Bismillah…
Salam alayk~
alhamdulillah pada 21 hb dan 22 hb Februari yang lalu ana dipilih Allah untuk meneruskan IDT fasa 2…walaupun pada asalnya ana fikir tidak berpeluang kerana kesempitan wang dan faktor-faktor lain yang cuba menghalangi. Apapun syukur,Alhamdulillah.
Atas rasa tanggungjawab dan amanah inilah dengan sukarelanya ana ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman IDT 2 nie kepada kawan-kawan yang tidak berkesempatan pergi supaya kalian masih ada semangat untuk meneruskan fasa 2 demi mencari ilmu dan pengalaman mengenai dakwah non-muslim. Insya Allah di mana ada kemahuan di situ ada jalan.
Disebabkan ana mempunyai kelas pada pagi sabtu maka ana tiba lewat pada hari tersebut,dan terlepas mengikuti slot pada pagi tersebut. Ana tiba di Masjid Darul Ehsan, Ampang dalam jam 12 tengahari. Slot yang sedang berlangsung pada ketika itu disampaikan oleh Brother Lim Jooi Soon mengenai masalah yang sering dihadapi oleh non-muslim dalam mendekati agama islam serta tips menyampaikan islam kepada non-muslim. Secara ringkasnya apa yang dapat diperhatikan fenomena yang berlaku di Malaysia ini, non-muslim melalui proses yang sangat rumit untuk mendalami islam berbanding di luar negara yang majoritinya bukan beragama islam. Pelik bukan? Negara ini lebih ramai penganut islam tapi sering menutup ruang untuk non-muslim mengamalkan, mendekati agama islam malah, jauh sekali menyampaikan islam kepada mereka.
Jika non-muslim bertanya kepada anda apa itu islam, apakah jawapan yang anda berikan? Malah mereka juga ada yang tahu tentang hukum islam, apabila mereka bertanya tidak solat dan tidak menutup aurat itu berdosakan, tapi kenapa ade orang islam tak buat? Nak cakap apa kat depa nie??! Supaya depa faham. Tapi yang penting dalam menyampaikan islam kepada non-muslim terangkan kepada mereka maksud istilah ISLAM itu sendiri…iaitu Salam = sejahtera, selamat dan n AsSAlam=taat, patuh kepada Allah. Terangkan juga rukun islam dan rukun Iman kerana itulah bukti penganut agama islam pastikan penerangan anda tidak mengunakan istilah atau frasa bahasa arab kerana akan menambah kepeningan mereka.Jangan sesekali menyampaikan islam kepada non-muslim dari sudut hukum…mereka bukan akan berminat malah mungkin menjauhi. Sirah Rasulullah shalallahu alayhi wassalam juga memulakan dakwah baginda dengan bab aqidah iaitu kenal dan mentauhidkan Allah. Setelah ramai yang terima islam barulah turun perintah Allah akan hukum-hakam islam. Nah, disini sunnah sudah merintis jalan cuma kita yang tidak mahu ikut atau mungkin tidak mahu ambil tahu.
Apa yang menarik dalam fasa dua kali ini kami berpeluang mendengar forum luahan dua orang saudara baru kita mengenai pengalaman perit mereka dalam mendalami agama islam. Seorang muslimin dan seorang lagi muslimat. Secara ringkas ana ingin kongsi, mengenai muslimat ini telah memeluk agama islam sejak berusia 15 tahun, kerana tertarik dan kagum beliau terhadap ukhuwah dan silaturahim di kalangan umat islam inilah telah membawa beliau kepada agama islam. Namun bukanlah mudah untuk beliau mengamalkan agama islam pada usia semuda itu kerana masih di bawah jagaan keluarga. Walaupun sedaya upaya beliau menyembunyikan keislaman namun keluarga tahu juga akhirnya dan menukarkan beliau kepada sekolah cina. Dan akhirnya beliau terputus hubungan dengan orang islam. Namun yang menyedihkan dalam tempoh beliau mencari ilmu mengenai islam, ramai ustaz dan ustazah yang beliau temui semua memberi gambaran negatif dan melemahkan semangat untuk beliau mendalami islam. Contohnya, ada yang berkata ‘kamu da besar belajarlah sendiri’. Ana sungguh tidak faham kenapa dan mengapa ada sikap sebegini dalam umat islam apatah lagi golongan agama. Terlalu banyak tribulasi dan cabaran yang muslimah ini tempuhi yang takterceritakan di sini.sama-sama kita doakan beliau tegar menjadi muslimah sejati. Beliau kini sedang menuntut di UPM. Mengenai muslimin ini pula beliau baru 6 bulan memeluk agama islam. Beliau juga tidak terkecuali menerima tamparan hebat untuk mendalami islam. Beliau merupakan bekas penuntut UNISEL dan kini sudah bekerja.
Kemuncak dalam fasa ini yang menjadikan kami sebagai peserta yang bertuah ialah kami berpeluang menyaksikan secara langsung seorang muallaf melafazkan syahadah dihadapan kami. Brother Muhammad(bukan nama sebenar) merupakan bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa dan sekarang sudah bekerja. Beliau mula mengenali dan tertarik terhadap agama islam semasa menuntut di sana. Setelah beberapa tahun mencari kebenaran dan mendapat bimbingan dari brother Lim Jooi Soon sendiri akhirnya beliau membuat keputusan untuk melafazkan Syahadah pada hari sabtu 21 februari 2009 bersamaan 25 Safar 1430H. Alhamdulillah bertambah lagi saudara kita.
Kesimpulan yang dapat dikongsikan di sini, fasa dua ini lebih menarik dengan memberi bimbingan kepada kita untuk menyampaikan islam kepada non-muslim, memahami non-muslim dan cara memberi dan menjawab hujah kepada non-muslim. Tidak kurang juga pendedahan kebenaran islam dalam kitab Bible. Kerana untuk mendakwahi mereka kita perlu menyatakan kesamaan kitab mereka dengan agama islam supaya mereka sedar bahawa selama ini mereka hanya ditipu oleh paderi mereka melalui penyelewengan tafsiran kitab Bible.
Ana mendapati kita sebagai umat islam tolonglah sama-sama fahami muallaf. Jangan mengajar mereka seperti kita membimbing orang islam. Mereka ibarat kanak-kanak yang baru bertatih mengenal kehidupan. Renungi semula diri kita masa kecil dahulu adakah umur 4-5 tahun islam mewajibkan kita solat dan puasa? Jadi mereka juga tidak harus terus dipaksa mencukupkan solat 5 waktu, puasa penuh 30 hari, tutup aurat labuh-labuh macam ustazah. Tak perlu bagi force kat mereka, jiwa mereka cukup dengan tekanan dan cabaran yang datang dari ahli keluarga dan tribulasi sebelum menganut islam. Kerana kadang-kadang mesej dan cara yang salah kita beri kat mereka kemungkinan menjadikan mereka menjauhi islam. Jadi berhati-hati dengan sikap kita terhadap non-muslim. Tak tahu kaedah mendekati dan membimbing mereka??? Apa lagi jom daftar IDT masih dibuka untuk fasa 1 juga…
*UNTUK LAPORAN FASA SATU BOLEH KE LINK INI~...Laporan “INTERACTIVE DAKWAH TRAINING”...~ ~
Sekian dulu laporan fasa 2, bagi mereka yang berminat…berikut adalah maklumat mengenai kursus ini
“INTERACTIVE DAKWAH TRAINING” ANJURAN PERKIM AMPANG"
OBJEKTIF PROGRAM:
1. MENANGKIS SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM
2. MELATIH DA’I MENYAMPAIKAN MESEJ ISLAM TERHADAP ORANG BUKAN ISLAM
3. MELATIH DA’I YANG PAKAR MEMBIMBING MUALLAF
TAJUK-TAJUK CERAMAH:
-KEWAJIPAN BERDAKWAH
-SEJARAH AGAMA KRISTIAN-ASAS KEPERCAYAAN AGAMA KRISTIAN-KEPERCAYAAN ORANG CINA
-KEPERCAYAAN ORANG HINDU-SALAH TANGGAPAN TERHADAP AGAMA ISLAM-QURAN, BIBLE DAN SAINS
-PENGALAMAN BERSAMA PADERI DAN MUBALIGH KRISTIANMEMAHAMI MUALLAF
PENCERAMAH
-Lim Jooi Soon
-Muhammad Amin Yaacob
-Kamarul Zaman Noor Mohamed
Program 2009:
Fasa Satu
17-18 Jan
14-15 Feb
7-8 Mac
11-12 Apr
9-10 Mei
13-14 Jun
11-12 Jul
8-9 Ogos
17-18 Okt
21-22 Nov
12-13 Dis
Fasa Dua
21-22 Feb
23-24 Mei
19-20 Dis
Fasa Tiga
28-29 Mac
Tempat:
Masjid Darul Ehsan,Taman TAR,68000 AmpangSelangor
Masa:
8.30 pagi hingga 5.30 petang
Yuran :
RM100 untuk pelajar,
RM120 untuk yg bekerja (makan,buku, dan bahan2 dakwah.
Tiada unsur bisnes /mengambil untung.)
untuk maklumat lanjut dan pendaftaran hubungi:
013-6289873
sekian terima kasih =p...
.:.ISLAM ITU MUDAH TAPI JANGAN SEKADAR AMBIL MUDAH.:.
~wallahu'alam bisawab~
5 comments:
salam..mcm mane nk dapat rakaman keluhan saudara baru dan lafaz sahadah tue?? ana nak la. subhanallah.
eh, cerita hari pertama aje ke? hari kedua?
biarlah rahsia~
hari kedua 'slow' je kot...he3
xleh citer pjg lebar sgt...nk taw kena g sndri he3(unsur promote)...
ana copy artikel ni untuk promotion program tu eh..syukron..ana dah p fasa 1 tp fasa 2 lom lg..rugi juga xpi..kalu x leh tgk orang masuk islam..
thanks sbb promote prog ni.
jgn lupa utk dtg IDT FASA III.. pastinya lbh menarik..
Post a Comment