Friday, May 1, 2009

~…Tugasan(Assignment) Kehidupan…~



oleh : Ummu Sumayyah

bismillah...


Dalam suasana imtihan ini kebiasaan dan sudah semestinya assignment sudah tidak diberi dan selesai dihantar..namun, tidak pada ana yang mendapat assignment terus dari Pemilik Sekalian Alam…assignment di Universiti biasa diberikan oleh pensyarah dan test or exam juga dibuat oleh pensyarah. Bagaimana pula dikatakan assignment kehidupan??? Bagi ana assignment kehidupan seperti tugasan di universiti ada satu tajuk yang minta diselesaikan dengan bantuan pelbagai bentuk maklumat. Begitu juga assignment kehidupan yang memerlukan fikiran, tenaga dan masa untuk dikerahkan…dan semua orang melaluinya cuma beza perspektif kita memandang setiap dugaan, ujian dan cabaran yang mendatangi.


Maka, teringatlah ana pada mutiara kata yang pernah diberi oleh kakak sepupu yang dikasihi :


Ketika kita memohon kekuatan…Allah Memberi kesulitan untuk membuat kita kuat,
Ketika kita memohon kebajikan…Allah memberi kita persoalan untuk diselesaikan,
Ketika kita memohon keteguhan hati…Allah memberi kita bahaya untuk diatasi,
Ketika kita memohon cinta…Allah memberi kita orang-orang bermasalah untuk ditolong,
Ketika kita memohon kemurahan dan kebaikan hati...Allah memberi kita kesempatan-kesempatan,
Mungkin kita memang tidak memperoleh apa yang diinginkan, tetapi kita mendapatkan apa yang kita perlukan.



Bait yang sering ana kenang, “Ketika aku memohon cinta…Allah memberiku orang-orang bermasalah untuk ditolong”…ya aku memohon cinta-NYA dan cinta orang yang juga cinta kepada-NYA…namun, ini mahar yang harus ana beli dengan cara menempatkan diri dalam permasalahan orang lain. Adakah ia membebankan? Secara zahirnya, seorang pelajar sudah semestinya merasakan assignment yang bertimbun-timbun dengan sikap bertangguh-tangguh pasti temui masa kemuncak iaitu bebanan yang mengundang stress. Begitu juga assignment kehidupan, memikirkan solusi permasalahan untuk orang lain memang mengundang stress, bila nafsu jahat membisik ‘alahai buat apa nak susah-susah fikirkan masalah orang buat hal sendiri sudah’ namun, belum tentu fitrah yang Allah kurniakan ini iaitu sifat sensitiviti membenarkan ana untuk terus tenang dengan kerja sendiri. Namun, bila memikirkan seorang mukmin harus membantu saudara yang lain. Malah merupakan hak dan amanah yang harus kita salurkan pertolongan semampu yang boleh.


Selesai mengikuti kes adik yang terlanjur dengan teman lelaki dan kini Alhamdulillah tak jadi mengugurkan kandungan tapi berhenti sekolah dan buat keputusan nikah dengan teman lelaki (fuh! Nasib teman lelaki tu sanggup). Tapi tak tahu setakat mana selepas ini dengan cabaran yang perlu berhadapan dengan keluarga dan masyarakat serta empunya diri yang masih mentah menongkah arus kehidupan. Ana berdoa moga Allah berikan mereka kesedaran atas perbuatan mereka dan memasukkan mereka dikalangan hamba yang bertaubat..Dan seterusnya kes yang menimba seorang sahabat ana juga turut mencabar minda untuk menolong…tribulasi demi tribulasi yang dihadapi sejak zaman remajanya hingga kini membuatkan perjuangan iman dan jiwanya semakin kuat bergolak…moga ukhti terus tabah setabah aqidah Sumayyah. Yakinilah selepas kesulitan pasti ada kemudahan (94:5-6).


Fenomena ‘mujahadah gadis islam’

Selesai kak Nurul (zaujah kepada seorang protaz yang amat ana segani ilmunya) menghantar ana di stesyen komuter Shah Alam, selepas bermalam di rumah mereka atas memenuhi pelawaan mereka dan sekaligus memenuhi permintaan sahabat tersayang untuk sama-sama mencari idea atas permasalahannya. Ana membeli tiket ke Kl Sentral dan seterusnya ke Puduraya untuk pulang ke Tanjung Malim dan seterusnya mengambil tempat duduk yang agak lengang dari orang lain. Di hujung bangku yang dipilih kelihatan seorang remaja perempuan. Sebaik sahaja ana membuka beg sambil dalam kepala memilih untuk membaca mushaf quran atau baca nota exam…tiba-tiba gadis tadi menghampiri, seperti biasa ana tetap menjadi orang pertama bersuara sambil melemparkan senyuman, kami terus berta’ruf ana kira dia sengaja mahu berbual, tapi rupanya ingin meluahkan permasalahan yang terbuku di hati, ana sedia mendengar dengar penuh minat setiap butir kata-katanya. Sehinggalah air matanya turun seiringan gerimis tengahari tersebut. Aduh! Dalam hati baru tadi kepulangan ana dari rumah kak Nurul diiringi air mata sahabat yang dikasihi dan tidak tahu yang keberapa ratus kian kalinya meluahkan tekanan yang dihadapi, kini gadis yang baru beberapa minit ana kenali terus dengan mudahnya menangis dihadapan ana, mujur tisu ditangan ana berlebihan dan masih bersih, lalu ana hulurkan padanya…


Apa yang menarik ingin dikongsi adalah mengenai luahan gadis ini. Beliau berusia 19 tahun dan lepasan sijil di sebuah Kolej Komuniti.


Gadis : akak saya pun tak tahu nak cakap macam mana dengan mak saya, mak saya marah saya berhenti tempat kerja lama.


Kak izzah : adik kerja di mana sebelum ini?


Gadis : kedai perabot cina. Adakah patut bos tu suruh saya bukak tudung.
Dia kata, amoi lu buka tudung pakai seksi-seksi baru cantik la. Customer datang pun senang hati.


Kak izzah : bos tu lelaki ke perempuan?


Gadis : perempuan kak, saya tak senang kerja sana, bos asyik suruh buka tudung dan pakai seksi-seksi. Dia kata pakai tudung Nampak kolot. Cina suka uptodate.


Ana teringat sahabat ana masa lepas spm dulu menghadapi perkara yang sama untuk bekerja di sekitar KL. Majikan yang kebanyakkan berbangsa cina hanya akan menerima pekerja yang tidak memakai tudung. dan inilah fenomena yang dihadapi oleh gadis islam. jika aqidah agamanya tidak kuat maka, mudahlah mereka gadaikan agama demi urusan dunia...



Kak izzah : abis tu masa kerja adik sembahyang tak?


Gadis : tak da tempat sembahyang kak, ruang kecil , yang ada tokong kecil mereka.kalau nak sembahyang pun balik rumah.lepas tu mak marah adik berhenti, saya Tanya mak abis tu mak suka ker saya buka tudung? Mak jawab ikut suka engkau la. Saya tak nak buka tudung. Saya berhentilah.


Kak izzah : Alhamdulillah dik. Jangan gadaikan agama demi pekerjaan. Insya Allah rezeki Allah tu luas. Sabar yerk


Gadis : kalau akak jadi saya akak nak buat macammana?


Kak izzah: sudah semestinya akak berhenti kerja kedai perabot tu. Teruskan kerja promoter ini setakat yang boleh sambil terus berusaha mencari kerja lain yang sesuai.


Gadis: saya pun sebenar nak sambung belajar lagi. Yalah dalam adik beradik saya je yang boleh diharapkan 2 abang yang lain..erm..saya sebenar berdendam dengan kaum adam…entahlah kak macam-macam hidup ini..


Belum sempat kami menghabiskan perbualan komuter pun datang, dan sudah semestinya suasana di dalam komuter tidak mengizinkan kami berbual seperti suasana tadi. Sempat kami bertukar nombor telefon. Dan sebelum berpisah gadis tadi memberi ucapan “semoga akak dapat jadi guru kaunselor”. Dalam hati ana aduSS, lagi sekali orang menyangka ana nie bidang kaunseling. Masuk ini orang ketiga kot. Lalu membuka mindaku untuk semangat cari ilmu kaunseling nie. Memang ana minat ilmu psikologi dan kaunseling pilihan kedua selepas pendidikan geografi yang ana minta semasa memohon upu dulu. Erm, benarlah pengalaman guru yang terbaik, ana dapat belajar melalui pengalaman. Sela masa dua hari sebelum peperiksaan yang ketiga terakhir tidak nyesal ana habisi menemani misi perjuangan sahabat ana, disamping dalam menjadi tetamu kepada penulis dan protaz yang dihormati dapat ana kenal rapat dengan kak Nurul yang merupakan lepasan bidang pendidikan dan juga mengambil kaunseling sebagai minor…maka tanpa membuang masa yang ada ana sempat mengutip mutiara ilmu daripadanya…
Kata-kata kak Nurul yang tersemat di minda…


"seorang kaunselor memilih mencintai semua orang tanpa syarat,
kenapa perlu pilih kerana melalui pilihan itulah menandakan keikhlasan, bukan paksaan…
kerana jika perkataan ‘perlu mencintai’ akan menimbulkan keterpaksaan…"


walaupun serangkap itu kata-katanya padaku, aku memahami dengan maksud sendiri, ya, seorang mukmin dan seorang daei’ itu kaunselor. Kaunselor bukan penyelesai masalah tapi menjadi mata dan telinga kepada orang yang bermasalah, kita membantunya untuk yakin membuat keputusan dan bukan membuat keputusan untuknya. Di samping mengambil peluang membimbing menyampaikan ilmu agama berlandaskan al-quran dan as-sunnah. Ya inilah universiti kehidupanku, walaupun di bumi Tanjung Malim ini hayat ku bergelar pelajar universiti akan tamat kurang dari masa setahun lagi..hakikat universiti kehidupanku hayatnya selagi nyawa dikandung badan. Bersedialah dengan assignment, test dan exam yang tiada henti dari Allahu Rabbi…keputusannya? Tunggu…apabila kitab amal diberikan, jika diberi melalui tangan kananmu maka, beruntunglah kamu…dan jika diberi melalui tangan kirimu maka, awas! Mahkamah Allah sangat adil lagi detail, setiap zarah amal akan kelihatan…


“ketahuilah, sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlomba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang (tanam-tanaman) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridaan-Nya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesengan yang palsu.” (57:20)



Wallahu’alam~

-5 Jamadil Awwal 1430 H-
-Lembah Malim yang mendamaikan jiwa-

No comments: