Thursday, February 25, 2010

~...Edisi JuRNaL PrakTikum : HARI SUKAN SEKOLAH...~

bismillah...

25 Februari 2010

Hari ini hari sukan sekolah menengah Sultan Sulaiman Shah. Sepanjang minggu ini juga aktiviti pengajaran dan pembelajaran agak terencat...Macam tidak puas hati dengan pengurusan tapi tidak mengapalah saya hanya guru pelatih.(tApi bab yang 'best' tidak perlu buat Rancangan Pengajaran dan Pembelajaran banyak-banyak-nie kes buat selepas kelas nie.ish3 jangan ditiru)

Majulah sukan untuk negara...ceh, semangat ja bunyi tapi yang kami duk semangat ialah meniaga di hari sukan. Alhamdulillah memang untung meniaga dengan pelajar nie, mereka lapar nak tak nak belilah apa yang dijual. Walaupun agak terkilan tidak dapat menyediakan banyak juadah jualan kerana kekangan masa, tapi sekurangnya kami puas hati sebab jualan semua habis. Malah keuntungan mencapai 100%. Alhamdulillah.


Biasalah masa-masa beginilah guru pelatih akan menjadi perhatian untuk disuruh itu dan ini. Kena 'cool' dan positif buat kerja walaupun anda tidak pernah dan tidak berminat buat kerja itu. Kasihan, 'praktikum-mate' ku kelihatan agak stress apabila diamanahkan menyiapkan sepanduk. Tak mengapa kita belajar membuat sesuatu yang tidak disukai...tapi saya memang suka bab-bab kerja tangan nie...


Perkembangan sukan? Sekolah 4S nie jangan ditanya, kerana ramainya kaum-kaum india, mestilah ramai juga atlit yang hebat-hebat. sekian.

~...Dakwah Wanita Muslimah dari Perspektif al-Quran dan as-Sunnah...~


bismillah~


Kefahaman kita selama ini iaitu belum dinamakan berdakwah apabila seseorang tetap tinggal di dalam rumah dan jarang keluar dari rumah. Pemahaman seperti ini seharusnya dikaji semula, terutamanya untuk wanita muslimah. Sebab kaum hawa berbeza dengan kaum Adam. Sehingga ada yang mengatakan apabila seseorang muslimah, baik masih gadis atau sudah bersuami dan memiliki beberapa orang anak tidak aktif keluar rumah dan tidak berdiri di atas pentas atau berceramah di hadapan umum tidak dikatakan sebagai seorang da’iyah.

Sepatutnya, kita perlu memahami hakikat berdakwah sehingga tidak keliru dalam memahami aktiviti dakwah itu sendiri.

Dalam sebuah ayat Allah. Allah Azzawajalla berfirman ;

“Dan ingatlah ketika Allah mengambil janji dari orang -orang yang telah diberi kitab (yaitu):”Hendaklah kamu menerangkan isi kitab itu kepada manusia ,dan jangan kamu menyembunyikannya.”QS.Ali Imran[3]:187)

Dari ayat di atas difahami bahawa substansi dakwah ialah menyampaikan ilmu tentang kitabullah dan sunnah Rasulullah shalallahu alayhi wasalam kepada siapa saja yang belum tahu dan dimana saja tempatnya. Hal ini yang harus difahami. Jadi , aktiviti menyampaikan ilmu baik dari kitabullah maupun sunnah Rasulullah shalallahu alayhi wasalam, apa juga bentuk usaha, sasaran serta jalan itulah yang disebut sebagai aktiviti dakwah.

Termasuk hal penting juga, seruan untuk menyampaikan ilmu tentang kitabullah dan sunnah Rasulullah shalallahu alayhi wasalam , ini tidak dikhususkan bagi kaum Adam saja, namun juga bagi kaum Hawa, tentunya yang memiliki ilmu tentang keduanya . Namun demikian, mengingat perbezaan jenis yang ada di antara mereka .Maka kaum muslimah tidak berdakwah dengan banyak meninggalkan rumah. Malah bisa jadi tatkala ia banyak beraktiviti di luar rumah justeru ia kehilangan hakikat dakwah itu sendiri, atau ia telah melupakan kewajiban dakwah mereka yang paling utama, iaitu berdakwah kepada anak-anak mereka di rumah suaminya .

Bukankah Rasulullah shalallahu alayhi wasalam telah bersabda.

“Dan para isteri adalah seorang pemelihara rumah tangga suami dan anaknya, dan kelak ia akan dimintai pertanggungjawaban atas pemeliharaannya “(muttafaqun alaih dari Ibnu Umar )

Sehingga berdakwah bagi kaum muslimah yang utama dan paling pertama ialah dakwah dengan menyampaikan ilmu kepada anak-anak suaminya. Dia sampaikan petunjuk dan ilmu tentang kitabullah kepada anak-anaknya dan anak-anak suaminya. Bahkan, boleh jadi bukan hanya anak-anaknya, malah terhadap orang-orang tua, saudara-mara dan masyarakat sekeliling pun merupakan sasaran dakwah mereka, para wanita muslimah .
Demikianlah, seharusnya sosok wanita da’iyah terbaik .Dia akan kenal diri dan bersikap sesuai dengan syariat Allah dan Rasul shalallahu alayhi wasalam . Demikian itu merupakan buah dari ilmu yang ada pada dirinya ,sebagaimana dakwah adalah ibadah yang modal utamanya adalah ilmu syar’ei. Seorang wanita yang makin berilmu akan makin menetapi rumah suaminya untuk menunaikan tugas utamanya. Jadi ,bukanlah termasuk sosok wanita da’iyah jika hanya bermodal kemampuan dan keberanian berbicara di hadapan umum,namun tidak didukung oleh ilmu syar’ei serta istiqomah dalam mengamalkannya sehingga ia melalaikan tugas utamanya menjadi da’iyah di rumah suaminya .
Dipetik dan diubahsuai dari sumber : Majalah al-Mawaddah(m/s 1).Edisi ke-12,Rejab 1430H, Julai 2009
p/s: Para ibu adalah madrasah pertama setiap insan, indahnya lakaran iman dan akhlak seorang anak hasil semaian didikan ibu yang benar-benar berperanan sebagai seorang ibu. Mudah berbicara tapi tidak semudah beramal. Cabaran ibu bapa hari ini membesarkan anak-anak di tengah gelombang arus kemodenan yang menghakis aqidah dan iman. Asal terus berperanan bukan lepaskan tangan sesali suratan. insya Allah moga ibu bapa soleh diluar sana sentiasa berusaha meng'upgrade' method didikan sesuai dengan peredaran zaman, tapi yang penting modul didikan dari Nabi Shalallahu alayhi wasallam dan para sahabat juga harus menjadi panduan.
Allahua'alam~

Monday, February 22, 2010

~...posting terlewat: Kem Ibadah Al-Wildan...~

bismillah~

Pada cuti tahun baru cina yang lepas (15-17 Februari 2010) adik-adik dari Pusat Tahfiz Darul Quran Al-Wildan telah menjalani program Kem Ibadah di Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat Selangor. Tahniah buat adik-adik, kerana telah menyertai dengan penuh semangat. Kem ibadah ini adalah acara tahunan pusat tahfiz ini. Cuma kelainan kali ini aktiviti 'outdoor' lebih banyak. Antara aktiviti yang mereka sertai ialah 'Flying Fox', 'Jungle trekking', 'Explorace' dan berakit. Jika kebiasaan program yang dibuat oleh mana-mana syarikat motivasi dan latihan di Nur Lembah Pangsun ini adalah berbentuk Kem Hafazan...tapi kali ini adik-adik al-Wildan yang sudah kebiasaan menghafal mengunakan sepenuhnya kem ini untuk menjalani aktiviti fizikal...Syabas dan Tahniah buat adik-adik yang sentiasa bersemangat. Chaiyok3...




































Sunday, February 21, 2010

~...Nasihat di musim Panas...~



Awasi cuaca panas




Oleh Hafizah Iszahanidhafiza@bharian.com.my



CUACA panas dan kering yang melanda negara sejak awal tahun ini dilaporkan bakal menjadi lebih terik apabila kedudukan fenomena matahari berada tegak di garisan Khatulistiwa dengan tempoh siang dan malam di hemisfera selatan serta utara hampir sama berlaku pada 21 Mac ini. Keadaan panas itu menyebabkan keadaan terik baik di utara tanah air manakala di beberapa kawasan di Johor menyaksikan catuan air akibat paras air sungai yang merosot. Apapun, anda perlu berhati-hati dengan keadaan cuaca panas melampau ini yang boleh mengundang pelbagai masalah kesihatan andai tidak membuat persiapan menghadapinya.





Bagi sesetengah orang terutama yang berada dalam kumpulan berisiko seperti warga tua, bayi dan kanak-kanak selain mereka yang berhadapan dengan masalah jantung dan tekanan darah tinggi, cuaca panas melampau boleh membawa kepada komplikasi kesihatan lain. Antara risiko cuaca panas melampau adalah masalah dehidrasi iaitu kehilangan air daripada tubuh juga mineral lain dalam darah seperti potassium dan sodium yang berperanan dalam fungsi organ iaitu ginjal, otak dan jantung. Malah ramai yang tidak tahu, masalah kehilangan air atau dehidrasi juga boleh menyebabkan kekeliruan, kelesuan selain menjejaskan pernafasan dan denyut nadi.






Dalam keadaan normal, peluh yang terhasil apabila kita panas membantu menyejukkan tubuh apabila ia tersejat di permukaan kulit. Bagaimanapun, jika hari terlalu panas, terlalu berpeluh akan menyebabkan sistem ini gagal. Suhu tubuh berpotensi meningkat ke tahap yang bahaya. Ia boleh menjadi punca berlakunya keletihan atau kepanasan melampau. Malah boleh menyebabkan sakit kepala, pening dan kejang otot.



Bagaimana untuk mengelakkan masalah ini?




1) Minum banyak air


Disebabkan anda kehilangan air dalam tubuh, anda juga perlu menggantikannya semula. Dalam keadaan biasa, seseorang yang memiliki berat badan 58 kilogram sepatutnya meminum lapan gelas air sehari. Iaitu berdasarkan peraturan biasa, untuk setiap 0.9 kilogram berat badan, anda memerlukan 28.4ml air. Bagaimanapun, dalam cuaca yang panas, pengambilan air patut ditingkatkan. Sebaiknya nikmati air suam atau mungkin jus buah-buahan tetapi bukan minuman berkarbonat. Minuman berkarbonat atau alkohol hanya akan membuatkan anda kehilangan lebih banyak cecair dalam badan. Minuman ais juga sepatutnya dielakkan kerana ia boleh menyebabkan kekejangan pada perut.





2) Ubahsuai diet anda Elakkan makanan pedas atau berat.



Makanlah makanan sejuk terutama salad atau buah-buahan yang mengandungi kandungan air yang tinggi.





3) Rasional dalam melakukan senaman



Jangan bersenam atau beriadah pada waktu petang yang panas. Anda mungkin boleh memilih waktu lain yang lebih sesuai.




4) Pilih pakaian yang sesuai



Pastikan anda memakai baju dengan warna-warna terang, longgar dan diperbuat daripada kain kapas. Baju berwarna gelap menyerap haba.




5) Elakkan perangkap haba



Parkir kereta anda di kawasan yang tertutup. Kalau boleh berada dalam kawasan berhawa dingin. Jika perlu keluar dari pejabat atau rumah, pastikan anda sentiasa membawa air.




FaktaKesan haba panas pada tubuh
20 darjah Celcius - selesa, denyut nadi normal.
25 darjah Celsius - peluh biasa.
30 darjah Celsius - Ketidakselesaan.
40 darjah Celsius - Kepanasan melampau, berpeluh, denyut nadi pantas, letih.
45 darjah Celsius - Kepanasan melampau, peluh terhenti, panas dan kulit kering.










moral: Jaga kesihatan, jangan lupa banyakkan minum air masak.









Rajah di atas menunjukkan fenomena 4 Musim yang dipengaruhi oleh kedudukan bumi yang mengelilingi matahari. Negara Malaysia berada di garisan khatulistiwa,dalam tempoh bulan November-Mac kita akan menerima cahaya matahari lebih banyak dan dalam kedudukan yang tepat berbanding pada bulan yang lain.










p/s; Terkadang mulut selalu mengeluh akan ketidaktahanan bahang matahari yang panas. Muhasabah diri, bagaimana pula hari di Padang Masyar kelak di mana matahari ibarat sejengkal dari kepala....panas lagi api neraka.

Friday, February 19, 2010

~...Kredit To Kak Wardina Safiyya...~

Rayuan Wardina kepada selebriti

Oleh ABD. AZIZ ITARaziz.itar@utusan.com.my

WARDINA sedih melihat kes pembuangan bayi semakin banyak berlaku dalam masyarakat pada hari ini.

MENYEDARI kes-kes pembuangan bayi yang semakin berleluasa sejak kebelakangan ini, selebriti Wardina seakan-akan tidak mampu membendung lagi rasa kesalnya berhubung senario yang amat menyedihkan itu.

Pengacara rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 itu bukan sahaja kesal, malah dia juga sering menangis setiap kali paparan kes-kes yang amat menyayat hati itu dilaporkan menerusi media massa.

Menurut Wardina atau nama sebenarnya Wardina Safiyyah Fadhullah Wilmot, golongan artis merupakan antara pihak yang sedikit sebanyak telah menyumbang kepada penularan gejala tidak sihat itu.

Sehubungan itu, anak kacukan Melayu dan Australia ini mencadangkan agar kalangan artis seperti penyanyi serta pelakon menunjukkan contoh teladan yang baik bagi menjadi ikutan terutamanya golongan muda di negara ini.

"Saya menyeru supaya artis-artis kita menunjukkan teladan yang baik kepada masyarakat. Contohnya, bagi yang bercinta atau bukan muhrim jangan berpegang tangan di depan khalayak termasuklah melalui media massa.

"Kalau berlakon pun elakkan bersentuhan dengan pelakon bukan muhrim. Semua itu akan menjadi tontonan dan boleh menjadi ikutan golongan remaja. Ia adalah antara punca awal yang boleh mendorong kepada perbuatan zina.

"Sebab itu saya mahu menjalankan suatu kempen bersama dengan mana-mana NGO (pertubuhan bukan kerajaan) yang berminat bagi menangani masalah tersebut," katanya kepada Hits.

Jelas Wardina, buat masa ini dia sudahpun menghubungi sebuah NGO yang dikenali sebagai Jemaah Islah Malaysia yang sebelum itu cukup aktif dalam menjalankan kempen menjauhi perbuatan zina dalam masyarakat.

Ibu kepada tiga anak ini berharap popularitinya sebagai selebriti terkenal dapat membantu menjayakan kempen menjauhi zina tersebut, sekali gus berharap gejala pembuangan bayi dapat dikurang atau dihapuskan di negara ini.

Wardina sudah menghubungi salah seorang 'orang kuat' Jemaah Islah Malaysia iaitu Dr. Hazlina Halizah Siraj bagi membantu NGO itu dalam kempen-kempen itu yang telah dijalankannya sebelum ini.

"Difahamkan, beliau sebelum itu telah menjalankan suatu kempen yang dikenali sebagai Anda Bijak Jauhi Zina tetapi ia kurang menonjol. Kalau boleh saya mahu terbabit bersama beliau dalam menjayakan kempen itu," ujarnya.

Wardina yang merupakan bekas pelakon sitkom terkenal Spanar Jaya menjelaskan hasratnya itu selepas terbabit menjayakan forum Selebriti Sebagai Ikon Masyarakat di pusat beli-belah KB Mall, Kota Bahru, Kelantan Ahad lalu.

Menerusi program Hari Hiburan Islam itu, ahli panel lain yang terbabit termasuklah selebriti TV9, Fara Adeeba dan penulis novel berjudul Ayat-Ayat Cinta dan Bila Cinta Bertasbih terkenal dari Indonesia iaitu Habiburrahman el-Sirazy.

Katanya lagi, program-program televisyen seperti drama dan filem yang disiarkan kebanyakan tidak menyekat adegan-adegan bersentuhan yang membabitkan golongan bukan muhrim.
"Adegan-adegan berpegangan tangan atau berpelukan dalam drama televisyen serta filem di kalangan pelakonnya boleh menggalakkan perhubungan bebas antara lelaki dan wanita. Ia boleh mempengaruhi golongan muda.

"Sebab itu, saya sarankan supaya diharamkan adegan-adegan seperti itu di mana ia boleh digantikan dengan adegan-adegan lain yang lebih kreatif. Kita jangan terlalu mahu meniru budaya dari Barat yang tidak ada batas sempadan.

"Saya tidak berniat mahu tunjuk alim dalam soal ini tetapi ia adalah tanggungjawab sosial saya sebagai orang Islam. Selepas ini saya tidak kisah kalau ada selebriti yang tidak sukakan saya kerana komen-komen saya ini," tuturnya.

Tambah Wardina, hasrat murni bagi membendung, sekali gus menghapuskan gejala pembuangan bayi luar nikah juga seharusnya ditangani oleh semua pihak seperti ulama, media massa dan golongan artis sendiri.

Malah, hasil perbincangannya dengan Habiburrahman el-Sirazy yang membenarkan novel-novelnya yang berkonsepkan keislaman diadaptasi ke filem, beliau mencadangkan agar lebih banyak filem sedemikian dihasilkan.

"Daripada forum yang kami sertai itu, banyak tercetus idea-idea contohnya bagi menggalakkan lebih banyak filem-filem berunsurkan keislaman diterbitkan di negara ini. Kita tidak sepatutnya meniru gaya hidup Barat melalui filem.

"Sebaliknya, apa yang sepatutnya kita tiru ialah soal kreativiti dan teknologi yang dibawa dari Barat. Sudah sampailah masanya lebih ramai selebriti tampil ke depan bersama-sama saya bagi menjayakan hasrat murni ini," katanya lagi.
¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬¬
bismillah....
masya Allah,alhamdulillah...moga ada ramai lagi golongan artis yang berjiwa seperti Ukhti Wardina Safiyya...Barakallahu fik. Di arena glamor yang penuh warna warni tipuan dunia, masih ada yang berjaga dari tidur..
Tidak dapat dinafikan lagi sangat besar pengaruh mereka, terutama bagi golongan remaja mahupun bukan remaja tapi kurang fikirnya.
Mengenggam bara (ISLAM) dalam penyakit ummat yang seperti barah kian parah bukan tindakan seperti syuro' (mesyuarat/perbincangan/perdebatan/ dan sebagainya) yang perlu dilakukan tapi tindakan berbentuk amal perbuatan...tidak perlu tunggu persatuan, jemaah atau bantuan dari mana-mana jabatan...fikirkan tindakan sendiri yang mampu dilakukan, sekalipun hanya meluangkan masa untuk remaja-remaja yang ketandusan kasih sayang dan perhatian. Apatah lagi mereka yang kegersangan Tarbiyyah Ruhiyyah hilang arah pedoman dalam langkah Tauhid mencari Tuhan.
Berikan masamu untuk kerja Dakwah...kerana dakwah tidak perlukan kita, kita perlukan dakwah. Hidup bukan untuk sendiri, walaupun mati sendiri. Hakikat ibadah apa sumbanganmu untuk ummah...kesan dari taqarub ilallah jadikan diri cahaya yang berjalan di tengah ummah.
Nah, wahai ahli ilmu jom pi turun padang tengok penyakit ummah. Golongan yang tidak minat membaca dan menuntut ilmu bukan sesuai untuk diberi buku dan diajak kuliah. Tapi luangkan masa borak dengan mereka. Walaupun terkadang rasa buang masa bercakap loghat alaf baru. Apapun diri yang berkata terlebih dahulu diuji untuk kuat berbuat. Moga amal bicara ini menguatkan lagi untuk melangkah menjadi amal perbuatan.
"Dan apakah orang yang sudah mati lalu Kami hidupkan dan Kami beri dia cahaya yang membuatnya dapat berjalan di tengah-tengah orang banyak, sama dengan orang yang berada dalam kegelapan, sehingga dia tidak dapat keluar dari sana? Demikianlah dijadikan terasa indah bagi orang-orang kafir terhadap apa yang mereka kerjakan." al-An'am 6: 122
Allahu'alam

Friday, February 12, 2010

~...apabila luar biasa jadi biasa...~


bismillah~
Buat sekian kalinya bagai tiada perasaan, setelah musim demi musim berita yang sama dihidangkan, mata menatap tajuk akhbar 'Pembuangan bayi'...
Apabila seseorang dihidangkan 'santapan' yang sama maka hidangan itu lama kelamaan menjadi bosan dan biasa...tiada rasa 'feel' nak makan...
Apakah itu analogi yang sesuai untuk disamakan dengan barah yang semakin parah di kalangan masyarakat hari ini?

Masyarakat jahiliyyah zaman sebelum kedatangan Nabi Muhammad Shalallahu alayhi wasalam jahil kerana dalam kebingungan mencari Tuhan, mereka hanya tanam bayi perempuan hidup-hidup...masyarakat jahiliyyah zaman kini jahil dalam kemaksiatan??? Bayi dibuang tidak kira jantina, sama ada lelaki atau perempuan...
“Dan apabila (di Hari Kiamat) bayi-bayi yang ditanam bertanya, ‘Kerana dosa apa mereka dibunuh (ditanam)” (At-Takwir:8).
Lantas kasihan itu ada dua jenis,
kasihan dengan bicara...
dan kasihan dengan perbuatan...


Wajah suci itu tidak berdosa...
Mengapa dia dibiar begitu saja...
Sedih pilu menatap rupanya...
Kaku terdampar dilembah hina...
Apa dosanya si kecil itu...
Belum sempat dia memanggil ibu...
Sampai hati engkau dizalimi...
Oleh mereka yang tiada simpati...
Tubuh kecil itu mahu dihargai dihormati...
Dimakamkan dia bukan dibuang sesuka hati...
Di manakah nilai insan insani
Apa dosanya si kecil itu...
Kerana kasih tersasar tujuan hidup...
Hingga lahir zuriat yang bukan pilihan...
Buntu tiada jalan penyelesaian...
Lalu si anak dibuang di jalanan...
Mengapa tiada sifat tidak kasihan...
Sayu hati melihat nasib dirimu...
Bagai tiada nilainya disisi...
Wajah suci mu telah dinodai...

Namun lahirmu...
Ada nilainya...
Di sisi Allah engkau mulia...
Bagai kain putih kau tiada dosa...
Bertaubatlah mereka yang hina...
.:Wajah Suci by MesTika:.

~...BeBeLan...~


bismillah~



Bila lah praktikum nie nak habis..hu3

Tu lah siapa suruh jadi cikgu?

Teringat pula pesan seorang Ustaz masa sekolah dulu, "besar nanti jangan jadi cikgu, tak 'best' cikgu nie'...



ada benarnya, bagi yang nak cari 'best' jangan pilih jalan cikgu nie...

bagi yang nak kumpul duit banyak-banyak...anda salah lapangan.

bagi yang nak 'glemer-glemer' anda tidak akan dapat anugerah apa-apa.

bagi yang nak kerja selesa-selesa, jangan ingat semudah anda fikir.

bagi yang nak jaga 'standard' dan nama...anda salah cara.

bagi yang nak keluar dari kepompong 'pengganggur' anda kena ingat tanam anggur lebih mudah dari jadi cikgu...=p


tapi jadi Guru dan Pendidik ini suatu kepuasan,

memetik kata-kata watak Ustaz KH.Rahmat Abdullah dalam filem Sang Murabbi,

"Guru adalah justeru hartanya banyak, asyik ilmu saja kerjanya.."



ilmu itu amanahnya amal dan sampaikan..

sekalipun bukan di lapangan institusi pendidikan,

setiap insan adalah Guru,

bezanya secara formal atau tidak formal...

dan ironinya, ilmu tidak formal itu hanya dapat digali oleh minda yang sentiasa berfikir,

namun fikir seorang mukmin itu disertai zikir,

biarpun bergelar guru kemuliaan yang sebenar adalah menyedari diri tetap pelajar,

terkadang guru lebih banyak mempelajari dari diri pelajarnya sendiri.

kerana guru mengajar dengan teori mendidik dengan pengalaman,

tetapi guru juga mendapat didikan melalui rencah kehidupan dan amal cabaran.



Lain sekolah lain pelajarnya,

lain pelajar lain ragamnya,

lain ragam lain pula solusinya,

semuanya lain yang penting anda bukan orang lain,

jadilah diri sendiri!



selamat menDidik untuk diDidik.

C = Celik

I = Insan

K = Kerana

G = Guru

U = Unggul





p/s: Tidak menyesal jika engkau tahu dari mana engkau berasal,

tidak jemu jika engkau mengerti arah tuju hidupmu....



~"Di antara amal dan kebaikan yang menyusul seseorang sesudah matinya adalah; ilmu yang dia ajarkan dan sebarluaskan, anak soleh yang dia tinggalkan, mushaf yang dia wariskan atau masjid yang dia dirikan atau rumah yang dia bangun untuk ibnu Sabil atau sungai yang dialiarkan atau sedekah yang dia keluarkan dari hartanya pada waktu di sihat dan hidup, ia menyusulnya sesudah keMaTiannya." -Diriwayatkan oleh Ibnu Majah (242), Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah. Lihat Shahih At-TarGhib Wat Tarhib,halaman 73.
(Dipetik dari Buku Menjadi Guru Yang Sukses dan Berpengaruh-DR.Muhammad Abdulllah Ad-Duwaisy.(m/s 6). ~

Friday, February 5, 2010

~...CeRiTa TenTang BuKu...~




bismillah~


alhamdulillah sabtu minggu lepas 30/01/10 Allah Taala izinkan ana dengan seorang sahabat memborong buku. Ya, macam biasa di awal semester ana mesti peruntukkan wang untuk memborong buku. tak sempat tunggu pesta buku dahh..nie semua gara-gara bimbang terlebih bajet terhadap kos kehidupan yang terkadang kemahuan melebihi keperluan.


pertama kali kami menaiki bas dari Bestari Jaya ke KL..ya sudah lama ana tidak menaiki bas. sebab kebiasaan sebelum nie dari Tg.Malim ana 'merempitkan' diri or memandu ja. tapi disebabkan jalan ke Bestari Jaya agak tidak mengizinkan kekerapan tersebut maka kembali pada normal. mesti ramai bersyukur bila ana duduk kat Bestari Jaya nie ana tak ligat da...jadi ramai tak perlu risaukan ana=p.


sebenar memang niat konon2 nak beli buku rujukan untuk mengajar nie lah..tapi dalam kepala senarai buku agama ja..=p...destinasi pertama FIB di jalan masjid India. beli 3buah buku ja tapi cecah rm100..apa yang best buku yang da lama sangat ingin dimiliki, alhamdulillah Allah izinkan ana beli fiqh wanita nie. masa kat FIB belek-belek kitab-kitab yang ada dan bandingkan harga. sempat lagi hantar pesanan ringkas pada 3 orang pengedar buku bertanyakan harga buku (seperti gambar di atas)...mereka semua balas mengatakan tiada lagi judul buku tersebut. pelik juga. tanpa menyesal ana beli ja dulu..sebab murah tak sampai rm100 cuma rm72.50 itu pun belum diskaun. buku kedua Perangkap Iblis (judul arab'Talbis Iblis') rm29.80 sebelum diskaun. buku ketiga? biarlah rahsia...


selanjutnya kami pergi karnival karangkraf kat Shah Alam. yang nie betul-betul borong buku. tak mengapalah nanti Pesta Buku Antarabangsa bulan Mac nie aku tak perlu beli buku kat karangkraf da..cari yang lain plak=p...bajet lepas karangkraf nak pergi karnival buku MPH tapi masa tak mengizinkan.




Alhamdulillah...sebelum mula praktikum ana telah berjaya miliki buku ini. Comel ja tapi 198 muka surat. harga pun murah rm 17.80 sebelum diskaun. memang sangat sesuai dan ana rasa 'wajib' bagi bakal-bakal pendidik mahupun yang telah lama menjadi pendidik untuk menyoroti tips-tips yang diberikan yang mana kesemuanya diambil dari akhlak nabi shalallahu alayhi wasallam berdalilkan al-quran dan hadith yang sahih.
contoh-contoh yang diberikan sangat relevan dengan iklim semasa terutama di sekolah.
Jazakallahu khayran buat saudara yang menyarankan ana membeli buku ini. memang best! barakallahu fikum~





~berangan miliki library macam ini dirumah =) ~

Wednesday, February 3, 2010

~...Edisi JuRNaL PrakTikum : Mencari Guru berjiwa Guru menjadi Pendidik berjiwa Pendidik ...~




bismillah...



terasa ingin berkongsi,
mungkin jika insan yang telah bergelar guru tidak perlu membaca catatan ini kerana ini hanya suara hati insan yang baru mengenal alam 'mengurus manusia'...



1/2/2010



-hari ini aku mula masuk mengajar. secara rasminya segala tugasan menghabiskan silibus dalam tempoh yang ditetapkan telah tergalas dibahuku. hari ini aku masuk kelas 2 Cekal bagi subjek Bahasa Melayu. kelas ke-3 ini tiada masalah untuk ku kawal malah mereka boleh memberi kerjasama.alhamdulillah.



-dua masa terakhir pula mengajar Geografi kelas 2 Amanah, kelas pertama...memang seronok aku mengajar kelas ini, mereka semua bersemangat. malah banyak bertanya. aku paling suka jika pelajar cina bersemangat terima aku sebab kebiasaan aku jumpa pelajar cina nie kan suka pandang rendah guru Melayu.tapi mungkin persepsi aku ja, sebab zaman aku sekolah dulu sekolah cina, tahap kebiadapan pun sangat tinggi.tapi tidak semua sebab kawan2 cina aku pun memang baik.



2/2/2010



-hari ini pula kena masuk kelas 2 Iltizam, kelas kedua terakhir untuk mengajar subjek Geografi juga, adusss seperti yang dijangka kelas ini, pelajar lelaki cina semua tak mahu beri tumpuan dan tak salin nota, kecuali seorang ja nampak beri kerjasama. mereka siap buat kumpulan kat belakang dan 'usha' ke padang sebab kelas sebelah padang dan waktu tu pelajar sesi petang buat latihan sukan. aku tanya mereka kenapa tak salin nota, selamba menjawab mahu tengok amoii la cikgu...habis tuh apa tujuan awak datang sekolah? cari amoii, jalan-jalan, makan-makan...salah seorang menjawab. ishkk geram....aku sambung mengajar bagi yang mahu belajar walaupun masa tu ada yang main pukul-pukul, baling sampah dan sebagainya. aiyoo...tapi biasalah mereka sekali marah sekali tuh diam..pas tuh buat semula...



3/2/2010



-pagi nie kelas paling menguji kesabaran ku. kelas 2 Jujur, kelas ketujuh dan yang terakhir. aku mengajar Sivik. 30 orang pelajar kelas ini semuanya keturunan India, 6 orang sahaja perempuan selebihnya lelaki. pada mulanya nak buat set-induksi tayangan yang berkaitan kecemerlangan tapi agak tak sempat. jadi aku suruh mereka buat lakonan, konon nak tengok kreativiti mereka kerana aku tahu mereka bukan jenis suka belajar secara fokus. masuk ja kelas semua pelajar hilang tinggal 2-3orang ja, yang lain merayau-rayau, aku tunggu beberapa minit baru sedikit demi sedikit pelajar masuk, tu pun selepas nampak aku.



Wahh...aku ibarat kucing yang masuk dalam reban ayam. mereka semua tidak hiraukan aku yang tercegat kat depan nie, semua berborak dengan bahasa rasmi mereka. ada yang ambik penyapu buat macam microfon lalu menyanyi..adooiiii

aku tidak bercakap apa-apa, hanya mata cuba memberi isyarat untuk melihat respons mereka. dalam hati tidak putus-putus aku berdoa moga Allah beri kekuatan dan ilham untuk mengawal kelas ini. pot..pet..pot pet...semua pelajar masih bising memekak, entah apa yang mereka bualkan aku memang tak faham..patutlah ada seorang rakan setugas ku berkata macam kena belajar bahasa mereka ja lepas nie..ha3 aku tak nak.



aku tinggikan suara untuk menyuruh mereka dengar arahanku supaya membuat kumpulan dan berbincang untuk aktiviti lakonan mengikut tema yang diberi dalam masa 15 minit. hampir 10 minit berlalu kelas semakin riuh-rendah..ada yang macam berbincang tapi ada yang berangan. tapi yang pasti aku tak faham bahasa mereka. aku dah syak mereka berbincang belum tentu mengenai tugasan yang aku beri. tapi ada satu kumpulan nie siap tanya boleh menyanyi tak cikgu? aku kata boleh..boleh..dalam hatiku alah tak bagi korang menyanyi pun korang memang asyik menyanyi dalam kelas..siap ada satu kumpulan ini da semangat buat latihan kat depan..bila tiba aku cakap kena persembahkan dalam bahasa Melayu...mereka semua tak jadi...

kelas semakin bising...macam duduk dalam perkampungan 'Tamil'. aku masih tercegat kat depan...mereka buat 'dono' ja aku kat depan nieh..hu3 macam nak nangis pun ada... aku mula teringat patutlah zaman aku sekolah dulu ada cikgu nangis sebab tak mampu kawal kelas kami (padan muka giliran ku pula)....dulu aku agak pelik dengan cikgu tu kenapa sensitif sangat? tapi kini baru aku tahu kenapa emosi begitu datang...sebab guru masuk kelas dengan harapan untuk memberi sesuatu..malah kejayaan mengawal kelas itu adalah point penting nilaian kewibawaan seseorang guru. tapi takde lah aku menangis, hanya rasa 'tensen' sebenarnya. patutlah statistik dari Barat menunjukkan profesion yang paling tinggi menyebabkan tekanan jiwa adalah profesion pendidikan. apapun mungkin faktor keimanan itu juga menyebabkan manusia mudah hilang pertimbangan. moga guru-guru di Malaysia tenang-tenang aja walaupun 'tensen' mereka lebih kepada tugasan 'pengkeranian'...



akhir sekali tahap 'tempeture' aku yang mula mendidih nie terus bersuara samseng dengan mereka...wah, macam tak percaya...alhamdulillah aku gertak mereka baru nak diam. huh! siapa kata aku tak garang??? aku suruh mereka keluarkan nota kalau tak aku kasi nama mereka pada guru disiplin. aku tulis nota di papan putih...alhamdulillah kelas terkawal bila kasi mereka tugasan seperti ini...

erm, aku telah mempelajari sesuatu,,,kelas nie kena bagi mereka buat tugasan agaknya.



semasa nak pergi relief kelas lain aku lalu semula kelas 2 Jujur tadi, kelihatan guru yang mengajar sedang memegang rotan dan memarahi seorang pelajar..terdapat seorang pelajar berdiri di hadapan kelas..tiga orang lagi berdiri di atas kerusi..huh! kena denda la tuh...

ya..aku faham...kelas nie memang beginilah keadaannya tiap-tiap hari.

moga pensyarah ku tidak datang ketika aku mengajar kelas 2 Jujur..ameen...


....bersambung....

~...Edisi JuRNaL PrakTikum : MerenTas Desa ...~

bismillah~


ya..seperti yang dijangka minggu praktikum agak sibuk walaupun tak sibuk mana..
jumaat minggu lepas 29 Januari 2010 berlangsung dengan jayanya aktiviti Merentas Desa Sek.4S...tiada apa nak kongsi hanya nak kongsi gambar sekitar hari tersebut ja kot.



~semua pelajar berkumpul di tapak perhimpunan~


~check point yang perlu Cikgu Azizah jaga~


~nie dia peserta wanita kedua, peserta pertama tadi laju sangat tak sempat nak 'snap' =p~

~nieh pula kumpulan yang bersiar-siar di dalam estate berlengang kangkung..he3~

~selesai sudah larian, acara beri hadiah pula~