~**dakwat tinta semakin laju, mengikut rentak irama kehidupan, bukan penghukum tetapi penyeru sekadar mencari hakikat kebenaran, kerana Al-Quran dan As-Sunnah itu seiringan(12:108)**~
Saturday, October 15, 2022
Kenali jenis-jenis peringatan penting dalam alQuran ibarat kita wajib
kenal simbol objek di jalan raya(ketika memandu untuk lancar
perjalanan).
Baiki Tauhid supaya dengannya kita tak mudah goncang mahupun rebah
dengan angin taufan & badai kehidupan. Ibarat akar pokok yang teguh
berbeza dengan akar pokok yang mereput.
Kenali ubat jiwa yang kita perlukan. Ubat yang paling ampuh / mujarab
bagi penyakit Hati ialah alQuran. Kerna lapisan hati yang pertama iaitu
Sadru itulah wilayah ujian. Lalu yang sempit atau lapangnya jiwa
bergantung kepada amal ketaatan yang dilakukan.
No comments:
Post a Comment