat
  • Hadith-hadith Mengenai Akidah
  • Hadith-hadith Mengenai Perkahwinan & Kekeluargaan
  • Hadith-hadith Mengenai Kepimpinan & Pemerintahan

MODUL III

  • Hadith-hadith Hukum : Puasa & Zakat
  • Hadith & Sains
  • Hadith – hadith Mengenai Pembangunan Insan & Masyarakat
  • Hadith - hadith Mengenai Muamalat & Pengurusan

MODUL IV

  • Hadith-hadith Hukum : Haji & Umrah
  • Kajian Hadith Daif & Palsu
  • Hadith-hadith Mengenai Pembersihan Rohani

    ( Tazkiyah al-Nafs )

  • Hadith & Isu Semasa


Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi :

Tel : 03-79676167 (Cik Ummu Barirah)

Faks : 03-79676030


3. SIJIL BAHASA ARAB

OBJEKTIF

Antara objektif utama kursus ini ialah:

  1. Mendedahkan kepada para pelajar kaedah-kaedah penting dalam bahasa Arab seperti kaedah nahw dan sarf.
  2. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam membaca dan menulis dalam bahasa Arab
  3. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam mendengar dan berkomunikasi dalam bahasa Arab

ANJURAN

Kursus ini dianjurkan oleh Unit Pembangunan Sosial Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur

TEMPAT DAN PERJALANAN KURSUS

Kelas diadakan di Bilik Seminar dan Dewan Kuliah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur. Kursus ini dijalankan secara kuliah yang disampaikan oleh pensyarah.

TEMPOH KURSUS DAN WAKTU PEMBELAJARAN

Kursus ini dijalankan pada hujung minggu iaitu pada setiap hari Sabtu dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang. Kursus ini mengandungi 3 modul yang dijalankan selama satu semester ( 6 bulan ). Kursus ini akan tamat dalam dua semester.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

  • Warganegara Malaysia.
  • Minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya.

STRUKTUR PROGRAM

  • Sijil Penyertaan – Peserta perlu menghadiri kelas sebanyak 80% untuk melayakkan diri untuk mendapatkan sijil penyertaan.

  • Sijil Kelulusan – Peserta perlu lulus (markah lulus 40) dalam peperiksaan bagi kesemua subjek yang ditawarkan. 80% kehadiran perlu untuk melayakkan diri untuk menduduki peperiksaan.

BAHASA PENGANTAR

Bahasa Arab & Melayu

TENAGA PENGAJAR

Kelas dikendalikan oleh tenaga pengajar yang berkelayakan dan berpengalaman dari Fakulti Bahasa & Linguistik, Universiti Malaya.

KEMUDAHAN

Peserta dibekalkan dengan beberapa kertas kerja yang berkaitan dengan mata pelajaran kursus yang ditawarkan.

YURAN

Yuran kursus bagi setiap semester ialah RM 700.00 sahaja (144 Jam). Yuran yang dibayar tidak akan dikembalikan jika peserta gagal mengikuti kursus atau apa jua sebab kecuali kursus dibatalkan oleh pihak penganjur.

SUBJEK YANG DITAWARKAN

Modul I (QAWAID)

Subjek ini adalah asas kepada kemahiran bahasa arab.Ia adalah pembelajaran yang berkaitan dengan tatabahasa (nahu) contohnya kata nama khas, kata nama am, jenis-jenis ayat dan sebagainya.

MODUL II (MEMBACA & MENULIS)

Subjek ini akan memberi pengetahuan kepada pelajar untuk membaca dan menulis dalam bahasa arab. Pembelajaran akan lebih mudah dengan pendekatan yang berkaitan dengan kehidupan seharian.

MODUL Iii (MENDENGAR & BERKOMUNIKASI)

Subjek ini bersesuaian dengan objektif sijil ini diadakan. Subjek ini memberi peluang kepada pelajar untuk berkomunikasi dalam bahasa arab. Pembelajaran ini menggunakan pendekatan perbualan ringkas dalam kelas dengan menggunakan topik yang berkaitan dengan kehidupan seharian.

Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi :

Tel : 03-79676167 (Puan Noor Afsurizan Mohd Afandi)

Faks : 03-79676030

Your browser may not support display of this image.

Sunday, January 3, 2010

~...ceriTa di maLam Tahun Baru 2010...~

bismillah...

Ana tidak punya cerita best pun di malam tahun baru 2010. Cuma alhamdulillah Allah izinkan ana menyaksikan fenomena alam kebesaran-NYA, Gerhana Bulan Separa di Masjid Negara baru-baru ini. Itupun setelah dipelawa mudirah madrasah Darul Quran Al-Wildan. Maka, seperti biasa tugas ana menjadi driver kepada adik-adik =p...

erm, tidak mahu cerita apa-apa sekadar berkongsi sedikit gambar yang ada.
maklumat lanjut gerhana ini boleh layari;
- www3.falaksyari.org/
- www.angkasa.gov.my/
- www.islam.gov.my/







~...Ceramah dalam Seminar...~


bismillah...

lama tak update blog...bila seorang sahabat bertanya "akak bila nak update blog nie, asyik Geografi perspektif Islam ja"...
erm, masalah juga yer bila banyak sangat idea nak tulis tapi tak tertulis lalu blurr jer.
sebenar selalu idea tu datang time tak mengadap laptop atau berkomitmen dengan kerja lain..

alhamdulillah, baru-baru nie dapat sertai Seminar Takhrij Hadith Nusantara di Universiti Malaya yang berlangsung selama dua hari. Erm, agak padat info dari seminar ini. Agak panjang nak mengulas perjalanan seminar tersebut. Kertas kerja dan CD pun tidak habis lagi ditelaah.

Tapi sekadar nak berkongsi semasa hari pertama seminar, lepas zohur ana dengan dua orang akhwat UM cabut lari dari seminar untuk menghadiri kuliah Dr.Asri Zainal Abidin di Surau PPUM.sebenar belah petang hari pertama tu sekadar perasmian jadi tidak terkilan apabila tidak turut serta walaupun ana sendiri teragak-agak nak pergi semasa di ajak oleh dua orang sahabat nie..kami mengambil teksi ke PPUM.

semasa dalam perjalanan pak cik pemandu teksi tersebut bertanya;
"ada program apa kat sana?"
"ceramah Dr.Asri pak cik" kami menjawab
"ooo, yang kena tangkap dek JAIS tu yer, korang kena hati-hati dengan asri nie."
"ooo yaka pakcik, tu yang kami nak tengok tuh apa ceramah dia kali nie." antara kami bersuara
"dia tu memang pandai bercakap, Ustaz (lupa nama yang disebutnya) yang selalu buat kuliah zuhor di surau nie cakap dia tuh wahabi ko taw, bahaya dia nieh. korang nak dengar bleh tapi jangan ikut bulat-bulat apa yang dia cakap. Kena kaji balik apa yang dia cakap. kita nie ikut Syafie."nasihat pak cik teksi panjang lebar.
Dan kami mengucapkan terima kasih atas nasihat beliau.

Semasa sampai di Surau ad-diniyah Pusat Perubatan Universiti Malaya pun pakcik tersebut masih mengingatkan kami.alhamdulillah dapat nasihat berguna.he3

Tertarik dengan nasihat pakcik tersebut mengenai jangan terima bulat dan kaji dulu apa yang dikata..sangat benar apa yang dicakapkan. tapi pelik, benarkah amalan tersebut sering diamalkan oleh setiap orang terhadap semua penyampai ilmu tanpa diskriminasi atau sebelum dengar hujah terus cop, dia nie kelompok nie, dia nie kelompok tuh, terus hukum hujah yang diperkata berdasarkan orang yang berkata. Kebiasaan bila kita mempercayai seseorang misalnya maka kita sering lupa orang tersebut bukan maksum. Lalu, apabila orang yang dipercayai tersebut memperkatakan si fulan ini bahaya, salah, terpesong dan lain-lain maka kita pun terus percaya bulat-bulat tanpa menyelidiki kebenaran lalu menyebarkan peringatan tersebut yang mana mungkin sebaran itu adalah fitnah.

Apapun ana bukan penyokong individu-individu tetapi sekadar menyokong di atas nama kebenaran dan apabila hujahnya menepati al-Quran dan as-Sunnah, tidak kira siapa juga. Bukan masalah siapa benar siapa salah jika ianya perkara khilaf. Apa yang penting berbuatlah berdasarkan apa yang diyakini tapi keyakinan menyusul selepas adanya ilmu. Jom sentiasa topup ilmu, tapi jangan lupa beramal...

Allahu'alam~