bismillah...
suatu ketika dulu, ana pernah join palapes (pasukan latihan pegawai simpanan)...ramai yang tak percaya bila diberitahu ana x-palapes...kenapa keluar???huh macam-macam bentuk jawapan yang ana kasi bergantung kepada orang yang bertanya, jika dia seorang yang berpegang pada syariat ana mudah menjelaskan tapi jika dia seorang yang masih join palapes beralas juga alasan ana...yang penting ana mencari jawapan yang pasti(hu3 pinjam tema akhwat hijau ).
tak perlu ana menceritakan di sini alasan ana keluar, cukup bagi mereka yang faham dapat membayangkan bagaimana ana survive sebagai seorang akhwat if ana masih palapes...
ana bukan seorang yang baik mahupun terbaik untuk memburukkan palapes...tak ada niat sama sekali...mungkin yang dapat menghabiskan palapes selama 3 tahun dan mendapat pangkat leftenan muda, itulah yang terbaik buat mereka. ana tetap 'salute' mereka terutama muslimah yang tetap memelihara syariat seboleh mungkin dan apabila tamat palapes berhijrah ke tudung labuh...subhanaallah mantap, insya Allah mudah-mudahan berkekalan.
apa yang nak diketengahkan di sini bukan cerita palapes...tapi kepenatan jasmani semasa menyertai palapes...hu3 sememang semasa temuduga palapes dulu sudah diingatkan jika anda tak pernah rasa penat, dalam palapes anda rasa sepenat-penatnya, jika anda tak pernah rasa letih dalam palapes rasailah seletih-letihnya...yup, memang penat dan letih, terutama bagi ana yang sememang bertekanan darah yang rendah maka ana pun sering tertido dalam kuliah...
bayangkan kena berbaris sebelum memulakan aktiviti pukul 6.45pagi, tamat pukul 7 malam...itu if waktu biasa jika kem tahunan mula pukul 6.45 pagi tamat 12.00malam...
setelah 1sem sertai dan 'sign out' dari palapes lalu memilih jalan 'tarbiyyah' kepenatan bergelar dae' juga tak dapat dinafikan...melihat akhwat lain yang kadang-kadang tak tidur sampai dua malam kerana memenuhi halaqah dan program luar menyebabkan ana pun terfikir tak penat ke mereka. apa yang kelihatan mereka akan 'flat' atau tido pengsan sekejap...cian akhwat-akhwatku.
cuma satu ayat yang ana terkesan dengan kata-kata seorang akhwat ini, "keletihan jasmani masih boleh diatasi terutama apabila melihat wajah-wajah jernih akhwat dan menerima kata-kata semangat dari akhwat tapi keletihan ruhi sangat sukar diatasi jika kita tak memperbaiki muta'baah @ amalan ibadah kita". maka tentulah yang lebih penting dijaga adalah ruhiyah yang letih.
sempena ramadhan yang kian menjelang tiba ini, sama-sama kita meningkatkan semangat untuk memperbanyakkan amalan di bulan ramadhan yang barakah bermula dari sekarang. jika kita berazam untuk bangun tahajud pukul 3 pagi, bangunlah dari sekarang bukan bila memasuki ramadhan baru mahu berbuat. jika berazam untuk mempebanyakkan amalan mulailah dari sekarang sebelum ramadhan menjelang, supaya bila ramadhan tiba kita da terbiasa. sepatutnya sambutan ramadhan melebihi meriahnya sambutan aidil fitri...jika 2-3 bulan da meriah di kedai-kedai kain menjual pakaian hari raya, malahan ada orang yang sudah pun siap baju raya 2-3pasang. maka sepatutnya buatlah persiapan ramadhan dengan membeli telekung baru bagi muslimah dan bagi muslim membeli jubah untuk solat (ikut sunnah), minyak wangi (sunnah berwangian ke masjid) dan sebagainya. pelik juga baju raya berganti tiap-tiap tahun tapi telekung yang dari putih da jadi kuning takde perasaan untuk bertukar, sedangkan kita mahu mengadap wajah yang paling agung. tak lupa juga sebelum ramadhan menjelang ini sama-sama kita memperbanyakkan membaca bahan mengenai amalan di bulan ramadhan supaya dapat meningkatkan amalan dan membezakan antara amalan yang tak mengikut sunnah dan mengikut sunnah. beramallah dengan berilmu kerana ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah...jangan beramal kerana warisan atau ikutan, itu jahil namanya...
insya Allah semoga ramadhan kali lebih baik dari yang lepas...
wallahu'alam bisawab~
No comments:
Post a Comment