Wednesday, December 24, 2008

~...Task DMC'08 ; DaLiL dan HuJaH???...~


Bismillah~


.:.Tak sangka akan kontraversi yang berlaku disebalik kehadiranku ke DMC ’08… sedih dan kecewa dengan sangkaan manusia…tapi ku akui silapku kerana tamak dengan peranan…kini ku sedari hak dan tanggungjawab sebenar…tak perlu kesali apa yang berlaku kerana yakin ku ianya rahsia dari Tuhan…


~Syukur berkesempatan ke DMC ’08…walaupun terpaksa korbankan program yang lebih penting, rupanya ia titik tolak untuk ana mengorbankan diri dari ‘saf hadapan’…apa pun yang telah berlaku perancangan Allah Terbaik untuk ana…biarlah terpaksa memandu sendirian asalkan yakin dengan arah tujuan, daripada memandu secara jama’e sedangkan signboard tak menentu lampu isyarat rosak dan destinasi yang ana sendiri tak yakini…sahabiah2 maafkan ana kerana menarik diri, teruskan perjalanan mengikut keyakinan, kerana amal itu atas apa yang kita yakini…


Setelah diperingatkan izzati untuk menulis artikel seperti yang dijanji, dan pesanan mas’ul DMC’08 untuk berkongsi hasil pencarian atas task yang diberi…insya Allah sekadar apa yang termampu difahami..salah dan silap sila tunjukkan…



~Tajuk : Mengapa pentingnya Dalil dan Hujah~


Dalil menurut bahasa membawa maksud keterangan (yang menjadi bukti sesuatu kebenaran, terutama yang berdasarkan ayat-ayat Quran), bukti, dan alasan(bagi sesuatu kebenaran).

Manakala,


Hujah pula memberi maksud pendapat berserta alasan yang diberikan sebagai menyokong atau menentang sesuatu pendirian.


Secara sekularnya, setiap sesuatu yang ingin mendapat keyakinan masyarakat mesti harus menunjukkan bukti. Misalnya seorang peguam bela yang mahu membuktikan anak guamnya tidak bersalah pasti terus membuat kajian kes berdasarkan petunjuk yang ada, lalu berhujah untuk menegakkan keadilan.

Seterusnya, seorang ahli kimia yang mahu membuktikan bahawa sesuatu bahan tersebut mempunyai tindak balas elektron pasti akan membuat eksperimen berdasarkan teori dan kesimpulan…dan seorang ahli geografi yang mahu membuat kajian lapangan mengenai pencemaran pasti mencari bahan sebagai ‘sample’ kajian, berdasarkan data-data yang ada serta pemerhatian, kesimpulan dan keputusan dapat dibuktikan…itu semua ilmu duniawi dalam pengurusan alam. Di sini juga kita telah nampak bahawa setiap disiplin ilmu memang tak lari dari bukti atau dalil dan hujah untuk menyampaikan ilmu.


Maka dalam beragama, dalil dan hujah merupakan saluran untuk menyampaikan kebenaran dan hukum dari Tuhan. Walhal semua agama berpegang kepada kepercayaan masing-masing. Lalu dibuktikan dengan hujah tersendiri. Namun istimewanya Islam tiada tandingan kerana dalil aqal tidak dapat menembusi tingginya martabat dalil dari wahyu ILLAHI…

jika sekadar mengunakan dalil aqal semata-mata, batas pemikiran manusia yang berbeza tentulah menemui banyak pertentangan tanpa penyelesaian. Natijahnya, wahyu Tuhan sebagai penyelesaian neraca perselisihan iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.


Wajib bagi setiap muslim menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan dalam beragama, baik sunnah itu secara mutawatir sehingga menjadi suatu kesepakatan umat, maupun secara ahad ( yang hanya diriwayatkan oleh beberapa orang), dengan syarat periwayatannya tsiqah, yang diriwayatkan sampai kepada Nabi SAW.


Mengembalikan masalah-masalah yang dipertikaikan kepada Kitab dan Sunnah, berdasarkan firman Allah;


“maka jika kamu berselisih terhadap sesuatu perkara kembalikan kepada Allah dan Rasul!”

(An-Nisa’ : 59)


“dan apa-apa yang kamu perselisihkan tentang sesuatu, maka hukumnya kepada Allah” (As-Syura :10)


Demikian itu ialah kerana soal-soal keagamaan telah dibentangkan dalam kitan suci Al-Quran, sebagai firman Allah Ta’ala;


“dan Kami menurunkan Kitab Suci Al-Quran untuk menerangkan segala sesuatu.” (An-Nahl : 89)


Dan firman-Nya lagi ;


“tidak satu yang Kami lewatkan dalam Kitab” (Al-An’am :38)


Disamping Kitab Sunnah ‘amaliyah(berupa perbuatan) menjelaskan pula.


Firman Allah Taala;


“dan Kami turunkan padamu Al-Quran agar kau dapat menerangkan kepada manusia apa yang diturunkan kepada mereka ” (An-Nahl: 44)


Dan Firman Allah-Nya pula;


“sungguh telah Kami turunkan kepadamu Al-Quran membawa kebenaran agar engkau dapat mengariskan hukum bagi manusia dengan petunjuk yang telah diberikan Allah.” (An-Nisa : 105)

Dengan demikian selesailah urusan dan ternyatalah tujuannya.


Firman Allah Ta’ala;


“Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu.” (Al-Maidah : 3)


Sedikit sebanyak firman Allah dalam Kitab Suci Al-Quran telah menjadi bukti betapa pentingnya dalil wahyu sebagai hujahan…


Al-Quran dan As-Sunnah kompas penting bagi setiap manusia, jika semua manusia hidup berlandaskan dalil aqal masing-masing maka pasti kucar-kacir sistem kehidupan.
Sememang manusia dicipta dengan pelbagai variasi rupa kejadian maka wajar cara pandangan dan pemikiran juga berbeza, maka disinilah ‘main point’ untuk mengunakan dalil dan hujah…kerana segala penyelesaian kepada perbezaan pendapat hanya perlu kembali kepada satu arah dua rujukan Al-Quran dan As-Sunnah.

Walau bagaimanapun, kita tidak boleh mentafsir mengikut aqal sahaja dalam menghujahkan dalil Al-Quran dan As-Sunnah kerana sering kali berlaku disebabkan apabila mengunakan dalil Al-Quran dan As-Sunnah manusia akan terus percaya dan akur maka sesetengah golongan mengambil kesempatan menyalahgunakannya untuk kepentingan diri semata-mata.


Kesimpulannya, tiada yang dapat dinafikan lagi akan peri pentingnya dalil dan hujah bagi mengelakkan masyarakat daripada berTaqlid semata-mata.


“maka tanyakanlah olehmu kepada orang-orang yang berilmu, jika kamu tidak mengetahui.” (Al-Anbiya’ 21 : 7)


Wallahu’Taala Bisawab~


Rujukan : Kamus dewan (edisi ketiga) Dewan Bahasa dan Pustaka 1997
Feqh Sunnah (Syeikh Syed sabiq) jilid 1
Ilmu Ushul Al-Fiqh (Syaikh Muhammad Shalih al-‘Utsaimin)


~ezzahmusleh~
~25 Zulhijjah 1429~

2 comments:

ummu_abdullah said...

biar di mana, teruslah mengembangkan Islam dengan ikhlas... moga trus istiqamah dan istimrar dengan langkah ini... yakinlah, Allah pasti menolongmu dengan segenap pengorbanan yang telah tercurah... =)

ezzahmusleh~ said...

insya Allah...biiznillah~
syukran wa jazakillahu khair ya ukhti...
nasihatilah ana jika lihat ana tersasar dari landasan...
moga ukhuwah fillah terus mewangi...