Wednesday, July 20, 2011

~...'MisCom' je...~


bismillah~

‘Miscommunication’ atau salah sangka/faham sering berlaku dalam komunikasi harian kita. Sedangkan melalui percakapan pun kita boleh tersalah faham inikan pula komunikasi melalui medium tanpa suara seperti sistem pesanan ringkas (SMS), email, chatting, facebook, forum dan sebagainya.

Akibat dari salah faham yang sedikit boleh membawa kepada masalah yang besar malah boleh mencapai kepada kes penceraian, berhenti kerja, pergaduhan sehingga berlaku pertumpahan darah dan sebagainya. Di mana jika dicari dasar permasalahan sebenar segalanya berpunca dari salah faham dalam komunikasi.

Salah faham dalam komunikasi berlaku apabila pihak A mahu memberitahu sesuatu yang tidak bermaksud negatif tetapi mungkin situasi A ketika itu yang sedang dilanda masalah menyebabkan mood kemesraannya terganggu lalu maklumat yang sepatutnya ditafsir secara positif telah diterima secara negatif oleh pihak B. Lalu wujud pelbagai sangkaan negatif dari pihak B terhadap pihak A dan terus memberi kesan kepada komunikasi seterusnya. Sehinggalah suatu ketika pergaduhan tercetus.

Walau bagaimanapun, sebenar jika pihak B adalah seorang yang optimis dan positif, dia pasti akan bersangka baik dengan pihak A. Kesimpulan yang mahu dibangkitkan sebenar ialah dalam kehidupan harian kita dengan dunia teknologi canggih hari ini sangat-sangat memudahkan dan merapatkan ruang komunikasi tetapi berkomunikasi secara berkesan jarang sekali dipraktikkan. Terutama jika komunikasi di antara lelaki dan wanita, lelaki menerima dan mentafsir maklumat mengunakan 'komputer literal' mereka dan wanita pula menerima dan mentafsir maklumat menggunakan 'komputer horizontal' nya. Oleh itu, jika berlaku salah faham berterus-teranglah. Jika kita berbekalkan minda dan jiwa yang negatif pula apa sahaja maklumat yang sampai pada kita pasti dihadam dengan sangkaan buruk dan negatif tetapi jika kita sentiasa bersangka baik dan mengembalikan segala urusan dan perkara tersirat pada pengetahuan Allah Taala maka kita tak perlu sakitkan hati dan fikiran untuk melayan emosi yang diganggu oleh diri sendiri yang bersangka negatif. Maka jadilah insan yang selalu bersangka baik, positif dan optimis.

Firman Allah Azza wa Jalla yang bermaksud :
" Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah banyak dari prasangka, sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa, dan janganlah kami mencari-cari kesalahan orang lain......"
Surah Al-Hujurat 49 : 12

1 comment:

Anonymous said...

“Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.” (Al-Hujurat : 12)

Sedikit petikan dari Umar bin Al-Khattab ra :

“Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik”.

Allahu'alam

~U.U~