Thursday, June 24, 2010

~…Nasihati daku…~

Bismillah…

Segala puji hanya selayaknya bagi Allah Taala Tuhan Sekalian alam. Maha Suci Allah dari segala kekurangan. Segala puji hanya layak bagi Allah yang telah melebihkan aku dari hambanya yang lain. Segala puji bagi Allah atas segala sesuatu.

Rasulullah shalallahu alayhi wasalam bersabda;

‘Addenul Nasihah ( agama itu nasihat) ‘ -Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim.

Berilah nasihat kepada mereka yang berhak dinasihati.

Nasihat dan teguran sangat penting dan bermakna kepada setiap orang malah saling menasihati kearah ke benaran dan kesabaran itulah ciri-ciri orang beriman dan beramal soleh yang beruntung (tidak rugi) sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud;

“Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali yang beriman dan beramal soleh yang berpesan-pesan ke arah kebenaran dan berpesan-pesan ke arah kesabaran.” (Surah al-Asr 103: 1-3)

Ana sangat-sangat menghargai nasihat dan teguran insan di sekeliling ana. Moga Allah Taala merahmati kalian semua atas keprihatinan anda sebagai seorang muslim. Tegur dan nasihatilah ana jika amal dan akhlak ana tidak menepati syariat. Ana sangat-sangat mengalu-alukan teguran dan nasihat insan-insan yang bergelar muslim.

Sebenar titik mula hijrah ana dalam hidup semasa alam remaja dulu juga banyak dipengaruhi dengan teguran dan nasihat orang-orang dewasa yang prihatin. Selepas seorang guru demi seorang guru memberi nasihat dari hati ke hati dan teguran keluarga sebagai asbab dari Allah Taala untuk membuka minda dan hati agar faktor manusia menjadi titik tolak untuk berhijrah menjadi lebih baik.

Kini, Syukur alhamdulillah dalam langkah membaiki diri Allah Taala mengirimkan lagi insan-insan soleh di sekeliling ku untuk memberi teguran dan nasihat. Moga Allah Taala menambahkan kalian kebaikan dan memberkati diri, harta, keluarga dan kehidupan kalian.

Hijrah 1

Apabila seseorang wanita itu asalnya dikenali tidak menjaga aurat dengan baik dan bersosial lalu berubah menutup aurat dan menjadi lebih baik, umumnya pasti ada orang memandang ada lelaki (ustaz) mengubahnya. Begitu juga sebaliknya. Begitulah sesetengah tanggapan orang terhadapku suatu masa dulu. Padahal tiada insan yang spesifik mempengaruhi apatah lagi berlainan jantinanya. Benarkah manusia itu boleh mengubah manusia lain tentu tidak, melainkan sebagai asbab (faktor hidayah) dengan izin Allah Taala. Hijrah dalam rangka membaiki diri menjadi muslim yang lebih baik memerlukan momentum dalaman. Kesedaran sendiri yang mahu hijrah kerana Allah Taala. Barang siapa mengenal Tuhannya maka dia tidak akan lupa terhadap dirinya sendiri. Sebagaimana firman Allah Taala yang bermaksud;

“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, sehingga Allah menjadikan mereka lupa akan diri sendiri. Mereka itulah orang-orang fasik.” (Surah al-Hasyr 56:19)

Nasihat dan mudarat

Ana suka mendengar nasihat dan teguran orang yang mengatakan perihal diri ana untuk diperbetulkan bukan memberi nasihat supaya hati-hati dengan orang ini dan orang itu. Walaupun anda menganggap anda mempunyai dalil yang kuat dan sahih untuk mengatakan orang yang disebut itu mempunyai pegangan yang salah atau berbahaya. Ana setuju jika orang yang disuruh agar dijauhi itu adalah orang kafir( yang ternyata penyelewengan aqidahnya). Sejauh mana anda menilai orang tersebut sedangkan tidak pernah menghadiri kuliah atau bersua dengannya? Sekalipun anda membaca hasil penulisan dengan yakin itu hasil pemikiran yang ironinya sebegitu mengenal pemikiran orang lain tetapi adakah anda dapat mengesahkan sebegitu iktikadnya sekarang kerana boleh jadi penulis telah mengubah pendirian selepas beberapa lama artikel itu ditulis. Boleh jadi insan yang mentafsir pemikirannya salah faham dan tidak sampai ilmu kefahaman yang dimaksudkan. Dan boleh jadi orang yang diperkata itulah dipihak yang benar dengan dalil yang kuat dan juga sahih. Sekalipun anda dipihak benar perlukah berbuat seperti mempromosikan kempen menyeru orang lain agar berhati-hati atau jauhi orang ini orang itu. Mengalahkan kempen yang sepatutnya iaitu agar umat islam BARA’ (berlepas diri) dari orang musyrik, kafir dan ilah-lah mereka. Lantas atas kepentingan apa anda menilai dan memberi nasihat?



p/s : apabila ramai memberi nasihat dan teguran.. fikir negatif memang pahit. Tapi bila fikir positif, Alhamdulillah ramai sayang padaku. Hakikat Allah Taala Maha Penyayang.LUV ALLAH.

No comments: