Thursday, March 11, 2010

~...OBSERVE...~


bismillah~


Masih dalam iklim praktikum...
Minggu ini adalah minggu yang mencemaskan...
Isnin, guru pembimbing observe dan hari khamis telah diobserve oleh pensyarah.
Guru pembimbing observe tingkatan 2 Amanah (kelas pertama) jadi memang tak banyak masalah dan tak merisaukan cuma agak cuak sebab yelah biasa mengajar melibatkan kita dengan pelajar ja, nie tiba-tiba ada guru berpengalaman nak tengok...kelas pertama pulak tuh. akhirnya alhamdulillah berjalan lancar walaupun terdapat kelemahan dari aspek pengurusan semasa aktiviti pengajaran.


Semasa dapat mesej dari pensyarah akan kedatangannya pada hari khamis jam 1125...ana terus tengok jadual..huh, alamak! kelas 2 Iltizam (kelas kedua akhir)...habislah kelas budak-budak yang buas nie...
Ana membalas mesej pensyarah memberitahu situasi kelas tersebut...tapi ana berjanji akan buat yang terbaik...pensyarah hanya membalas 'tak mengapa'...

Oleh sebab kerisauan yang mendebarkan...(mungkin sebab pertama kali akan di'observe' sebab melibatkan markah pointer)...ana merancang untuk mengunakan tips seperti yang dilakukan semasa sesi mikroteaching di UPSI dulu..sebelum pengajaran dan pembelajaran(P n P) bermula kami telah memberikan jawapan kepada beberapa pelajar tertentu supaya semasa sesi soal jawab pelajar terus dapat beri kerjasama. kebiasaan pelajar kelas 2 Iltizam ini memang buas, bising, suka keluar kelas sesuka hati, kena marah pun tak makan saman, dan buat 'dono' ketika guru mengajar...malah ana telah berpesan kepada mereka mengenai kedatangan pensyarah pada hari khamis ini, dan meminta mereka beri kerjasama. kumpulan budak cina yang terkenal dengan 'sikap cerdik' mereka memberitahu awal-awal tak mahu datang sekolah...



Tiba hari yang dijanjikan...kumpulan pelajar cina tersebut memang tak hadir ke sekolah, kecuali 2 orang sahaja yang datang...tak mengapa lagi aman.

sesi PnP kali ini hanya 1 masa iaitu 35 minit jadi tidak banyak aktiviti yang boleh dilakukan, malah aku meringkaskan induksi set kepada pengajaran terus.

Erm, macam tidak percaya...2 Iltizam berjaya 'berlakon' dengan baik sekali...mereka semua baik-baik belaka sepanjang sesi PnP kali ini. Bavan diam membatu, tak macam biasa, selalunya dia suka buli ana, merenung mataku atau mengajuk cakapku..huh! kurang asam budak nieh.. begitu juga Sathianwary yang sering buat muka selamba denganku..dan beberapa orang lagi yang akan keluar kelas sesuka hati bila ada member melangok di luar kelas..mereka kali ini memberi tumpuan terhadapa PnP malah jawapan yang diberikan sungguh 'skema' sebab menghafal jawapan yang telah aku beri..bagus..bagus..

memang tidak sangka mereka berjaya mengalahkan 2 Amanah sebab kelas sungguh sunyi semasa ana mengajar. maka kesimpulan PnP yang diobserve pensyarah telah berjalan dengan baik..alhamdulillah...

cuma memang tak seronok sebab bukan real punya iklim PnP (tak de cabaran mengawal kelas)...malah pensyarah pun menyedari nampak sangat mereka jadi baik sebab ada orang luar dalam kelas.


Antara komen pensyarah : kena buat aktiviti dalam bentuk permainan untuk kelas-kelas hujung nie. kena tunggu pelajar bertenang dan bersedia sebelum PnP bermula.. tidak boleh pilih pelajar tertentu sahaja untuk menjawab soalan, kena bagi soalan secara rawak. kena hafal dan sebut nama pelajar supaya mereka merasa diri dihargai.. (nama pelajar India memang payah nak hafal/sebut...aduss masih belajar)...tulisan kena lebih besar...(sebab ana guna cad board)..kena sentiasa bersemangat mengajar kelas hujung macam nie..kena usaha lebih untuk menjadikan PnP lebih menarik...


Pensyarah ku ini memang terkenal dengan nasihat yang membina, seperti sesi tutorial di UPSI dulu tidak pernah lupa dia mengingatkan kami agar menjaga hubungan baik dengan pihak pentadbiran sekolah, etika dan akhlak seorang guru dan sebagainya...jadi lagi sekali ana dipesan agar sentiasa berhubung baik dengan pihak pentadbir.


alhamdulillah, selesai observe pertama pensyarah dan guru pembimbing..,masih berbaki 3kali untuk diobserve guru pembimbing...dan 1 kali oleh pensyarah...moga akan datang PnP lebih baik...


p/s; pengalaman dan cabaran sebagai guru pelatih tidak sama dengan guru baru yang tetap. sebab guru pelatih da ada 'mindsetting' -aku hanya satu semester ja di sini, apa pun yang berlaku sabar ja, sebab sekejap ja nieh-...dan bagi guru-guru lama -masa inilah kita nak suruh guru pelatih buat kerja, maka kita kasi mereka belajar-....apapun pengalaman itulah ilmu yang sukar didapati di dalam mana-mana buku teori.dan setiap insan corak kehidupan berbeza, berkongsi dan belajar dari pengalaman orang lain terkadang sangat berguna. apapun selagi masih bernyawa terus berusaha mencari bekalan ke 'sana'...bukan Sana'a (Yaman) tuh..=p tapi tempat tinggal yang abadi..negeri akhirat.


"Jika kita bercita-cita menjadi seorang jutawan di dunia, guru bukanlah jalannya...

kerana 74% jutawan di dunia ini adalah ahli perniagaan...

Jika bercita-cita menjadi seorang yang berkuasa, guru bukan medannya...

Jika bercita-cita menjadi jutawan akhirat, jalannya terbentang luas....

Kita telah berada di landasan yang betul.."


-dipetik dari buku motivasi PTS 'Guru Jutawan Akhirat'..-





Allahu'alam~




No comments: