Sunday, March 1, 2009

~...Tak sambut birthday Tak semestinya Tak cinta dan Tak sayang...~




Bismillah…


Seringkali berlaku dalam kehidupan masyarakat apabila seorang suami terlupa akan hari kelahiran isterinya, maka si isteri akan merajuk dan berasa si suami tidak sayang padanya. Begitu pula apa si ibu atau ayah terlupa akan hari kelahiran anaknya. Nescaya anaknya juga akan berasa hati dan menganggap ibu atau ayahnya tidak menyayangi dia lagi. Dalam persahabatan juga tidak terkecuali apabila seorang sahabat terlupa akan hari kelahiran sahabatnya, sahabat tersebut akan berkecil hati.


Persoalan di sini ialah adakah pengukur kasih sayang itu hanya melalui ingatan atau sambutan seseorang terhadap hari kelahiran orang yang disayanginya???
Sempena bulan kelahiran manusia yang paling dikasihi Allah, baginda Nabi Muhammad Shalallahu Alayhi Wa Salam yang jatuh pada bulan Rabiul Awwal penulis ingin mengajak semua umat islam melihat, mengkaji dan memikirkan dimanakah kawajaran sebenar kita menyambut Maulid Nabi.

Sejarah peringatan maulid:


Seluruh ulama sepakat bahwa maulid Nabi tidak pernah diperingati pada masa Nabi shallallahu `alayhi wa Sallam hidup dan tidak juga pada masa pemerintahan khulafaurrasyidin.


Jadi bilakah bermulanya peringatan maulid Nabi dan siapa yang pertama kali mengadakannya?
Al Maqrizy (seorang ahli sejarah islam) dalam bukunya "Al khutath" menjelaskan bahwa maulid Nabi mulai diperingati pada abad IV Hijriyah oleh Dinasti Fathimiyyun di Mesir.


Dynasti Fathimiyyun mulai menguasai mesir pada tahun 362 H dengan raja pertamanya Al Muiz lidinillah, di awal tahun menaklukkan Mesir dia membuat enam perayaan hari lahir sekaligus; hari lahir ( maulid ) Nabi, hari lahir Ali bin Abi Thalib, hari lahir Fatimah, hari lahir Hasan, hari lahir Husein dan hari lahir raja yang berkuasa.


Kemudian pada tahun 487 H pada masa pemerintahan Al Afdhal peringatan enam hari lahir tersebut dihapuskan dan tidak diperingati, raja ini meninggal pada tahun 515 H.


Pada tahun 515 H dilantik Raja yang baru bergelar Al amir liahkamillah, dia menghidupkan kembali peringatan enam maulid tersebut, begitulah seterusnya peringatan maulid Nabi shallallahu `alayhi wasSallam yang jatuh pada bulan Rabiul awal diperingati dari tahun ke tahun hingga zaman sekarang dan meluas hampir ke seluruh dunia.



Pandangan ahli sunnah wal jamaah(AsWJ) terhadap Maulid Nabi


Merayakan kelahiran Nabi shallallahu `alayhi waSallam adalah bid’ah, kerana perayaan tersebut tidak ada dasarnya dalam Kitab dan Sunnah, juga dalam perbuatan as-Salafush Shalih dan pada generasi-generasi pilihan terdahulu. Perayaan maulid Nabi shallallahu `alayhi wasSallam baru terjadi setelah abad keempat Hijriyah. Imam Abu Ja’far Tajuddin berkata, “saya tidak tahu bahawa perayaan ini mempunyai dasar dalam Kitab dan Sunnah dan tidak ada pula keterangan yang dinukil bahawa hal tersebut pernah dilakukan oleh salah seorang para ulama yang merupakan panutan dalam beragama, yang sangat kuat dan berpegang teguh terhadap atsar (keterangan) generasi terdahulu. Perayaan itu tiada lain adalah bid’ah yang diada-adakan oleh orang-orang yang tidak punya pekerjaan dan merupakan tempat pelampiasan nafsu yang sangat dimanfaatkan oleh orang-orang yang hobi makan.” ¹


Syeikh Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata. “begitu pula acara yang diada-adakan oleh sebahagian manusia, baik kerana hanya meniru orang-orang Nasrani sehubungan dengan kelahiran Nabi Isa alayhi wa Salam atau kerana alasan cinta kepada Nabi shallallahu `alayhi wa Sallam mereka menjadikan kelahiran Nabi shallallahu `alayhi wa Sallam sebagai sebuah perayaan.


Padahal tanggal sebenar kelahiran baginda masih menjadi perselisihan. Dan hal semacam ini belum pernah dilakukan oleh ulama Salaf(terdahulu), jika sekiranya hal tersebut memang merupakan kebaikan yang murni atau merupakan pendapat yang kuat, tentu mereka itu akan lebih berhak (pasti) melakukannya dari pada kita, sebab mereka itu lebih cinta dan hormat pada Rasulullah shallallahu `alayhi wa Sallam dari pada kita. Mereka itu lebih giat dari perbuatan baik.


Sebenarnya , kecintaan dan penghormatan terhadap Rasulullah shallallahu `alayhi wa Salam tercermin dalam meniru menaati dan mengikuti perintah baginda, menghidupkan sunnah baginda baik zahir mahupun batin dan menyebarkan agama yang dibawanya, serta memperjuangkannya dengan hati, tangan dan lisan. Begitulah jalan generasi awal terdahulu, dari kaum Muhajirin, Anshar dan Tabi’in yang mengikuti mereka dengan baik.²



Jadi bagaimanakah hakikat sebenar cinta kepada nabi shalallahu 'alayhi wa Salam???

1. Mengimani bahawa Nabi Muhammad benar-benar utusan Allah untuk semua lapisan manusia dan jin.
2. Membela sunnahnya.
3. Menjalankan seruannya, dengan mengamalkan yang Wajib dan sunnah, serta meninggalkan yang haram dan yang makruh.
4. Menjadikannya sebagai uswah (contoh/model) dalam segala urusan
5. Membenci orang yang dibenci oleh Nabi s.a.w., sebagaimana diterangkan di dalam surat al-Mujadalah [58]: 22.
6. Lebih mencintai Nabi berbanding kecintaan kepada dirinya dan orang lain.
7. Meyakini bahwa Nabi Muhammad utusan Allah yang paling mulia.
8. Beradab kepada Nabi dengan menyebut kedudukannya.
9. Berpegang kepada manhajnya dan manhaj sahabatnya.
10. Wajib menjauhi bid’ah dan membenci ahlinya.


¹ Risalatul Maurid fi A’malil Maulid
² Iqtidha’ ash Shirath al-Mustaqim,(1/615)

wallahu'Taala Bisawab~

Rujukan: Makalah Sejarah Maulid, hukum dan pendapat ulama terhadapnya ( Nashir Moh. Al Hanin dan sumber lain.)
Kitab Tauhid 3 (Dr. Shalih bin Fauzan bin Abdullah al-Fauzan)
http://aqidah-wa-manhaj.blogspot.com/2007/12/027-hakikat-cinta-kepada-nabi-muhammad.html

3 comments:

AyKay said...

salam ziarah.

minta pandangan....bila soalan yg sama diajukan kepada tokoh ulama Nusantara, dijawabkan yg sambutan dibolehkan sehingga batasan2 akhlak, pergaulan, pakaian, dsbnya masih mengikut syariah. dan pandangan ini digunapakai oleh pemerintah yg menggubal dasar sesuatu negara. Ada kah sebagai rakyat jelata yang taat kpd pemerintah, kita juga termasuk dlm golongan yg dicop bida'ah?

~UmMu SuMayYah aZiZaH binTu JaBaR ~ said...

konsep ketaatan...
1.Allah
2.Rasul
3.Ulul Amri...

tapi dalam bab yang merangkumi bid'ah tak akan Ulul Amri' no.1 Allah dan Rasul kemudian?
tiada siapa yang nak mengecop...cuma kaji hadith nabi dan amalkan apa yang patut...
dan kita xtaat dlm ma'siat jadi kita xsambut...

maulid Nabi tak pernah diajarkan jadi...settlekn dulu sunnah yang diajarkan...kerana banyak lagi perkara yang sunnah dipandang remeh dan xdiamalkan

..wallahu'alam~

Anonymous said...

Salam,ustzh,ana nchtkn dlm mengeluarkan pndangn agama,lbh baik rujuk pd ahliny,dan kena amanh dgn ilmu,serta beradab dgn ulama dlm konteks perlu rai perbezaan pndpt yg berlaku,jgn menulis mngkut hawa nfsu tanpa panduan dan ilmu,mesti ada rujukan,panduan..Ttg bidaah mmbidaah golongn tabdi'en ni perlu hati2 yakni lengkapkn ilmu.Ttg maulid,tahlil,knduri semua dh dijwb oleh para ulama,..Bantu dan memperkuat perkara yg sepakat qatiei mungkrnya.