Friday, July 16, 2010

~…Nasihat buat yang menganggur…~

(Nasihat untuk diri sendiri dan khas buat rakan yang telah tamat belajar di alam kampus).

Bismillah…

Ku perhatikan masih ramai insan yang bergraduan memilih pekerjaan. Cukup sekadar contoh yang dilihat apabila rakan-rakan graduan pendidikan menghabiskan masa terluang dengan hanya duduk di rumah menunggu petempatan yang dijangkakan tidak kurang dari 6 bulan lagi. Ironinya apabila nama tidak tersenarai dalam petempatan terus berfikir merasakan diri ditipu, teraniaya, ditindas dan pelbagai lagi luahan tidak puas hati para graduan pendidikan itu(boleh dilihat di bahagian komen laman sesawang dan blog upsi). Walhal bumi Allah Taala itu luas. Tidak salah anda memfokuskan matlamat pekerjaan untuk berkhidmat dengan kerajaan (bagus berkhidmat untuk negara =p). Oleh itu sambut jugalah saranan kerajaan agar graduan berfikiran kreatif dan tidak bergantung pada kerajaan semata-mata. Masih banyak institusi pendidikan swasta yang memerlukan khidmat anda. Merasakan diri berpendidikan tinggi dan bertauliah ‘degree’ jangan sampai bersikap tinggi diri.

Alhamdulillah ana tidak sempat untuk berehat panjang selepas tamat pengajian. Namun terkadang nafsu mula membisik agar diri mengeluh ‘aduhai kenapa rajin sangat terus berkerja lepaklah dulu kat rumah setelah 4 tahun berkomitmen di alam kampus’…dunia baru ana sekarang memang menuntut komitmen yang tinggi, apatah lagi di bahagian pentadbiran di sebuah madrasah pendidikan al-Quran yang kian membangun dan menjadi penjaga kepada adik-adik di sini…Alhamdulillah berpeluang cari pengalaman.

Sebenar kesibukan membuatkan anda tiada masa untuk larut dalam anganan, tiada masa untuk melayan emosi, tiada masa untuk bersedih panjang, dan terkadang lupa ujian dugaan yang sedang dihadapi,…antara kepentingan diri dan orang lain (urusan dunia tetapi tidak untuk urusan akhirat), dahulukan orang lain nescaya Allah Taala rezekikan jalan terbaik untuk kita…

Seringkali kekosongan membuatkan fikiran melayang menerawang perkara silam, melayan memori suka meratapi menyesali memori duka…terkadang telah mencuri masa yang sepatutnya digunakan untuk membawa ole-ole ke ‘sana’…tenggelam dalam masa kosong yang tidak diisi perkara bermanfaat akan membuatkan diri berasa cemas dengan masa depan yang belum pasti.

Berkerjalah..dan berbuatlah amal sekalipun hanya membuat kerja rumah yang biasa, meskipun sekadar membaca buku, meskipun memasak untuk keluarga, meskipun membantu orang lain menyelesaikan tugasan dan menghadapi permasalahan hidup. Bersemangatlah dalam perbuatan yang bermanfaat bagi dirimu dan orang lain.

Nabi Muhammad Shalallahu alayhi wasalam bersabda yang bermaksud:
“Bersemangatlah dalam hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah pada Allah Taala dan janganlah malas. Apabila kamu tertimpa sesuatu , janganlah kamu berkata ; ‘Seandainya aku berbuat demikian, tentu tidak akan begini atau begitu’, tapi katakanlah, ‘ini telah ditakdirkan oleh Allah Taala’, dan Allah Taala berbuat apa yang dikehendaki-NYA kerana ucapan ‘seandainya’ akan membuka pintu syaitan.” (Hadith Riwayat Muslim)

Jika kita kenal diri, jika kita tahu membezakan keperluan diri dan kemahuan nafsu nafsi, dan jika kita sedar antara amanah dan tanggungjawab pasti kita merasakan masa yang ada tidak cukup untuk menyelesaikan segala amanah dan tanggungjawab sebagai muslim dan mukmin, iaitu terhadap Allah Taala , Rasulullah Shalallahu alayhi wasalam, Islam,ummah, keluarga dan diri sendiri.

Keadaan yang paling berbahaya bagi akal adalah saat pemiliknya menganggur dan tidak berbuat apa-apa. Orang itu ibarat kenderaan yang bergerak tanpa pemandu, menuruni jalan curam, bergerak ke kiri dan ke kanan tanpa tujuan dan berisiko tinggi untuk terjunam jatuh.

Jom renungi mutiara kata di bawah ini:

Bunuhlah waktu luang dengan pisau amal. Dengan itu, doktor-doktor di dunia menjamin anda akan mencapai 50% kebahagiaan. – dipetik dari buku ‘Ada Kemudahan Bersama Kesulitan’ oleh pengarang asal ALI AHMAD ABDUL A.,JAD AR-RAB DAN AIDH AL-QARNI

“Al-Imam Asy-Syafi’i rahimullah berkata: “Barangsiapa yang ingin agar Allah Taala membukakan pintu hati dan menyinari lubuk kalbunya, dia wajib meninggalkan perkataan yang tidak berguna, meninggalkan perkara-perkara dosa, serta menjauhi berbagai bentuk kemaksiatan. Sepatutnya dia melakukan amalan-amalan shalih secara tersembunyi antara dirinya dengan Allah Taala saja. Sungguh, apabila dia telah berbuat demikian niscaya Allah Taala bukakan untuknya suatu ilmu yang membuatnya sibuk sehingga lupa terhadap yang lainnya. Dan sesungguhnya di dalam al-maut (kematian) itu terdapat kesibukan yang sangat banyak.”

Imam Hasan Al Bana ada menyatakan yang bermaksud :
"Masa adalah kehidupan. Tiada ertinya hidup manusia selain masa yang dia beramal mulai hari lahirnya hinggalah ke saat akhirnya."

Al Baihaqi menceritakan Abdullah bin Az-Zubair pernah berkata :
"Orang yang celaka ialah orang yang menganggur".

Syeikh Al-Minawi pula pernah berkata :
"Seorang penganggur dilihat pada zahirnya menganggur. Namun pada hakikatnya syaitan telah bertapak beranak pinak dalam jiwanya. Seorang yang hidup tanpa membuat sebarang pekerjaan yang bermanfaat pada manusia, maka hidupnya tidak bererti. Kewujudannya bolehlah diumpamakan seperti air keruh yang menambah lagi kekeruhan air itu."

- 3 mutiara hikmah di atas dipetik dari laman ini


Allahu'alam~

2 comments:

nun alif nun alif said...

Salam kak izah.. nana setuju sgt dgn kak izah.. lagipun dgn keje dpt timba pengalaman + bantu2 sket belanja dapur kat umah ni.. sekarang ni nana part-time mengajar tusyen.. alhamdullillah, ade 2 tempat nana ajar.. kelas pun byk..mmg bz hr2, x rase dah 2 bln nana duduk umah.. kak izah, kalau konvo ade rezeki nak jumpe contact2 ye.. *rindu!!!*

~UmMu SuMayYah~ said...

wasSalam...
nana, terima kasih sudi ziarah blog akak ni.
akak pun ada baca posting nana..

wah..sibuk mempraktikalkan diri di alam tusyen yer..bagus2. manfaatkan waktu dengan baik.

apabila kita dapat isi waktu sepenuhnya memang tak sedar masa berlalu sebab kita bukan menghitung masa tetapi jadilah pengurus masa...

okies panjang umur jumpa konvo nanti insya Allah...
rindu sama kamu juga!! =)