Wednesday, June 20, 2007

~DAKWAH KEPADA NON-MUSLIM~

Sedikit Nasihat Untuk Menyampaikan Islam Kepada Rakan Bukan Islam Dan Orang Yang Kurang Dikenali

Oleh: Sheikh Khâlid al-Sayf, professor di al-Imâm University

Ramai di kalangan kita mempunyai hubungan dengan orang yang berlainan agama dalam kehidupan seharian kita. Mereka mungkin rakan, orang yang kurang dikenali, atau rakan sekerja. Walau bagaimanapun, ada di antara kita mempunyai sedikit kesukaran untuk mendekatkan mereka kepada Islam. Kita berfikir: Apa yang boleh saya kata? Bagaimana saya boleh memberitahu dia bahawa agamanya adalah salah? Kekeliruan ini menyebabkan kita gagal untuk mengajar mereka mengenai Islam.

Sebagai Muslim, kita sepatutnya secara semulajadi berkeinginan untuk mengajar orang lain mengenai Islam. Kita tahu bahawa ini adalah tugas Rasulullah. Allah berfirman: "Katakanlah (Wahai Muhammad): "Inilah jalanku, Aku dan orang-orang Yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah Dengan berdasarkan keterangan dan Bukti yang jelas nyata. dan Aku menegaskan: Maha suci Allah (dari Segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah Aku dari golongan yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu yang lain." [Surah Yusuf: 108]




Kita tahu bahawa Nabi Muhammad SAW berkata kepada Ali bin Abi Talib: "Demi Allah! Sekiranya Allah memberikan petunjuk kepada seseorang melalui dirimu; adalah lebih berharga bagi kamu daripada memeliki unta-unta merah." [Shahih Bukhari (2724) dan Shahih Muslim (4423)]

Berikut cumalah beberapa perkara nasihat kepada mereka di kalangan kita yang berhajat untuk mendekati usaha yang mulia ini:

1. Pastikan anda memilih waktu yang sesuai untuk membangkitkan subjek mengenai Islam. Pastikan bahawa mad’u berada di dalam fikrah yang sesuai untuk membincangkannya.”

2. Elakkan perkara-perkara yang akan menyebabkan orang lain tidak selesa. Anda perlu lemah lembut dan menyesuaikan akhlak anda dan utarakan pelbagai isu dan persoalan sebagai seorang pencari kebenaran.

3. Jangan sesekali mengkritik atau menyerang kepercayaan orang lain. Itu adalah satu perkara yang tidak bijak. Ini mungkin meyebabkan orang lain lebih teguh dengan kepercayaannya dan mungkin merosakkan hubungan baik anda dengannya.

4. Elakkan daripada berbincang mengenai isu-isu yang kurang penting. Tidak kira bagaimana dia meminta untuk berbuat demikian, tekankan kepada dia bahawa perkara-perkara pokok dan asas adalah lebih perlu untuk dibincangkan dahulu dan ia tidak akan membawa kita kemana-mana untuk mendalami perkara-perkara cabang sedangkan isu utama masih belum difahami sepenuhnya.

Sebagai contoh, ia adalah salah untuk berbicara tentang mengapa Nabi Muhammad SAW mempunyai bilangan isteri yang ramai sebelum membincangkan mengenai konsep kerasulan dan apa tujuan Baginda menjadi seorang Rasul.

5. Biasakan diri dengan salah faham yang biasa mengenai Islam yang selalu disebarkan dan bagaimana untuk menjawabnya. Kebanyakan salah faham selalunya dikenali. Jika dia seorang Kristian, biasakan diri anda dengan dakwaan-dakwaan mengenai Islam yang disebarkan oleh kumpulan-kumpulan Kristian kepada pengikut-pengikut mereka. Kebanyakan salah faham ini telah pun menular sejak dahulu lagi.

6. Jika orang tersebut adalah Ahli Kitab, biasanya bagus untuk dimulakan dengan topic mengenai Rasul-Rasul yang terdahulu dan bagaimana kita mengetahui mereka adalah Rasul. Berbicaralah mengenai Musa AS dan Rasul-Rasul Bani Israel yang lain. Selepas itu, bangkitkan isu mengenai Nabi Muhammad SAW dan bicangkan bagaimana kerasulan Baginda dibentuk sebagaimana mereka-mereka sebelumnya. Sebaik sahaja kerasulan Baginda diterima, kemudian teruskannya dengan membenarkan kata-katanya mengenai Allah adalah benar.
Ini adalah lebih baik-mengikut pandangan saya-daripada cuba mempertikaikan konsep seperti Trinity, lebih-lebih lagi dengan orang yang tidak berpengetahuan mengenai kepercayaan mereka sendiri, yang mana menjadi kebiasaan masyarakat hari ini.


Dan Allah Maha Mengetahui.

Terjemahan oleh Ariff.Arifin


Artikel asal di www.islamtoday.com dengan tajuk Some Advice for Conveying Islam to Non-Muslim Friends and Acquaintances

Friday, June 15, 2007

~tarbiyah???~

assalaamu’alaikum w.B.t

“Haruskah saya mengikuti tarbiyah?” seorang teman bertanya pada saya.
Kerana tarbiyah sendiri maknanya adalah tentang pendidikan, pengembangan, peningkatan, dan pemeliharaan, maka jawabannya tentu saja : ya!
“Apakah saya harus mengikuti sebuah halaqah?”
Kalau ditanya harus-tidaknya dari segi fiqih, tentu saja tidak harus. Mengikuti sebuah halaqah belum tentu membawa kita ke surga, dan tidak menggabungkan diri ke dalam halaqah pun belum tentu menjerumuskan kita ke neraka. Tapi kalau kita menghitung-hitung manfaatnya, maka saya akan sangat mengalakkan setiap orang untuk aktif dalam sebuah halaqah.
“Jadi kamu mengharuskan semua orang untuk bergabung dalam Jemaah Tarbiyah, lantas semua yang tidak ikut boleh dikategorikan berdosa, begitu?”
takkan sampai jadi begitu?
* * * * * * *
Kadang-kadang orang salah anggap dan gagal membezakan antara tarbiyah dan Jemaah Tarbiyah. Orang juga seringkali menyamakan halaqah dengan Jamaah Tarbiyah, padahal tidak mesti demikian.
Seperti yang sudah saya jelaskan di atas, tarbiyah itu sendiri adalah sebuah proses pendidikan atau pembelajaran. Sebuah perjalanan yang tidak mungkin berhenti sebelum Anda disapa oleh Malaikat Maut. Yang namanya belajar, tentu saja, tidak terbatas tempatnya dimana. Anda belajar di sekolah, di kampus, di forum-forum diskusi, di majlis-majlis ilmu, itu pun bagian dari usaha Anda men-tarbiyah diri sendiri. Dan diam-diam, saya pun berharap tulisan-tulisan saya di sini juga dapat memberikan efek tarbiyah, walaupun sedikit.
Tarbiyah tidak sama dengan Jemaah Tarbiyah. Organisasi Islam mana pun dapat(dan sudah semestinya) men-tarbiyah anggotanya. Kalau tidak ada proses tarbiyah dalam organisasi Islam tersebut, maka akan terjadi dua kerugian : (1) organisasi itu sendiri rugi karena tidak mau memiliki ahli yang terdidik, dan (2) ahlinya pun rugi kerana memasuki organisasi yang tidak memberinya manfaat.
Tarbiyah adalah suatu proses yang seharusnya terjadi di mana-mana, bahkan tidak perlu ada organisasi rasmi apa pun untuk melakukannya. Jika ada beberapa orang Muslim berkumpul dan berbincang-bincang, maka seharusnya mereka boleh mendapatkan banyak pelajaran. Langkah untuk mencari teman diskusi yang bermanfaat adalah bagian dari proses tarbiyah yang Anda lakukan untuk diri sendiri.
Halaqah pun sama sekali bukan merupakan hak milik Jamaah Tarbiyah. Sekelompok Muslim dari mana pun dapat berinisiatif membentuk sebuah halaqah tanpa harus terikat dengan organisasi mana pun. Katakanlah, halaqah dengan teman-teman di rumah . Apa salahnya? Mungkin Anda khawatir kerana merasa pengetahuan agamanya masih rata-rata saja, tapi bukan bererti Anda tidak akan mendapat manfaat dari halaqah semacam itu. Sedikit itu lebih baik daripada tidak sama sekali, bukan? Lagipula, Anda tidak harus menamakannya 'halaqah'. Sebut saja 'diskusi ilmu', boleh juga 'kan?
Saya menjadi hairan bagaimana orang menjadi begitu alergi mendengar nama ‘halaqah’ dan ‘tarbiyah’ karena berbagai fikiran buruk di kepala mereka terhadap Jemaah Tarbiyah. Marilah kita melihat faktanya saja. Fakta pertama, tarbiyah memang mutlak diperlukan. Organisasi perlu melakukannya karena mereka yang terdidik mudah diberi pengarahan, dan kader pun berhak memperoleh pendidikan dari organisasinya. Fakta kedua, pembentukan halaqah yang berkumpul secara rutin dan membahas masalah-masalah keislaman adalah sebuah cara yang amat efektif dalam melakukan tarbiyah dan menjaga keperibadian muslim. Jadi, apa masalahnya?
Sebenarnya antara organisasi Islam tidak perlu merasa saling dengki. Kalau ada yang benar, yakinlah bahwa itu berasal dari Allah. Kalau metode halaqah berhasil baik bagi Jemaah Tarbiyah, lantas mengapa tidak ada yang meniru kejayaan ini? Bukankah kalau umat Islam maju – apa pun organisasinya – kita semua akan senang? Mengapa perlu rasa dengki dan memperlekehkan usaha masing-masing...
Terus terang, saya merasa kecewa dengan beberapa organisasi Islam di masa kini, lantaran mereka tidak juga belajar dari fenomena tarbiyah ini. Mereka memiliki ruang yang amat besar (malah sebagian cenderung fanatik), tapi mereka sedikit sekali mengambil kesempatan untuk men-tarbiyah para pengikutnya. Akhirnya, ahli jemaah ini harus belajar sendiri-sendiri, dan secara objektif, sedikit sekali manfaat yang boleh mereka dapatkan dari organisasi yang dibelanya habis-habisan itu.
malahan juga sesetengah jemaah akan menghentam jemaah lain apabila mereka kekurangan pengikut atau lebih tepat lagi pengikutnya beralih ke jemaah lain..
pada pandangan peribadi saya, nama sesuatu jemaah bukanlah pengukur kemantapan jemaah tersebut tetapi tarbiyyah yang diperolehi oleh mereka yang mengikuti adalah penting untuk dinilai...yang paling utama akidah yang sahih, ibadah yang mantap dan akhlak yang indah.

fenomena di ipt-ipt sekarang dapat dilihat dengan pelbagai jenis jemaah islam...namun, pelajar-pelajar masih keliru dengan jemaah yang diikuti maka dapat dilihat melalui kefanatikkan mereka yang 'hentam keromo' memperjuangkan sesuatu yang mereka sendiri tidak pasti.

namun apalah yang hendak dihairankan kerana fenomena jemaah nie sudah lama...cuma fokus yang saya bawa disini ialah TARBIYYAH....

wallahu'alam bisawab...

~ADA APA DENGAN USRAH?~

Salah Faham Terhadap Usrah; Usrah Sebagai Kaunseling
BY:MukHLis_illAllah
Konsep usrah sering disalaherti. Sesetengah pihak menganggap usrah sebagai sesi kaunseling memupuk dan menyuburkan sifat-sifat atau ciri-ciri thiqah (kepercayaan), taat, jihad, sedia berkorban dan sebagainya. Yang penting, usrah diadakan untuk melicinkan perjalanan gerakan dakwah.
Justeru, kejayaan usrah bukanlah merujuk kepada ahli-ahli usrah yang bersedia berkongsi masalah untuk diluahkan kepada naqib atau naqibah. Juga, kejayaan usrah tidak merujuk kepada keupayaan naqib atau naqibah sebagai seorang kaunselor dan pakar psikologi. Namun begitu, naqib atau naqibah harus bersedia untuk simpati dan empati kepada permasalahan ahli-ahli usrahnya ibarat seorang sahabat karib yang ikram atau mungkin ibarat seorang guru atau bapa atau ibu yang penyayang.
Matlamat usrah adalah untuk membentuk peribadi muslim sejati dari segi semua dimensi kehidupan. Peribadi-peribadi muslim yang merupakan ahli-ahli usrah itu harus diikat dengan ukhuwwah, di samping diikat dengan dakwah sehingga bersebati dalam kehidupannya. Sesi kaunseling boleh wujud dalam usrah, tetapi usrah bukanlah semata-mata sebagai suatu sesi kaunseling.
Ini memandangkan kebiasaan usrah yang menitikberatkan soal ukhuwwah atau persaudaraan. Sesetengah pihak yang lain pula sering menganggap usrah sebagai suatu kelas pengajian agama atau halakah ilmu.
Rukun usrah terbahagi tiga iaitu ta’aruf (perkenalan), tafahum (saling memahami) dan takaful (saling tolong-menolong). Naqib dan naqibah usrah selain daripada dikehendaki memastikan setiap anak usrahnya saling mengenali antara satu sama lain, dia juga berperanan untuk membantu menyelesaikan sebarang permasalahan yang dialami oleh anak-anak buahnya sebagaimana yang telah digariskan dalam rukun usrah. Mungkin atas dasar inilah mengapa usrah dianggap sebagai sesi kaunseling atau dengan kata lain, sesi menyelesaikan masalah.Rukun-rukun usrah hanya bersifat sebagai wasilah (wahana atau alat) untuk mewujudkan suasana kondusif dalam tarbiyyah bagi memupuk dan menyuburkan sifat-sifat atau ciri-ciri thiqah (kepercayaan), taat, jihad, sedia berkorban dan sebagainya. Yang penting, usrah diadakan untuk melicinkan perjalanan gerakan dakwah.
Justeru, kejayaan usrah bukanlah merujuk kepada ahli-ahli usrah yang bersedia berkongsi masalah untuk diluahkan kepada naqib atau naqibah. Juga, kejayaan usrah tidak merujuk kepada keupayaan naqib atau naqibah sebagai seorang kaunselor dan pakar psikologi. Namun begitu, naqib atau naqibah harus bersedia untuk simpati dan empati kepada permasalahan ahli-ahli usrahnya ibarat seorang sahabat karib yang ikram atau mungkin ibarat seorang guru atau bapa atau ibu yang penyayang.
Matlamat usrah adalah untuk membentuk peribadi muslim sejati dari segi semua dimensi kehidupan. Peribadi-peribadi muslim yang merupakan ahli-ahli usrah itu harus diikat dengan ukhuwwah, di samping diikat dengan dakwah sehingga bersebati dalam kehidupannya. Sesi kaunseling boleh wujud dalam usrah, tetapi usrah bukanlah semata-mata sebagai suatu sesi kaunseling. - Bicara MuslihOleh: Mior Azly Mior Azam

~DAKWAH...DAKWAH...DAKWAH~

KEFAHAMAN TERHADAP DAKWAH ISLAMIYYAH
(Dari Madrasah Al-Imam Asy-Syahid Hassan Al Banna)

Kalau kita perhatikan lebih jauh, dakwah Islam hari ini memiliki beberapa
permasalahan yang tidak dapat kita ingkari. Yang sangat nyata adalah masalah
perselisihan di antara kelompok-kelompok dakwah. Seandainya permasalahan ini
dibiarkan berlarut-larut maka akan merugilah ummat Islam. Bila kita telusuri
lebih jauh, bebarapa pertanyaan mungkin akan muncul: adakah jalan yang jelas ke
arah mencapai tujuan? Apakah dakwah Islamiyah ini akan mampu bertahan dan
menghadapi berbagai tantangan dan penyelewengan yang telah dan akan terjadi?

APA TITIK TOLAK DAKWAH?

Kita memulai dengan menanyakan satu pertanyaan yang amat mendasar: Apakah titik
tolak dakwah itu? Seringkali kelalaian kita di dalam meresapkan arti titik
tolak dakwah ke dalam hati membawa kebinasaan terhadap dakwah. Banyak kejadian
dimana kefahaman terhadap titik awal dakwah telah pupus menyebabkan pupusnya
pula makna dakwah. Dan ini sering memberikan kesan negatif kepada du'at maupun
dakwah itu sendiri.

Dakwah seharusnya bermula pada jalan DAKWAH para NABI a.s. Mereka menyeru
manusia kepada subul-as-Salam (jalan kebahagiaan), menunjukkan manusia kepada
jalan yang lurus (sirat-al-Mustaqim), sehingga manusia menerima seruan Allah dan
Rasul-Nya. Dakwah Islamiyah berawal dari hati yang sadar bahwa inilah jalan
kita, yaitu untuk menyeru manusia kepada Allah sehingga mereka mengikuti jejak
langkah Rasulullah SAW.

Yang menjadi pemisah antara dakwah Islamiyah dengan jalan lain adalah petunjuk
Allah yang disampaikan melalui wahyu dan jalan (contoh) yang ditunjukkan oleh
Rasulullah SAW. Musuh kita yang sebenarnya adalah syaithan dan konco-konconya
yang menjelma melalui al-hawa' (hawa nafsu) yang ada di dalam diri kita serta
yang lebih nyata lagi adalah dalam bentuk jahiliyah yang zahir. Jahiliyah yang
sekecil-kecilnya dari dosa-dosa yang berupa keingkaran hingga kepada al-kabair
(dosa-dosa besar), bid'ah-bid'ah yang menyesatkan, nifaq (kemunafikan), serta
kekufuran kepada Allah. Jahiliyah inilah yang seterusnya lahir dan menjelma di
dalam bentuk keingkaran kepada Allah baik di dalam
bentuk undang-undang, negara, masyarakat, dan segala bentuk sistem yang bukan
berasaskan Islam.

Dakwah bukanlah semata-mata penentangan terhadap satu golongan, atau parti,
ataupun individu, dsb. Namun merupakan pertarungan yang telah lama ada, yaitu
semenjak penciptaan Adam a.s. dan keengganan Iblis untuk mematuhi perintah Allah
agar sujud kepada Adam. Pertarungan di dalam dakwah adalah pertarungan antara
yang haq dengan yang bathil. Inilah pertarungan para Anbiya a.s. semenjak nabi
Adam hingga Rasulullah saw. Inilah dia hakikat dawah yang perlu kita dukung.




KEFAHAMAN TERHADAP DAKWAH ISLAMIYYAH
(Dari Madrasah Al-Imam Asy-Syahid Hassan Al Banna)

BAGAIMANAKAH JALAN KERJA DAKWAH?

1. Dari manakah dimulainya?

Dakwah dimulai dari lahirnya sekelompok orang yang SADAR dan INSAF, serta yakin
akan tugas mereka, disamping IMAN yang tebal kepada Allah SWT. Dakwah
Rasulullah saw dibantu oleh para sahabah yang memiliki jiwa PENGORBANAN yang
tinggi untuk jalan Allah. Di dalam makna ini, Imam Al-Banna menjelaskan:

"Pembentukan suatu ummah, pendidikan suatu bangsa, pencapaian cita-cita,
dan pendukungan prinsip memerlukan kekuatan jiwa yang besar dari ummah atau
bangsa yang ingin mencapai cita-citanya itu. Kekuatan jiwa yang terjelma dalam
kemauan yang kuat dan tak mengenal lemah; kesetiaan yang terpadu, tak mudah
terpengaruh, dan tak kenal uzur; memiliki pengorban an yang tinggi yang tak
terhalang oleh perasaan tamak; mengenal serta mengimani dan memandang tinggi
terhadap prinsip perjuangan sehingga seseorang dapat memelihara diri dari
penyelewengan atau terpedaya oleh prinsip-prinsip lain"

Inilah dia sifat pribadi mereka yang mampu mendukung dakwah ini. Inilah dia
titik awal kerja dalam dakwah, yaitu melalui proses PEMBINAAN PERIBADI pendakwah
yang jitu; Sebagaimana permulaan dakwah Rasulullah SAW dengan membina pribadi
para da'i seperti yang tergambar dalam surat Al-Muzzamil yang mana Allah
memerintahkan mereka dengan latihan ibadah Qiyamullail (shalat Tahajjud) sebagai
persiapan menghadapi ujian dakwah yang penuh dengan berbagai cobaan di hari-hari
depannya.

2. Sumber kekuatan.

Dimanakah sumber kekuatan dakwah? Sebenarnya, kekuatan bermula dari kekuatan
IMAN, kemudian diikuti oleh kekuatan Ukhuwah Islamiyah, kemudian barulah diikuti
dengan kekuatan material dan organisasi.

"Kebanyakan orang menyangka bahwa timur kekurangan kekuatan material,
peralatan perang, dan perjuangan untuk mereka bangun menyaingi ummat yang telah
merampas hak dan menindas mereka. Anggapan ini ada benarnya, namun di sana ada
lagi sesuatu yang LEBIH PENTING yaitu kekuatan ruh yang terjelma dalam AKHLAK
yang tinggi, jiwa yang harmonis, mengetahui dan meyakini kebenaran, dan
pengorbanan demi menunaikan kewajiban"

Disamping kekuatan iman dan ukhuwah adalah kekuatan ilmu, syaksiah, badan, dan
kesatuan. Inilah yang menjadi kekuatan asasi. Setelah ini barulah diikuti
dengan kekuatan organisasi, media, ekonomi, dan militer. Adalah anggapan yang
keliru bahwa dakwah harus dimulai dengan kekuatan materi (kebendaan); karena
asas kekuatan awal adalah pribadi du'at itu sendiri, kemudian barulah diikuti
dengan kekuatan yang lain. Hakikat ini telah terbukti di dalam sejarah dakwah
itu sendiri.

3. Wasilah-wasilah (jalan-jalan kerja) dakwah
"Wasilah di dalam pembinaan dan pengukuhan setiap dakwah dapat dikenali
oleh siapa saja yang mengkaji sejarah jamaah. Intisari dari wasilah ini dapat
disimpulkan sebagai berikut:

IMAN DAN AMAL, KASIH SAYANG, dan PERSAUDARAAN"

"Wasilah umum dakwah ini tidaklah berubah, yaitu berkisar dalam tiga hal
berikut: IMAN yang mendalam, pembinaan (takwin) yang teliti, dan AMAL yang terus
menerus".."

"Adapun wasilah yang telah saya janjikan untuk dibicarakan adalah
terkandung dalam tiga rukun. Dan di sekitar tiga rukun inilah berputarnya
fikrah Ikhwanul Muslimin", yaitu: Manhaj (metodologi) yang benar, Mu'min yang
beramal, dan kepemimpinan yang cakap dan dipercaya.

Ringkasnya, jalan kerja dakwah dapat disimpulkan sebagai berikut:
keimanan yang kuat, persaudaraan yang kokoh, pembinaan (tarbiyah) atau
pembentukan yang teliti dan rapih, amalan yang tak putus-putusnya yang tak
mengenal lelah ataupun putus asa, disertai dengan panduan manhaj yang
bersumberkan sumber-sumber yang sahih, serta kepemimpinan yang mempunyai daya
juang dan kemampuan yang tinggi dan dapat dipercaya.

4. Berangsur-angsur (tadarruj) di dalam langkah kerja

Maksud tadarruj adalah kita TIDAK TERGESA-GESA dalam bekerja mencapai tujuan.
Segala amal harus disusun dan direncanakan mengikuti tingakatan-tingkatan atau
tahap-tahap yang ditentukan. Misalnya, upaya pembentukan harus didahulukan
daripada upaya-upaya lain di dalam medan yang lebih berat dan menantang.
"Perlu adanya kesungguhan dan amal, serta usaha pembinaan (takwin) setelah
kita melaksanakan upaya PENJELASAN kepada masyarakat umum. Kemudian diikuti
dengan upaya pengasasan setelah kita melasanakan usaha MENDIDIK"

Yaitu, upaya dakwah adalah bertahap: pertama, PENYAMPAIAN RISALAH; kemudian
diikuti dengan usaha pembinaan dan pembentukan saf-saf perjuangan Islam; dan
akhirnya mengasaskan kerja-kerja Islam:
"Sesungguhnya setiap dakwah perlu memiliki tiga marhalah: Marhalah di'ayah
(MENYERU) dan ta'rif (MEMPERKENALKAN), dan menyebarkan fikrah serta
menyampaikannya kepada masyarakat banyak. Kemudian diikuti oleh Marhalah takwin
(membentuk) dan memperbaiki ansar (pembantu dakwah), menyediakan anggota saf
dari mereka yang menyambut seruan tersebut.

Kemudian diikuti oleh marhalah pelaksanaan, amal, dan kerja yang
membuahkan hasil"

Kalimat diatas dapat difahami dengan mengingat bahwa marhalah yang dimaksud
adalah dari segi keutamaan tuntutan kerja dan bukan dari waktu. Yakni,
pekerjaan kita berawal dari penyampaian fikrah, diikuti dengan pembentukan
mereka yang menyambut, seterusnya diikuti oleh persediaan dan penglibatan secara
langsung dalam medan amal.

5. Kesempurnaan di dalam pelaksanaan (Takamul fi tatbiq)

Imam Al-Banna menyebutkan bahwa dakwah Islamiah BUKANLAH parti politik, namun
penegakan hukum ALlah adalah salah satu tugas kita. Dakwah bukan pula satu
mazhab fiqih, kuliah syara, atau institusi fatwa, namun lebih mementingkan
syari'ah. Demikian pula, dakwah bukan lembaga sosial, tetapi kita mementingkan
persoalan MENJAGA kebajikan masyarakat...

Singkatnya, dakwah Islamiah bukan hanya sebagian dari dakwah-dakwah itu, namun
meliputi keseluruhan makna tersebut. Inilah maksud kesempurnaan dalam
pelaksanaan: tumpuan dakwah bukanlah hanya sebagian permasalahan ummat saja,
melainkan harus mementingkan semua permasalahan ummah dalam kerja-kerja dakwah.




(Disusun oleh Omar Hj Salleh)

DAKWAH DAN TARBIYAH - WASILAH UTAMA DALAM PEMBENTUKAN UMMAH
------------------------------------------------------------------

Rasulullah saw memulakan jihadnya melalui dakwah dan Tarbiyah, bukan
terbentuk secara tiba-tiba atau kebetulan tanpa apa-apa persediaan dan
pembentukan bahkan Rasulullah saw menghadapi berbagai kesukaran dan
halangan dan terus berjihad sehingga terbentuk satu ummah yang terpuji
sebagai Khaira Ummah di abadikan didalam Al-Quran.

Seperti di tegaskan dalam Al-Quran ayat 110 Surah Al Imran maksudnya:-
Kamu adalah sebaik-baik ummah dikeluarkan untuk manusia seluruhnya, kamu
memerintah (menyuruh) kepada ma'aruf dan mencegah mungkar serta kamu
tetap beriman kepada Allah'

Rasulullah saw mula berdakwah dan membentuk ummah sejak di zaman Makkah
lagi. Baginda mendidik (mentarbiyah) sekumpulan jamaah mukminin yang
menjadi benih terbentuknya masyarakat yang baru (berbeza daripada
masyarakat jahiliyah). Ketika Rasulullah saw membentuk jamaah mukminah di
Makkah dimasa itu. Baginda menyedari bahawa peranannya lebih besar
daripada Makkah dan Semenajung Arab dan Risalah yang Baginda bawa bukan
semata-mata khusus untuk satu bangsa dan satu generasi bahkan Risalahnya
bersifat sejagat ('Alamiyah) dan halatujunya menghapuskan jahiliyyah dan
membina insaniah yang baru, menepati prinsip-prinsip Al-Quran dan ajarannya.

Ketika Baginda menjadikan kota Makkah sebagai markas dakwahnya, Baginda
tidak memulakan dengan membentuk daulah yang terdiri dari
pembesar-pembesar Quraisy bagi menundukkan seluruh orang Arab dan memaksa
mereka menerima prinsip-prinsipnya dengan kekerasan. Baginda tidak
melakukan demikian kerana Baginda bukan diutuskan untuk menghapuskan
kerosakan dengan mengundang kerosakkan lain dan bukan untuk memaksa
masyarakat menerima dakwahnya dengan kekerasan tetapi Baginda diutuskan
untuk menyampaikan Risalah Allah SWT dan mengajak semua manusia dengan
penuh hikmah serta dengan peringatan-peringatan yang baik. Serta sabar
bersama-sama orang-orang yang beriman membentuk jamaah yang menjalankan
kerja-kerja Islah agar mereka menjadi asas yang kukuh bagi kelahiran
masyarakat (generasi) baru (Generasi Mukmin).

Rasulullah saw memberi penekanan kepada Tarbiyah Jiwa/ Dhomir / Al
Wijdaan dan tarbiyah akhlak dan budi pekerti berteraskan keimanan/tauhid;
kerana inilah asas sebenarnya bagi pembinaan ummah yang menjamin
masyarakat dan Daulah daripada berlaku penyelewengan, kezaliman dan
kerosakan. Ilmu perlembagaan, dan undang-undang serta deen undang-undang
serta peratusan semata-mata belum cukup untuk mcmbina ummah tanpa dididik
jiwa dan akhlaq masyarakat.

Sehubungan ini Al Quran telah menegaskan dalam surah Al Ra' ad ayat 11,
maksudnya"-

' Sesungguh Allah SWT tidak mengubah apa yang terdapat pada sesuatu kaum
itu sehingga mereka mngubah apa yang terdapat dalam jiwa mereka.'

Ustaz Mohd Syadid dalam kitabnya Al Jihad Fil Islam menjelaskan bahawa
inilah jalan membentuk dan membina ummah serta membangunkan tamaddun dan
kemajuan. Pengislahan masyarakat tidak akan sempurna melainkan di mulakan
dengan jiwa masyarakat itu sendiri.... kerana itu maka medan Islam yang
pertama ialah 'alam jiwa dan dhamir., dan wasilahnya yang pertama dan
utama untuk sampai kepada matlamat ialah AtTarbiyah,.'

Wassalam.

~ALAH BISA TEGAL BIASA~

Dakwah Ini Tidak Bisa Dipikul Oleh Orang yang Manja
BY UMMU SULAIM
Dalam perjalanan ke Najed. Abu Musa Al Asyari RA meriwayatkan. “Dalam perjalanan itu kami keluar bersama Rasulullah SAW. Waktu itu kami enam orang bergantian mengendarai satu unta. Seorang naik unta secara bergantian. Sambil menunggu giliran kami harus menempuh perjalanan yang panjang, sehingga telapak kaki kami pecah-pecah dan kuku-kukunya pun copot. Waktu itu kami balut kaki kami dengan sobekan kain sehingga aku menyebut peperangan itu perang Dzatur Riqaa “Sobekan Kain”. Abü Musa Al Asyari menyebutkan hadits ini tetapi kemudian ia tidak menyukainya. Seolah-olah dia tidak suka untuk menceritakan pengalamannya.
Dalam riwayat lbnu lshaq dan Ahmad dan Jabir bin Abdullah RA ia menceritakan. “Kami berangkat bersama Rasulullah SAW pada perang Dzatur Riqaa. Pada kesempatan itu tertawanlah seorang wanita musyrikin. Setelah Rasulullah SAW berangkat pulang, suami wanita itu yang sebelumnya tidak ada di rumah baru saja datang. Kemudian lelaki itu bersumpah tidak akan berhenti mencari sebelum dapat mengalirkan darah para sahabat Muhammad SAW. Lalu lelaki itu keluar mengikuti jejak perjalanan Rasulullah SAW. Pada sebuah lorong di suatu lembah Rasulullah SAW bersama para sahabat berhenti. Kemudian beliau bersabda, “Siapakah di antara kalian yang bersedia menjaga kita malam ni?” Jabir berkata, “Maka majulah seorang dari Muhajirin dan seorang lagi dari Anshar lalu keduanya menjawab, Kami siap untuk berjaga ya Rasulullah’. Nabi Muhammad SAW berpesan Jagalah kami di mulut lorong mi.” Jabir mencenitakan waktu itu, Rasulullah SAW bensama para sahabat berhenti di lorong suatu lembah. “Ketika kedua orang sahabat itu keluar ke mulut lorong, sahabat Anshar berkata pada sahabat Muhajirin, Pukul berapa engkau inginkan aku berjaga, apakah permulaan malam ataukah akhir malam?’ Sahabat Muhajirin menjawab. Jagalah kami di awal malam.’ Kemudian sahabat Muhajirin itu berbaring dan tidur. Sedangkan sahabat Anshar melakukan shalat. Jabir berkata, datanglah lelaki musyrikin itu dan ketika mengenali sahabat Anshar dia paham bahwa sahabat itu sedang bertugas jaga. Kemudian orang ini memanahnya tepat mengenai dirinya. Lalu sahabat Anshar mencabutnya kemudian berdiri tegak melanjutkan shalatnya. Kemudian orang musyrikin itu memanahnya lagi dan tepat mengenainya lagi, lalu sahabat itu mencabut kembali anak panah itu kemudian berdiri tegak melanjutkan shalatnya. Kemudian untuk ketiga kalinya orang itu rnemanah kembali sahabat Anshar tersebut dan tepat niengenai dirinya. Lalu dicabut pula anak panah itu kemudian ia rukuk dan sujud. Setelah itu la membangunkan sahabat Muhajirin seraya berkata, ‘Duduklah karena aku telah dilukai.’ Jabir berkata, “Kemudian sahabat Muhajirin itu melompat mencari orang yang melukai sahabat Anshar itu. Ketika orang musyrikin itu melihat keduanya ia sadar bahwa dirinya telah diketahui maka ia pun melarikan diri. Ketika sahabat Muhajirin mengetahui darah yang melumuri sahabat Anshar, ia berkata, Subhanallah kenapa engkau tidak membangunkan aku dari tadi?’ Sahabat Anshar menjawab, Aku sedang membaca surat dan aku tidak ingin memutusnya. Namun, setelah orang itu berkali-kali memanahku barulah aku rukuk dan memberitahukan dirimu. Demi Allah SWT kalau bukan karena takut mengabaikan tugas penjagaan yang diperintahkan Rasulullah SAW kepadaku niscaya nafasku akan berhenti sebelum aku membatalkan shalat.”
Kesetiaan Memenuhi Seruan Da’wah, lndikasi Sikap Militan Kader Perjalanan Da’wah bukanlah perjalanan yang banyak ditaburi oleh kegemerlapan dan kesenangan melainkan ia merupakan perjalanan panjang yang penuh tantangan dan rintangan yang berat. Telah banyak kita dapati sejarah orang-orang terdahulu yang merasakan perjalanan da’wah ini. Ada yang disiksa, ada pula yang harus meninggalkan kaum kerabatnya ada pula yang diusir dari kampung halamannya. Dan sederetan kisah penjuangan lainnya yang banyak tersebar bukti dari pengorbanannya dalam jalan da’wah ini. Mereka telah merasakan dan sekaligus membuktikan cinta dan kesetiaan mereka terhadap da’wah.
Abu Musa Al Asyari dan para sahabat lainnya. Semoga Allah SWT meridhai mereka, telah merasakannya hingga kaki-kaki mereka robek dan kukunya copot. Namun, mereka arungi penjalanan itu tanpa mengeluh sedikit pun bahkan mereka malu untuk menceritakannya karena keikhlasan mereka dalam perjuangan ini. Keikhlasan membuat mereka gigih dalam pengorbanannya dan menjadi tinta emas sejarah umat da’wah ini.
Pengorbanan yang telah mereka berikan dalam perjalanan da’wah ini menjadi suri teladan bagi generasi sesudahnya. Karena kontribusi yang telah mereka sumbangkan, maka da’wah ini tumbuh bersemi dan generasi berikutnya memanen hasilnya dengan gemilang. Kawasan Islam telah tersebar ke seluruh pelosok dunia. Umat Islam telah mengalami populasi dalam jumlah besar. Semua itu merupakan karunia yang diberikan Allah SWT melalui kesungguhan dan kesetiaan para pendahulu da’wah ini. Semoga Allah meridhai mereka dan mereka pun ridha kepadaNya..
Mereka telah mengalami Iangsung apa yang difirmankan Allah SWT dalam Al Quran surat At Taubah ayat 42, berikut: “Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dari perjalanan yang tidak berapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka. Mereka akan bersumpah dengan (nama) Allah: Jika kami sanggup tentulah kami berangkat bersamamu”. Mereka membinasakan diri mereka sendiri dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya mereka benar-benar orang-orang yang berdusta”.
Mereka juga telah melihat siapa-siapa yang dapat bertahan dalam mengarungi perjalanan yang berat itu. Hanya kesetiaanlah yang dapat tabah meniti perjalanan da’wah ini. Kesetiaan yang menjadikan pemiliknya sabar dalam menghadapi cobaan dan ujian. Menjadikan mereka optimis menghadapi kesulitan dan siap berkorban untuk meraih kesuksesan. Kesetiaan yang menghantarkan jiwa-jiwa patriotik untuk berada pada barisan terdepan dalam perjuangan ini. Kesetiaan yang membuat pelakunya berbahagia dan sangat menikmati beban hidupnya. Setia dalam kesempitan dan kesukaran demikian pula setia dalam kelapangan dan kemudahan.
Sebaliknya orang-orang yang rentan jiwanya dalam perjuangan ini tidak akan dapat bertahan lama. Mereka mengeluh atas beratnya perjalanan yang mereka tempuh. Mereka pun menolak untuk menunaikannya dengan berbagai macam alasan agar mereka diizinkan untuk tidak ikut. Mereka pun berat hati berada dalam perjuangan ini dan akhirnya berguguran satu persatu sebelum mereka sampai pada tujuan perjuangan. Penyakit wahn telah menyerang mental mereka yang rapuh sehingga mereka tidak dapat menerima kenyataan pahit sebagai resiko dari sunnah dakwah ini. Malah mereka menggugatnya lantaran anggapan mereka bahwa perjuangan dakwah tidaklah harus rnengalami kesulitan.
“Sesungguhnya yang akan meminta izin kepadamu, hanyalah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian, dan hati rnereka ragu-ragu, karena itu mereka selalu bimbang dalam keragu-raguannya. Dan jika mereka berangkat, tentulah mereka menyiapkan persiapan untuk keberangkatan itu, tetapi Allah tidak menyukai keberangkatan mereka. Maka Allah melemahkan keinginan niereka. dan dikatakan kepada mereka: “Tinggallah kamu bersama orang-orang yang tinggal itu.’ (At Taubah, 91: 45-46)
Kesetiaan merupakan indikasi sikap militan kader da’wah. Sikap ini membuat mereka standby menjalankan tugas yang terpikul di pundaknya. Mereka pun dapat menunaikan tugas dengan sebaik-baiknya. Bila ditugaskan sebagai prajurit terdepan dengan segala akibat yang akan dihadapinya senantiasa berada pada posnya tanpa ingin meninggalkannya sekejap pun. Atau bila ditempatkan pada bagian belakang maka ia pun akan berada pada tempatnya tanpa berpindah-pindah. Sebagaimana yang disebutkan Rasulullah SAW dalam beberapa riwayat tentang prajurit yang baik.
Abdul Fattah Abu Ismail Rahimahullah, salah seorang murid lmam Hasan Al Banna yang selalu menjalankan tugas da’wahnya tanpa keluhan sedikit pun. Dialah yang disebutkan Hasan Al Banna, orang yang sepulang dari tempatnya bekerja sudah berada di kota lain untuk memberikan ceramah kemudian berpindah tempat lagi untuk mengisi pengajian dan waktu ke waktu secara maraton. Ia selalu berpindah-pindah dari satu kota ke kota lain untuk menunaikan amanah dakwah. Sesudah menunaikan tugas dengan sebaik-baiknya ia merupakan orang yang pertama kali datang ke tempatnya bekerja malah ia yang membukakan pintu gerbangnya.
Pernah ia mengalami keletihan hingga tertidur di sofa rumah Zainab Al Ghazali. Melihat kondisi tubuhnya yang lelah dan penat itu, tuan rumah membiarkan tamunya tertidur sampai bangun. Setelah menyampaikan amanah untuk Zainab Al Ghazali, Abdul Fattah Abu Ismail pamit untuk ke kota lainnya. Karena keletihan yang dialaminya, Zainab Al Ghazali memberikan ongkos untuk naik taksi. Abdul Fattah Abu lsmail mengembalikannya sambil mengatakan “Da’wah ini tidak akan dapat dipikul oleh orang-orang yang manja”. Zainab pun menjawab, “Saya sering ke mana-mana dengan taksi dan mobil-mobil mewah tapi saya tetap dapat memikul da’wah ini dan saya pun tidak menjadi orang yang manja terhadap da’wah, karena itu pakailah ongkos ini, tubuhmu letih dan engkau memerlukan istirahat sejenak.” ia pun menjawab, “Berbahagialah ibu, ibu telah berhasil menghadapi ujian Allah SWT berupa kenikmatan-kenikmatan itu. Namun, saya khawatir saya tidak dapat menghadapinya sebagaimana sikap ibu, terima kasih atas kebaikan ibu, biarlah saya naik kendaraan umum saja”Keyakinan Pada Janji-Janji Allah SWT. Orang-orang yang telah membuktlkan kesetiaannya pada da’wah lantaran keyakinan mereka terhadap janji-janji Allah SWT. Janji yang tidak akan pernah dipungkiri sedikit pun. Allah SWT telah banyak memberikan janji-Nya pada orang-orang yang beriman yang setia pada jalan da’wah ini berupa berbagai anugenahNya. Sebagaimana yang terdapat dalam Al Qur’an:Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, niscaya Dia akan memberikan kepadamu furqaan dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahanmu dan mengampuni (dosa-dosa) mu. Dan Allah mempunyal karunia yang besar’. (Al Anfal 81:29).
Dengan janji Allah SWT tersebut orang-orang beriman tetap bertahan mengarungi jalan da’wah ini. Dan mereka pun tahu bahwa perjuangan yang berat itu sebagai kunci untuk mendapatkannya. Semakin berat perjuangan ini semakin besar janji yang diberikan Allah SWT kepadanya. Kesetiaan yang bersemayam dalam diri mereka itulah yang membuat mereka tidak akan pernah menyalahi janji-Nya dan mereka pun tidak akan pernah mau mengubah janji kepada-Nya.
‘Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikit pun tidak merubah (janjinya).” (Al Ahzab 33: 23).
Seorang pejuang Palestina yang telah berlama-lama meninggalkan kampung halaman dan keluarganya untuk membuat mencari dukungan dunia dan dana pernah diwawancarai. Apa yang membuat Anda dapat berlama-lama meninggalkan keluarga dan kampung halaman?” Jawabnya adalah karena perjuangan, dan dengan perjuangan itu kemuliaan hidup mereka lebih berarti serta untuk masa depan bangsa dan tanah airnya. “Kalau bukan karena da’wah dan perjuangan kami pun mungkin tidak akan dapat bertahan,” lirihnya.
Kesabaran Modal Kesetiaan
Kader da’wah sangat menyakini bahwa kesabaran yang ada pada dirinya yang membuat mereka kuat menghadapi berbagai tantangan da’wah. Bila dibandingkan apa yang kita lakukan serta yang kita dapatkan sebagai resiko perjuangan di hari ini dengan keadaan onang-orang terdahulu dalam perjalanan da’wah ini belumlah seberapa. Pengorbanan kita di hari ini masih sebatas pengorbanan waktu untuk da’wah. Pengorbanan tenaga dalam amal khamniyah untuk kepentingan da’wah. Pengorbanan sebagian kecil dari harta kita yang banyak. Dan bentuk pengorbanan ecek-ecek lainnya yang telah kita lakukan. Coba lihatlah pengorbanan onang-orang terdahulu, ada yang disisir dengan sisir besi, ada yang digergaji, ada yang diikat dengan empat ekor kuda yang berlawanan arah lalu kuda itu dipukul untuk lari sekencang-kencang hingga robeklah orang itu. Ada pula yang dibakar dengan tungku yang berisi minyak panas. Mereka dapat menerima resiko karena kesabaran yang ada pada dirinya.
Kesabaran sebagai kuda-kuda pertahanan orang-orang beriman dalam meniti perjalanan ini. Bekal kesabaran mereka tidak pernah berkurang sedikit pun karena keikhlasan dan kesetiaan mereka pada Allah SWT
“Dan berapa banyak nabi yang berperang bersama-sama mereka sejumlah besar dari pengikut (nya) yang bertaqwa. Mereka tidak menjadi lemah karena bencana yang menimpa mereka di jalan Allah, dan tidak lesu dan tidak (pula) menyerah (kepada musuh). Allah menyukai orang-orang yang sabar.” (Al lmran 3: 146).
BiIa kita memandang kehidupan generasi pilihan, kita akan temukan kisah-kisah brilian yang telah menyuburkan da’wah ini. Muncullah pertanyaan besar yang harus kita tujukan pada diri kita saat ini. Apakah kita dapat menyamai da’wah ini menjadi subur dengan perjuangan yang kita lakukan sekarang ini? Ataukah kita akan menjadi generasi yang hilang dalam sejarah da’wah ini? Ingat, da’wah ini tidak akan pernah dapat dipikul oleh orang-orang yang manja. Militansi kader merupakan kendaraan yang akan menghantarkan kepada kesuksesan da’wah ini.
Wallahu ‘alam bishowab.