Thursday, October 2, 2008

~...LURUSKAN SAF MU MAKA LURUSLAH KESATUAN HATIMU...~

Ramadhan baru berlalu…kehilangannya amat dirasai bagi pencinta-pencinta ILLAHI…kerana di bulan ini pelbagai tawaran hebat untuk musafir-musafir diperjalanan mendapatkan ‘booster’ bekalan demi meneruskan perjalanan menuju akhirat yang abadi..ibarat durian runtuh edisi terhad…tawaran yang tidak terdapat di bulan-bulan lain…beruntunglah mereka yang keluar daripada ramadhan mendapat habuan yang dijanjikan dan,,,rugi serta celakalah bagi mereka yang tidak mendapat keampunan dari Allah…


Solat terawih di bulan ramadhan merupakan kemuncak keistimewaan bulan ramadhan…malah segala amalan diganda-gandakan pahalanya…jika solat berjemaah digandakan pahalanya 70 kali ganda berbanding solat sendirian pada bulan biasa maka pahala solat jemaah di bulan ramadhan subhanaAllah sangat berganda.


Muhasabah semula amalan yang dilakukan antara yang menepati sunnah dan syariat serta antara penuh kesungguhan atau memenuhi adat. Satu perkara kecil yang besar impaknya dalam solat jemaah ialah mengabaikan disiplin berjemaah…


Setiap kali solat berjemaah rasa kesal dan kecewa sering mendatangi kerana hajat untuk mendirikan solat jemaah sukar diperolehi bukan kerana saf penuh atau kelewatan tetapi ahli jemaah lebih suka berdiri dalam saf yang dirasakan sesuai...apabila muazzin selesai iqamah mereka bangun dan terus mengangkat takbir sejurus imam bertakbir tanpa memerhatikan kelurusan saf dan kerapatan saf. Mungkin fenomena ini lebih mudah didapati dikalangan para muslimah kerana kebanyakkan yang ana perhatikan mereka selesa mengambil jarak yang sesuai sebesar lebarnya telekung mereka. Padahal merenggangkan saf beerti membuka ruang bagi syaitan masuk di antaranya. Bukankah apabila disiplin berjemaah diabaikan memberi gambaran lemahnya kesatuan umat. Maka tak perlulah kita tertanya lagi mengapa umat kini berpecah –belah kerana jawapan salah satunya ialah disiplin berjemaah diabaikan.
Mengimbas semula sirah…nabi Muhammad s.a.w setiap kali menjadi imam akan memastikan para jemaah meluruskan saf dan merapatkan saf sebelum memulakan solat. Malah tidak akan mendirikan solat jika saf-saf belum diluruskan dan dirapatkan…tapi sayang kini jarang sekali imam yang diikuti mengingatkan dan memastikan para jemaah menjaga disiplin berjemaah.
Itulah perkara yang sering menghantui setiap kali berjemaah di masjid berdekatan rumah ana dan tempat lain juga. Kecewa dan kesal jika solat jemaah yang didirikan tidak sah kerana bukan solat yang tidak sah tetapi berjemaahnya tidak menepati kesahan…beberapa kali juga menegur untuk merapatkan saf namun mungkin bimbang kepanasan jika terlalu rapat maka mereka selesa untuk berdiri mengikut keselesaan.


Faktor yang dikaji mungkin atas dasar ketidaktahuan atau mungkin sikap ‘tak pa’ menyebabkan disiplin jemaah terus diabaikan…
Sama-samalah kita memerhatikan saf setiap kali mendirikan solat berjemaah tidak kira sebagai makmum apatah lagi sebagai imam…sesungguhnya kesatuan ummah bermula apabila mantap solat jemaahnya…


Kepekaan dalam menunaikan solat sangat penting terutama untuk membezakan solat yang ‘khusyuk’ atau ‘syuk sendiri’….maka hendaklah kita memerhatikan adad apabila sedang bermunajat kerana munajat kita menghadap Tuhan sekelian alam. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassallam pernah menegur seorang lelaki tentang solatnya :



“wahai fulan, apakah kamu tidak takutkan Allah? Tidakkah kamu memerhatikan bagaiman kamu solat? Sesungguhnya apabila seseorang kamu melaksanakan solat sesungguhnya dia tidak lain berdiri bermunajat kepada Tuhannya. Maka hendaklah dia memerhati bagaimana dia bermunajat kepada (kepada-Nya)."

Sanad Hassan: dikeluarkan oleh Ibn Khuzaimah di dalam Shahihnya-hadis no : 474 dengan sanad yang dinilai Hassan oleh Muhammad Mustafa al ‘Azami
p/s; sekadar pandangan dan luahan peribadi penulis, jika ada terdapat sebarang pembetulan, pandangan, dan perkongsian amat dialu-alukan...

.:.eZzaH_MusLeH 2 Syawal 1429-Bentong,Phg.:.

No comments: