Monday, September 28, 2009

~…Mencari Teman ke Syurga…~

bismillah~

Apabila masuk ke gerbang umur 20-an ramai yang mula berfikir dan bicara tentang jodoh. Paling kurang pun kawan-kawan serta orang sekeliling mula sibuk hal nie, tak kurang yang bertanya 'bila nak nikah?'....Bagi yang tidak termasuk dalam golongan begini tidak perlu membaca entry ini..he3 =p…

Sebenar agak sukar dan tak suka nak membicarakan isu ini walaupun di blog sendiri..namun, secara kebetulan orang sekelilingku mengalami isu ini,


بَارَكَ اللهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ وَجَمَعَ بَيْكَمُاَ فِيْ خَيْرٍ.

Barakallahulaka wa Baraka alayka wa jama’a’ bainakuma fi khoir
(semoga Allah memberkatimu dan memberkati pernikahanmu ini serta mengumpulkan kalian berdua dalam kebaikan.) –Shahih At-Tirmizi 1/316

-> buat sahabat(X-SMTG) Nur Azrina dengan zauj yang baru melangsungkan pernikahan pada 7 Syawal lalu.
->juga buat ukhti Nor Ain Manan dan Ukhti Nadiah (Kak Nad) serta semua yang baru digelar pengantin baru....

Dan bagi yang masih mencari dan menunggu teruskan usaha kalian kerana sesungguhnya nama pasanganmu telah sedia tercatat di Lauh Mahfuz hanya menanti usaha dan masa untuk dipertemukan. Dan bagi yang sedang berusaha mendapatkan persetujuan calon letakkan gusaran dan getaran hatimu dalam munajat tawakalmu pada Pemilik Sekalian Jiwa..dan bagi yang celaru membuat keputusan tenang dan bermesyuarahlah dengan insan-insan terdekat denganmu, sungguh tidak akan menyesal orang yang bermesyuarah (Ali-imran : 159) lalu tanyakan kepada Yang Maha Pencipta dalam meneguhkan keputusan yang dibuat tapi jangan meminta Yang Maha Pencipta membuat keputusan kerana tugas kamu membuat iaitu usaha dan tugas Pencipta adalah menentukan iaitu memberi hasil atas setiap usahamu. Benarkah tak perlu usaha pun jodoh akan sampai apabila tiba masanya? Ya, kerana sesungguhnya setiap anak Adam yang lahir ke dunia telah ditetapkan rezeki, ajal, jodoh dan nasibnya. Namun bergantung pada usahanya dalam menentukan setiap ketetapan itu terbaik mengikut syar’e atau tidak.

Walau apapun perancangan, usaha dan pandangan kalian terhadap urusan mencari pasangan ke Syurga ini. Suka ana berkongsi dalam mengingatkan diri bahawa segala nikmat berupa harta, keluarga dan pekerjaan hanya alat bagi mencapat matlamat. Sebelum tu apa matlamat hidup kalian? Mengumpul harta? Pangkat? Besarkan keluarga? Dan tidak kurang matlamat yang mulia nak jadi mata rantai pejuangan nabi Shalallahu alayhi wasalam..hidup mulia atau mati syahid…subhanaAllah moga matlamat itu tercapai. Namun konsep yang mudah untuk difahami harta, keluarga dan pekerjaan adalah alat untuk mencapai redha dan rahmat Allah Azza Wajalla. Dan itulah konsep Tauhid yang sebenar kemuncak piramid kehidupan. Harta- adakah digunakan ke jalan Allah? Keluarga- benarkan kriteria pilihan kita berkahwin dengan orang yang dapat digunakan ke jalan Allah atau ibadah? Pekerjaan- adakah kita mengambil sesuatu bidang itu agar dapat digunakan di jalan Allah?

Nauzubillah jika ;
Harta-bukan sebagai alat untuk ibadah,
Keluarga-berkahwin kerana untuk diri sendiri dan hidup bahagia,
Pekerjaan- bekerja dan mengambil bidang yang diminati hanya sebab itu cita-cita…
kerana itu adalah tanda-tanda SYIRIK…

seringkali orang yang keliru dalam membuat keputusan adalah kerana mereka keliru dengan perasaan sendiri. Pernahkah kita fikir adakah rasa itu penting hadir sebelum kelulusan kriteria mengikut syar’e?

Misalnya, ramai wanita yang inginkan suami yang soleh namun apabila benar datang melamarkan lelaki yang soleh, Kriteria lain pula menjadi nilaiannya baik pekerjaan mahupun rupa dan sebagainya. Ana tertarik dengan entry seorang sahabat yang lebih muda dari segi usia namun matang dalam pengalaman dan ilmu agamanya
(klik sini)…kita selalu meletakkan ciri-ciri soleh/solehah pasangan melalui zahir yang terlihat sebelum menikahi pasangan tersebut. Dengan kata lainnya cari pasangan yang sedia soleh.

Namun, kita terlupa kesolehan itu mungkin terbit selepas seseorang itu menjadi pasangan kita. Disitulah nilaian usahakan kita mendapatkan pasangan yang soleh. Bukan bermakna Allah beri sedebuk pakej lengkap pasangan soleh. Tetapi kitalah perlu berusaha menjadikan diri dan pasangan ke arah soleh wa musleh selepas bernikah. Jika kita masih berfikir bahawa memilih pasangan yang soleh itu benar menjamin kebahagiaan akhirat…lihatlah contoh-contoh yang ada sejauhmana insan yang disangka soleh dimata rupanya insan biasa. Mungkin ada yang berkata, bukankah nabi shalallahu alayhi wasalam menyuruh memilih yang beragama…Ya, jika pilihan yang ada itu lebih baik agamanya itulah yang sepatutnya pilihan kita. Apa yang ingin ana tujukan di sini adalah bagi mereka yang terlalu tinggi Kriteria ‘baik agama’ nya..kerana ramai juga salah sangka baik agama di pandangan mata mereka ini kadangkala lebih pada kriteria nafsu perasaan semata.

Apapun selamat bermujahadah…

~ana bukanlah yang terbaik untuk berkata bab nie, namun ianya hanya ilham untuk berkata-kata...Allahu'alam~

Rasulullah saw bersabda: “Sesungguhnya wanita yang berkat adalah cepat nikahnya, ringan maharnya dan subur rahimnya.” (Hadis ini dikeluarkan oleh Imam Ahmad –hadith hasan)


Rasulullah saw bersabda: “Jika seseorang wanita solat lima waktunya, puasa bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya, mentaati suaminya maka hendaklah masuk ke dalam Syurga lewat pintu mana sahaja yang dia kehendaki.” (Hadis ini dikeluarkan oleh Imam Ahmad dan Ibnu Hibban – Shahih)

~..LeBaRaN 1430 H...~



Bismillah...

Semua orang bercerita pasal raya...
nak cerita jugalah...

Da besar nie raya tentu tak sama dengan zaman kanak-kanak dan awal remaja dulu.
apapun raya tetap raya..cumanya sayang lagi mengecewakan zaman kini nilai keRayaan itu dizahirkan dengan hiburan tanpa sempadan semata-mata...ibarat orang yang keluar 'penjara' baru mengenal erti kebebasan begitulah nafsu-nafsi terus kekenyangan maka nilai keimanan dan keTaqwaan semakin terhakis...aduhai iman...pasti meronta-ronta kerana dikotori debu-debu dosa...

iman naik turun kerana itu memang sifat iman manusia...
disaat terasa iman lemah lantaran 'biah' atau persekitaran yang tak membangunkan iman tapi membangunkan nafsu maka carilah makanan jiwa...santapan rohani.
ingat tau ada 5 ubat hati/ makanan rohani :
1. solat malam
2. baca Quran dan maknanya
3. berzikir
4. berpuasa
5. berkumpul dengan orang-orang soleh (pergi masjid/majlis ilmu syar'e)

kita tak boleh mengubah persekitaran tetapi kita boleh ubah diri kita.
Tapi ingat taw Allah tak akan mengubah nasib kita jika kita yang tak usaha sendiri mengubahnya.


firman Allah ; "Yang demikian itu kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah suatu nikmat yang telah diberikan-Nya kepada suatu kaum, hingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Sungguh, Allah Maha Mendengar, Maha Mengetahui.

Surah Al-Anfal, 8:53



Selamat meneruskan amalan di bulan ramadhan...beramallah seperti ramadhan itu ada setiap hari...agar amalmu bukan bermusim.
sementara masih di bulan Syawal nieh meh puasa sunat Syawal..

sekian...


Allahu'alam~



~Lemang pulut hitam...bagi peminat pulut hitam suka la kot...but not me =p~


~inilah makanan tradisi rumah En.Jabar Ariffin..he3 sememang ini tugas ayahku di malam/pagi raya menyiapkan tempahan satay~



~Irdina Aisyah dan Muhaimin Arshad sedang main bunga api, jangan main mercun taw.~




~walaupun nenek da tiada, alhamdulillah masih ada kembar nenek untuk diziarahi =)~




~bersalam-salaman, bermaaf-maafan...jangan jadikan hanya tradisi aidilfitri tapi buatlah tiap2 hari yerrr (if jumpa selalu)~



~Muhammad Muhaimin Arshad bin Khairul Azlan, Muhammad Aqil Razique bin Khairul Azmi dan Irdina Aisya binti Azmee~

Thursday, September 24, 2009

~..mencari ‘spirit’ yang hilang…~



Rupanya mencari batinan itu bukan semudah mencari zahiran,

Sememang fitrah fizikal itu lebih teruja berbanding spiritual yang dipandang enteng,

Berada di ambang pengakhiran pengajian akademik ini benar-benar menguji jiwa,

Bukan secara fizikal dengan banyaknya tugasan, tetapi ‘spiritual’ beratnya menjalankan amanah…

Bukan kerana amanah diberi sangat besar dan berat kerana ianya secara asal tuntutan kifayah…


Walhal yang wajib diemban masih bertatih di batasan…

Hanya kerana asal tujuan medan yang dipilih untuk mendekati masyarakat…

Medan ini juga yang dipohon dalam setiap bisikan apabila dahi dan hidung bertemu bumi…

Namun, apabila cinta itu beralih pada tuntutan Ain yang sangat menguja naluri,

Hanya desakan dan paksaan menginjakkan diri agar terus berlari di sisa arena kifayah ini.


Kemana perginya semangat dulu,

Yang mahu bertugas di medan Tarbiyyah sekular hanya untuk dekati rebung-rebung hijau agar sempat dilentur,

Kemana hilangnya jiwa muslimah itu yang tekad bertukar medan demi cintanya pada tunas-tunas harapan negara,

Mengapa lemahnya jihad mujahidah itu, sedang sedirinya lebih gencar dilihat daripada bersamanya dalam barisan…


Jawapannya kerana jiwanya ketandusan embunan Tarbiyyah Rububiyah,

Aqalnya nipis mahu menyelami lautan ilmu Syar’e,

Spiritual hanya muncul di taman-taman syurgawi,

Hatinya tidak mahu dikotori dengan pendidikan sekularisme…


Aduhai hati…

Aduhai jiwa..

Aduhai Sang Pemburu Mardhatillah…

Tabah dan sabarkan diri…

Menyedari ianya amanah ILLAHI teruskan larian kerana arena akademik ini telah hampir kau sampai pada kemuncaknya,

Biarpun nilaian duniawi masih banyak tingkat perlu kau daki,

Tapi spirit dirimu tiada di arena ini…


Biarpun apa sangkaan manusia,

Walaupun harapan dan impian kau berbeza dengan harapan mereka,

Harapan yang pasti sandarkan saja pada-NYA,

Bangunlah wahai jiwa…

Ke mana, di mana perginya ‘Spiritual’ itu

Wahai sahabat nasihatilah aku…..


“Hai orang-orang beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu (mintalah pertolongan Allah dengan sabar dan solat), sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar “ ( QS Al-Baqarah 2: 153)

Wednesday, September 23, 2009

~...Berlebihan rai Syawal hapus berkat sebulan Ramadan...~

Tajdid Iman bersama Dr Juanda Jaya


PUASA Ramadan memberi kesan yang amat mendalam kepada keperibadian seseorang mukmin. Bekas peninggalan ibadah itu tidak mudah hilang ibarat cahaya yang sentiasa terang untuk menghidupkan iman sepanjang tahun hingga bertemu kembali dengan Ramadan akan datang. Hakikatnya, Ramadan dicipta untuk memanaskan suhu iman di dada agar tidak mati ditelan kesejukan ujian duniawi.

Namun bukan semua orang berpuasa lulus ujian dan layak mendapat gelaran muttaqiin sebenar, bahkan ramai yang kecundang dengan hanya merasai lapar dan dahaga saja. Walaupun mereka mengetahui bahawa Allah SWT Maha Pengasih lagi Maha Penyayang malangnya mereka tidak mengambil peluang untuk mendapat kasih sayang Allah itu dengan sebaik-baiknya. Bukan Allah tidak sayang tetapi mereka yang lalai, sengaja mencampakkan rahmat Allah dari hati masing-masing. Apabila Ramadan berlalu, tidak nampak kesan iman lagi kerana ditutupi semangat yang meletup-letup menyambut Aidilfitri.

Hati berkiblat ke arah lain, semuanya tertuju kepada pesta sambutan yang berlebih-lebihan diiringi hiburan melampau yang melalaikan. Solat ditinggalkan, nafsu dilepaskan semahu-mahunya, syaitan kembali menjadi teman, dosa yang besar atau yang kecil semuanya tidak bermakna. Ibadah fardu atau sunah dikuburkan bersama kenangan Ramadan begitu saja.

Pada hari raya, ramai manusia suka menunjuk-nunjuk kelebihan dan berusaha menutupi kelemahan dengan cara berlagak hebat. Mereka lebih malu dan takut kepada manusia daripada malu dan takut kepada Allah SWT. Apa kata orang jika tidak bertukar kereta atau perabot rumah, berasa malu jika tidak mampu menyahut cabaran membuat rumah terbuka walaupun zakat harta tertunggak saja dan hutang-piutang dilupakan. Mereka sanggup membuat hutang baru untuk menghindari rasa malu dan takut dengan ‘apa kata orang’.

Majlis hari raya menjadi buah mulut yang menghalalkan perlumbaan riak dari peringkat kampung hingga ke taman perumahan. Sementara yang kaya pula mengambil peluang memberi rasuah hadiah hari raya kepada rakan kongsi yang boleh dimanfaat untuk memberi pulangan. Tidak dinafi semua itu rahsia hati, jangan cuba hendak menilai budi baik orang lain kerana keikhlasan itu hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Ramai juga yang bersih niatnya, baik amalannya dan istiqamah imannya kepada Allah SWT. Walaupun memiliki mahligai indah, tetapi hati mereka berkata hanya Allah Yang Maha Besar.

Ketika takbir raya bergema sepatutnya hati mengaku bahawa kita semua adalah orang miskin, meminjam harta Allah dan bergantung sepenuhnya kepada kuasa Allah. ‘Allahu Akbar’, ‘Allahu Akbar’, ‘Allahu Akbar’, bertalu-talu takbir mengingatkan kita semua jangan sombong, bongkak dan riak dengan apa yang kita miliki sekarang. Semuanya milik Allah dan akan kembali kepada-Nya. Kesombongan walaupun seberat debu amat dibenci Allah kerana seolah-olah si bongkak itu mencabar kuasa Allah.

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Tidak akan masuk syurga orang yang di dalam hatinya terdapat kesombongan walaupun seberat zarah (biji sawi).” (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)

Ketika menziarahi rumah-rumah saudara-mara kita teringat kepada orang tua dan insan yang mendahului menghadap Allah, oleh itu hadirkan rasa keinsafan bahawa kita semua akan menyusul jejak mereka. Kita sedang menunggu saat yang pasti datang, jadi tidaklah hati dilalaikan oleh pesta kegembiraan.

Allah SWT berfirman bermaksud: “Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang buruk) yang mensia-siakan solat dan menurut hawa nafsunya, maka mereka kelak akan menemui kesesatan. Kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal salih, maka mereka itu akan masuk syurga dan tidak dianiaya (dirugikan) sedikitpun.” (Maryam: 59)

Orang tua yang kita kasih sepenuh hati meninggalkan kenangan baik dengan amal salih yang mereka lakukan, maka tidakkah kita takut menjadi generasi yang melupakan harta iman dan amal yang mereka wariskan? Walaupun pada hari raya diwajibkan semua bergembira, bahkan Rasulullah SAW menyuruh seluruh umat Islam untuk hadir di masjid pada pagi raya. Tidak terkecuali wanita yang uzur syarie, ia tidak bermakna kegembiraan itu boleh merobohkan batas antara halal dan haram. Iman dan amal soleh jangan sekali digadaikan dengan kegembiraan yang melalaikan.

Pintu maksiat tetap terbuka, pujukan semakin manis didengar. Syaitan datang dari segenap penjuru, atas dan bawah, depan dan belakang untuk menyesatkan jiwa manusia di belantara dunia, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Iblis menjawab: Kerana Engkau telah menghukum aku tersesat, aku benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian aku akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).” (Al-A’raf: 16-17)

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Apakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang yang dusta.” (Al-Ankabut: 2-3)

Ramadan dan Syawal tidak akan membawa apa-apa makna jika hujan rahmat yang diturunkan tidak ditadah dengan tangan yang bersungguh-sungguh mengharap reda Allah. Ramai yang menolak kasih sayang Allah dan memilih jalan yang menyebabkan murka-Nya. Muharam dan Safar berlalu setiap tahun tanpa sudi menunggu ahli maksiat yang membuang masa dengan kelalaian kepada Allah SWT. Namun, setiap saat Allah menghujani bumi dengan rahmat, maghfirah dan cahaya hidayah, hanya orang yang menunggu dengan penuh pengharapan berhak mendapatkannya

sumber: http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Tuesday/Agama/20090921230354/Article/print_html

Saturday, September 19, 2009

~...cerpen Ramadhan : MeNCaRi AL-LaiL...~



“Shah, aku tengok kau ramadhan nie tiap-tiap malam tak tido kat bilik, kau tido mana?” Zaid bertanya kepada teman sebiliknya, Ukashah.

“Eh, kau perasan bulan ramadhan nie je ker, bukan sebelum nie aku memang jarang duk kolej.” balas Ukashah.

“Takdelah aku saje tanya mana taw kau da mula berikhtikaf sempena 10 ramadhan terakhir nanti, ajaklah aku yer”

“Aduyai, temanku apasalah begitu berseni bahasamu, cakaplah direct nak ikut aku berikhtikaf, lain kali takyah tanya soklan pelik-pelik cam tadi.”

“he..he..pelik sangat ka…biasalah intro perbualan.”

………………………………………………..

Ukashah dan Zaid merupakan teman sebilik di Kolej kediaman Universiti Pentarbiyahan Super Insani. Sememangnya Ukashah yang baru beberapa bulan dikenali oleh Zaid adalah seorang yang berkomitmen dan beriltizam tinggi dalam menuntut ilmu syar’e dan mengamalkannya sekalipun dia bukan pelajar aliran agama. Sedikit sebanyak Zaid juga terkesan untuk memperbaiki diri.

………………………………………………………….

“Zaid, kau da solat terawikh belum?” Tanya Ukashah

“Aku ada kuliah ganti tadi tak solat lagi” balas Zaid

Okies tak pa, aku pun ada kuliah ganti tadi, kita jemaah sama nanti.”

Orait je, tapi kau lah imam.”

“Insya Allah, kita solat pukul 3 pagi nanti boleh?”

“Bagus juga sepertiga malam waktu yang lebih afdalkan ustaz Shah? Tapi kau kejutkan aku yer”

……………………………………………………………….

“Shah kenapa kau solat terawikh tadi tak baca selawat?” seusai solat witir Zaid mengajukan pertanyaan.

“Owh, seperti yang dibaca di surau kolej dan masjid-masjid lain kan, sebenar zikir, selawat dan doa tersebut tiada dalil dan tidak pernah diamalkan oleh Rasulullah shalallahu alayhi waSalam.” Jawapan Ukashah

“Tapi itu kan baik” Zaid menunjukkan ketidakpuasan terhadap jawapan Ukashah

“Memang zikir,doa dan selawat itu baik, tapi waktu yang khusus seperti selang antara dua solat terawikh itu belum tentu baik bagi Allah Taala dan Rasul shalallahu alayhi waSalam, kalau baik sudah pasti Allah Taala dan Rasul shalallahu alayhi waSalam telah menganjurkan sehingga dilaksanakan sepenuhnya oleh generasi awal seperti para sahabat, thabi’in dan thabi’ut thabi’in.” jelas Ukashah panjang lebar..

“Owh..memang tiada dalam hadith ke?” Tanya Zaid lagi.

“Yer, tak da dalam hadith yang sahih. Kerana sesuatu ibadah itu mesti bersandarkan dalil sahih dari nabi shalallahu alayhi waSalam .” tegas Ukashah lagi.


“Ok..lagi satu da lama aku nak tanya, kau solat selalu gerak-gerakan jari semasa tahiyat awal dan akhir mesti ada dalil kan?”

“Na’am, dalam sifat solat nabi ada diterangkan secara jelas dengan dalil sahih. Aku ada buku sifat solat nabi kat rak buku tu, ambillah baca nanti, video praktikal pun ada, nanti boleh kau tengok”

“Terima kasih Shah..”

“Zaid lagi 15minit nak azan, jom kita sahur”

………………………………………………………….

“Zaid nie malam ke 21 nak ikut aku berikhtikaf tak?” pelawa Ukashah pada Zaid.

“Alamak Shah, maaf sangat aku ada assignment kena antor lusa, ada baki 9 malam lagi kan, nanti aku ikut kau.”

………….

“Shah pinjam motor kau jap, aku nak beli tiket balik raya petang nie.”

“Eh, kau cakap nak ikut aku ikhtikaf malam nie , malam ke 23 ari tue pun kau tak dapat ikut, awal kau nak balik kuliah da tak de ke minggu nie.”

“Aiseh, ye tak yer la…napelah aku nie banyak sangat halangan nak jadi baik macam kau, aku kena temankan adik perempuan aku balik kampung kali nie. Tak dapat aku join kau. Insya Allah aku buat kat masjid kampung aku.”

“La ba’ sa, moga kau kuat semangat dan kita sama-sama peroleh petunjuk dan hidayah dari Allah Taala. Cari jangan tak cari malam lailatul qadar, rugi kita nanti.”

“baik, Ustaz Ukashah, insya Allah. Tolong doakan aku nak jadi baik macam kau.”

“Eh, jangan jadi macam aku, aku pun banyak keburukan, jadilah macam Rasulullah shalallahu alayhi waSalam.”

………………………………………………………………

Aktiviti kebiasaan Zaid selain bersenam di awal pagi adalah membaca surat khabar. Pagi tersebut entah kenapa dia berasa begitu semangat ke kedai membeli surat khabar kerana kebiasaan ayahnya pasti tidak pernah lupa membelinya. Tiba di ruangan utama akhbar Zaid tergamam…

‘MAHASISWA MAUT PULANG DARI MASJID- BERITA HARIAN

IPOH 17 Sept – Seorang mahasiswa sebuah IPT di sini maut setelah mengalami kecederaan parah akibat kemalangan antara motosikal dengan sebuah lori. Mangsa Ukashah bin Muhammad yang berumur 23 tahun mati sejurus sampai di Hospital Besar Ipoh. Saksi kejadian melaporkan kejadian berlaku kira-kira jam 7.30 pagi berpunca dari pemandu lori yang hilang kawalan lalu memasuki lorong bertentangan dan melanggar motosikal yang baru keluar simpang dari Masjid Jamek Abu Bakar….. ‘

Innalillahi wa inna illahi rajiun…Ukashah moga kau tenang di sana, pasti kau telah temui malam kecintaan yang kau tunggu-tunggu…Zaid bermonolog sendirian lalu tanpa dapat ditahan airmata lelakinya berguguran juga…

“YA ALLAH, ampunilah dirinya, berikan rahmat-MU kepadanya, selamatkan dirinya dan ampuni dosa-dosanya, muliakan dirinya dan luaskanlah kuburnya. Cucilah dirinya dengan air, es dan embun, lalu bersihkanlah dirinya dari segala kesalahan sebagaimana pakaian putih dibersihkan dari noda. Berikanlah kepadanya tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya, keluarga yang lebih baik dari keluarganya, teman yang lebih baik dari temannya, masukkan dirinya ke dalam Jannah, dan peliharalah dirinya dari siksa kubur dan siksa Neraka.” (Diriwayatkan oleh Muslim II/663.)



oleh : Ummu Sumayyah Azizah Jabar
29 Ramadhan 1430
BentongPahang

Friday, September 18, 2009

~...RinTiHaN PenHuJuNG RAMADHAN...~

entri nie telah 'posting' pada ramadhan tahun lalu...sengaja repost kali ini...;



Aku benci mendengar beduk-beduk ditalu-talu dengan kegembiraan menyambut kemenangan
Kesal aku pada segala keriangan yang dimunculkan
Saat malam menjelang syawal
Perayaan besar setiap habis ramadhan itu menyiksaku

Apa ya yang disyukuri?
Kenapa harus mempertontonkan keriangan
Kenapa tak bosan-bosan tertawa
Memboroskan wang membeli baju baru
Memanjakan nafsu makan rakus
Menghamburkan wang memasak makanan berlebihan
Kenapa ya begitu gembira?
Apa maknanya kemballi suci kalau segera kotor lagi
Apa sukanya dikembalikan ketempat dan waktu yang serba kurang
Apa tak takut kalau musuh-musuhmu kembali dilepaskan?

Beduk
Bertalu-talu dan senyum bahagia
Masakan hangat tersedia
Tak habis fakir aku…
Kenapa bahagia jika kesempatanmu memperoleh rahmat berkurang
Sementara kekang nafsumu terpaksa kau pegang erat-erat
Kenapa gembira meninggalkan tempat yang menyinarimu dengan cahaya
Yang sentiasa merayumu beribadah
Yang selalu menyeretmu dari maksiat
Kenapa malah bahagia kembali kesuraman hari-hari

Ya Allah ampuni aku
Bukan aku tak bersyukur atas umur dan segala rahmatMu…
Hanya aku rindu ramadhan…
Dan tak ingin berpisah dari waktu yang KAU sucikan itu.

Bila lagi aku dapat beribadah pada mu dengan kusyuk
Saat aku dapat berjalan menujuMU tanpa diganggu syaitan yang terbelenggu
Bilakah datang waktu kebaikan melimpah,
Dan pahala datang langsung dari MU tanpa perantara
Wahai Yang Maha Pemurah

Aku tak ingin ramadhan lalu, sebab belum tentu ku
Kan kembali bertemu
Wahai Sang Tercinta,
Sedihnya meninggalkan ramadhan yang ikhlas
Saat KAU jelaskan siapa kawanku dan siapa bukan
Aku tak ingin malam-malam seribu bulan berakhir

Wahai Pujaan Yang NamaNYA Selalu Terucap Di Awal Waktu
Sampaikan aku pada bulan anugerahMU berikutnya…

~Taqaballahu minna waminkum~

Thursday, September 3, 2009

~...Perhiasan Mukmin di Bulan Suci...~

bismillah...
salam ibadah, jom cek sama ada kita sudah memakai perhiasan berikut atau belum???...

Perhiasan sentiasa diperlukan oleh setiap orang dalam kehidupan: perhiasan lahiriah, maupun batin. Tanpa perhiasan, nilai seseorang di mata orang lain akan menjadi rendah. Di bulan Ramadhan, seseorang harus menghiasi dirinya dengan perhiasan akhlaq, iaitu adab-adab ketika di bulan Ramadhan.

1.Menjaga Sahur & Mengakhirkannya

Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda,

تَسَحَّرُوْا فَإِنَّ فِيْ السَّحُوْرِ بَرَكَةً

"Bersahurlah, karena sesungguhnya di dalam sahur terdapat berkah". [HR. Al-Bukhoriy (1923), dan Muslim (1095)]

Satu hal yang perlu dicatat bahwa bersahur sunnahnya diakhirkan sampai menjelang adzan (sekitar 15 atau 20 menit sebelum adzan shubuh), bukan dipercepat. Karenanya, kelirulah sebagian orang yang makan setelah sholat isya’, atau waktu jam 12 malan, atau jam 3 malam.

Perhatikan Zaid bin Tsabit -radhiyallahu anhu- berkata, "Kami sahur bersama Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam-, lalu beliau bangkit untuk sholat". Anas bertanya (kepada Zaid), "Berapakah (waktu senggang) antara adzan dan sahur?". Zaid menjawab,

قَالَ قَدْرَ خَمْسِيْنَ آيَةً

"Lamanya seperti membaca 50 ayat". [HR. Al-Bukhoriy (1821), dan Muslim (1097)]

Amer bin Maimun Al-Jazariy berkata, "Para sahabat Muhammad -Shollallahu ‘alaihi wasallam- adalah orang yang paling cepat berbuka, dan paling lambat bersahur". [HR. Al-Baihaqiy dalam Al-Kubro (7916)]



2.Memperbanyak Amalan Kebajikan

Ibnu Abbas radhiyallahu anhuma- berkata,

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدَ مَا يَكُوْنُ فِيْ رَمَضَانَ حِيْنَ يَلْقَاهُ جِبْرِيْلُ وَكَانَ جِبْرِيْلُ عَلَيْهِ السَّلَامُ يَلْقَاهُ كُلَّ لَيْلَةٍ فِيْ رَمَضَانَ حَتَّى يَنْسَلِخَ يَعْرِضُ عَلَيْهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ فَإِذَا لَقِيَهُ جِبْرِيْلُ عَلَيْهِ السَّلاَمُ كَانَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيْحِ الْمُرْسَلَةِ

"Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- adalah orang yang paling pemurah dalam kebaikan, apalagi di bulan Romadhon ketika ditemui oleh Jibril. Dulu Jibril menemui beliau setiap malam di bulan Romadhon sampai selesai. Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- menghadapkan (mengajarkan) Al-Qur’an kepada Jibril. Jika beliau telah ditemui oleh Jibril –alaihis salam-, maka beliau menjadi orang yang paling pemurah dalam kebaikan dibandingkan angin yang terutus". [HR. Al-Bukhoriy (1803)]


3.Bersungguh-sungguh dalam Melaksanakan Berbagai Bentuk Ibadah

A’isyah -radhiyallahu ‘anhu- berkata,

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرَ أَحْيَا اللَّيْلَ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ وَجَدَّ وَشَدَّ الْمِئْزَرَ

"Dulu Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- jika memasuki malam sepuluh (terakhir), maka beliau menghidupkan malam (sholat malam), membangunkan keluarganya,bersungguh-sungguh, dan menyingsingkan sarung (bersungguh-sungguh)". [HR. Al-Bukhoriy (2024), dan Muslim (1174)]

4.Membersihkan Mulut dengan Kayu Siwak

Islam adalah agama yang menjaga kebersihan. Karenanya, Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- memerintahkan ummatnya bersiwak, baik saat puasa, maupun tidak. Sebagian ulama’ menganalogikan bolehnya bersikat gigi dengan bersiwak, sepanjang tidak masuk ke tenggorokan. [Lihat Shiyam Romadhon (hal.21) oleh Syaikh Muhammad bin Jamil Zinu]

Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda,

لَوْلَا أَنْ أَشُقَّ عَلَىأُمَّتِيْ لَأَمَرْتُهُمْ بِالسِّوَاكِ عِنْدَ كُلِّ صَلَاةٍ

"Andaikan aku tidak (khawatir) memberatkan ummatku, niscaya aku akan memerintahkan mereka bersiwak setiap kali (hendak) sholat". [Al-Bukhoriy (887), dan Muslim (252)]

Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda,

السِّوَاكُ مَطْهَرَةٌ لِلْفَمِ مَرْضَاةٌ لِلرَّبِّ

"Siwak merupakan pembersih mulut, dan membuat Robb (Allah) ridho". [HR. An-Nasa’iy (5), Ibnu Majah (289), dan Ahmad (7). Di-shohih-kan oleh Syaikh Al-Albaniy -rahimahullah- dalam Al-Irwa’ (66)]

Abdur Rahman bin Ghonmin Al-Asy’ariy berkata, "Aku pernah bertanya kepada Mu’adz bin Jabal, "Apakah aku boleh bersiwak sedang aku puasa?" Dia menjawab, "Ya". Aku berkata, "Waktu mana aku boleh bersiwak?" Dia jawab, "Waktu mana saja kamu hendak; jika mau pagi (ya, boleh); jika mau siang (ya, juga boleh)" [HR. Ath-Thobroniy dalam Al-Kabir (133). Atsar ini dikuatkan oleh Al-Hafizh dalam At-Talkhish (2/202)]


5. Menjauhkan Diri dari Sesuatu yang Menyalahi Hikmah Puasa

Allah -Ta’ala- berfirman,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kalian agar kamu bertaqwa". (QS. Al-Baqoroh: 183)

Jadi, hikmah disyari’atkannya puasa adalah mencapai derajat taqwa. Seorang akan mencapainya jika ia menjauhkan dirinya dari dusta, berkata-kata jorok dan kotor, bertengkar, berkelahi, menghina, menonton aurat wanita (yaitu seluruh tubuh wanita), baik langsung atau lewat TV, dan gambar, dan lainnya. Orang yang melakukan hal-hal ini tak mendapatkan, kecuali penat di dunia, dan akhirat.

Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda,

مَنْ لَمْ يَدَعْ قَوْلَ الزُّوْرِ وَالْعَمَلَ بِهِ فَلَيْسَ لِلَّهِ حَاجَةٌ فِيْ أَنْ يَدَعَ طَعَامَهَ وَشَرَابَهُ

"Barang siapa yang tidak mau meninggalkan ucapan dusta dan mengerjakannya, maka Allah tidak punya hajat (tidak peduli) ketika ia meninggalkan makan, dan minumnya". [Al-Bukhoriy (1804)]

Ibnu Baththol -rahimahullah- berkata, "Bukan maknanya ia diperintahkan untuk meninggalkan puasanya. Maknanya hanya memberikan peringatan keras dari (bahaya) berkata dusta, dan sesuatu yang bersamanya". [Lihat Fath Al-Bari (4/117)]

Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda,

رُبَّ صَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ صِيَامِهِ إِلَّا الْجُوْعُ . وَرُبَّ قَائِمٍ لَيْسَ لَهُ مِنْ قِيَامِهِ إِلَّا السَّهَرُ

"Terkadang orang yang berpuasa tidak mendapatkan sesuatu dari puasanya, selain lapar; terkadang seorang yang bangun (sholat) malam tidak mendapatkan dari bangunnya, selain begadang". [HR. Ibnu Majah (1690). Di-shohih-kan oleh Al-Albaniy dalam Takhrij Al-Misykah (2014)]


6. Menyegerakan Buka Puasa

Ketika seorang telah melihat matahari tenggelam dengan sempurna, maka hendaknya ia segerakan; jangan ditunda, sekalipun belum terdengar adzan. Menyegerakan buka puasa merupakan kebaikan, karena ia adalah bentu penyelisihan ahlul Kitab yang senang mengakhirkannya. Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda,

لَا يَزَالُ النَّاسُ بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوْا الْفِطْرَ

"Manusia senantiasa dalam kebaikan selama mereka menyegerakan buka puasa". [Al-Bukhoriy (1957), dan Muslim (1098)]

Ada dua sunnah Nabi -Shallallahu ‘alaihi wa sallam- yang terlupakan ketika kaum muslimin berbuka, yaitu berbuka sebelum sholat maghrib, dan memakan ruthob (korma basah lagi segar), atau korma kering, atau air. Jangan sampai perut kosong sampai usai sholat maghrib. Anas bin Malik -radhiyallahu ‘anhu- juga berkata,

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ عَلَى رُطََبَاتٍ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَعَلَى تَمَرَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ

"Rasulullah -Shollallahu ‘alaihi wasallam- berbuka dengan ruthob (korma basah dan segar), sebelum beliau sholat. Jika tak ruthob, maka dengan tamer (korma kering). Jika tamer juga tak ada,maka beliau meneguk beberapa teguk air". [Abu Dawud (2356), dan At-Tirmidziy (696). Hadits ini di-shohih-kan oleh Al-Albaniy dalamAsh-Shohihah(2840)]


7. Memberi Buka Puasa

Diantara amal sholeh yang terpuji, memberi makan, karena mengharapkan pahala di sisi Allah. Terlebih lagi di bulan Romadhon. Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda,

مَنْ فَطَّرَ صَائِمًا كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِهِ غَيْرَ أَنَّهُ لَا يَنْقُصُ مِنْ أَجْرِ الصَّائِمِ شَيْئًا

"Barangsiapa yang memberi buka puasa kepada orang yang berpuasa, niscaya ia akan mendapatkan semisal pahala orang yang puasa itu; Cuma tidak mengurangi pahala orang yang berpuasa itu sedikitpun". [ At-Tirmidziy (807).Hadits ini shohih sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Albaniy dalam Shohih Al-Jami’ (11361)]


8. Bersemangat untuk Berpuasa & Sholat Tarawih

Nabi -Shollallahu ‘alaihi wasallam- bersabda,

مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إٍيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

"Barang siapa yang bangun (sholat malam) karena beriman dan mengharapkan pahala, niscaya akan diampuni dosa-dosanya yang lalu . Barangsiapa yang berpuasa di bulan Romadhon karena beriman dan mengharapkan pahala, niscaya akan diampuni dosa-dosanya yang lalu" .. [HR. Al-Bukhoriy dalam Shohih-nya (1802), dan Muslim dalam Shohih-nya (175)]


Sumber : Buletin Jum’at Al-Atsariyyah edisi 29 Tahun I. Penerbit : Pustaka Ibnu Abbas. Alamat : Pesantren Tanwirus Sunnah, Jl. Bonto Te’ne No. 58, Kel. Borong Loe, Kec. Bonto Marannu, Gowa-Sulsel. HP : 08124173512 (a/n Ust. Abu Fa’izah). Pimpinan Redaksi/Penanggung Jawab : Ust. Abu Fa’izah Abdul Qadir Al Atsary, Lc. Dewan Redaksi : Santri Ma’had Tanwirus Sunnah – Gowa. Editor/Pengasuh : Ust. Abu Fa’izah Abdul Qadir Al Atsary, Lc. Layout : Abu Muhammad Mulyadi. Untuk berlangganan/pemesanan hubungi : Ilham Al-Atsary (085255974201). (infaq Rp. 200,-/exp)

http://almakassari.com/?p=169#more-169

.:.dipetik dan diringkaskan dari http://www.darussalaf.or.id/stories.php?id=885 .:.