Friday, December 11, 2009

~...LaPoRaN SeMiNaR...~


Bismillah~

Alhamdulillah…dengan izin Allah Taala ana berkesempatan menyertai Seminar Isu-isu dan Cabaran Semasa Al-Quran dan As-Sunnah anjuran Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dengan kerjasama Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith Jabatan Mufti Negeri Perlis pada 8 Disember 2009 lalu.

Antara isu-isu yang dibentangkan ialah
1. “Pendekatan al-Quran dan al-Hadith Dalam Menangani Ikhtilaf” -Prof.Madya Dr.Fauzi Deraman
2. “Al-Quran dan al-Sunnah Dalam Kacamata Golongan Liberal Satu Tinjauan Kritis” –Dr Khalif Muammar bin A.Harris
3. “Penyelewengan Orientalis Di Dalam Tafsir al-Quran”
–Prof. Dato’ Dr Mohd Yakub @ Zulkifli Bin Mohd Yusoff
4. “Pendekatan Feminis Muslim Terhadap Hadith-Hadith Misoginis” – Prof.Madya Dr. Habeeb Rahman Md Ibramsa
5. “Isu Autoriti Hadith Nabi Shalallahu Alayhi Wasallam di Malaysia: Realiti, Cabaran dan Cadangan” – Prof. Madya Dr.Ishak Sulaiman
6. “Isu Gender Dalam al-Quran dan al-Hadith”
- Prof.Madya Dr.Raihanah Abdullah
7. “Gerakan Islah Dan Pendekatan Di Dalam Mentafsir al-Quran al-Karim” –Prof.Madya Dr.Mustaffa Abdullah
8. “Pembangunan Manusia Melalui al-Quran dan Sains”
-Prof.Madya Dr. Mohd Arif bin Kosmo

Sangat menarik hujah-hujah yang dikemukakan oleh para pembentang…isu-isu yang relevan dengan fenomena semasa sepatutnya diberi perhatian oleh umat islam. Kajian berdasarkan fakta serta cadangan turut membuatkan peserta terus berfikir mengenai hala tuju keilmuan islam. Cumanya masa yang diperuntukkan sangat-sangat sedikit kepada para pembentang membuatkan kupasan isu tidak berlaku dengan lebih mendalam. Mungkin seminar sebegini (8 pembentang) perlu di panjangkan kepada dua hari.

Apa yang menarik untuk dikongsikan di sini ialah mengenai Isu Autoriti Hadith Nabi Shalallahu Alayhi Wasallam di Malaysia: Realiti, Cabaran dan Cadangan oleh Prof. Madya Dr.Ishak Sulaiman. Antara kupasan yang penting untuk diberi perhatian ialah kajian ilmiah yang dilakukan oleh Harun Zainal Abidin (merupakan pelajar Sarjana Usuluddin di bawab seliaan beliau yang telah mengenalpasti bentuk kesilapan dan kesalahan teks Hadith Nabi Shalallahu Alayhi Wasallam yang telah dicetak oleh sebuah penerbit buku dari Johor. Iaitu buku fiqh terjemahan bahasa Melayu bertajuk Fath al-Mu’in Bi Syarh Qurrat al-Aini Bi Muhimmat al-Din, karya Syeikh Zainuddin bin Abdul Aziz al-Malibari. Terdapat 84 teks daripada 113 teks hadith Nabi Shalallahu Alayhi Wasallam yang salah dan silap dicetak di dalam 7 jenis kesalahan. Berikut perincian kesalahan yang terdapat di dalam kitab terjemahan Fath al-Mu’in ;



Jenis Kesalahan (Bidang Hadith) -Nombor Halaman Kitab
1. Teks pengarang didakwa sebagai teks Hadtih (5 ) halaman ;20,22,40, 393, 469
2. Teks Hadith didakwa sebagai teks al-Quran (1 ) halaman; 144
3. Tertukar teks Hadith dengan teks hadith yang lain () halaman; 2 259, 449
4. Teks Hadith tidak lengkap (4 ) halaman ; 27, 99, 39, 35, 87
5. Teks atau terjemahan Hadith
bercampur dengan tesk pengarang (14) halaman; 10, 67, 71, 73, 95, 40, 41,233,258, 295, 300, 555, 607

6. Teks Hadith tidak dikemukakan (32) halaman ; 26, 55, 61, 136, 137, 138, 181, 184, 202, 203(2), 206(2), 263, 314, 365, 376, 386, 449(2), 464, 469, 500, 589, 593, 595, 609, 616, 621, 622, 639

7. Penterjemahan (4) halaman : 16, 61, 139, 269

Nah, banyak kesilapan yang mungkin secara tidak sengaja atau kurang ketelitian. Tapi kesannya sangat besar sebab kata-kata penulis boleh pula tertukar jadi hadith..huh!

Ini bagi kajian terperinci dari sebuah kitab…belum lagi masuk buku-buku agama di pasaran. Ya, seperti cadangan Prof. Madya Dr.Ishak Hj.Sulaiman perlunya akta atau enakmen percetakan yang akan memelihara teks-teks Hadith Nabi Shalallahu alayhi wasallam daripada kesilapan khususnya di dalam percetakan seperti Akta Teks Al-Quran 1986…

Terlalu banyak kupasan yang memuhasabahkan diri terutama dalam arena pendidikan…baiklah setakat ini dulu ulasan seminar tersebut. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendengar rakaman seminar tersebut bolehlah download kat link di bawah ini. Jika mahukan kertas kerja seminar, tinggalkan alamat anda kepada saya. Saya akan pos secara percuma ke rumah anda. Insya Allah…

download audio seminar ; http://www.mediafire.com/?sharekey=1710ae814cc421fc61d4646c62b381cb7b95b989a74d3d0a3e34c0a955f98962




Allahu’alam~

No comments: