Innal7hamda lillah na7hmaduhu w nasta3eenuhu w nastaghfiruh, w na3uudzu billahi min syuroori anfusina w min sayyi2aati a3maalina, man-yahdihillaahu fa laa mudhillalah, w man-yudhlil fa laa haadia lah, asyhadu an-laa ilaaha illallahu wa7dahu laa syareeka lah w asyhadu anna mu7hammadan 3abduhu w rasooluh, amma ba3d.

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang,

Segala puji bagi ALLAH, kami memuji-Nya & kami memohon pertolongan drp-Nya & kami memohon keampunan drp-Nya. Dan kami berlindung kpd Allah drp keburukan diri kami n dari keburukan perbuatan kami.Sesiapa yg diberi petunjuk oleh Allah maka tiadalah kesesatan baginya,n siapa yg disesatkan oleh Allah maka tiadalah petunjuk baginya.Aku bersaksi bahawa tiada ILAH selain ALLAH yg Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba-Nya dan rasul-Nya.


Monday, December 14, 2009

~...GeoGraFi dari Perspektif al-Quran...~



bismillah~




Segala Puji hanya layak bagi Allah Taala yang telah mengizinkan ana memakai ‘kacamata’ pendidikan semasa menyertai seminar isu-isu semasa al-Quran dan al-Hadith tempoh hari. Ana lebih tertarik mengenai isu pendidikan dalam perspektif al-Quran dan as-Sunnah (tiada dalam tajuk pembentangan tetapi hanya saringan sendiri). Walaupun hujah yang menyentuh mengenai pendidikan hanya seberapa, kerana kebanyakkan pembentang membentangkan isu dari pelbagai sudut kehidupan seperti Ikhtilaf, Islam Liberal, Orientalis Feminis Muslim, Autoriti Hadith, Gender, Gerakan Islah dan Pembangunan Manusia melalui al-Quran dan Sains.



Amat malang sekali jika pendidikan sekular yang sudah menjadi corak pendidikan di negara kita tidak cuba diatasi melalui alternatif atau anisiatif pendidik itu sendiri. Seharusnya seorang guru perlu mengaitkan isu pelajaran dengan agama, sekalipun teori-teori ilmu yang dipelajarinya semasa di Universiti sememang berasal dari negara Barat dan berfalsafahkan akal semata-mata. Walhal ilmu kifayah seperti subjek bahasa, Sains, Matematik, Geografi, Kemahiran Hidup, Ekonomi, Kejuruteraan dan sebagainya berasal dari Al-Quran juga.



Teringat ana sewaktu mula-mula mendapat tawaran di UPSI dalam bidang yang menjadi pilihan pertama iaitu Pendidikan Geografi, ramai kawan memberi respons hambar sebab mereka tidak minat Geografi dan memandang enteng subjek Geografi. Paling kelakar mereka fobia dengan peta, kerana mindsetting mereka Geografi tu subjek peta. Huh! Apalah Geografi bukan subjek peta taw, tapi Sains Fizikal malah lebih dari itu, segala yang ada atas muka bumi termasuk langit dan bawah tanah itulah skop Geografi. Kalau tidak ada pakar dalam bidang Geografi bagaimana nak atasi masalah banjir kilat, kemarau, tanah runtuh, tsunami, pemanasan global dan banyak lagi isu fenomena alam yang lain. Walaupun boleh sahaja hujah mengaitkan ianya kejadian Tuhan, jadi bagaimana manusia nak menghargai alam ciptaan Tuhan tanpa subjek Geografi???



Sebenar posting ini lebih kepada membawa analogi atau contoh untuk para Muallim terutama kawan-kawan yang bakal praktikum di sekolah tahun depan dan buat kawan-kawan yang telah berposting di mana-mana sekolah di seluruh negara. Positif dan Optimislah jika kalian kena mengajar subjek yang diluar opsyen kalian, (agak kasihan seorang sahabat yang mengambil major Matematik dan minor Fizik diarahkan mengajar Bahasa Melayu dan Geografi.) Memang berat tapi itulah suatu persediaan para bakal Guru untuk sanggup menerima dan mencuba apa sahaja opsyen yang diberi bagi memenuhi kekosongan.



Subjek Geografi lebih mudah untuk mengajak para pelajar berfikir mengenai alam ciptaan Allah Taala. Misalnya proses kitaran hidrologi (air) penyejatan air laut dan sungai akibat kepanasan cahaya matahari telah menyebabkan wap air naik ke langit dan membentuk awan(titisan wap air), awan yang semakin banyak terkumpul itu akan ditiup angin sehingga melanggar puncak gunung yang tinggi lalu air tersebut turun semula ke bumi mengalir menyusup ke dalam bumi atau menjadi air larian pemukaan yang mengalir ke dalam sungai atau tasik. Begitulah seterusnya air naik ke atas dan turun semula ke bumi.



Firman Allah Taala dalam surah At-Tariq 86: 22 yang bermaksud;
“Demi langit yang mengandungi hujan*”
(*Raj’I = kembali berputar. Hujan dinamakan raj’i dalam ayat ini, kerana hujan itu berasal dari wap yang naik dari bumi ke udara, kemudian turun ke bumi, kemudian kembali ke atas, dan di atas kembali ke bumi, dan begitulah seterusnya.)


Kenapa ana minat Geografi? Tidaklah lain kerana ana suka anugerah alam ciptaan Tuhan. Apabila cikgu kat depan menerangkan proses kejadian alam ana hanya mampu memuji Allah Taala kerana penerangan lanjut cikgu dihadapan mengingatkan ana beberapa firman Allah Taala mengenai proses yang sedang diterangkan.



Fenomena ketegangan permukaan bumi;
“sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi, pergantian malam dan siang, kapal yang berlayar di laut dengan (muatan) yang bermanfaat bagi manusia, apa yang diturunkan Allah dari langit berupa air, lalu dengan itu dihidupkan-NYA bumi setelah mati (kering), dan DIA tebarkan di dalamnya bermacam-macam binatang, dan perkisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi, (semua itu) sungguh, merupakan tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang mengerti.” Surah Al-Baqarah 2:164



Surah lain yang berkaitan Geografi ;
-Fenomena gelombang jauh dan pendek : surah Hud 11:42, An-Nur 24:40, Luqman 31:32
-Batas pemisah antara air laut dan air sungai : surah al-Furqan 25:53, an-Naml 27:61, ar-Rahman 55:19, 55:20
-Awan-awan yang menggumpal : surah an-nur 24:43, at-Thuur 52:44
-Tekanan udara dan ketinggian saling berlawanan : al-an’am 6:125
-Pembentukan hujan dan angin: 2:164, 7:57, 13:12, 16:10, 24:43, 25:48, 30:48, 35:9, 78:14, 86:11
-Bulat bumi dan putarannya : surah ali-imran 3:27, al-Hajj 22:61, Luqman 31:29, Fathir:13, az-Zumar 39:5, Qaff 50:7, an-Nazi’aat 79:30
-Graviti bumi : surah al-an’am 6:59, maryam 19:25

Secara tidak langsung itulah proses tarbiyyah Tauhid untuk ana. Namun bagi ana dalam keparahan masalah sosial di kalangan remaja hari ini akibat kegersangan intipati agama iaitu Tauhid maka, sewajarnya agama diemplimentasikan ke dalam subjek akademik. Tidaklah ia bererti setiap topik perlu dikaitkan dengan dalil al-Quran atau al-hadith tetapi cetusan membina budaya berfikir pelajar untuk mengaitkan segala sistem dan makhluk yang ada di atas bumi ini dengan kekuasaan Pencipta sangat-sangat penting dan menjadi peranan para guru terutama yang muslim. Ana sangat-sangat tertarik dengan modul Penghayatan Aqidah Menerusi Penghayatan Sains Dalam Al-Quran (PASAK) yang dibentangkan oleh Prof. Dr Mohd.Arip Haji Kosmo. Terutama pengajaran Sains dari perspektif al-Quran yang dihujahkan berjaya menawan hati pelajar baik muslim dan bukan muslim. Komen seorang pelajar bukan islam yang mahu mengkaji al-Quran setelah melalui Modul PASAK ini sangat menyentuh hati. malahan mentod ini juga sesuai untuk dakwah kepada non-muslim. Mungkin jika anda telah memuat turun audio rakaman boleh mendengar sendiri petikan yang di baca oleh Prof.Dr.Afip…


BOLEH ZIARAH BLOG BELIAU di sini ; http://pasakeedah.blogspot.com/



Sememang jika kita mentadabburi ayat al-Quran sungguh banyak ayat-ayat yang berkaitan dengan subjek pengajaran di sekolah. Bukan bermakna para muallim boleh mentafsir mengikut akal secara membabi buta. Tetapi tafsiran yang sudah jelas nyata dan disertai rujukan tafsir muktabar itulah yang perlu para pendidik kuasai untuk mentarbiyyah anak remaja yang kini yang kecelaruan identiti.

Bukan sekadar subjek Sains yang boleh diaplikasikan untuk mentarbiyyah para syabab tetapi juga Geografi, Matematik, Sejarah, Kemahiran Hidup, Bahasa dan sebagainya. Kita semua sedia maklum akan sistem pendidikan sekular di negara ini yang berjaya membentuk acuan masyarakat mengasingkan agama dari kehidupan. Sampai bila kita hanya mengkritik dan menghentam sedangkan solusi perubahan sedikit pun kita tak mampu lakukan melainkan bagi anak-anak yang bertuah ibu bapa yang mempunyai kesedaran pastikan menghantar ke sekolah Tahfiz, agama dan sebagainya. Manakala anak-anak yang mendapat ilmu agama di sekolah sekular hanya berteori di atas kertas peperiksaan. Alangkah baiknya jika setiap subjek yang lain itu dapat dimanipulasikan dalam bentuk budaya berfikir dan berzikir. Ilmu fardu kifayah penting untuk manusia mentadbir sistem manakala ilmu fardu ain untuk manusia memandu sistem ke arah yang diredhai Allah Taala. Berfikir akan sistem kehidupan membawa manusia menerokai kebesaran setiap inci alam ciptaan Tuhan…

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal, iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), 'Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka." (surah ali-Imran 3:190-191)



Allahu’alam~

Friday, December 11, 2009

~...LaPoRaN SeMiNaR...~


Bismillah~

Alhamdulillah…dengan izin Allah Taala ana berkesempatan menyertai Seminar Isu-isu dan Cabaran Semasa Al-Quran dan As-Sunnah anjuran Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dengan kerjasama Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith Jabatan Mufti Negeri Perlis pada 8 Disember 2009 lalu.

Antara isu-isu yang dibentangkan ialah
1. “Pendekatan al-Quran dan al-Hadith Dalam Menangani Ikhtilaf” -Prof.Madya Dr.Fauzi Deraman
2. “Al-Quran dan al-Sunnah Dalam Kacamata Golongan Liberal Satu Tinjauan Kritis” –Dr Khalif Muammar bin A.Harris
3. “Penyelewengan Orientalis Di Dalam Tafsir al-Quran”
–Prof. Dato’ Dr Mohd Yakub @ Zulkifli Bin Mohd Yusoff
4. “Pendekatan Feminis Muslim Terhadap Hadith-Hadith Misoginis” – Prof.Madya Dr. Habeeb Rahman Md Ibramsa
5. “Isu Autoriti Hadith Nabi Shalallahu Alayhi Wasallam di Malaysia: Realiti, Cabaran dan Cadangan” – Prof. Madya Dr.Ishak Sulaiman
6. “Isu Gender Dalam al-Quran dan al-Hadith”
- Prof.Madya Dr.Raihanah Abdullah
7. “Gerakan Islah Dan Pendekatan Di Dalam Mentafsir al-Quran al-Karim” –Prof.Madya Dr.Mustaffa Abdullah
8. “Pembangunan Manusia Melalui al-Quran dan Sains”
-Prof.Madya Dr. Mohd Arif bin Kosmo

Sangat menarik hujah-hujah yang dikemukakan oleh para pembentang…isu-isu yang relevan dengan fenomena semasa sepatutnya diberi perhatian oleh umat islam. Kajian berdasarkan fakta serta cadangan turut membuatkan peserta terus berfikir mengenai hala tuju keilmuan islam. Cumanya masa yang diperuntukkan sangat-sangat sedikit kepada para pembentang membuatkan kupasan isu tidak berlaku dengan lebih mendalam. Mungkin seminar sebegini (8 pembentang) perlu di panjangkan kepada dua hari.

Apa yang menarik untuk dikongsikan di sini ialah mengenai Isu Autoriti Hadith Nabi Shalallahu Alayhi Wasallam di Malaysia: Realiti, Cabaran dan Cadangan oleh Prof. Madya Dr.Ishak Sulaiman. Antara kupasan yang penting untuk diberi perhatian ialah kajian ilmiah yang dilakukan oleh Harun Zainal Abidin (merupakan pelajar Sarjana Usuluddin di bawab seliaan beliau yang telah mengenalpasti bentuk kesilapan dan kesalahan teks Hadith Nabi Shalallahu Alayhi Wasallam yang telah dicetak oleh sebuah penerbit buku dari Johor. Iaitu buku fiqh terjemahan bahasa Melayu bertajuk Fath al-Mu’in Bi Syarh Qurrat al-Aini Bi Muhimmat al-Din, karya Syeikh Zainuddin bin Abdul Aziz al-Malibari. Terdapat 84 teks daripada 113 teks hadith Nabi Shalallahu Alayhi Wasallam yang salah dan silap dicetak di dalam 7 jenis kesalahan. Berikut perincian kesalahan yang terdapat di dalam kitab terjemahan Fath al-Mu’in ;



Jenis Kesalahan (Bidang Hadith) -Nombor Halaman Kitab
1. Teks pengarang didakwa sebagai teks Hadtih (5 ) halaman ;20,22,40, 393, 469
2. Teks Hadith didakwa sebagai teks al-Quran (1 ) halaman; 144
3. Tertukar teks Hadith dengan teks hadith yang lain () halaman; 2 259, 449
4. Teks Hadith tidak lengkap (4 ) halaman ; 27, 99, 39, 35, 87
5. Teks atau terjemahan Hadith
bercampur dengan tesk pengarang (14) halaman; 10, 67, 71, 73, 95, 40, 41,233,258, 295, 300, 555, 607

6. Teks Hadith tidak dikemukakan (32) halaman ; 26, 55, 61, 136, 137, 138, 181, 184, 202, 203(2), 206(2), 263, 314, 365, 376, 386, 449(2), 464, 469, 500, 589, 593, 595, 609, 616, 621, 622, 639

7. Penterjemahan (4) halaman : 16, 61, 139, 269

Nah, banyak kesilapan yang mungkin secara tidak sengaja atau kurang ketelitian. Tapi kesannya sangat besar sebab kata-kata penulis boleh pula tertukar jadi hadith..huh!

Ini bagi kajian terperinci dari sebuah kitab…belum lagi masuk buku-buku agama di pasaran. Ya, seperti cadangan Prof. Madya Dr.Ishak Hj.Sulaiman perlunya akta atau enakmen percetakan yang akan memelihara teks-teks Hadith Nabi Shalallahu alayhi wasallam daripada kesilapan khususnya di dalam percetakan seperti Akta Teks Al-Quran 1986…

Terlalu banyak kupasan yang memuhasabahkan diri terutama dalam arena pendidikan…baiklah setakat ini dulu ulasan seminar tersebut. Kepada sesiapa yang berminat untuk mendengar rakaman seminar tersebut bolehlah download kat link di bawah ini. Jika mahukan kertas kerja seminar, tinggalkan alamat anda kepada saya. Saya akan pos secara percuma ke rumah anda. Insya Allah…

download audio seminar ; http://www.mediafire.com/?sharekey=1710ae814cc421fc61d4646c62b381cb7b95b989a74d3d0a3e34c0a955f98962




Allahu’alam~

Thursday, December 10, 2009

~…Mengkaji vs Menyelidiki vs Menyiasat = be open minded…~


bismillah~




Betulkah mengkaji sesuatu ilmu itu bukan tugas kita? Jadi projek, latihan ilmiah dan tesis itu bukan melibatkan kajiankah? Tidak kisahlah di bidang manapun, sedangkan fardhu kifayah kita bersikap mengkaji kenapa tidak dalam fardu ain. Bukan suruh buat kajian bertaraf Phd dan Sarjana…tidak pula bermakna bersikap seperti mufti dan ulama. Cuma terfikir betapa ramai non-muslim di negara barat peluk islam dengan adanya sikap ingin tahu + membaca + dan berfikir = kajian. Walaupun asasnya Taufik dan Hidayah milik Allah Taala, dan diberi kepada siapa yang dikehendaki-NYA, namun berapa ramai yang sejak lahir telah islam tetapi kehidupannya tidak mencerminkan amalan islam.


Kebiasaan jika kita ingin mengetahui tentang sesuatu ubat untuk penyakit tentu kita akan berjumpa doktor pakar atau ahli farmasi. Dan kita begitu yakin dengan nasihat doktor untuk mengambil ubat ini dan supplement itu.Begitu juga jika kita nak tahu resepi nasi beriani kita akan cari tukang masak yang pandai masak nasi beriani sebab kalau jumpa penjual nasi lemak mesti tak jadi nasi beriani. Alangkah bagusnya jika masyarakat yang tidak faham al-quran terus rujuk guru yang faham al-quran. Begitu juga jika berlaku permasalahan hadith kita rujuk orang yang lebih faqeh dan mendalami bidang hadith.


Apabila berlaku percanggahan dalam ehwal agama… ustaz A cakap kena ikut gini, dan jangan ikut ustaz B buat amalan macam tuh. Maka terus terima cakap ustaz A bulat-bulat tanpa cuba menyelidiki apa yang diperkatakan berdasarkan neraca Al-Quran dan As-Sunnah. Tidak salah jika ianya sememang dalam status pilihan amalan tetapi jika ianya merupakan syarat amalan diterima adakah perlu berdalih untuk membuat pilihan?


Paling sedih bila termakan nasihat “bila terlalu mengkaji nanti takut terpesong”…sedangkan orang yang mengkaji kitab bible dengan tujuan berdakwah kepada non-muslim menjadi semakin teguh aqidah Islam mereka..apatah lagi kita yang disuruh mengkaji al-Quran dan al-Hadith. Kerja mudah mengkaji bukan suruh buat eksperimen macam dalam makmal hanya suruh luaskan pembacaan dengan berani membaca bahan-bahan yang luar dari ‘kitab harian’…
Allahu’alam~


p/s ; sekadar luahan dengan sikap sesetengah orang yang rasa selesa dengan ‘zon penerima’…apapun diri yang berkata bukanlah sebaik seperti yang dikata cuma mengajak diri dan orang lain untuk membuat anjakan paradigma.

Sunday, December 6, 2009

~...Tujuh mitos, tujuh pembohongan...~


bismillah~


Tertarik dengan artikel yang dipetik dari Malaysiakini.com nie...erm, menarik...bila difikirkan semula..apa citer silibus pendidikan? bukan nak salahkan silibus...cuma contoh artikel tersebut mendedahkan pembohongan sejarah...belum lagi masuk pembohongan dalam subjek agama islam. pembohongan? huh! ada ke? jadikan artikel tersebut sebagai contoh, dan aplikasikan bentuk/amalan pemikiran yang bagaimana sepatutnya kita miliki...Allahu'alam terpulang pada pandangan masing2...


selamat membaca dan berfikir~



Tujuh mitos, tujuh pembohongan


oleh: Hishamuddin Rais



Mitos ialah naratif yang dibuat bertujuan untuk memesongkan hakikat.


Contohnya: Raja dikatakan jelmaan tuhan - mitos ini bertujuan membodohkan kaum tani agar mereka memberikan tanaman mereka pada satu kumpulan manusia yang malas bekerja.


Mitos ini berpanjangan dan ditokok tambah: selepas satu, satu lagi ditambah. Hakikatnya mitos raja dari muntah lembu atau raja jelmaan tuhan bertujuan untuk menipu. Walhal antara raja dengan sesiapa sahaja tidak ada bezanya. Yang melahirkan perbezaan hanyalah mitos.


Contoh mitos: Pokok itu berhantu. Pokok itu wujud dan dapat dilihat dan dibuktikan. Tetapi hantu itu tidak wujud.


Mitos hantu diwujudkan untuk menakut-nakut. Apabila kita takut, maka kita akan mencari perlindungan.


Peranan untuk melindungi kita daripada hantu ialah bomoh dan dukun. Akhirnya kita tunduk pada kuasa bomoh dan dukun.


Mitos diwujudkan untuk tujuan baik dan tujuan jahat. Jangan pergi di dalam gua ini, ada hantu adalah nasihat yang bersalurkan penakutan. Nasihat ini baik kerana cuba menjaga keselamatan. Ia juga tidak baik kerana asasnya satu pembohongan.


Hari ini mitos masih cuba di wujudkan – tetapi agak susah. Dengan kemajuan ilmu, tidak ramai yang akan mempercayai mitos-mitos baru yang hendak direka.


Mitos seperti angkasawan Neil Armstrong turun ke bulan dan kemudian terdengar suara azan. Atau mitos Bruce Lee mati kerana bersilat dengan Dicky Zulkarnain – semua ini cuba disebarkan untuk menjadi bahan lawak jenaka.


Tujuan asal mitos ialah untuk membodohkan dan dalam masa yang sama menakut-nakutkan orang ramai. Kalau Raja Jepun berasal daripada Tuhan, maka diharapkan rakyat Jepun akan tunduk. Walhal kalau Raja Jepun ini makan petai, kencing dia tetap hancing. Kalau Putera Charles tercirit, baunya tetap busuk.


Lawan mitos ialah fakta. Fakta dapat dibuktikan melalui pengkajian. Ilmu pengetahuan manusia datang dari fakta dan pemikiran manusia. Semua ilmu dalam dunia ini berpunca daripada tiga sumber.


Pertama: Pengumpulan pengalaman. Kedua: Kaji selidik. Ketiga: Ujian dalam bilik makmal.


Sesuatu mitos akan pecah jika kita berfikir secara rasional. Kajian ilmiah akan dapat membuktikan sama ada sesuatu itu mitos atau fakta. Jika sesuatu masih dalam kajian dan belum dapat dibuktikan betul atau salah, maka ia masih di tahap teori.


Satu ketika dahulu Letupan Besar atau Big Bang hanya satu teori. Hari ini ia telah diterima sebagai fakta. Teori menjadi fakta apabila kajian dapat membuktikan teori ini.


Ilmu pengetahuan adalah pengumpulan pengalaman manusia dari suatu zaman ke suatu zaman. Buruk atau baik pengalaman ini akan menjadi panduan. Panduan ini adalah ilmu pengetahuan. Ada ilmu pengetahuan yang turun dari mulut ke mulut. Ada yang dibukukan.


Dalam negara kita, ada beberapa mitos yang disebarkan. Pada ketika mitos ini disebarkan, ramai warga negara kita belum bersekolah. Maka mitos ini diterima bulat-bulat. Penyebaran mitos ini memang bertujuan untuk membodohkan kita semua.Tetapi dengan adanya internet, kita dapat memecahkan mitos-mitos ini melaui pengkajian berdasarkan fakta-fakta.


Mitos pertama


Hari Malaysia bukan pada 31 Ogos tetapi 16 September. Bohong. Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu menjadi persekutuan Malaysia pada 16 September 1963.Singapura meninggalkan Malaysia pada 9 Ogos 1965. Tidak percaya, sila tanya orang Sabah dan Sarawak.


Mitos kedua


Merdeka dimulakan oleh United Malays National Organisation. Bohong. Parti yang awal memperjuangkan dan melaugkan slogan MERDEKA ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuh pada 1938. United Malays National Organisation belum wujud lagi. Apabila wujud, slogan United Malays National Organisation ialah HIDUP MELAYU dan bukan MERDEKA!


Mitos ketiga


Kemerdekaan dicapai tanpa pertumpahan darah. Bohong. Parti Komunis Malaya, Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Hizbul Muslimin, Peta, Malayan Democtaric Union, KMM dan ribuan warga telah bangun mengangkat senjata. Pada mulanya melawan Jepun, kemudian melawan British. Tanpa angkat senjata, British tidak akan undur.


Mitos keempat


Lagu Negaraku dikatakan lagu kebangsaan kita. Bohong. Lagi ini bukan ciptaan warga Tanah Melayu. Penciptanya orang Perancis bernama Pierre Jean de Beranger (1780-1857).Nama asal lagu ini, Memula Moon. Bertukar menjadi Terang Bulan. Di zaman konfrontasi Malaysia-Indonesia, radio repuklik itu memainkan lagu ini untuk mengejek Tunku Abdul Rahman yang dianggap budak suruhan British. Dari Terang Bulan menjadi Negaraku.


Mitos kelima


Bendera Jalur Gemilang – namanya baru berusia lima tahun. Ia adalah tiruan bulat-bulat bendera Amerika Syarikat yang bernama Star Spangled–Banner, Stars and Stripes dan Old Glory. Jalur Gemilang diciplak daripada bendera Amerika.Buktinya, lihat Jalur Gemilang tidak ada motif Nusantara atau Melayu. Warna merah dan putih adalah motif Nusantara - merah ertinya darah rakyat dan putih pula hati rakyat. Motif Nusantara ini wujud pada bendera Singapura dan Indonesia.


Mitos keenam


Wujud perpaduan Melayu. Bohong. Tidak ada perpaduan Melayu. Tidak pernah terjadi perpadun Melayu semenjak konsep Melayu itu wujud. Tidak mungkin adanya perpaduan Melayu seperti mustahilnya lahir perpaduan Cina, perpaduan Arab, perpaduan Itali, perpaduan India.Mitos perpaduan Melayu bergerak dengan menakut-nakutkan orang Melayu daripada 'ditelan' oleh Cina dan India. Apabila Melayu jadi takut maka akan datang pembantu. Seperti mitos pokok ada hantu. Orang kampung yang takut pada hantu memanggil bomoh untuk menghalau hantu.Ini cara klasik sesuatu mitos bergerak - takut-takutkan orang ramai. Apabila orang ramai takut, maka mereka akan mencari perlindungan. Maka muncul United Malays National Organisation menjadi pelindung, walhal yang menimbulkannya gerombolan ini juga.


Mitos ketujuh


Malaysia negara unik. Bohong. Mitos ini disebarkan untuk membodohkan rakyat negara ini yang malas membaca dan hanya suka mendengar.


Mitos ini bertujuan untuk menunjukkan hanya gerombolan United Malays National Organisation sahaja yang dapat memerintah kerana Malaysia ini unik.


Hakikatnya Malaysia tidak unik; bukan Malaysia sahaja dalam dunia ini yang berbilang-bilang kaum, berbilang-bilang bahasa, pelbagai agama dan budaya. Tidak ada negara yang monolithic dalam dunia ini – semua ada kepelbagaian. Setiap negara dalam dunia ini ada kepelbagaian.


Teknologi boleh memecahkan mitos. Lihatlah betapa teknologi dan ilmu pengetahuan telah memecahkan mitos-mitos ini. Betapa internet telah membolehkan kita bersama-sama mencari fakta dan menilai dokumen sejarah.


Kalau dulu kita tidak tahu asal-usul lagu Negaraku. Hari ini gambar dan riwayat hidup pembuat lagi ini kita kenali. Kalau dulu ada yang menerima mitos tentang kemerdekaan dicapai tanpa tumpah darah. Hari ini mitos ini telah terbarai, pecah.


Dokumen-dokumen sejarah ini semuanya boleh kita baca melalui internet.Kemajuan manusia akan terus memecahkan mitos-mitos yang lapuk dan berkarat ini. Teknologi akan membebaskan manusia daripada diperangkap dan dibelenggu mitos-mitos.


Tanpa mitos, manusia akan jadi berani. Insan yang berani bebas adalah insan yang berfikir. Manusia yang berfikir tidak akan tunduk kepada sesiapa kecuali fikrahnya yang rasional.