Thursday, December 11, 2008

~...anTara PenyaPu Lidi denGan VacUum cLeaneRs...~



“Amin! Boleh tak sebatang lidi menyapu habuk di atas permaidani?” tanya Syukri penuh semangat kepada rakan sekuliahnya, Muhammad Amin.


“Ha? Mana boleh? Sudah tentu tidak.”


“Ahaa! Tepat sekali. Bagaimana jika beberapa batang lidi diikat bersama menjadi sebatang penyapu lidi?”


“Ya! Kali ini boleh. Ehh! Engkau nak buka perniagaan sambilan menjual penyapu ke Syukri?” tanya Muhammad Amin, kehairanan mendengar soalan rakannya itu. Mereka berdua ialah pelajar tahun pertama dalam subjek ekonomi di Universiti Muamalat Malaysia.


“Subjek ekonomi yang engkau pelajari sekarang ini pun macam nyawa-nyawa ikan. Takkan nak buat bisnes pulak?” lanjut Muhammad Amin.


“Bukan buat bisnes. Saja nak bagi engkau satu perumpamaan.”


“Teruskan…”


“Kita umat Islam dituntut berusaha untuk agama dan umat. Akan tetapi jika kita berusaha secara berseorangan, hasilnya amat minimum…macam sebatang lidi yang digunakan untuk menyapu habuk di atas permaidani. Entah-entah takde hasil langsung!”


“Owh! Menarik ni…teruskan…” jawab Muhammad Amin sambil menyedut jus Carrot susu di depannya. Jus tembikai Syukri kelihatan masih belum disentuh.


“Akan tetapi kalau kita berusaha dalam dalam satu jamaah, hasilnya jauh lebih baik. Satu jamaah umpama beberapa batang lidi yang diikat menjadi sebatang penyapu lidi, ia lebih berhasil untuk menyapu habuk di atas permaidani” jelas Syukri.




Jus tembikai mula disedutnya, kepuasan terserlah di air muka setelah melihat Muhammad Amin mengangguk-angguk.




“Nanti dulu, ada lagi!”


“Apa dia? Teruskan…” jawab Muhammad Amin dengan wajah yang berseri-seri.


“Di antara sebatang lidi dan sebatang penyapu lidi, yang mana satu mudah dipatahkan?”


“Sudah tentu sebatang lidi. Ahaa! Engkau nak cuba buat perumpamaan yang kalau kita berseorang, kita mudah gagal berbanding kalau kita berjamaah, kita sukar gagal atau patah semangat?”


“Bijak sungguh engkau ni Min. Aku belum cakap engkau dah tangkap!”Muhammad Amin membalas sederhana:


“Takdelah bijak mana, setakat itu aku tahulah”


“Owh! Jadi engkau dah tahulah tentang jamaah yang aku nak jemput engkau ni? Kalau gitu tunggu apa lagi?”


“Hmm…adalah, susah sikit aku nak cakap. Bukan semua orang boleh terima.”


“Belum cuba belum tahu. Try me, I’m open, I’m cool man” balas Syukri sambil mula menconcongkan diri kepada Muhammad Amin.


“Bukan apa…perumpamaan penyapu lidi itu memang baik. Tetapi…tetapi setakat yang aku amati, habuk di atas permaidani tak disapu. Masing-masing jamaah hanya sibuk untuk mengetatkan ikatan penyapu lidi masing-masing.”


“Maksud engkau?”


“Masing-masing jamaah banyak memberi tumpuan kepada mengkader ahli yang baru dan memagar ahli yang sedia ada. Aktiviti demi agama dan umat amat minimum. Mungkin ada tetapi aku tak nampak pun.”


“Aku rasa engkau tak nampak kut…” balas Syukri sambil mula ke belakang, bersandar di kerusi plastik warung tepi jalan itu.“Ada lagi yang aku nampak…engkau nak dengar ke?”


“Err…apa lagi?”


“Kalau pun penyapu lidi dah berjaya diikat ketat, aktiviti seterusnya ialah berlawan pedang antara sesama jamaah. Penyapu lidi umpama pedang.”


“Isyy! Mana ada kita main pedang?”


“Ada, itu hanya kiasan. Perhatikan antara berbilang jamaah, berlaku fenomena saling mendengki, saling memfitnah dan saling bersaing secara negatif. Aktiviti ini lebih diberi tumpuan berbanding menyapu habuk di atas permaidani.”


“Ahaa! Itu aku tak setuju. Jamaah yang aku join semuanya OK. Semuanya baik, semuanya teratur lagi kemas. Yang engkau cakap itu mesti jamaah-jamaah yang lain. Mereka itu memang berterabur…samseng pun ada!”


“Inilah yang aku maksudkan. Engkau menganggap jamaah engkau yang terbaik, orang lain menganggap jamaah dia yang terbaik dan begitulah seterusnya. Akhirnya berlawan pedang siapa yang terbaik, habuk masih belum disapu.”


“Habis engkau apa beza? Engkau tidak menyertai mana-mana jamaah, engkau hanya sebatang lidi yang tidak menyapu apa-apa habuk juga!” tegas Syukri, nadanya sudah berubah sikit, lebih tinggi daripada sebelumnya.




Ketulan ais dalam jus tembikainya sudah mula cair.




“Islam ini luas, Islam ini lapang, ada pelbagai sarana dan jalan. Seseorang itu bebas memilih cara yang efektif untuk dia berusaha demi kebaikan agama dan umat. Jangan memenjarakan diri dengan satu sarana aje.”


“Habis engkau guna cara apa?” tanya Syukri tidak sabar.


“Aku guna vacuum cleaner. Penyapu lidi dah ketinggalan zaman daaa…!”


balas Muhammad Amin tersenyum lebar sambil menepuk-nepuk bahu Syukri.






komen~artikel nie da lama,saje post semula... maksud yg tersirat tak lapuk dek zaman kerana pusing2 isu nie macam tue juga...tue sebab apabila nak buat biskut cipscoklat jangan ikut resepi kek cipscoklat bunyi lebih kurang sama tapi cara 'confirm' berbeza...camner tue?


sama2 renungkan~

1 comment:

rossees said...

salaam.. saya baru baca artikel ini... menarik =) kapten hafiz firdaus bukan? hmm....

(yang pasal delete tu) adakah saudari sudah pergi ke link itu (link post saudari pasal ni

http://khazanah-kerahsiaan.blogspot.com/2008/08/kisah-benar-dakwah-kita-dakyah-mereka.html

yang pemberi komen moksu itu saya... hmm..masih kurang jelas lagi ke? kerana saya rasa macam kurang selesa memaparkan email sy itu.. sekian.. terima kasih..

salaam