Monday, September 24, 2007

~...Jalan pulang ke pangkuan Tuhan terlalu luas...~

Oleh: DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN
ANTARA keistimewaan Islam yang agung ini adalah jalan pulang ke pangkuanagama ini amat luas terbuka dan tidakmembebankan. Peluang seorang insankembali ke pangkuan keampunan dankeredaan Allah tidak pernah disekatoleh sebarang jarak waktu, latar diri,keturunan, atau harta.
Sesiapa yang ingin pulang ke pangkuanAllah tidak pernah dihalang oleh agamaini disebabkan jenis dosanya atauketurunan, usianya yang lanjut, atauapa sahaja.Seseorang yang ingin kembali kepadaAllah diterima oleh kerahmatan-Nyadengan syarat insan tersebut menyesalikesilapannya, benar-benar memohonkeampunan dan berazam tidak mengulangikesalahan lalu. Jika kesalahan itusesama insan lain, dia memohon maafdari yang dizalimi. Jika tidak mampu,bimbang mudarat yang lebih besar jikapermohonan maaf dibuat, serahkansahaja urusannya itu kepada Allah danAllah Maha Mengetahui kadar kemampuanhamba-hamba-Nya.
Firman Allah dalam surah Ali 'Imran135-136: (maksudnya) Dan mereka yangapabila melakukan perbuatan keji, ataumenganiaya diri sendiri, mereka ingatkepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka - dan sememangnya tidakada yang mengampunkan dosa-dosamelainkan Allah - dan mereka jugatidak meneruskan (perbuatan buruk)yang mereka telah lakukan itu, sedangmereka mengetahui (akan salahnya danakibatnya). Orang- orang yang demikiansifatnya, balasannya adalah keampunandari Tuhan mereka, dan syurga-syurgayang mengalir di bawahnya beberapasungai, mereka kekal di dalamnya; danyang demikian itulah sebaik-baikbalasan (bagi) orang-orang yangberamal
.Islam bukan seperti sesetengah ajaranyang menyuruh seseorang yang berdosamembuat pengakuan di hadapan orangagama, atau melakukan upacara yangmenyeksa diri demi penghapusan dosaseperti melukakan diri atau berjalanatas bara api atau membuat bayaranpenebusan.
Demikian perbuatan sesetengah pihakmencari rezeki dengan mengambil upahuntuk pelupusan dosa solat atau puasaatau ibadah yang lain, bukan dariajaran Islam. Islam tidak pernahmengenal itu semua. Seperti Islamtidak pernah menerima sama sekalipunperbuatan sesetengah agama lain yangmengeluarkan surat berbayar untukpenghapusan dosa, demikian Islam tidakdapat menerima perbuatan penganutnyajika melakukan hal yang sama denganmengeluarkan borang pahala yang dijualsempena Ramadan atau selainnya.
Keampunan dan rahmat Allah bukandijual di jalanan. Ia sangat berkaitandengan keluhuran jiwa yang ikhlasingin kembali kepada Allah Yang MahaPengampun. Jika keampunan hanyalahbayaran yang dibayar kepada pihaktertentu, tentulah semua orang kayatempatnya di syurga.Sementara si miskin yang tidak mampumembayar kepada golongan agamatiadalah habuan keampunan untuknya.Maka tidaklah perlu lagi seseorangberpegang dengan agama, cukuplahdengan membanyakkan ongkos, makaselamatlah dia di sisi Tuhan. Aduhai,tentu tidak demikian.
Firman Allah (maksudnya) Hari yangpadanya harta benda dan anak-pinaktidak dapat memberikan manfaat sesuatuapapun. Kecuali orang yang datangmenghadap Allah dengan hati yangsejahtera. Dan (pada hari itu)didekatkan syurga bagi orang- orangyang bertakwa. Dan diperlihatkanneraka jelas nyata kepada orang-orangyang sesat. (surah al-Syuara 88-91).
Seseorang yang berdosa pula, tidakdisuruh mendedahkan dosanya kepadaorang lain sekalipun di hadapan ulamaatau siapapun di kalangan manusia.Bahkan dia disuruh bertaubat antaradia dengan Allah dan menutup keburukandirinya daripada orang lain.
Nabis.a.w. bersabda: Sesiapa yang menutup(keburukan) seorang Muslim, Allahtutup (keburukannya) di dunia danakhirat. (Riwayat Muslim).Termasuk dalam perkataan Muslim itudiri insan yang berdosa itu sendiri,dia juga tentu seorang Muslim. Makadia wajib menutup keaiban dirinya.Maka dalam Islam tidak ada pengakuandosa di hadapan paderi. Sesiapasahaja yang berasa berdosa dan inginkembali kepada Allah, maka diabertaubat di mana sahaja dia berada.
Sabda Nabi: Sesungguhnya Allahmenerima taubat seorang hamba selaginyawa belum sampai ke halkumnya.(Riwayat al- Tirmizi, dinilai hasanoleh al-Albani). Aduhai luasnya rahmatAllah dalam agama ini. Bahkan dalamsebuah hadis kudsi, Allah berfirman:Wahai anak-anak Adam, selagi manaengkau memohon dan mengharapkan dari-Ku, Aku ampunkan engkau walau apapundosamu, Aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, jika dosamu sampai kepuncak langit, lalu engkau pohonkeampunan dari-Ku, Aku ampunkanengkau, aku tidak peduli. Wahai anak-anak Adam, engkau jika datang kepada-Ku dengan dosa yang hampir memenuhibumi, namun engkau menemui-Ku tanpamensyirikkan Daku dengan sesuatu,nescaya aku datang kepadamu denganpenuh keampunan. (Riwayat al-Tirmizi,dinilai hasan oleh al-Albani).
Bahkan kita dilarang kecewa denganhidup disebabkan dosa yang lalu.Sebaliknya, disuruh agar sentiasamemohon keampunan daripada Allah danjangan kecewa dari rahmat-Nya.
FirmanAllah dengan penuh syahdu dalam surahal-Zumar ayat 53: (maksudnya),Katakanlah: Wahai hamba- hamba-Ku yangtelah melampaui batas terhadap dirimereka sendiri (dengan perbuatanmaksiat), janganlah kamu berputus asadari rahmat Allah, kerana sesungguhnyaAllah mengampunkan segala dosa;sesungguhnya Dialah jua Yang MahaPengampun, lagi Maha Mengasihani.Al-Imam Ibn Kathir (meninggal 774H)ketika mentafsirkan ayat inimenyebut: Ayat yang mulia ini adalahpanggilan untuk semua pembuat dosadari kalangan yang kufur dan selainmereka agar bertaubat dan kembalikepada Allah. Ayat ini juga adalahpemberitahuan Allah Yang Maha BerkatLagi Maha Tinggi bahawa Diamengampunkan segala dosa untuk sesiapayang bertaubat dan meninggalkannya,walau bagaimana besar dan banyaksekalipun dosa tersebut. Sekalipunbagaikan buih di lautan. (Tafsir al-Quran al-Azim, 4/74, Beirut: Mussasahal-Rayyan).Maka tidak ada kecewa bagi insan yangberdosa.
Sekalipun kadangkala ada dosayang tidak dapat dimaafkan olehperasaan insan lain, namun Allah tidakpernah menutup pintunya selagi insanyang berdosa itu insaf, benar-benarkembali kepada-Nya.Saya bicarakan tajuk ini, sesuaidengan suasana puasa. Juga agarperbincangan agama, janganlahmenyebabkan manusia ini kecewa dengandiri mereka dalam mencari jalan pulangke pangkuan Tuhan.Agama ini begitu lunak. Pintu untukmendekati Tuhan tidak pernah hanyadikhususkan untuk orang tertentusemata. Bahkan sesiapa sahaja yangmenerima Islam ini dan berusahamendekatkan diri dengan jalanRasulullah maka dia akan sampai kedalam rahmat Allah.Tiada perbezaan antara mufti, ustaz,imam dan orang biasa. Tuhan tidakpernah menilai insan dengan gelaran-gelaran yang diberikan oleh sesamamanusia. Dia melihat keluhuran jiwadan kesahihan amalan.
Entah beraparamai orang biasa lebih mulia di sisiTuhan dibandingkan mereka yangbersandar dengan berbagai-bagaigelaran dan pangkat. Jalan pulang kepangkuan Tuhan tidak pernahmendiskriminasikan manusia.Kadangkala amat menakutkan kitamendengar ucapan sesetengah orang.Saya pernah mendengar seseorangmenyebut dosa- dosa si polan tidakakan diampunkan Allah. Ringanperkataan itu di lidah kita, amatberat kesalahannya di sisi Allah.Sejak bilakah pula kita menjadikanwakil Tuhan dalam memutuskan rahmatatau kelaknatan di kalangan hamba-hamba-Nya. Kita menolak manusia inginkembali dataran keampunan Allah hanyakerana emosi kita, sedangkan Allahsendiri mengisytiharkan keluasanrahmat-Nya untuk semua.Marilah kita berkempen untuk manusiamendapatkan rahmat keampunan Allahini. Bukan untuk orang masjid dansurau sahaja, tetapi juga semua muda-mudi di jalanan, artis di pentas,pemimpin di gelanggang politik danseterusnya.
Jangan menghukum seseorangitu sebagai tidak berpeluang menerimarahmat Allah sedangkan roh masih dijasadnya dan hukuman Allah belum punkita tahu.Nabi bersabda: Jika seseorang berkata:Binasalah manusia, maka dialah yangpaling binasa. (Riwayat Muslim). Hadisini bermaksud apabila seseorangberkata dengan tujuan merendahkanorang lain dan membanggakan dirinyaseakan orang lain tidak mendapatkerahmatan, maka dialah akandibinasakan Allah.
Dakwah agamahendaklah merentasi sempadan-sempadanyang dibikin oleh kita. Rahmat Allahmestilah disebarkan ke semua daerahhidup yang pelbagai. Sama ada yangberada di gelanggang sukan, di pentasfilem, di medan politik atau apasahaja.Janganlah perbincangan agama hanyamenggambarkan seakan semua manusiaakan memasuki neraka semata, lalu kitalupa Allah ialah Tuhan Yang MahaRahmat. Ungkapan-ungkapan agama iniadalah ungkapan memberikan harapan,bukan menimbulkan kekecewaan.Sehingga dalam hadis Nabi bersabda:Seorang telah melakukan satu dosa,lalu dia berkata: Wahai Tuhankuampunilah dosaku.
Lalu Allah azza wajalla berfirman: Hamba-Ku melakukandosa dan dia mengetahui bahawa baginyaTuhan yang boleh mengampun danmenghukumnya dalam riwayat yang lainditambah: Aku ampunkan dosanya.Kemudian dia kembali melakukan dosayang lain, dia berkata: Wahai Tuhankuaku telah melakukan dosa ampunilahdosaku. Lalu Allah berfirman: Hamba-Kumelakukan dan dia mengetahui bahawabaginya Tuhan yang boleh mengampun danmenghukumnya-dalam riwayat yang lainditambah: Aku ampunkan dosanya. Laludia melakukan dosa sekali lagi, diaberkata: Wahai Tuhanku aku telahmelakukan dosa ampunilah dosaku. LaluAllah berfirman: Hamba-Ku melakukandan dia mengetahui bahawa baginyatuhan yang boleh mengampun danmenghukumnya, maka aku ampunkan hamba-Ku in, buatlah apa yang kau mahu Akuampunkan engkau. (Riwayat al-Bukharidan Muslim).
Hadis ini bukanlah menggalakkanmanusia melakukan dosa, tetapimenceritakan hal seorang hamba yangbertaubat bersungguh-sungguh namungagal mengawal dirinya lalu tetapterjatuh ke dalam dosa. Setiap kaliberdosa, dia ikhlas memohon keampunandan dia tetap diampun oleh Allahs.w.t.Hadis ini memberikan semangat kepadamereka yang telah bersalah berulangkali untuk terus bertaubat bukanberputus asa dan terus mengikut jejaklangkah syaitan. Walaupun barangkaliorang lain akan menyebutkepadanya tidak guna kau bertaubat,sudah berapa kali kau tetap gagalkekal atas taubatmu, namun Allahtidak berkata demikian. Dia Yang MahaPengampun tetap membuka pintu selagihamba-Nya itu jujur dan ikhlasmerintih kepada-Nya.Jika Allah menutup pintu, makakekecewaan akan meliputi jiwa hambayang seperti ini dan akhirnya dia akanterus tenggelam dalam kejahatan. Namundengan dibuka seperti ini, insan akanterus berusaha kembali kepada Allahsetiap kali tergelincir.
Saya amat hairan, ada agama tertentuyang dikatakan mempengaruhi emosisesetengah anak-anak muda kitadisebabkan unsur kasih sayang danrahmat berkenaan yang ditonjolkandalam agama. Seakan anak-anak mudakita tidak pernah mendengar tentangkeluasan rahmat dan keampunan Allahdalam Islam ini. Lalu mereka pun kagumdengan agama lain dan melupai agamasendiri yang diturunkan Allah ini.Adakah kerana mereka tidak mempelajariajaran Islam yang betul? Ataupunkempen kita kepada Islam kurangmenonjolkan unsur-unsur kerahmatanagama ini?Hendaklah kita sedar, dalam dakwahbaginda Nabi bukan hanya diceritakanbalasan neraka, namun diceritakan jugakenikmatan syurga. Bukan hanya tentangkemurkaan Allah kepada yangmenderhakai-Nya tetapi juga rahmat-Nyabagi yang kembali kepada kepada-Nya.
Firman Allah dalam surah al-Hijr 49-50: (maksudnya) Khabarkanlah kepadahamba-hamba-Ku (Wahai Muhammad),bahawa Akulah Yang Maha Pengampun lagiMaha Mengasihani (bagi mereka yangbertaubat dan beramal soleh). Danbahawa azab-Ku, adalah azab yang tidakterperi sakitnya, (bagi mereka yangtetap dalam kederhakaan).Di suasana Ramadan ini, semoga taubatmempunyai ruang yang besar dalam hidupkita. Manusia disuruh takut melakukandosa. Namun jangan kecewa jikatersilap. Di samping insan jugahendaklah selalu beringat, bahawa dosayang terlampau setelah diberiperingatan, boleh menghilangkaningatan insan untuk kembali kepadaTuhan.
Firman Allah dalam surah al-Baqarahayat 6-7: (maksudnya) Sesungguhnyaorang-orang yang ingkar itu, samasahaja kepada mereka: Sama ada engkauberi amaran kepadanya atau engkautidak beri amaran, mereka tidak akanberiman. (Dengan sebab keingkaranmereka), Allah mematerikan atas hatimereka, pendengaran mereka, dan padapenglihatan mereka ada penutupnya; danbagi mereka pula disediakan azab seksayang amat besar.
- DR. MOHD. ASRI ZAINUL ABIDIN ialahMufti Kerajaan Negeri Perlis.E-mel: moasriza@yahoo.com

No comments: