Saturday, July 16, 2011



Bismillah~

Semakin sunyi pula khazanah-kerahsiaanku sejak kebelakangan ini. Rindu pada zaman percambahan idea untuk mengisi laman-laman yang berada di khazanah-kerahsiaanku ini. Sebenar alam perkhidmatanku sebelum ini agak sibuk dengan pelbagai aktiviti dan tidak kurang juga ujian dan dugaan yang dihadapi di tempat berkhidmat menyebabkan fikiran tiada idea dan mood untuk berkongsi perspektif kehidupan (padahal tiada alasan jika benar-benar sibuk).

Selepas ini aku akan meneruskan perjalanan takdir ini dengan memikul dua komitmen besar dan bermakna pada diri. Namun segalanya dalam perangkaaan fikiranku sedangkan belum pasti aku sempat melalui kerana mungkin takdir KEMATIAN itu tiba dulu. (Ya Allah matikan kami dengan kematian Husnul Khatimah…Ameen)

Alhamdulillah akhirnya setelah beberapa lama ragu-ragu untuk meneruskan cita-cita asal yakni berkhidmat dan posting di sekolah harian akhirnya perjalanan takdir membawaku kembali merealisasikan misi yang belum selesai. Semua orang ada cita-cita tersendiri, cita-citaku tidak setinggi mana sekadar guru biasa walaupun dulu pernah bercita-cita setinggi awan mahu menjadi pejuang di angkasa raya (Juruterbang Pesawat Tentera). Dan Alhamdulillah bisikan yang seringku rayukan pada Allah dalam sujudku sentiasa diperkenannya, melanjutkan pelajaran di UPSI dalam pendidikan Geografi supaya dapat menjadi guru sebagai platform perananku di muka bumi Allah Taala. Misiku berbakti di sekolah harian kerana mahu menebus sejarah epilog silamku dan menjadikan perkhidmatanku adalah sebuah misi yang penuh cabaran.

Mungkin ada yang pertikaikan mengapa tidak aku meneruskan perkhidmatan dalam suasana yang baik dan soleh tetapi sanggup pula terjun ke tempat yang pasti persekitaran yang kurang membangkitkan iman dan mendepani wajah-wajah yang punyai 1001 gejala sosial apatah lagi berkhidmat di Kota Metropolitan yang sungguh melemaskan nafas, iman dan fikiran. Jika semua guru-guru yang mengamalkan islam itu hanya nak sekolah ada nama islam, siapa pula yang akan mewujudkan dan menyemai semangat keislaman ke dalam jiwa anak-anak islam yang bersekolah sekular? Sudah semestinya kita tidak akan mampu mengubah sistem yang ada kerana itu bukan peranan kita tetapi kita masih boleh mengubah persepsi negatif kita yang sering memandang rendah kepada anak-anak yang lahir dari sekolah sekular kepada kepercayaan bahawa hidayah itu milik Allah tetapi usaha itu pilihan kita.

Sahabat-sahabat minta doakan daku (^_^)

No comments: