Friday, August 5, 2016

Syeikh Dr.Mahmud Ad-Dusri Tajuk : Sikap Optimis Dalam Kehidupan Seorang Muslim




At-taafa'ul atau Optimis bagi seseorang muslim ialah merasakan Allah beri kebaikan kepadanya  pada masa akan datang

Berbeza pula orang negatif, dia menyangka masa depannya dipenuhi hal tak baik.

Nabi shalallahu alayhi wasalam sangat suka sikap optimis (pengharapan yang baik).
Nabi suka mendengar berita gembira.
Nabi Melarang ucapan kalau,
yakni setelah ditimpa sesuatu kita, kita sukar nak terima lalu berkata kalau sekian...
kalaulah begini....
kalaulah begitu...
Kerna akan membuka pintu syaitan untuk kita jadi tidak menerima qadar daripada Allah.
Kalimah kalau juga, membuka pintu sikap tidak optimis.
Nabi suruh sebut qadarullahu man shafaal... apabila berlaku sesuatu yang tidak kita sukai.

وَإِنْ أَصَابَكَ شَيْءٌ فَلاَ تَقُلْ لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ كَذَا وَكَذَا، وَلَكِنْ قُلْ قَدَّرَ اللهُ وَمَا شَاءَ فَعَلَ
    Artinya: Apabila menimpamu sesuatu yang buruk, maka janganlah mengatakan: kalau seandainya begini atau begitu, tapi katakanlah: QODDAROLLOH WA MA SYA'A FA'AL (Allah telah menakdirkan apa yang Ia kehendaki)…(HR.Muslim)

Nabi shalallahu alayhi wassalam berkata sikap putus asa termasuk.dalam dosa besar.

Sikap optimis ni pelbagai peringkat. Paling tinggi ketika dilanda krisis atau musibah.
Di mana kita mengharap penyembuhan penyakit ketika sakit yang kronik inilah peringkat optimis yang tinggi.

Asas utama sikap Optimis
1. Sangka baik kepada Allah
2. Bersandar diri kepada Allah

Tidak bersikap optimis atau sangka buruk, misalnya buruk sangka kepada Allah. Contoh lain  takut nak pergi tempat tertentu sebab kuartir kemalangan atau mati. Ibarat percaya kepada ramalan sial sesuatu.

Barangsiapa nak bersikap optimis bacalah dan tadabbur(menghayati) alquran.

Seseorang yang melakukan dosa,jika dia baca quran berserta memahami maknanya, dia akan temui ayat Quran tentang jangan berputus asa daripada rahmat Allah bagi org yang berdosa. Allah Maha Pengampun.

“Katakanlah: “Hai hamba-hamba-Ku yang malampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan kembalilah kamu kepada Tuhanmu, dan berserah dirilah kepada-Nya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi).” (QS. Az Zumar: 53-54).

Apabila dia temui khabar gembira dari dalam alquran pastilah akan membuka pintu optimis dimasa akan datang.

Demikian juga bagi orang yang mohon hajat tertentu tetapi Allah tak kabulkan lagi. Boleh jadi dia akan temui ayat quran yang Allah kata 'boleh jadi yang kita suka itu tak baik untuk kita,yang kita tak suka itulah terbaik untuk kita'


و عسى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وهُوَ خَيْرٌ لكَمْ وَعَسى أَنْ تُحِبُّوْا شَيْئا وهو شرٌّ لكم واللهُ يعلمُ وأَنْتُمْ لا تَعْلمُوْنَ

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”(QS. Al Baqarah: 216)

Demikian kita melihat apa yang menimpa kepada umat islam sekarang, mungkin kita sedih melihat ummat islam ditindas, dizalimi dan dibunuh. Atau mungkin kita sedih melihat kemaksiatan yang dilakukan oleh orang islam sendiri, lalu kita akan temui dalam alquran mengenai janganlah kamu bersedih dan berputus asa kamu lebih tinggi martabatnya jika kamu beriman.

“Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman.” (Ali-Imran:139)

Demikian juga para Nabi ialah ketua bagi orang yang bsikap optimis. Lihat kisah Nabi Musa ketika firaun ingin mengejar Nabi Musa yang bersama pengikutnya. Ketika mereka sampai ke penghujung jalan yakni laut, pengikutnya kata firaun akan tangkap mereka tetapi Nabi Musa optimis lalu berdoa dan Allah membelahkan air laut bagi membolehkan Nabi Musa dan pengikutnya terselamat dan Firaun bersama pengikutnya mati lemas.

Sebahagian besar kisah dalam alquran menghimpunkan kisah para nabi yang ditimpa pelbagai ujian. Sebenarnya kisah begini yang akan menghidupkan jiwa orang-orang beriman.

Selain itu, kisah Nabi Yaakub alayhisalam dalam surah Yusuf. Bagaimana Nabi Yaakub husnudzon dengan Allah akan anaknya Nabi Yusuf yang dikatakan dimakan serigala.

Ketua  orang yang sikap optimis ialah Nabi kita Muhammad shalallahu alayhi wasalam.

Nabi Muhammad sampai Madinah, asalnya Yathrib bermaksud tak elok lalu Nabi ubah nama kepada Madinah.

Umar radiallahu anha, asal nama anak perempuannya ialah Asiah.Nabi shalallahu alayhi wasalam tukar jadi Jamilah.

Ibn Umar berkata, “Anak perempuan Umar dinamakan dengan nama ‘Asiah (wanita yang derhaka), lalu dinamakan oleh Rasulullah SAW dengan Jamilah (cantik).”(riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah).


Semasa perjanjian hudaibiyah,
Nabi bkata kpd sal sbb namanya mudah..nabi kata telah mudah sgal urusan.

Semasa penduduk Thoif menghalau dan membaling batu kepada Nabi shalallahu alayhi wasalam masih optimis. Lalu, berdoa mengharap generasi selepas mereka(penduduk Thoif sekarang) menjadi orang beriman. Dan Allah memakbulkan doa Nabi, penduduk thaif selepas itu menjadi orang beriman.

Sikap optimis hendaklah disertai dengan usaha, jika tidak hanyalah seperti fatamorgana.

Demikian juga para pengkaji barat menemui, sikap optimis ada hubungan dgn kesihatan. Sikap optimis membentuk kesihatan lebih baik.

Demikian jika seorang manusia berasa takut,marah dan bersangka negatif dia akan buat keputusan tak betul/tepat dan kewarasan pun kurang.

Manusia sejak kecil hingga besar memang penuh  dengan ujian susah payah. Jadi jika mahukan sejahtera hendaklah dipenuhi kehidupannya dengan sikap optimis.

Seseorang yang ada perancangan dalam hidupnya, misalnya ingin hafaz quran, hendaklah ada sikap optimis dan teruskan berusaha.

Jangan bergaul dengan orang yang bersikap negatif
bersahabatlah dengan orang bersikap optimis.

Beberapa faidah sikap optimis :

1.Jika seseorang pernah melalui fasa kegagalan dalam hidup contohnya bercerai lalu dia dah dah tak nak kahwin dah.
Atau pun seseorang wanita yang mempunyai kakak yang dah bercerai dia jadi bimbang dan sangka buruk kepada perkahwinan. Sedangkan sepatutnya, wanita itu perlu optimis dengan Allah.

2. Orang bersikap negatif dunia bagai tiada harapan baginya dan orang optimis dunia terbentang luas buatnya.

3. Nabi shalallahu alayhi wasalam berkata orang mukmin yang bercampur bergaul dengan manusia lalu bersabar adalah lebih baik daripada orang yang tak bergaul.

4. Sikap optimis ini menjadikan seseorang pendakwah, pelajar,muslim,muslimah akan lebih seronok menghadapi dunia ini.

5. Orang positif ini adalah orang yang bahagia. Kerna sikap ini membawa kebahagian dan kegembiraan.

6. Kajian di Jerman, pesakit yang ada sikap optimis lebih cepat sembuh.

7. Sikap positif dengan izin Allah akan menguatkan antibodi.

8. Demikian juga kajian terhadap otak dan akal,
sikap negatif akan menyebabkan otak jadi penat, sikap positif pula menjadikan otak tenang dan aktif

9. Sikap optimis termasuk dalam ibadah kepada Allah.

10. Tips hilangkan stress
Nabi kata, sabar diawal hentakan pertama ujian/musibah, selepas itu akan lebih mudah.

Anas bin Malik radiallahu ‘anhu berkata:  Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam lalu berhampiran seorang wanita yang menangis di sebuah kubur. Lalu baginda sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Bertaqwalah kepada Allah, bersabarlah. Wanita itu menjawab: Pergi engkau dari sini. Sesungguhnya engkau tidak ditimpa musibah yang menimpa aku. Wanita itu tidak mengenali baginda. Lalu diberitahu kepada wanita itu bahawa sesungguhnya yang berkata tadi adalah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam. Lalu wanita itu pergi ke rumah Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam, dan dia tidak mendapati ada seorang pun pengawal di situ. Lalu wanita itu berkata kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam: Aku tidak mengenali mu tadi. Baginda sallallahu ‘alaihi wasallam menjawab: Sesungguhnya kesabaran itu pada hentakan yang pertama.

[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Janaiz, hadis no: 1283]

11. Seseorang itu kena tetap dengan diri dia. Dunia ni penuh dengan ujian pancaroba.
Apakah perbezaan ujian di peringkat akademik dan ujian dunia? Ujian akademik kita belajar dahulu baru hadapi ujian,tetapi ujian dunia kita hadap ujian dahulu baru belajar darinya.

Yayasan Ta'Lim
22 Mac 2016 (8.30-9.45malam)

IBRAH PERJALANAN



Sesekali kita kena keluar dari landasan rutin harian dan tempat permukiman. Demi merasai keperitan permusafiran. Dan menyedari hakikat kehidupan di dunia ibarat sang musafir yang tumpang berteduh di sebatang rimbunan pohon, lalu meneruskan perjalanan apabila sampai masanya.

Indah sesebuah destinasi permusafiran begitulah hakikat dunia,indah tapi bukan destinasi abadi dan hakiki.

Setiap destinasi Tanah Tinggi menjadi kegemaran setiap insan untuk merasai kenyamanan, kesejukkan, dan pemandangan menghijau. Namun, jika diamati setiap jalan ke tanah tinggi berliku-liku bagai ular kena palu. Sempit, bercerun tajam, bergaung, dan berjurang. Sebelum sampai ke tempat yang saujana dipandang, sesegar hijau daunan dan sedingin air salju.

Begitulah hakikat sesuatu yang indah untuk digapai memerlukan pengorbanan waktu, wang dan keselesaan.

Lantas, andai indahnya kenikmatan dunia yang dikecapi pasti indahnya Syurga itu infiniti. Tiada batas dan henti.

Andai, perjalanan(hadap pening,loya dan mungkin muntah) mengapai puncak Tanah Tinggi itu sering membuatkan kita berfikir dua tiga kali. Sehinggakan terimpi jika boleh terbang pasti suka hati.
Lalu, haruslah diakui betapa perjalanan menuju Syurga yang abadi itu lebih lagi. Cuma nafsu sering membatasi untuk teruskan perjalanan yang penuh onak duri. Kerna Syurga dipagari mehnah dan tribulasi.

*sedang belajar memaknai sebuah perjalanan musafir*

~20032016
~1733
~BukitFraser

Thursday, August 4, 2016

Mutiara Ikhtikaf Ramadhan



Setiap kali iktikaf di bulan Ramadhan, sejak zaman bujang lagi saya pasti mendapat sesuatu kata-kata berharga yang menjadi motivasi iman.

Sungguh benar sabda Nabi sahabat soleh itu ibarat saudagar minyak wangi, tak beli minyak wangi yang dijual pun sentiasa dapat menghidu haruman wangiannya.

Dalam borak-borak kosong dalam sesi ikhtikaf Ramadhan kali ini, saya pegang satu kata-kata sahabat saya ini, yakni dia berasa hidupnya sangat mewah! Masha Allah! Inilah jiwa qanaah yang sentiasa rasa cukup. Dia seorang surirumah yang dalam akaun peribadinya tiada wang. Walhal, saya sendiri belum punyai rasa sepertinya apabila dikelilingi watak-watak yang bersaing menghiasi badan dengan jenama dan rekaan. Saya mudah tercelup dengan watak persekitaran. Syukur, Alhamdulillah Allah sentiasa hadirkan teman solehah dalam sisipan fasa kehidupan. Sedikit sebanyak menjadi peringatan aras kesyukuran. Betapa saya juga terlalu mewah dengan nikmat Tuhan. Oleh sebab itu, Nabi shalallahu alayhi wasalam sudah sentiasa ingatkan,

Dari Abu Hurairah, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
انظروا إلى من هو أسفل منكم ولا تنظروا إلى من هو فوقكم ، فهو أجدر أن لا تزدروا نعمة الله عليكم
“Pandanglah orang yang berada di bawahmu (dalam masalah harta dan dunia) dan janganlah engkau pandang orang yang berada di atasmu (dalam masalah ini). Dengan demikian, hal itu akan membuatmu tidak meremehkan nikmat Allah padamu.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Bertapa saya yang dapat berbelanja suka hati setiap bulan belum benar-benar memiliki jiwa yang mewah.

~Kg.Kerdas3,Gombak
~30Syawal1437H

Sumber hadith: https://rumaysho.com/296-lihatlah-orang-di-bawahmu-dalam-masalah-harta-dan-dunia.html