Berikut Adalah Surat daripada Setiausaha Gerakan al-Ikhwan al-Muslimun di Mesir untuk umat Islam diseluruh dunia. Surat ini telahdikirimkan kepada pertubuhan-pertubuhan Islam dan kemanusiaan diseluruh dunia. Saya telah diminta untuk menterjemahkannya kepada seluruh rakyat Malaysia yang peduli terhadap isu Palestin.
Beberapa perubahan kecil dari teks asalnya sewaktu proses penterjemahan demi menyesuaikannya dengan budaya, mentaliti dan realiti rakyat Malaysia.Diharapkan agar parapembaca dapat menyebarkan surat inikepada para pembaca bahasa Melayu yangalin demi menyemarakkan usahamenyelamatkan rakyat Gaza yang sedangmenderita akibat kepungan Rejim ZIonisyang zalim dengan bantuan AmerikaSyarikat.“Dan Janganlah kamu (merasa) lemah,dan jangan (pula) bersedih hati, sebabkamu paling tinggi (darjatnya), jikakamu orang beriman” (Ali-Imran 139).Seruan daripada Allah s.w.t kepadasekelian orang yang beriman…. Kamusekali-kali tidak akan ditimpaketakutan, tidak akan diselubungikesedihan dan hati kamu sekali-kalitidak akan dirundungi kekecewaan.Kekecewaan tidak sekali-kali akandapat diharmonikan dengan keimanan.Kamu berada pada darjat yang palingtinggi selagi mana kamu beriman dansentiasa mempunyai talian yang kuatdengan Allah yang Maha Mulia lagiBerkuasa.Keadaan di Gaza memerlukan sikap pro-aktif umat Islam sedunia. Adalahmenjadi satu kezaliman bagi kaumMuslimin membiarkan saudara mereka diPalestin berterusan dizalimi olehrejim Zionis Israel dan sekutunya.Kita boleh melakukan banyak perkarademi untuk saudara-saudara kita diGaza….Dengan ini, saya menyeru setiap pihakagar:1- Qunut Nazilah – Membaca qunutnazilah pada setiap kali solat danajarkan makna qunut dan caramelakukannya kepada orang-orang yangmasih belum mengetahui hakikat qunut.Keadaan di Gaza memerlukan sikap pro-aktif umat Islam sedunia. Adalahmenjadi satu kezaliman bagi kaumMuslimin membiarkan saudara mereka diPalestin berterusan dizalimi olehrejim Zionis Israel dan sekutunya.2- Tinggalkan makanan, minuman dankerehatan yang berlebihan dansalurkannya kepada saudara-saudarakita di Palestin. Salurkan wang andakepada pertubuhan-pertubuhan kebajikantempatan yang terlibat menguruskansumbangan untuk membantu rakyatPalestin.3- Mendermalah untuk pembelian ubat-ubatan yang diperlukan. Menyumbangsecara terus sama ada sumbangan yangberbentuk material ataupun kewangan.Hospital-hospital dan klinik-klinik diGaza sedang kehabisan ubat-ubatanuntuk merawat para pesakit.4- Bagi sesiapa yang mempunyaikemampuan dan kesempatan, sertailahmisi-misi kemanusiaan untuk membanturakyat Gaza (untuk menyalurkankelengkapan pakaian, makanan dan bahanapi)5- Mobilisasi rakyat untuk bangkitmelahirkan solidariti bersama rakyatGaza yang dizalimi dan sedangmenghadapi krisis kemanusiaan yangsemakin meruncing. Demo, bantahan,memorandum dan juga segala wasilahyang sesuai mestilah digunakan untuktujuan tersebut.6- Sebarkan maklumat kesengsaraanrakyat Gaza kepada seluruh rakyat danpenduduk dunia melalui teknologi yangada seperti poster, banner, penulisanartikel di akhbar-akhbar, majalah-majalah, e-mail, laman web, sms, Ymdan lain-lain lagi.7- Wujudkan Tabung Palestin di setiaprumah (Didiklah anak-anak agar mulamenabung dari duit perbelanjaan merekauntuk rakyat Palestin). Sikap ini akanmewujudkan perasaan kebersamaan merekadengan rakyat Palestin yang ditindas.8- Bagi para pemudi dan wanita yangberiman, mereka hendaklah berdermadengan barang-barang perhiasanberharga yang mereka miliki.9- Kepada seluruh warga yang bekerja,gunakanlah kedudukan kamu untukmenyelamatkan Palestin. Sebagaicontoh :-a. Para Pendakwah : Bangunkan Ummahuntuk membantu Palestin dan serulahpihak-pihak berkuasa dengan kebenaran.b. Ahli-ahli Parlimen : Gunakan segalajentera pemantauan supaya Kerajaanmelaksanakan tanggungjawabnya secepatmungkin.c. Para aktivis Politik dan Parti :Himpunkan rakyat untuk isu ini,berlumba-lumbalah sekarang untukmenyelamatkan ummah.d. Para Pengamal Undang-undang :Berusahalah di peringkat nasional danantarabangsa untuk mengutuk perang danpenyembelihan secara beramai-ramai ini.e. Para Wartawan : Gunakan kedudukananda untuk membentuk pendapat umumrakyat samada melalui media bercetakmahupun media audio visual. Sebarkankesedaran mengenai usaha ummah untukmenyelamatkan Palestin. Dedahkanpekung musuh, berilah peringatankepada mereka yang masih bersikap alpadan leka, serulah ummah dan bangunkanorang-orang yang lalai.Gerakerja secara kolektifIkhwan Muslimin, seluruh parti politikdan pertubuhan-pertubuhan NGO,sekarang ini sedang berhimpun untukmenyusun usaha secara kolektifmenuntut supaya pintu masuk di setiapsempadan di Palestin untuk dibuka.Dengan izin Allah, semua pertubuhanini dengan kerjasama daripada bangsaArab, umat Islam dan seluruh rakyat didunia akan melakukan apa yang tidakdilakukan oleh negara-negara daninstitusi-institusi antarabangsa.“Dan katakanlah, “ Bekerjalah kamu,maka Allah akan melihat pekerjaanmu,begitu juga RasulNya dan orang-orangMukmin..” (At-Taubah : 105)
Note:Dr. Mahmoud Ezzat,Setiausaha Agung,Jamaah Ikhwan Muslimin.
Terjemahan : Maszlee Malik
~SUMBER : PALESTINKINI.INFO~
No comments:
Post a Comment