bismillah...
Kali ini bukan nak cerita isu kepercayaan manusia terhadap sesuatu amalan.
Tetapi masih dalam iklim yang sama berpraktikum =p...
Alhamdulillah setelah 3 bulan ana di sekolah. Ana mula diberi peluang untuk menyumbang sesuatu.
Pada hari rabu yang lepas bersama 24 Mac 2010, telah berlangsungnya majlis sambutan Maulidur Rasul. Agenda ini telah dirancang sebelum cuti sekolah lagi. Apa yang ana rasa bangga adalah kepercayaan yang telah diberikan oleh seorang ustazah sekolah ini kepada ana untuk mencari penceramah jemputan. Walaupun sebenar tiada apa-apa pun yang nak dibangga. Tetapi sekurangnya ana berpeluang menjemput penceramah pilihan sendiri. Siapakah yang bertuah untuk menyampaikan ilmu beliau di sekolah 4S ini? Oleh kerana ustazah pesan supaya cari penceramah yang terdekat dengan sekolah kerana bajet kos untuk penceramah sedikit. Jadi ana telah menjemput Ustaz Emran Ahmad untuk memberi pengisian dalam program ini, memandangkan beliau lebih dekat kerana tinggal di rawang.
Seterusnya seorang ustaz sekolah ini juga telah meminta bantuan ana untuk membimbing pelajar-pelajar perempuan dalam sudut tarbiyyah mereka. Bagai orang mengantuk yang disorong bantal. Sebenar telah lama ana menyimpan hasrat untuk berjumpa pengetua atau Guru Pentadbir meminta izin mengadakan halaqah atau usrah untuk remaja-remaja puteri. Apabila ustaz mengutarakan agenda persatuan pelajar Islam sekolah dan meminta ana mengurus dan merancang untuk pelajar perempuan, hati berasa seronok kerana diberi peluang untuk berbuat sesuatu sebelum menamatkan praktikum di sini. Apa yanglebih penting kepercayaan itu adalah amanah. Hakikatnya amanah itu bukan terpikul apabila manusia yang menyuruh, kerana amanah mentarbiyyah para syabab Islam sememang tugas para muallim. Dan sebagai muslim, dakwah adalah tanggungjawab, apatah lagi apabila berhadapan dengan para syabab islam di sekolah hari ini, sangat menyedihkan...
Cumanya, berkata itu mudah..malah mengungkapkan madah-madah yang indah juga lebih mudah tapi berbuat dan bertindak seperti yang dirancang tidaklah mudah. Cabaran dan dugaan pasti menanti. Baik dari dalam diri atau pun dari luar. Apa yang sentiasa bermain di fikiran adalah solusi pendekatan. Bagaimana untuk mendekati remaja yang mempunyai perangai sebegini, macam mana nak fahamkan mereka yang sebegitu...
Pernah berfikir tak mengapa kebanyakkan remaja puteri hari ini macam kawan-kawan ana masa zaman sekolah dulu. Namun, ternyata zaman dulu tidak sama dengan zaman kini. Lebih rumit lebih sukar nak ikut rentak mereka. Bagai main layang-layang...ada masa perlu ditarik ke bawah agar tidak menjulang tinggi kerana bimbang terputus tali, tapi ada masa perlu dibiar gah terbang bebas ke sana ke mari agar mereka menyedari kehidupan untuk dinikmati tetapi punya landasan untuk berdiri.
Rasulullah shalallahu'alayhi wasallam bersabda;
"Manusia bermacam-macam potensinya, sebaik-baik mereka pada masa Jahiliyyah adalah sebaik-baik mereka pada masa Islam jika mereka mengerti (agama)."
diriwayatkan oleh Bukhari (3383), Muslim (2638).
~Allahu'alam~
No comments:
Post a Comment