Thursday, July 9, 2009

~...SABAR DAN TABAH DARI SEMUT...~

oleh : ummu Sumayyah

sambungan...

Seharusnya seorang yang mencari ilmu dan berdakwah di jalan Allah mempunyai tingkat kesabaran dan ketabahan yang sama tingkat kesabaran dan ketabahan semut. Sama-sama kita renungkan perumpaan berikut:
Semut-semut tidak pernah mengaku kalah dalam kehidupan semut. Penelitian secara ilmiah dibuat dengan memerhatikan sarang semut yang telah roboh lalu segera mereka mendirikan semula, kemudian sarang tersebut roboh lagi, lalu dibangunkan semula, kemudian roboh kembali, lalu didirikan kembali, begitulah seterusnya sehingga sarangnya berdiri tegak.
Kesabaran dan kesungguhan semut menjadi satu ikhtibar. Renungkanlah kehidupan semut ketika ia hendak mendaki di sebuah dinding yang licin, bukan suatu yang mudah kerana ia berkali-kali jatuh setiap kali cuba mendaki, lalu dicuba lagi untuk mendaki buat kali ketikanya masih juga gagal. Apakah ketika jatuh setelah berulang –kali berusaha mendaki dinding yang licin, ia langsung menyerah kalah? Tidak! Ia terus mencuba menaiki dinding tersebut dan terjatuh lagi, ia jatuh-bangun agar berjaya menaiki dinding licin tersebut. Jika ia gagal naik dari dinding sebelah sini, ia mencuba naik dari dinding sebelah sana, hingga kadang-kadang ia berjaya menaiki setelah mencuba lebih dari sepuluh kali.
Salah seorang di kalangan manusia pula ada yang mengusahakan sesebuah projek, sebuah perniagaan, atau menuntut ilmu. Jika usahanya gagal, dia mengulanginya lagi, ada yang mengulanginya sekali lagi, ada yang mengulanginya sehingga tiga kali. Jika setelah mencuba tiga kali, belum berhasil juga, dia memutuskan untuk tidak mengulanginya lagi. Ketika salah seorang diantara kita gagal dalam sesebuah projek atau sebagainya, kebiasaan maksima dia akan mencuba sebanyak tiga kali. Berbeza dengan semut, ia tidak akan menyerah sebelum apa yang ia lakukan berhasil. Sungguh menakjubkan!


Dipetik dan diubahsuai dari kitab karangan Prof.Dr. Nashir bin Sulaiman Al-‘Umar bertajuk “Berguru kepada Semut.” Terbitan Pustaka At-Tibyan



No comments: