‘allahummaftah allaina….’ Seperti biasa Liana membaca doa sebelum makan… ‘tak de doa sebelum makan la, hadith tu tak sahih, nabi hanya baca bismillah ja sebelum makan’…Umairah dan Zainab cuba memberitahu kawan baru mereka…aku tersenyum memerhatikan gelagat adik-adik bakal hafizah ini…
Taman Huffaz ini sedang mengadakan ‘kem ibadah dan motivasi solat’ sempena cuti sekolah. Seramai 11orang adik-adik dari sekolah luar menyertai kem ini, maka jumlah mereka semua 23 orang. Hampir seminggu di sini aku sangat terhibur dengan gelagat adik-adik yang lingkungan usia mereka 8 hingga 13 tahun…di mana cita-cita dan impian mereka di usia muda ini adalah menjadi hafizah..jelas Nampak perbezaan gaya pemikiran mereka berbanding teman sebaya sekalipun ragam sebagai kanak-kanak tidak lari dari dunia mereka.
‘Ustazah, malam tadi kami nampak hantu..’ ujar beberapa orang adik yang ku amati wajah mereka bukan dari kalangan anak-anak Taman Huffaz ini.. belum sempat aku bertanya lanjut , Nusaibah mencelah ‘hantu tak wujud la, itu semua syaitan’.. Khaulah menambah ‘mana boleh takut pada hantu takut pada Allah jer’…Alhamdulillah tugasku lebih mudah kerana asas aqidah telah mula subur dalam jiwa anak-anak Taman Huffaz ini cuma adik-adik dari luar yang bersekolah harian telah biasa menjamu santapan pemikiran melalui televisyen dan tak kurang juga pengaruh di sekolah. Beberapa orang dari mereka tidak mahu tidur di rumah sebelah yang dikatakan berhantu, sedikit sebanyak keyakinan anak-anak Taman Huffaz juga mula bergoyang . Aku menyakinkan semula dengan pertanyaan ‘ada pernah dengar kes orang mati dibunuh hantu?’…’sebenar itu semua kerja syaitan nak ganggu kita. Kadang-kadang yang kita lihat itu adalah bayang-bayang atau langsir yang ditiup angin, tetapi atas sebab perasaan kita yang mudah lemah semangat syaitan datang dalam fikiran suruh fikir yang bukan-bukan’ ujarku panjang lebar …’baiklah jika adik-adik tak nak tido rumah sebelah biar ustazah tido sana, siapa nak ikut angat tangan…’ hampir semua mereka angkat tangan, aku tersenyum…
Inilah fenomena kanak-kanak zaman sekarang dibenihkan diminda mereka supaya takutkan hantu berbanding takutkan Allah. Maka lahirlah remaja yang lebih kenal hantu berbanding Tuhan. Maka tidak hairan dengan kes gejala sosial yang amat parah kini. Pokoknnya adalah bab aqidah. Sebenar telah ramai melahirkan rasa tidak senang dengan media masa yang kini kebanjiran isu momok baik drama mahupun filem. Paling menyedihkan novel dan cerpen untuk kanak-kanak sekolah rendah juga bertemakan isu yang sama. Aku sungguh tidak faham akan hal ini. Semasa menjumpai sebuah buku novel di maktabah di Taman Huffaz, aku terkejut buku tersebut bertulis kurikulum bersepadu sekolah rendah (KBSR)…mudirah memberitahu kebanyakan buku disumbang oleh orang ramai. Itu bukan menjadi kehairanan tetapi buku yang ternyata dipasarkan ke sekolah-sekolah adalah bertemakan cerita hantu…huh! Sungguh mencelarukan fikiran….
Paling membuatkan aku kagum dengan perancangan dan kuasa Allah Taala ialah mengenai liku perjalanan seorang adik Taman Huffaz iaitu Mashitah. Seorang gadis berusia 17tahun dan merupakan anak Taman Huffaz yang paling tua. Mashitah beragama kristian berasal dari Kemboja dan datang ke Malaysia tanpa pengetahuan ibu bapanya atas tiket pekerjaan. Berasal dari keluarga yang susah menyebabkan dia hanya mampu bersekolah hanya setakat darjah 3. Lalu bekerja meneruskan kehidupan. Semasa di Malaysia dia bekerja dengan majikan cina di sebuah salun rambut. Dengan takdir Allah Puan Maria telah berkunjung ke salun tersebut dan tertarik untuk menjadikan Mashitah anak angkat. Lalu Masyitah telah memeluk agama islam dan dihantar ke Taman Huffaz untuk menjadi hafizah. Apa yang menyebabkan aku memuji Allah lantaran kelebihan Mashitah adalah kerana baru setahun menjadi orang islam dan bergaul dengan masyarakat melayu, diboleh bertutur dan memahami bahasa melayu dengan baik dan yang paling utama dijuga dapat membaca ayat quran dan baik cuma masih belum lancar. Itu sudah cukup baik dibandingkan dengan mereka yang bertahun-tahun jadi orang islam tetapi ayat quran pun tidak dapat dibaca.
Demikian sedikit daripada catatan memori yang membuatkan ku berfikir dengan realiti kehidupan semasa, hampir sebulan aku menghabiskan masa cuti bersama anak-anak Taman Huffaz ini untuk memberi dan menerima…walaupun kedatanganku untuk membantu mudirah sedikit sebanyak bagi mengantikan tugas ustazah mereka yang telah berhenti sekaligus aku dapat mentarbiyah dan ditarbiyah dengan anak-anak Taman Huffaz ini…mereka terdiri dari anak yatim, anak orang asli, mukallaf dan anak-anak dari keluarga yang bermasalah.
-catatan perkongsian yang agak terlewat, namun tetap mahu dikongsi…nama-nama adik-adik di atas hanya samaran atas sebab lebih menjaga.Taman Huffaz yang dimaksudkan adalah Darul Quran Al-Wildan Gombak yang diusahakan oleh ustaz Fadzil Kamaruddian bersama zaujah beliau ummu Aisyah @ Puan Suzeini.maklumat lanjut mengenai pusat Tahfiz tersebut boleh melawat ;http://luvquran.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment