Wednesday, July 20, 2011

~...'MisCom' je...~


bismillah~

‘Miscommunication’ atau salah sangka/faham sering berlaku dalam komunikasi harian kita. Sedangkan melalui percakapan pun kita boleh tersalah faham inikan pula komunikasi melalui medium tanpa suara seperti sistem pesanan ringkas (SMS), email, chatting, facebook, forum dan sebagainya.

Akibat dari salah faham yang sedikit boleh membawa kepada masalah yang besar malah boleh mencapai kepada kes penceraian, berhenti kerja, pergaduhan sehingga berlaku pertumpahan darah dan sebagainya. Di mana jika dicari dasar permasalahan sebenar segalanya berpunca dari salah faham dalam komunikasi.

Salah faham dalam komunikasi berlaku apabila pihak A mahu memberitahu sesuatu yang tidak bermaksud negatif tetapi mungkin situasi A ketika itu yang sedang dilanda masalah menyebabkan mood kemesraannya terganggu lalu maklumat yang sepatutnya ditafsir secara positif telah diterima secara negatif oleh pihak B. Lalu wujud pelbagai sangkaan negatif dari pihak B terhadap pihak A dan terus memberi kesan kepada komunikasi seterusnya. Sehinggalah suatu ketika pergaduhan tercetus.

Walau bagaimanapun, sebenar jika pihak B adalah seorang yang optimis dan positif, dia pasti akan bersangka baik dengan pihak A. Kesimpulan yang mahu dibangkitkan sebenar ialah dalam kehidupan harian kita dengan dunia teknologi canggih hari ini sangat-sangat memudahkan dan merapatkan ruang komunikasi tetapi berkomunikasi secara berkesan jarang sekali dipraktikkan. Terutama jika komunikasi di antara lelaki dan wanita, lelaki menerima dan mentafsir maklumat mengunakan 'komputer literal' mereka dan wanita pula menerima dan mentafsir maklumat menggunakan 'komputer horizontal' nya. Oleh itu, jika berlaku salah faham berterus-teranglah. Jika kita berbekalkan minda dan jiwa yang negatif pula apa sahaja maklumat yang sampai pada kita pasti dihadam dengan sangkaan buruk dan negatif tetapi jika kita sentiasa bersangka baik dan mengembalikan segala urusan dan perkara tersirat pada pengetahuan Allah Taala maka kita tak perlu sakitkan hati dan fikiran untuk melayan emosi yang diganggu oleh diri sendiri yang bersangka negatif. Maka jadilah insan yang selalu bersangka baik, positif dan optimis.

Firman Allah Azza wa Jalla yang bermaksud :
" Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kami mencari-cari kesalahan orang lain......"
Surah Al-Hujurat 49 : 12

Saturday, July 16, 2011



Bismillah~

Semakin sunyi pula khazanah-kerahsiaanku sejak kebelakangan ini. Rindu pada zaman percambahan idea untuk mengisi laman-laman yang berada di khazanah-kerahsiaanku ini. Sebenar alam perkhidmatanku sebelum ini agak sibuk dengan pelbagai aktiviti dan tidak kurang juga ujian dan dugaan yang dihadapi di tempat berkhidmat menyebabkan fikiran tiada idea dan mood untuk berkongsi perspektif kehidupan (padahal tiada alasan jika benar-benar sibuk).

Selepas ini aku akan meneruskan perjalanan takdir ini dengan memikul dua komitmen besar dan bermakna pada diri. Namun segalanya dalam perangkaaan fikiranku sedangkan belum pasti aku sempat melalui kerana mungkin takdir KEMATIAN itu tiba dulu. (Ya Allah matikan kami dengan kematian Husnul Khatimah…Ameen)

Alhamdulillah akhirnya setelah beberapa lama ragu-ragu untuk meneruskan cita-cita asal yakni berkhidmat dan posting di sekolah harian akhirnya perjalanan takdir membawaku kembali merealisasikan misi yang belum selesai. Semua orang ada cita-cita tersendiri, cita-citaku tidak setinggi mana sekadar guru biasa walaupun dulu pernah bercita-cita setinggi awan mahu menjadi pejuang di angkasa raya (Juruterbang Pesawat Tentera). Dan Alhamdulillah bisikan yang seringku rayukan pada Allah dalam sujudku sentiasa diperkenannya, melanjutkan pelajaran di UPSI dalam pendidikan Geografi supaya dapat menjadi guru sebagai platform perananku di muka bumi Allah Taala. Misiku berbakti di sekolah harian kerana mahu menebus sejarah epilog silamku dan menjadikan perkhidmatanku adalah sebuah misi yang penuh cabaran.

Mungkin ada yang pertikaikan mengapa tidak aku meneruskan perkhidmatan dalam suasana yang baik dan soleh tetapi sanggup pula terjun ke tempat yang pasti persekitaran yang kurang membangkitkan iman dan mendepani wajah-wajah yang punyai 1001 gejala sosial apatah lagi berkhidmat di Kota Metropolitan yang sungguh melemaskan nafas, iman dan fikiran. Jika semua guru-guru yang mengamalkan islam itu hanya nak sekolah ada nama islam, siapa pula yang akan mewujudkan dan menyemai semangat keislaman ke dalam jiwa anak-anak islam yang bersekolah sekular? Sudah semestinya kita tidak akan mampu mengubah sistem yang ada kerana itu bukan peranan kita tetapi kita masih boleh mengubah persepsi negatif kita yang sering memandang rendah kepada anak-anak yang lahir dari sekolah sekular kepada kepercayaan bahawa hidayah itu milik Allah tetapi usaha itu pilihan kita.

Sahabat-sahabat minta doakan daku (^_^)

Wednesday, April 6, 2011

~...Kekuatan Jiwa Wanita...~





Membaca perbincangan di sebuah forum membuatkan diri terfikir mengenai realiti kehidupan dengan teori islam yang cantik tersedia. Walaupun diri mungkin tidak layak berkata mengenai dunia rumah tangga tetapi kita dikurniakan akal untuk berfikir serta dianugerahkan iman untuk membina kekuatan jiwa.

Tertarik dengan perbincangan mengenai artikel yang telah dihantar di utusan bertarikh 27/3/2011 yang menjadi topik perbincangan di forum ini ;

Saya berpendapat kebanyakan masalah yang sering melanda rumahtangga berpunca daripada sikap wanita sendiri yang terlalu sayangkan suami, sanggup mengabdikan diri asalkan suami sayang, walaupun ada kalanya boleh menjerat diri.'' Demikian cerita Marlisya dalam e-melnya.

''Bertambah gigil bila ustaz kata syurga di bawah tapak kaki suami, maka isteri jadi lebih takut, taat membabi buta tanpa mengira sama ada suami itu penzina, peminum, kaki pukul dan tak bertanggungjawab, hingga mereka lupa masa depan sendiri. Pada saya isteri seperti itu hanya membodohkan diri sendiri.

''Kebanyakan suami berpendapat kasih sayangnya setinggi gunung, melimpah ruah sehingga boleh dikongsi ramai wanita yang menjadi isteri-isteri ataupun kekasih. Kerana itulah saya berpendapat suami adalah tetamu dalam kehidupan saya. Suami boleh datang dan pergi sesuka hatinya. Hari ini dia boleh sayangkan kita esok lusa dia boleh berubah dan mencintai orang lain pula.

''Jadi nasihat saya kepada isteri berpada-padalah memberi cinta, kasih dan sayang kepada suami, janganlah sampai menghambakan diri. Kerana jika bercerai suami tetap dipanggil sebagai bekas suami, sudah tiada hubungan lagi dengan kita. Ketika itu jika nasib kurang baik, anak-anak pun dia buat-buat tak kenal kerana tak mahu bertanggungjawab.

''Demikian juga halnya dengan anak-anak yang saya ibaratkan juga sebagai tetamu. Sewaktu kecil kita jaga, didik dan membesarkan mereka. Itu tanggungjawab kita, tetapi setelah berkahwin, mereka ada keluarga sendiri, akhirnya kita semakin jauh daripada hidup mereka, hanya sesekali mereka datang menjengok kita ibarat tetamu.

''Memberi kasih sayang, cinta kepada manusia biarlah berpada-pada, kecuali kepada Allah. Ada isteri terlalu fanatik mencintai suami hingga sanggup mengabaikan diri sendiri. Pada saya itu isteri bodoh.

''Saya bercakap dari pengalaman sendiri. Pernah 20 tahun dulu suami saya jatuh cinta dengan seorang janda dan bercadang untuk berkahwin. Janda itu kawan baik saya. Bila berita tersebut tersebar saya telefon ibu janda itu dan nasihatkan beliau supaya izinkan anaknya berkahwin.

''Ketika itu saya ada dua orang anak. Tetapi saya setitik air mata pun tak tumpah kerana peristiwa itu. Rasanya tak berbaloi saya nak menangis. Sambil menolong suami memasukkan pakaian dalam beg, saya kata padanya; ''Saya reda awak kahwin dengan wanita itu sekiranya dia lebih baik daripada saya. Mungkin juga Allah nak pertemukan saya dengan lelaki yang lebih baik daripada awak.'' Agaknya kata-kata saya pedas, akhirnya dia tak jadi kahwin, mungkin dia fikir jika saya dirceraikan dia takut saya berkahwin dengan lelaki lain yang mungkin lebih baik daripadanya. Dia jadi cemburu.

''Kini setelah 30 tahun berkahwin dan ada tiga orang anak, kesimpulannya saya rasa tidak perlu mencintai suami 100 peratus, sebaliknya saya jadi isteri yang mementingkan diri sendiri. Saya berkira dalam soal kewangan walaupun 80 peratus perbelanjaan rumah, saya yang sumbang seperti duit pasar, termasuklah duit pengasuh anak ketika mereka kecil dan duit tuisyen setelah mereka besar. Saya reda, biarlah Allah beri keberkatan kepada saya.

''Nasihat saya isteri jangan bergantung 100 peratus pada suami, buat simpanan sendiri, jangan buka akaun bank simpanan bersama, jangan beritahu jumlah duit kita, jangan jadi penjamin kalau suami nak pinjam bank. Kerana kalau ada simpanan sendiri anda tak takut jika suami buat hal, kerana kita pun boleh letak jawatan jadi isteri dengan hati tenang.

''Nasihat emak penuh berkias kepada saya ketika berkahwin dulu, katanya; ''kalau sayang sangat suami jangan tidur dalam perut suami.'' Puas saya fikir apa maksut emak rupanya emak pesan jangan terlalu percayakan suami walaupun kita sayang dia.

''Ayah pulak ketika saya kahwin dia hadiahkan sebilah kapak kecil (yang saya simpan sampai kini). Ia sebagai simbolik supaya saya jadi isteri yang tabah, cekal dan berani mempertahankan diri dari segala dugaan dan ancaman. Sungguh dalam makna dan nasihat emak ayah kepada saya.

''Jika ada masa saya pergi melancong keluar negara, ke Eropah, Korea dan China atau ke mana sahaja saya teringin. Hati saya tenang di samping anak-anak yang masih menuntut, sebab lepas kahwin saya lambat dapat anak. Kini suami semakin sayangkan saya. Mungkin dia sedar kesilapannya dan merasa rugi kalau ceraikan saya.

''Kepada isteri-isteri yang masih terperangkap dengan masalah dan perangai suami, kerana kesilapan sendiri terlalu mencintainya sepenuh hati, bawalah bersabar. Anda masih belum terlambat untuk membetulkan keadaan demi masa depan anda. Dekatkan diri dengan Allah semoga anda mendapat ketenangan dan ganjaranNya.

''Kepada ibu bapa yang ada anak perempuan yang akan atau sudah berkahwin titiplah nasihat agar mereka dapat menempuh hidup ini dengan hati terbuka, berani dan cukup bersedia menghadapi masalah rumahtangga.

''Jika ada anak lelaki nasihat mereka supaya jadi suami bertanggungjawab, kerana kebanyakan punca keruntuhan rumahtangga hari ini adalah kerana kaum lelaki tidak tahu jalankan tanggungjawab seperti yang diamanahkan oleh Allah.

''Ingatlah wahai suami semua, hidup anda dan kita semua bukan di dunia ini sahaja, akhirat kelak kita akan mendapat balasan setimpal dengan apa yang kita lakukan semasa hayat kita. .

''Bagi saya hidup ini terlalu singkat kerana itu wanita perlu mencari sendiri kebahagian, jangan tunggu orang lain membahagiakan kita dan lebih penting jangan perbodohkan diri untuk keselesaan orang lain, walaupun suami sendiri.

''Sebaiknya isteri juga mesti mencari keselesaan hidup di dunia dan di akhirat.'' Pesanan Marlisya menutup cerita.

Tentu akan lahir pelbagai perspektif pemikiran. Malah pasti golongan lelaki akan ada yang memandang luahan wanita tersebut ibarat wanita yang mengajak wanita lain berkelakuan negatif terhadap suami.

Pada pandangan saya, wanita ini bijak meletakkan diri dalam kehidupan dan menguruskan emosi dan dan mengurus kehidupan. Malah, sudah pasti wanita tersebut bukan sekadar bercakap atas pengalaman sendiri tetapi realiti iklim rumah tangga masyarakat kita hari ini yang bercerai-berai dan bermasalah yang rata-rata kes adalah terdiri dari rumah tangga muslim.

Golongan wanita yang sinonim sebagai golongan yang kuat beremosi selalu kedengaran tewas dengan emosi sendiri apabila suami berpaling tadah, mahu poligami, mati dan sebagainya. Lebih teruk akibat kurang ilmu mengenai hak perundangan dalam islam wanita terus ditindas oleh suami yang kaki pukul, kaki botol, perompak, dan sewaktu dengannya.



Namun isu utama yang mahu diajak oleh wanita ini supaya para wanita bersedia membina kekuatan jiwa. Suka saya menambah kekuatan jiwa para wanita muslimah adalah keimanan dan ketaqwaan yang sebenar-benarnya kepada Allah Azza wa Jalla.

Pengalaman dan cadangan wanita tersebut tidaklah saya sokong sebulat suara dan 100% kerana mungkin cara tersebut sesuai untuk wanita itu namun tidak semesti pada saya dan anda juga wahai para wanita muslimah. Tidak salah mencari kebahagiaan BERSAMA suami tetapi kebahagiaan bukan terletak pada suami kerana yang memberi kebahagiaan adalah Rabbul Izzati.

Saya cuba melihat nasihat dan pengkongsian wanita ini sangat sesuai untuk para wanita yang terlalu meletakkan kebahagiaan pada suami. Malahan saya sedih apabila mendengar kebanyakkan para wanita suka meletakkan keimanan dan ketaqwaan di bahu suami. Misalnya seseorang wanita yang mahu berubah dengan menunggu kedatangan calon suami soleh tanpa diri terlebih dahulu membuat perubahan imani. Saya setuju pengaruh suami terhadap isteri, yakni suami itu pemimpin para wanita sebagaimana firman Allah Taala :

“Lelaki (suami) itu pemimpin/pelindung bagi wanita (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita) dan kerana mereka (suami) telah memberikan nafkah dan hartanya…” (Surah An-Nisa’ 4 : 34)

Saya lebih memandangkan faktor perubahan atas hidayah Allah Taala yang kita niatkan,usahakan dan carikan. Beruntung bagi wanita yang jahil mendapat suami yang soleh dan atas usaha suami, niat ikhlas isteri lalu taufik hidayah Allah menyinari hati sang isteri. Sungguh ganjaran yang besar pasti diperolehi bagi sang suami ini.

Namun, bagi wanita yang menyerahkan hidup matinya pada suami pasti akan ketemui kebuntuan dan kekecewaan mendalam jika suami seperti yang tidak disangkakan seperti kes yang sering kedengaran dalam masyarakat kita hari ini berupa penderaan fizikal dan mental, penindasan hak nafkah, dan sebagainya.

Apa juga bentuk ujian baik berupa nikmat kebahagiaan atau kesengsaraan dan kedukaan sebenarnya kita pasti tidak dapat lari. Sekalipun kita memilih jalan membujang yakni tidak berkahwin, ujian Allah tetap menunggu dalam bentuk yang lain, kerana tidak dapat tidak kita hanya hamba, yang diciptakan untuk diuji maka kita semua layak diuji.

Firman Allah Azza wa Jalla yang bermaksud :

“ Dan sungguh, Kami benar-benar akan menguji kamu sehingga Kami mengetahui orang-orang yang benar-benar berjihad dan bersabar di antara kamu; dan Kami akan uji perihal kamu.” (Surah Muhammad 47 : 31)

Maka, wahai para wanita muslimah kita harus perbetulkan perspektif pemikiran dengan meletakkan suami dan anak-anak sebagai pinjaman atau ALAT untuk meraih tujuan yang satu yakni Redha Illahi. Dalam memburu Syurga bukanlah amalan yang melayakkan kita menjadi penghuninya tetapi dengan Redha Illahi. Namun, amalan baik jugalah sebagai asbab memperolehi Redha Illahi. Dan pasti kita perlu persiapkan Iman, Mental dan Emosi untuk menghadapi ujian kasih sayang. Isteri yang sayang sangat pada suami mungkin akan diuji dengan suami mahu berkahwin lain, atau sakit kronik atau kematian. Ibu yang sayang lagi kasih kepada anak-anak pula akan diuji dengan anak derhaka, tidak mengenang budi, kecacatan, atau kematian. Dan di sinilah titik keimanan akan diuji yakni bagaimana kita melihat kehidupan, kerana suami dan anak adalah pinjaman dan bila-bila masa berhak diambil kembali ke pangkuan Tuhan.

Moga kita semua (para wanita muslimah) dikurniakan kesabaran yang baik, keimanan yang mantap, ketaqwaan yang teguh, dan sifat takutkan Allah Taala dalam diri. Allahuma Ameen.

Allahu’alam bisawab~



Thursday, March 10, 2011

~…SAATNYA KIAN HAMPIR…~


Setiap insan telah punyai ketetapan masing-masing. Cuma bezanya adalah aturan masa. Namun jika mendoakan panjang umur doakan juga agar panjang umur dalam ketaatan dan keimanan bukan kemaksiatan dan kemunafikan jauh sekali kesyirikan. Peningkatan usia tidak perlu digembirakan tetapi perlu disedarkan diri bahawa sesungguhnya masanya kian hampir dan usia hidup di dunia semakin pendek kerana tarikh pemisah antara jasad dan roh tidak pernah berubah. Wahai diri tangisilah amalmu di dunia sebelum datangnya 'Hari' tiada guna lagi tangisan dan air mata penyesalan.

 
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang dia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat) dan (sekali lagi diingatkan): Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi Pengetahuan-Nya akan segala yang kamu kerjakan.” [al-Hasyr 59:19]

 
Umar bin Khaththab Radhiyallahu Anhu bahwasanya ia berkata :

"Hisablah diri kalian sebelum Anda sekalian dihisab, timbanglah (amal) kalian sebelum (amal) Anda sekalian ditimbang. Karena kalian akan lebih mudah (menghadapi) hisab kelak jika sekarang kalian
menghisab diri kalian, dan berhiaslah kalian untuk (hari) menghadap paling agung. "

- Hadith Riwayat Imam Ahmad dalam Kitab Az-Zuhd (2/30)


Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu Nabi shalallahu alayhi wasallam bersabda:

"Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu kurang ketawa dan banyak menangis."


- Hadith Riwayat Imam Bukhari


~...Berapakah usiamu wahai kawan?...~

Berapakah usiamu wahai kawan?


Bukankah usiamu sudah masuk tiga puluhan

Tapi kulihat ilmumu hanya sedikit mengalami penambahan

Juga tak satu pun karya yang telah kau tuliskan



Berapakah usiamu wahai kawan?

Tidakkah kau malu dengan pendahulumu di zaman silam

Yang usianya pendek tapi penuh keberkahan

Mereka menjadi ulama dan menulis banyak karangan

Walaupun mati muda tapi jasanya tidak akan terlupakan



Berapakah usiamu wahai kawan?

Al-Laknawi usianya hanya 39 tahun tapi ia menulis kitab sebanyak ratusan*

Al-Hazimi umurnya berakhir 36 tahun dan ia mengarang kitab yang mengagumkan**

Al-Hakami meninggal dunia di usia 35 tahun tapi karangannya sungguh menakjubkan***

Sayyid Shalah bin Ahmad wafat di usia 29 tahun dan dia dipuji Asy-Syaukani dari Yaman****

Dan Ahmad bin Nasrullah Al-Bulqasi menjadi imam walaupun usianya hanya 28 tahunan*****



Berapakah usiamu wahai kawan?

Jangan kau habiskan usiamu dalam urusan keduniawian

Selalu hindarilah perkara-perkara yang menyibukkan

Tak lupa kuingatkan agar jangan larut dalam hal kesia-siaan

Karena waktu sangat berharga dan dunia berada dalam kefanaan

Maka segeralah berlari dan tinggalkan penyakit kemalasan



(P/s : Puisi ini ditulis untuk diri ana sendiri).



Keterangan :

* Imam al-Laknawi wafat pada tahun 1304 H dalam usia 39 tahun. Dikatakan ia mengarang lebih dari seratus kitab, ada yang mengatakan sebanyak 104, ada yang mengatakan 115. Kitab karangannya diantaranya : Al-Raf’u wa al-Takmil fi Jarh wa al-Ta’dil, al-Ajwibat al-Fadhilah ‘an al-As’ilah al-‘Asyarah al-Kamilah, Zhafr al-Amani fi Syarh al-Mukhtasar al-Mansub li al-Jurjani, Al-Atsar al-Marfu’ah fi al-Akhbar al-Maudhu’ah, dll.

** Imam al-Hazimi wafat pada tahun 584 H dalam usia 36 tahun sebagaimana dikatakan Adz-Dzahabi dalam Siyar A’lam an-Nubala'. Ada juga riwayat mengatakan al-Hazimi wafat dalam usia 35 tahun. Karangan Imam al-Hazimi yang terkenal adalah Al-I’tibar fin Nasikh wal Mansukh minal Atsar.

*** Syaikh Hafizh al-Hakami, salah seorang ulama abad ini wafat pada tahun 1377 H dalam usia 35 tahun. Beliau penulis kitab A'lamus Sunnah al-Mansyuroh, Ma’arijul Qobul, Al-Jauharatul Faridah fi al-Aqidah, Al-Lu’lu al-Maknun fi Ahwalis Sanad wal Mutun, An-Nurul Faidh ila llmil Faraidh, Sullamul Wushul fi Ilmil Ushul, dan Al-Ushul fi Manhajil Ushul.

**** Sayyid Shalah bin Ahmad al-Yamani wafat pada tahun 1034 H. Beliau dipuji oleh Asy-Syaukani dalam kitabnya Al-Badr Ath-Thali'. Asy-Syaukani mengatakan bahwa walaupun usianya hanya 29 tahun tetapi dia memiliki karya-karya yang berfaedah dan menguasai pelbagai disiplin ilmu.

***** Ahmad bin Nasrullah Al-Bulqasi disebutkan oleh As-Sakhawi dalam kitabnya Ad-Dhau’ al-Lami’. Beliau wafat pada tahun 852 H dalam usia 28 tahun.
 
SUMBER DISALIN DARI : http://faidah-ilmu.blogspot.com/ moga Allah Taala mengurniakan keberkatan usia dan kebaikan dunia akhirah kepada penulis blog (Akh Igun)

Monday, January 31, 2011

~...Jangan Abaikan WasiaT Itu…~



Wasiat itu telah lama tarcatat

Menanti jiwa-jiwa tulus yang benar-benar mahu berjihad…

Wasiat itu telah lama menunggu

Menunggu jiwa-jiwa kudus yang mahu berkongsi kerna prinsip hidup untuk memberi..



Kalam itu telah lama menyeru…

Seruan bukan sekadar lafaz tapi menyeru dengan tindakan…

Kalam itu telah lama mendatangi…

Buat apa lagi kau menunggu jika tiada niat dan sikap untuk mencari…



Alangkah kedekutnya insan yang hanya ingin memenuhi perut sendiri tanpa belas melihat insan lain yang dahaga dan kelaparan…

Ironinya pada fizikal jelas ketempangan sifat kemanusiaan,

Namun pada batiniah sebenarnya kelaparan dan kedahagaan bukan pada tekak dan perut,

Tapi pada jiwa-jiwa yang kegersangan ilmu dan iman…



Kalam dan wasiat itu wajib dihadam lagi wajib dipegang…

Ibarat peta dan kompas panduan mengharungi rimbunan tumbuhan alam..

Bersyukurlah telah dipilih memahami penggunaan peta dan kompas…

Mengapa tidak kau wariskan ilmu penggunaan pada yang belum mengetahui?



Kalam memberitahu kemuliaan pada insan yang berjual beli dengan Rabbi

Wasiat menyeru agar sampaikan pesanan walau satu ayat…

Jangan beralasan wahai diri…

Kerna dakwah tak memerlukanmu tapi kau perlukan dakwah untuk motivasi imani.

~~~....~~~~~.....~~~~~......~~~~~~.....~~~~~~.....~~~~~....~~~

"Wahai anakku! Laksanakanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat yang makruf dan cegahlah (mereka) dari yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpamu, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perkara yang penting." Surah Luqman 31 : 17

“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka). Janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al-Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka. Lalu, hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.” surah Al-Hadid : 16

Saturday, January 29, 2011

~...Puisi : Cerita Kehidupan...~



Ku ingin melakar sebuah lukisan yang indah...
Agar dapatku gambarkan pada dunia lambang kegembiraan hati…
Namun pena lukisanku patah, kanvasku basah..
Ku tak bisa menipu diri…

Ku ingin mencoret puisi keceriaan lambang kebahagiaan hati…
Namun hatiku membisu ku masih tak bias menipu diri…
Ku ingin menari seriang rerama di taman..
Namun langkah kakiku kekok tempang menari…

Mengapa masihku tak bisa….
Kerna tubuhku turut simpati pada hati…
Ku ingin menyanyi lagu gembira, ceria dan bahagia…
Suaraku serak, nyanyianku sumbang...

Ternyata ku tak bisa menipu lagi
Kerna raja pada tubuh ini sedang kegeringan
Sakitnya raja maka sedikit kesongsangan gerak kehidupan..

~~~....~~~....~~~....~~~....~~~

Perumpamaan orang-orang beriman di dalam kecintaan, kasih sayang dan hubungan kekerabatan mereka adalah bagaikan satu tubuh badan. Bilamana salah satu anggotanya mengadu sakit, maka seluruh tubuhnya akan merasakan demam dan tidak bisa tidur.

“Seorang mukmin bagi mukmin yang lain ibarat satu bangunan yang saling menguatkan antara satu dengan yang lainnya. Kemudian Rasulullah menggenggam jari-jemarinya.”
(Riwayat Bukhari & Muslim)

Wednesday, January 5, 2011

~...Online dengan TUHAN...~



Bismillah~

Dewasa kini kita tidak dapat lagi menafikan kepentingan alat komunikasi baik telefon, internet, faksimili dan sebagainya. Komunikasi membolehkan penyampaian maklumat antara manusia yang berada di kutub utara dengan kutub selatan berlaku dalam beberapa saat walapun jarak beribu-ribu kilometer. Interaksi tanpa sempadan ini memudahkan urusan harian manusia dan menjadikan manusia semakin bijak dan rancak mengurusi kehidupan.

Walau bagaimanapun, manusia sering lupa pada Yang Maha Pencipta kepada komunikasi dan interaksi. Sesungguhnya alam ini diurus dan ditadbir oleh Sang Pencipta Yang Maha Hebat tapi sering kali manusia lupa untuk berkomunikasi dengan Pencipta kepada peralatan komunikasi ini tadi.

Jika kita kehilangan telefon bimbit dan tidak dapat mengakses internet pasti hidup rasa kekurangan kerana tidak lagi dapat berhubung dengan ahli keluarga dan rakan-rakan yang jauh. Apatah lagi jika kita adalah ahli perniagaan atau pengurus kepada sesebuah organisasi. Tidak kurang juga ada sebahagian manusia bagai ‘cacing kepanasan’ apabila tidak dapat berkomunikasi di laman sosial dunia internet dan tidak dapat menghantar ‘short massage system’ (SMS).

Namun, manusia yang tidak pernah cuba mengenali kepentingan komunikasi dengan Tuhan Pencipta Sekalian Alam akan berasa ‘tak pa’ apabila lewat atau terus meninggalkan komunikasi dengan Allah Taala yakni melalui doa dan solat. Berapa ramai di antara kita yang merasakan kepuasan setelah mengadu dan berkomunikasi dengan Allah Taala? Paling malang apabila ibadah solat dan doa tersebut dibuat sebagai kelaziman fizikal semata-mata tidak terkesan oleh ruhani. Maka tidaklah hairan jika orang yang bersolat tapi masih berbuat kejahatan dan kemaksiatan. Bacaan dalam solat tak difahami maknanya dan doa pula jika dibuat secara berjemaah hanya di ‘Ameen’ kan ikut imam tapi bacaan bahasa arab tak cuba difahami walhal doa dalam bahasa melayu secara sendiri dengan penuh penghayatan dan pengharapan itu lebih baik dan berpotensi dimakbulkan Allah Azza wa Jalla. Lalu muncullah rungutan sudah penat berdoa tapi Allah Azza wa Jalla tak makbulkan, walhal bagaimana doa mahu diperkenankan sedangkan hati dalam keadaan tidak bersungguh dan lalai.

Apabila seseorang hamba berkomunikasi dengan Allah Azza wa Jalla tapi tidak difahami oleh dirinya tentang apa yang dikomunikasikan dapat dianalogikan dengan seorang individu A cuba meminta barang kepada individu B tetapi semasa meminta kepada individu B tersebut si A tadi tidak memanggil dengan nama si B, bercakap pula tanpa melihat si B. Agak-agak anda nak tolong ke orang macam tu? Apatah lagi kemungkinan besar anda pun tak perasan si A tadi sedang bercakap dengan anda. Namun Allah Azza wa Jalla tidaklah bersifat seperti sifat manusia tetapi Allah Azza wa Jalla Maha Mengetahui tiap sesuatu dan Allah Azza wa Jalla jugalah Yang Maha Mengetahui perihal setiap hambanya melebihi apa yang diketahui oleh hamba itu sendiri. Cumanya Allah Azza wa Jalla ingin melihat usaha hamba tersebut walaupun DIA terlebih dahulu mengetahui keperluan hamba NYA.

Oleh itu, jika kita pernah kegelisahan apabila kehilangan telefon dan tidak dapat berhubung dengan manusia periksa diri semula pernahkah atau selalukah kita merasai kegelisahan apabila kurang berdoa kepada Alla Azza wa Jalla dan terlewat menunaikan solat? Jadikanlah pengaduan segala permasalahan kita walhal sekecil-kecil masalah terlebih dahulu kepada Allah Azza wa Jalla Sang Pencipta Masalah sebelum kita mengadu kepada manusia kerana sesungguhnya DIA juga telah ciptakan jalan penyelesaian dan kesembuhan. Kita juga sering lupa melihat DIA mendatangkan pertolongan dan jalan keluar selalunya melalui asbab manusia lain lalu menyebabkan kita terus lupa kerana menyangka manusia jugalah yang membantunya bukan meletakkan segala sesuatu atas keizinan Allah Azza wa Jalla.



Allahua’alam~