Thursday, March 12, 2009

~...KaTa-KaTa iTu KeHiDuPaN???...~

bismillah~

seringkali kita berhadapan dengan pelbagai rangsangan. sama ada rangsangan berbentuk motivasi yang meningkatkan semangat diri ataupun rangsangan kritikan yang menjatuhkan semangat diri.

dengan kata-kata seorang yang lemah dan gagal dalam sesuatu bidang boleh bingkas bangun untuk terus berusaha hingga menjadi orang yang paling berjaya.
dengan kata-kata jugalah seseorang yang pada asalnya bersemangat dalam hidup boleh 'down' dan patah semangat.

besarnya pengaruh kata-kata...manakan tidaknya kata-kata, perkataan, ayat, ucapan dan percakapan merupakan medium komunikasi utama.tidak lengkap kehidupan seseorang tanpa komunikasi. itulah pentingnya komunikasi yang berkesan.

sedangkan Rasulullah shalallahu a'layhi wasalam sering berhadapan dengan kata-kata fitnah, cacian, tomahan, dan makian...lalu ayat-ayat cinta dari-NYA juga lah pengubat kekuatan meneruskan risalah ILLAHI...

lalu siapakah kita untuk memuaskan hati manusia tanpa dicalari kata-kata yang melemahkan semangat perjuangan?

apa yang ingin dicelotehkan disini hanyalah sekadar mengajak untuk kita sentiasa berfikiran positif dan bersikap optimis. tidak dinafikan bahawa berkata-kata lebih mudah daripada beramal. malah apabila sesuatu situasi yang rumit perlu dihadapi atau permasalahan mendatangi, kita akan lupa bagaimana cara untuk mengawal emosi walhal sebelumnya kita pernah memberi kata-kata perangsang kepada seorang dalam menangani situasi yang sama. akhirnya kita juga yang perlukannya dari orang lain. begitulah kadang-kadang seseorang Doktor yang sering merawat dan menasihati pesakit sering juga sakit dan tidak dapat berdisiplin dengan amalan kesihatan yang baik.

namun siapa pula dapat menyangkal akan hebatnya ayat-ayat cinta dari-NYA. kerana Al-Quran itu merupakan as-Syifa' penyembuh kepada hati-hati yang memerlukan rawatan. tadabburlah maknanya. tika sedang benar-benar dalam kesedihan pegang tafsir al-quran, niatkan dan berdoa dalam hati agar ALLAH memberi penawar kesedihan ini melalui ayat-ayat cinta-NYA. lalu bukalah mana-mana sahaja surah yang ingin ditabbur, insya Allah kalian akan temui secara tidak sengaja ayat-ayat cinta-NYA yang melapangkan hati, mengubat kesedihan diri. DIA lebih tahu kesedihan dan kelukaan dihati kalian. sekalipun seribu manusia kalian luahkan untuk berkongsi kesedihan mereka tidak 100% memahami hati kalian. malah kadang-kadang belum tentu temui ketenangan.

jadi solusinya, apa sahaja situasi yang sedang anda lalui, hadapilah ia dengan fikiran positif dan sikap yang optimis terutamanya optimislah dengan Allah kerana sesungguhnya DIA menurut sangkaan hamba-hamba-NYA...jangan tension-tension, jangan sedih-sedih taw ya sahabat-sahabat tersayang sekalian. chaiyok...chaiyok!
kehidupan ini terlalu singkat untuk ditangisi...
wallahu'alam~

antara kata-kata best yang ingin dikongsi;

'pengalaman adalah guru yang cukup keras...
dia memberi ujian sebelum mengajar'

'sesekali di timpa ujian,
rasanya amat berat untuk dipikul,
tetapi kerana rasa diri adalah hamba yang mana iman tidak seberapa,
ujian adalah satu anugerah Allah untuk mendekatkan diri kita kepada-NYA.
apabila kita kehilangan sesuatu, kita lupa rakyat Palestin hampir hilang segala-galanya...
baki yang tinggal pada mereka hanyalah iman dalam diri sebagai bekal untuk menjejak syurga yang dijanjikan,
bagaimana kita? Tanamkan rasa syukur...Tatkala ketika hidup masih mampu untuk mengingati-NYA...
alhamdulillah.'

'jika rasa tertekan dan rasa sedih,
senyumlah kerana masih banyak nikmat untuk dinikmati'
=)

Wallahu'alam~

1 comment:

Anonymous said...

betoi ke perempuan mudah masuk neraka kerana dengan kata-kata sahaja??