Thursday, February 19, 2009

~...Ujian itu TarbiyYah Sabar itu InDah...~

Bila letih dan hilang semangat,
Allah Tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya,
Bila tangisan mu berpanjangan dan hatimu kedukaan,
Allah Telah mengira titisan air matamu,
Bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, Allah setia di sisimu...
Bila kau telah mencuba segalanya tapi tidak tahu tujuan, Allah ada jalan penyelesaian...
Bila semua tiada yang beerti buatmu,keliru dan kecewa, Allah ada jawapannya...
Saat engkau diuji Allah sedang melihat kau...
Saat perit hati kau menerima, Allah sedang Berbicara denganmu...
Bila engkau memandang segalanya dari Tuhanmu yang mencipta segalanya,
Yang menimpakan ujian, Yang menjadikan sakit hatimu, Yang membuatkan keinginanmu terhalang dan mengusahkan hidupmu...
pasti akan damailah hatimu kerana masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia-sia....
Bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu, retaknya hatimu,
tapi mungkin itulah yang Dia mahu kerana Dia Tahu hati yang beginilah yang selalu lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab dengan-NYA.
.:.pencarian atau penantian, gelisah hati menanti jawapan kasih dari ILLAHI ROBBI...bisikan musuh Iman sering membuat diri cemburu pada pencinta dunia, mujur musuh DoSa/KuFur mendamaikan jiwa agar teguhlah hati bersama pencinta akhirat...aku manusia yang lemah...tanpa ujian mungkin aku terus alpa dengan dunia...alhamdulillah atas ujian ini..Terima Kasih Allah!.:.

2 comments:

Anonymous said...

bestla kata-kata ni...

Anonymous said...

haha.. selera la tu sok kan.ehem..=)