“Ikhlas itu ‘khalas’ …dalam bahasa Arab ertinya habis, licin-licau, sehabuk pun tak ada.”
“Ertinya, orang yang ikhlas itu tidak ada sesuatu apa pun di dalam hatinya melainkan Allah. Ia berbuat kerana dan untuk Allah semata.” tambah saya lagi.
“Apa kaitanya semua ini dengan masalah saya? Soal Aisya Sofea yang merupakan sahabat karibku sejak kecil.
“Masalahnya saya sangat tertekan dengan teman sebilik. Stress saya dibuatnya. Saya tak tahu kenapa dengan dia, bila bercakap asyik nak marah je. Perempuan ‘datang bulan’ pun masa tertentu je ‘bad mood’. Saya bukan apa kami memang berkawan rapat, lagipun kami sekelas. Cuma sejak akhir-akhir nie layanan dia dingin je. Apa saya buat tak kena. Ada-ada sahaja kerenah dan masalahnya. Padahal saya ikhlas.”
“Maksud awak orang ikhlas akan stress?” jolok saya perlahan.
“Ya, kekadang kita ikhlas memberi, orang lain pula tidak ikhlas menerima. Kalau sama-sama ikhlas kan baik. Tak stress.”
…………………………..
“Awak tau rahsia kegagalan?” Tanya saya seolah-olah mengalih arah perbualan. Dia nampak tersentak. Telah dua kali saya cuba ‘mengeluarkan’nya daripada kotak pemikiran yang lain- Think outside the box, kata orang.
“Pelik selalunya orang lebih tertarik dengan rahsia kejayaan berbanding rahsia kegagalan…”
“Siapa yang tidak tahu rahsia kegagalan tidak akan berjaya,” tegas saya. Dia tersenyum. Tanda setuju.
“Apa dia rahsia kegagalan?”tanyanya . Saya senyum. Pancingan saya mengena. Umpan saya telah ‘dimakan’.
“Cuba menyukakan hati semua orang!” jawab saya.
“Kenapa …salahkah cuba menyukakan hati semua?”
“Tak salah. Tapi sebagai makhluk kita tidak akan mampu. Justeru, siapa yang cuba menyukakan hati semua orang, akan berakhir dengan semua orang tidak akan suka kepadanya.”
“Betul tu…kalau saya cuba menyukakan hati seorang kawan pertama, kekadang menyinggung perasaan kawan kedua. Bila saya cuba pula menyukakan hati kawan kedua, kawan yang lain pula yang tak suka saya rapat dengan kawan kedua. Stres. Mana jalan keluarnya?”
“Awak mesti ikhlas!”
“Ya Rabbi, apa ni? Kejap ke sini, kejap ke sana hala perbualan kita ni.”
“Taklah…kita ke sana untuk ke sini,” balas saya bermain kata-kata.
Aisya Sofea tersenyum. Saya senang sekali dengan senyumannya.
…………………………….
“Apa kaitannya antara ikhlas dan rahsia kegagalan?”
“Orang yang ikhlas akan berjaya. Orang tidak ikhlas akan gagal.”
“Mengapa?”
“Orang yang ikhlas hanya ada satu Tuhan untuk dijaga dalam hidupnya. Manakala orang yang tidak ikhlas punya ramai ‘tuhan’ kecil untuk dijaga.”
“Maksud awak, orang yang ikhlas berbuat sesuatu untuk mendapat keredhaan Allah yang satu. Sedangkan orang yang tidak ikhlas berbuat sesuatu untuk mendapat keredhaan ramai manusia.”
“Jika kita berbuat sesuatu hanya untuk Allah- insya Allah, Tuhan akan redha. Itu rahsia kejayaan…”tambah saya.
“Tetapi sekiranya kita cuba menyukakan hati semua orang, semua orang akan benci dan itulah punca kegagalannya….kan gitu?
Saya mengangguk.
“Saya rasa terbelenggu betul dengan sikap kawan-kawan sejak kebelakangan ini. Hidup saya serba tak kena. Diluah mati emak ditelan mati bapa.”
“Orang ikhlas itu bebas!” kata saya pendek. Mengingatkan diri saya juga.
“Terus-terang…. saya akui, saya tak bebas. Ertinya saya juga tidakikhlas.”
………………………………………
“Jangan mengeluh begitu. Saya pun sama juga. Tidak bebas sepenuhnya. Masih lagi bertatih dan berlatih. Semua orang juga begitu. Yang penting jangan labelkan diri kita dengan label yang negative. Kita hanya ‘fail’ (gagal) tetapi bukan ‘failer’ (orang yang gagal).”
“Bagaimana nak merdeka…ops, nak bebas?”
“Jadi orang yang ikhlas. Jadi hamba Allah. Itulah merdeka sebenarnya.”
“Itu terlalu falsafah. Saya nak yang mudah. Yang boleh diamalkan secara realistik dalam realiti kehidupan kita.”
“Secara mudah apa sahaja yang Allah tetapkan wajib maka kita lakukan walaupun mungkin kawan kita suka, keluarga kita tak suka. Yang haram kita tinggalkan, walaupun kawan kita tak suka, keluarga kita pula yang suka. Yang penting bukan kesukaan manusia, tetapi ‘kesukaan’ Allah.”
“Kalau semuanya tak suka macam mana?” geleceknya licik.
“Insya Allah, ada manusia yang akan suka apabila kita disukai oleh Allah.”
“Tapi tidak semua kan? Itu problemnya.”
……………………………………….
“Hanya manusia yang sukakan Allah akan menyukai manusia lain yang juga sukakan Allah. Cinta yang satu akan menyatukan manusia.”
“Tapi tak semua kan? Ulangnya sekali lagi.
Saya diam.Jelas, penjelasan saya masih tak jelas lagi. Saya terima kelemahan saya. Bukan kerana kelemahannya, tetapi kerana kelemahan saya. Saya diam mencari makna dan kata..
“Jika awak diberi pilihan …. Untuk disukai oleh dua orang manusia. Pertama, manusia yang disukai Allah. Kedua, manusia yang dibenci Allah… yang mana awak pilih?”
Akhirnya saya bersuara.
Jelas kali ini dia pula terdiam. Alhamdulillah. Dia berfikir dalam. Begitu saya mengharapkan. Saya tidak menganggap perbualan satu persaingan tetapi lebih sebagai satu perkongsian.
“Tentu saya memilih untuk dusukai oleh orang yang disukai Allah.” Dia menjawab akhirnya.
“Ya itulah jawapannya. Apa guna disukai oleh orang yang dibenci Allah? Sukanya tidak memberi manfaat. Bencinya tidak memberi mudarat.”
“Ya kita tidak boleh menyukakan hati semua orang. Kita hanya perlu berusaha untuk menyukakan Allah…Insya Allah nanti kita akan disukai Allah juga. Dan itulah rahsia kejayaan kita.”
Demikian terungkainya perbualan kami yang kompleks pada awalnya itu. Mudah-mudahan kami ikhlas dalam perbualan mengenai ikhlas itu!....
...:...sumber : dipetik dan diubahsuai daripada Majalah Anis keluaran Januari ’08 ruangan kemudi hati oleh Ustaz Pahrul Muhamad Juoi...:...
No comments:
Post a Comment