Friday, June 15, 2007

~ADA APA DENGAN USRAH?~

Salah Faham Terhadap Usrah; Usrah Sebagai Kaunseling
BY:MukHLis_illAllah
Konsep usrah sering disalaherti. Sesetengah pihak menganggap usrah sebagai sesi kaunseling memupuk dan menyuburkan sifat-sifat atau ciri-ciri thiqah (kepercayaan), taat, jihad, sedia berkorban dan sebagainya. Yang penting, usrah diadakan untuk melicinkan perjalanan gerakan dakwah.
Justeru, kejayaan usrah bukanlah merujuk kepada ahli-ahli usrah yang bersedia berkongsi masalah untuk diluahkan kepada naqib atau naqibah. Juga, kejayaan usrah tidak merujuk kepada keupayaan naqib atau naqibah sebagai seorang kaunselor dan pakar psikologi. Namun begitu, naqib atau naqibah harus bersedia untuk simpati dan empati kepada permasalahan ahli-ahli usrahnya ibarat seorang sahabat karib yang ikram atau mungkin ibarat seorang guru atau bapa atau ibu yang penyayang.
Matlamat usrah adalah untuk membentuk peribadi muslim sejati dari segi semua dimensi kehidupan. Peribadi-peribadi muslim yang merupakan ahli-ahli usrah itu harus diikat dengan ukhuwwah, di samping diikat dengan dakwah sehingga bersebati dalam kehidupannya. Sesi kaunseling boleh wujud dalam usrah, tetapi usrah bukanlah semata-mata sebagai suatu sesi kaunseling.
Ini memandangkan kebiasaan usrah yang menitikberatkan soal ukhuwwah atau persaudaraan. Sesetengah pihak yang lain pula sering menganggap usrah sebagai suatu kelas pengajian agama atau halakah ilmu.
Rukun usrah terbahagi tiga iaitu ta’aruf (perkenalan), tafahum (saling memahami) dan takaful (saling tolong-menolong). Naqib dan naqibah usrah selain daripada dikehendaki memastikan setiap anak usrahnya saling mengenali antara satu sama lain, dia juga berperanan untuk membantu menyelesaikan sebarang permasalahan yang dialami oleh anak-anak buahnya sebagaimana yang telah digariskan dalam rukun usrah. Mungkin atas dasar inilah mengapa usrah dianggap sebagai sesi kaunseling atau dengan kata lain, sesi menyelesaikan masalah.Rukun-rukun usrah hanya bersifat sebagai wasilah (wahana atau alat) untuk mewujudkan suasana kondusif dalam tarbiyyah bagi memupuk dan menyuburkan sifat-sifat atau ciri-ciri thiqah (kepercayaan), taat, jihad, sedia berkorban dan sebagainya. Yang penting, usrah diadakan untuk melicinkan perjalanan gerakan dakwah.
Justeru, kejayaan usrah bukanlah merujuk kepada ahli-ahli usrah yang bersedia berkongsi masalah untuk diluahkan kepada naqib atau naqibah. Juga, kejayaan usrah tidak merujuk kepada keupayaan naqib atau naqibah sebagai seorang kaunselor dan pakar psikologi. Namun begitu, naqib atau naqibah harus bersedia untuk simpati dan empati kepada permasalahan ahli-ahli usrahnya ibarat seorang sahabat karib yang ikram atau mungkin ibarat seorang guru atau bapa atau ibu yang penyayang.
Matlamat usrah adalah untuk membentuk peribadi muslim sejati dari segi semua dimensi kehidupan. Peribadi-peribadi muslim yang merupakan ahli-ahli usrah itu harus diikat dengan ukhuwwah, di samping diikat dengan dakwah sehingga bersebati dalam kehidupannya. Sesi kaunseling boleh wujud dalam usrah, tetapi usrah bukanlah semata-mata sebagai suatu sesi kaunseling. - Bicara MuslihOleh: Mior Azly Mior Azam

No comments: