Monday, August 17, 2009

~TURNING POINT-edisi muslimah~

oleh : ummu Sumayyah

Kepada sahabat-sahabat, teman-teman sebaya juga sesiapa juga yang berjaya menamatkan pengajian dan berkonvokesyen dalam minggu dan bulan ini tidak kira apa juga peringkat sama ada diploma, ijazah, ijazah sarjana dan Phd, Syabas dan Tahniah diucapkan. Terutama graduan dari Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tg.Malim Perak. Lepas nie bagi yang belum puas dengan Sarjana Muda pasti akan menyambung Ijazah Sarjana dan tidak kurang ramainya yang bakal mendapat penempatan di medan baru sebagai insan bergelar ‘CIKGU’…


Walau bagaimana keadaan anda semoga cita-cita sebenar kita bukanlah setakat mendapat sijil ikhtisas dan mendapat kerja sebagai guru. Mengimbau semula ketika zaman persekolahan dahulu apabila cikgu bertanya cita-cita nak jadi apa, selain mengatakan terus kerjaya yang diminati ramai juga memberitahu nak belajar hingga berjaya ke menara gading…dan sekarang jika ditanya cita-cita kalian apa agaknya yang kalian citakan? Dapat kerja beli kereta, nikah, beli rumah, aksesori kecantikan dan sebagainya???

Semasa bersolat di surau An-Nur kelihatan sepasang sahabat muslimah sedang rancak berbual mengenai perancangan mereka selepas konvokesyen, kedudukan mereka yang berhampiran denganku menjadikan butir bicara mereka jelas kedengaran, apa yang tertarik apabila salah seorang dari mereka berkata yang lebih kurang begini ‘mak aku kata nanti da kerja gaji pertama jangan guna sangat, simpan sehinga beberapa bulan dan beli kereta cash terus’…’mak aku join koperasi melayu,…’ sebenar tak faham sangat apa yang dimaksudkan. Namun fenomena yang boleh ana meramalkan adalah pasti ‘aim’ mereka lepas nie selain nikah mungkin kumpul harta banyak-banyak. Ana tidak memandang pesimis malah melihat kewajaran fikiran mereka.


Namun, kembali kepada tajuk, ana ingin berkongsi dan mengajak para muslimah/wanita hari ini berfikir apakah peranan kita yang sebenar dari kaca mata Al-Quran dan As-Sunnah? Hakikat penciptaan dan cita-cita yang tertinggi yang sepatutnya bagi seorang Muslimah.


Alhamdulillah atas kelapangan masa yang Allah Taala beri untuk ana menghadiri Forum Nisa’ yang dianjurkan oleh biro pembangunan dan sahsiah Majlis Perwakilan Pelajar UPSI 08/09 yang diadakan setiap minggu pada hari jumaat jam 12.30-2petang. Namun atas komitmen yang ada sudah dua kali terlepas peluang mengukuti. Syabas dan Tahniah juga kepada ajk yang berusaha menganjurkannya. Apapun sebenar ana tertarik dengan topik dan kupasan minggu pertama Forum Nisa’ mengenai ‘Rahsia dan tanggungjawab wanita dari persepsi ibu, isteri dan anak’. Apa yang menarik ahli panel yang membentangkan tajuk tersebut merupakan bekas pensyarah dan kini menumpukan kerjaya sepenuhnya terhadap pendidikan anak-anak yang sedang membesar. Tabik spring atas pengorbanan yang dilakukan, dan menurut beliau bila anak-anak da besar mungkin beliau akan menyambung kerjayanya. ‘siapa disini bercita-cita menjadi suri rumah sepenuh masa?’ pertanyaan kali pertama beliau kepada audiens. Tiada respons dari semua muslimat. Mungkin mereka terkejut dengan soalan yang diutarakan. ‘apalah ustazah nie orang da penat-penat berjuang nak masuk upsi sebab senang dapat kerja, tiba-tiba tanya soalan macam nie pula’ mungkin ini antara ngomelan yang ada dalam benak sesetengah hadirin. Rasional soalan ditanya sebenar mungkin ustazah tersebut ingin melihat sejauhmana muslimat hari ini faham akan peranan mereka yang diciptakan sebagai kaum hawa.

Apa yang ingin dibawakan di sini adalah kaitan isi forum tersebut dengan hala tuju muslimat sebenar yang ingin ana perkatakan di sini. Minggu lepas Alhamdulillah ana berkesempatan lagi menghadiri diskusi hala tuju muslimat mengikut kaca mata al-Quran dan as-Sunnah yang disampaikan oleh seorang ustaz yang merupakan ahli panel aqidah dalam sebuah forum. Sangat menarik kupasan beliau. Rungkaian dan kaitan diskusi tersebut bagi ana menambahkan lagi pokok hakikat wanita di sisi islam. Sukalah ana berkongsi secara ringkasan di sini iaitu :

1. Peranan sebenar wanita secara asasnya adalah duduk di rumah kecuali ada kepentingan dan agenda.

“dan hendaklah kamu tetap berada di rumah-rumahmu, dan janganlah kamu berhias dan berlaku seperti orang-orang jahiliyah yang terdahulu, dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu wahai ahlul bait, dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.” (QS. Al-Ahzab 33: 33)

2. Tips nak masuk syurga bagi wanita mudah je..Taat Allah Taala, Rasulullah dan suami.
“Apabila seorang wanita mengerjakan shalat lima waktunya, mengerjakan puasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan menaati suaminya, maka ia akan masuk surga dari pintu mana saja yang ia inginkan.”
Dishahihkan Al-Imam Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Al-Jami’ Ash-Shaghir, no. 660.

3. Nak jadi solehah? Kayakan diri dengan ilmu syarie (agama)…

Dari Mu’awiyah bin Abu Sufyan radiallahu anha, Rasulullah shalallahu alayhi wasalam bersabda;
“Barangsiapa yang Allah inginkan kebaikan padanya, maka Allah menjadikannya faqih tentang agama.” –kitab Ash-Shahihain dan selain keduannya.

Al-Imam Muslim meriwayatkan dalam Shahih-nya dari Abu Hurairah radiallahu anha, Rasulullah shalallahu alayhi wasalam bersabda;
“Barangsiapa yang menempuh suatu jalan dalam rangka mencari ilmu, maka Allah mudahkan baginya jalan menuju Syurga.”

Firman Allah Azzawajalla ;
“Nescaya Allah akan meninggikan orang-orang beriman di antara kalian dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kalian kerjakan.” (Al-Mujaadilah :11)

4. Peranan wanita dalam merosak dan memperbaiki masyarakat.


Tidakkah kalian saudari muslimatku menyedari kadang-kala tanpa disedari kita menjerumuskan orang lain kepada dosa? Hakikatnya wanita itu membawa fitnah yang besar.
Al-Imam Al-Bukhari rahimullah berkata (9/5096):


Adam mengabarkan kepada kami, dia berkata: Syu’bah mengabarkan kepada kami, dia berkata: Sulaiman At-Taimi mengabarkan kepada kami, dia berkata: Saya mendengar Abu’Utsman An-Nahdi dari Usamah bin Zaid radiullahu anha, dari Nabi shalallahu alayhi wasalam bersabda:

“Tidaklah aku tinggalkan setelahku sebuah fitnah yang lebih berbahaya bagi kaum lelaki daripada fitnah para wanita.”
Muslim meriwayatkannya (4/2097), juga At-Tirmidzi no. (2780) dan dia berkata: “Hadith hasan Shahih”, serta Ibnu Majah no.(3998).


Firman Allah Azzawajallaj:
“dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita…” (Ali-Imran:14)


Tidakkah terbit rasa bersalah kalian apabila pernah berkawan dengan lelaki yang bukan muhrim lalu memberi ruang dan peluang kepada mereka berbual kosong dengan kita walaupun menerusi telefon, pada diri anda hal itu biasa dan tidak melemahkan perasan tetapi tidakkah anda menyedari mungkin kelunakan suara wanita ini atau kemanisan senyuman yang diberikan telah melalaikan lelaki tersebut ketika di dalam solat mengadap Allah Taala?

Namun jangan saudari bimbang jika saudari tergolong dalam barisan muslimat yang mahu mengislahkan diri, teruskan pencarian ilmu dan terus beramal dan rangka memperelokkan ibadah kita semata-mata mengharapkan rahmat dan redha ILLAHI ROBBI.

Peranan muslimat dalam memperbaiki masyarakat pula sangat-sangat penting. Menurut Syaikh Muhammad bin Shalih al-Utsaimin rahimullah dalam buku Daurul Mar’ah fi ishlahi Mujtama’, yang dipetik dari majalah al-Mawaddah terbitan Lajnah Dakwah Ma’had al-Furqon al-islami; peranan seorang muslim dalam memperbaiki masyarakat terbahagi kepada dua bentuk,
Pertama, peranan secara langsung ke lapangan dakwah seperti memperbaiki keadaan pasar, masjid, dan semua urusan yang memerlukan keperluan secara langsung. Perbuatan ini ialah yang layak dilakukan oleh kaum lelaki kerana merekalah yang biasanya mengerjakan hal-hal sebegini.


Kedua, peranan disebalik tabir. Maksudnya, usaha memperbaiki masyarakat namun dari rumah masing-masing. Hal ini ialah yang layak dilakukan oleh kaum wanita, kerana memang dia adalah penjaga rumah tangga, sebagaimana firman Allah Taala saat memerintahkan isteri Rasulullah shalallahu alayhi wasalam:

“dan hendaklah kamu tetap berada di rumah-rumahmu, dan ja nganlah kamu berhias dan berlaku seperti orang-orang jahiliyyah yang terdahulu, dan dirikanlah sholat, tunaikanlah zakat dan taatilah Allah dan Rasul-Nya. Sesungguhnya Allah bermaksud hendak menghilangkan dosa dari kamu, wahai ahlul-bait dan membersihkan kamu sebersih-bersihnya.” (QS. Al-Ahzab 33: 33)

Walaubagaimanapun, bukanlah sesuatu yang berlebihan atau menyalahi fitrah wanita apabila wanita bergiat dalam lapangan dakwah secara langsung, hal ini kerana zaman ini jumlah kaum wanita melebihi kaum lelaki, maka sewajarnya wanita sama-sama berkongsi ilmu dengan niat memperbaiki sesama wanita. Walhal hakikat wanita sebagai ibu tidak dapat dinafikan mereka adalah madrasah atau sekolah pertama bagi setiap anak-anak.

Bagi bakal cikgu-cikgu adakah anda bersedia memperbaiki anak-anak atau adik-adik remaja kita disekolah nanti? Atau anda berasa itu bukan tanggungjawab anda, kerana anda belajar di Universiti atau Institusi Pendidikan Guru hanya untuk mengajar mengikut subjek atau bidang yang diberi dan cukup bulan terima gaji…? Semoga medan pendidikan yang bakal diceburi kelak bukanlah semata-mata kita mencari keuntungan duniawi atau mencukupkan syarat untuk berkerjaya tetapi sama-sama kita beringat selain tangungjawab membentuk modal insan ruang dan bidang ini ibarat sebuah ladang untuk kita meraih hasil di hari akhirat kelak atau kata lainnya saham akhirat, namun itu hanya jika kita meletakkan cita-cita tertinggi iaitu meraih rahmat dan redha ILLAHI ROBBI…(cita-citaku suri rumah profesional???=))

Allahu’alam bisawab~

Sumber rujukan : terjemahan kitab ‘Nashihatiy lin Nisaa’ karya Ummu Abdillah Al-Wadiyyah, putri Asy-Syaikh Muqbil bin Hadi Al-Wadi rahimullah.
Majalah al-Mawaddah (
www.almawaddah.or.id) terbitan Lajnah Dakwah Ma’had al-Furqon al-islami.

12 OGOS 2009
p/s: posting yang terlewat lagi….

No comments: