Sunday, March 9, 2008

~...BELAJAR BERSYUKUR SEPERTI BURUNG...~

.:.Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang.:.

Segala puji hanya layak untuk Allah Tuhan sekalian alam semesta.
Kenapa burung ? bukan semut atau cicak ker…sebenarnya ana sahaja guna binatang kerana mungkin binatang lebih tahu bersyukur berbanding kita manusia. Tak kisah la nak kata bersyukur seperti harimau ker gajah ker semua boleh. Asalkan kita dapat menilai dengan pandangan keimanan…insya-Allah.

Apa pun isu yang ana ingin kupas di sini bukanlah menceritakan setiap inci kehidupan burung…sekadar kiasan. Yang lebih utama kita renungi kehidupan kita berapa kalikah setiap nikmat yang kita kecapi kita syukuri??? Pertanyaan ini juga untuk diri ana yang serba dhaif ini, kerana orang yang berkata terlebih dahulu akan diuji dengan apa yang dikata.

Alhamdulillah atas nikmat yang Allah beri kepada ana kerana sering dapat menumpang IPT-IPT orang lain…menumpang? Maksudnya di sini ana berpeluang ‘ceroboh’ atau masuk dengan izin ke IPT atas urusan yang tak rasmi (hadiri kuliah/program, cari bahan kat perpustakaan, cari orang/kawan). Syukur juga kerana dapat melihat fenomena di IPT orang lain dengan neraca agama.

Ana bersyukur sangat, Alhamdulillah kerana dapat belajar di tempat ana belajar sekarang Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kerana persekitaran atau bahasa arabnya ‘bi’ah’ kat Tanjung Malim tak mencabar/menyedihkan seperti di kawasan lain. Mungkin disebabkan sebagai bakal guru maka kebanyakan pelajar lebih menjaga adab dan akhlak. Dari sudut berpakaian pun turut dipuji orang luar kerana pelajar lelakinya sering berkemeja dan bertali leher dan perempuannya berbaju kurung dan sewaktu dengannya. Skema! Mungkin boleh didakwa begitu. Tak kisahlah tapi yang penting diingatkan kelak jadi guru di sekolah pakaian begitulah yang perlu dipatuhi dalam etika perguruan. Malahan juga pakaian kaum hawa alhamdulillah tak begitu mencabar iman kaum Adam. Apatah lagi budaya pelajar di sini, erm mungkin disebabkan kesedaran yang ada, kelak diri nak jadi pendidik yang bakal berdepan dengan pelajar zaman globalisasi maka terlebih dahulu diri perlu dididiki untuk menjadi ‘Qudwah Hasanah’.

Bukan membangga diri, kerana IPT lain adalah lebih baik. Namun cerita di atas sekadar contoh, kita memperhati, mengupas, meneliti, menilai dan mempelajari. Agar diri dapat jadi hamba bersyukur di sisi Illahi atas segala nikmat yang diberi. Kebetulan semalam ana berpeluang untuk ‘jaulah’atau melancong/melawat sebuah IPTA tujuan cari bahan kat perpustakaan dan IPTS jumpa sahabat lama. Pemandangan yang biasa melihat pelajar IPT gigih meramu ilmu. Sesekali cubalah memandangan dari sudut nilai akhlak islami. Pakaian pelajar muslim amat menyedihkan, mungkin di kuliah lebih bersopan. Apalah maknanya jika malunya hanya di kuliah. Lebih menyedihkan auratnya tertutup rapi apabila bersolat kerana memakai telekung. Auratnya hanya ketika dalam solat kerana mengadap Allah, jadi ketika luar solat auratnya dah bertukar sempadan dan Allah tak lihat dia dah lepas solat yer. Huh! Mazhab mana tu?

IPTA yang ana pergi lebih baik berbanding IPTS yang ana pergi. Maaf bukan membanding dari sudut nilai atau kualiti pendidikan tapi hanya satu iaitu sudut nilaian islami. Sekali lagi dijelaskan iaitu sudut akhlak seorang muslim. Ketika berada di stesen komuter terdapat seorang pelajar ‘mat saleh’ dengan kawan-kawannya pelajar tempatan. Ana cuba membandingkan pelajar ‘mat saleh’ tersebut dengan pelajar muslim di sebelahnya, erm tak ada beza dari sudut pakaiannya. Kenapa yerk? Bukankah perintah Allah supaya kita menutup aurat agar lebih dikenali (iaitu sebagai seorang muslim). Namun jika kita terlalu inginkan ‘up to date’ sehingga batasan aurat pun ter ‘up’ maka tentulah orang keliru sama ada kita orang islam atau tidak. Alangkah ruginya jika kita tak berbangga dengan nikmat pakaian yang Allah ciptakan untuk kita. “semulia-mulia pakaian adalah Taqwa”.

Tak adil jika ana menyamakan semua orang di IPT tersebut mempunyai sikap yang sama dan membuat kesimpulan di atas segelintir pelajar padahal yang lain tak sebegitu. Memang betul tak adil. Namun, kembali ke tajuk asal ana sekadar mengajak orang lain mencari kelebihan di tempat sendiri, mencari kelebihan diri, keluarga, kawan-kawan seperjuangan, dan segala anugerah Allah Taala kepada kita semua kerana sering kali kita melihat pelangi di atas kepala orang lain dan memuji sehingga terlupa memuji Pencipta pelangi yang mencipta pelangi indah yang ada di atas kepala kita sendiri.

Maka sekadar sedikit misalan yang ana bawakan di mana ana bersyukur kerana berpeluang belajar dalam kondisi masyarakat pelajar yang lebih bersopan. Mungkin kalian rasa tak puas hati ana hanya memuji tempat ana. Jadi carilah kelebihan tempat sendiri dan puji…tapi ingat bukan puji diri tapi pujilah Illahi atas nikmat yang diberi. Adalah lebih baik kita memperhatikan pula segala nikmat yang diberi kepada diri sendiri. Nikmat mata untuk memandang kebaikan dan keindahan alam ciptaan Nya, nikmat telinga untuk mendengar zikir pujian untuk Nya, nikmat mulut untuk melafaz kalimah indah kalam dari Nya, nikmat anggota untuk beribadah kepada Nya, nikmat hati untuk bernaluri mencintai Nya, serta nikmat yang teragung nikmat Iman dan Islam…SubhanaAllah~

Burung pula macam mane? Ibu burung mencari makanan untuk diberi kepada anak-anaknya. Gigih tabah meneruskan kehidupan tanpa melanggar etika seekor burung. Aik! tak akan burung pun ada etika, tentu ada. Bukankah Allah ciptakan alam ini dengan aturan tersendiri. Jika bumi kita tak beredar mengelilingi matahari mengikut orbitnya tentulah planet ini akan berlanggar dengan planet-planet yang lain. Maka jika burung tiba-tiba teringin jadi ikan berenang di laut tentu burung akan mati kelemasan. SubhanaAllah…begitu patuh makhluk -Mu mengikuti aturan –Mu…Namun bagaimana pula kita sebagai manusia, makhluk yang diangkat darjatnya melebihi makhluk yang lain??? Tepuk dada tanya amal dan iman~

“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal.”
“iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), ‘Ya Tuhan kami tidaklah Engkau ciptakan semua ini sia-sia; Maha suci Engkau lindungilah kami dari azab neraka.” -(QS Ali Imran 3: 190-191)

Wallahu Taala Bisawab~

~RatuMujahadah_ezzah~
~tg.malim,Perak~

3 comments:

Ummu Umar said...

Assalamualaikum...moga kita termasuk dlm golongan minority(yg bersyukuR)...ameen...

Wireless said...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Wireless, I hope you enjoy. The address is http://wireless-brasil.blogspot.com. A hug.

Siti Hajar said...

Salam Ezzah...
Pentadbiran yang kadang kala mencorak persekitaran kampus. di tempat ana belajar, pelajar lelaki dgn selamba berada berhampiran dengan blok2 pelajar perempuan. Hiburan setiap minggu diadakan. persatuan yang ingin membawa Islam di haramkan... semuanya kerana pentadbiran yang bobrak. rosak institusi yang menjana insan akibat pentadbir yang rosak akhlaknya...